Saturday, November 21, 2009

Rahsia hati 20

Bab 20

Pintu lif terbuka. Hairi mengatur langkahnya sebaik saja keluar dari lif. Sejak dari semalam lagi, Hairi masih memikirkan maksud disebalik kata-kata Dania kepadanya semalam. Kenapa Dania berkata bahawa dirinya tidak layak dicintai. Setiapa kali mengingati kata Dania, hatinya berdebar-debar. Oleh itu, dia perlu berjumpa Dania untuk penjelasan. Langkah Hairi terhenti bila melihat ada 2 wanita sedang berdiri di pintu masuk pejabat Dania. Hairi menyembunyikan dirinya.
“Hmm….apa halnya Shiela?” Dania merenung wanita yang berada di hadapannya. Ali berdiri beberapa langkah di belakang Dania.
“Mana Abang Daniel? Di mana Kak Dania sorokkan Abang Daniel?” jerit Shiela secara tiba-tiba. Dia sudah bosan untuk menunggu lagi. Sudah hampir sebulan Abang Daniel menghilangkan diri.
”Mana kak tahu!“
”Kak Dania bohong! Kak Dania ingat Shiela akan percaya bulat-bulat kata Kak Dania tadi. I’m not stupid. Shiela tahu Kak Dania sorokkan Abang Daniel sebab nak pisahkan kami berdua.“
”Daniel dah besar. Dia boleh fikir sendiri. Ke mana Daniel pergi, itu urusan dia. You don’t have right.” Dania tersenyum melihat telatah Shiela. Perempuan ni memang tak faham bahasa. Muka tembok! Cara apa yang aku perlu lakukan agar perempuan ni tak ganggu Daniel lagi.
“Shiela cintakan Abang Daniel tetapi Kak Dania masih nak pisahkan kami.” Tegas Shiela. Matanya bulat merenung wanita yang berdiri di hadapannya.
Dania ketawa. Geli hatinya bila mendengar pernyataan Shiela. “Pisahkan kamu berdua! Mengarut!” Dania mendekati Shiela. “Daniel tak suka Shiela pun. Jangan perasaan.”
“Kak Dania!” jerit Shiela.
“Berapa kali kak nak beritahu Shiela untuk Shiela faham. Shiela bukanlah wanita yang ditakdirkan untuk Daniel. Kak pasti tentang itu.”
“Teruk sangat ke Shiela sampai Kak Dania tak boleh terima Shiela? Apa salah Shiela sehingga layan Shiela macam ni? “ Bibir Shiela terketar-ketar menahan geram. Apa kurangnya aku? Aku setaraf dengan mereka.
“Shiela ingat Kak Dania tak tahu aktiviti Shiela selama ini. Shiela nak Kak Dania beritahu satu persatu ke?”
Wajah Shiela berubah mendengar kata-kata Dania. Apa Kak Dania tahu tentang aku? Segalanya ke? Tak mungkin. Kalau Abang Daniel tahu, pasti Abang Daniel dah tak sukakan aku.
“Balik la. Fikirlah baik-baik sama ada orang seperti Shiela layak berdampingan dengan Daniel.”
”Jadi, Kak Dania nak ugut Shiela la!” Tiba-tiba Shiela meninggikan suaranya.
Dania menggelengkan kepalanya. ”Ya. Stay out from my brother life! I mean it.” Tegas Dania.
“Apa Kak Dania akan buat kalau Shiela enggan ikut cakap Kak Dania?” Mata Shiela sudah merah. Shiela menahan kemarahannya.
“Kak akan buat perkara yang sama yang pernah papa Shiela pernah buat.” Kata Dania.
Wajah Shiela berubah. Apa maksud Kak Dania sebentar tadi? Apa papa pernah buat? Pelbagai soalan bertubi-tubi di fikirannya.
“Ali, panggil security sekarang. Saya tak nak perempuan ni ada kat pejabat saya.” Arah Dania.
Shiela terkejut dengan kata-kata Dania. Shiela mengenggam erat beg tangannya. Nak halau aku? ”Perkara ni takkan berakhir di sini. Shiela akan lakukan apa saja agar Abang Daniel menjadi milik Shiela. Shiela akan pastikan Kak Dania takkan menjadi penghalang cinta Shiela lagi.”
”Jadi Shiela nak bunuh kak la ye!” Kata Dania secara tiba-tiba. Dania masih tersenyum.
Shiela tergamam dengan kata-kata Dania.
”Shiela serupa saja. Hmmm....baiklah, kak akan tunggu dan lihat apa Shiela nak buat! But you never win.” tegas Dania. Dania berpaling ke arah Ali. “Ali!”
Ali menganggukkan kepalanya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya untuk memanggil pengawal.
Bila melihat tindakan Ali, Shiela terus berlalu pergi. Sebelum melangkah pergi, Shiela sempat memberi renungan yang tidak dapat ditafsirkan apa maksudnya pada Dania.
“Cik Muda, saya rasa kali ni Shiela tak main-main!” Ali risau.
”Jangan bimbang, Ali! She’s can’t do anything to me. Saya takkan biarkan anak pembunuh ibu bapa saya mendekati Daniel. Itu takkan berlaku.” Tegas Dania. Dania menggengam erat tangannya. Kemalangan yang menimpa ibu bapanya bukanlah satu kemalangan biasa tetapi dirancang oleh seseorang. Dania tahu siapa orangnya cuma dia tiada bukti sahaja.
Hairi terkejut mendengar percakapan Dania. Bulat matanya. Anak pembunuh! Aku tak faham. Apa yang dia tahu ibu bapa Dania meninggal disebabkan kemalangan jalan raya tetapi apa yang dinyatakan oleh Dania sebentar tadi di luar jangkaan. Hairi masih kaku berdiri.

**********************************************

”Aku tahu la, Am! Dah sebulan aku tinggal kat sini. Pandai-pandai la aku cari. Kau ni macam mak nenek la. Aku tengah drive ni. Oklah, Bye. !” kata Daniel sebelum menamatkan pebualan telefonnya dengan Amran. Daniel meletakkan telefon bimbitnya di dalam poket. Daniel terkejut bila ada seorang wanita melintas di hadapan keretawanya. Daniel menekan brek. Kepalanya terhantuk di streng kereta. Daniel memegang dahinya. Sakit. Daniel melihat wanita itu sudah tiada. Ya Allah, aku dah langgar dia! Daniel cepat-cepat membuka pintu. Dia cemas. Daniel terkejut melihat wanita itu cuba untuk bangun. Tangannya berdarah lantas Daniel menghampiri wanita itu.
”I’m so sorry! I’ll take you to hospital.” Kata Daniel. Perasaan bersalah tersemat di hati Daniel. Itu la aku, tengah drive boleh cakap telefon.
“I’m fine!” Wanita itu melihat tangan kanannya yang terluka.
“I’m really-really sorry. It’s my fault, miss. You have to go to hospital. I’ll take you there.” Daniel masih lagi minta maaf.
“Bila dah jadi macam ni, baru nak rasa bersalah. Awal-awal tadi, tak reti ke nak bawa kereta elok-elok. Traffic light warna merah pun boleh jalan.” Bebel wanita itu.
Daniel terkejut apabila mendengar kata-kata wanita itu.
”Next time, drive carefully! Mata jangan letak kat lutut.” Wanita itu perlahan-lahan bangun. Wanita itu memandang tepat pada wajah Daniel.
Daniel ketawa secara tiba-tiba.
”Why you laughing at? It’s not funny!” Air muka wanita itu berubah apabila Daniel ketawa.
“ Jadi awak tak nak la pergi hospital?” tanya Daniel lagi.
Bulat mata wanita itu bila mendengar percakapan Daniel. ”Aaaaaa...Awak boleh cakap Bahasa Melayu?”
”Ya. Macam awak, saya pun orang Malaysia.”
”Orang Malaysia! Tapi awak nampak macam orang Korea!” Terkebil-kebil wanita itu melihat Daniel.
”Style rambut ye!” Daniel tersenyum. Ramai orang pernah salah tanggapan pada dirinya sebab wajahnya yang seakan-akan orang cina. Arwah ibunya dari keturunan cina yang memeluk agama Islam. Nenek arwah ibu dulu adalah orang cina yang berkahwin dengan orang melayu sebab itulah ramai orang tersalah anggap pada dirinya. “Saya minta maaf. Salah saya. Betul ke awak tak nak ke hospital ? Luka awak tu kena bersihkan dahulu dan kena letak ubat.” Daniel risau melihat luka di tangan wanita itu.
“Tak apa! Saya dah biasa la.” Jawab wanita itu tersenyum.
“Jadi awak selalu la kena langgar macam ni.”
“Eh..eh….tak la, maksud saya tadi, luka macam ni tak apa- apa effect pada saya. No hal punya.” Gelabah wanita itu dibuatnya.
Daniel tersenyum. Kenapa hatinya begitu gembira apabila berbual dengan wanita ini? Daniel tiba-tiba mengeluarkan sapu tangan dari poket seluarnya. “Ambil ni! Balut luka tu, takut nanti masuk kuman.” Daniel menghulurkan sapu tangannya.
”Terima kasih.” kata wanita itu terus membalut lukanya dengan sapu tangan yang diberikan oleh Daniel. ”Nanti saya ganti balik ye!”
”It’s ok! Anyway, saya Daniel! Awak?” Mata Daniel tepat merenung wanita yang berdiri di hadapannya.
“Halina! Just call me, Lina. Nice meeting you Daniel.” Halina tersenyum lebar.
“Nice meeting you too.” Kata Daniel. Tak sangka aku jumpa perempuan ni lagi!

**************************************

Zaki menutup pintu kereta Hairi sebaik saja masuk ke dalam perut kereta tersebut. ”Apa halnya kau nak jumpa aku, malam-malam buta ni! Nasib baik la aku dah habis shift aku malam ni!” tanya Zaki. Dia menoleh ke arah Hairi. Kebelakangan ni perangai sahabatnya itu sangat pelik.
”Ada hal nak tanya kau?”
”Kau ni....bila nampak muka aku saja, kau asyik nak tanya saja. Kau ingat aku kaunter pertanyaan bergerak ke!” Zaki mengeluh. Tanya, tanya, tanya! Itu je kerjanya.
”Pasal Dania la!”
”Dania lagi. Aiii....dulu bila aku sebut saja nama Dania, kau mula naik angin. Kenapa sekarang ni lain macam je? Kau dah jatuh cinta dengan Dania ye!” Usik Zaki sambil tersenyum.
”Kau jangan merepek, Zaki! Kau ingat aku ni dah kemaruk sangat ke dengan Dania tu. Hey...perempuan macam ni aku tak hairan.” Hairi meninggikan suaranya. Jatuh cinta? Tak mungkin!
”Suka hati kaulah. Hmmm....apa soalannya?”
”Dato’ Johari anak saudara Tan Sri Daud kan?” tanya Hairi. Dia perlu kepastian. Macam-macam khabar angin Dato’ Johari.
“Ya! Kenapa?” Zaki hairan dengan pertanyaan Hairi.
”Aku dengar cerita Dato’ Johari dan Dania x berapa baik.”
Zaki tersenyum. ”Bukan dengan Dania saja, Daniel pun tak suka Dato’ Johari.”
”Kenapa? Mereka kan sekeluarga!” Hairi hairan.
”Hmm....Hairi, kau kena ingat bila hal berkaitan dengan harta dan duit, manusia akan lupa saudara mereka sendiri. Abah aku pernah beritahu Dato’ Johari sangat sangat....bercita-cita tinggi. Kehadiran Dania dan Daniel mengugat kedudukannya dalam Global Bersatu. Abah aku juga pernah beritahu jangan sesekali terlibat dengan Dato’ Johari.”
”Kenapa?” soal Hairi lagi.
”Itu aku tak tahu. Abah aku tak beritahu pun sebabnya. Wardina pernah beritahu aku, Dania selalu bimbang akan keselamatan adiknya.” Dahi Zaki berkerut.
”Maksud kau?” Terkebil-kebil mata Hairi mendengar kata-kata Zaki.
”7 tahun yang lalu, Daniel hampir mati. Ada orang cuba bunuhnya nasib baik la Dania tiba tepat pada waktunya jika tidak tak tahu la apa akan jadi pada adiknya. Teruk jugak la Daniel waktu tu. 2 tikaman kat belakang dan perut. Nasib baik la dia selamat.”
”So Dato’ Johari la dalangnya?” teka Hairi.
”Itu aku tak berani cakap la. Tetapi selepas kejadian tu, Syarikat Perkapalan Dato’ Johari yang selama ni menjadi tungak utama keuntungan Dato’ Johari tiba-tiba muflis dalam masa yang singkat. Teruk jugak la Dato’ Johari time tu.”
”Kerja Dania?”
”Tak tahu!” Zaki menggelengkan kepalanya.
Mata Hairi tiba-tiba tepat melihat kereta Audi milik Dania berhenti tak jauh dari keretanya. Ada wanita masuk ke dalam perut kereta mewah tersebut. ”Itu tunang kau kan!” kata Hairi.
”Ya! Dania ajak dia keluar makan.” kata Zaki selamba. Sebelum balik tado, Wardina sudah beritahunya.
”Makan time-time macam ni!” Hairi terkejut melihat jam tangannya sudah menunjukkan tepat pukul 1.00 pagi.
“Ya la” jawab Zaki lagi.
”Kau percaya ke cakap tunang kau tu ?” soal Hairi tiba-tiba.
“Kenapa kau ingat mereka berdua tu pergi clubbing atau parti ke? Eh, mereka tu pegangan agama sangat kuat kau tahu tak! Aku percaya kat tunang aku.” yakin Zaki.
”Tapi aku tak!” kata Hairi terus menekan minyak keretanya dan mengekori Dania. Zaki terkejut dengan tindakkan Hairi.

***********************************

”So nak makan apa?” tanya Dania. Kereta Audi miliknya meluncur laju memecah keheningan malam itu.
”Hmmm...satay la. Tiba-tiba je aku mengidam nak makan satay!” Wardina ketawa.
Dania juga turut ketawa. ”Satay ....ye! Kat mana sedap?” tanya Dania.
”Kat Putrajaya! Apa ye nama tempat tu, sedap jugak la sataynya.” Wardina cuba mengingati nama kedai yang pernah dia makan bersama Zaki.
”Kau ni....macam orang tua la. Boleh lupa?” kata Dania. Dania membrek secara tiba-tiba bila ada sebuah kereta menghalang keretanya. Beberapa orang lelaki keluar dari kereta tersebut. Wajah Dania berubah. Dania melihat side mirror keretanya. Ada sebuah kereta lagi di belakangnya. Keretanya tak boleh bergerak.
“Kenapa Dania?” Wardina berpaling ke Dania.
“We got company!”
“Hmm...bagus la, aku pun dah lama tak belasah orang!” Wardina tersenyum. Masa sekolah menengah dahulu, dia dan Dania pernah mewakili Persatuan Silat Cekak Hanafi peringkat negeri. Malah mereka juga pernah memenangi beberapa pingat.
Dania mengambil pemukul besbol yang berada di tempat duduk belakang. “Take this!” Dania menghulurkannya pada Wardina.
“Aku tak perlukannya.”
“You need it. Mereka ramai!” kata Dania.
“Kau!” kata Wardina mengambil pemukul besbol.
“Aku dah biasa. Jom!” kata Dania terus membuka pintu dan melangkah keluar diikuti oleh Wardina.
“So siapa yang hantar kamu semua malam ni? Uncle Johari? Mansur .....atau Shiela!” Dania melihat ada 10 orang lelaki sedang mengepung mereka berdua.
”Banyak cakap pulak perempuan ni ! Tangkap mereka berdua dan malam ni akan menjadi malam yang indah buat mereka berdua.” Lelaki yang berjaket merah itu ketawa begitu juga dengan beberapa orang lelaki yang berada di situ.
Dania tersenyum dan terus menyerang lelaki yang berjaket merah itu dengan pantas. Tumbukan hinggap di muka lelaki itu dan tendangan kena di perut lelaki itu. Lelaki itu jatuh tersungkur. Dia memegang perutnya yang sakit. “ Tapi aku akan jadi mimpi ngeri kamu semua!” Dania tersengih.
Mereka yang berada di situ terkejut. Perempuan ni pantas. Dengan sekelip mata saja dia menyerang. ”Serang dia!” jerit lelaki berjaket merah itu masih memegang perutnya yang sakit. Tendangan perempuan ni memang kuat. Tenaganya seolah-olah hilang akibat tendangan tersebut. Dia cuba untuk bangun.
Lima orang lelaki menyerang Dania serentak. Dania mengelak setiap pukulan yang dihalakan untuknya. Dania mengetap bibirnya. Aku tak boleh asyik mengelak saja. Sesekali mati Dania melirik ke arah Wardina yang juga berlawan dengan 4 orang lelaki yang sedang menyerangnya. Dania tersenyum.
Hairi membrek keretanya secara tiba-tiba. Zaki terkejut. “Itu....itu kereta Dania.” Kata Zaki melihat kereta Dania yang berhenti di tengah jalan. Jalan raya tersebut sunyi sepi malah tiada kereta melaluinya lagi pada waktu begini. Mata mereka tepat melihat beberapa orang lelaki menyerang Dania dan Wardina.
“Wardina!” kata Zaki secara tiba-tiba. Dia terus keluar dari kereta Hairi. Dia bimbang akan keselamatan tunangnya.
Wardina menumbuk muka lelaki yang menyerangnya. Wardina menghayun pemukul besbol di tanganya pada kaki lelaki yang ditumbuknya. Lelaki itu mengerang kesakitan akibat pukulan Wardina. ”Macam mana? Dah patah ke?” tanya Wardina menunjukkan kayu besbol yang dipegangnya pada 3 orang lelaki yang masih mengepung nya. ”Mari la, kalau kau semua nak rasa nasib yang sama macam kawan kau ni. Marilah!”
”Wardina!”
Wardina menoleh apabila namanya dipanggil. ”Zaki” Wardina terkejut besar melihat Zaki.
Zaki terus menumbuk lelaki yang cuba mencederakan tunangnya. Lelaki itu ditumbuknya beberapa kali sehingga pengsan. “Siapa nak rasa tumbukan aku ni? Aku ni juara tinju kau tahu tak!” jerit Zaki geram. Matanya tepat merenung 2 orang lelaki yang kaku berdiri. Mereka melihat muka kawan mereka yang bengkak dan berdarah akibat tumbukan Zaki tadi.
Wardina ketawa bila melihat gelagat tunangnya. Dua orang lelaki itu mengundurkan langkah mereka. Takut kalau nasib mereka sama dengan kawan mereka yang pengsan tadi.
”Hey, nak ke mana tu?” jerit Zaki bila mereka berdua telah larikan diri dan meninggalkan kawan mereka yang tidak sedarkan diri. Wardina menghampiri Zaki. ” Macam mana awak tahu saya ada kat sini?” soal Wardina sambil menunjukkan pemukul besbol di tangannya
”Aaaaaa....tanya Hairi!” Zaki tergagap-gagap menjawabnya sambil tangannya menunjuk ke arah Hairi.
Dania memusing tangan lelaki itu ke belakang. Lelaki itu menjerit kesakitan. Dania terus menendang belakang lelaki itu dengan kuat sehingga kepala lelaki itu terkena keretanya. Lelaki itu memegang kepalanya yang berdarah. Dia melihat ke arah kawannya yang sedang meraung kesakitan. Ada yang patah tangan dan patah kaki. Tumbukan dan tendangan perempuan tu memang kuat. Dengan sekali saja tumbukan dan tendangan telah melemahkan mereka. Dia ni manusia ke?
Dania tersenyum. Dania menoleh ke belakang. Dia terkejut apabila tumbukan hinggap di mukanya. Dania memegang bibirnya yang berdarah. Dania memerhati lelaki yang berjaket hitam itu. Lelaki itu tersenyum ke arahnya.
”Perempuan tetap perempuan!” kata lelaki yang berjaket hitam itu.
”Woi! Lawan orang yang sama saiz dengan kau la.” Tiba-tiba satu tumbukan terkena muka lelaki itu. Hairi memerhati lelaki yang berambut kerinting itu.
”Hairi!” Dania terkejut dengan kehadiran Hairi di situ. Hairi mendekati Dania. Matanya tepat merenung bibir Dania yang bengkak dan berdarah.
”Kau tak apa-apa?” tanya Hairi dengan nada suara yang bimbang.
”Tak. What’re you doing here?” Tanya Dania hairan.
“Aaaa……” Hairi menggaru kepalanya yang tak gatal. Ala…takkan la aku nak beritahu dia yang aku ikut dia. Nanti malu la aku. “Aaaaa….aku….”Hairi masih tergagap-gagap.
Dahi Dania berkerut. Bila pulak la mamat ni gagap? Dania masih menanti jawapan dari Hairi.
”Kau ingat kau menang!” kata lelaki yang berjaket hitam itu terus mengeluarkan pisau dan meluru ke arah Hairi.
Dania terus menolak Hairi ke tepi. Hairi jatuh terduduk. Hairi terkejut bila melihat Dania memegang lengannya. Bulat mata Hairi melihat darah mengalir dari lengan Dania.
Dania merenung lelaki yang menyerangnya tadi. Mujur dia sempat mengelak tetapi lengannya luka akibat terkena pisau lelaki itu. Jahanam! Dania terus menyerang lelaki itu tanpa mengendahkan lengannya yang berdarah. Lelaki itu mengelak setiap serangan Dania. Dania mengetap bibirnya menahan geram. Kau ingat aku akan biar kau terlepas begitu saja.
Hairi bangun dan ingin cuba menolong. “Jangan masuk campur!” tegas Dania. Wajahnya serius. Langkah Hairi terhenti. Hatinya berdebar-debar dan cemas. Darah di lengan Dania masih mengalir. Hairi risau. Dania cedera disebabkan ingin menyelamatkannya.
Lelaki itu menyerang Dania. Dania memegang pisau itu secara tiba-tiba. Lelaki itu terkejut dengan tindakan Dania yang masih erat memegang pisaunya. Darah mengalir dari tapak tangan Dania. Dania tidak mempedulikannya. Dania terus menumbuk lelaki itu. Pisau yang dipegang oleh lelaki itu terlepas sebaik saja terkena tumbukan Dania.
“Dania!” jerit Wardina. Dia terkejut bila Dania memegang pisau itu.
Dania terus menendang lelaki itu di perut dan lelaki itu tersungkur di tengah jalan. Dania mengambil pisau lelaki itu dan melangkah mendekati lelaki itu. Dania terus memijak perut lelaki itu dengan kasut tingginya. Lelaki itu mengerang kesakitan.
“So ....siapa yang upah kau?” tanya Dania.
Hairi terkejut melihat apa yang berlaku. Biar betul ini Dania! Pertama kali dia berjumpa Dania, dia ingatkan Dania adalah wanita yang lemah-lembut. Tetapi yang berada di hadapannya sekarang ni, adalah Dania yang berlainan. Hairi melihat lelaki di sekelilingnya yang terbaring tidak sedarkan diri disebabkan dibelasah oleh Dania.
“Jadi kau tak nak buka mulut ye!” kata Dania sambil bermain dengan pisau yang berada di tangannya. Lelaki itu masih mendiamkan diri. Dania melihat tapak tangannya yang luka akibat memegang pisau lelaki itu tadi. Panjang juga lukanya. Darah di tapak tangannya masih mengalir. “Tajam juga pisau kau ni! Kalau aku kelar muka kau mesti akan ada parut. Mesti handsome! Kau nak cuba.” Dania meletakkan pisau itu di muka lelaki itu. ”So kau nak beritahu aku atau tak?”
”Dania! Sudah!” Wardina menghampiri Dania. Dia bimbang Dania bertindak di luar kawalan. Wardina kenal benar dengan perangai Dania. Kalau dia marah, tiada siapa dapat menghalangnya. ”Dania!” jerit Wardina bila Dania tidak mengendahkan dirinya
Lelaki itu memejamkan matanya apabila pisau miliknya berada dekat dengannya. Perempuan ni gila!”Aaaa.....Cik Shiela.” kata lelaki itu terketar-ketar ketakutan.
”Shiela!” kata Dania. Pisau yang berada di tangannya dibaling jauh. Dania merenung lelaki yang sedang terbaring itu. ”Kalau aku nampak muka kau lagi, aku takkan teragak-agak kelar leher kau terus.” Dania memijak perut lelaki itu dengan kuat. Lelaki itu meraung kesakitan dan memegang perutnya.
Wardina mengeluh lega. Langkahnya diatur mendekati Dania. ”Siapa tu?” tanya Dania sebaik saja nampak seorang lelaki yang berada tidak jauh dari Wardina.
”Tunang kau!” Dania terkejut.
”Lain kali la aku perkenalkan kat kau. Aku nak tengok tangan kau jap. Kau tak sakit ke?” Wardina terus melihat tapak tangan Dania. Berkerut dahi Wardina bila melihat luka di tapak tangan Dania. ”Dania, kau kena pergi hospital. Panjang luka kau ni.” Wardina risau.
”Tak ada apa-apa! Sikit saja.” Dania tersenyum. Dia tahu Wardina bimbang akan dirinya. Dania terkejut bila tiba-tiba saja tangannya dipegang. Hairi terus menarik tangan Dania agar mengikut langkahnya menuju ke kereta Dania. Dania hairan.
“Zaki, kau guna kereta aku hantar tunang kau balik. Aku nak bawa Dania ke hospital.” Kata Hairi sambil tangannya membuka pintu kereta Dania.
Zaki menganggukan kepalanya.
“Hospital! Saya tak apa-apa la.” Bulat mata Dania apabila mendengar kata-kata Hairi.
“Masuk! Aku kata masuk!” Hairi menolak Dania masuk ke dalam kereta. Dania terpinga-pinga dengan perangai Hairi.
Zaki memandang Wardina sebaik saja kereta mewah Dania berlalu meninggalkan mereka berdua. “He’s love her!” kata Zaki secara tiba-tiba.
“Baru nak tahu ke!” kata Wardina. Sejak tadi dia memerhati gelagat Hairi, dari raut wajah Hairi sudah terpancar kerisauan apabila Dania berlawan dengan lelaki yang berjaket hitam itu.
”Ni mereka semua ni, macam mana?” tanya Zaki menunjukkan ke arah beberapa orang lelaki yang sedang terbaring di jalan raya.
”Biar je lah. Jom balik.” Wardina terus memaut lengan tunanganya dan berjalan menuju ke kereta Hairi. Dania, aku harap kau bahagia. Wardina tersenyum.

6 comments:

::cHeeSeCaKe:: said...

hoho..caring nye hairi..
ganas tol si dania ni..
tp still suke watak die..
nak lg..!

sinichies_girl88 said...

cayalahhairi tu...
sweet gle..hehe
smbung lagi n lambat ag ke hbis cte ni..
heheh tak sabar...
harap dania selamat dari pyakit dia..
n bhagia sama ngn adik n hairi...
huuh

keSENGALan teserlah.. said...

cayalah dania..
ske cite nieh..
watak perempuan sume hebat2..
independant..
ngeeeeeee..
hairi2,,tak sedar diri da tersungkur at dania..
hehe..
smbung2 agy...

GOlDEn SaNd said...

dasat 2 dania..hebat r die..mcm kungfu lak.hehe sweet gler hairi n dania..hehe

Hana_aniz said...

walaweh... gempak seh!!
ah! suka giler kat dania!!
haa.. terbukak sket mata si hairi tu.. wakakaka..
cayalah!! nak lg writer!!
sweet la plak tgk si hairi tu risau giler kt dania.

nAtAsYa AzEmiLL said...

LILY cpat buat smbungan....nye.......ye
pstikan ending...nye..mnarik...eeeee

Post a Comment