Saturday, November 7, 2009

Rahsia hati 10

Bab 10

Daniel menoleh ke kiri dan kanan. Suasana di lapangan terbang Incheon, Seoul memang sibuk. Kebanyakkan orang di situ sibuk dengan urusan masing-masing. Patut la lapangan terbang ini dikatakan merupakan salah satu tempat yang paling sibuk di dunia. Daniel membetulkan cermin mata hitam jenama Tom Ford yang dibelikan oleh Dania tahun lepas sewaktu di Paris. Mana la Am ni? Takkan lupa nak ambil aku kat sini? Cermin matanya ditanggalkan. Daniel resah.
”Daniel!” jerit Amran sebaik saja nampak kelibat Daniel yang sedang duduk. Dia segera mengatur langkah menghampiri sahabatnya sewaktu belajar di luar negara. Sudah 2 tahun, dia tidak berjumppa dengan Daniel sejak dia ditukarkan ke Kedutaan Malaysia di Korea Selatan.
”Am!” Daniel tersenyum. Mereka berdua bersalaman.
”Wah, terkejut aku bila kau tiba-tiba saja call aku semalam. Kau ada urusan perniagaan kat sini ke?“ tanya Amran.
”Tak la.” ringkas jawapan Daniel.
”Beg kau mana?” tanya Amran lagi. Matanya mencari kalau ada beg Daniel yang perlu diangkatnya.
”Ini saja!” Daniel menunjukkan beg galas yang berada di belakangnya.
Berkerut dahi Amran. ”Ini saja! Biar betul, sekarang sini musim sejuk! Sebaik saja kaki kau melangkah keluar dari airport ni, kau boleh jadi beku tau!” Amran membetulkan baju sejuk dan mafla yang sedang dipakainya.
”Ala nanti aku beli la kat sini! Susah apa! Jom, sini ada tak Coffee House? Aku dahaga la.” kata Daniel.
”OK!” Amran tersenyum. Dia gembira dengan kedatangan Daniel ke sini. Tak la dia sunyi nanti.

*************************

”Daud! Kau ni duduk la. Kepala aku dah pening bila tengok kau asyik berulang alik dari kiri ke kanan.” Kata Dato’ Razali kepada sahabatnya.
Tan Sri Daud menoleh ke arah Dato’ Razali. ”Selagi aku tak dapat tangkap Daniel, aku tak senang duduk! Kalau aku dapat tangkap budah bertuah tu, siap la aku kerjakan.” Tan Sri Daud melepaskan geram. Tangannya digengam erat. Dia masih menunggu berita dari Karim. Dia telah kerahkan orangnya mencari Daniel di serata negeri di Malaysia. Walau di lubang cacing sekalipun, Daniel takkan dapat menyembunyikan diri daripadanya.
”Hish...kau ni! Bawa banyak bersabar. Kau anggap je Daniel pergi bercuti, nanti dia balik la. Dia hanya merajuk kat kau. Tanda protes! Yang kau paksa dia bertunang dengan Lily tu buat apa? Aku tengok Si Lily tu macam tak betul saja. Baju dia? Aduh, sakit mata aku dibuatnya.” kata Dato’ Razali lagi.
”Kau ni! Sama saja macam Dania.”
”Dah tu kenyataannya! Aku tahu la kau nak tanah Lily di Puchong tu sebab tu kau beriya-iya sangat nak jodohkan Daniel dan Lily tapi kau nak ke nanti cicit kau macam Si Lily tu? Pakai baju pelik-pelik! Rambut pun sama. Kau nak?”
Tan Sri Daud terdiam. Betul jugak! Baju dia? Rambut dia? Perangai dia? Aku pun rimas sebenarnya tapi sebabkan tanah kat puchong tu...Tan Sri Daud mengeluh. “Habis tu?”
“Kau jangan la paksa dia. Bila dia balik nanti, kau buat rundingan damai dengan Daniel.” Nasihat Dato’ Razali. Nasihat orang pandai! Aku pun sama. Paksa Hairi bertunang dengan Dania tapi apa yang aku buat adalah untuk kebaikan Hairi. Hanya Dania dapat mengubah perangai Hairi, Itu aku pasti!
“Kau ingat aku ni berperang dengan Daniel ke?”
“Memang berperang pun!” jawab Dato’ Razali selamba.
Tan Sri Daud menjeling ke arah sahabatnya.
”Dania? Dia tahu tak Hairi tak jadi balik minggu ni?“
”Tahu. Aiii...bila kau sebut nama Dania saja, terus darah aku naik! Aku tahu dia tahu di mana Daniel berada. Dia sengaja kunci mulut dia. Pandai pula berlakon kat depan aku tadi. Dia ingat aku bodoh. Semua duit dan kad kredit Daniel aku bekukan. Biar dia rasa apa akibatnya buat aku macam ni.”
“Kau ni Daniel kan cucu kau. Kalau kau buat macam tu, terus dia tak balik. Padan muka kau!” Dato’ Razali menggelengkan kepalanya.
”Tan Sri!” tegur Karim.
”Macam mana? Kau dah dapat maklumat di mana Daniel berada ?” tanya Tan Sri Daud sebaik saja Karim menegurnya.
”Maaf, Tan Sri! Kami masih berusaha mencari tuan muda.” beritahu Kariml.
”Apa! Macam mana kamu semua buat kerja? Susah sangat ke nak cari Daniel.” marah Tan Sri Daud. Berita yang dterimanya memang di luar jangkaan.
”Saya sudah periksa semua, Tan Sri. Hotel, resort dan macam-macam lagi tapi tiada nama yang didaftarkan atas nama Tuan Muda seolah-olah Tuan Muda tidak berada di Malaysia. Saya juga telah periksa senarai nama penumpang ke luar negara tapi tiada nama Tuan Muda. Begitu juga dengan pihak kedutaan di seluruh negara.”
Tan Sri Daud mengetap bibirnya menahan geram. Mana kau sekarang, Daniel? Mana dia pergi? Kau sengaja nak naikkan kemarahan atuk..
”Kau risau Johari apa-apakan Daniel ke?” tiba-tiba soalan tersebut diajukan oleh Dato’ Razali. Sebenarnya dia sendiri tahu apa sebenarnya yang merisaukan fikiran sahabatnya sekarang ni.
Tan Sri Daud terdiam.
”Kau jangan risau. Dania pasti takkan benarkan sesiapa cederakan adiknya. Kau pasti lebih tahu tentang perkara ni.” Dato’ Razali bangun dan menepuk lembut bahu sahabatnya itu.
Tan Sri Daud mengeluh. Kata-kata sahabatnya itu memang betul. Dania! Siapa tak kenal dengan cucu perempuannya itu? ”Hmm...Karim, kau perhatikan Dania mulai hari ni. Apa dia buat? Siapa dia jumpa? Ke mana dia pergi? Kau laporkan kat aku tiap-tiap hari.” arah Tan Sri Daud.
”Baik, Tan Sri.”
”Kau boleh beredar sekarang!” arah Tan Sri Daud. Karim beredar dari situ meninggalkan majikannya. Dato’ Razali merenung sahabatnya. Ada sesuatu yang sedang difikirkan oleh sahabatnya. Apa rancangan Daud selepas ni?

*****************************
”Apa mimpi kau tiba-tiba nak datang sini? Dah banyak kali aku ajak kau datang ke sini tapi macam-macam alasan kau bagi. Busy, ada meeting la, outstation la.” soal Amran. Kek coklat yang berada di hadapannya di makan perlahan-lahan.
”Bila aku tak datang kau marah, sekarang ni bila aku datang sendiri banyak pulak soalan kau!”
”Amboi, salah ke aku tanya soalan tu kat kau? Cuma pelik saja. Mana bodyguard kau? Selalunya kalau nak pergi ke mana-mana, ada saja bodyguard berkepit dengan kau. Pergi tandas pun diorang ikut.” Amran bertanya lagi. Sebenarnya bermacam-macam soalan bermain di fikirannya. Sejak kemalangan yang dialami oleh Daniel sewaktu belajar di Ireland dahulu, kakaknya mengupah beberapa pengawal peribadi mengawal keselamatan adiknya. Kejadian ngeri tersebut merupakan perkara yang tidak dapat dilupakannya. Amran terus minum secawan kopi yang dipesannya sebentar tadi.
”Aku lari dari rumah!” ringkas jawapan Daniel. Dia malas nak sembunyikan perkara ni dari Amran lagi.
Tersedak Amran dibuatnya selepas mendengar jawapan Daniel. Dia meletakkan kembali cawannya lantas dia mengambil tisu. “Apa!”
“Aku .....lari .....dari ....rumah!” Daniel menyebut satu persatu agar Amran mendengar katanya. Malas nak ulang lagi.
”Pewaris Global Bersatu lari dari rumah! Kau biar betul!” Amran tak percaya.
”Tengok! Kau ada nampak ke bodyguard aku? Ni beg ni! Aku bawa ni saja. Sekarang ni aku sehelai sepinggang. Duit semua tak ada. Sekarang ni aku pasti yang atuk telah bekukan semua aset aku. Duit dan kad kredit aku.Nanti kau bagi aku pinjam sikit duit kau”
Amran menggelengkan kepalanya. Dia tahu sejak dulu lagi Daniel dan Tan Sri Daud memang tak sehaluan. Pantang saja bertemu mata pasti ada saja yang akan dijadikan isu untuk bertengkar. Pertama kali dia berjumpa atuk Daniel , hampir luruh jantung dibuatnya. Garang nak mampus. ”Kak Dania?”
”Dia tahu. Bila kau sebut nama kakak aku, baru aku teringat. Sebelum aku datang sini, dia bagi aku sampul surat. Aku terlupa la nak buka.” Daniel membuka zip begnya. Sampul surat tersebut dikeluarkan dan dibuka. Daniel mengeluarkannya.
”Buku bank! Kad kredit!” kata Amran mengambil salah satu buku bank yang dikeluarkan oleh Daniel. Dia membuka dan hampir terjojol biji matanya melihat angka di dalam buku tersebut .....”50 ju....juta!”
Daniel tersenyum. Cerdik betul otak kakak aku ni! Dia tahu atuk akan bekukan duit dan kad kreditnya. Thanks!
Amran mengambil satu lagi buku bank yang berada di tangan Daniel .Dia membuka. ”20 juta..Kak Dania dah tersilap bagi buku bank kat kau ke? Kalau macam ni, setahun kau tinggal kat sini belum tentu duit kau dah abis..Macam ni kau tak payah la nak pinjam kat aku?”
Daniel ketawa.”Malam ni aku belanja kau, kau sebut saja apa kau nak makan! Ok” kata Daniel.
”No hal punya!” Amran tersengih.
“Tapi sebelum tu aku nak shopping dulu. Beli baju!” kata Daniel tiba-tiba teringat akan pakaian yang dibawanya tak sesuai dengan cuaca di sini.
“Ikut aku! Kau nak jenama apa? Semuanya ada.” Amran tiba-tiba bangun.
“Tapi sebelum tu, kau kena la bayar breakfast . Aku tak keluarkan duit lagi.” Daniel tersengih. Dia membuat muka kasihan.
“Kau ni!” Amran menjegil matanya pada Daniel.

*****************************************

Dania menyandarkan kepalanya di sofa. Dia memejamkan matanya. Selepas saja meeting bersama Tan Sri Firdaus tamat, sakit di kepalanya mula terasa. Dia sudah pun makan ubat yang diberi oleh Dr. Hazwan. Namur sakit di kepalanya belum juga hilang.
“Cik Muda, ini airnya!” Suria memberikan segelas air suam kepada majikannya. Wajah Dania pucat. “Ali, kenapa kau tak bawa Cik Muda ke hospital? Pucat semacam saja muka Cik Muda.” Suria resah.
“Cik Muda tak nak!” jawab Ali ringkas. Wajahnya tercalit perasaan bimbang yang tersemat di dalam hatinya. Sakit kepala Cik Muda semakin teruk kebelakangan ni. Asyik pitam dan muntah saja.
Dania mendiamkan dirinya. Dia hanya mendengar percakapan Suria dan Ali. Dia malas nak masuk campur. Dania masih memejamkan matanya. Sakit yang dirasainya dilawan.
“Tak sangka aku boleh jumpa kau kat sini.” Ada seseorang tiba-tiba menegur Dania.
Pelahan-lahan Dania membuka matanya. Dia kenal benar dengan pemilik suara yang menegurnya. Lelaki tersebut sedang tersenyum ke arahnya. Dania membetulkan kedudukannya. ”Hmm.....Ini hotel milik Global Bersatu, tak salah kan kalau Dania berada di sini.”
”Aku tahu! Cuma aku ingat sekarang ni kau tengah sibuk mencari Daniel!” Johari terus duduk di sofa yang berhadapan dengan Dania. Senyuman masih terukir di bibirnya. Pasti sekarang ni Dania risau memikirkan tentang kehilangan adiknya sebab itu la wajahnya pucat dan resah.
Dia tahu pasal Daniel? Cepatnya berita tersebar. Ini pasti sebab gara-gara atuk arahkan orangnya mencari Daniel. Tak mustahil kau perkara ni sampai ke telinga Uncle Johari. “Lari? Siapa kata Daniel lari? Dia cuma pergi melancong saja.” Dania cuba berdalih. Dania tersenyum lebar.
“Ya ke? Kau pasti ke, Dania!” Nada suara Johari seolah-olah sedang menyindir Dania.
“Tentu sekali. Sebelum Daniel bertolak, Daniel beritahu tentang perkara ni pada Dania. Lagipun Daniel kata mungkin ini peluang untuk dirinya untuk jauh dari perempuan yang tak ada maruah diri yang selalu ikut dia ke mana-mana saja. “ Kata Dania. Orang tua ni memang sengaja nak cari pasal dengan aku!
Tiba-tiba saja senyuman di bibir Johari terus hilang. Kata-kata Dania memang pedas. Dia faham siapa perempuan yang dimaksudkan oleh Dania. Siapa lagi kalau bukan anaknya sendiri. Sabar! Aku tak boleh biar Dania tahu dia berjaya naikkan kemarahan aku. ”Mungkin itu hanya alasan saja. Hmm....aku pergi dulu. Bila Daniel call nanti, kirim salam kat Daniel. Nasihatkan dia supaya berhati-hati. Kita tak tahu apa yang akan berlaku. Kemalangan sering berlaku tanpa diduga. Betul tak?” Johari terus bangun.
”Betul tu! Lebih-lebih lagi kalau ada orang jalinkan hubungan dengan isteri orang, lepas tu suami dia dapat tahu. Bang! Lelaki tu mati ditembak oleh suami perempuan tu. Malang betul. Betul cakap Uncle, kemalangan boleh berlaku di mana-mana saja kan!” giliran Dania pula tersengih sehingga menampakkan giginya yang teratur.
Wajah Johari terus berubah. Dia tahu kataa-kata Dania sebentar tadi ditujukan kepadanya. ”Kau cakap apa?” nada suara Johari tiba-tiba meninggi.
”Itu andaian saja! Kenapa Uncle? Uncle terasa ke?”
”Kau!” Johari menunding jari telunjuknya tepat ke arah Dania.
”Jo, sayang!” tiba-tiba saja ada wanita memegang tangan Johari. Serentak Johari berpaling. Dia terkejut. ”Maaf la, ada hal tadi! Susah la nak cari peluang keluar dari rumah tadi.” Kata wanita itu dengan postur badan yang menggoda.
Dania bangun. ”Dania balik dulu, Uncle! Lagipun your lady dah datang. Enjoy yourself but be careful.” Dania membuat mimic muka. Dania terus berlalu diikuti oleh Suria dan Ali. Dania tidak mempedulikan renungan Johari terhadapnya. Lantak kat kau la! Nak sangat cari pasal dengan aku! Semua rahsia kau ada dalam gengaman aku.
“Cik Muda, dah ok ke?” Tanya Ali sebaik saja keluar dari hotel.
“Ok!” Dania tersenyum.
“Bukan ke wanita tadi, isteri kedua Dato’ Rustam?’ tanya Suria. Dia pernah nampak wanita tadi.
”Hmmm....biasa la. Siapa tak kenal dengan Uncle Johari! Sikap playboy dia, satu KL tahu!Tua ke! Muda ke? Janda ke? Isteri orang ke? Dia peduli apa.” kata Dania. Pasti Uncle Johari arahkan orangnya cari Daniel juga. Perasaan bimbang mula terbit di hatinya. Sekarang ni Daniel jauh darinya, dia bimbang jika perkara 6 tahun yang lalu berlaku lagi.
”Cik Muda jangan risau, saya dah arahkan orang saya menjaga keselamatan Tuan Muda.” Ali tiba-tiba bersuara. Dia tahu apa yang sedang bermain di fikiran Dania.
Dania tersenyum. ”Thanks Ali. Hari kamu boleh balik awal, saya tak pergi ke mana-mana. Lebihkan masa bersama isteri dan anak-anak. Keluarga harus diutamakan. Saya beri seminggu untuk kamu bercuti. Pasal saya jangan risau, Zamri ada.”
”Tapi ...jika bukan kerana Cik Muda, pasti saya dan keluarga saya....”
”Ali, waktu tu saya tolong kamu sekeluarga dengan ikhlas. Saya tak minta apa-apa balasan pun. Dengar nasihat saya, ok!” Dania memandang lelaki yang sentiasa berada di sisinya sejak 8 tahun yang lalu.

*********************************************

”Aaaa.....kenapa tiba-tiba terdiam pulak! Kau tak nak cakap apa-apa ke? Kau sepatutnya ucapkan tahniah kat kami sebab projek kami terpilih untuk mewakili fakulti ke peringkat universiti.” Kata Salwa. Sebaik saja keputusan diumumkan, Salwa terus mendekati Melissa.
Melissa menjeling ke arah Salwa yang sengaja menyakiti dirinya. Hatinya masih panas bila tajuk segment Halina terpilih untuk mewakili fakulti. Macam mana aku boleh dikalahkan oleh Halina? Sedangkan tajuk aku adalah tajuk dia juga. Kegigihan Orang Serba Kekurangan. Tajuk entah ke apa-apa! Macam mana boleh menang? Sepatutnya aku yang menang.
”Aiii...suara kau dah hilang ke Melissa! Tiba-tiba saja jadi bisu. Itu la balasan ke atas orang yang berhati busuk macam kau!“ Salwa ketawa. Seronok betul bila lihat reaksi Melissa apabila keputusan diumumkan.
”Hey, betina! Kau jangan berlagak la. Sekadar terpilih untuk mewakili fakulti, aku tak hairan la.” jerit Melissa, Dia geram bila Salwa memperlekehkan dirinya.
”Ya ke? Kalau kau tak hairan, kenapa kau naik angin?”
”Boleh tak kau berambus dari sini sebelum tangan aku ni hinggap kat muka kau?” Melissa menunjukkan tangan kanannya. Ikut hati nak saja aku tendang perempuan ni! Menyakitkan hati!
”Kau ingat aku takut? Kau ingat kau seorang saja ada tangan! Dah lama aku geram dengan kau. Tangan aku ni dah lama tak penampar orang” Bulat mata Salwa merenung Melissa yang sedang berdiri di hadapannya. Naik saja aku cabut rambut kau sampai botak. Biar kau malu!
”Salwa!” Halina tiba-tiba berada di belakang Salwa begitu juga Sarimah, Janie dan Murni. ”Tak payah kau buang masa layan dia ni! Tak ada apa-apa faedah pun. Biarkan dia” nasihat Halina. Jika dilayan, lain pulak jadinya nanti.
”Kau ingat kau menang kali ni, kau boleh berlagak. Aku sengaja biarkan kau menang kali ni tetapi selepas ni kemenangan besar berpihak pada aku. Kau tunggu dan lihat nanti. Permainan kita belum tamat lagi” Melissa tersenyum.
”Apa maksud kau?” kata kata Melissa membuatkan hati Halina tiba-tiba tak senang. Ada maksud disebalik kata-kata Melissa sebentar tadi.
”Kau tunggu dan lihat saja la.” Melissa ketawa. Dia segera berlalu pergi meninggalakan Halina yang masih tercengang.
Wajah Halina berubah. Salwa sedar akan perubahan wajah Halina. ”Kau jangan dengar sangat kat perempuan tiga suku tu! Dia sengaja nak sakiti hati kau.” nasihat Salwa meletakkan tangannya di bahu Halina. Dia cuba menenangkan Halina.
”Jom, apa lagi! Aku belanja korang semua makan sempena kemenangan kita hari ni.” ajak Murni. Dia cuba menceriakan keadaan yang suram tadi.
”Ok!” jerit Sarimah setuju.
”Bab makan, kau memang tak pernah tolak!” bebel Salwa melihat ke arah Sarimah yang tersengih. Namun tiada secalit senyuman di wajah Halina, kata-kata Melissa benar-benar merungsingkan dirinya.

5 comments:

Hana_aniz said...

tolonglah..
tak nak Dania mati. huhuhu..
suka sangat kat watak dia.

GOlDEn SaNd said...

xsbr nk taw cite die

::cHeeSeCaKe:: said...

sy pon xnk dania mati..
sean die..suke sgt kt die..
cerdik & cool..

Mya Maisarah said...

Sya pon..tk nk dania matii..biar lh dia still hidupp..please..

Mya Maisarah said...

Sya pon..tk nk dania matii..biar lh dia still hidupp..please..

Post a Comment