Thursday, November 12, 2009

Rahsia hati 14

Bab 14

Sebaik saja melangkah masuk ke dalam Restaurant Bayu Laut, Halina membetulkan gaun pink yang baru dibelinya semalam. Hatinya berbunga riang sejak menerima panggilan dari Abang Rizal semalam. Semalaman dia tidak boleh tidur kerana tidak sabar menanti perjumpaan hari ni. Kata Abang Rizal, ada perkara penting ingin dia beritahu dengan Halina. Katanya lagi perkara ini berkaitan dengan kebahagiannnya dan ingin berkongsi dengan Halina. Pasti Abang Rizal ingin meluahkan perasaan kepadanya. Dia yakin selama ni Abang Rizal juga menaruh perasaan terhadapnya cuma ...malu nak meluahkannya. Ahhhh.......bahagianya. Nampaknya cinta terhadap Abang Rizal tidak bertepuk sebelah tangan. Senyuman di bibir Halina masih tidak lekang sejak dia keluar dari asramanya. Matanya melirik ke kiri dan kanan mencari kelibat kekasih hatinya.
”Halina!” jerit Rizal sambil melambai ke arah Halina sebaik saja nampak Halina berdiri tidak jauh darinya.
Pantas Halina mengatur langkah menghampiri orang yang berjaya menawan hatinya. ”Sorry la, Lina terlambat.Dah lama ke Abang Rizal sampai?” Halina terus duduk di kerusi yang berhadapan dengan Rizal.
”Baru je! Lina tak ada kelas kan hari ni?” tanya Rizal.
”Pukul 4.00 ni ada kelas. Ada hal apa Abang Rizal nak beritahu Lina?” tanya Halina. Dia tidak sabar-sabar menunggu luahan hati Rizal.
”Kita order dulu.” Rizal melambai ke arah pelayan untuk mengambil order.
”Nak minum apa, bang?” tanya pelayan lelaki itu sebaik saja tiba di meja.
”Lina!”
”Hmm.....Fresh orange la.” Kata Halina. Beg tangannya diletakkan di sebelah kerusi sebelahnya.
”Makan ” tanya pelayan itu lagi.
”Tak ada. Terima kasih.” Kata Halina. Sebenarnya sebelum datang sini, dia sudah makan tengahhari bersama Salwa. Perutnya masih kenyang.
Selepas saja pelayan itu pergi, mata Rizal tepat merenung wajah Halina sambil tersenyum terus dia memegang tangan Halina. Halina kaku dan terdiam membisu. Lidahnya kelu berkata-kata. Tindakkan Rizal sebentar tadi di luar jangkaan.
”Lina, i need to tell you something. It’s important for you to know. Ia berkaitan tentang kebahagian abang dan kehidupan abang. Abang nak Lina menjadi orang pertama mendengarnya.” Rizal tersenyum. Tangan Halina digenggam erat.
Halina menundukkan kepalanya. Dia malu. Senyuman masih terukir dibibirnya.
“I’m fall in love.”
Kata-kata Rizal tadi membuatkan Halina terkejut. Matanya tepat memandang anak mata Rizal. Di wajah Rizal sudah terpancar kebahagian dan kegembiraan yang berada di dalam dirinya. Halina tersenyum.
”I love Melissa!”
Jantung Halina tiba-tiba berdegup kencang sebaik saja mendengar nama Melissa. Hampir luruh jantungnya apabila mendengar pernyataan yang dilafazkan oleh Abang Rizal sebentar tadi. Sukakan...Melissa! Mustahil.
”Sejak pertama kali berjumpa dengan Melissa, abang tak dapat lupakan dia. Cinta pandang pertama. Selama ini abang tak percaya langsung tentang ungkapan tersebut tapi kini abang percaya tentangnya. You sholud experince it, Lina.” Rizal masih lagi tersenyum..
“Aaaaa.......”
“Lina, kau dah sampai!Sorry la terlambat. Baru je lepas jumpa PA tadi.”Melissa tiba-tiba muncul dan terus duduk di sebelah Rizal. Dia hanya tersenyum. Dia sedar akan perubahan wajah Halina.
”So Lina, macam mana ? Cantik tak girlfriend abang ni ! Abang nak minta restu pada Lina ni” Rizal menarik Melissa hampir dengannya.
Melissa masih lagi tersenyum. ”Control sikit, ni tempat orang ramai.” Melissa berpura-pura malu.
Bulat mata Halina melihat telatah mereka berdua yang mesra. Halina cuba menahan sebak di dadanya. Air matanya mula bergelinangan. Halina menundukkan kepalanya. ”Abang Rizal, Lina tiba-tiba teringat yang PA Lina nak jumpa hari ni. Maaf ya !” Halina terus pergi tanpa memandang ke arah mereka.
”Lina !” jerit Rizal. Dia hairan. Dia berpaling ke arah Melissa. Melissa hanya menggelengkan kepalanya. Berkerut dahi Rizal.
Dalam hati, Melissa tersenyum puas. Sakit hati ? Patah hati ? Balik nanti kau menangis la sepuas-puasnya. Aku peduli apa. Yang penting ada dah dapat kalahkan kau. Aku menang menawan lelaki yang paling kau cintai, Lina.
Sebaik saja kaki Halina melangkah keluar dari restaurant, dia sudah tidak menahan lagi. Halina menangis teresak-esak. Jangkaannya meleset sama sekali. Hatinya sakit apabila Abang Rizal mencintai orang lain bukan dirinya. Ingatkan hari ini adalah permulaan kebahagian dan kegembiraan untuk dirinya tetapi adalah permulaan kesengsaraan. Halina mengesat air matanya dan berlalu meninggalkan tempat itu.

********************************

Tangan Johari terketar-ketar sebaik saja membaca suratkhabar hari ini. Berita yang terkandung dalam suratkhabar hari ini benar-benar mengejutkan dirinya.
”Good morning papa!” tegur Shiela. Dia terus duduk. Roti bakar yang berada di hadapannya dicapai. Dia menoleh ke arah ayahnya. “Ada berita menarik ke hari ni?” Tanya Shiela.
Johari terus mencampak suratkhabar yang dibacanya ke arah anak perempuan dengan kasar.
“Papa!” jerit Shiela. Dia terkejut apabila diperlakukan sebegitu.
“Kau ni memang anak tak guna!” jerkah Johari. Matanya merah menyala memandang Shiela seolah-olah ingin ditelan hidup-hidup. Nafasnya turun naik.
‘Apa ni, papa? Tiba-tiba saja marah Shiela. Are you out of your mind?” giliran Shiela pula menjerit kepada ayahnya.
“Kau baca! Kau baca apa yang tertulis di dalam suratkhabar hari ni! Kau baca kuat-kuat.” Johari bangun. Dia resah.
Shiela mengutip suratkhabar yang bertaburan di lantai akibat dicampak oleh ayahnya. Satu persatu dikutipnya. Tiba-tiba matanya tepat membaca tajuk besar berita yang tertulis di dalam suratkhabar itu. “Parti Syaitan Golongan Atasan.” Bulat mata Shiela apabila melihat gambarnya terus sama dipaparkan di dalam suratkhabar itu. Gambarnya bersama beberapa orang lelaki ketika dia tengah mabuk.Ni…parti semalam yang dia hadiri bersama dengan Jojo. Shiela memandang ke arahnya ayahnya. Dia menghampiri ayahnya.
“Papa!”
Tiba-tiba satu tamparan hinggap di muka Shiela. Shiela terpana.
”Lain kali jaga perlakuan sikit! Orang lain berseronok juga tetapi berpada-pada la. Pandai la sikit cover line. Ini tidak main redah saja.”
”Mana Shiela nak tahu perkara ni akan terjadi ? Selama ni tak ada masalah pun.” Air mata Shiela mengalir. Sedih dan sakit juga ada. Pipinya merah akibat ditampar oleh ayahnya. Papa sudah melampau.
Belum sempat Johari ingin bercakap sesuatu, telefon bimbitnya berbunyi. Pantas Johari menjawabnya tanpa mengetahui siapa pemanggilnya. “HEllo!” kata Johari dengan kasar.
“Johari, Pak Ngah nak kau datang ke rumah aku sekarang. Kau bawa anak kau sekali.” Kata Tan Sri Daud. Dia terus menamatkan perbualan mereka.
Johari mengeluh kuat. Dia memandang tepat pada anaknya. Nampaknya perkara ini sudah sampai ke pengetahuan Pak Ngahnya. Ini semua disebabkan perangai bodoh anaknya yang suka berparti. ”Siap cepat! Tan Sri Daud nak jumpa kita.” kata Johari.
Terketar-ketar bibir Shiela apabila nama Tan Sri Daud disebut. Wajahnya pucat. Kakinya berat untuk melangkah. Shiela membuat wajah simpati pada ayahnya.
”Baik siap cepat!” arah Johari. Ini semua mesti kerja Dania. Aku pasti. Dia nak balas balik apa yang aku buat pada adiknya ari tu. Dia ni memang perempuan jalang.

***************************

Tan Sri Daud memandang anak-beranak yang berada di hadapannya. Johari dan Shiela hanya menundukkan kepala. Mereka tidak berani untuk bertentangan mata dengan Tan Sri Daud.
”Macam mana kau jaga anak kau, Johari? Kau biarkan saja dia buat apa saja. Sebab itu lah anak kau ni melampau. Suruh belajar tak nak! Yang dia tahu saja enjoy, shopping dan macam lagi.” Tan Sri Daud akhirnya bersuara. Dania yang duduk di sebelahnya hanya mendiamkan diri. Wajah Dania tenang saja.
Mereka tidak berani bersuara kerana takut dengan Tan Sri Daud. Johari melihat ke arah Dania yang berwajah selamba seolah-olah perkara yang berlaku sekarang bukan disebabkan oleh Dania sendiri.
”Baru saja minggu lepas berita tentang Daniel keluar, sekarang ni berita tentang kau pulak keluar.Apa nak jadi dengan kau ni” Tan Sri Daud menunjukkan pada gambar Shiela di dalam suratkhabar.
”Shiela.....” Sheila tergagap-gagap untuk bercakap.Hatinya tidak keruan apabila berhadapan dengan Tan Sri Daud.
”Shiela apanya!” jerkah Tan Sri Daud. Wajahnya serius. Renungannya benar-benar menakutkan. ”Kau ingat atuk tak tahu apa yang kau selalu buat semasa belajar kat Perth dulu! Hidup kau asyik berpesta lepas tu shopping saja. Kau tahu tak, nak cari duit bukan senang. Kena berusaha, faham tak! Ni , bila pulak kau dah pandai minum arak ni?”
Johari menoleh ke arah anaknya. Wajah Shiela pucat. Bibirnya terketar-ketar. Lidahnya kelu. Suaranya seolah-olah hilang bila ingin berkata-kata.
”Johari, kau tak ajar ke anak kau tentang haram dan halal? Benda apa yang haram disentuh dan diminum.”
Shiela menoleh ke arah ayahnya. Papa pun minum jugak! Papa layak ke nak ajar aku tentang agama? Papa pun sama saja. Johari mendiamkan diri.
”Kalau kau pun buta agama, kau upah la ustaz ke ustazah ke untuk ajar kau orang berdua tentang agama. Sedar dirilah sikit, kau orang ni orang Islam. Takkan la dah tua-tua ni pun, nak Pak Ngah kena ajar.” Tan Sri Daud mula membebel.
Dania hanya tersenyum mendengar bebelan atuknya. Nah, ambil! Atuk bila sudah start membebel jangan harap la nak stop setakat tu saja.
”Sekarang ni atuk beri 2 pilihan kat Shiela! Pilih salah satu daripadanya. First, kau nak kerja dengan bapak kau ke atau nak aku hantarkan kau belajar kat Mesir?” soal Tan Sri Daud.
Hampir terkeluar biji mata Shiela apabila mendengar pilihan yang kedua. Belajar kat Mesir? Tak mungkin! Aku nak buat apa kat Mesir? Ada pub ke?
”Atuk ni pun, cari la tempat lain untuk Shiela belajar. Boleh ke Shiela hidup kat Mesir tu? Atuk tak kasihan ke kat Shiela!” Dania tiba-tiba bersuara.
Tan Sri Daud menoleh ke arah Dania. Bulat saja mata Tan Sri Daud. ”Kau Shiela ke?” tanya Tan Sri Daud.
”Bukan!” Dania tersengih.
”Kalau bukan, diam!” Tan Sri Daud memberi amaran.Dania tersenyum. Dia langsung tidak terasa dengan kata-kata atuknya sebab dirinya sudah sebati dengan kata-kata atuknya. ”Cepat cakap!”
”Aaaaa.....kerja dengan papa!”
”Bagus! Esok kau mula kerja, atuk akan datang check tengok kau kerja ke tak? Kalau kau tak ada, atuk takkan teragak-agak hantar kau ke Mesir hari tu jugak! Faham!” tegas Tan Sri Daud.
Shiela menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju.
”Johari, kau pastikan anak kau tidak bergaul dengan orang yang tidak tentu hala. Kau kawal dia sikit. Jangan biar dia enjoy langsung.” arah Tan Sri Daud. Shiela ni nak kena ajar sikit. Johari ni terlampau manjakan Shiela sangat. Sekarang nilah, akibatnya.
’Atuk ni teruk la. Shiela kan muda lagi. Sesekali dia nak enjoy takkan tak boleh kot. Kalau orang tua boleh enjoy, takkan orang muda tak boleh. Ni tak adil, atuk!” sampuk Dania.
Johari dan Shiela merenung Dania yang tiba-tiba bersuara. Kemarahan mereka terhadap Dania masih ada. Segala yang berlaku adalah disebabkan angkara Dania.
Tan Sri Daud menjeling pada Dania sebagai tanda amaran untuk tidak masuk campur. Macam la aku tak tahu ni kerja kau sebenarnya!
”Ok! Dania takkan bersuara lagi.” Dania faham dengan jelingan atuknya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dania melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya.Murni! ”Excuse me!” Dania bangun dan meninggalkan mereka.
Johari merenung kelibat Dania sehingga hilang dari pandangannya. Dendamnya pada Dania semakin mendalam. Keinginnya untuk menghapuskan Dania semakin meninggi. Kau ingat aku akan lepaskan kau begitu saja, Dania. Aku akan cari adik kau sampai dapat. Aku nak Daniel rasai akibatnya disebabkan tindakan kau.

********************************
Salwa meletak mug yang berisi air milo yang dibancuhnya sebentar tadi. Matanya masih tidak berganjak dari memandang Halina yang masih menangis sejak pulang dari berjumpa Abang Rizal. ”Lina, sudahlah. Jangan diikutkan hati sangat. Tengok mata kau dah bengkak! Esok macam mana kau nak pergi kelas kalau mata kau macam ni? Dah la tadi kau ponteng kelas Encik Ghani. Kau kena kuatkan semangat.” pujuk Salwa. Sebenarnya dia sudah mati akal untuk memujuk Halina dari menangis. Dia tahu Halina sedih.
Namun tiada apa-apa reaksi dari Halina. Dia masih lagi menangis. Salwa mengeluh. ”Lina, listen here! Kau ingat dengan menangis ni dapat menyelesaikan segala masalah. Tidak, Lina. Kau nak biar Melissa bersorak riang bila melihat kau macam ni. Kau nak?” Salwa meninggikan suaranya. Dia sudah geram.
Halina berhenti menangis sebaik saja mendengar kata-kata Salwa. Matanya tepat memandang Salwa.
”Kau dengar sini baik-baik! Bukan Abang Rizal seorang saja lelaki kat Malaysia ni, ramai lagi. Mungkin Abang Rizal bukan jodoh kau! Kau kena terima hakikatnya yang hati Abang Rizal telah dimilik oleh Melissa sewel tu.” Panas saja hati Salwa sebaik saja teringatkan Melissa. Apa hal dengan perempuan tu? Kenapa la dia tak puas hati dengan Halina? Tak pernah pun Lina cari pasal dengan dia.
”Tapi Abang Rizal cinta pertama aku, Salwa. Banyak kenangan dia dan aku bersama. Aku....aku ingatkan dia cintakan aku tapi sebaliknya pula yang berlaku.” Halina mengesat air matanya tetapi air matanya masih juga mengalir. Hatinya sebak bila mengingatkan peristiwa petang tadi.
“Itu maksudnya Abang Rizal bukan jodoh dan takdir kau. Kau kena terima tu. Pasal Melissa, lantaklah kat dia. Kau jangan fikir sangat pasal perempuan sewel tu. Mungkin jodoh kau yang sebenar masih menanti kau, aku pasti kau akan jumpa dia nanti. Mana nak tahu kalau lelaki tu lebih handsome dan kaya dari Abang Rizal. Dia sayang dan setia kat kau seorang saja. Mulut aku ni masih, jangan kau tak tahu.” Salwa tersengih.
Ada sedikit senyuman terukir dibibir Halina. Kata-kata sahabatnya itu sedikit sebanyak menyejukkan hatinya.
”Lagi 2 minggu nak final exam, aku nak kau kuatkan semangat. Tumpukan perhatian pada final exam. Lagipun ni semester last kita kat sini, kita mesti dapat tempat kelas pertama. Kan kita dah janji, jangan kau lupa!”
”Aku tak pernah lupa, Salwa!”
”Ni minum air milo yang aku buat. Lepas tu kau pergi mandi, ambil air sembahyang lepas tu sembahyang. Tenangkan fikiran. Jangan menangis lagi. Kau ni bila menangis hodoh la” Salwa menghulurkan mug kepada Halina.
”Thanks!” kata Halina mengambil mug yang diberikan oleh Salwa.
”No hal punya. Minum! Nanti sejuk tak sedap.”
Halina tersenyum. Air matanya dikesat. Ni Halina. Aku takkan senang patah semangat. Aku belum kalah lagi.

3 comments:

epy elina said...

hoooohoh...
relak la lina kumbang bkn seekor...
rizal bkn trcpta untk awk k...
bila part lina jmp ngn daniel...
x sbr nak tngu part 2...
best2 cpt r smbungx....

keSENGALan teserlah.. said...

eeeii..
gedik btol mellisa tuh..
nme je melisa nur kasih..
tp perangai..
isk2..
smbung2..

hana_aniz said...

adoi.. mskin menjadi la dendam johari kt Dania..
huhuhu..
nak lagi!!
bila dania nk kawin?

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...