Monday, December 14, 2009

Rahsia hati 24

Bab 24

“Kakak!” jerit Daniel sebaik saja terjaga dari tidurnya. Nafasnya turun naik. Daniel memandang sekeliling. Daniel menarik nafas lega. Mimpi rupanya! Pantas Daniel bangun dan menekan suis lampu biliknya. Daniel memegang dahinya. Berpeluh! Tiba-tiba terbit perasaan gelisah di hatinya. Kenapa mimpi tadi seperti benar? Dalam mimpi tersebut, dia cuba mencapai tangan kakaknya tetapi semakin dia cuba mencapai tangan kakaknya semakin jauh Dania meninggalkannya. Hatinya Daniel semakin resah. Mimpinya sebentar tadi masih bermain di fikirannya. Kenapa aku rasa tak sedap hati? Mata Daniel terus melirik ke jam dinding di biliknya. Pukul 2.00 pagi. Mesti kakak tak tidur lagi? Pantas Daniel mengambil telefon bimbitnya dan mendail no telefon Dania.
Dahi Daniel berkerut bila Dania tidak menjawab panggilanya. Dia mencuba lagi. Hasilnya masih sama, Dania masih tidak menjawab panggilannya. Kakak dah tidur ke? Mustahil! Waktu begini, kakak mesti tak tidur lagi.Daniel resah dan terus Daniel mendail no telefon Ali. Daniel mengetap bibirnya. Hatinya berdebar-debar. Kenapa Ali tak menjawab panggilannya? Adakah sesuatu telah berlaku? Daniel mencuba lagi. “Jawablah!” jerit Daniel bila panggilannya tidak dijawab. “Irfan!” Daniel tiba-tiba teringat pengawal peribadinya. Pantas Irfan mendail no telefon Irfan.
“Hello!” kata Daniel sebaik saja Irfan menjawab panggilannya.
“Ya, Tuan Muda!” kata Irfan berpaling ke arah Ali yang berdiri di hadapannya. Ali hanya memerhati.
“Maaf kalau saya ganggu kamu tidur. Hmm….saya hanya nak tanya tentang kakak saya? Aaaa....dia tak apa-apa ke? Maksud saya, dia sihat?” tanya Daniel teragak-agak. Dia sedar soalannya memang bodoh tetapi dia perlukan kepastian.
“Cik Muda!” Irfan terkejut.
Ali menggelengkan kepalanya. Dia tak nak Daniel tahu tentang perkara ni. Biarlah ia dirahsiakan. Waktu sekarang amat bahaya untuk Daniel pulang.
“Dia sihat. Sebelum saya balik tadi, saya nampak Cik Muda sedang berbual dengan Tan Sri.” Bohong Irfan sambil matanya melirik ke arah Ali. Inilah pertama kali dia berbohong pada Daniel tetapi dia terpaksa bila memikirkan tentang keselamatan Daniel. Maafkan saya, Tuan Muda.
“Ya ka? Tapi kenapa kakak tak angkat telefon saya?” tanya Daniel hairan.
”Mungkin Cik Muda penat kot! Lagipun esok, Cik Muda ada meeting.” jelas Daniel.
”Hmmm...baiklah. Esok saya akan telefon lagi.” Daniel menarik nafas lega. Kebimbangan di hatinya berkurangan. Kata-kata Irfan sebentar tadi sedikit sebanyak menjawab persoalan yang bermain di fikirannya.
”Hmm...Tuan Muda, dah lewat ni. Esok saya kena bangun awal.” kata Irfan.
”Baiklah! Maaf ye!” Daniel tahu dia telah mengganggu masa tidur Irfan. Perbezaan waktu antara Malaysia dan Seoul hanyalah 1 jam lebih lewat dari waktu di Seoul.
”Tak mengapa! Hmm...Tuan Muda, hati-hati ye!” kata Irfan sebelum menamatkan perbualan mereka berdua.
Kata-kata Irfan sebentar tadi membuat Daniel terpinga-pinga. Apa maksud kata-kata Irfan sebentar tadi?

*****************************

”Cik Muda tak apa-apa ke?” tanya Ifran. Dia terkejut bila Dania tiba-tiba pengsan di hadapan mereka berdua selepas sudah mendermakan darah pada Murni. Wajahnya pucat. Kehadiran Dr. Hazwan sebentar tadi menimbulkan pelbagai soalan di fikirannya.
”Dia tak apa-apa! Cik Muda hanya perlu banyak rehat. Hmm....Aku nak kau tolong Zamri cari siapa penembak itu. Tangkap dia sampai dapat.” arah Ali. Dia takkan lepaskan perkara ini begitu saja.
”Baiklah!” Irfan terus berlalu meninggalkan Ali.
”Kenapa awak tak beritahu Daniel tentang apa yang sedang terjadi di sini?” Tiba-tiba ada suatu suara menegur Ali dari belakang.
Ali berpaling. Dia terkejut melihat Hairi yang sedang menghampirinya. Ingatkan lelaki ni dah balik? Disebabkan suasana yang kelam-kabut tadi, dia terlupa akan kehadiran Hairi. Macam-macam perkara berlaku. ”Tuan Hairi!”
”Awak masih belum menjawab pertanyaan saya lagi, Ali!” tegas Hairi. Matanya tepat merenung anak mata Ali.
”Buat masa sekarang lebih baik Tuan Muda tak balik!” jawab Ali.
”Tapi dia perlu tahu apa yang berlaku di sini!” tegas Hairi.
”Dia tak perlu tahu.” jawab Ali lagi.
”Tapi dia adik Dania, dia perlu tahu apa yang telah terjadi pada kakaknya. Dania perlukan adiknya.”
”Tidak!”
”She’s need his brother.” Hairi meninggikan suaranya. Pada saat begini, kenapa mereka perlu rahsiakan dari pengetahuan Hairi.
”Tidak! Tuan Hairi tak kenal perangai Cik Muda. Dia takkan bahayakan nyawa adiknya. Keadaan di sini sekarang di luar kawalan.”
”Tapi ada orang nak bunuh Dania. Ini perkara serius. Jika sesuatu terjadi pada Dania, apa awak nak cakap pada Daniel.” Hairi naik angin. Dia geram bila Ali tidak mengendahkan katanya.
”Saya akan bertanggungjawab. Tuan Hairi, jangan masuk campur!”
”Awak kata jangan masuk campur! Saya tunang Dania. Dania adalah tanggungjawab saya. Awak fikir saya akan lupakan apa yang berlaku tadi. Tidak! Ini berkaitan dengan nyawa seseorang. Lebih lagi ia berkaitan dengan bakal isteri saya!” Hairi mengetap bibirnya.
Ali menarik nafas panjang. ”Semua yang saya lakukan ini adalah atas arahan Cik Muda.”
”Termasuklah rahsiakan penyakit Dania dari pengetahuan Tan Sri Daud dan Daniel.” teka Hairi secara tiba-tiba. Jika dilihat dari perangai Dania, pasti dia rahsiakan penyakitnya dari keluarganya tapi bagaimana lelaki ni tahu tentang penyakit Dania. Apakah hubungan lelaki ini dengan Dania? Kenapa dia selalu mengikut Dania ke mana-mana? Kekasih? Terbit perasaan cemburu di hati Hairi secara tiba-tiba.
Wajah Ali berubah sebaik saja mendengar kata-kata Hairi. Wajah bertukar pucat lesi. ”Aaaa..Apa Tuan Hairi cakapkan ni? Saya tak faham. Penyakit apa?’ tanya Ali pula. Dia cuba berdalih. Matanya dialih agar tidak memandang anak mata Hairi
Hairi tersenyum. Nampaknya tekaannya memang tepat. ”Jangan nak berdolak-dalih lagi, Ali. Saya tahu. Saya dah dengar segalanya, perbualan awak dan Dr. Hazwan.”
Ali mengetap bibir. Dia mengeluh.”Jadi apa Tuan Hairi nak dari saya?” Ali berterus-terang.
”Perkara sebenar!” jawab Hairi. Hatinya berdebar-debar.
”Apa yang Tuan Hairi dengar tadi, setakat itu sajalah Tuan Hairi perlu tahu.” kata Ali terus memulakan langkahnya meninggalkan Hairi yang masih tercegat di situ.
”Baiklah! Jika begitu, saya akan beritahu Tan Sri Daud mengenai hal ni.” ugut Hairi secara tiba-tiba. Hairi tersenyum melihat Ali tiba-tiba berhenti. Ali berpaling dan pantas menghampiri Hairi.
”Tuan Hairi tak tahu apa-apa, lebih baik Tuan Hairi buat tak tahu saja. Sedikit saja Tuan Hairi buka mulut mengenai perkara ni, nyawa Tuan Muda dalam bahaya.” marah Ali. Dia geram bila Hairi tidak faham tentang apa yang berlaku sekarang.
”Saya peduli apa!” kata Hairi secara tiba-tiba.
Ali terkejut dengan kata-kata Hairi. Matanya bulat merenung lelaki yang berada di hadapannya. ”Tuan Hairi tak tahu apa yang dialami oleh Cik Muda selama ni! Apa yang terpaksa dihadapi oleh Cik Muda untuk terus hidup. Saya tahu Tuan Hairi tidak cintakan Cik Muda, jadi jangan musnahkan apa yang Cik Muda telah usahakan selama ni.” Ali memberi amaran.
”Apa! Jadi kau cintakan Dania? Itu maksud kau!” marah Hairi terus memegang baju Ali. Dia bengang bila mendengar kata-kata Ali.
Ali ketawa kecil bila mendengar kata-kata Hairi. ”Hubungan saya dan Cik Muda hanyalah seperti majikan dan pekerjanya sahaja. Tak lebih dari itu. Setia saya pada Cik Muda untuk selamanya. Budi dan jasa Cik Muda pada keluarga saya takkan saya lupakan.”
”What do you mean by that?” berkerut dahi Hairi mendengar kata-kata Ali. Keluarga? Budi dan jasa. Pegangan Hairi pada baju Ali semakin longgar.
“Jika tak kerana Cik Muda, pasti saya kehilangan isteri dan 2 orang anak saya. Jadi, keluarga saya terhutang budi pada Cik Muda. Sebab itulah saya hanya setia pada Cik Muda saja. Saya minta jasa baik Tuan Hairi agar rahsiakan hal ni dari pengetahuan sesiapa pun, biar ia menjadi rahsia kita berdua saja. Cukuplah segala penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh Cik Muda selama ni, janganlah Tuan Hairi kusutkan lagi keadaan. Penyakit barah otak yang dihadapi oleh Cik Muda sudah cukup membuat Cik Muda menderita, jangan ditambah lagi penderitaan Cik Muda.” Rayu Ali.
“Barah otak!” Hairi terkejut. Bibir Hairi terketar-ketar. Kenyataan yang didengarinya memang di luar jangkaan. Tangan Hairi terketar-ketar.
”Ya! Peringat akhir. Hanya tunggu masa la.” Ali menundukkan kepalanya menahan kesedihannya. ”Jadi saya minta jasa baik Tuan Hairi agar merahsiakan hal ni, tolonglah!” Ali merayu lagi.
Hairi memejamkan matanya. Langkah diundur ke belakang. Hairi menyandarkan badannya di dinding hospital. ”Sebab itulah Dania beriya-iya ingin memutuskan pertunangan.” Kini Hairi faham disebalik kata-kata Dania dan segala tindak-tanduk Dania selama ni.
”Ya. Katanya orang yang tiada masa depan sepertinya, tak boleh rosakkan masa depan orang lain. Cik Muda tahu Tuan Hairi amat membencinya disebabkan itulah Cik Muda mengambil peluang ini untuk memutuskan pertunangan ini secepat mungkin kerana Cik Muda tahu masanya semakin suntuk.” nada suara Ali semakin sayu.
”Berapa lama lagi Dania .....” sukar Hairi untuk Hairi menyatakan soalan tersebut tetapi dia perlu tahu juga.
”6 bulan lagi tapi menurut kata Dr Hazwan, jika Cik Muda masih berdegil dan tidak mengambil berat tentang kesihatannya berkemungkinan Cik Muda tak dapat bertahan sehingga 6 bulan.”beritahu Ali.
”Kenapa Dania tak nak menerima rawatan?” soal Hairi lagi.
”Sebab Cik Muda tahu penyakitnya tak dapat diubati sebab itulah dia perlu lakukan sesuatu sebelum dia perlu pergi agar keselamatan Tuan Muda terjamin selepas Cik Muda pergi.”
”She’s means Johari, right!”
”Ya!”
Hairi mengeluh. Dia tak sangka nasib Dania seperti ini. Jika dilihat dari segi luaran, Dania seorang yang riang dan sentiasa tersenyum walauapa yang berlaku namun apa yang tersirat di hatinya berlawanan daripada apa yang dilihat di luaran. Terbit perasaan simpati dalam hati Hairi. Segalanya dihadapi oleh Dania seorang sendiri Hairi memandang Ali yang masih merenung dirinya. Dia sedar Ali sedang menanti jawapan darinya. ”Baiklah, Ali! Saya janji saya takkan beritahu sesiapa tentang perkara ini termasuklah Daniel dan Tan Sri Daud. Hmmm....saya nak awak juga janji dengan saya sesuatu.”
”Apa dia?” Ali hairan.
”Jangan beritahu Dania yang saya tahu penyakitnya.”
”Tapi.....” Ali teragak-agak untuk setuju kerana selama ni dia tak pernah merahsiakan sesuatu pada Dania.
”Saya takkan menyusahkan Dania lagi. Now, i understand her situation. Don’t worry. “ Hairi faham apa yang bermain di fikiran Ali sekarang ni. Hairi menepuk bahu Ali dengan lembut sambil tersenyum.
Akhirnya perlahan-lahan Ali menganggukkan kepalanya dan tersenyum. Nampaknya dia sudah tersalah sangka pada mulanya. Pada awal, dia ingatkan Hairi adalah seorang anak orang kaya yang sombong, pentingkan diri dan memandang rendah pada orang yang bukan setaraf dengannya tetapi sangkaannya meleset sama sekali.

***********************************

Perlahan-lahan Dania membuka matanya. Putih! Dania menoleh ke kiri dan kanan. Tiada sesiapa pun. Dania bangun. Dania menundukkan kepalanya seketika. Apa yang berlaku semalam? Dania cuba mengingatinya. Oooo.....selepas aku derma darah, tiba-tiba kepala aku sakit dan......aku dah tak ingat apa yang berlaku seterusnya. Tiba-tiba Dania teringat Murni. ”Murni!” kata Dania. Pantas Dania mencabut jarum di tangannya dan turun dari katil.
“Cik Muda!” kata Ali terkejut bila melihat Dania bangun apabila masuk ke bilik Dania. Baru sebentar tadi dia keluar kerana menjawab panggilan Tan Sri Daud yang sedang mencari Dania. Pantas Ali menghampiri Dania.
“Ali! Murni macam mana? Dia macam mana?” soal Dania berulang kali. Dia masih risau tentang Murni.
“Murni selamat.” Kata Ali cuba mententeramkan hati Dania.Wajah wanita itu direnung. Wajah Dania pucat lesi.
“Betul ke, Ali?” Tanya Dania lagi untuk kepastian.
”Ya, Cik Muda!”
”Alhamdulilah....” Dania menarik nafas lega. Dania tersenyum. “Saya nak melawat Murni.”
“Tak boleh, Cik Muda. Dr. Hazwan pesan Cik Muda tak boleh banyak bergerak kerana badan Cik Muda masih lemah.” Ali menahan Dania dari keluar dari bilik.
“I need to see her.”
“Tak boleh. Lagipun Murni berada di hospital Ampang, manakala Cik Muda berada di Hospital Sri Jaya. Dr Hazwan nak Cik Muda menerima rawatan di sini. Tentang Murni, Cik Muda jangan risau. Saya telah arahkan Zamri dan beberapa orang pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan Murni.”
“Hmmm...kalau begitu, baiklah! Tetapi saya tetap akan melawat Murni.” Dania masih berdegil.
“Baiklah.”
“Penembak tu! Kamu dah dapat tangkap ke belum?” tanya Dania. Dia teringat kembali peristiwa semalam. Jika tak kerana Murni, pasti dia sudah mati.
”Belum. Saya dah arahkan Irfan mencari penembak tu. Jangan bimbang, kita akan dapat menangkap penembak itu.”
”Hal ni, kamu dah laporkan pada ASP Lokman?” tanya Dania lagi. ASP Lokman merupakan sahabat baik arwah bapanya.
”Sudah. Saya dah laporkan perkara ni pada ASP Lokman, dia akan siasat perkara ni.” beritahu Ali. Dia sudah maklumkan kejadian ni pada ASP Lokman semalam. Setiap kali perkara seperti ini berlaku, mereka akan melaporkan perkara ni pada ASP Lokman untuk menyiasat secara senyap agar tidak diketahui oleh pihak tertentu.
”Nampaknya pasti Uncle Johari sudah tahu saya telah tahu segalanya. Suffian? Dia di mana?”
”Hilang! Selepas tembakan itu, dia hilang entah ke mana. Zamri dah cari di sekitar kawasaan tu, tapi dia sudah tiada. Mungkin dia takut, Cik Muda selepas apa yang berlaku“
Dania memejamkan matanya. Nampaknya segala rancangannya telah gagal. Jika Suffina berpihak padanya,semua ini takkan berlaku lagi. Apa yang berlaku pada Murni semalam, aku takkan biarkan begitu saja. Mereka akan terima balasannya. ”Ali! Suruh Suria sediakan profil tentang syarikat Alliance yang akan dibeli oleh Uncle Johari.“ Arah Dania. Dia tahu Uncle Johari cuba membeli syarikat IT di Singapura. Sudah banyak duit telah Uncle Johari laburkan untuk membeli syarikat itu. Yang pasti, aku akan pastikan syarikat tu menjadi milik aku.
”Baiklah!“
”Satu lagi, saya nak Kelab Malam LaLa dibakar.“ Arah Dania. Matanya tepat merenung Ali. Dia tahu kelab Malam itu merupakan kelab malam yang ternama dan memberi keuntungan pada Uncle Johari. Kelab malam yang amat bermakna dalam hidup Uncle Johari kerana ia terhasil dari titik peluh Uncle Johari sejak 10 tahun yang lalu.
Ali hanya menganggukkan kepalanya. Dia tahu Dania takkan berdiam diri begitu saja. “Saya nak penembak itu cari sampai dapat.” Tegas Dania.
“Baik! Cik Muda, semalam Tuan Muda telefon. Dia nak Cik Muda telefon Tuan Muda balik.”
“Baiklah...” Dania membetulkan kedudukannya di atas katil. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. ”Hairi” nama itu tiba-tiba terbit di bibir Dania. Bulat saja mata Dania bila menyebut nama Hairi. Macam mana aku boleh lupa tentang Hairi?
”Tuan Hairi sudah balik.”
”Balik!” Dania terkejut. ”Tentang hal semalam...apa....”
”Tuan Hairi faham dan dia akan rahsiakan hal ni.” beritahu Ali.
”Faham!” Berkerut dahi Dania bila mendengarnya. Orang seperti Hairi boleh faham ke? Pelik! Macam tak percaya saja. Macam ada sesuatu yang tak kena saja.

******************************************

Terkebil-kebil mata Fazilah bila melihat lelaki yang sedang tersenyum dihadapannya. Macam tak percaya saja. Dia memandang lelaki itu dari atas dan bawah. Wah....handsome giler.
”Kak Faz! Kak Faz....” panggil Halina beberapa kali. Namun tiada reaksi dari Fazilah. “Kak Faz!” jerit Halina secara tiba-tiba.
Terkejut Fazilah bila mendengar jeritan Halina. ”Kak tak pekak lagi la.” kat Fazilah sambil memegang telinganya. ”Nasib baik tak pecah gegendang telinga ni.”
“Lina dah panggil Kak Faz banyak kali tapi Kak Faz buat tak tahu saja.” Halina membuat mimik muka.
Tiba-tiba Fazilah menarik Halina jauh dari lelaki itu beberapa langkah. “Mari jap!”
Halina hanya mengikut. Daniel hairan melihat gelagat dua orang wanita itu yang sedang berbisik antara satu sama lain. Mereka kutuk aku ke? Bila tengok dari gelagat mereka ni, lain macam saja. Aku ada buat salah ke? Sesekali Daniel melihat mereka berdua berpaling ke arahnya dan tersenyum.
“Handsome! Macam Dennis Oh! Kak suka Lina kawan dengan Daniel.” kata Fazilah secara tiba-tiba. Dia memberi green light pada Halina.
”Dennis Oh! Siapa dia?” tanya Halina. Apa kena dengan kak sepupu aku ni? Dah angau ke?
”Ala....pelakon korea tu yang berlaku dalam Sweet Spy! Sebijik macam Daniel cuma mata Daniel tu sepet sikit. Kalau mata dia bulat sikit mesti perfect.” Fazilah tersengih. Sesekali dia berpaling ke belakang melihat Daniel memandang mereka berdua dengan pandangan yang pelik.
“Sweet Spy! Kak Faz ni! Itu la selalu sangat tengok drama korea, inilah kesannya. Terpengaruh ! ” Halina menggelengkan kepalanya. Halina melihat ke kiri dan kanan ! Nampaknya dah ramai orang berpusu-pusu datang ke Lotte World. Hujung minggu memang masa yang sesuai untuk bersama keluarga.
”Daniel tu perfect. Kalau dia kaya, memang-memang lengkap la. Lina, apa kata korang berdua dating? Pasal Rizal tu, lupakan sajalah la. Dia ni lagi handsome! 10 kali handsome dari Rizal.” Cadang Fazilah.
“Jangan merepek! Lina dan Daniel hanya kawan saja. Kak Faz, jangan pandai-pandai! Jom! Mesti Daniel hairan bila lihat kita macam ni.” Halina menarik tangan Fazilah agar mengikutnya.
”Dah settle ke?” tanya Daniel melihat mereka berdua menghampiri Daniel.
”Ya! Emergency meeting!” jawab Halina sambil ketawa kecil. Dia menoleh ke arah kakak sepupunya yang juga menganggukkan kepala.
”Oooo...OK! Shall we?”
”Ok!” Halina tersenyum.
Halina dan Fazilah berjalan dahulu. Daniel tersenyum bila melihat telatah mereka berdua. Mesra! Bila melihat Halina bersama Fazilah, Daniel teringat akan kakaknya, lantas Daniel terus mengeluarkan telefon bimbitnya! Kenapa kak tak telefon aku lagi? Hati Daniel resah. Selagi dia belum mendengar suara kakaknya, jiwanya tak tenteram.

************************************

“Wah, berseri je muka kau hari ni! Maklumlah baru lepas keluar dengan buah hati !” usik Amran sebaik saja Daniel masuk ke dalam rumah. Amran tersengih. Senyumannya penuh dengan pelbagai makna.
“Kau jangan nak buat cerita! Lina tu kawan aku la.”
“Ala…kalau lebih pun tak apa! Kau pun solo lagi. Tak salah pun kalau korang berdua bercinta.”usik Amran lagi.
”Suka hati kau la, Am! Aku malas nak layan kau! Malam ni kita keluar makan, aku belanja!“ kata Daniel sebelum melangkah meninggalkan Amran.
”Yahoo! ” Amran menjerit riang. Mesti makan kat hotel lagi ni!
Daniel hanya menggelengkan kepalanya bila melihat telatah sahabatnya itu. Tiba-tiba telefon bimbit Daniel berbunyi, dengan pantas Daniel menjawab tanpa melihat siapa pemanggilnya. Dia tahu pasti pemanggilnya adalah kakaknya. ”Hello! Assalamualaikum”
”Waalaikumussalam! Cepatnya angkat” Dania memusingkan kerusinya menghadap ke luar tingkap bilik pejabatnya. Dia tersenyum sebaik saja mendengar suara adiknya.
”Kenapa lambat sangat kak call Daniel? Anything happens?” soal Daniel secara tiba-tiba. Hatinya dapat merasakan seolah-olah ada sesuatu yang tak kena.
“No! Don’t worry. Nothing happens here. Kak busy sikit minggu ni. Banyak projek perlu disiapkan !” bohong Dania. Daniel tak perlu tahu apa yang berlaku. Bila tiba masanya, Daniel akan tahu juga
Sebaik saja mendengar kata Dania, Daniel menarik nafas lega. Kata-kata kakaknya sedikit sebanyak mengurangkan kerunsingan yang bermain di mindanya. ”Oooo...I’ll see.”
”So...best tak, tinggal kat Korea?” tanya Dania.
”Best!”
”Tapi Daniel kena ingat, rumah Daniel sebenar adalah di sini. You should remember that.! You have to come back no matter what’s happen!”
“I know that, sis! Daniel akan balik bila tiba masanya nanti.”
“No! Daniel ada lagi 2 minggu untuk balik ke Malaysia. I hope you enjoy yourself. Kak tak kisah Daniel nak berfoya-foya dengan sesiapa pun tapi Daniel tetap akan balik ke sini.”
“Berfoya-foya!” bulat saja mata Daniel apabila mendengar perkataan itu. Berfoya-foya? Bila masa aku berfoya-foya pulak ni! Aku berfoya-foya dengan siapa? Selama ni aku keluar dengan Lina saja, takkan kak maksudkan aku berfoya-foya dengan Lina?
“Kak tak kisah tapi Daniel mesti balik. Kalau Daniel berdegil jugak, kak akan suruh atuk sendiri jemput Daniel balik!” ugut Dania. Mesti Daniel gelabah bila dengar nama atuk.
“Apa! Atuk!” Daniel terkejut lagi. Jantungnya berdegup kencang sebaik saja mendengar nama atuknya.
”Yes! I mean it. So, bye bye!” Dania terus menamatkan perbualan mereka berdua.
”Kak! Kak!” jerit Daniel bila Dania menamatkan perbualan mereka. Daniel mengetap bibirnya menahan geram. Main ugut pulak, kak ni!
”Kau ni kenapa terjerit-jerit.” kata Amran.
”Kakak aku ni! Main ugut-ugut pulak. Perangai sebijik macam atuk aku !” kata Daniel merenung telefon bimbitnya. Geram !’
”Ala perangai kau pun sama jugak dengan atuk kau !”kata Amran tersengih.
Daniel membuat mimik muka bila mendengar kata-kata Amran. ”Kau nak makan tak malam ni?” ugut Daniel
”Nak...Nak....Ok, patik minta maaf ye!” Amran ketawa kecil. Tengok tu, dia pun sama dengan atuk dan kakak dia. Suka sangat ugut orang. Kata kat orang, diri sendiri pun sama.
Dania melihat gambar yang berada di tangannya. Dania menoleh ke arah Ali yang setia berdiri di sebelahnya. ”Ali, saya nak awak siasat latarbelakang perempuan ni. Details! Everything i want to know about her.” Dania memberi gambar itu pada Ali.
“Baiklah, Cik Muda!” Ali mengambil gambar Daniel bersama seorang wanita.
Dahi Dania berkerut seolah-olah dia sedang berfikir. Dania melihat Ali.. “Looks like Daniel fall in love with this girl.” Kata Dania secara tiba-tiba.Berdasarkan daripada gambar yang diterimanya, telahannya takkan salah. Renungan dan senyuman Daniel pada perempuan itu lain. Dania masak benar dengan perangai adiknya. What should I do?




6 comments:

::cHeeSeCaKe:: said...

hohoho..jgn risau dania..
halina mmg sesuai utk dijadikan adik ipar dania..
heeh..writer...pliz..i begging u..
jgn matikan dania plizz..
xbest klu dania xde..

keSENGALan teserlah.. said...

haha..sokong2 cheesecake..
halina baekk..
ngaaaaaa..tanak la dania mati..
pliss..nk dania bhgie with hairi..
hehe..

alreinsy said...

sokong2... halina mmg sesuai utk daniel... apa2 pun, sila la smbg lg... mkn best la pulak citer nih...

hana_aniz said...

selama-lamanya dania utk hairi..
huhuhu..
tak nak dania mati.

sinichies_girl88 said...

tul tu klu dania takde cian kat hairi heheh
ermmmm halina is the perfect person 4 daniel...
keep it up...
sambung...sambung...

aqilah said...

please, minta2 hairi mampu pujuk dania buat treatment.

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIANKU - BAB 6

  Bab 6             USAI solat Subuh, Atan terus menuju ke dapur. Dia membuka peti sejuk dan mengeluarkan bahan-bahan untuk dimasak pagi ...