Thursday, March 9, 2023

Cintamu Kuburu - Bab 1

 

Bab 1

 

            PEN di tangan begitu ligat menulis resipi baru pastri di dalam buku nota. Tiba-tiba saja Umie dapat idea resipi baru untuk Herma Bakery Cafe. Sambil menulis Umie tersenyum riang. Sekejap lagi dia akan pergi ke baking studio sebelah ofis untuk mencuba resipi terbaru untuk bakeri miliknya.

            Telefon pintar miliknya berbunyi, sekilas mata Umie melihat skrin telefon. Dia terus meletakkan pen dan segera menjawab panggilan itu.

            Assalammualaikum, Rubina!”

            Waalaikumussalam! Kau busy ke?” tanya Rubina.

            Kalau aku busy, jangan harap la aku nak jawab call ni.” jawab Umie diakhiri dengan ketawa kecil.

            Amboi! Sampai hati cakap macam tu kat BFF sendiri! Tapi aku peduli apa, aku akan call sampai kau angkat.”

            Umie ketawa lagi. Dia masak dengan perangai Rubina yang tak pernah kenal putus asa sejak zaman universiti lagi.  Apa yang Rubina nak, Rubina akan dapatkan seboleh-bolehnya.

            Kau kat Bangkok lagi ke?” tanya Umie sebaik saja berhenti ketawa. Dia tahu Rubina ada kerja di sana minggu ini.

            Urusan kat Bangkok dah selesai, aku baru saja sampai Hanoi. Esok kan pembukaan kilang kami kat sana.”

            Wah! Makin berkembang business Uncle Raub lepas ni.” kata Umie. Tengku Raub ayah Rubina merupakan salah seorang orang terkaya di Malaysia. Namun Tengku Raub seorang yang rendah diri dan baik hati.

            Berkembang la sangat. Bertambah kerja aku lagi ada la.” Rubina merunggut.

            Kau ni tak reti bersyukur langsung. Aaa…. Kau ada call Jazlin tak?” tanya Umie. Tiba-tiba dia teringat seorang lagi sahabat baik mereka berdua.

            Minah tu! Jangan harap la dapat contact kalau dia pergi bercuti. Bercuti sungguh!” Rubina mendengus kuat.

            Ya tak ya jugak, patut la aku call dia dua hari lepas, dia tak angkat.” Mulut Umie terus senget.

            Mr Mystery kau tu kau dah tahu nama ke belum? Sampai bila kau nak jadi stalker ni, hah?” Rubina bertanya.

            Eee…. Bukan stalker la, secret admirer! Dah tiga kali, aku jumpa dia kat area bakeri aku ni! Nasib tak baik betul, bila aku nak approach saja, dia hilang.” Umie masih tidak melupakan lelaki yang menolong dia di supermarket bulan lepas. Kebetulan masa itu, dia ingin ambil kotak pancake terletak di rak yang tinggi. Maklum la tinggi dia hanya 158cm, beberapa kali dia cuba ambil tetapi tak sampai. Mujur la ada lelaki yang menolong dia ambilkan kotak pancake itu kemudian terus berlalu pergi. Kerana tergamam dengan apa yang berlaku, dia tak sempat mengucapkan terima kasih. Di segenap pelusuk supermarket itu dicari namun kelibat lelaki tinggi lampai itu tidak dijumpai. Sampai sekarang dia masih tak dapat lupakan lelaki itu, siang malam dirinya dibayangi wajah lelaki misteri itu. Ini ke namanya jatuh cinta? Sekali pandang terus terpahat di dalam hati ini.

            Sebab dia tolong kau ambil barang ja, kau terus falling in love! Cuba la fikir logik sikit!” Rubina mengeluh.

            Cinta tu tak mengenal logik, tahu tak! It only take 3 seconds to fall in love! ” tegas Umie.

            Cakap dengan orang tengah angau ni, macam cakap dengan batu.”

            Umie tersenyum senget. Dia sudah lali dengan kata-kata Rubina. Mata Umie melihat ke arah monitor cctv, kelopak mata terus terbuka luas.

            Ya Allah!” Umie terkejut melihat apa yang berlaku di sebalik monitor cctv tadi.

            What’s wrong?”

            Rubina! Aku call kau balik nanti! Bye!” Dengan segera Umie mematikan talian sebentar tadi. Tangannya mula terketar-ketar. Dia melihat ada dua orang lelaki berhalmet memasuki bakeri miliknya dengan mengacukan parang ke arah beberapa orang pekerja dia dan beberapa orang pelanggan yang ada di situ.

            Umie terus bangun.Tak sangka bakeri dia dirompak. Mujur la dia ada di tingkat atas bakeri itu. Dia melihat salah seorang perompak itu mengambil duit dari cash register bakeri malah salah seorang lagi perompak mengawal mereka semua yang ada dalam bakeri.

            Aku.. Aku kena call polis!” kata Umie tergagap-gagap. Dia segera hubungi pihak polis.

            Selesai saja hubungi pihak polis, Umie segera turun ke tingkat bawah. Dia risau dengan keselamatan pekerja-pekerja dia dan beberapa orang pelanggan yang ada. Dalam masa yang sama, dia kena melengahkan masa supaya pihak polis tiba sebelum perompak itu beredar.

            Mana? Mana owner bakeri ni? Kalau tak, aku tetak tangan perempuan ni!” jerit lelaki yang memakai helmet seraya memegang salah seorang pekerja bakeri itu. Mata meliar mencari pemilik bakeri yang bertudung litup yang sering tersenyum setiap pelanggan yang datang. Dia pernah datang sekali ke sini sebelum buat keputusan menjadikan bakeri ini sasaran seterusnya.

            Tolong jangan apa-apa kan staf saya dan customer saya!” Umie muncul dari belakang bakeri. Dia mengangkat kedua-dua tangannya. Jantung berdebar-debar apabila parang dihala padanya.

            Bagi rantai tangan tu!” kata perompak itu apabila Umie muncul. Sasaran dia memang rantai tangan itu. Kalau dijual mesti beribu-ribu.

            Umie terkejut. Dia terus tanggal rantai tangan dan berikan pada perompak itu tanpa banyak soal.

            Cincin-cincin tu pun nak jugak!” kata perompak itu lagi.

            Umie membuang cincin batu emas yang ada di jari manis dan jari telunjuk. Dia terus bagi.

            Cincin tu, tunggu apa lagi, bagi la!” Perompak itu meninggikan suara apabila cincin belah rotan yang masih ada di jari hantu Umie.

            Cincin ni, saya tak boleh bagi. Cincin ni arwah mama yang bagi. Ambil…Ambil rantai ni!” Mustahil Umie akan bagi cincin pemberian arwah mama dia. Dengan segera, di sebalik tudung yang dipakai, dia menanggalkan rantai leher dan diberikan pada perompak itu.

            Nilai rantai ni lagi mahal.” kata Umie.

            Aku tetap nak cincin tu!” jerkah perompak itu walaupun rantai leher diambil. Dia masih mahukan cincin itu.

            Umie terus menggengam erat tangannya. Dia takkan sesekali bagi cincin ini. Cincin ini berharga dari nyawa dia sendiri. Umie menggelengkan kepala tanda enggan.

            Aku nak cincin tu, faham tak?” jerit perompak itu.

            Bro, jom la blah! Cincin tu biar la.” perompak seorang lagi bersuara. Dia mula susah hati. Mata menoleh ke kiri dan kanan. Takut-takut kalau ada polis.

            Aku nak cincin ni!” Perompak itu bergelut dengan Umie.

            Umie menjerit apabila perompak itu ingin mengambil cincinnya. Sekuat tenaga yang ada, dia bergelut dengan perompak itu.

            Perompak itu terus menolak Umie ke lantai. Dia terus angkat parang.

            Tiba-tiba perompak itu ditendang dan jatuh tersungkur di lantai. Parang terlepas dari genggaman tangan.

            Umie terkejut dengan apa yang berlaku dan melihat ke arah salah seorang pelanggan yang menendang perompak itu.

            Seorang lagi perompak itu cuba menyerang tetapi ada lagi seorang pelanggan turut sama masuk campur dan menendang perompak itu. Perompak itu terpelanting ke arah meja.

            Beberapa orang anggota polis meluru masuk dan terus menangkap dua orang perompak tadi.

            Semua orang yang berada di dalam bakeri itu menarik nafas lega dengan kehadiran polis. Segala-galanya telah berakhir.

            Dua orang pekerja bakeri itu membantu Umie bangun.

            Umie masih dalam keadaan terkejut malah dalam masa yang sama pandangan mata Umie tepat ke arah lelaki yang menolong dia tadi. Tak sangka Mr Mystery ada di depan mata dia.

                                   

                                                            *********************************

            SELEPAS saja memberi keterangan pada pihak polis, Umie masih berdiri di depan pintu masuk Balai Polis Taman Tun Dr Ismail. Dia sedang menunggu seseorang. Senyuman di bibir sukar dikawal lagi, semakin meleret senyuman di wajah Umie. Kini dia sudah tahu nama Mr Mystery yang selama ini tercari-cari. Nama Emiir Carim! Berusia 29 tahun! Peguam pulak tu! Rupanya-rupanya firma guaman Emiir terletak tak jauh dari bakeri dia. Ada la peluang nak jumpa selalu.

            Emiir dan kawannya, Aariz melangkah keluar.

            Umie segera menghampiri mereka berdua.

            Assalammualaikum…..” Umie memberi salam.

            Waalaikumussalam!” jawab mereka berdua serentak.

            Saya Umie Aira! Pemilik Herma Bakery Cafe! Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak. Kalau la tadi tak ada encik-encik berdua tadi, tak tahu la apa nak jadi. Ini kad saya! Kalau datang bakeri saya, tunjuk saja kad ini. Oder saja apa saja, semuanya free.” kata Umie. Niatnya nak membalas budi baik mereka berdua.   Apa orang cakap, ada udang di sebalik batu. Dalam masa yang sama boleh la, dia berjumpa dengan Emiir lagi. Peluang ini dia akan guna untuk mengenali Emiir dengan lebih mendalam.

            Apa! You ingat kami berdua tak ada duit nak bayar ke?” Air muka Emiir berubah.

            Umie terkejut.

            Ha ha ha! Cik Umie, Emiir ni memang suka bergurau!” Aariz menyampuk dan menepuk lembut belakang Emiir.  Dia terus mengambil kad dari Umie. Terukir senyuman di bibir Aariz.

            Kalau benda free, kami berdua memang suka. Cik Umie ni memang pemurah orangnya. Siap belanja kami berdua makan minum free lagi.” tambah Aariz lagi. Dia sempat melirik ke arah Emiir yang masih berwajah serius.

            Saya terhutang budi dengan encik-encik berdua. Sekali lagi terima kasih banyak-banyak. Datang la selalu kat bakeri saya. Nak makan minum, oder saja. Tak payah nak segan-segan.” kata Umie. Sesekali dia mencuri pandang ke arah Emiir.

            Next time kami berdua datang. Okey la, Cik Umie. Kami dah nak kena gerak. Ada hal kat ofis. Bye!” kata Aariz.

            Bye!” balas Umie. Dia tersenyum. Mata dia masih memerhati kelibat Emiir memasuki perut kereta Volvo XC90. Dirinya masih berdiri di situ. Sebaik saja kereta Volvo XC90 berlalu pergi, mulut Umie terus muncung. Kan bagus kalau Emiir bercakap dengan dia tadi! Umie mengeluh hampa.

                                    ***************************************************************

            BANTAL-BANTAL kecil yang ada di sofa disusun dengan teratur. Kemudian dia mengelap meja kecil yang ada di tengah-tengah sofa. Dahi berkerut melihat habuk yang ada di tuala kecil itu. Baru seminggu tak lap, dah berhabuk macam ini. Kerana terlalu sibuk uruskan bakeri, dia tak sempat nak mengemas rumahnya. Nasib baik la, dia duduk kondo. Kurang sikit la kerja rumah. Dia beli kondo ini disebabkan ingin dekat dengan bakeri. Senang sikit nak ulang alik! Yang penting jimat masa, tak la stress bila terangkap bila traffic jam. Hari ini, dia tutup bakeri awal. Selepas apa yang berlaku pasti pekerja-pekerja dia trauma dengan apa yang berlaku.

            Telefon pintarnya berbunyi, Umie sudah dapat meneka siapa pemanggil itu.

            Assalammualaikum my BFF!” kata Umie dengan suara riang. Dia sudah agak pasti Rubina akan telefon dia. Bila sampai di rumah, dia baru sedar yang Rubina menelefon dia banyak kali. Mesej pula sampai berbelas-belas. Mesti Rubina risau sebab dia tergesa-gesa menamatkan perbualan mereka berdua pagi tadi. Dia hanya balas mesej Rubina dengan menceritakan apa yang berlaku.

            Waalaikumussalam. Kau okey tak ni?”

            Aku okey la!”

            Syukur alhamdulillah. Bila aku baca mesej kau tadi, macam nak luruh jantung aku ni.”

            Tak payah risau. Aku selamat. Lagipun Mr Mystery yang selamatkan aku tadi.” beritahu Umie. Dia masih lagi ingat lagi detik-detik Emiir menendang perompak tadi.

            Apa!”

            Rubina! Nama dia Emiir Carim! Sedapnya nama dia. Aku…aku tak sangka selama ini dia dekat dengan aku. Rupa-rupanya dia customer tetap bakeri aku cuma aku saja tak pernah terserempak dengan dia.  Aku syukur sangat-sangat sebab Allah Talla terima doa aku. Memang jodoh kami berdua kuat.” beritahu Umie sambil tersenyum. Dia ingin kongsi berita baik ini dengan Rubina.

            Hello! Sharifah Umie Aira! Kau ni kan baru lepas kena rompak! Patutnya orang baru lepas kena rompak, rasa takut, rasa trauma, tapi kau gembira!”

            Rasa takut! Rasa trauma! Memang la ada tapi sebab Emirr Carim, aku lupa semua itu. Emiir penawar segala-galanya dalam hidup aku. Oh… Emiir Carim! My prince charming! ”

            Something wrong with you, Umie! Kau kena pergi jumpa doktor buat check up especially otak kau tu!”

            Rubina! Tak ada seorang doktor pun dapat rawat penyakit aku ni.” balas Umie.

            Umie, aku ni bukannya tak suka kalau kau bercinta tapi cara kau tu buat aku risau. Kau mana pernah bercinta sebelum ni! Lelaki kat dunia ni ada macam-macam jenis. Kau belum jumpa lagi jenis lelaki buaya darat! Jenis lelaki kaki kikis! Jenis lelaki mulut manis! Aaa…. Macam-macam lagi la. Kau belum kenal lagi Mr Mystery tu tapi kau dah mula menaruh harapan yang tinggi. Lagi satu, entah-entah dia dah ada girlfriend ke? Dah tunang ke? Dah ada isteri ke? Kau tak tahu kan! Aku tak mahu tengok kau sedih kemudian hari.”

            Senyuman Umie terus mati selepas mendengar cakap Rubina. Memang kata-kata Rubina ada benarnya. Ini pertama kali dirinya jatuh cinta. Sebelum ini ramai lelaki cuba mengorat dia tetapi tiada seorang pun lelaki yang dapat membuka pintu hatinya. Kini hatinya terbuka untuk lelaki bernama Emiir Carim.

            Rubina, kau jangan risau. Kalau la Emiir tu dah ada girlfriend, atau pun dah ada tunang, atau pun dah ada isteri, aku akan undur diri. Aku ni bukannya jenis perempuan perampas! Tapi kalau Emir tu single, aku akan buru cinta Emir sampai ke hujung dunia. Aku akan tawan hati Emiir. Mustahil la hati Emir takkan cair dengan aku ni! Dah la comel! Manja! Baik hati! Pandai memasak! Pandai cari duit sendiri! Rugi Emiir kalau tolak aku! Betul tak?” kata Umie. Dia kembali tersenyum.

            Betul tu! Aku berdoa supaya urusan kau dipermudahkan. Aku harap kau temui cinta yang kau cari selama ini. Aku nakkan yang terbaik untuk kau. Aku akan approve kalau lelaki itu lelaki baik dan hargai kau seadanya, Umie. I wish you all the best.”

            Thank you, Rubina! Kau memang kawan aku dunia akhirat. I love you!” Semakin panjang garisan senyuman Umie. Berkobar-kobar semangat Umie selepas mendapat sokongan Rubina. Walaupun kadang-kadang mulut Rubina laser tapi Rubina penyokong kuat di belakangnya.

            I love you too. Umie, aku ada meeting lepas ni. Aku call kau esok. Okey, bye!” kata Rubina. Dia terus menamatkan panggilan.

            Umie terus duduk di sofa. Diambil bantal kecil dan dipeluk dengan erat.

            Emiir Carim! Mulai esok, saya akan jadi sebahagian dari hidup awak.” kata Umie. Semakin meleret senyuman Umie. Dia tak sabar nak jumpa Emiir.




 

Monday, January 30, 2023

Jeng Jeng Kau Tawan Hatiku - Bab 5

 

Bab 5

            HUJUNG minggu sudah tiba, Akifah melabuhkan punggungnya di sofa. Semua kerja rumah sudah selesai dibuat. Dia bosan hari ini kerana Elma pulang ke kampung. Dia melihat sekeliling ruang tamu. Mulut sekejap bergerak ke kiri, sekejap pula bergerak ke kanan.

            “Kalau aku ada boyfriend, boleh jugak keluar dating. Eee… Abang Hail ni jual mahal betul? Orang sukakan dia tapi dia larikan diri pulak!” Mulut Akifah terus muncung. Geram dengan perangai Hail. Seperti yang diduga, keesokkan harinya sampul surat berisi wang RM20 ada di cermin keretanya. Memang susah betul nak dekat dengan lelaki yang berjaya mencuri hatinya. Apa perlu dia buat supaya Hail mengerti perasaan dia.

            “Aku tak patut buang masa macam ini, aku kena fikir macam mana nak tambat hati Abang Hail!” Akifah bercakap seorang diri. Otak ligat memikirkan idea.

            Tiba-tiba Akifah mendapat idea, dia melihat jam dinding di ruang tamu. Semakin meleret senyuman dia. Masa yang begitu tepat sekali melancarkan plan dia. Rambut lurus yang separas bahu diikat dengan rapi.

            Laju kaki Akifah melangkah di dapur. Peti sejuk dibuka. Dia melihat barang-barang yang ada di dalamnya. Dia tahu apa yang dia nak masak sekejap lagi.

            “Kalau Abang Hail rasa masakkan aku ni, mesti Abang Hail jatuh cinta gila-gila kat aku! Hasil tangan aku tak pernah menghampakan!”  Semangat Akifah berkobar-kobar. Dikeluarkan semua bahan-bahan yang ingin digunakan untuk memasak.

            Sambil memasak, Akifah tersenyum seorang diri. Semakin meleret senyuman dia apabila membayangkan Hail memuji masakkan dia. Dia ketawa kecil. Dipercepatkan proses memasak.

            Selesai memasak, Akifah mengemas dapur. Dia berjalan ke arah tingkap. Pandangan mata ke arah rumah Mak Endon yang sebelah rumah sewanya. Tiada motorsikal dan kereta di garaj. Ini bermakna, Mak Endon ada di kedai runcit. Kalau la Mak Endon nampak dia bawa makanan pergi rumah Mak Doyah, mesti kecoh.

            Akifah berjalan masuk ke biliknya menukar baju. Dia perlu pakai baju yang elok sikit. Jangan terlalu cantik sangat nanti apa kata Mak Doyah dengan Pak Yunus. Biar pakaian tu casual! Dia rasa tak sabar nak jumpa Hail. Teruja pun ada! Senyuman kegembiraan Akifah memang tidak dapat disembunyikan.

                                                ***************************

            MAK DOYAH begitu sibuk memasak menyiapkan makanan tengahhari. Dia menoleh apabila kedengaran ada orang memberi salam.

            “Waalaikumussalam!” jawab Mak Doyah. Dia melihat ke arah pintu dapur. Kelihatan Akifah berdiri di depan pintu dapur.

            “Aaa…. Akifah! Masuk la! Masuk! Masuk!” pelawa Mak Doyah lagi.

            “Nak bagi lauk kat Mak Doyah. Tadi masak ayam parprik banyak, terlupa pulak yang Elma balik esok.” Kata Akifah. Dia meletakkan bekas makanan di atas meja.

              Nanti hang seorang la makan kat rumah?” kata Mak Doyah. Dia dekati Akifah.

            “Ya.” Jawab Akifah.

            “Mana best makan seorang, hari ini makan sekali dengan family Mak Doyah! Ramai-ramai makan baru seronok!”

            “Segan la, Mak Doyah!” Akifah tersipu-sipu malu. Nampaknya rancangan dia menjadi.

            “Segan? Awat nak segan pulak? Macam la hang tak kenal dengan laki dan anak Mak Doyah. Makan saja dengan kami.” Kata Mak Doyah.

            “Baiklah! Ada apa-apa saya boleh tolong?” tanya Akifah. Dah orang jemput makan, takkan la nak goyang kaki saja.

            “Aaa… Basuh beras tu! Mak Doyah tak sempat nak basuh tadi.” Mak Doyah yang sedang memotong bawang merah menoleh ke arah Akifah.

            Akifah terus saja membasuh beras. Selesai saja kerjanya, Akifah terus bawa bekas beras tadi masuk ke dalam rice cooker. Dia terus menekan butang ‘cook’ pada rice cooker itu.

            Mak Doyah sempat menoleh dan tersenyum melihat telatah Akifah yang jelas tak kekok berada di dapur.

            “Elma balik bila?” Mak Doyah memulakan perbualan mereka berdua.

            “Esok petang!” jawab Akifah.

            “ Tak takut ka tidur seorang?”

            “Takut la jugak, Mak Doyah. Nak balik kampung, jauh sangat! Hujung minggu kalau nak balik kampung, memang tak berbaloi. Sehari saja dah habis masa kat jalan, kalau pergi balik pulak, sudah tentu ambil masa dua hari. Kalau ada cuti panjang saja, baru saya balik kampung kat Muar.” Kata Akifah.    Kalau negeri Johor dengan negeri Kedah dekat, sudah lama dia balik. Cemburu rasanya tiap kali Elma balik kampung kat Ipoh.

            “Kalau Mak Doyah tak ada anak teruna kat rumah ni, boleh jugak Mak Doyah ajak hang bermalam kat sini.” Kata Mak Doyah.

            Akifah tersenyum. Dia faham maksud Mak Doyah.

            “Mak, sat gi …..” Hail yang baru muncul di dapur dengan tuala di bahu terus kaku apabila melihat kehadiran Akifah di situ.

            Wajah Akifah berubah gembira melihat kemunculan Hail.

            “Sat gi apanya?” tanya Mak Doyah semula. Pelik apabila Hail bercakap separuh saja. Dia menyedari Hail terkejut melihat Akifah.

            “Aaa…. Akifah makan tengahhari dengan kita hari ini! Tadi hang cakap apa? Sat gi apa?” tambah Mak Doyah lagi.

            “Sat gi pukul 5 petang, orang yang nak pasang bumbung warung mai. Ayah suruh habaq kat mak! Buat aiq!” Hail menyampaikan pesanan ayahnya. Dari pagi lagi, dia dan Pak Yunus perbaiki warung itu. Selepas bumbung baru dipasang, kerja mengecat akan dilaksanakan pula. Tanpa melihat Akifah, dia terus masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

            Akifah perhatikan gerak-geri Hail sehinggalah Hail masuk ke dalam bilik air. Dia terkejut apabila Mak Doyah memanggil dia.

            “ Aaa… Akifah, hang tolong Mak Doyah kupas nenas n! Hang tahu kan buang kulit nenas ni?” Sebiji buah nenas diberikan pada Akifah. Mak Doyah tersenyum. Hari ini dia akan masak gulai nenas ketam.

            “Dah tentu tahu!” jawab Akifah. Dia terus mengambil pisau dan papan pemotong.

            Mak Doyah tersenyum melihat Akifah. Begitu senang Akifah membuang kulit nenas itu. Bertuahnya kalau dapat menantu macam Akifah ni! Rajin pulak tu! Kalau la Hail ni ada kerja, dah tentu dia pinangkan Akifah ni untuk Hail. Dia mengeluh perlahan.

                                                ***********************************

            PETANG ITU, Akifah menolong Mak Doyah menyiapkan minum petang. Sambil membuat kerja, dia berborak dengan Mak Doyah. Ada saja kisah dikongsi bersama. Maklum la Mak Doyah dulu pernah bekerja sebagai jururawat di hospital swasta. Antara mereka berdua ada persamaan. Kiranya mereka berdua serasi.

            “Amboi! Riuh rendahnya!” Pak Yunus bersuara selepas memasuki ruang dapur. Dia melihat isterinya begitu rancak berbual sambil membuat karipap.

            “Dah ada teman berbual, dah tentu riuh rendah. Depa dah sampai ka? Berapa orang?” tanya Mak Doyah.

            “Baru saja sampai! Lima orang! Nanti dah siap, bagitau abang! Nanti abang suruh Hail mai ambil.” Kata Pak Yunus sebelum berlalu pergi.

            “ Akifah, hang bancuh aiq kopi sat. Mak Doyah nak goreng karipap.” Arah Mak Doyah.

            Akifah terus berhenti membuat karipap. Dia bangun dan terus mencapai teko. Dengan segera dia membancuh air.

            Sepuluh minit kemudian, Hail masuk ke dapur.

            “Mak dah siap ka?” tanya Hail.

            “Dah siap dah!” jawab Mak Doyah.

            Hail melihat dulang sudah siap dengan air dan kuih. Semasa Hail mengangkat dulang itu, pinggan karipap hampir saja terjatuh tapi Akifah sempat selamatkan.

            “Kuih karipap ni biar saya yang bawa!” kata Akifah.

            “It’s okey! Saya boleh angkat, letak balik pinggan tu!” tegas Hail,

            “Biar la Akifah tolong, kalau jatuh sekali lagi, depa tu nanti nak makan apa! Mak buat cukup-cukup saja.” Tegur Mak Doyah.

            Pandangan mata Akifah bertemu dengan mata Hail. Dia hanya mampu tersenyum seraya mengangkat pinggan karipap yang ada di tangannya.

            “Yalah!” kata Hail sebelum bergerak pergi. Dia malas nak bergaduh dengan ibunya.

            Akifah tersenyum dan terus mengekori Hail. Dia segera memakai seliper.

            “Kursus yang Abang Hail pergi hari tu macam mana? Okey tak?” tanya Akifah. Dia cuba memulakan perbualan antara mereka berdua.

            “Hmm… Okey!” ringkas jawapan Hail. Dia malas nak melayan.

            “ Ramai tak orang?” tanya Akifah lagi.

            “Boleh la!” jawab Hail tanpa perasaan.

            Mulut Akifah terus senget. Nampak sangat Hail malas nak bercakap dengan dia. Kecik hati pun ada seolah-olah dia terhegeh-hegeh nak cakap dengan Hail.

            “Akifah! Terima kasih tolong bawa. Letak kat atas meja tu!” kata Pak Yunus sebaik saja Hail dan Akifah mendekati dia.

            Akifah tersenyum. Dia terus letak pinggan berisi karipap itu di atas meja empat segi yang terletak tak jauh dari warung. Mata dikerling pada Hail. Kot-kot Hail nak ucapkan terima kasih! Sangkaan dia meleset sama sekali. Sikit pun Hail tak peduli pasal dia.

            “Akifah! Mai lekas makan!” Tiba-tiba Mak Doyah memanggil dari pangkin kayu.

            Akifah menoleh dan mempercepatkan langkah mendekati Mak Doyah. Minuman dan kuih sudah terhidang kat situ.

            “Makan! Mesti hang lapar kan!” kata Mak Doyah. Cawan air berisi air nescafe diberikan pada Akifah. Tanpa bantuan Akifah tadi, mustahil dia dapat siapkan karipap secepat ini.

            Karipap diambil dan terus dimasukkan ke dalam mulut. Akifah mengunyah perlahan-lahan.

            “Sedapnya! Mak Doyah kena bagi saya resipi ni!” puji Akifah dengan mata bulat membesar.

            Mak Doyah ketawa kecil dengan telatah Akifah.

            “Tak patut betul? Panggil Akifah seorang saja!” kata Pak Yunus sebaik saja menghampiri pangkin kayu.

            “ Dah tua pun nak kena panggil lagi ke? Faham-faham la sendiri, rumah sendiri kot!” jawab Mak Doyah.

            “Mak Doyah hang ni kalau bab menjawab memang champion.” Sindir Pak Yunus.

            Akifah ketawa kecil.

            Mak Doyah menjeling ke arah suaminya.

            “ Lama ke kalau pasang bumbung baru?” tanya Akifah.

            “Hari ini saja dah boleh siap! Lagipun esok Hail dah start nak cat.” Jawab Pak Yunus.

            “Larat ke Hail nak cat warung tu seorang? Upah orang kan senang!” kata Mak Doyah.

            “Abang pun tolong jugak!”

            “Biar betul abang nak tolong? Nanti sekerat jalan kerja, yang habiskan Hail seorang jugak!” Mak Doyah tak percaya yang suaminya akan menolong.

            “Saya boleh tolong mengecat! Esok cuti!” Akifah menawarkan diri untuk membantu. Lagipun esok dia tak ada apa-apa nak buat. Yang paling penting, inilah peluang mendekati Hail. Dirinya masih tidak berputus asa untuk menawan hati Hail.

            “Lagi ramai, lagi baguih! Cepat habis kerja!” kata Pak Yunus sebelum makan karipap.

            Mak Doyah menggelengkan kepala. Nampak sangat suaminya mengambil kesempatan dengan kebaikkan Akifah.




 

CERPEN : CINTA SEHALA (KARYASENI)

  𝐊𝐎𝐌𝐏𝐈𝐋𝐀𝐒𝐈 𝐂𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍 - 𝐍𝐎𝐒𝐓𝐀𝐋𝐆𝐈𝐀 - 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐡𝐞𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 . Kami kumpulkan kary...