Thursday, November 12, 2009

Rahsia hati 13

Bab 13

Dania menyandarkan dirinya di kerusi sambil matanya memerhati setiap ahli lembaga pengarah yang berada di situ. Dania menoleh ke arah kerusi kosong yang berada di sebelahnya. Hmmm….atuk belum sampai lagi. Semua orang dah sampai. Dania melihat ke arah Uncle Johari yang sedang memerhati dan tersenyum ke arahnya. Dania tersenyum juga. Senyum! Ceria saja Uncle Johari hari ni. Senyum lebar betul tapi ….sehingga bila senyuman itu akan bertahan? Dania ketawa kecil. Atuknya merupakan pemegang saham terbesar di Global Bersatu dan juga merangkap sebagai pengerusi syarikat yang diasasnya 50 tahun yang lalu. Dania mempunyai 15% saham manakala Daniel mempunyai 10% saham. Uncle Johari juga mempunyai 5% saham dalam syarikat ini sebab itulah Uncle Johari tidak puas hati dengan saham yang dimilikinya sedangkan dia adalah anak saudara Tan Sri Daud.
Pintu bilik mesyuarat di buka. Tan Sri Daud masuk sambil diiringi oleh setiausahanya. Wajahnya serius. Tiada langsung secalit senyuman di bibirnya. Tan Sri Daud terus duduk sebaik saja tiba di kerusinya.
Tan Sri Daud terus memandang Dania yang duduk disebelahnya. Dania tersenyum. Berkerut dahi Tan Sri Daud melihat senyuman Dania. Budak ni sempat lagi dia tersenyun. Tenang saja macam tak ada apa-apa yang berlaku. Ahh…aku tak faham langsung dengan perangai Dania ni. Tan Sri Daud menoleh ke arah anak saudaranya yang berada tidak jauh darinya. Tersenyum jugak. Johari, kau ni memang tak pernah puas dengan apa yang kau ada sekarang ni! Orang bagi peha kau nak betis pulak. Tamak haloba. Macam la aku tak tahu semua ni angkara kau, Johari!
“Semua dah hadir! Hmmm….baiklah, kita mulakan!” kata Tan Sri Daud. Dia memandang setiap ahli lembaga pengarah yang berada di situ.
”Tentang berita yang dipaparkan di suratkhabar hari ni! Betul ke EncikDaniel melarikan diri?” Dato’ Mohsin bersuara. Dato’ Mohsin memandang kerusi Daniel yang kosong.
”Tuan pengerusi perlu tahu berita ini akan menyebabkan resputasi syarikat kita akan tercemar. Ia juga akan menyebabkan syarikat kita hilang kepercayaan dari orang ramai. Ini tidak boleh dibiarkan.” Datin Maznah mencelah.
”Berita yang dipaparkan oleh pihak media adalah tidak benar.” Dania menjawab. Dia tersenyum.
”Jika perkara tersebut tidak benar, kenapa Encik Daniel tidak hadiri mesyuarat pada pagi ni?” tanya Dato’ Mohsin lagi.
”Dia ada.”
Tan Sri Daud mendiamkan diri. Dia membiarkan Dania menjawab segala soalan yang diajukan oleh ahli lembaga pengarah.
”Ada tapi di mana?” soal Tan Sri Jumadi. Dia tidak puas hati.
“Saya telah berikan dia satu tugasan yang berkaitan dengan projek akan dijalankan tidak lama lagi.”
“Projek apa? Kami tidak tahu menahu tentang projek ni pun atau ia sekadar alasan untuk menutup kebenaran tentang apa yang sedang berlaku.” kata Tan Sri Jumadi. Wajahnya serius.
Johari tersenyum. Suasana tegang dalam mesyuarat hari ni memang menyeronokkan. Biar Dania rasa. Sampai bila dia nak lindungi Daniel. Hari ni, dia takkan dapat lagi mempertahankan Daniel. Jawatan yang dipegang oleh Daniel sekarang akan menjadi miliknya.
”Kebenaran apa?” soal Dania balik.
“Tentang Encik Daniel melarikan diri dari rumah.“ Jawab Datin Maznah.
Danie ketawa.
Mereka semua hairan apabila Dania ketawa. Setiap mata yang berada di dalam bilik tersebut merenung wanita yang bertudung kelabu itu.
”He’s not a child anymore. Boleh tuan dan puan beritahu pada saya, kenapa Encik Daniel ingin larikan diri sedangkan di sini dia ada segalanya? Tinggalkan segala kesenangan yang ada sini.”
Tan Sri Daud melihat Dania dengan pandangan yang menggerunkan Memang betul pun adik kau larikan diri. Semuanya ditinggalkan. Tekanan darah tinggi aku naik pun disebabkan adik kesayangan kau tu. Pandai betul si Dania ni berlakon.
“Saya dengar tuan pengerusi paksa Encik Daniel bertunang dengan cucu Raja Yusni, Lily sedangkan Encik Daniel tidak suka tentang rancangan pertunangan ini sebab itulah Encik Daniel larikan diri.” Kata Datin Maznah panjang lebar.
“Itu hanyalah khabar angin saja. Tentang pertunangan tersebut adalah tidak benar. Betul tak Tuan Pengerusi?” Dania menoleh ke arah atuknya.
Tan Sri Daud terkejut. Dia memandang Dania. ”Betul! Saya tidak tahu siapa yang pandai sebarkan berita yang tidak benar ni sehingga ia hampir menjejaskan nama baik saya.” kata Tan Sri Daud. Dania ni memang sengaja nak perangkap aku. Cerdik betul. Selepas ni isu pertunangan antara Daniel dan Lily tidak boleh diteruskan lagi. Pandai betul Dania mencari peluang.
”See! Tuan Pengerusi sudah nyatakannya.”
Wajah Johari berubah serta merta. Hatinya gelisah. Ini tidak boleh jadi, aku kena masuk campur. ”Tetapi Encik Daniel tidak berprofessional. Dia meninggalkan segala projek yang diuruskannya begitu saja. Jika projek itu gagal, kita juga akan rugi.” Johari akhirnya bersuara.
Mata Dania tepat memandang Johari. Dania tersenyum. ”Maksud Tuan Johari, En Daniel tidak layak untuk memegang jawatan yang dipegang olehnya sekarang ke? Jika begitu siapa yang layak? Tuan Johari ke? Mampu ke Tuan Johari memikul tanggungjawab ni? ” Dania tersenyum.. Macam la aku tak tahu agenda Uncle Johari yang sebenar. Biar aku malukan dia di sini. Rasakan !
Wajah Johari berubah. Dania telah memalukan dirinya di depan ahli lembaga pengarah. Tak guna punya perempuan! Johari menggengam erat tangannya menahan marah. Kalau la tak ada orang di sini, sudah lama aku ajar perempuan ni.
”Sekarang terpulanglah kepada Tuan dan Puan sama ada menpercayai berita ini atau tidak. Yang pasti, Daniel sedang melakukan research tentang projek mega yang akan dibangunkan oleh syarikat kita tak lama lagi. Tentang pihak media pula, saya akan uruskan tentang perkara ni. Tuan-tuan dan puan-puan jangan risau.” Dania cuba menyakinkan ahli lembaga pengarah.
”Dari tadi Cik Dania asyik menyebat tentang projek yang akan dibangunkan tak lama lagi, boleh saya tahu serba sedikit tentang projek ni?” tanya Johari lagi. Dia tidak puas hati lagi. Entah betul ke tidak projek ni wujud!
”Maaf, Tuan Johari! Maklumat projek ini adalah rahsia.” jawab Dania.
“Rahsia atau projek ni memang tidak wujud.?” kata Johari secara tiba-tiba.
Suasana di bilik mesyuarat tersebut tiba-tiba kecoh akibat dari kata-kata Johari. Mata Tan Sri Daud tepat memandang anak saudaranya. Johari hanya tersenyum puas.
”Nampaknya Tuan Johari mempertikai kata-kata saya dan juga ia sedikit sebanyak ia meragui tentang kemampuan saya selama ini di dalam syarakit ini sepanjang saya bekerja di sini. Hmm.....jika begitu segala projek yang dirancang dan diuruskan oleh saya selama ini tidak berjaya dan tidak menguntungkan bagi Tuan-Tuan dan Puan-Puan. Kalau begitu, saya akan letak jawatan serta merta.” Kata Dania dengan panjang lebar.
Tan Sri Daud terkejut apabila mendengar kata-kata Dania. Letak jawatan! Bulat mata ahli lembaga pengarah apabila Dania ingin meletakkan jawatan.
”Bukan....bukan itu maksud Tuan Johari!” kata Datin Maznah secara tiba-tiba. Semua orang tahu Dania adalah nadi bagi Global Bersatu. Semenjak Dania bekerja di sini, hasil keuntungan berlipat kali ganti. Empayer Global Bersatu mula meluas ke serata dunia malah nama Syarikat Global Bersatu tersenarai dalam 10 buah syarikat gergasi yang ternama di dunia. Ini semua adalah jasa Dania.
”Kami tidak pernah mempertikaikan kemampuan Cik Dania malah kami mengagumi kebolehan Cik Dania dalam menguruskan syarikat ini. Kami percaya dan yakin tentang projek yang akan diusulkan oleh Cik Dania tetapi kenapa perlu projek ini dirahsiakan. Maksud kami, sedikit sebanyak kami juga perlu tahu tentang projek ini.” kata Tan Sri Jumadi.
”Hmmm...seperti apa yang kita lihat sekarang ni, projek ini masih dalam perancangan tetapi sudah ada pihak tertentu cuba untuk sabatoj projek ni sebab itulah saya mahu segala maklumat mengenai projek ini dirahsiakan sehinggalah kepulangan Encik Daniel. Pada waktu itu, satu mesyuarat lembaga pengarah akan diadakan. Saya dan Encik Daniel akan membentangkan proposal projek ini nanti.”
”Bila?” tanya Tan Sri Jumadi
”2 bulan akan datang!” jawab Dania.
”Lamanya!” kata Dato’ Lim.
”Projek ini perlu dikaji dengan teliti dan saya tak nak kesilapan dan kecuaian berlaku lagi. Pasti Tuan-Tuan dan Puan-Puan tak mahu projek ini gagalkan. Lagipun saya takkan mencadangkan projek yang tidak akan memberi keuntungan kepada syarikat.” kata Dania dengan yakin.
”Baiklah, kami percaya. Kami akan tunggu proposal yang akan dibentangkan oleh Cik Dania nanti.” kata Tan Sri Jumadi.
Johari terdiam. Matanya merah menyala menahan kemarahannya. Lain dirancang lain pula jadinya. Mereka semua ni memang tak guna. Bila Dania ugut saja pasal nak letak jawatan mula la gelabah macam cacing kepanasan. Renungannya tepat melihat Dania yang tersenyum. Perkara ni takkan berakhir di sini saja, Dania. Selagi aku belum dapat apa yang aku nak, aku takkan putus asa. Aku akan hancurkan kau, Dania.
”Kalau begitu, kita akan berjumpa lagi. Dania, kamu tetapkan tarikh dan inform pada kami sebaik saja tarikh tersebut ditetapkan.” kata Tan Sri Daud.
”Baiklah!” kata Dania.
”Jika tidak ada apa-apa lagi, kita bersurai. Jamuan makanan tengah hari telah disediakan. Lina, kamu tolong iringi mereka. Saya akan datang sebentar lagi. Dania, kamu tunggu dulu.” arah Tan Sri Daud.
Dania menganggukkan kepalanya.
Sebaik saja semua ahli lembaga keluar, Tan Sri Daud menghempas fail yang berada di atas meja. Dania terkejut. Air muka Tan Sri Daud berubah.
”Projek mega apa yang kau cakapkan ni, Dania? Atuk sikit pun tak tahu apa-apa tentang projek ni.Ataupun ni cakap kosong saja” marah Tan Sri Daud. Masa mesyuarat tadi dia hanya mendiamkan diri, dia berpura-pura tahu akan projek yang diperkatakan oleh Dania tetapi disebaliknya dia tak tahu menahu langsung tentang hal ni.
”Ya.”
”Apa!” jerit Tan Sri Daud apabila mendengar pengakuan Dania. ”Jadi kau bohong pada semua ahli lembaga pengarah tentang projek ni. Kau tahu tak akibatnya nanti.” marah Tan Sri Daud. Dania memang sudah melampau.
Dania ketawa bila melihat reaksi atuknya. Dia masih lagi tersenyum.
”Kau ingat perkara ni lucu ke, Dania! Sebab nak cover line adik kau, kau sanggup berbohong. Kau berdua ni tak pernah nak senangkan hati atuk.. Kamu nak atuk mati cepat ke?“ Terkebil-kebil mata Tan Sri Daud melihat Dania ketawa. Ini perkara serius, dia ingat main-main pulak.
”Bertenang atuk! Dania bergurau saja. Pasal projek mega, ia memang wujud. Atuk jangan bimbang, let’s me handle about it. Just wait and see.”
Tan Sri Daud menarik nafas lega. Penjelasan Dania tadi telah menenangkan hatinya. “Tadi kau mainkan atuk ye!”
“Ala atuk ni, sesekali Dania nak bergurau dengan atuk takkan tak boleh!” kata Dania dengan lembut..
“Kau ni ada-ada saja. Ni lagi satu, betul ke Daniel juga sebahagian dari projek ni?”
”Ya.”
”Jadi kau tahu la di mana adik kau berada selama ni?” tanya Tan Sri Daud.
”Tak tahu.” jawab Dania.
”Dania! Lebih baik kau berterus terang dengan atuk, atuk tahu kau tahu di mana adik kau berada sekarang ni.” Tan Sri Daud masih tidak percaya akan kata-kata cucunya. Kaki putar belit. Kalau bab berlakon memang no satu.
”Betul, Dania tak tahu.” Dania cuba menyakinkan atuknya.
”Suka hati kaulah, Dania. Malas atuk nak ambil tahu. Kalau atuk tanya pun, bukannya kau nak beritahu atuk pun. Kau sayang la adik kau tu lebih-lebih” Tan Sri Daud mengalah.
Dania tersenyum. Sebenarnya atuknya memang seorang yang baik dan memahami cuma mulutnya saja yang berbisa. Dania faham dengan perangai atuknya. Dia tahu jauh di sudut hati atuknya, Daniel amat disayanginya.

****************************

Daniel membetulkan rambutnya. Rimas! Ini semua gara-gara Am la.”Eh, Am! Ini fesyen rambut apa ni? Aku cakap potong rambut macam biasa saja. Ni! Ni apa?” Daniel menunjukkan rambutnya.
“Style sekarang! Fesyen rambut pelakon taiwan, apa namanya ye! Oh ya, Vaness Wu. Potong rambut macam ni baru la ada style. Kau dah nampak macam orang korea la.” Amran ketawa melihat gelagat Daniel sejak tadi asyik membelek rambutnya selepas keluar dari salon.
“Aku ni orang Malaysia! Bangsa Melayu. Kau pandai-pandai saja beritahu tukang rambut tu potong rambut macam ni. Mentang-mentang la, aku tertidur sekejap tadi.” kata Daniel. Dia terkejut apabila sedar dari tidur melihat rambutnya dipotong macam ni. Ah...rimas!
”Tengok tu! Semua perempuan kat sini asyik pandang kau je. Tu...sampai tak berkelip biji mata.” kata Amran. Setiap kali mereka melintas kedai yang terletak di dalam shopping mall tersebut. Ada saja mata yang memerhati mereka. Kehadiran Daniel menarik perhatian. Siapa tak terkaku apabila melihat si Daniel ni? Handsome, kaya dan bijak. Ramai perempuan suka kat dia tapi hampeh, seorang pun tidak dilayannya. Entah puteri mana yang ditunggunya!
”Aku tak hairan. Ni! Kalau atuk aku tengok, pengsan dia dibuatnya.” kata Daniel.
”Sebut pasal atuk kau, dah seminggu kau kat sini! Kau tak call ke atuk kau?” Tanya Amran
“Malas! Nanti belum sempat aku nak cakap, terus dia marah kat aku. Tak nak la aku.” Kata Daniel.
“Kau betul-betul putus hubungan dengan mereka? Hal kat Malaysia, kau langsung tak ambil tahu ke?” tanya Amran lagi.
”Sementara saja la. Aku nak bercuti. Nak tenangkan fikiran. Malas nak fikir hal-hal macam ni!” kata Daniel lagi.
”Kau ni memang degil la. Bila kau nak balik Malaysia ?”
”Amboi...bunyinya macam nak halau aku saja!” Daniel menoleh ke arah Amran.
”Kau ni sensitif betul la. Aku tanya sebab nak tahu berapa lama kau kat sini. Nanti boleh la aku bawa kau jalan-jalan kat sini.” terang Amran dengan panjang lebar.
”Ala....aku melawak saja. Tengok la dulu macam-macam. Aku tak fikir lagi la.”
Jawab Daniel.
”Kau ni asyik malas nak berfikir saja. Beku otak kau nanti, baru kau tahu.” kata Amran sambil tersengih.
”Am, kau ni memang tak sayang mulut!” Daniel mengetap bibirnya. Sebenarnya dia rindu pada kakaknya dan atuk. Tetapi disebabkan egonya dia terpaksa menahannya.

4 comments:

epy elina said...

hohoho...
bila daniel nak jmp harlina...
hmm best2 smbung2x...

Unknown said...

menarik cerita ni, teruskan...

hana_aniz said...

padan muka johari!
memg tamak haloba sggh!!
chaiyok2 dania!!
hehehe.. sambung lg!!
babak romantik dania dgn bakal suami nye tak de ke?
tak saba tggu diorg kawin. hehhehe..
da la tak kamceng lngsung! mesti asyik gaduh je kn??
nak lagi writer!! ngee~

keSENGALan teserlah.. said...

best2 cite nieh..
tanak la dania mati..
plsss...
kalo dye mmg mati pon,,kasi lmbt2 agy..
20 tahun lgik ke..
hehe..nk dye idop ngn haikal yg ego uh..
keras pale cm dania gak..

agak2,spe ek heroin untuk daniel..
hehe..
btw,,murni kwan harlina tuh murni yg sme dgn pengawal dania ke??huhu...
smbung2 agy..

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...