Friday, December 4, 2009

Rahsia hati 22

Bab 22

“Suria! Pagi ni saya nak awak cancel semua temujanji saya. Saya ada hal.” Kata Dania sebaik saja masuk ke dalam bilik pejabatnya. Wajahnya serius. Ada sesuatu yang sedang mengganggu fikirannya.
“Baiklah.” Kata Suria mengekori Dania masuk ke biliknya. “Aaa…Cik Muda, Tan Sri suruh saya beritahu Cik Muda yang malam ni Dato’ Razali ajak Cik Muda makan malam bersama dengan keluarganya.”
“Malam ni!” Dania terkejut. Cepat betul Si Hairi ni bertindak. Ok, dia nak sangat cabar aku. Ingat aku takut! Baiklah, malam ni aku nak tengok apa plan kau. Senyuman tiba-tiba terukir di bibir Dania. Semakin menarik!
“Cik Muda….!” Suria hairan bila Dania tersenyum seorang diri. Entah apa yang difikirkan oleh majikannya itu.
”Ya, Suria!” Dania menoleh apabila Suria memanggil namanya.
”Tan Sri nak saya beritahu Cik Muda, kalau Cik Muda tak datang malam ni. Tan Sri akan bawa Tuan Muda balik.” Suria menyampaikan pesanan Tan Sri Daud kepada Dania.
Dania ketawa. ”Nak bawa Daniel balik? Atuk ni kalau nak ugut pun, cari la alasan lain.” Geli hatinya bila mendengar ugutan atuknya. Macam la aku tak tahu sampai sekarang atuk tak dapat menjejaki di mana Daniel berada. Lagi 3 minggu, Daniel akan balik. Sudah tiba masanya Daniel pulang. ”Hmm...Suria, saya lihat kebelakangan ni atuk saya sering menghubungi awak. Nampaknya atuk benar-benar merajuk dengan saya.”
Dania tahu atuknya marah padanya disebabkan terlibat sama dalam kehilangan Daniel. Sudah sebulan atuk tak bercakap dengan aku. Dah mula la tu isytiharkan perang dingin. Kalau nak sampaikan sesuatu kat aku mesti Suria yang akan jadi orang tengah. Atuk....atuk! Dania tak pernah terasa hati dengan kelakuan atuknya. Dia sudah biasa. Dah lali pun.
Suria tersenyum. Dia faham sangat dengan perangai Dania. Majikannya bukannya seorang yang sensitif. Suria senang bekerja dengan Dania. Sepanjang dia bekerja dengan Dania, tak pernah sekalipun Dania meninggikan suara padanya. Jika ada dia buat salah pun, Dania akan menegurnya dengan lembut. Tak macam Tan Sri Daud, jika ada pekerjanya yang buat salah terus dimarahinya tanpa menghiraukan perasaan orang lain. Sebab itu Suria suka bekerja dengan Dania. ”Aaa....kalau begitu Cik Muda, saya keluar dulu.” kata Suria terus keluar. Selepas Suria keluar, Ali terus mendekati Dania.
”Cik Muda, saya rasa Tuan Muda perlu pulang segera. Dah lama Tuan Muda berada di sana. Semakin lama Tuan Muda berada jauh dari perhatian kita, risikonya semakin tinggi. Saya dapat tahu yang Mansur telah minta bantuan rakan kongsi gelapnya di luar negara untuk mencari Tuan Muda sebab mereka rasa Tuan Muda berada di luar negara. ” Ali menyuarakan kerisauannya.
Dania mengeluh. Sebenarnya dia juga bimbang tetapi dia sudah berjanji dengan Daniel. ”Saya dah berjanji dengan Daniel, Ali. Saya kena tepatinya. Lagi 3 minggu Daniel akan balik, jangan risau. Tiada apa-apa yang akan terjadi pada Daniel.”
”Cik Muda, nak saya hantarkan anak buah saya untuk lindungi Tuan Muda?” tanya Ali.
”Jangan! Saya tahu sekarang ni pasti setiap pergerakkan kita diawasi oleh konco-konco Mansur. Saya tak nak kita tersilap langkah. Selagi kita tak lakukan apa-apa, mereka takkan tahu.”
”Baiklah!” Ali akur dengan arahan Dania.
”Murni?” tanya Dania secara tiba-tiba.
”Murni masih cuba mengesan dia, Cik Muda.” Jawab Ali. Matanya tepat merenung dahi Dania yang berkerut.
“Ilmu apa yang dia pakai sampai susah sangat nak kesan dia?” Dania terus menghempaskan badannya pada sofa. Dah lama dia mencari lelaki itu tetapi ada saja halangannya. “Hmm....Ali, kamu boleh keluar. Saya nak rehat sekejap.” Dania memejamkan matanya.
“Cik Muda sakit ke?” tanya Ali. Hatinya tiba-tiba bimbang.
Dania tersenyum. Dia masih memejamkan matanya. “Saya ok, Ali! Jangan bimbang.”
”Tangan Cik Muda?” tanya Ali lagi. Dia rasa bersalah kerana membiarkan Dania keluar seorangan semalam. Jika aku ada semalam, pasti Cik Muda selamat. Matanya tepat merenung tangan Dania yang berbalut.
“It’s Ok, Ali. Saya tak apa-apa. Jangan salahkan diri kamu, hal ni tak ada kena-mengena dengan kamu pun. Benda yang akan terjadi, akan terjadi juga. So, don’t worry about.”
“Baiklah. Kalau begitu saya keluar dulu, Cik Muda berehat la.” Ali meminta diri dan terus meninggalkan Dania seorang diri. Sebaik saja Ali keluar, Dania membuka matanya. Apa yang didengarnya 15 tahun yang lepas telah mengubah hidupnya. Setiap perkataan yang didengarinya pada hari itu masih segar dalam ingatannya.
“Mak Munah! Ada nampak Uncle Johari tak? Atuk nak jumpa.” Tanya Dania pada Mak Munah yang sedang menyimpan pinggan dan mangkuk yang telah digunakan untuk majlis tahlil arwah ibu bapanya.
“Rasanya tadi Mak Munah nampak Tuan Johari kat atas. Cuba Dania cari kat atas.” beritahu Mak Munah sambil tersenyum.
”Terima kasih, Mak Munah.” Dania membalas senyuman Mak Munah. Dania terus mengatur langkahnya ke tingkat atas. Semua orang yang menghadiri majlis tahlil arwah ibu bapanya sudah balik. Mata Dania melirik ke pelbagai sudut mencari kelibat pak ciknya. Langkahnya terhenti apabila mendengar suara seseorang yang sedang berbual.
”Hey, Mansur! Kan aku dah cakap, sepatutnya kau bunuh saja Sufian tu. Aku tak nak seorang pun yang terlibat dalam hal ni hidup. Jika tak habis kita.” marah Johari.
”Eh, Johari! Boleh tak kau slow sikit suara kau tu? Kau sedar tak sekarang ni kita berada di mana? Kau ni tak ada otak ke? Kau nak semua orang tahu yang kita yang menyebabkan kematian Alif dan Mardiyah.” giliran Mansur pula yang memarahi Johari.
”Kau tu yang tak ada otak. Sufian tu tak boleh harap. Kalau dia buka mulut saja, habis la kita semua. Kau nak meringkuk dalam penjara. Kau sepatutnya bunuh dia hari tu.” Johari masih tak puas hati. Dia takut kalau rahsianya terbongkar.
”Kau nak salahkan aku pulak! Mana aku nak tahu, Sufian tu cerdik jugak. Dia sedar yang kita nak bunuh dia sebab itu awal-awal lagi dia cabut lari. Tapi kau jangan risau aku dah suruh orang-orang aku cari Sufian sampai dapat. Sekarang ni apa plan kau? Anak-anak Alif masih hidup. Walaupun kita dah berjaya bunuh Alif dan Mardiyah, mereka bukan lagi penghalang kita tetapi Dania dan Daniel masih lagi menjadi masalah besar pada kita. Mereka akan mewarisi segala yang kau idamkan selama ni. Harta Tan Sri Daud dan juga Global Bersatu. Kan senang kalau budak-budak tu ikut sama mampus macam mak bapa mereka. Tak la menyusahkan sekarang. Kita bunuh saja budak berdua tu.” Mansur mengetap bibirnya. Geram betul bila apa yang dirancangnya tidak menjadi. Macam mana Dania dan Daniel tidak ikut sama Alif dan Mardiyah pada waktu tu?
”Kau dah gila! Kau ingat Pak Ngah aku tu bodoh. Dia dah syak, kau tahu tak! Kemalangan yang berlaku ni, dia dah mula curigai aku. Kalau kita bunuh Dania dan Daniel sekarang, itu kerja gila namanya. Kau nampak tak tadi, dari tadi Pak Ngah aku asyik perhatikan gerak-geri aku saja.” Bulat mata Johari bila mendengar kata-kata sahabatnya itu. Sekarang bukan masa yang sesuai.
”So apa kita nak buat sekarang? Kau nak tunggu mereka berdua dah besar baru nak bunuh mereka.”
”Kau ni bersabar la dulu. Dania baru 12 tahun. Daniel pulak 10 tahun. Mereka takkan jadi masalah kat kita. Lagipun kalau kita bunuh mereka sekarang, kita jugak yang susah nanti. Kita biarkan dulu. Biar perkara ni reda dahulu, selepas tu kita fikir plan seterusnya. Yang penting sekarang adalah Sufian. Kau kena cari dia sampai dapat.” Johari mengetap bibirnya. Perkara yang merungsingkan fikirannya adalah Sufian. Walaubagaimanapun, Sufian perlu lenyap dari muka bumi ini.
”Baiklah.” Mansur setuju dengan keputusan Johari.
Mereka berdua tidak sedar bahawa percakapan mereka jelas didengari oleh Dania yang berada tidak jauh dari mereka. Air mata Dania mengalir. Dania menekup mulutnya agar tangisannya tidak didengari. Apa yang didengarinya sebentar tadi seperti halilintar yang memanah ke arahnya. Jantungnya berdegup kencang. Kakinya kaku untuk melangkah. Tangan Dania terketar-ketar. Mereka...mereka bunuh papa dan mama! Dania menoleh ke arah mereka berdua yang masih berbual. Nafas Dania turun naik. Selepas kejadian hari itu, Dania mengurungkan dirinya selama 2 hari di dalam bilik. Apa yang didengarinya adalah di luar jangkaannya. Selama dia mengurungkan diri di dalam bilik, Dania sudah berfikir semasak-masaknya. Dia takkan biarkan perkara ni begitu saja. Dia perlu matang dan kuatkan semangat. Dania telah bertekad walauapa yang terjadi dia akan melindungi Daniel dan orang yang memusnahkan kebahagian keluarganya akan menerima balasannya. Itulah apa yang dipegangnya selama ini untuk terus hidup sehinggalah sekarang.

***************************

”Baru balik?” tanya Fazliah sebaik saja Halina menutup pintu rumah. Fazliah meletakkan buku yang dibacanya di atas meja.
”Ya.” Halina tersenyum lebar
”Senyuman macam ni la, kak nak tengok. Hari-hari mesti senyum. Jangan masam muka. Tadi kak dengar macam bunyi kereta saja, Lina balik naik teksi ke?”
Halina terus melabuhkan punggung di sofa yang berhadapan dengan Fazlilah. ”Kawan yang hantarkan!”
”Kawan!” Fazilah terkejut. Kawan? Bila pulak Lina ada kawan kat sini?
”Lina baru saja berkenalan dengan dia. Kebetulan hari tu, dia terlanggar Lina. Lepas tu tak sangka pulak hari ni jumpa dengan dia lagi.”
”Lelaki ke?” teka Fazliah.
”Macam mana Kak Faz tahu?” tanya Halina hairan.
”Alah....tengok dari riak wajah Lina dah tahu. Baguslah...lupakanlah Si Rizal tu.” kata Fazilah selamba saja. Dia dah dapat agak. Hari ni Lina nampak lain dari hari yang biasa.
Halina terkejut bila mendengar kata-kata kakak sepupunya. Matanya tepat merenung wanita yang duduk bertentangan dengannya. ”Macam ...macam Kak Faz tahu?” Suara Halina terketar-ketar.
Fazilah tersenyum. ”Kita kan membesar bersama, takkan kak tak tahu siapa Rizal di hati Lina. I know you love him. Lagipun dia letak gambar dia dan perempuan di facebook, bukan main mesra lagi. Banyak jugak gambar Si Rizal dan perempuan. Macam nak announce satu dunia yang mereka ni couple. Pergi blah la.” Kata Fazilah. Naik geram rasanya bila teringatkan Rizal. Perempuan baik kat depan mata tak nampak, yang jahat nak mampus yang dipilihnya. Bodoh!
Air muka Halina berubah sebaik saja mendengar kata-kata Fazilah.
”Lina, apa yang berlaku jadikanlah ia sebagai pengalaman. First love tidak semestinya akan berakhir ke gerbang perkahwinan. So chill out, banyak lelaki kat dunia ni lagi. Ala ...orang cantik macam Lina pasti ada orang nak. Hmmm..jangan fikirkan sangat tentang Si Rizal tu. Tujuan Lina datang sini pun nak bercuti kan, so bercuti la. Happy, ok! Hujung minggu ni, kak bawa Lina berjalan-jalan.”
”Aaaa....sebenarnya Lina dah janji dengan Daniel. Kami nak pergi ke Lotte Worlds ari Ahad ni. Maaf ya, kak! Hari sabtu la, kita pergi jalan-jalan. Boleh tak?” Lina tersenyum. Sebentar tadi, Daniel ada ajak dia pergi ke Lotte World. bersama.
“Daniel? Orang korea ke?” tanya Fazilah. Wajahnya tiba-tinba berubah. Perasaan bimbang mula timbul di hatinya. Biar betul Lina nak keluar dengan orang yang baru kenal. Hish...tak boleh jadi ni!
”Tak la, orang Melayu. Dia datang sini sebab nak jumpa kawan dia yang bekerja kat sini.” beritahu Halina. Dia sedar akan perubahan wajah kakak sepupunya.
”Oooo....tapi Lina kan baru kenal dengan dia. Jangan cepat sangat percaya kat orang. Kat dunia ni, ada macam-macam jenis orang. Muka nampak baik tapi sebaliknya hati tu busuk. Jangan la keluar dengan dia. Kalau mak Lina tahu pasal ni mesti, kak kena marah.” Fazilah membetulkan kedudukkannya. Risau! Dia tak nak sesuatu terjadi kat adik sepupunya. Sekarang ni mereka buka berada di Malaysia, ini negara orang. Macam-macam boleh jadi.
”Kak Faz ni! Daniel baik. Apa kata kalau esok Kak Faz ikut sekali ? Boleh la Kak Faz berkenalan dengan Daniel. He’s nice guy. Jom la.” ajak Dania.
”Baiklah...Selepas kak jumpa Si Daniel tu, biar kak buat keputusan sama ada Lina boleh jumpa dengan Daniel atau tak. Apa saja keputusan kak, Lina kena ikut! Understood!” tegas Fazilah.
”OK!” Halina menggelengkan kepalanya melihat gelagat Fazilah. Pasti esok, Kak Faz mesti tergamam bila lihat Daniel. Mana taknya semua ciri-ciri lelaki idaman Kak Faz ada pada Daniel cuma ....Daniel tak kaya saja. Pakej tu yang tak lengkap.

**************************************

Dania mendongakkan kepalanya apabila keluar dari perut kereta BMW Z4 miliknya. Dania menarik nafas panjang sebelum memulakan langkah masuk ke rumah banglo 2 tingkat itu.
”Finally, you arrive!” Hairi tiba-tiba muncul di muka pintu.
Dania tersenyum. “Dah lama ke tunggu.” Dania berjalan mendekati Hairi yang masih tercegat menantinya.
“Kau ingat kau orang terhormat ke sehingga aku nak kena tunggu kau!” perli Hairi.
“Ya ke? Habis tu kenapa awak tercegat kan sini? Tunggu orang lain ke?” kata Dania. Senyuman masih kekal dibibirnya. Kata-kata Hairi padanya seumpama masuk ke telinga kiri keluar ke telinga kanan. Tak terasa langsung.
Hairi menjeling ke arah Dania yang hanya memakai seluar jeans, t-shirt hitam dan jaket jeans malah bertudung putih. Mulut dia ni, bisa betul. Apa saja yang aku cakap, pasti aku akan kena balik tempiasnya. Ahhh...geram betul. Aku akan buat perempuan ni tunduk kat aku. Kau tengoklah nanti, Dania. ”Hmmm....sebelum kau masuk, apa kata kita tukar sikit perkataan yang kita gunakan untuk membahasakan diri masing-masing. Awak dan saya tu kasar bunyinya.”
”Oooo....Yang awak panggil saya, kau! Itu pun kasar bunyinya.” Dania berhadapan dengan Hairi. Matanya tepat merenung wajah Hairi. Macam ni nak hidup suami isteri? Alamatnya tak sampai seminggu aku dah bercerai. Jumpa saja, terus dibuka taringnya. Aku ni jahat sangat ke? Tetapi ....Hairi ni memang handsome. Dia ni memang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman bagi setiap wanita tetapi ....bukan aku. Rupa paras bukannya ukuran asalkan lelaki itu ikhlas, sayang dan sanggup lindungi dirinya. Tetapi aku tak cukup waktu untuk merasai semua ni. Masa aku dah semakin dekat.
Hairi tersenyum. Dia cuba menahan kemarahannya. Control Hairi!Control! Maintain! Aku kena senyum macam Dania jugak. Kalau aku nak menang, aku mesti jadi macam Dania. Tak ada perasaan! ”Nia sayang, tak baik melawan cakap bakal suami. Berdosa namanya.” tiba-tiba nada suara Hairi berubah lembut.
Dania tiba-tiba ketawa. Aduh, gatal telinga aku bila dengar dia cakap macam tu? Dah buang tabiat ke? “Nia sayang, awak panggil saya Nia sayang!” Dania menunjukkan jari telunjuknya pada Hairi. Macam tak percaya saja?
“Ya! Kenapa? Tak boleh ke abang panggil Nia sayang? Macam tu baru nampak mesra dan romantik.” Hairi masih cuba mengawal dirinya. Ketawa? Ahhhh......
Dania ketawa semakin kuat. Abang? Dia bahasakan dirinya abang pulak? Aduh, sakit perut aku! Tak sesuai la Hairi bahasakan dirinya sendiri macam tu. Janggal. “Jangan saya boleh panggil awak apa saja?” tanya Dania secara tiba-tiba.
“Ya.” Jawab Hairi.
“OK! Saya masuk dulu!” kata Dania. Dania masih lagi tidak berhenti ketawa. Kau panggil aku, Nia sayang? Dania menggelengkan kepalanya. So, apa perkataan yang sesuai untuk kau, Hairi! Hmmmm.....Anja? Baby? Papa? Senyuman terukir di bibir Dania. Dia sudah dapat apa perkataan yang sesuai untuk Hairi. Kau tunggu la, ye!

****************************

”Maaf, Dania terlambat! Ada hal sikit di pejabat. tadi.” kata Dania sebaik saja duduk. Dania tersenyum pada Dato’ Razali dan Datin Zulaikha. Dania menoleh ke arah atuknya yang hanya mendiamkan diri. Tan Sri Daud tidak pandang langsung ke arahnya. Merajuk lagi!
”Ah....Daud! Ni cucu kau dah sampai! Senyap pulak dia ni. Tadi asyik tanya bila la Dania nak sampai, ni bila Dania sampai. Dia kunci pulak mulut dia.” Kata Dato’ Razali. Dia tahu krisis yang dialami oleh temannya.
Tan Sri Daud buat tak tahu saja.
“So semua dah sampai!” kata Hairi. Dia terus duduk di sebelah kerusi Dania. Dania berpaling dan tersenyum ke arahnya. Lain macam saja senyum dia ni! Berkerut dahi Hairi.
”Dania, mama gembira sebab Dania dan Hairi sudah menyelami hati masing-masing. Bertunang lama-lama tak elok, nanti macam-macam halangan ada. Cadangan Hairi nak langsungkan perkahwinan bulan depan memang di luar jangkaan mama. Walaupun masanya singkat, tapi mama tak kisah. Lagi cepat, lagi bagus. Tentang persiapan perkahwinan biar mama yang uruskan. Dania, jangan bimbang. Biar mama buat semua, ok?” kata Datin Zulaikha panjang lebar. Dia sudah tidak sabar menerima menantu. Baginya Dania adalah wanita yang terbaik menjadi suri rumah anak tunggalnya
Dania hanya tersenyum. Tiada kata-kata keluar dari bibirnya. Lidahnya kelu. Dia tak tahu bagaimana nak menjawabnya. Sayu saja hati Dania bila melihat Datin Zulaikha yang bersungguh-sungguh ingin menguruskan perkahwinannya. Maaf mama, pasti mama akan kecewa bila tahu perkara yang sebenarnya. Dania tak layak, mama! Maaf! Dania cuba menahan sebak di hatinya.
“Kau kahwin lagi cepat lagi bagus. Tak payah tunggu adik kau balik.” Tan Sri Daud tiba-tiba bersuara.
Dania menoleh ke arah Tan Sri Daud. “Daniel akan balik, atuk! Dia tetap akan balik. Dia sebahagian dari keluarga kita. Walauapa yang terjadi, dia tetap pewaris tunggal Global Bersatu. Daniel adik Dania dan cucu atuk! Itu kenyataan yang atuk tak dapat nak ubah.” Kata Dania. Tiba-tiba saja ungkit pasal Daniel. Atuk! Atuk!
Pewaris tunggal! Apa maksud Dania? Bukan ke Dania juga pewaris Global Bersatu? Kenapa dia kata adiknya pewaris tunggal Global Bersatu? Mata Hairi tetap merenung Dania yang berada di sisinya. Kenapa tiba-tiba dia berasa tak sedap hati? Risau!
Tan Sri Daud terus minum jus oren yang berada di hadapannya tanpa mengendahkan kata Dania. Adik kau! Biasa la semuanya baik, aku je yang jahat. Bila kau balik nanti Daniel, siap la.
“Betul tak, Baby Comot?” kata Dania secara tiba-tiba. Dania berpaling ke arah Hairi yang masih merenungnya. Bulat biji mata Hairi bila Dania memanggilnya begitu.
Tan Sri Daud tersedak bila mendengar Dania memanggil Hairi sebegitu di depan mereka semua. Matanya tepat merenung Dania. Budak ni! “Dania, apa kau panggil Hairi tadi?” Tan Sri Daud mengetap bibirnya.
Datin Zulaikha menahan ketawa. Lucu betul bila Dania memanggil anaknya sebegitu. Baby Comot!
Dato’ Razali tersenyum. Pasti rumah mereka akan riuh-rendah dengan kehadiran Dania nanti.
”Baby Comot!” jawab Dania selamba.
“Bukan ke Baby Comot tu nama kucing kesayangan kau yang mati 10 tahun lalu.” Kata Tan Sri Daud lagi. Dia masih lagi ingat kucing kesayangan Dania. Selepas kucing itu mati, Dania mengurungkan dirinya dalam bilik selama seminggu. Tak nak makan dan minum. Sejak hari itu, Dania tidak lagi memelihara kucing.
Dania tersenyum! Rupanya atuk masih ingat lagi. “Ya!”
“Budak bertuah ni! Kau samakan tunang kau dengan kucing kau tu?” Tan Sri Daud meninggikan suaranya.
‘Salah ke atuk? Tadi Hairi sendiri cakap, Dania boleh panggil apa saja yang Dania mahu. Kalau panggil macam ni baru mesra, betul tak Baby Comot!” Dania membuat suara dan gaya yang manja. Dania tersenyum melihat reaksi Hairi.
Lidah Hairi kelu untuk berkata-kata. Matanya terkebil-kebil melihat Dania. Dia...Dia ni panggil aku Baby Comot. Dia ingat aku ni kucing dia ke? Meremang bulu roma aku bila mendengarnya. Hairi mengetap bibirnya menahan geram.
”Panggil nama lain!” arah Tan Sri Daud. Wajahnya serius.
”Ala...Daud, biarlah mereka nak panggil apa-apa pun.” Dato’ Razali masuk campur. Kalau dibiarkan, ia akan berlarutan.
”Tapi...” Tan Sri Daud tiba-tiba berpaling ke arah cucunya
Tiba-tiba saja telefon bimbit Dania berbunyi, pantas Dania mengangkatnya. ”Hello! Baiklah, saya datang segera.” kata Dania terus menamatkan perbualannya. Dia bangun.
”Kau nak pergi mana?” tanya Tan Sri Daud.
”Maaf, ada hal kecemasan. Dania terpaksa pergi dulu. Mama! Dania minta maaf. Atuk Zali, Dania betul-betul minta maaf. Lain kali ye!” Dania terus bergegas meninggalkan mereka.
“Dania!” jerit Tan Sri Daud. Jeritan Tan Sri Daud tidak diendahkannya. Tan Sri Daud mengetap bibirnya menahan geram.
Hairi pantas bangun dan mengejar Dania.
Dato’ Razali hanya tersenyum melihat telatah Hairi.

**************************

5 comments:

Hana_aniz said...

oh.. sebab tu la dania jd perempuan besi ek?
tegas. komited. garang.
jahat giler si johari tu!!
pliz.. tak mo la dania mati..

huhuhu... pe ye taktik hairi nk tunduk kn dania??

sinichies_girl88 said...

ermm best..best..
cian..byak tul dugan tuk dia..
smga dia akn happy jgk t..
tul..tak mau dia mati...
at least bgila hairi tu tau tntg pykit dania,
n then dia pun jatuh syg hhehe..
dia pun sma2 bantu dania tu ahaks..
nk lagi smbung2

::cHeeSeCaKe:: said...

smoge dania akn trus shat & hidup bahagia..
yups,hairi patut tau die skit ape..
suke watak dania..
jgn biarkn watak die mati tau..!

keSENGALan teserlah.. said...

huhu...
baby comot..
gler laa..
wat aku glak je..
muahahahhaha..
btol2..sesape kasi la taw hairi ttg penyakit dania..
ali ke tolong bgtaw hairi..
wat time tuh kecemasan n ali terbgtaw hairi ke..
nk dania bhgia ngn hairi,,ade bby..ade fmly..
huhu..smbung2..

alreinsy said...

syabas!!! nice story... suka2... kelakar la bila dania panggil hairi baby comot... daniel lak dgn halina... best2... jahat betul uncle johari tuh... mmg pdn muka dpt anak mcm shiela tu... tp mmg menyampah dgn shiela sbb terhegeh2kan daniel... x tau malu... semoga hairi & dania hidup bahagia pas kawin nnt... suka sgt dgn dania sbb menunjukkan bahawa wanita x lemah... sokong 200%... hehehe

Post a Comment