Tuesday, December 8, 2009

Rahsia hati 23

Bab 23


Dania berpaling sebaik saja namanya dipanggil. Langkahnya terhenti. Dahi Dania berkerut sebaik saja Hairi menghampirinya.
Hairi terkejut melihat beberapa orang lelaki sedang menunggu Dania. Hairi berasa tak sedap hati melihat kemunculan mereka. Macam ada sesuatu yang berlaku? “ Kau nak pergi mana?” soal Hairi dengan wajah serius. Sesekali dia melihat 2 orang lelaki menghampiri mereka berdua. Kalau tak silap, mereka adalah bodyguard Dania yang sering mengiringi Dania ke mana-mana.
“Ada hal sikit.” Kata Dania. Dia malas nak melayan kerenah Hairi.Dia perlu cepat.
”Hal apa?” Hairi ingin tahu. Matanya tepat merenung mata Dania.
”It’s none of your business.” Dania tersenyum. Dania memulakan kembali langkahnya menghampiri kereta. TIba-tiba Hairi menghalang perjalanannya.
“Kau nak pergi mana?” soal Hairi lagi. Dia masih tak puas hati. Hatinya berdebar-debar seolah-olah ada sesuatu yang akan berlaku.
Dania mengeluh. “Lebih baik awak jangan masuk campur, Hairi. Hal ni tak ada kaitan dengan kau langsung. Lebih baik awak teman mereka makan di dalam. OK!“ Dania mengenyitkan matanya. Degil betul mamat ni?
”Cik Muda, kita dah lambat ni!” kata Ali. Wajahnya serius.
Dania menganggukan kepalanya. Dia faham akan maksud Ali. “Be a good boy.” Kata Dania sebelum melangkah menuju ke kereta.
Dengan pantas Hairi memasuki kereta BMW Z4 milik Dania. Dania terkejut dengan tindakan Hairi itu. Terkebil-kebil mata Dania melihat Hairi duduk di tempat memandu.
“Cik Muda, macam mana ni?” soal Ali. Dia resah.
Dania mengetap bibir menahan geramnya. Mamat ni? ”Ah....biarlah. Nak ikut sangat!”
”Tapi Cik Muda....” Ali kurang setuju dengan kata-kata Dania.
”Kalau saya layan kerenah dia, sampai bila pun takkan habis. Biarlah dia ikut. Biar dia tahu langit ni tinggi ke rendah. Jom, cepat! Kita dah lambat.” Dania terus masuk ke dalam keretanya. Dania berpaling ke arah Hairi yang tersenyum ke arahnya.
”You’ll be regret about this.” Kata Dania. Wajahnya masih selamba. Namun disebaliknya di dalam hati Dania, dia cuba menahan kemarahannya. Kehadiran Hairi akan menggagalkan rancangannya.
“Tell me about it.” Jawab Hairi terus menghidupkan enjin kereta Dania.

**************************************

“Apa kau kata?” Nada suara Johari meninggi bila mendengar berita yang sampaikan oleh Omar.
“Suffian!” Mansur terkejut bila nama itu disebut oleh Omar. Lantas Mansur berpaling ke arah Johari.
”Suffian! Bukan ke dia dah mati?” tanya Johari pada Mansur yang berada di sebelahnya. Bukan ke Suffian sudah mati 10 tahun dahulu dalam kemalangan jalan raya yang meragut nyawa Suffian dan keluarganya. Kereta yang dipandu oleh Suffian terbabas dan melanggar lori balak yang berada dihadapannya.
”Kereta Suffian hangus terbakar. Tiada siapa yang terselamat.” yakin Mansur. Kemalangan itu dirancang olehnya. Mustahil Suffian masih hidup lagi.
”Kau pasti dia Suffian?” soal Johari lagi.
“Ya. Orang saya telah ekori Murni dan dia asyik bertanyakan tentang seorang lelaki yang bernama Suffian B. Salleh.”
“Mansur, kau ni memang bodoh. Macam mana kau uruskan perkara ni? Kau memang tak boleh diharap.” marah Johari pada Mansur. Fail yang berada ditangannya digenggan erat dan dibaling ke arah dinding.
”Mana aku nak tahu nak jadi macam ni? Suffian sepatutnya dah mati.”
”Kau sepatutnya pastikan dahulu. Betul ke mayat yang kau tengok tu mayat Suffian?”
”Mayatnya hangus terbakar. Rentung ! Macam mana aku nak kenalpasti sama ada mayat tu adalah Suffian ke tak!” balas Mansur. Mansur berasa tak senang.
”Tapi....macam mana Dania tahu pasal Suffian? Sedangkan pada waktu tu kau dan aku saja yang tahu pasal Suffian. Kau beritahu Dania ke?” tuduh Johari secara tiba-tiba.
Bulat mata Mansur bila Johari menuduhnya secara tiba-tiba. ”Hey, Johari! Kau ingat aku bodoh sangat ke nak korek kubur sendiri!”
”Habis tu macam mana Dania tahu tentang Suffian?” Johari hairan. Dahinya berkerut.
“Dengan pengaruh yang Dania ada sekarang, tak mustahil dia dapat tahu sesuatu.” Kata Mansur. Wajahnya serius. Kalau Dania tahu pasal Suffian, pasti dia tahu kemalangan yang meragut nyawa Aliff dan Mardiyah adalah satu konspirasi.
“Maksud kau, dia tahu kita terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa ibu bapanya.”
“Aku rasa begitulah.”
“Sekarang baru aku faham kenapa dia benci sangat kat aku. Rupanya dia dah tahu.” Johari mengetap bibirnya menahan geram. Rupanya selama ni aku diperbodohkan. Johari menghentak kedua-dua belah tangannya di atas meja dengan kuat. ”Omar, aku nak kau bunuh Suffian dan Dania sekali. Dia patut mati.” arah Johari.
”Baiklah!” kata Omar terus berlalu keluar.

******************************

Kereta BMW Z4 berhenti di sebuah bangunan kedai yang terbiar. Kawasaan tersebut penuh dengan semak-samun seolah-olah ia sudah lama terbiar. Suasananya begitu menyeramkan. Angin bertiup kencang dan awan mendung berarak seolah-olah hujan akan melanda tak lama lagi. Hairi berpaling ke arah Dania yang tenang.
”Kau nak jumpa siapa?” tanya Hairi.
”Lebih baik kau jangan tahu, tunggu dalam kereta.” Dania sudah membuka pintu kereta.
“Tapi....”
“Stay here! It’s for your own safety.” Tegas Dania terus keluar dari keretanya. Hairi akur dengan kata-kata Dania dan hanya memerhati gerak-geri Dania yang menghampiri bangunan yang terbiar itu. Beberapa orang pengawal peribadi mengiringi Dania.
“Cik Muda!” tegur Murni terus menghampiri Dania.
“Murni!” Dania tersenyum sebaik saja nampak kelibat Murni. “Kamu pasti dia berada di dalam?”
“Ya!” jawab Murni.
“Kau pasti ke dia tak larikan diri?” tanya Zamri.
”Tak! Semua jalan keluar, aku dah sekat. Hanya satu saja jalan keluar iaitu pintu tu.” Murni menunjukkan ke arah pintu utama bangunan itu.
”Bagus!” Dania tersenyum. Dia menepuk lembut bahu Murni. Dia tahu Murni takkan menghampakan dirinya sebab itulah dia serahkan tugas ini pada Murni. Dania mengatur langkahnya untuk memasuki bangunan itu tetapi ditahan oleh Ali.
“Cik Muda, biar saya pergi dulu!” kata Ali.
“Tak mengapa, Ali. Dia takkan apa-apakan saya. Jangan bimbang. Stay here.” Dania tersenyum dan mengatur langkahnya kembali.
”Jangan bergerak!” tiba-tiba ada suatu suara menegur Dania. Langkah Dania terhenti. ”Kau siapa? Apa kau mahu?”
Dania melihat bayang seseorang disebalik tingkap bangunan itu yang sedang menghalakan pistol ke arahnya. Serentak pengawal peribadi Dania mengeluarkan pistol dan dihalakan ke arah lelaki itu.
”Guys, put down you weapon!” arah Dania. Dia tahu ini akan hanya memburukkan keadaan. ”I said put down your weapon.” Ulang Dania lagi.
Hairi terkejut bila melihat pengawal peribadi Dania mengeluarkan pistol. Pantas Hairi berlalu keluar dan menghampiri mereka tetapi dihalang oleh Ali. “Tuan Hairi, jangan masuk campur!”
“Tapi….lelaki tu….” Hairi menuding jarinya ke arah lelaki yang sedang menghala pistolnya ke arah Dania.
“Cik Muda takkan apa-apa!” kata Ali.
Mereka semua meletakkan senjata sebaik saja diarahkan oleh Dania. ”Encik Suffian, kedatangan saya bukan untuk mencederakan awak. Saya Tengku Dania Dahlia! Anak sulung Tengku Aliff Mustafa dan Siti Mardiyah. Pasti awak ingat lagi ibu bapa saya kan.”
”Kau cucu Tan Sri Tengku Daud Rosli?” tanya lelaki itu. Nada suaranya sudah berlainan. Perlahan-lahan pistol yang dihalakan ke arah Dania diturunkan.
”Ya.” jawab Dania.
”Kau nak apa?” kata Suffian yang masih lagi menyembunyikan dirinya. Dia berdiri di sebalik kegelapan di dalam bangunan itu.
”Saya tahu Encik Suffian tahu sebab kedatangan saya!” Dania tersenyum.
Suffian terdiam seketika. Suasana sunyi sepi, yang kedengaran hanyalah tiupan angin yang memecah kesunyian malam.
”Saya tahu segalanya.”
”Kalau kau tahu segalanya, kenapa kau cari aku?” marah Suffian secara tiba-tiba. Suaranya bergetar.
”Hanya kepastian yang nak saya tahu. Itu saja!” jawab Dania.
”Kau ingat kau dapat menentang Johari?’
Dania ketawa. ”Kenapa? Saya tak mampu ke menentang Uncle Johari ke?” tanya Dania lagi. Lelaki ni memang pandang rendah terhadapnya.
”Johari tu kejam. Kau tak mampu lawan dia?” jerit Suffian lagi.
”Ya ke? Kalau saya seorang yang lemah, saya takkan berada di sini. Encik Suffian, saya hanya nak buat urusniaga sahaja antara awak dan saya.” Dania mendekati lelaki itu.
”Urusniaga!” lelaki itu terkejut dengan kata-kata Dania. Apa maksud perempuan ni?
Dari jauh Hairi hanya memerhati namun disebaliknya hatinya berdebar-debar melihat Dania mendekati lelaki itu. Lelaki itu bersenjata. Kenapa Dania begitu berani mendekati lelaki itu?
Murni melihat apa yang berlaku. Sesekali matanya melirik ke pelbagai sudut di kawasan itu. Tiba-tiba matanya terhenti pada cermin tingkap bangunan yang berada tidak jauh darinya. Ada kilauan cahaya pada cermin itu. Murni berpaling ke belakang ke arah kilau cahaya itu. Ia datangnya dari arah pokok kelapa sawit yang berada tidak jauh dari mereka. Murni tergamam dan menoleh ke arah Dania. ”Cik Muda!” jerit Murni secara tiba-tiba terus berlari ke arah Dania.
Dania berpaling bila namanya dipanggil. Tiba-tiba satu das tembakan kedengaran, Dania terkejut bila melihat Murni rebah dihadapannya. Dania tergamam melihat Murni yang berlumuran darah. Pantas Ali dan Zamri melindungi Dania. Mereka melepaskan bebeberapa das tembakan. ”Zamri, kejar!” arah Ali. Hairi terkejut melihat apa yang berlaku pantas matanya tepat melihat Dania. Hairi segera mendekati Dania
Zamri menganggukkan kepalanya. Dia membawa bersama beberapa orang pengawal peribadi untuk mengejar penembak itu.
Dania memeluk Murni dengan erat. Air matanya deras mengalir bila melihat keadaan Murni. Dania memegang erat tangan Murni. “Cik Muda....Cik Muda! Tak apa-apa ke?’ tanya Murni terketar-ketar menahan kesakitannya. Matanya tepat merenung Dania.
“Bertahan! Murni, bertahan! Ali, call ambulance! Cepat.” jerit Dania. Tangisan Dania semakin kuat. Tangan Dania masih erat memegang tangan Murni. Kerana dia, Murni menjadi seperti ini. “You must stay with me, Murni! You must!” jerit Dania bila melihat mata Murni semakin layu.
“Terima kasih se….sebab jaga saya!” kata Murni masih cuba tersenyum. Murni memegang dadanya yang terkena tembakan tadi. Darahnya semakin mengalir. Dahinya berkerut menahan kesakitan. Dia takkan lupa segala jasa Dania padanya.
”No! I need you!” jerit Dania lagi. Dania menggoncang badan Murni.
“Ali, lebih baik kita bawa Murni ke hospital sekarang.” Arah Hairi.
Dania berpaling ke arah Hairi. Air matanya masih mengalir. “Nothing will happens to her.” Kata Hairi terus mengangkat Murni ke dalam kereta sambil diekori oleh Dania dan Ali. Dengan pantas Ali terus menghidupkan enjin kereta dan meluncur laju menuju ke hospital.
Hairi berpaling ke belakang melihat Dania yang masih memegang erat tangan Murni. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Dia hanya diam memerhati.

********************************

Dania duduk menunggu di luar bilik kecemasan. Sejak dari tadi matanya hanya tertumpu pada pintu bilik kecemasan itu. Pakaiannya penuh dengan darah. Tangannya yang berlumuran darah tidak diendahkannya. Fikirannya hanyalah pada Murni sahaja. Hatinya berdebar-debar menanti. Dania tidak putus-putus berdoa agar Murni selamat.
Hairi masih diam membisu. Dia hanya memerhati gelagat Dania. Tak sangka inilah dunia Dania yang sebenar. Hidup Dania tidak seperti dirinya.
Tiba-tiba pintu bilik kecemasan dibuka. Pantas Dania bangun dan menghampiri doctor yang merawat Murni. “Is she ok?” Tanya Dania.
“Kami berjaya keluarkan peluru dari badannya tetapi dia kehilangan banyak darah. Masalahnya sekarang ni, bank darah hospital kami kekurangan darah AB. Jika ada…..” belum sempat doctor itu menghabiskan katanya. Dania sudah mencelah.
“Darah saya AB. Doktor boleh ambil darah saya.” Kata Dania bersungguh-sungguh.
Ali terkejut dengan kata-kata Dania. ”Cik Muda!”
”Jangan halang saya!” tegas Dania. Bulat matanya merenung Ali yang berada di sebelahnya. Dia faham akan maksud Ali.
”Tapi.....”
”Apa yang penting sekarang ni adalah Murni! Nyawa Murni lebih penting dari segalanya. Murni kena tembak disebabkan ingin selamatkan saya. You think i sholud abandon her. No!” Air mata Dania mula mengalir.
“Cik Muda sakit!” nasihat Ali. Dia bimbang akan penyakit Dania.
“I don’t care, Ali. I do whatever it takes to save Murni!” Dania berpaling ke arah doctor yang berada di sebelahnya. Nasihat Ali tidak dipedulikan langsung. “Doktor, saya akan derma darah saya!”
“Baiklah! Cik ikut nurse ni.” Kata Doktor terus masuk kembali ke dalam bilik kecemasan itu
Jururawat yang berada di situ mengiringi Dania. Ali mengeluh kuat. Pantas Ali mendail no telefon Dr. Hazwan. “Hello, Dr Hazwan! Saya Ali.” Kata Ali terus meninggalkan Hairi yang tercengang.
“Sakit? Dania sakit ke?” Apa yang didengarnya sebentar tadi memang memeranjatkan! Apa maksud Ali sebentar tadi? Cik Muda sakit? Hati Hairi mula gelisah.

****************************************
“Kenapa kamua tak halang Dania, Ali?” marah Dr. Hazwan. Sebaik saja menerima panggilan Ali, dia terus bergegas datang ke Hospital Ampang.
“Cik Muda tetap berdegil. Dia nak jugak derma darah untuk Murni. Dr. Hazwan kan tahu, tiada siapa dapat membangkang kata-kata Cik Muda.”
Dr. Hazwan mengeluh. Dia sedar Dania seorang degil. Jangan harap la dia nak dengar cakap orang lain.
”Cik Muda tak apa-apa ke?” tanya Ali secara tiba-tiba. Wajahnya sudah tercalit kebimbangan.
“I don’t know. Sekarang ni badannya sudah lemah. Jika Dania berterusan begini, saya tak tahu sama ada Dania dapat bertahan. Saya tak dapat menjamin jika Dania dapat hidup sehingga 6 bulan. ” Berkerut dahi Dr. Hazwan bila memikirkan tentang Dania.
”Dr! Tak ada cara lain ke untuk merawat Cik Muda?”
”Ali, kamu kan tahu! Penyakit yang dihadapi oleh Dania tiada pengubatnya. Dia hanya menunggu masa saja. Sekarang, saya pun sudah tak tahu nak buat apa lagi. Kata-kata saya, langsung tidak didengarinya.”
Ali menundukkan kepalanya. Hatinya sedih bila mengenangkan nasib Dania.
Dr. Hazwan menepuk bahu Ali dengan lembut. Dia faham perasaan Ali. “Saya faham perasaan awak. Hmm...saya masuk dulu untuk lihat keadaan Dania.” Kata Dr. Hazwan terus meninggalkan Ali yang masih berdiri di situ. Tanpa Ali sedari, ada seseorang mendengar perbualannya.
Hairi menyandarkan dirinya di dinding hospital itu. Nafasnya turun naik. Jantungnya berdegup kencang secara tiba-tiba. Apa yang didengarinya benar-benar di luar jangkaannya. Dania sakit? Ada penyakit? Penyakit apa? 6 bulan lagi dia akan hidup! Dia seolah-olah tidak percaya. Aku tersalah dengar ke? Tak mungkin! Dr. Hazwan adalah kawan arwah papa dahulu. Mustahil, dia sengaja adakan cerita ni! Patutlah....tadi....Hairi teringat kembali kata –kata Ali sewaktu Dania ingin menderma darah dan juga kata-kata Dania hari itu. Aku perlukan kepastikan. Tekad Hairi.

7 comments:

::cHeeSeCaKe:: said...

hohoho..dania xleh derma darah kt org ker?
isk2..dania ni..
ramai org syg die..sbb die pon syg kt org..
jgn bg dania mati tau..!

keSENGALan teserlah.. said...

ngeeeeeeee..
n3 nieh wat jantungku berdetak lebey laju seyhh..
sian glee..
at last,,hairi taw..
huhu...
btol2..
jgnla kasi dania mati...
dye baeekk sgtt.
huhu..
at least kasi dye happy dgn orng tersyg..
hidup sng tanpa gangguan ker..
hoho..

Yeen said...

Hu hu dah bertambah suspen ni

alreinsy said...

siannya dania... hopefully dia hidup bahagia dgn hairi... dia baik sgt... huhuhu

Hana_aniz said...

huhuhuhu...
cuak.. cuak..
pliz..
tak mo dania mati..
dia sakit apa?

sinichies_girl88 said...

akhirnya hairi tau gak tntg dania..
wakaka..seronoknya...
tul...tul jgn bg dsnis msti..
wujudlah keajaiban..
biar dia bhgia dgn adik ksygn dia n hairi serta atuknya y garang itu wohoho...
plz..
nk lagi..heheh
:)

aqilah said...

adusssssssss. best nye cite ni. meleleh air mata dibuatnya. oh dania, ur the best!!!!!!!! nak lagi..................................

Post a Comment