Sunday, October 7, 2018

Dia Helena Isabella Bab 5

Bab 5

            Miza baru saja melangkah keluar dari bilik. Dia hairan melihat Helena terhendap-hendap melihat sesuatu di luar. Begitu khusyuk sehingga tak sedar Miza yang sudah berdiri di sebelahnya. “Wei! Kau skodeng siapa , hah?”

            Helena terkejut dan mengurut dada beberapa kali. Hampir tersentap jantung ni apabila mendengar suara Miza yang betul-betul di telinga. Bila masa dia keluar? Tak dengar pun. “Wei! Terkejut aku!”

            “Kau tengok apa, hah?”

            Helena terus tutup tingkap. Dia tak mahu Miza tahu. Nanti banyak pulak dia tanya. Malas aku nak cerita dari A sampai Z.

            Nothing.”

            “Mustahil nothing!”  Miza terus menolak Helena ke tepi. Tubuh badan Helena yang kurus kering begitu senang ditolak. Tingkap tadi dibuka. Miza lihat apa yang Helena lihat tadi. Nampak Mak Tok Aishah dan Faliq rancak berbual di balkoni. “Oooo… Kau skodeng Faliq!”

            “Mana ada. Kau dah siap, jap aku pergi siap.” Dengan pantas Helena tukar topik dan laju jalan ke biliknya. Hari ini hari Ahad. Mereka berdua dah plan nak ke Alor Setar. Maklumlah gaji baru masuk. Tunggu apa lagi, shopping ler.

            “Cepat betul tukar topik! Kalau kau nak, ambiklah. Faliq tu bukan ada ciri-ciri jejaka idaman aku. Aku nak lelaki melayu tulen. Campuran ni bukan taste aku. Aku bagi kau free, nak tak? Korang berdua memang sesuai. Sama-sama darah campuran.” usik Miza. Iyalah, Faliq kan campuran chinese dan melayu. Helena pula campuran Melayu dan Spain.  Memang sesuai sangat.

            Shut up!” jerit Helena dari dalam bilik.

            Miza ketawa kuat. Sling bag dipakai. “Aku tunggu kau kat kereta.” Beritahu Miza. Pintu rumah dibuka. Miza terkejut apabila seorang wanita berdiri di hadapan pintu. Mak Oii… Siapa ni? Tinggi lampai. Macam model! Pakai cermin mata hitam lagi. Ada artis tersesat masuk kampung ke?Dia nak cari siapa agaknya.

            “Assalammualaikum…”

            “Waalaikumussalam….” Jawab Miza.

            “Ini rumah Gaby ke?”

            Berkerut terus dahi Miza. Wajah nampak blur. Gaby mana pulak ni? Ada ke orang kampung sini bernama Gaby. “Sorry! Ini bukan rumah Gaby.”

            “Bukan … tapi …..” Wanita itu kelihatan resah.

            “Miza! Siapa datang?” Helena berjalan keluar dari bilik. Tak sampai lima minit dia sudah siap. Alah sarung ja seluar jeans dan t-shirt saja. Simple! Muka ni pakai bedak compact saja. Senang cerita! Jimat masa. Dari dalam dia dengar, Miza cakap dengan seseorang. Langkah Helena terhenti secara tiba-tiba.

            “Gaby!” Wanita itu terus masuk dan memeluk Helena. Tangisan semakin kuat.

            Helena menepuk belakang wanita dengan lembut. “Nina! What’s wrong?” Helena betul-betul terkejut melihat Nina. “Stop crying, Nina! Tell me what happened?” Helena memegang tubuh Nina. Wajah Nina dipandang. “Duduk sini.” Jemput Helena. Nina akur dan duduk di sofa seraya mengesat air matanya yang tak henti-henti mengalir.   

            “Siapa?” tanya Miza. Dia tak faham apa yang berlaku sekarang ni.

            Sister in law aku.” Jawab  Helena.  Dia terus menarik Miza dan duduk di sebelah dia.

            “Gaby…..” Nina masih lagi menangis. Cermin mata hitam ditanggalkan.

            “Kali ini dia buat hal dengan pramugari airlines mana? Indonesia? Thailand? Philipines? Cuba cakap.” Tanya Helena. Dia tahu maksud kedatangan Nina ke rumahnya. Masak benar pasal hal rumahtangga mereka berdua. Tiba-tiba Helena teringat perempuan hari itu. Macam melayu saja.

            Miza hanya diam memerhati. Dia sendiri tak tahu apa yang berlaku sekarang ni. Nak bertanya, rasa macam tak kena saja.

            “Sama airlines dengan Damien. Perempuan tu datang jumpa dan cakap yang Damien janji nak kahwin dengan dia. Perempuan cakap dia tak nak jadi isteri kedua , dia suruh Nina minta cerai kat Damien.” Jawab Nina. Mata sudah bengkak akibat menangis. Dia tak ada tempat nak mengadu selain Helena. Maklumlah dia anak yatim piatu.

            What!” Helena terus bangun dan cekak pinggang. Melampau betul perempuan tu! Berani cakap macam tu. Patutnya aku simbah dia dengan air panas ari tu. Baru dia tahu diri dia sapa. Suka hati dia saja. Dia yang dah dengar pun rasa nak meletup, inikan pula Nina.

            “Lepas tu dia cakap ……” Belum sempat Nina habiskan ayatnya, dia menangis lagi. Rasa sebak di dada begitu sukar ditahan. Hatinya benar-benar dah hancur. Hidup terus gelap gelita. Janji-janji Damien hanya palsu. Ingatkan perangai playboy Damien akan berubah selepas kahwin, rupa-rupanya tidak. Aku ingat cinta aku mampu ubah Damien namun aku silap sama sekali..

            “Cakap!” Bulat mata Helena ingin tahu cerita seterusnya. Kalaulah Damien ada depan aku sekarang ni, memang teruk aku belasah. Malukan maruah keluarga saja kerja dia. Hidup tak habis-habis dengan perempuan.

            “Perempuan… Perempuan tu ….” Dengan tangisan teresak-esak, Nina cuba bercerita. “Perempuan tu tunjuk video mereka berdua ……. Tapi Nina tak sanggup nak tengok.” Dia rasa berat untuk bersuara namun digagahi jua. “Mereka dah terlanjur.” Nina terus teriak sekuat hati. Sekurang-kurangnya apa yang terpendam di hati dapat diluah jugak.

            “Eeee…. Damien cakap apa?”

            “Dia tak mengaku. Dia cakap itu bukan dia ….. Nina dah tak percaya. Sanggup Damien lukakan hati Nina lagi. Dia dah janji hari itu, dia akan berubah….. tapi sekarang ni … I’m tired, Gaby! ”

            “Sebab itu aku cakap awal-awal lagi kan, bercerai saja. Adik aku tu tak layak dapat perempuan baik macam Nina. Tinggalkan saja dia. Cari suami baru. Cari suami yang sayang dan setia. Hanya perempuan jalang sesuai dengan adik aku tu. Jangan bazir masa setia untuk orang yang tak pernah hargai kita.”

            Nina cuba tahan dari menangis tetapi air mata masih deras keluar basahi pipi. Walaupun apa pun yang Damien telah buat, dia masih cintakan Damien.

            Miza nampak perubahan wajah Nina. Jadi semakin keruh.“Hoi…. Kau ni agak-agaklah. Boleh pulak kau cakap macam tu kat adik ipar kau. Dia tengah sedih sekarang ni. Patutnya kau cakap elok-elok. Ini tak, main sound direct saja. Coverlah sikit” Miza pula bangun. Dia tak puas hati.

            “Kau nak aku cakap apa, Miza! Aku tak nak Nina taruh harapan lagi. Biar Nina buka mata luas-luas dan fikir masa depan dia.  Adik aku tu memang jenis lelaki tak guna. Walaupun Damien tu adik kandung aku …. Darah daging aku …. Tapi aku tak nak Nina sia-siakan hidup dia.” Jelas Helena. Aku ni fikir masa depan Nina. Damien tak mungkin dapat bahagiakan Nina. Ada lelaki yang baik di luar sana yang sesuai untuk Nina. Aku percaya mesti ada. “Nina! Marriage are like glass, sometimes it’s better to leave them broken than try to hurt yourself putting it back together.”

            Anak Mata Nina tepat memandang Helena. Air matanya masih tetap mengalir. Dikesat perlahan-lahan air mata di pipi. Dia faham di sebalik kata-kata Helena.

             Miza mengeluh.“Aku tahu niat kau baik tapi cara kau tu tak kena. Patutnya kau bagi Nina rehat dulu. Dia mesti penat.” Nasihat Miza.

            Helena meraup wajah beberapa kali. Dia cuba tenangkan diri yang penuh dengan kemarahan.

            “Nina! Jom! Apa kata Nina rehat dulu …. Mandi dulu. Kalau nak tidur pun boleh. Releks dulu.” Miza dekati Nina dan bantu Nina bangun. “Nina mesti tak makan lagi kan. Nanti Kak Miza buat air milo dan sandwich.” Miza bawa Nina ke bilik Helena. Ada wajah kepenatan. Macam tak cukup tido saja. Nina hanya akur dan ikut sahaja.

            Helena mengenggam erat tangannya. Setiap kali ingat perangai Damien, boleh kena stroke dibuatnya. Ikut perangai siapa pun tak tahulah. Papa dan Datuk tak playboy pun. Kalau papa dan mama tahu apa yang berlaku ni, confirm papa mama fly terus datang Malaysia. Memang teruk Damien kena belasah dengan papa nanti. Pernah sekali terjadi, gara-gara Damien permainkan hati anak perempuan best friend papa. Memang cari nahaslah.

            Telefon bimbit Helena berbunyi. Helena biarkan saja. Dia sudah tahu siapa pemanggilnya. Mesti sekarang baru terhegeh-hegeh nak cari isteri.

                                                ********************
            Helena tersenyum sambil berjalan memegang mangkuk berisi ikan patin masak lemak yang baru dimasaknya tadi. Mesti Mak Tok Aishah dan Tok Wan Daud suka.

            “Assalammualaikum….” Helena memberi salam sebaik saja tiba di depan pintu dapur yang terbuka luas. Suasana sunyi sepi. Tak ada orang jawab pun. Aik… mana pergi orang dalam rumah ini. Helena masuk. Memang tak ada orang di dapur pun. Pelik! Pintu terbuka luas pulak. Mangkuk tadi diletakkan di meja makan.  Helena melangkah ke ruang depan. Langkah terhenti apabila pintu bilik Mak Tok Aishah terbuka. Ada orang dalam bilik itu. Yang pasti bukan Mak Tok Aishah dan Tok Wan Daud.

            “Kau buat apa dalam bilik ni?”

            Faliq menoleh. Dia terkejut melihat Helena. “Aaaaa…..”

            “Kau tak dengar ke? Aku tanya apa kau buat dalam bilik ni? Ini bukan bilik kau.” Tegas Helena. Dia merenung Faliq seolah-olah nak ditelan hidup. Macam ada niat tak elok saja.

            “Aaaaa…. Saya…..”

            Helena masuk dan terus menarik Faliq keluar. Pintu bilik ditutup kuat.

            Now tell me, apa tujuan kau tinggal kat sini? Aku tak percaya kau datang sini semata-mata ini kampung asal usul mak kau. Tok Wan Daud dan Mak Tok Aishah, kau boleh tipu tapi bukan aku. Kau ada tujuan lain kan!” Tanpa berselindung, Helena terus berterus-terang.

            Faliq telan air liur. Rasa macam ada benda terlekat di tekak. “Actually …….”  Belum sempat Faliq menjawab, kedengaran suara Mak Tok Aishah memanggil nama Helena.

            “Helena….”

            “Ya. Ada kat sini.” Jawab Helena dengan nada suara kuat. Pandangan beralih semula ke arah Faliq. Helena kembali serius. “Kau bernasib baik sebab Mak Tok panggil. Kau dengar sini baik-baik, aku akan sentiasa perhatikan kau. Jauh atau dekat, aku tetap perhatikan kau. Apa-apa pun kau nak buat, kau fikir baik-baik. Ingat tu.” Helena memberi amaran sebelum melangkah pergi.

            Sebaik saja kelibat Helena hilang,  Faliq menghembus nafas panjang. Baru boleh bernyawa.  Dapat jugak sedut oksigen sekarang ini. Nasib baik selamat tapi apa masalah dia? Macam mana dia tahu, hah? Pelik! Tapi kenapa dia tengok aku macam tak puas hati saja. Kalau macam ni selalu, macam mana aku laksanakan plan aku. Hish…. Susah betul! Faliq garu kepala yang tak gatal beberapa kali.


No comments:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...