Sunday, October 7, 2018

Dia Helena Isabella Bab 5

Bab 5

            Miza baru saja melangkah keluar dari bilik. Dia hairan melihat Helena terhendap-hendap melihat sesuatu di luar. Begitu khusyuk sehingga tak sedar Miza yang sudah berdiri di sebelahnya. “Wei! Kau skodeng siapa , hah?”

            Helena terkejut dan mengurut dada beberapa kali. Hampir tersentap jantung ni apabila mendengar suara Miza yang betul-betul di telinga. Bila masa dia keluar? Tak dengar pun. “Wei! Terkejut aku!”

            “Kau tengok apa, hah?”

            Helena terus tutup tingkap. Dia tak mahu Miza tahu. Nanti banyak pulak dia tanya. Malas aku nak cerita dari A sampai Z.

            “Nothing.”

            “Mustahil nothing!”  Miza terus menolak Helena ke tepi. Tubuh badan Helena yang kurus kering begitu senang ditolak. Tingkap tadi dibuka. Miza lihat apa yang Helena lihat tadi. Nampak Mak Tok Aishah dan Faliq rancak berbual di balkoni. “Oooo… Kau skodeng Faliq!”

            “Mana ada. Kau dah siap, jap aku pergi siap.” Dengan pantas Helena tukar topik dan laju jalan ke biliknya. Hari ini hari Ahad. Mereka berdua dah plan nak ke Alor Setar. Maklumlah gaji baru masuk. Tunggu apa lagi, shopping ler.

            “Cepat betul tukar topik! Kalau kau nak, ambiklah. Faliq tu bukan ada ciri-ciri jejaka idaman aku. Aku nak lelaki melayu tulen. Campuran ni bukan taste aku. Aku bagi kau free, nak tak? Korang berdua memang sesuai. Sama-sama darah campuran.” usik Miza. Iyalah, Faliq kan campuran chinese dan melayu. Helena pula campuran Melayu dan Spain.  Memang sesuai sangat.

            “Shut up!” jerit Helena dari dalam bilik.

            Miza ketawa kuat. Sling bag dipakai. “Aku tunggu kau kat kereta.” Beritahu Miza. Pintu rumah dibuka. Miza terkejut apabila seorang wanita berdiri di hadapan pintu. Mak Oii… Siapa ni? Tinggi lampai. Macam model! Pakai cermin mata hitam lagi. Ada artis tersesat masuk kampung ke?Dia nak cari siapa agaknya.

            “Assalammualaikum…”

            “Waalaikumussalam….” Jawab Miza.

            “Ini rumah Gaby ke?”

            Berkerut terus dahi Miza. Wajah nampak blur. Gaby mana pulak ni? Ada ke orang kampung sini bernama Gaby. “Sorry! Ini bukan rumah Gaby.”

            “Bukan … tapi …..” Wanita itu kelihatan resah.

            “Miza! Siapa datang?” Helena berjalan keluar dari bilik. Tak sampai lima minit dia sudah siap. Alah sarung ja seluar jeans dan t-shirt saja. Simple! Muka ni pakai bedak compact saja. Senang cerita! Jimat masa. Dari dalam dia dengar, Miza cakap dengan seseorang. Langkah Helena terhenti secara tiba-tiba.

            “Gaby!” Wanita itu terus masuk dan memeluk Helena. Tangisan semakin kuat.

            Helena menepuk belakang wanita dengan lembut. “Nina! What’s wrong?” Helena betul-betul terkejut melihat Nina. “Stop crying, Nina! Tell me what happened?” Helena memegang tubuh Nina. Wajah Nina dipandang. “Duduk sini.” Jemput Helena. Nina akur dan duduk di sofa seraya mengesat air matanya yang tak henti-henti mengalir.   

            “Siapa?” tanya Miza. Dia tak faham apa yang berlaku sekarang ni.

            “Sister in law aku.” Jawab  Helena.  Dia terus menarik Miza dan duduk di sebelah dia.

            “Gaby…..” Nina masih lagi menangis. Cermin mata hitam ditanggalkan.

            “Kali ini dia buat hal dengan pramugari airlines mana? Indonesia? Thailand? Philipines? Cuba cakap.” Tanya Helena. Dia tahu maksud kedatangan Nina ke rumahnya. Masak benar pasal hal rumahtangga mereka berdua. Tiba-tiba Helena teringat perempuan hari itu. Macam melayu saja.

            Miza hanya diam memerhati. Dia sendiri tak tahu apa yang berlaku sekarang ni. Nak bertanya, rasa macam tak kena saja.

            “Sama airlines dengan Damien. Perempuan tu datang jumpa dan cakap yang Damien janji nak kahwin dengan dia. Perempuan cakap dia tak nak jadi isteri kedua , dia suruh Nina minta cerai kat Damien.” Jawab Nina. Mata sudah bengkak akibat menangis. Dia tak ada tempat nak mengadu selain Helena. Maklumlah dia anak yatim piatu.

            “What!” Helena terus bangun dan cekak pinggang. Melampau betul perempuan tu! Berani cakap macam tu. Patutnya aku simbah dia dengan air panas ari tu. Baru dia tahu diri dia sapa. Suka hati dia saja. Dia yang dah dengar pun rasa nak meletup, inikan pula Nina.

            “Lepas tu dia cakap ……” Belum sempat Nina habiskan ayatnya, dia menangis lagi. Rasa sebak di dada begitu sukar ditahan. Hatinya benar-benar dah hancur. Hidup terus gelap gelita. Janji-janji Damien hanya palsu. Ingatkan perangai playboy Damien akan berubah selepas kahwin, rupa-rupanya tidak. Aku ingat cinta aku mampu ubah Damien namun aku silap sama sekali..

            “Cakap!” Bulat mata Helena ingin tahu cerita seterusnya. Kalaulah Damien ada depan aku sekarang ni, memang teruk aku belasah. Malukan maruah keluarga saja kerja dia. Hidup tak habis-habis dengan perempuan.

            “Perempuan… Perempuan tu ….” Dengan tangisan teresak-esak, Nina cuba bercerita. “Perempuan tu tunjuk video mereka berdua ……. Tapi Nina tak sanggup nak tengok.” Dia rasa berat untuk bersuara namun digagahi jua. “Mereka dah terlanjur.” Nina terus teriak sekuat hati. Sekurang-kurangnya apa yang terpendam di hati dapat diluah jugak.

            “Eeee…. Damien cakap apa?”

            “Dia tak mengaku. Dia cakap itu bukan dia ….. Nina dah tak percaya. Sanggup Damien lukakan hati Nina lagi. Dia dah janji hari itu, dia akan berubah….. tapi sekarang ni … I’m tired, Gaby! ”

            “Sebab itu aku cakap awal-awal lagi kan, bercerai saja. Adik aku tu tak layak dapat perempuan baik macam Nina. Tinggalkan saja dia. Cari suami baru. Cari suami yang sayang dan setia. Hanya perempuan jalang sesuai dengan adik aku tu. Jangan bazir masa setia untuk orang yang tak pernah hargai kita.”

            Nina cuba tahan dari menangis tetapi air mata masih deras keluar basahi pipi. Walaupun apa pun yang Damien telah buat, dia masih cintakan Damien.

            Miza nampak perubahan wajah Nina. Jadi semakin keruh.“Hoi…. Kau ni agak-agaklah. Boleh pulak kau cakap macam tu kat adik ipar kau. Dia tengah sedih sekarang ni. Patutnya kau cakap elok-elok. Ini tak, main sound direct saja. Coverlah sikit” Miza pula bangun. Dia tak puas hati.

            “Kau nak aku cakap apa, Miza! Aku tak nak Nina taruh harapan lagi. Biar Nina buka mata luas-luas dan fikir masa depan dia.  Adik aku tu memang jenis lelaki tak guna. Walaupun Damien tu adik kandung aku …. Darah daging aku …. Tapi aku tak nak Nina sia-siakan hidup dia.” Jelas Helena. Aku ni fikir masa depan Nina. Damien tak mungkin dapat bahagiakan Nina. Ada lelaki yang baik di luar sana yang sesuai untuk Nina. Aku percaya mesti ada. “Nina! Marriage are like glass, sometimes it’s better to leave them broken than try to hurt yourself putting it back together.”

            Anak Mata Nina tepat memandang Helena. Air matanya masih tetap mengalir. Dikesat perlahan-lahan air mata di pipi. Dia faham di sebalik kata-kata Helena.

             Miza mengeluh.“Aku tahu niat kau baik tapi cara kau tu tak kena. Patutnya kau bagi Nina rehat dulu. Dia mesti penat.” Nasihat Miza.

            Helena meraup wajah beberapa kali. Dia cuba tenangkan diri yang penuh dengan kemarahan.

            “Nina! Jom! Apa kata Nina rehat dulu …. Mandi dulu. Kalau nak tidur pun boleh. Releks dulu.” Miza dekati Nina dan bantu Nina bangun. “Nina mesti tak makan lagi kan. Nanti Kak Miza buat air milo dan sandwich.” Miza bawa Nina ke bilik Helena. Ada wajah kepenatan. Macam tak cukup tido saja. Nina hanya akur dan ikut sahaja.

            Helena mengenggam erat tangannya. Setiap kali ingat perangai Damien, boleh kena stroke dibuatnya. Ikut perangai siapa pun tak tahulah. Papa dan Datuk tak playboy pun. Kalau papa dan mama tahu apa yang berlaku ni, confirm papa mama fly terus datang Malaysia. Memang teruk Damien kena belasah dengan papa nanti. Pernah sekali terjadi, gara-gara Damien permainkan hati anak perempuan best friend papa. Memang cari nahaslah.

            Telefon bimbit Helena berbunyi. Helena biarkan saja. Dia sudah tahu siapa pemanggilnya. Mesti sekarang baru terhegeh-hegeh nak cari isteri.

                                                ********************
            Helena tersenyum sambil berjalan memegang mangkuk berisi ikan patin masak lemak yang baru dimasaknya tadi. Mesti Mak Tok Aishah dan Tok Wan Daud suka.

            “Assalammualaikum….” Helena memberi salam sebaik saja tiba di depan pintu dapur yang terbuka luas. Suasana sunyi sepi. Tak ada orang jawab pun. Aik… mana pergi orang dalam rumah ini. Helena masuk. Memang tak ada orang di dapur pun. Pelik! Pintu terbuka luas pulak. Mangkuk tadi diletakkan di meja makan.  Helena melangkah ke ruang depan. Langkah terhenti apabila pintu bilik Mak Tok Aishah terbuka. Ada orang dalam bilik itu. Yang pasti bukan Mak Tok Aishah dan Tok Wan Daud.

            “Kau buat apa dalam bilik ni?”

            Faliq menoleh. Dia terkejut melihat Helena. “Aaaaa…..”

            “Kau tak dengar ke? Aku tanya apa kau buat dalam bilik ni? Ini bukan bilik kau.” Tegas Helena. Dia merenung Faliq seolah-olah nak ditelan hidup. Macam ada niat tak elok saja.

            “Aaaaa…. Saya…..”

            Helena masuk dan terus menarik Faliq keluar. Pintu bilik ditutup kuat.

            “Now tell me, apa tujuan kau tinggal kat sini? Aku tak percaya kau datang sini semata-mata ini kampung asal usul mak kau. Tok Wan Daud dan Mak Tok Aishah, kau boleh tipu tapi bukan aku. Kau ada tujuan lain kan!” Tanpa berselindung, Helena terus berterus-terang.

            Faliq telan air liur. Rasa macam ada benda terlekat di tekak. “Actually …….”  Belum sempat Faliq menjawab, kedengaran suara Mak Tok Aishah memanggil nama Helena.

            “Helena….”

            “Ya. Ada kat sini.” Jawab Helena dengan nada suara kuat. Pandangan beralih semula ke arah Faliq. Helena kembali serius. “Kau bernasib baik sebab Mak Tok panggil. Kau dengar sini baik-baik, aku akan sentiasa perhatikan kau. Jauh atau dekat, aku tetap perhatikan kau. Apa-apa pun kau nak buat, kau fikir baik-baik. Ingat tu.” Helena memberi amaran sebelum melangkah pergi.

            Sebaik saja kelibat Helena hilang,  Faliq menghembus nafas panjang. Baru boleh bernyawa.  Dapat jugak sedut oksigen sekarang ini. Nasib baik selamat tapi apa masalah dia? Macam mana dia tahu, hah? Pelik! Tapi kenapa dia tengok aku macam tak puas hati saja. Kalau macam ni selalu, macam mana aku laksanakan plan aku. Hish…. Susah betul! Faliq garu kepala yang tak gatal beberapa kali.


Monday, September 3, 2018

Dia Helena Isabella Bab 4


Bab 4

            Cawan pinggan mangkuk yang dah kering dibasuh diletakkan semula di dalam rak. Disusun dengan teratur. Setelah siap disimpan, pintu rak almari ditutup. Helena terkejut sehingga terundur langkah setapak. “Wei, Miza! Bila kau tercegat kat sini? Terkejuz aku.” Dada diurut beberapa kali. Dia langsung tak dengar bunyi.

            “Cepat la story. Aku dah tak boleh tunggu lagi.”

            “Story apa?” Helena berpura-pura tak ingat.

            “Wei, Helena! Kau jangan…. Tadi kau janji nak story kat aku pasal Encik Syafiq. Aku ni dah macam cacing kepanasan kau tahu tak? Story la. Aku ni jenis simpan rahsia, kau tahu kan. Aku ni bukan Joyah okey. Nak canang cerita orang satu kampung. Helena …..” Miza memegang tangan Helena. Wajah dah macam merayu. Dia nak tahu cerita mereka berdua.

            “Cerita aku tak sehebat drama kat TV tu.”

            “Drama tu aku tak minat sangat, sekarang ni aku minat dengan drama kau.” Miza masih tak mengalah.

            “Yalah… Aku story kat kau. Selagi aku tak beritahu, selagi tu kau kacau hidup aku kan.” Helena terus melangkah keluar dari dapur.

            “Tahu tak apa!” Miza ekori Helena ke ruang tamu.

            Helena duduk di sofa. Miza turut sama duduk di sofa.

            Helena tersenyum. “Aku kenal Syafiq since aku study kat Singapore. Tiga tahun kami couple. Suka sama suka. Sayang each other. Dialah bulan bintang. Planning macam-macam bersama. Biasalah orang tengah hangat bercinta, semuanya indah belaka. Aku sanggup buat apa saja asalkan Syafiq gembira. Assignment dia, aku buat! Projek dia pun aku buat. Bodoh kan aku time tu. Apa Syafiq minta, semua aku bagi. Dia nak kasut Nike, aku belikan. Anything…. Semua dia dapat. Sehinggalah satu hari Allah Taala buka mata aku….” Helena bercerita. 

            “Cuti semester, aku dan family aku dah plan nak pergi Krabi. Aku jumpa Syafiq holiday dengan perempuan lain di sana. Sedangkan dia beritahu aku yang dia balik kampung di Perak. Mereka berdua bukan main mesra lagi. Dua hari aku intip gerak geri mereka. Hati aku sakit teramat sangat. Orang yang aku percaya, tipu aku hidup-hidup.”

            “Kenapa kau tak serang aje mereka tu? Biar mereka tahu langit tu tinggi ke rendah.” Miza mencelah.

            “Aku kenal Syafiq. Akan ada saja alasan dia bagi. Sebelum apa-apa aku cari bukti dulu, aku tak nak cepat melatah. So… aku dekati perempuan tu. Kononnya baru kenal. Guess what? Perempuan tu bukan orang ketiga dalam hubungan kami. Aku ni orang ketiga dalam hubungan mereka. Dah enam tahun mereka couple! Lebih lama dari aku. Wah…. Memang panas hati aku time tu. Aku ni spare part dia saja. Dia tak serius pun kat aku. Yang buat aku bengang, mereka dah plan nak bertunang bulan depan. Kau rasa apa reaction aku, Miza!”

            “Wah… Dahsyat jugak Syafiq tu. Kau tak tampar perempuan tu ke?” Miza melopong.

            “Aku nak tampar dia buat apa? Dia tak salah pun. Syafiq tu hah… yang salah! Kasanova! So aku terus jumpa dia kat bilik hotel. Dia terkejut jumpa aku. Mulalah atur ayat manis nak cover line.  Aku sound direct saja. Aku lepas saja apa aku nak cakap. Yang pasti, penampar tu memang wajib la. Aku minta break terus. Buat apa nak baik dengan lelaki spesis tu.  Bazir masa aku saja”

            “Takkan la dia lepas kau macam tu saja?”

            “Dia still jugak kacau aku. Merayu la! Janji macam-macam! Sampai sanggup nak break up dengan girlfriend dia.”

            “So dia breakup la?”

            “Hello! Girlfriend dia tu anak Tan Sri. Kau rasa dia sanggup nak tinggal lombong emas depan mata. Memang taklah… Lepas tu aku ugut nak beritahu pasal hal kami kat girlfriend  dia, mula-mula memang dia tak percaya. Lepas aku tunjuk gambar kami berdua, memang pucat lesi terus muka. Time tu aku saja nak ambil gambar sama-sama, kononnya nak jadikan bukti. Berguna jugak gambar tu. Terus dia tak berani kacau aku.”

            “Kau tak sedih ke?”

            “Mula-mula tu memang sedih. Menangis sampai bengkak mata ni. But then one day, I realized it’s not worth it. Aku patut bersyukur sebab Allah Taala nak tunjuk kat aku. So aku move on, aku focus study. Lepas saja abis study aku terus datang KL cari kerja.”

            “Syafiq dengan …..”

            “Aku dengar mereka dah kahwin. Dah ada anak pun. So… batal jer niat kau nak dia jadi calon suami kau.Title laki orang tu.”

            “Aku tahu la. Aku ni bukan spesis perosak rumahtangga orang. Aku nak yang single supaya dia seorang saja untuk aku.”

            “Tamak! Kau dah tahu semua kan. Aku harap kau rahsiakan hal ini. Simpan dalam rumah ni saja, kau jangan bawa rahsia ni keluar.  Janji!”

            “Janji! Aku pegang pada janji.” Tegas Miza.

            “Oklah. Kau memang BFF aku. Kan best kalau kita kenal awal-awal lagi. Otak aku dengan otak kau sekepala. Aku ngam dengan kau. Sama-sama gila.”  Helena ketawa kuat.

            “Ini puji ke perli, Helena?”

            Helena tersengih. “Malam ni nak makan apa?”

            “Eh… aku terlupa nak bagitau kau. Masa kau solat Asar tadi, Mak Tok datang. Mak Tok ajak kita dinner kat rumah dia.”

            “Miza! Aku segan la. Dah banyak kali kita makan kat rumah Mak Tok. Kalau Joyah tahu ni, memang tebal telinga aku dengar dia perli kita.”

            “Alah…. Mak Tok dan Tok Wan mana ada sesiapa pun. Mereka berdua saja. Anak-anak semua duduk jauh. Sekurag-kurangnya ada kita, hilang sikit rasa sunyi mereka tu. Aaa…. Mak Tok kata ada tetamu datang rumah mereka. Sebab tu dia ajak kita sekali. Cepatlah bersiap.”

            “Iyalah! Iyalah!” Helena terus bangun dan melangkah ke dalam bilik.
                                    ***********************************
            Miza menoleh ke kiri dan kanan mencari kelibat tuan rumah. Tiada orang! Kosong pulak tu.

            “Sunyi saja.” Helena rasa pelik. Mereka dah beri salam tadi namun tidak disahut saja. Hampir dua minit mereka berdiri di pintu dapur Mak Tok Aishah.

            “Tak dengar kut. Apa kata one more?” Miza tersengih. Dapat idea secara tiba-tiba.

            Helena turut sama tersengih. Faham maksud Miza.

            “Assalammualaikum….. Assalammualaikum…..” Helena dan Miza memberi salam dengan kuat. Gaya tak ubah seperti Upin dan Ipin. Berulang kali mereka memberi salam.

            “Waalaikumussalam…. “ jawab Tok Wan Daud.”Laaa… hampa berdua ka? Bagi salam macam nak dengaq satu kampung.” Tok Wan Daud menggeleng kepala beberapa kali . “Tunggu apa lagi, masuklah! Takkan nak hampaq carpet merah baru nak masuk.”

            “Ada ka? Tak nampak pun.” Jawab Helena tersengih.

            “Tengok tu nak perkena aku pulak.” Tok Wan Daud turut sama tersengih. Sejak mereka berdua menyewa di rumah sewa dia,  dia dan isterinya ada juga teman nak berbual. Tak la rumah ni sunyi lagi. Mereka berdua baik budaknya. Hormat orang tua dan peramah pulak tu.

            “Abang! Sapa mai?” Terdengar suara Mak Tok Aishah dari dalam bilik.

            “Sapa lagi! Cucu kesayangan sebelah rumah ni.” Jawab Tok Wan Daud dengan suara kuat. “Masuk cepat! Nanti Mak Tok hampa cakap , aku tak bagi hampa masuk pulak.”

            Helena dan Miza menanggalkan kasut dan masuk melalui pintu dapur.

            “Sampai pun. Ingatkan tak mau mai makan sini.” Sebaik saja melangkah masuk Mak Tok Aishah tersenyum melihat kehadiran Helena dan Miza.Dia baru lepas sembahyang Maghrib.

            “Kalau depa tak mai, hang tu tak hent-henti tanya depa.”

            “Nak buat macam mana, ada cucu sendiri tapi macam tak ada saja. Kalau balik sini pun, sekejap saja. Ada saja alasan nak balik. Macam tak suka saja balik sini.” Mak Tok Aishah rasa sedih setiap kali teringat sikap cucu-cucu dia.

            Helena dan Miza terus dekati Mak Tok Aishah. Masing-masing memegang lengan Mak Tok Aishah.

            “Ala… Kami kan ada. Kami ni kan cucu segera.” Helena bersuara. Dia melentok kepala di bahu kanan Mak Tok Aishah.

            “Mak Tok nak apa, cakap saja. Nak suruh kami buat apa-apa pun, kami buat sepantas mungkin. Aaaa… cakap aja.” Kata Miza.

            “Panjat pokok nyok boleh tak?” Tok Wan Daud mencelah.

            “Tok Wan!” serentak Miza dan Helena bersuara. Ada ke patut suruh panjat pokok kelapa? Mana ada skill pun. Tak pasal-pasal jatuh bergolek.

            “Jangan dilayan sangat.” Mak Tok Aishah menyampuk.

            “Tok Wan!”

            Helena dan Miza menoleh. Ada seorang lelaki baru melangkah masuk ke dapur. Suasana terus sunyi sepi.

            Mata Helena terbuka luas. Masa seolah-olah terhenti beberapa saat. Helena rasa tak percaya melihat lelaki yang berdiri tidak jauh dari mereka.

            “You again! I remember you.” Faliq tersenyum melihat Helena. Dia masih ingat. Dia pernah tolong Helena sekali dan mustahil dia takkan lupa wanita yang buat havoc di coffee house airport. Tak sangka terserempak di sini. Kebetulan dia dan Helena naik flight yang sama ke Alor Setar.

            “Hang kenal Faliq ka?” tanya Tok Wan Daud.

            “Tak kenal pun. Salah orang kut.” Jawab Helena dengan wajah selamba.

            Faliq tercengang dengar jawapan Helena. Aku tersalah orang ke? Wajah Helena diamati. Memang betullah orangnya. Kenapa dia cakap aku salah orang?

            “Ini ke tetamu yang Tok Wan cakap tu?” Helena bijak menukar soalan.

            “Ya. Aku jumpa Faliq kat masjid. Sebenarnya ini first time Faliq kat Malaysia. Selama ini dia membesar kat oversea. Dia datang sini sebab nak lawat kampung halaman mak dia. Bapa dia chinese lepas tu mak dia orang melayu. Dia datang sini sebab nak belajar budaya kita. ” Cerita Tok Wan Daud.

            Dahi Helena sedikit berkerut. First time datang Malaysia? Aik, bukan ke dia sekolah rendah kat Johor? Pelik ni! Seingat aku la mak dia chinese Singapore, bapak dia orang Melayu. Itu yang Sophia bagitau aku. Nak menanah telinga aku dengar Sophia cerita pasal mamat ni. Maklumlah masa zaman sekolah dulu mamat ni memang kegilaan ramai. Peminat punya ramai. Walaupun aku hanya seminggu bersekolah kat situ, aku rasa pelik bila tengok perempuan terhegeh-hegeh kat dia. Oh please, buat malu saja. Huh, rupa tu boleh tahan tapi perangai buruk buat apa! Tapi cerita yang mana satu betul ni? Banyak betul version! Tapi kalau tak silap aku, aku pernah nampak mak dia datang ambil kat sekolah. Memang betulah, mak dia chinese. Tapi …. Kenapa dia tipu Tok Wan dan Mak Tok?  Pelik! Memang pelik.  “Relatives you kat sini ada tak?”

            “Aaaa… Saya tak tahu. Mummy sendiri tak tahu. Yang dia tahu dia berasal sini.” Jawab Faliq. Dia kurang senang dengan pertanyaan Helena. Dipandang ke arah lain.

            “Oooo… I see.” Helena tersenyum sinis. Dah aku agak, mamat ini ada agenda sendiri. Atau dia ada niat tak baik kat keluarga tok wan dan mak tok? Helena mula resah. Otak ligat fikir beberapa kali.

            “Buat sementara waktu ini, Faliq akan tinggal di sini. Nanti hangpa kawanlah dengan dia. Ada jugak geng.”

            “Anything you need, you can ask us okey! Eh… lupa nak introduce pulak. Saya Miza dan ini Helena. Kami sewa kat sebelah tu. Nak tahu something, tanyalah kami. Kami ni orang baik.”Miza tersengih.

            Helena mengetap bibir melihat perangai Miza. Tengok! Mulalah penyakit gatal dia datang. Asyik nak sambar saja.

            “Depa ni kerja construction tapi pangkat bos besar. Projek depa baru start.” Terang Mak Tok Aishah.

            “Helena ni Assistant Projek Manager. Miza ni pulak Environment Officer.” Beritahu Tok Wan Daud.

            “Pangkat saya rendah sikit, big boss dia ni ahhh…. Madam besar!” Miza juih bibir ke arah Helena.  “For you info, kami ni single lagi.” Miza tersenyum malu tapi mahu.

            Faliq hanya mampu tersengih.

            “Wei, Miza! Control sikit boleh tak? Hish….” Tubuh Miza ditolak lembut seraya mata dijegil luas.

            “Kau ni…..”

            “Udah! Jangan nak kelahi kat sini. Meh, tolong mak tok masak.” Mak Tok Aishah bersuara. Kalau dibiarkan, jadi bunga tahi jawabnya. Tangan Helena dan Miza dipegang. “Abang bawak Faliq pi depan. Kami nak masak ni. Nanti tak pasal-pasal kita makan angin malam ni.”

            “Yalah! Jom, Faliq! Kita pi depan. Boleh kita sembang macam-macam, biaq orang perempuan masak. Jomlah.” Ajak Atuk Daud . Dia bergerak dulu.

            Faliq sempat menoleh. Pandangan mata dia dan Helena bertemu. Serius dan tajam! Pandangan Helena seolah-olah ada maksud. Kenapa dia rasa dia pernah nampak pandangan tu sebelum ni? Kami pernah jumpa ke? Maksud aku bukan di airport tapi …… di mana ya?

            “Faliq!”

            “Ya!” jawab Faliq apabila namanya dipanggil. Bergegas berjalan ke ruang tamu.


CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI)

  𝐊𝐎𝐌𝐏𝐈𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐍𝐎𝐒𝐓𝐀𝐋𝐆𝐈𝐀 - 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐞𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 . Kami kumpulkan kary...