Thursday, October 15, 2009

Rahsia Hati (Bab 6)

Bab 6

Daniel memegang lehernya lenguh. Dia memicit lehernya beberapa kali. Sudah 3 jam, dia menghadap latopnya. Dia perlu siapkan laporan projek Taman Tema Sibu yang sedang dibina. Projek itu dijangka siap pada tahun hadapan. Sepatutnya tugas untuk meninjau perkembangan projek ni adalah kakaknya. Disebabkan dia ingin lari dari pertemuan jodoh yang kolot tu sebab itulah dia mengambil kesempatan ini untuk mengelak.
“Tuan Muda!” Irfan menghampiri Daniel yang sedang duduk di luar balkoni.
”Ya!” Daniel berpaling.
“Cik Shiela ingin bercakap dengan Tuan Muda. Sudah 10 kali, dia telefon. Katanya ada hal penting dia nak cakap dengan Tuan Muda.” kata Irfan.
Daniel mengeluh. Bila la Shiela nak putus asa? Hal penting apa la yang dia nak cakapkan ni. Dia tahu Shiela menaruh perasaan kepadanya tetapi dia hanya menganggap Shiela seperti adiknya saja. Tidak lebih dari itu.
”Tuan Muda!” panggil Irfan lagi. Dia hairan bila tiada reaksi dari Daniel.
”Let’s me talk to her.” kata Daniel akhirnya bersetuju.
Irfan memberi telefon bimbit Samsung kepada Daniel.
”Hmm.... Apa yang penting sangat ni, Shiela?“ tanya Daniel. Daniel memberi isyarat pada Irfan untuk beredar dari situ. Irfan akur dan berlalu pergi.
”Abang Daniel dah makan ke belum?” Shiela tersenyum apabila akhirnya dapat mendengar suara yang amat dirindunya.
”Not yet. Cakap cepat, hal apa yang penting sangat ni!“ Cakap Daniel endah tak endah.
”Abang Daniel rindu tak kat Shiela?” tanya Shiela dengan manja.
Daniel terdiam. Rindu? Daniel menjarakkan telefon bimbitnya dari telinganya. Dahinya berkerut. ”Sheila, listen here! Between you and me, there is nothing. Fullstop!” tegas Daniel.
“Abang Daniel!” Shiela terkejut dengan kata-kata Daniel. Ia benar-benar melukai hatinya. Sakit!
”Shiela, selama ni abang anggap Shiela macam adik abang sendiri. No more than that. Sorry! I think you should find someone who loves you.” Daniel terus mematikan panggilan tersebut.
“Abang! Abang Daniel!” jerit Shiela bila Daniel menamatkan perbualan mereka. Telefon bimbit yang berada di tangan dibaling ke dinding biliknya. Shiela menjerit sekuat hati. Pedih! Cintanya selama 20 tahun hancur berkecai. Abang Daniel dengan mudahnya menolak cintanya. Tak! Tak! Ini Shiela Johari, aku takkan mengalah. Aku akan buat apa saja asalkan Abang Daniel menjadi milikku.

*********************************

Dania menyandarkan dirinya di dinding lif. Dahinya berkerut. Tiba-tiba saja sakit kepalanya datang selepas dia memasuki lif.
”Cik Muda!” Ali sedar akan perubahan wajah Dania.
”Saya tak ada apa-apa.”
“Cik Muda bawa tak ubat?” tanya Ali. Risau.
”Saya boleh bertahan. Jangan risau.” Dania memegang kepalanya. Dania masih tersenyum. Dia cuba bertahan. Dia tahu Ali risau akan dirinya. Hanya Ali seorang tahu tentang penyakitnya. Itu pun disebabkan secara tak sengaja.
Pintu lif tiba-tiba terbuka. Dania melihat lelaki yang baru memasuki lif tersebut. Dania tersenyum.
“Apa khabar, Uncle Johari?” tanya Dania. Dia berlagak seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dia sedaya upaya menahan kesakitan yang dialaminya. Penglihatannya semakin kabur. Ya Allah, kuatkanlah semangat hambaMu ini!Dia takkan sesekali memberi peluang untuk Uncle Johari mengetahui kelemahannya.
”Huh...baik! Umur aku panjang lagi.” jawab Uncle Johari.
Dania tersenyum bila mendengar jawapan Uncle Johari.
Ali memerhati Dania. Dia tahu Dania sedang menahan kesakitan.
”Dania!” kata Johari secara tiba-tiba. Dia berpaling ke arah Dania. Matanya tepat merenung anak mata Dania. “Sekali lagi kau sakiti anak aku, Shiela. Siap la kau. Kau ingat aku takut dengan kau.”
Dania masih lagi tersenyum. Amaran dari Uncle Johari tidak memberi apa-apa erti padanya. “Begitu juga dengan Dania, Uncle Johari. Kalau Shiela tak menganggu hidup Daniel lagi, Dania takkan sesekali sentuh dan jentik Shiela tapi kalau dia masih menganggu Daniel, Dania takkan teragak-agak. Contohnya sekarang ni, Shiela on the way pergi ke sabah. Uncle tahu tak?” kata Dania. Keningnya diangkat sebelah.
Johari terkejut.
”Well, Dania rasa Uncle Johari perlu nasihatkan Shiela. Bukan Dania! Dania takut nanti akan terjadi sesuatu pada anak kesayangan Uncle Johari nanti. Jangan menyesal.”
Johari cuba mendekati Dania tetapi dihalang oleh Ali. Johari merenung lelaki yang berpakaian kot hitam. Jahanam! Kalau tiada Ali ni, dah lama kau mati Dania! Johari mengundurkan langkahnya
Dania hanya membuat muka selamba. Dia sengaja mengakiti hati Uncle Johari.
”Kau dengar sini, kalau apa-apa terjadi pada Shiela. Kau akan terima padahnya, Dania.” jerit Johari sambil menunding jari pada Dania.
Dania ketawa. ”Same with me! if anything happens to my brother, I will make sure Uncle will not see your daughter anymore.Uncle Johari sendiri tahu kemampuan Dania kan!”
Wajah Johari berubah. Dia kenal Dania. Dia tahu setakat mana kemampuan Dania. Jika Dania arahkan seseorang membunuhnya , pasti sekarang dia sudah mati. Pintu lif terbuka. Dia terus berlalu keluar.
“Oh ya, Uncel Johari! Tell Shiela, don’t do anything stupid.” Kata Dania sewaktu pintu lif tertutup.
”Budak bertuah ni! Dah gila ke?” bebel Johari seorang diri sewaktu keluar dari lif. Shiela memang sudah melampau. Tak ada lelaki lain ke kat dunia ni. Pantas Johari mengeluarkan telefon bimbitnya. No tel Omar didailnya. ”Hello Omar! Aku nak kau pergi Sabah sekarang juga. Kau bawa Shiela balik. Mesti bawa dia balik!” jerit Johari pada orang suruhannya.Telefonnya digenggam dengan erat.
Selepas pintu lif tertutup, Dania menyandarkan dirinya di dinding lif. Nafas Dania turun naik. Sakit di kepalanya masih berdenyut dengan pantas.
”Cik Muda, lebih baik jika kita pergi ke hospital sekarang. Terima rawatan.” Ali menghampiri Dania. Dia risau jika ada sesuatu terjadi kepada majikannya.
Pandangan Dania semakin kabur. Dania memegang tangan Ali. Air liur ditelan dengan perlahan-lahan. Kepalanya benar-benar terasa amat sakit.
“Ali....” suara Dania perlahan. Tenaganya seolah-olah hilang tetapi dikuatkan juga semangatnya. Dia perlu lawan. Ada sesuatu yang dia perlu katakan pada Ali. “Ali.....”
“Ya, Cik Muda.”
“Suruh.....suruh....Zamri lindungi Daniel. Saya tak nak apa-apa terjadi padanya.” Nafas Dania turun naik. Nada suaranya semakin perlahan-lahan. Sakit di kepalanya benar-benar menyakiti dirinya. Kenapa pandangan aku semakin kabur? Wajah Ali pun. Semakin gelap.
”Cik Muda.” jerit Ali bila Dania sudah rebah. Pintu lif terbuka. Suria terkejut apabila apa melihat majikannya.
“Ali, kenapa?” pantas Suria berada di sisi Dania.
“Tak ada apa-apa. Mungkin Cik Muda penat. Suruh Rahim sediakan kereta.” Arah Ali.
“Baiklah.” Wajah Dania ditatapnya. Pucat! Hati Suria resah. Macam ada sesuatu yang tak kena saja.

********************************

Shiela tersenyum apabila dirinya terlepas dari pemeriksaan Irfan. Troli makanan ditolaknya perlahan-lahan. Penyamarannya memang berkesan dengan memwarnakan rambut hitam dan bercermin mata besar. Pasti tiada siapa sangka yang dia akan menyamar sebagai pekerja hotel. Bodoh betul Irfan ni! Shiela ketawa kecil di dalam hatinya.
”Letak saja di atas meja!” Daniel bersuara apabila melihat tempahan makan malam untuknya sudah sampai. Matanya tepat membaca laporan. Satu persatu helaian dibacanya. Sesekali dahinya berkerut.
Shiela meletakkan makan malam yang ditempah oleh Daniel satu persatu. Matanya masih tepat merenung Daniel. Kacak! Abang Daniel memang untuk aku. Inilah peluang aku. Matanya melirik ke kiri dan kanan. Irfan tak ada. Bagus! Shiela mendekati Daniel yang sedang duduk di sofa.
”Tuan Muda!” Langkah Shiela tiba-tiba terhenti apabila mendengar suara Irfan. Shiela menundukkan kepalanya. Dia takut jika identiti dirinya terbongkar.
Daniel tepat melihat lelaki yang berdiri di sebelah Irfan. Dia kenal siapa lelaki itu. Daniel bangun. Wajahnya berkerut. Kedatangan lelaki ni memberi tanda tanya kepada dirinya. Lelaki ini takkan datang ke sini tanpa arahan dari kakaknya. Selain Ali, ada dua orang yang setia kepada kakaknya. Salah seorang adalah lelaki yang sedang berdiri di hadapannya sekarang.
”Zamri!”
”Tuan Muda!” Zamri tersenyum.
”Apa halnya awak datang ke sini?” tanya Daniel.
Jahanam! Macam mana salah seorang pengawal peribadi Kak Dania ada di sini? Rosak plan aku! Ini mesti kerja Kak Dania. Shiela menggengam erat tangannya. Shiela masih tidak berani mengangkat kepalanya. Dia masih kaku berdiri di situ.
”Cik Muda mahu saya memastikan keselamatan Tuan Muda terjamin.” kata Zamri.
”I’m not child anymore. Tell my sister, she don’t have to worry about me anymore. Irfan always be by my side.” Tegas Daniel. Kadang kala dia rimas dengan kongkongan kakaknya.
“Maaf, Tuan Muda. Ini arahan Cik Muda. Lagipun Irfan telah cuai dalam menjalankan tanggungjawabnya.” Zamri menoleh ke arah Irfan.
”Cuai!” Irfan terkejut. Dia tak faham.
”Apa yang awak merepek ni, Zamri?” Daniel mengeluh.
”Saya tak tahu pulak yang Cik Shiela bekerja sebagai pekerja hotel di sini.” Zamri berpaling ke arah wanita yang sedang kaku berdiri tidak jauh darinya.
”Shiela!” Daniel terkejut dan menoleh ke arah wanita yang berpakaian pekerja hotel yang didudukinya.
Perlahan-lahan Shiela mengangkat kepalanya. Wajah serius dan matanya merenung tepat ke arah Zamri.
Daniel menggelengkan kepalanya beberapa kali. Aduh, tak abis-abis dengan masalah. Wajah Shiela ditatapnya dengan pandangan yang tidak dapat ditafsir. Geram dan marah!
”Shiela! Berapa kali abang nak terangkan? Susah sangat ke Shiela nak faham apa yang abang cakapkan. Kita tak ada apa-apa. No!” jerit Daniel.
”Abang Daniel! Abang tak boleh buat Shiela macam ni? Cuba abang beritahu Shiela, apa silap Shiela?” Air mata Shiela tiba-tiba mengalir. Jeritan Daniel melukai hatinya. Tak pernah Abang Daniel melayani dirinya sebegitu. Abang Daniel yang dikenali sejak kecil adalah seorang yang lemah-lembut, budi bahasa dan bertolak ansur. Tetapi lelaki yang berada di hadapannya benar-benar berbeza.
”Shiela tak buat apa-apa kesalahan pun. Yang pasti abang tak boleh terima cinta Shiela. Boleh tak Sheila faham?” nada suara berubah lembut.
”Kenapa? Tak boleh! Cuba abang beritahu sebabnya. Sebab Kak Dania, kan!” jerit Shiela pula. Nama Dania benar-benar menaikkan kemarahannya.
”Kak Dania tak terlibat dalam hal ni pun. Just between two of us.”
“Kalau tak terlibat, kenapa lelaki ni ada? Macam mana dia tahu Shiela ada kat sini? Ini semua sebab Kak Dania. Dia cuba halang cinta kita. Abang tak sedar ke?”.
“Shiela! Abang tak tahu macam mana lagi nak terangkan pada Shiela supaya Shiela faham. Abang tak cintakan Shiela. I don’t love you. I don’t love you.” Jerit Daniel lagi. Shiela ni memang dah gila. Bahasa apa la yang aku nak cakap agar kau faham. Tamil! Cina! Ah…lantak kat kau la.
“Abang !” Air mata Shiela deras mengalir bila mendengar kata-kata Daniel. Dengan mudahnya Daniel menolak cintanya tanpa memikir walau sesaat pun. Cintanya pada Daniel benar-benar tidak dihargai.
”Irfan, kau bawa Shiela ni balik. Kau pastikan dia nak kapal terbang balik ke KL.” tegas Daniel terus berlalu keluar. Serabut betul kepala otak aku ni. Ingatkan bila berada di sini, masalah tiada tapi lain pula jadinya. Kacau betul.
”Abang!” Shiela ingin mengejar Daniel tetapi dihalang oleh Zamri.
”Cinta tak boleh dipaksa, Cik Shiela. Tuan Muda sudah menyatakannya, harap Cik Shiela faham.” kata Zamri.
”Kau diam! Hey, kau beritahu majikan kau! Aku tak takut dengan dia. Dia ingat dia siapa nak tentukan hidup Abang Daniel.” marah Shiela.
”Cik Muda tak pernah cuba nak tentukan kehidupan Tuan Muda tapi Cik Shiela yang cuba nak tentukan hidup Tuan Muda dengan paksaan.” Zamri tersengih.
Bulat anak mata Shiela apabila mendengar kata-kata Zamri. ”Bodoh!” jerit Shiela seperti budak kecil. Matanya masih melihat kelibat Daniel yang hilang dari pandangannya.
Irfan hanya tersenyum.

No comments:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...