Tuesday, December 1, 2009

Rahsia hati 21

Bab 21


Dania merenung tapak tangannya yang dibalut. Dia cuba menggengam tangannya perlahan-lahan. Sakit! Aduh…sakitnya. Semalam tidak fikir langsung masa bertindak. Sekarang ni, rasakan. Macam mana aku nak pegang pen ni. Banyak dokumen perlu ditandatangani. Disebabkan semalam, luka di tapak tangannya perlu dijahit kerana lukannya terlalu dalam dan panjang. Dania tiba-tiba teringat tentang perangai Hairi semalam. Pelik. Hairi tak bercakap pun dengannnya sepanjang perjalanan ke hospital hinggalah pulang ke rumah. Hairi hanya mendiamkan diri. Mungkin Hairi terkejut dengan kelakuan aku semalam kot. Baguslah macam tu, mungkin Hairi bersetuju untuk putus tunang dengan aku lebih cepat dari jangkaan aku. Dania tersenyum.
”Awal-awal pagi dah tersenyum! Ada apa-apa ke, Dania!” tegur Mak Munah bilam melihat Dania tersenyum seorang diri di meja makan. Mak Munah meletakkan segelas jus epal pada Dania.
“Tak ada apa-apa la, Mak Munah. Just happy!” Dania tersengih.
“Assalammualaikum….” Tiba-tiba saja ada orang memberi salam.
“Waalaikummussalam.” Jawab Dania dam Mak Munah serentak. Dania menoleh. Dia terkejut melihat lelaki yang berdiri tidak jauhnya. Dania macam tak percaya. Lelaki itu menghampiri mereka berdua.
“Maaf la sebab tak beritahu nak datang pagi ni! Dari luar lagi, dah dapat bau nasi lemak ni” kata Hairi tersenyum. Mata Hairi memandang tepat pada Dania yang sedang merenungnya.
“Encik ni siapa?” Mak Munah menoleh ke arah Dania. Siapa pulak lelaki ni? Terus saja masuk. Aku tak pernah jumpa lelaki ni pun, rasanya ini pertama kali aku nampak lelaki ni.
”Ooo....Dania terlupa nak kenalkan kat Mak Munah! Ini Hairi, tunang Dania.” Dania tersenyum dan memperkenalkan Mak Munah pada Hairi.
”O....Tuan Hairi rupanya!” kata Mak Munah. Handsome jugak tunang Dania ni. Memang sepadan la. Bagai pinang dibelah dua.
”Mak Munah tak payah la nak bertuan-tuan dengan saya, panggil Hairi cukup la. Rasa janggal pulak bila Mak Munah panggil macam tu. Hairi je!”
Dania menoleh ke arah Hairi. Aku ni tengah bermimpi ke? Lain macam je perangai Hairi ni tiba-tiba saja jadi peramah. Niii.....yang dia datang rumah aku awal-awal pagi ni, apa halnya?
”Baiklah, Hairi! Duduk la. Mak Munah pergi ambil pinggan kosong kat Hairi. Sekejap ye.” Mak Munah terus meningggalkan mereka berdua dan berjalan menuju ke dapur.
”Apa hajat awak datang ke rumah saya awal-awal pagi ni?” tanya Dania secara tiba-tiba.
”Saja!” jawab Hairi selamba. Matanya tepat memandang tangan kanan Dania yang berbalut. Hairi masih teringat lagi kejadian semalam. Semalam perempuan ni memang gila. Tak takut apa langsung.
Dania sedar Hairi sedang memandang balutan di tangannya. ”Ini sikit saja.” Dania menunjukkan tangannya yang berbalut. Hairi terkejut. ”Terima kasih sebab bawa saya ke hospital semalam. Dan ....maaf pasal kejadian semalam. Pasti awak terkejut kan! Sebenarnya untuk pengetahuan awak, saya ni bukannya jenis wanita yang lemah-lembut dan bersopan-santun yang awak pernah kenal selama ni. Itu sekadar lakonan saja. Semalam adalah perangai saya yang sebenarnya. Saya ni ganas dan kasar orangnya. Bab belasah orang dan pukul orang memang hobi saya.” Dania tersengih.
Hairi pun turut sama tersengih. ”Oooo...ya ke!”
”Pasti awak tak nak bakal isteri awak macam saya kan? Kasar dan ganas. Lagi satu, saya sebenarnya tak tahu memasak. Nak masak nasi pun saya tak tahu. Nak masak makanan lain, jangan harap la. Sejak kecil Mak Munah yang selalu masak kat saya, maklumlah orang macam kita ni mana ada class kalau masuk dapur kan!” Dania bercerita lagi. Apa lagi keburukan aku yang aku nak beritahu mamat ni? Lagi banyak lagi bagus. Cepat la dia meluat dan benci aku! Lepas tu putus tunang. Apa lagi ya....! Dania berfikir.
”Kau tak tahu memasak?” Hairi terkejut. Bulat matanya merenung wanita yang berbaju kurung Pahang berwarna oren.
”Ya. Kalau awak nak tahu lagi, saya ni .....” Belum sempat Dania ingin menceritakan keburukkannya, Mak Munah datang. Dania terdiam.
”Makanlah, Hairi!” Mak Munah meletakkan pinggan kosong pada Hairi.
”Terima Kasih, Mak Munah!” ucap Hairi tersenyum.
Dania memerhati gelagat Hairi. Berbudi bahasa pulak mamat ni. Pelik.
”Ni .....kuih karipap daging dan kuih keria yang Dania buat. Hairi, rasalah. Sedap!” Mak Munah meletakkan pinggan yang berisi kuih karipap dan kuih keria pada Hairi. Bulat mata Dania melihat kuih yang dibuatnya semalam.
”Dania masak!” Hairi terkejut. Dia melihat ke arah Dania. Dania berpura-pura tak faham dengan maksud pandangan Hairi terhadapnya. Dania menyambung kembali makan. Dania buat selamba saja.
”Ya. Dania ni pandai masak. Dia tak macam anak orang kaya yang lain asyik mengarah orang saja. Dania ni, semuanya dia buat sendiri. Hairi, cakap saja nak makan apa? Semua Dania boleh buat. Nasi ayam, nasi berani, nasi dagang, mi kari dan macam-macam lagi la. Bertuah kalau Hairi dapat Dania ni.” puji Mak Munah.Dia bangga dengan Dania.
Dania menundukkan kepalanya. Habis...habis la plan aku. Mak Munah ni!
”Oooo...ya ke!” Hairi tersengih. Ooo....kau tipu aku ye! Hampir saja aku percaya cakap kau tadi, Dania. Sekarang aku dah faham plan kau! Kau nak aku benci dengan kau bila tahu segala keburukkan tentang kau kan! Cerdik betul otak dia ni. Hairi tiba-tiba ketawa.
Mak Munah hairan. Dania melihat ke arah Hairi bila Hairi ketawa. Dah gila ke mamat ni?
”Hairi, tak apa-apa ke?” tanya Mak Munah dengan pandangan yang pelik.
”Tak ada apa-apa, Mak Munah.” Hairi tersenyum. Mata Hairi tepat merenung Dania. Dania terus melirik matanya ke arah lain. Ooo...takut la tu, terkantoi! Bila melihat air muka Dania berubah sebaik saja mendengar kata-kata Mak Munah, memang lucu.
”Kalau begitu, Hairi makanlah. Jangan malu-malu. Mak Munah nak ke dapur jap. Ada kerja tak siap lagi.” kata Mak Munah sebelum meninggalkan mereka berdua di ruang makan.
”So ....kau ni memang tahu memasak la ye!” kata Hairi sebaik saja Mak Munah tiada di situ.
”Sikit saja.” jawab Dania. Nak berbohong dah tak boleh. Aduh...macam mana ni! Pening kepalanya dibuatnya. Aku perlu lakukan sesuatu agar Hairi cepat setuju untuk putuskan pertunangan ni.
”So pasal pertunangan kita ni!” kata Hairi secara tiba-tiba. Bila mendengar kata-kata Hairi, Dania terus memandang tepat pada Hairi. Itulah perkara yang ingin didengarnya.
”Hmm....aku dah buat keputusan. Kita .......kahwin bulan depan!” kata Hairi secara tiba-tiba.
”Apa!” Dania terkejut dengan keputusan Hairi. Bulat matanya merenung lelaki yang berkot hitam itu. Bulan depan! Aku silap dengar ke ni! ”Boleh awak ulang sekali lagi?” Terketat-ketar suara Dania. Hatinya berdebar-debar. Mungkin aku salah dengar kot. Dania cuba menyedapkan hatinya.
”We get married next month. Aku dah beritahu atuk aku dan atuk kau tentang perkara ni. Mereka gembira bila mendengar tentang berita ni. So awak buatlah persiapan sekarang. You will be my wife next month.” Hairi tersengih dan bangun. Tangan Hairi mencapai kuih karipap yang dibuat oleh Dania.
Dania mengetap bibirnya menahan geram. Matanya tepat merenung Hairi. Dah gila ke mamat ni? Tiba-tiba nak kahwin dengan aku.Dah kena sampuk ke? Tak boleh jadi ni. Aku kena lakukan sesuatu.
“So ….you should be lucky because I choose you to be my wife.” Hairi mengenyitkan matanya pada Dania yang sedang merenungnya. Hairi terus makan kuih karipap yang diambilnya tadi. “Sedap! Untuk pengetahuan kau, aku suka makan laksa penang.” Kata Hairi sebelum melangkah meninggalkan Dania yang masih diam membisu.
Dania menggengam erat tangannya. Geram dan marah. Mamat ni memang sengaja nak sakitkan hati aku. “Baiklah. Hairi, aku akan pastikan perkahwinan ni takkan berlaku. Jangan harap la aku akan kahwin dengan kau.” Tegas Dania. Apa plan aku selepas ni? Dania berfikir. Masa dah suntuk. Bulan depan nak kahwin. Giler! Tiba-tiba saja pandangan mata Dania kabur. Sakit di kepalanya mula terasa. Dania memejamkan matanya. Dania menundukkan kepalanya. Tangannya terketar-ketar mencapai beg tangan yang berada di atas meja. Perlahan-lahan Dania mengambil botol ubat dan membukanya. Sebaik saja botol itu dibuka, Dania terus makan pil ubat itu. Dania mengenggam erat botol ubat itu. Kenapa? Sakitnya semakin menjadi-jadi sekarang ni. Perlahan-lahan Dania membuka matanya. Botol ubat di tangannya direnung.

*************************************

Daniel membetulkan topi yang dipakainya. Daniel menoleh ke kiri dan kanan. Ramainya orang. Ingatkan hari biasa orang tak ramai. Hmm...nak beri hadiah apa kat kakak ye? Kalau tak bagi mesti dia akan membebel tak henti-henti. Atuk? Nak beli ke hadiah kat atuk? Kalau aku bagi kat atuk, ada saja yang tak kena. Nak beli ke tak? Daniel mengeluh. Daniel terkejut bila dia terlanggar seseorang.
”Sorry!” kata Daniel.
”Daniel!” kata Halina secara tiba-tiba. Halina terkejut bila orang yang melanggarnya adalah Daniel.
”Lina!” Daniel terkejut bila Halina menegurnya. Senyuman tiba-tiba terukir di bibirnya Daniel. Kenapa hatinya tiba-tiba riang bila melihat kelibat wanita ini?
”What’s you doing here?” tanya Halina. Tak sangka dapat jumpa lelaki ni lagi.
”Buy something and you?” tanya Daniel. Matanya tepat merenung wanita yang memakai mafela berwarna merah jambu itu.
“Sama jugak. Nak beli cenderahati sebelum balik ke Malaysia.”
“Seorang saja?”
“Ya la. Awak ada nampak orang lain selain saya ke?” Halina ketawa.
”Mana nak tahu. Kalau awak bawa boyfriend ke?”
”Awak ni ada-ada saja la. Apa kata awak teman saya shopping kat sini? Lagipun tujuan awak ke jalan Myeong-dong sama macam saya kan! Shopping seorang tak best la.” ajak Halina.
”Itu betul. Itulah kata-kata yang saya nak dengar dari mulut awak. Shall we?” kata Daniel tersenyum.
Halina ketawa kecil. Kenapa hatinya begitu riang bila berjumpa dengan lelaki ini. Walaupun mereka hanya pertama kali berkenalan tapi rasanya seolah-olah sudah lama mereka berkenalan. Dirinya berasa selesa apabila berasa lelaki ini tetapi aku rasa macam pernah jumpa saja lelaki ni. Di mana? Halina menoleh ke arah Daniel yang berjalan seiringan dengannya.

**********************************

Satu tamparan hinggap pipi Shiela. Shiela tergamam dengan tindakan papanya. Tiba-tiba saja terus menamparnya tanpa sebarang kata. Johari merenung anak tunggalnya seolah-olah ingin menelannya hidup-hidup. ”Papa ni, kenapa?” jerit Shiela sambil tangannya kanannya memegang pipi kanannya yang masih pedih akibat tamparan papanya.
”Kau ....kau...memang anak tak guna.” jerit Johari secara tiba-tiba. Beberapa helai kertas yang berada di tangannya digenggam erat. Matanya merah menyala menahan marah.
Bulat mata Shiela bila mendengar kata-kata papanya. Kenapa pula papa tiba-tiba naik angin awal-awal pagi ni.
”Papa hantar Shiela ke luar negara untuk belajar bukannya berfoya-foya dengan jantan. Ni....ni...kau tengok ni.” Johari membaling kertas-kertas yang berada di tangannya ke arah anaknya.
Shiela terkejut. Dia terus mengutip kertas terkejut. Wajahnya berubah pucat apabila membaca isi kandungan kertas tersebut. Tangannya terketar-ketar. Perlahan-lahan Shiela menatap wajah papanya yang masih merenungnya
”Dua kali kau gugurkan anak!”
Air mata Shiela mula mengalir. Rahsia yang selama ini disimpannya dari pengetahuan papanya telah terbongkar. Lidah Shiela menjadi kelu. Dia tahu papanya pasti marah dengannya sekarang.
”Anak siapa kau kandungkan, hah!” jerit Johari lagi. Dia tak sangka anaknya sebegini rupa. Dia tahu Shiela suka bersosial tetapi tidaklah sampai mengandung dan sanggup gugurkan anak. Ini di luar jangkaannya. Pagi tadi sebelum dia pergi ke pejabat, dia terkejut apabila menerima sampul surat yang berwarna merah. Dia terkejut apabila membaca kertas yang berada di dalam surat itu. Perkara yang benar-benar akan memalukan dirinya.
”Pa....papa.....Shiela...Shiela...sebenarnya....” Tergagap-gagap Shiela bila bersuara. Dia takut. Wajah papanya sekarang amat menakutkan.
”Apa! Kau tahu tak apa akibatnya kalau perkara ni sampai ke pengetahuan media? Kau tahu tak?” jerit Johari lagi. Nafasnya turun naik. ”Mana papa nak letak muka papa ni? Masa kau buat perkara tu kau tak pernah ke terfikir akibatnya pada keluarga kita. Kau ni memang bodoh!”
” Papa! Jangan nak hina Shiela.” marah Shiela. Hatinya panas sebaik saja mendengar perkataan bodoh yang keluar dari bibir papanya. Maruahnya tercabar kalau ada orang cuba menghinanya. ”Papa ingat papa baik sangat. Ingat Shiela tak tahu, apa yang papa lakukan pada perempuan simpanan papa yang telah mengandung anak papa. Papa pun sama saja.”
”Budak ni!” Johari geram bila Shiela melawan cakapnya. Matanya bulat merenung Shiela yang berada di hadapannya. Ikutkan hati mahu saja ditamparnya lagi budak ni. Aku pulak dikatanya. Tiba-tiba telefon bimbit Johari berbunyi, Johari mengeluh kuat. Siapa pulak yang telefon aku ni?
”Hello!” jawab Johari kasar.
”Assalammualaikum.”
Johari terdiam seketika sebaik saja mendengar suara tersebut. Dia kenal benar dengan pemilik suara itu. Wajah berubah.”Kau nak apa?”
”Uncle tahu kan sebabnya. Tak payah la Dania nak berterus-terang lagi.” Dania tersenyum. Langkah Dania diatur menuju ke taman botani kecil yang berdekatan dengan syarikatnya. Ali dan Zamri mengekori Dania tanpa soal.
”Kau ni memang perempuan jahat! Hipokrit. Apa kau nak dari aku, hah? Apa yang aku dah buat kat kau, Dania!” jerkah Johari.
Shiela terkejut bila nama Dania disebut. Dia sudah dapat meneka kenapa papanya tiba-tiba naik angin. Hanya Kak Dania seorang saja yang dapat menaikkan kemarahan papanya.
Dania ketawa. ”Uncle tentu tahu apa yang anak kesayangan Uncle telah lakukan. Dania tahu Uncle lebih memahami perangai Dania, kan! Uncle tahu kan, sesiapa yang berani cari pasal dengan Dania, takkan Dania lepaskan begitu saja.”
”Jadi kau nak apa, Dania?” Johari tahu apa yang dilakukan oleh Shiela. Johari menoleh ke arah Shiela. Bodoh betul anak aku ni! Asyik ikutkan perasaan saja. Aku masak benar dengan perangai Dania. Pasti dia inginkan sesuatu sebagai balasan.
”Bijak la Uncle ni! Faham-faham saja apa yang Dania nak. Hmmm....kalau Uncle tak nak perkara ni tersebar, kawal anak kesayangan Uncle baik-baik. Jangan biar dia kacau hidup Daniel lagi. Dania tak nak lihat Shiela berjumpa dengan Daniel. Jika Dania nampak Shiela masih ganggu hidup Daniel lagi, Uncle pasti tahu apa akibatnya. So do you accept my offer or not?”
Johari mengeluh kuat. Dia terpaksa akur dengan permintaan Dania tetapi pada masa yang sama dia sedar bukan senang untuk mengawal Shiela. Degil dan tak dengar cakap orang.”Baiklah.”
”Allright. Settle. Bye! Have a nice day!” kata Dania sebelum menamatkan perbualan mereka berdua. Senyuman terukir di bibir Dania. Settle satu masalah. Hairi! Mamat tu memang sengaja nak cabar aku. Baiklah, kau tunggu dan lihat la apa aku nak buat kat kau.
“Papa! Kak Dania ke?” Tanya Shiela sebaik saja melihat papanya memasukkan telefon bimbit di dalam poket seluar.
“Ya la. Siapa lagi kalau bukan Dania. Kau ingat Daniel ke?” perli Johari. Geram rasanya bila mengingatkan ugutan Dania sebentar tadi.
”Apa Kak Dania nak lagi? Shiela tahu semua ni kerja Kak Dania. Perempuan tu memang gila.” kutuk Shiela. Bila dengar nama Kak Dania saja, terus saja darah dia naik. Perempuan tu memang pembawa masalah.
“Hey, dengar sini. Disebabkan tindakan kau yang bodoh tu, papa jugak yang kena tempiasnya. Lain kali kalau nak bertindak pakai otak, bukan lutut. Papa nak kau dengar sini baik-baik, mulai hari ini kau dilarang berjumpa dengan Daniel lagi dan papa akan upah pengawal peribadi untuk mengawal kau dari berjumpa dengan Daniel.Selepas balik kerja, kau terus balik ke rumah. Kau tak boleh berparti lagi dengan member-member kau. Ini hukuman yang terpaksa kau terima. Suka atau tak, kau tetap kena terima. Jika tak jangan harap la satu sen pun duit papa nak bagi kat kau.” perintah Johari.
”Apa! Jangan jumpa Abang Daniel lagi. Ini mesti kerja Kak Dania. Dia ingat Shiela akan ikut cakap dia. Jangan harap la, Abang Daniel tetap akan jadi milik Shiela.” Shiela meninggikan suaranya. Kenapa Kak Dania mesti campur dalam urusan aku? Kenapa? Aku tak boleh biarkan.
”Jadi kau nak la Daniel tahu tentang perkara ni !” Johari merampas kertas yang berada di tangan Shiela dan menunjukkan isi kandungan surat tersebut.
Shiela terdiam. Kata-kata papanya ada betul juga. Jika Abang Daniel tahu perkara ni, pasti Abang Daniel akan membencinya. Ini tak boleh berlaku. Matanya meliar melihat ke pelbagai sudut seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

*****************************

”So, kenapa awak datang ke Korea?” tanya Halina.
”Melancong sambil melawat sahabat baik kat sini. Lama tak jumpa dia. Awak?” jawab Daniel sambil melihat kerongsang yang berada di kedai hiasan itu. Cantik! Tak tahu mana satu nak beli ni!
“Sengaja ziarah kak sepupu kat sini. Dah banyak kali dia ajak tetapi terpaksa tolak sebab time tu masih belajar lagi. Tapi bila dah abis belajar teringat pulak nak datang ke sini. Rehatkan fikiran dulu sebelum memasuki alam perkerjaan.” Halina tersengih. Dia melihat ke arah Daniel yang begitu asyik melihat kerongsang yang dijual di situ. Halina mendekati Daniel.
”So awak dah apply kerja ke?” Tanya Daniel.
“Dah. Sebelum datang ke sini, saya dah isi borang. Tunggu reply dari syarikat tu saja.” jawab Halina yang berdiri di sisi Daniel.
”Kat mana awak minta kerja?”
”Stesen TV Global Bersatu. Itu pilihan utama saya. Saya nak bekerja di situ. Saya nak menjadi penyampai berita. Itu cita-cita saya.” beritahu Halina dengan panjang lebar.
”Apa!” Daniel terkejut dan menoleh ke arah Halina yang berdiri di sebelahnya. GBTVS! Itu stesen TV milik Global Bersatu.
”Kenapa?” Halina terkejut dengan reaksi Daniel. Aku salah sebut ke?
”Tak ada apa-apa. Bagus la macam tu.” Daniel tersengih.
”Awak masih belajar atau bekerja?” tanya Halina. Dia ingin tahu tentang lelaki ini. Lelaki ni tak banyak menceritakan tentang dirinya.
”Kerja.”
”Kat mana?”
Daniel terkejut. Alamak ....aku tak boleh beritahu Lina, siapa aku yang sebenarnya. Nanti mesti dia tak nak kawan dengan aku lagi. Terpaksa la kelentong. ”Bodyguard!” tiba-tiba saja perkataan itu keluar dari mulut Daniel.
”Bodyguard!” Halina terkejut besar. Tengok dari gaya Daniel tak macam bodyguard pun. Macam orang kaya saja. Betul ke?
”Ya...Ya....!” Daniel mengiyakannya. Bodyguard! Aduh....macam mana aku boleh terlepas cakap ni. Dalam banyak-banyak perkerjaan kat dunia ni, bodyguard yang aku pilih. Hish...mulut aku ni main cakap saja.
Dahi Halina berkerut. Dia masih tak percaya.
”Kenapa? Awak ingat saya anak orang kaya ke?” tanya Daniel.
”Tengok dari gaya awak memang la macam anak orang kaya tetapi ...bila awak cakap awak kerja bodyguard macam tak logik saja.” kata Halina melihat Daniel dari atas dan bawah. Pakaian lelaki ni dari atas ke bawah semuanya pakaian yang berjenama.
”Ni semua .....pakaian kawan saya. Saya pinjam. Masa saya tiba kat sini, beg pakaian saya kena curi. Jadi terpaksa la, saya pinjam baju kawan saya. Kenapa? Awak kesal ke berkawan dengan orang miskin macam saya.” sayu saja suara Daniel.
”Bukan itu maksud saya! Jangan salah faham, Daniel. Kaya ke miskin ke? Semua orang saya kawan. Asalkan orang itu ikhlas dan jujur berkawan dengan saya, saya terima mereka dengan seadanya.” Halina cuba mengambil hati Daniel. Dia tak nak sahabat baru yang dikenali kecil hati. Mata Halina tepat merenung wajah Daniel yang bermasam muka secara tiba-tiba.
”Daniel!” panggil Halina. Risau jugak bila tiada reaksi dari Daniel. Alamak...dia betul-betul kecik hati kat aku ke?
Daniel ketawa secara tiba-tiba. Dia sudah tak dapat menahan lagi. Dia sengaja berpura-pura merajuk tetapi bila melihat air muka Halina, dia sudah tak dapat menahannya lagi. Lucu!
”Awak ni sengaja permainkan saya?” Halina terus mencubit lengan Daniel.Geram!
”Aduhh....sakitnya. Bisa betul.” Daniel menggosok lengannya yang dicubit.
”Aaa....orang serius, dia main-main pulak. Hmm....dari tadi awak asyik tengok kerongsang tu saja, kalau suka beli saja la. Untuk yang teristimewa ke?” usik Halina.
”Ya. Wanita yang sangat penting dalam hidup saja. Hmm...cantik-cantik la. Saya tak tahu nak pilih yang mana satu. Apa kata awak pilih bagi pihak saya?”
”Hish...mana boleh! Awak kan nak bagi kat girlfriend awak. Mana boleh saya pilih bagi pihak awak?”
”Girlfriend? Bukan la....Awak ni dah salah faham la. Ni untuk kakak saya la.” Daniel ketawa.
”Kakak?” Halina tak percaya.
”Ya! Dia tu cerewet sikit. Awak kan perempuan, awak mesti tahu taste perempuan macam mana.”
”Hmmm...kalau macam tu, kerongsang berbentuk bunga rose tu cantik!” Halina menunjukkan kerongsang merah yang berbentuk bunga ros.
”Nice! I’ll like it.” kata Daniel tersenyum. Dia setuju dengan pilihan Halina. Kerongsang tu memang cantik. “Can I look this one?” Tanya Daniel pada pekerja kedai itu.
Pekerja itu menunjukkan keronsang itu pada Daniel. Halina melihat telatah Daniel yang sedang memerhati kerongsang itu. ”Kalau awak tak ada duit, awak boleh pinjam duit saya dulu.” kata Halina secara tiba-tiba. Mungkin Daniel ada masalah bila melihat harga kerongsang. Harganya mahal.
Daniel ketawa secara tiba-tiba bila mendengar kata-kata Halina. Geli hati betul. Aku ni memang nampak macam tak ada duit sangat ke?
Halina membuat mimik muka. Dia hairan. Soalan aku tadi lucu sangat ke?

3 comments:

::cHeeSeCaKe:: said...

hohoho..akhirnya ade gak..
smbung2..jgnla bg dania mati..
nk die hidup ngn hairi n daniel..
lawak la daniel ni..byk2 keje..bodyguard gak yg die pilih..ehehe..

Hana_aniz said...

btol.. jgn la bg dania mati..
watak dia plg bez dlm citer ni..
klo x de watak dia.. tak bez da..
biarla dia bahagia dgn hairi.
mesti romantik giler!!
hohohoh,,
nak lagi lily!!

keSENGALan teserlah.. said...

sokong2..
kasi miracle happen la kat dania..
bia dye hidop lme..
huu..nk hairi bhgia kan die..
ngeeeee..smbung2..

Post a Comment