Monday, November 9, 2009

Rahsia hati 11

Bab 11


“Johari, kenapa tiba-tiba saja kau nak jumpa aku kat sini?” Mansur terus duduk tanpa dipelawa oleh Johari. Dia memerhati sahabatnya yang begitu asyik meneguk beberapa gelas air beer di atas meja tanpa mempedulikan pertanyaan yang diajukannya sebaik saja tiba di Kelab Malam Desire milik Johari.
Gelas terakhir diminum dan dihentak dengan kuat sambil tangannya masih mengenggam erat gelas tersebut. Matanya tepat merenung Mansur yang berada di hadapannya. ”Kau dah dapat cari Murni?”
”Belum!” ringkas jawapan Mansur. Kotak rokok dikeluarkan.
”Hey, susah sangat ke nak mencari perempuan tu?” jerit Johari.
”Chill out! Kau ni kenapa? Tiba-tiba saja naik angin ni. Kau ingat senang ke nak cari Murni tanpa sebarang clue di mana dia berada sekarang. It’s take time buddy! What’s wrong with you?” Mansur terkejut bila tiba-tiba saja Johari menjerit padanya.
Johari menarik nafas panjang. Dia cuba bertenang. Kata-kata Dania petang tadi masih tersemat di fikirannya sebab itulah moodnya tidak baik. ”Kau suruh anak buah kau cari Murni sampai dapat. Siapa yang dapat cari Murni, aku beri upah yang lumayan padanya.”
”Ok! Kau jumpa Dania ke?” teka Mansur. Dari riak wajah Johari, dia sudah tahu jawapannya. ”Dia berjaya sakiti hati kau ke?”
”Mulut perempuan tu memang berbisa. Sebaik saja buka mulut, tempiasanya memang menyakitkan hati.” Johari masih geram akan kejadian tadi. Macam mana dia tahu aku ada hubungan sulit dengan Mimi? Kalau dia beritahu pada Rus tentang hubungan aku dan isteri dia , pasti teruk aku dikerjakan. Siapa tak kenal dengan Si Rustam? Jurulatih Persatuaan Silat Cekak Hanafi Malaysia! Mampus aku!
”Kau cari pasal dengan Dania dulu kan?” Mansur tersengih.
Johari melirik matanya pada Mansur yang sedang menanti jawapannya. ”Hmm...aku ingat nak sakitkan hati dia tentang kehilangan Daniel tapi ....”
”Dia sakiti hati kau balik!” Mansur mencelah dan ketawa.
”Kau ni kenapa?”
”Itu la padahnya! Kau kan dah tahu mulut Dania macam mana, walaupun cakapnya lemah lembut tetapi maksud tersiratnya amat mendalam.”
”Aku rasa dia tengah resah fikirkan tentang Daniel! Muka dia pucat semacam!“ beritahu Johari berdasarkan pemerhatian dia sewaktu berjumpa Dania di Hotel Global Bersatu.
”Maksud kau, Daniel larikan diri tanpa pengetahuan Dania? Mustahil! Aku tak percaya la.“ Mansur menggelengkan kepalanya.
”May be perkara ni berlaku di luar jangkaan Dania. Pasti dia tak jangka Daniel akan melarikan diri. Dari riak wajahnya, aku tahu dia tengah risaukan adiknya. Jika tidak takkan la Pak Ngah aku bersusah payah arahkan orangnya mencari Daniel di serata tempat.Tidak semua orang sempurna, Mansur. Kadang kala mereka juga boleh buat kesilapan termasuk Dania” yakin Johari.
”So apa plan kau sekarang ni?” soal Mansur. Matanya tepat memandang Johari yang berdiri tidak jauh darinya.
”Kau uruskan pasal Murni! Biar aku uruskan pasal Daniel!“ Johari tersenyum. Di dalam fikirannya kini sudah ada rancangan untuk Daniel. Kehilangan Daniel memberi peluang untuknya untuk melaksanakan rancangan yang telah lama dirancanganya. Inilah masanya.
Lamunan Johari terganggu dengan kehadiran Shiela yang menghempas pintu dengan kuat. ”Papa, Abang Daniel kat mana sekarang ni?“ tanya Shiela dengan wajah yang muram.
”Tak ada soalan lain ke Shiela nak tanya setiap kali jumpa papa? Asyik Daniel! Daniel! Tak ada perkara lain ke nak difikirkan! Tolong papa kat pejabat lagi baik.“ Marah Johari. Kehadiran anaknya merosakkan moodnya.
”Papa! Shiela tanya tentang Abang Daniel bukannya nak dengar papa berceramah!“ Shiela merunggut. Begnya tangannya dihempas kasar ke sofa.
”Kenapa? Nak ikut Daniel lagi ke? Shiela tu perempuan, fikir sikit tentang maruah diri. Shiela tak malu ke? Cuba fikir sikit tentang air muka papa!“
”Papa! Salah ke Shiela kahwin dengan Abang Daniel?” Sheila meninggikan suaranya setiap kali ayahnya membantah hubungannya dengan Abang Daniel.
”Sheila ingat Dania akan benarkan adiknya berkahwin dengan Shiela. Tak mungkin!”
”Kenapa tak boleh papa? Cuba papa terangkan kat Shiela sebabnya. Kenapa Kak Dania benci sangat pada Shiela? Kenapa? Shiela tak pernah buat salah kat Kak Dania.” Shiela mula menangis. Air matanya deras mengalir setiap kali perkara ini diungkit. Selama ini dia sendiri tertanya kenapa Kak Dania begitu membencinya?
”Dengar sini baik-baik Shiela, mulai sekarang papa tak nak kamu dekati Daniel lagi. Kalau tak papa akan batalkan semua kad kredit Shiela dan bekukan akuan bank, jangan harap la Shiela dapat gunakan satu sen pun. Faham!” Arah Johari. Sekarang ni dia mesti bertegas dengan Shiela jika tidak perangai Sheila semakin melampau. Setiap hari perkara yang berada di fikirannya hanyalah Daniel.
”Papa!” jerit Shiela.
”Ini muktamad!” tekad Johari. Mansur hanya tersenyum.
”Papa jahat! Shiela benci kat papa!” Shiela mengesat air matanya. Beg tangannya diambil dengan kasar. Dia terus berlalu pergi. Pintu ditutup dengan kuat. Johari mengeluh panjang. Kenapa la anaknya terlalu obsess dengan Daniel?
”That’s a right step, Johari!” Mansur akhirnya bersuara. Tindakan temanya memang tepat. Jika dibiarkan, rancangan mereka akan dirosakkan oleh Shiela.

*******************************

Halina menyelak langsir yang menutup tingkap di biliknya. Suasana di luar biliknya tidak menarik perhatian langsung. Perkara yang bermain di mindanya hanyalah kata-kata Melissa. Hatinya masih tidak tenang. Resah. Bimbang! Dirinya masih tertanya apa yang Melissa cuba sampaikan kepadanya. Lantas Halina mencapai telefon bimbitnya. No telefon Abang Rizal didail.
”Assalammualaikum!”
”Waalaikumussalam.” jawab Rizal sebaik saja menjawab panggilan.
”Abang Rizal kat mana sekarang ni?” tanya Halina. Hatinya berbunga riang apabila panggilannya dijawab oleh orang yang amat disayanginya.
”Office! Kenapa Lina?”
”Saja. Ingatkan nak ajak Abang Rizal dinner dengan Lina malam ni. Nak celebrate something dan ada juga perkara yang Lina nak beritahu. Malam ni Abang Rizal free tak?” soal Halina. Dia sudah bertekad kali ni dia akan luahkan apa yang disimpan di dalam hatinya sekian lama ni. Dia tak nak sembunyikan lagi perasaannya.
”Hmm....sorry ya, Lina! Abang kena siapkan kerja malam ni jugak. Esok nak kena hantar. Lain kali saja la ye.” Ucap Rizal dengan lembut.
“Baiklah. Lina faham.” Kata Halina. Dia akur walaupun ada sedikit perasaan hampa dalam dirinya.
”Ok! Bye!” Rizal menamatkan perbualannya. Telefon bimbitnya dimasukkan ke dalam poket jaket jeansnya.
”Halina ke?” tanya Melissa sebaik saja Rizal tamat perbualan dengan Halina.
Rizal hanya menganggukkan kepalanya.
Melissa mengeluh secara tiba-tiba. Air mukanya berubah. “ Lina suka kat abang. Takkan abang tak perasaan.”
”Mana ada! Abang anggap Lina macam adik sendiri. Kami membesar bersama-sama. Mustahil la.”
“Itu kata abang! Abang tahu ke isi hati Lina? Melissa ni perempuan, abang! Melissa tahu isi hati perempuan bila lihat pandangan mereka saja. Siapa mereka suka!”
Kata Melissa panjang lebar. Mihun goreng yang dipesan sebentar tadi tidak langsung disentuhnya.
Rizal terdiam apabila mendengar kata-kata Melissa. Dia tidak pernah terfikir pun tentang perkara tersebut. Yang dia pasti kini adalah hatinya telah dimiliki oleh insan yang bernama Melissa.
”Bila abang nak kenal Melissa secara rasmi kepada Halina? Melissa tak nak nanti Lina kata Melissa rampas abang dari dia.” Nada suara Melissa sedih. Kelopak matanya mulai berair.
Rizal terus memegang tangan Melissa. Sayu hatinya mendengar kata-kata teman wanitanya. ”Melissa tak rampas abang dari sesiapa pun. Cinta dan hati abang hanya pada Melissa. Percayalah”
Melissa tersenyum. Kata-kata Rizal sebentar tadi membuat hatinya berbunga riang ”Tapi tadi kenapa abang tipu kata abang kat office? Kenapa abang tak berterus terang saja yang abang bersama Melissa?” soal Melissa lagi.
”Aala....Melissa dah lupa ke? Hari tu kan Melissa pernah cakap, rahsiakan hubungan kita dari sesiapa pun. Bila tiba masanya, kita umumkan!” Rizal tersenyum. Genggam tangan Rizal semakin erat.
”Ya ke? Melissa dah terlupa la.” Melissa ketawa kecil.
“Apa la Melissa ni! Muda lagi sudah lupa.” Rizal mencuit hidup Melissa yang mancung itu sambil ketawa.
“Hmm….Melissa dah buat keputusan. Melissa tak nak rahsiakan lagi hubungan kita dari sesiapa. Biar semua orang tahu bahawa Melissa Nur Iman hanya cintakan Aliff Rizal selamanya.” Melissa tersenyum sehingga menampakkan barisan gigi yang tersusun.
Rizal tersenyum dan menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju dengan kata-kata kekasih hatinya.
Senyuman Melissa semakin lebar. Halina sekarang ni kau tunggu la. Selepas ni kau akan bermandikan air mata darah, Halina. Sekali aku disakiti, kau akan merasai 2 kali ganda apa yang aku rasai. Aku takkan biar kau menang selamanya , Halina. Melissa melirik matanya pada lelaki yang berada di hadapannya. Lelaki ini adalah kunci kebahagian dan kegembiraan Halina tetapi sayang lelaki ini akan jadi milikku. Kau akan hanya dapat kesedihan, kehampaan dan kesakitan, Halina.

*******************************

Amran meletakkan beg kertas yang berisi sayur, ikan dan beberapa makanan keperluan harian di atas meja di dapur. ”Daniel, kau beli kereta Audi A5 tu buat apa? Kalau kau nak guna kereta, kau guna saja la kereta aku tu. Aku bukan selalu guna pun. Membazir saja.” kata Amran. Dia terkejut ada sebuah kereta mewah di perkarangan rumahnya.
”Aku malas la nak menyusahkan kau. Dah la aku tumpang tinggal kat rumah kau, takkan kereta kau pun aku nak guna. Segan la aku kalau macam tu.” kata Daniel terus melabuhkan punggugnya di sofa. Remote control tv dicapai. TV dibuka.
”Kita dah 7 tahun kenal, kau ni! Aku tak kisah la lagipun adanya kau kat sini, hilang la jugak rasa sunyi aku.” Amran tersengih.
”Takkan la kau tak ada girlfriend kat sini? Mustahil, orang sekacak kau tak ada siapa yang nak?” usik Daniel.
”Kau pun sama saja dengan aku. Dua-dua tak ada girlfriend. Jangan asyik nak mengata orang saja. Cermin diri tu dulu. Eh, kau lagil la handsome dari aku, ada duit, pangkat, nama, takkan kau tak pernah tersangkut kot.!” Giliran Amran pula.
”Yang sukakan aku hanya nakkan harta, pangkat dan nama saja.” Daniel mengeluh.
”Pasti kau akan bertemu dengan si dia jugak. Mana nak tahu, kau jumpa dia di sini!” Amran menepuk bahu sahabatnya.
”Korea! Kau ni nak aku terpikat dengan perempuan korea ke? Dah la sepatah haram aku tak faham apa mereka cakap.” Daniel ketawa besar.
”Mana nak tahu kalau jodoh kau kat sini!” Amran juga ketawa.
Tiba-tiba telefon rumah berbunyi, serentak mereka berdua berpaling ke arah telefon tersebut. Amran bangun. Daniel hanya memerhati. Siapa yang telefon awal-awal pagi ni?
”Hello!” jawab Amran.
”Daniel ada tak?” tanya pemanggil tersebut tanpa memperkenalkan diri terlebih dahulu.
”Siapa ni?” tanya Amran lagi. Setahu aku, tiada siapa yang tahu Daniel tinggal di rumah aku.
”Kak Dania! Am, boleh tak Am panggilkan Daniel sekejap?“
Bulat mata Amran sebaik saja nama Dania disebut. ”Aaaa...tu...tunggu sekejap ye!“ tiba-tiba saja Amran menjadi gagap. Air mukanya berubah.
”Kau ni Am, bila pulak kau tiba-tiba saja jadi gagap?“ Daniel ketawa.
“Daniel, cepat la! Panggilan ni untuk kau!” Wajah Amran serius.
”Siapa ? ” tanya Daniel hairan. Dia teragak-agak untuk menjawabnya.
”Cepat la !” kata Amran lagi.
Perlahan-lahan Daniel bangun dan menghampiri Amran yang masih memegang telefon.
”Cepat cakap !” nada suara Amran separuh bisik sebaik saja dia memberi telefon tersebut pada Daniel.
”siapa ?” tanya Daniel lagi. Dia masih ingin tahu siapa yang menelefonnya ?
”Kau jawab saja la.”
”Heee….Hello !” Kali ni giliran Daniel pula tergagap-gagap. Hatinya berdebar-debar. Atuk ke yang call ni? Wajahnya sudah berubah pucat.
”Daniel ingat atuk ke yang telefon!” Dania tiba-tiba saja ketawa. Lucu giler bila dengar suara adiknya yang tergagap-gagap. Pasti adiknya ingat atuk yang telefon.
Daniel menarik nafas lega sebaik saja mendengar suara kakaknya. ”Aduh, hampir luruh jantung Daniel dibuatnya. Am pun satu! Bukannya dia nak beritahu siapa yang telefon. Buat suspen je.” Daniel melihat ke arah Amran yang sedang ketawa melihat telatahnya sebentar tadi
“Kalau atuk, dia tak main la nak call macam ni. Awal-awal lagi dia dah muncul depan pintu rumah Am.” Usik Dania.
“Kak, jangan disebut nama atuk. Nanti tak pasal-pasal atuk betul-betul ada depan pintu rumah disebabkan mulut kak yang masin tu.” Gerun rasanya apabila nama atuknya disebut.
”Jangan risau. Atuk takkan dapat cari Daniel. Kak dah uruskan segalanya. Just enjoy yourself.” Beritahu Dania sambil melangkah keluar dari pejabatnya. Ali dan Zamri mengiringi Dania sebaik saja dia keluar dari bilik pejabatnya.
“Betul ke?” Daniel tersenyum. Lega sikit hatinya apabila mendengar kakaknya berkata seperti itu.
“Ya but when I need you, you have to come back.” Kata Dania.
“Ok tapi……” Daniel tiba-tiba teringat sesuatu. Matanya terus menjadi bulat.
“How do you know I’m here?”
“I’m your sister. Bye! Have a nice vacation.” Kata Dania sebelum menamatkan perbualan mereka.
”Hello....Helloo...Kak!” jerit Daniel apabila Dania meletakkan telefon. Daniel berpaling ke arah Amran. Pantas langkah kakinya di atur ke balkoni rumah Amran.
”Kenapa dengan kau ni?” tanya Amran. Dia juga mengikuti Daniel ke balkoni.
”She’s send someone to follow me here.” Mata Daniel meliar melihat di luar rumah Amran. Daniel geram. Ingatkan boleh la bercuti dan bebas. Rupa-rupanya sebaliknya yang berlaku.
“Siapa?”
“Kak Dania!” jawab Daniel. Dia masih memerhati keadaan sekeliling di luar rumah Amran. Dia yakin Kak Dania hantar seseorang mengawasi dirinya.

2 comments:

Hana_aniz said...

Dania tu memg sgt terperinci kot!
bgus2..
daniel ni pn.. cuba la jd matang sket. adoi..
nak lagi cik writer!!
hehehe..

epy elina said...

hohoho..
best r crta ni..
dania nak protect daniel..
akak yg baik..
x pe la rizal ngn malisa..
llki mcm 2 x guna nak syg..
nak harlina ngn daniel...
smbung cpt best sngt..

Post a Comment