Thursday, November 19, 2009

Rahsia hati 19

Bab 19

“Wah! Aku macam tak percaya saja bila tengok kau macam ni!” kata Zaki sebaik saja masuk ke dalam bilik pejabat Hairi. Sahabatnya itu begitu tekun meneliti fail-fail yang berada di mejanya. Zaki terus duduk tanpa dipelawa oleh Hairi.
Fail yang berada di hadapannya ditutup. Hairi bangun dan menghampiri sahabatnya itu. ”Aku panggil kau bukannya nak dengar kau perli aku. Aku nak tanya sesuatu perkara kat kau.” Hairi terus melabuhkan punggung di sofa yang berhampiran dengan Zaki.
”Pasal apa? Nasib baik la petang ni aku off. Penting Sangat ke sampai kau tak boleh cakap kat telefon.”
“Itu la kau! Dalam banyak-banyak kerja kat dunia ni, doktor juga kau pilih.”
”Hey, kau jangan nak perlekehkan tugas aku sebagai doktor tau. Pekerjaan aku ni mulia. Kalau tak ada doktor kat dunia ni, alamatnya semua manusia dah mati. Aaa....cepat beritahu aku apa kau nak tanya ni!”
”Dania!”
Wajah Zaki berubah. Aii...dah buang tabiat ke member aku ni? Selalunya nama Dania jangan harap la nak terbit dari mulutnya.
”Ya, Dania!”
”Kenapa tiba-tiba kau nak ambil tahu tentang Dania? Pelik?” Zaki hairan. Macam ada sesuatu tak kena saja.
”Aku akan jawab soalan tu selepas kau jawab semua soalan aku semua.”Hairi tersenyum.
”Kau ni ada-ada sajalah! Cepat cakap!”
”Sebelum Dania bertunang dengan aku, dia ada tak bercinta atau berkawan dengan mana-mana lelaki! Maksud aku, special guy!” tanya Hairi.
Zaki ketawa. Lucu benar soalan Hairi. ”Kenapa ? Kau cemburu ke?”
”Apasal pulak aku nak cemburu! She’s nothing to me. Answer my question zaki!” Perasaan ingin tahunya semakin membuak-buak.
“Ok….Tak ada.”
“Apa!” Hairi terkejut. Mustahil. Dania tu cantik dan kaya. Takkan tak ada siapa yang nakkan dia. Biar betul.
”Bukan tak ada tapi ada ...ramai yang sukakan Dania tetapi kan kau tahu, atuk kau dan atuk Dania kan dah berjanji nak jodohkan kamu berdua. Jadi Tan Sri Daud buat statament bahawa Dania sudah berpunya. So Dania akur dengan arahan atuknya. Dan Dania tunggu kau la selama ni. Satu lagi aku nak beritahu kau, kalau kau putus tunang dengan Dania, ramai lelaki akan berebut-rebut untuk memiliki Dania. Sebab siapa nak tolak lombong emas yang berada di depan mata. Think about that.”
Hairi terdiam seketika selepas mendengar penjelasan Zaki.
”Ok! Next question!” Zaki tersenyum.
“Hmm….Aktivitisosial Dania?”
Zaki tersenyum. “Dania tak macam kau!”
“Apa maksud kau?” Mata Hairi tepat merenung Zaki.
”Dia hanya akan keluar dengan kawannya saja. Makan-makan dan borak kosong saja. Clubbing! Bukan style Dania. Setiap malam dia akan habiskan masanya kat rumahnya saja. Dia tak macam kau, clubbing sampai ke subuh. Hujung minggu pula, dia akan habiskan masanya kat Rumah Anak Yatim Mardiyah.”
”Rumah Anak Yatim Mardiyah”
”Ya. Rumah Anak Yatim itu dinamakan sempena nama ibu Dania. Dia bina Rumah Anak Yatim kerana ingin menolong kanak-kanak yang senasib dengannya. Dania juga akan bermalam di situ.Dia juga telah menubuhkan badan kebajikan di bawah nama Global Bersatu untuk menolong orang-orang miskin dan kurang upaya. See! She’s totally different than you, Hairi! She’s like an angel but you….” Zaki tersengih bila teringat akan perangai Hairi yang playboy dan sombong. Orang yang tidak setaraf dengannya jangan harap la dapat duduk semeja dengannya. Itu prinsip Hairi.
”Like the devil!” Hairi menyambung apa yang Zaki cuba menyatakan tentang dirinya.
“That’s right.” Zaki ketawa. Macam tahu-tahu je.
Hairi membuat mimic muka. “Kau ni, Zaki! Jahat aku, kau nampak sangat!”
”Kau sendiri yang cakap, bukan aku!“
”Hmm...Pasal Daniel, adik Dania!“
”Hmmm...Daniel!“ Zaki membetulkan kedudukkannya. ”Kalau kau nak tahu kelemahan Dania adalah Daniel. Dania sangat sangat sayangkan Daniel. Dia sanggup lakukan apa saja demi Daniel malah Dania sanggup berbalah dengan atuknya disebabkan Daniel.“
”Aku dengar cerita, Daniel dah hilangkan diri!“ kata Hairi. Tiba-tiba saja dia berasa minat dengan cerita Daniel.
”Itu aku tak pasti. Ada orang cakap Daniel bercuti. Tetapi ada desas desus mengatakan bahawa Daniel larikan diri disebabkan Tan Sri Daud nak jodohkan Daniel dengan pilihannya. Macam kau dan Dania. Tetapi Daniel lain dari Dania, Daniel seorang yang mempunyai pendirian tersendiri. Lagipun Daniel dan Tan Sri Daud tak sehaluan. Jumpa je bergaduh. Dania la yang selalu jadi pengaman antara mereka berdua.”
”Dania tak cari adik dia ke ?” tanya Hairi.
“Tak!” jawab Zaki.
“Kenapa? Dia kan sayangkan adiknya takkan la, dia biarkan begitu saja .......melainkan dia tahu di mana adiknya berada.” Teka Hairi.
Zaki hanya tersenyum.
“Eh...dah lama aku nak tanya soalan ni kat kau, macam mana kau tahu banyak perkara tentang Dania? Kau ada hati kat dia ke?’ Hairi menjegil matanya. Dia perlu dapatkan kepastian. Macam mana Zaki lebih tahu hal mengenai Dania sedangkan aku ni tunang Dania.
”Salah ke aku ada hati kat dia? Lagipun kau kan nak putuskan pertunangan dengan Dania! Dania cantik, bijak dan kaya. Siapa nak tolak?” usik Zaki.
”Hey, Zaki! Kau ingat sikit kau tu ada tunang!” Hairi tiba-tiba meninggikan suaranya.
Zaki ketawa besar bila melihat telatah Hairi. Nampaknya kau tak sedar yang kau sudah mula menyukai Dania, sahabatku!
”Kau ingat aku melawak ke?’ Wajah Hairi berubah.
”Just kidding, okey! Dalam hati aku, hanya ada seorang wanita saja. Cool,ok! Hmmm....kau ingat tak perempuan yang bersama Dania tempoh hari di Coffee House.”
Hairi menggangukkan kepalanya. Dia ingat lagi wanita itu.
”Dia tunang aku, Wardina. Dr Wardina!” Zaki tersenyum.
“Tunang kau!” Hairi terkejut.
“Ya. Pada masa yang sama, Wardina kawan baik Dania sewaktu sekolah menengah sehingga la sekarang. So aku tahu serba sikit tentang Dania. Hmm...sekarang ni, turn kau pulak beritahu aku sebab kau nak tahu semua ni?” tanya Zaki.
“Sebab aku nak tahu kelemahan Dania.” Hairi tersenyum.
“Buat apa?” tanya Zaki hairan. Pelik betul si Hairi ni.
”Wait and see.” Hairi tersenyum sendirian. Entah apa yang bermain di fikirannya sekarang ni. Hairi hanya menggelengkan kepalanya.

*********************************

Dania membaca menu makanan yang berada di hadapannya. Dia sendiri tak pasti nak makan apa tengahari ni. Kebelakangan ni, Dania berasa tak sedap hati. Seolah-olah akan ada perkara buruk akan terjadi. Dania mengeluh. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Pantas Dania menjawabnya.
”Ya, Murni! Macam mana?” tanya Dania.
“Maaf, Cik Muda. Saya telah pergi ke alamat terakhirnya tapi dia sudah pindah. Hmm....Dia takkan tinggal di sesuatu tempat dengan lama. Dia takut lintah darat dapat mencarinya. Cik Muda, jangan bimbang. Saya akan cari dia sampai dapat walau dengan apa cara sekalipun.” Janji Murni. Matanya melirik ke pelbagai arah. Dia bimbang jika ada orang mengikutnya. Sekarang ni, dia berada di Pekan, Pahang untuk mencari seseorang yang dikhendaki oleh Dania.
Dania mengeluh. ”Baiklah, Murni! Apa-apa pun, kamu mesti cari dia sampai dapat sehingga ke lubang cacing. Hati-hati, Murni! Jika ada sesuatu yang tak kena, beritahu saya!”
”Baiklah!” kata Murni terus menamatkan perbualan mereka.
”Siapa yang kau nak cari sehingga lubang cacing, Dania?” Ada suara menegurnya dari belakang.
Dania terkejut dan menoleh ke belakang. Ahhh....mamat ni lagi! Dania tersenyum. ”Tak sangka orang kelas atasan macam awak tidak mempunyai etika. Mendengar perbualan orang lain. Itu tak elok.”
Wajah Hairi berubah. Perempuan ni kalau cakap dengan aku, asyik perli aku saja. Tak pernah nak cakap manis langsung. Hairi terus menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Dania tanpa dipelawa.
”Seorang saja!” soal Hairi. Dia merenung wanita yang berpakaian baju kurung kedah berwarna merah jambu. Dania sangat ayu hari ni ditambah pula dengan tudung putih bercorak merah jambu.
”Ya!” jawab Dania ringkas. Matanya masih melihat menu yang berada ditangannya.
”Takkan la hari-hari makan seorang saja. Tak ada teman ke?” soal Hairi lagi.
”Ya!”
Hairi mengetap bibirnya menahan geram. Dania seolah-olah tidak ingin melayan dirinya malah menganggap seolah-olah dirinya tak wujud langsung. Dia sebenar ingin menyakiti hari Dania tetapi dia pula yang terkena.
Dania meletakkan menu makanan yang berada di tangannya tadi di atas meja. Matanya terpat memandang Hairi. ”So, bila kita nak beritahu keluarga kita tentang keputusan kita untuk putus tunang?” tanya Dania.
”Apa!” Hairi terkejut bila Dania mengungkit soal itu.
”Ya. Tentang putus tunang. Jika awak dan saya setuju, kita tak perlu lengahkan masa lagi.” beritahu Dania.
”Kenapa kau tergesa-gesa sangat nak putus tunang dengan aku? Sebab kau ada lelaki lain sedang menanti kau ke?” marah Hairi secara tiba-tiba.
Dania terkejut dengan reaksi Hairi. Orang cakap elok-elok, dia pula marah-marah. Bukan ke tak suka aku? Dah tak suka, putus sajalah. Ada aku kisah!
”Kau ingat aku akan lepaskan begitu saja, Dania! Aku takkan putuskan pertunangan kita. Kau nak tahu kenapa?” jerit Hairi. Wajahnya serius.Dia tidak mempedulikan orang ramai yang berada di dalam restaurant itu.
”Sebab awak dah jatuh cinta dengan saya!” Selamba Dania menjawab.
Hairi terkejut besar dengan jawapan Dania. Matanya terkebil-kebil merenung Dania. Lidah Hairi tiba-tiba menjadi kelu.Suaranya seolah-olah hilang.
Dania ketawa bila melihat air muka Hairi. Pucat lesi. ”Hmmm....lebih baik awak benci saya dari jatuh cinta dengan saya. Sebab orang macam saya tidak layak untuk dicintai.” Dania tersenyum
Hairi terkejut dengan kata-kata Dania. Apa maksudnya? Aku tak faham.
”Cik Muda!” Ali tiba-tiba berada di belakang Dania.
Dania bangun dan terus meninggalkan Hairi yang masih terpinga-pinga dengan kata-katanya tadi.

************************************************

”Dah 2 tahun, Kak Faz tinggal kat sini! Kak Faz tak nak balik ke Malaysia lagi ke?” tanya Halina sambil membantu kakak sepupunya memasak makan malam.
”Nak tapi .....ada beberapa perkara yang kak perlu uruskan sebelum balik ke Malaysia. It’s take tima, Lina. Kalau nak ikutkan hati, nak saja sekarang ni kak balik Malaysia, but i’ll must be professional.” Fazilah memotong bawang besar. Hari ni dia nak masakkan sesuatu yang special kat adik sepupunya. Sudah 2 tahun dia mengajar di Seoul National University sebagai pensyarah di situ.
”Seronok bekerja kat sini? Ramai kawan? Dah ada pak we ke? Korean guy?” soal Halina bertubi-tubi.
“Slow-slow ok! Mentang-mentang la bakal jadi wartawan, Tanya satu persatu!” Fazilah ketawa.
“Ok! Sorry, terlalu excited.” Halina tersengih. Di antara semua sepupunya, Kak Faz la yang paling rapat dengannya. Walaupun Kak Faz, 3 tahun lebih tua darinya tetapi dia sangat suka bersama dengan Kak Faz. Dia sporting!
“Seronok juga. Kawan pun ramai! Pakwe pulak? Tak ada la. Taste kak masih lagi malay guy!” Fazilah menjawab satu persatu soalan Halina tadi.
”Hujung minggu ni kita pergi jalan-jalan. Nak tak?” tanya Fazilah. Tangannya masih ligat menyediakan bahan-bahan yang ingin digunakannya untuk memasak.
”Ok!” Halina tersenyum. Sebenarnya hanya jasadnya saja berada di sini tetapi hatinya masih berada di Malaysia. Sukar dia melupakan perkara yang telah berlaku. Perit rasanya untuk melepaskan Abang Rizal tetapi apa yang dikatakan oleh emaknya ada juga kebenarannya. Dia perlu terima segala yang berlaku dengan hati yang terbuku.
Fazilah merenung Halina yang termenung. Fazilah simpati dengan apa yang menimpa adik sepupunya. Sebelum Halina datang sendiri, Mak Su telah menceritakan segalanya yang berlaku. Kasihan, Lina!

3 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

hahah..
hairi menyukai dania dlm tdk sedar..
yeayyyyy...
ske2..
jgnla dorang putus tunang..
hope hairi pertahankan..
huhu..
smbung2..

::cHeeSeCaKe:: said...

hohoho..suke gile ngn dania die..
brilliant & cool..
xsbr nk tggu daniel jmpe ngn lina..
bile nk smbg cite ni??

nAtAsYa AzEmiLL said...

wahhhhhhhhh......
gmpak...lak..
bnyak prkara yg x di duga brlaku....
TERUSKAN USAHA..

Post a Comment