Thursday, October 29, 2009

Rahsia Hati 7

Bab 7

“Kak Erma! Lina ada banyak kerja lagi nak buat. Assigment dan projek pun tak siap lagi. Abang Firdaus sayang kat Kak Erma saja. Tak ada orang lain.” Yakin Halina pada kakak sepupunya.
”Kau ni muda lagi. Kau tak faham. Cakap mereka ni satu pun tak boleh percaya.” Mata Erma meliar ke kiri dan kanan mencari kelibat tunangnya. Setiap sudut di restoran tersebut diperhatikannya.
Halina mengeluh. ”Kalau Kak Erma tak percaya dengan lelaki, kenapa bertunang pula dengan Abang Firdaus. Baik saja jadi andartu.” kata Halina selamba.
”Budak ni! Ingatkan bawa dia ikut sekali boleh la hilangkan kusut kat kepala ni. Malah ditambahnya lagi.”
”Ya la, yang Kak Erma percaya Mak Ton tu buat apa! Dia tu kan suka bergosip. Campur rumah tangga orang. Banyak rumah tangga orang retak disebabkan mulut Mak Ton, takkan Kak Erma tak tahu. Kepercayaan merupakan salah satu perkara penting dalam perhubungan tanpa kepercayaan antara satu sama lain ia takkan menjamin kebahagian.” Halina sudah mula berceramah.
“Kau ni pernah bercinta ke? Tak pernah kan!” Bulat mata Erma merenung adik sepupunya.
Halina mencebik mulutnya.
”Nanti bila kau dah bercinta nanti! Kau rasa la apa kau rasa. Perasaan kau sama saja macam aku sekarang. Aku perlu tahu kebenarannnya baru hati aku senang hati”
Halina mengeluh. Dia terkejut apabila menerima panggilan telefon dari maknya. Tiba-tiba saja emak suruh pulang ke rumah. Katanya emergency. Setibanya di rumah, belum sempat melangkah masuk ke dalam rumah. Kakak sepupunya terus menariknya masuk ke dalam kereta tanpa apa-apa penjelasan sehingga la dia tiba di Sabah. Ini kerja gila namanya.Macam dia saja ada masalah? Aku ni? Apa Abang Rizal sedang buat sekarang? Halina melirik matanya ke arah kakak sepupunya.
”Itu dia!” kata Erma dengan nada separuh menjerit. Matanya tepat memandang pada tunangnya yang duduk dengan seorang wanita. Erma terus bangun tapi sempat ditahan oleh Halina.
”Kak Erma, kita tunggu dan lihat dulu. Mana tahu perempuan tu kawan dia ke? Ataupun business partner dia ke?” kata Halina melihat Abang Firdaus berbual dengan wanita yang duduk berhampiran dengan meja mereka.
”Tapi .....dia........” Mata Erma mulai berair. Tak sangka Firdaus sanggup menduakan dirinya. Tak sayang lagi ke Firdaus pada diriku sehingga dia sanggup bertindak begini rupa? Datang ke Sabah sebab urusan business konon.
“Kak Erma, jangan buat kecoh kat sini. Kita lihat apa yang berlaku? Jangan ikutkan perasaan.” nasihat Halina. Tangannya masih erat memegang tangan Erma. Genggamnya semakin kuat.
Erma mengeluh. Erma kembali duduk di kerusinya. Anak matanya masih tepat memerhati pasangan yang tidak sedar akan diri mereka diperhatikan. Secawan air kopi yang dipesannnya sebentar tadi diteguk beberapa kali. Erma gelisah dan bimbang. Beberapa minit kemudian, tiba-tiba Erma bangun.
“That’s it. Aku dah tak tahan.” Pantas Erma melangkah ke meja tunangannya.
“Kak Erma.” Halina terkejut dengan tindakkan Erma. Lantas Halina mengejar kakak sepupunya.
”Oooo......Sekarang baru Erma faham, kenapa abang kata business kat sini penting.” Erma mengetap bibirnya menahan marah sebaik saja tiba di meja tunangnya.
Firdaus terkejut dengan kemunculan Erma. Dia bangun. Wanita yang berada di hadapannya tercengang. ”Erma!”
”Kenapa? Abang ingat abang dapat perbodohkan Erma selamanya. Sampai hati abang layan Erma macam ni! Abang tak cintakan Erma lagi ke?” kata Erma sambil menangis teresak-esak. Halina yang berada di sisi Erma hanya mendiamkan dirinya. Aduh parah ni!
Tangisan Erma menarik perhatian orang yang sedang menjamu selera di situ. Kebanyakkan mata memandang ke arah mereka. Ada yang berbisik-bisik. Ada orang hanya tersenyum. Entah apa yang sedang berada dalam fikiran mereka sekarang ni.
”Erma! Abang rasa Erma sudah salah faham. Cik Zarina ni sebenarnya .....” Firdaus cuba menjelaskan tetapi belum sempat dia menghabiskan penjelasannya.
”Kekasih baru abang!” celah Erma dengan nada suara menjerit.
”Kak Erma sudah la. Apa kata kita cari tempat yang sesuai untuk kita berbincang.” pujuk Halina. Dia melihat ke kiri dan kanan. Banyak mata sedang memandang ke arah mereka.
”Kau diam, Lina. Ini hal aku. Kau jangan masuk campur.“ Tengking Erma pada Halina.
”Sah! Dah kena sindrom cemburu buta, orang kata apa pun tak dengar langsung.“ bebel Halina. Malas nak layan. Tiba-tiba matanya tepat memandang fail-fail yang berada di atas meja. Ada 4 gelas air minuman di atas meja itu juga. Kalau Abang Firdaus dating, macam mana boleh ada 4 gelas di atas meja? Halina memandang tepat ke arah Abang Firdaus.
”Cik, saya rasa ada salah faham di sini! Saya Zarina! Saya ....” Zarina bangun dan tersenyum.
“Kekasih baru Firdaus. Itu kau nak beritahu aku. Eh, perempuan sundal! Kau ingat aku senang nak lepaskan kau! Ini Erma la.” Marah Erma. Matanya bulat merenung wanita yang berdiri di hadapannya. Kau cuba nak cabar maruah aku ye! Nanti kau! Tunggu, biar kau rasa apa kau rasa sekarang. Tangannya diangkat. Perempuan ni mesti kena penampar aku.
“Kak Erma, jangan!” kata Halina. Pang!
Erma tercengang. Tangannya terketar-ketar. Lidahnya kelu untuk bersuara. Semua yang berada di situ juga terkejut dengan adengan tadi.
Halina memegang pipinya. Pedih! Pipinya digosok beberapa kali. Aduh, sakitnya. Mata Halina tepat memandang kakak sepupunya. ”Boleh tak kalau Kak Erma bertindak secara rasional? Sakit tau tak”
”Lina!” Erma bersuara. Dia terkejut apabila tiba-tiba saja Halina berada di hadapan perempuan tu. Tak pasal-pasal Halina yang kena penamparnya.
”Kak Erma! Dengar sini, Abang Firdaus tak ada apa-apa hubungan dengan Cik ni.” Halina menoleh ke arah Abang Firdaus. Firdaus menganggukkan kepalanya.
”Kata dia betul. Mereka tak ada apa-apa hubungan. Cik Zarina adalah setiausaha saya.” Tiba-tiba saja ada suara mencelah percakapan mereka. Serentak mereka berempat menoleh ke arah lelaki yang berada tidak jauh dari mereka.
Dahi Halina berkerut melihat lelaki yang bercermin mata hitam yang sedang berjalan mendekati mereka sambil diiringi dua orang lelaki. Malam-malam buta pakai cermin mata hitam buat apa? Buang tabiat ke apa?
”Tuan Muda!” tegur Zarina dengan hormat.
Halina memerhati hairan. Kenapa wanita tu panggil lelaki tu macam tu? Tuan Muda? Zaman apa sekarang ni? Halina menoleh ke arah kakak sepupunya yang masih terdiam.
”Cik, saya rasa Cik sudah salah faham dengan Encik Firdaus. Cik Zarina hanya menemani Encik Firdaus sebelum kedatangan saya.” jelas Daniel.
Erma terdiam. Dia tak tahu nak cakap apa-apa. Lidahnya kelu untu berkata-kata. Dia malu. Erma menundukkan kepalanya. Macam mana ni? Aduh, malu giler!
“Aaaaa..........apa lagi, minta maaf la. Tak reti-reti lagi. Itu la orang dah cakap, jangan ikutkan hati. Sekarang siapa yang malu?” bebel Halina. Itu la ikut sangat perasaan.
Erma jeling ke arah adik sepupunya. Budak ni, sedap je kata kat aku.
’Apa!” Halina faham benar maksud tersirat di sebalik jelingan kakak sepupunya. ”Baik, Kak Erma settlekan semua ni! Lina dah letih. Nak tidur, esok awal-awal pagi kita balik ke KL. Kerja Lina kat KL menimbun lagi tak siap.” kata Halina sebelum beredar dari situ.
Halina tidak sedar yang gelagatnya diperhati disebalik cermin mata hitam yang dipakai oleh Daniel. Daniel tersenyum. Intersting women! Sebenarnya sejak dari tadi, dia sudah berada di situ. Daniel hanya memerhati apa yang berlaku. Ada sesuatu yang menarik mengenai wanita ini. Pasti suatu hari nanti kita akan berjumpa lagi.

************************

Perlahan-lahan Dania membuka matanya. Dia memerhati keadaan sekeliling. Putih! Pasti Hospital! Dania melihat Ali yang sedang tidur di sofa yang hampir dengan katil. Dania mengeluh. Dia bangun perlahan-lahan. Dia tak nak mengejutkan Ali. Jarum yang berada di tangannya dicabut. Dania memandang ke luar tingkap. Gelap! Sekarang suah pukul berapa? Kali ni berapa lama aku pengsan? Kenapa sakit kepala aku semakin teruk? Adakah ajal aku semakin dekat?
”Cik Muda!” Ali tiba-tiba berada di sisinya.
“Berapa lama saya pengsan, Ali?”
“6 jam, Cik Muda.”
“Pasti penyakit saya semakin teruk.” Kata Dania lagi. Ali hanya mendiamkan diri.
Dania turun dari katil.
”Cik Muda! Nak pergi mana? Dr. Hazwan pesan Cik Muda perlu bermalam di sini.” Ali menyampaikan pesanan Dr. Hazwan sebentar tadi.
Langkah Dania terhenti. ”Sama saja kalau saya bermalam di rumah. Saya nak keluar sekarang. Siapkan kereta.” arah Dania.
”Dania! Kamu tak boleh ke mana!” kata Dr. Hazwan tiba-tiba berada di situ. Wajahnya serius.
Dania tersenyum bila melihat kedatangan sahabat baik arwah ayahnya. ”I’m ok, Uncle.”
”You not ok, Dania. Cubalah dengar cakap Uncle ni. Jangan paksa diri kamu. Terimalah nasihat Uncle ni. Terima rawatan yang Uncle cadangkan hari tu. Jangan degil.” tegas Dr. Hazwan. Anak perempuan sahabatnya memang degil seperti arwah sahabatnya.
”Dania tak boleh bazirkan masa yang sedia ada ni dengan perkara yang tak berfaedah.”
”Tak berfaedah!” Dr. Hazwan terkejut. ”Dania anggap nyawa Dania sebagai perkara yang tidak berfaedah.” Wajah Dr. Hazwan berubah. Dengan senangnya, Dania menyatakannya sebegitu. Kenapa Dania menilai nyawanya sebegitu?
Dania tersenyum. ” I don’t have much time left, Uncle. Jika Dania terima rawatan sekalipun, keputusannya tetap sama. Dania tak nak sia-siakan kehidupan Dania, Uncle. I need to do something before i go. I hope you understand.” Dania mendekati Dr. Hazwan. Dia tahu Dr. Hazwan bimbang akan dirinya. Selama ni dia sudah anggap Dr. Hazwan seperti keluarganya.
“Tapi Dania, kesihatan Dania semakin teruk. Sekarang ni Dania kerap sakit kepala dan pengsan. You need a lot of rest. Uncle rasa lebih baik Dania beritahu penyakit Dania ni pada Tan Sri Daud dan Daniel. They have to know.” nasihat Dr. Hazwan. Dia tak setuju dengan pemintaan Dania agar tiada siapa tahu tentang penyakitnya termasuk adik dan atuknya.
”Mereka tak perlu tahu, Uncle. Dania tak nak mereka sedih dan bersimpati dengan Dania. Please Uncle, you already promise me. Do it for me. Just think it as my last request.” Rayu Dania. Dia memegang lembut tangan Dr. Hazwan.
Ali hanya memerhati dan mendengarnya. Hatinya sebak. Cik Muda seorang yang baik hati kenapa dia mesti menerima takdir sebegini? Apa salahnya?
Dr. Hazwan mengeluh. Sayu hatinya apabila mendengar kata-kata Dania. Perlahan-lahan Dr. Hazwan menganggukkan kepalanya.
”Thanks, Uncle. Dania janji Dania akan perbanyakkan rehat. Ali akan pastikan! Betul tak Ali?” Dania menoleh ke arah pengawal peribadinya.
”Ya, Dr Hazwan. Saya akan pastikan.” kata Ali.
”See. Don’t worry about me!” Dania masih tersenyum.

**************************************

Pintu lif terbuka. Dania dan Ali melangkah keluar dari lif. “Dania!’ tegur seseorang. Dania menoleh. Dia terkejut melihat Wardina yang sedang menghampirinya. Dania tersenyum.
“Kau nak jumpa aku ke? Kenapa tak call aku dulu?” tanya Wardina.
”Saja nak surprise kau. Kebetulan aku ada hal di sekitar ni so aku rasa tiba-tiba nak jumpa kau.” Dania ketawa kecil. Fuh, nasib baik! Kalau dia tahu sebab aku berada di sini, mampus aku. Dania mengerling ke arah Ali yang masih berdiri di sebelahnya.
”Ya ke! Jom la, kita ke cafeteria. Boleh la borak-borak.” ajak Wardina terus memaut lengan Dania.
”Cik Dania!” tiba-tiba ada orang memanggil namanya. Dania menoleh. Dia terkejut melihat seorang jururawat menghampirinya. Wajah Dania berubah pucat. Alamak! Alamak!
“Cik, ini ubatnya. Dr. Hazwan pesan kalau ubat ni dah habis, Cik kena datang ambil ubat ni segera.” Jururawat itu menghulurkan bungkusan plastik yang berisi ubat.
Wardina mengerutkan dahinya. Ubat! Lantas dia berpaling ke arah sahabatnya.
“Thanks.” Dania mengambil ubat tersebut. Jururawat itu tersenyum dan berlalu pergi.
“Kau sakit ke?” tanya Wardina secara tiba-tiba. Wajah sahabatnya direnung dengan maksud tersirat.
“Tak la. Ini!” Dania menunjukkan bungkusan plastik yang berada di tangannya. ”Ini ubat atuk aku. Dia suruh aku tolong ambilkan. Dah alang-alang aku ada di sini.”
“Atuk kau ada penyakit apa?” tanya Wardina lagi.
“Biasa la bila dah tua. Macam-macam penyakit ada.” Bohong Dania. Atuk aku sihat saja. Pandai-pandai pulak aku kata ada penyakit.
”Aii.....Baru semalam papa aku beritahu yang dia bermain golf dengan atuk kau. Sihat je” Wardina menggaru kepalanya yang tidak gatal.
”Kau ni! Itu semalam. Hal lama. Hari ni lain. Kau ni! Hish....kerja je doktor. Pengetahuan hampeh!” jawab Dania. Banyak pulak soalan Si Wardina ni. Macam reporter. Ada saje nak tahu tetapi Wardina seorang pendengar dan sahabat yang baik. Tapi...maaf Wardina, kali ni aku tak dapat nak beritahu tentang penyakit aku. Maaf...Dania tersenyum.
”Wah....Wah....Sedapnya mulut kau, aku tiap-tiap hari baca buku tahu tak! Otak aku ni penuh dengan ilmu dan pengetahuan. Genius!”
”Ya la...Ya la....” Dania mengalah.
“Tunang kau apa khabar?” soal Wardina.
Langkah Dania tiba-tiba terhenti. Dia menoleh ke arah Wardina. “Tak ada soalan lain ke kau nak tanya setiap kali jumpa aku?”
“Saja! Seronok!” Wardina ketawa.
“Esok dia balik! Ok! Habis!Jangan tanya soalan lagi. Aku lapar ni.” Dania kembali mengatur langkah.

********************************************

”Kebelakangan ni Dania sering kelihatan di hospital.” Beritahu Mansur. Wajah sahabatnya direnung.
”Hospital! Apa dia buat kat situ?” tanya Johari hairan. Dia menutup fail projek pembinaan hotel di Genting Highlands.
“Tak tahu. Yang peliknya. Hanya Ali saja yang berada di sisinya setiap kali berada di hospital. Something not right.” Mansur dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena.
“Hmm…..selalunya Dania akan diiringi beberapa orang pengawal peribadi tetapi kenapa hanya Ali? Aku nak tahu. Kau suruh orang kau siasat tujuan Dania ke hospital tu.”
“Allright. Hah….anak kau Shiela, dah balik ke?” Tanya Mansur tentang anak kesayangan Johari.
Johari mengeluh kuat. Bila dengar saja nama anaknya, tekanan darahnya pasti naik. ”Itu lagi seorang! Anak tak kenang budi. Tak malu! Entah apa yang dia nampak pada si Daniel tu. Banyak lagi anak-anak orang kaya kat Malaysia ni tapi Daniel juga jadi pilihan dia. Entah ubat guna-guna apa yang Si Daniel guna pun aku tak tahu. Omar beritahu aku yang Shiela ugut kalau cuba paksa dia balik dia akan bunuh diri. Entah apa nak jadi dengan anak aku ni.”
“Itu hal kau anak beranak. Aku malas nak masuk campur. Nasib baik la aku tak kahwin.” Mansur ketawa.
“Hah.....Pasal Murni! Kau ada apa-apa maklumat tak?” tanya Johari. Tiba-tiba dia teringat akan tugasan yang dia berikan pada Mansur minggu lepas.
”Orang-orang aku tak dapat kesan la di mana dia. Seolah-olah dia dah hilang di muka bumi ni.”
”Aku berasa tak sedap hati la. Kebelakangan ni sudah lama aku tak nampak Murni. Macam ada sesuatu yang tak kena. She’s always be with Dania no matter what happens.” Johari teringat akan pengawal peribadi Dania. Selain Ali dan Zamri, ada seorang lagi pengawal peribadi Dania. Murni! Mereka bertiga sangat setia pada Dania. Kadangkala dia hairan, kenapa mereka begitu setia pada Dania. Pernah beberapa kali dia cuba merasuah mereka tetapi gagal. Kesetiaan mereka pada Dania tidak dapat dipertikaikan.
“Aku pun rasa pelik jugak. Aku rasa Dania pasti beri tugasan penting untuk Murni. Kalau tidak, takkan la dia sanggup tinggalkan Dania.” Cawan air tea yang berada di hadapannya diminum.
Johari mengeluh dan gelisah. Kenapa dia dapat rasakan ada sesuatu yang buruk akan berlaku terhadap dirinya? ”Mansur,kau suruh orang kau cari Murni sampai dapat. Tangkap dia hidup-hidup. Aku nak tahu apa rancangan Dania? Adakah ia melibatkan aku?”Tegas Johari.
”Baik.” jawab Mansur.

2 comments:

Hana_aniz said...

sy interested dgn jalan citer cik writer.
tp awal episod byk sgt wataknya smpai sy pn da agak keliru sket. tp start episod 5 da ok sket.
selain Dania, sape lg watak heroin?
Halina ye?
Dania sakit apa?

good job cik writer!!
sambung la cepat2 ye??

ct fateema said...

Mana saya nak baca bab 1 to 5?

Post a Comment