Thursday, June 10, 2010

Rahsia Hati 39

BAB 39

“So what’s up, sis? Apa yang penting sangat sampai tak boleh tunggu Daniel balik?” kata Daniel sebaik saja melabuhkan punggung di sofa yang terletak berhadapan dengan Dania. “Aaa…kakak dah buat keputusan untuk berkahwin dengan Abang Hairi ke?” teka Daniel sambil tersenyum.
Usikan Daniel langsung tidak memberi apa-apa reaksi pada Dania. Matanya hanya tepat merenung adiknya. “We need to talk seriously! Something that you should know long time ago, Daniel!”
Daniel terkejut dengan kata-kata Dania. ”Apa maksud kakak?”
”Dulu Daniel pernah tanya pada kakak, kenapa kakak tak suka pada Uncle Johari kan?”
”Ya, itu dulu tapi sekarang Daniel dah tahu sebabnya.”
Dania tergamam bila mendengar kata-kata adiknya. Adakah Daniel sudah tahu kemalangan yang melibatkan arwah papa dan mama ada kaitan dengan Uncle Johari? Bagaimana Daniel tahu tentang hal ni? Dania mula panik.
”Sebab Uncle Johari ingin membolot semua harta atuk, dia tak nak kita dapat satu sen pun. Kerana itulah kakak benci Uncle Johari.”
Dania menundukkan kepalanya. Dia mengeluh kecil. Rupanya ini yang difikirkan oleh adiknya. Perkara ini bukanlah semudah yang disangkakan. ”No!” tegas Dania.
Berkerut dahi Daniel apa mendengar kata-kata Dania.
”Perkara ni berkaitan dengan arwah mama dan papa.”
Bulat mata Daniel merenung kakaknya. ”Apa maksud kakak? ” Jantung Daniel tiba-tiba berdegup kencang.
”Kemalangan yang melibatkan arwah mama dan papa sebenarnya telah dirancang.” Berat untuk Dania menceritakan perkara sebenarnya tapi sekarang Daniel perlu tahu kebenarannya.
”Apa!”
”Ya. Semuanya dirancang. Dirancang oleh Uncle Johari.”
”Apa!” Suara Daniel meninggi. Dia terus bangun dan matanya tepat merenung kakaknya. Tangan Daniel tiba mengigil menahan geram. Dia masih tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Adakah aku tersalah dengar atau kakak sengaja ingin bergurau dengan aku?
”Itu adalah kenyataan.” tegas Dania. Dia tahu memang sukar untuk Daniel menerima pada mulanya tetapi kenyataan tetap kenyataan.
Mata Daniel mula berair. Air matanya mula mengalir tanpa disedari. “How long you know about this sis?”
“Beberapa hari selepas kematian arwah mama dan papa, kebetulan kakak terdengar perbualan Uncle Johari dan Mansur.”
“Kenapa kakak tak beritahu Daniel? Kenapa kakak rahsiakan perkara ni dari Daniel. Daniel berhak tahu semua ni” marah Daniel
“sebab kakak tak nak Daniel jadi macam kakak!” Dania tiba-tiba meninggikan suaranya.
Daniel tercengang bila Dania meninggikan suaranya. Inilah kali pertama meninggikan suaranya. “Kalau kakak ikutkan hati, kakak tak nak beritahu Daniel tentang perkara ni tapi disebabkan atuk juga tahu tentang perkara ni, kakak rasa Daniel perlu tahu juga.”
”Atuk pun tahu!”
”Ya. Daripada Daniel dengar dari mulut atuk, lebih baik kakak sendiri beritahu Daniel.”
”Ini tak adil! Kenapa Daniel perlu jadi orang terakhir untuk mengetahui semua ni? Daniel bukan budak kecil lagi untuk kakak lindungi. Daniel dah besar.” Daniel mula naik angin.
”For me, you’re still my little brother. Itu tugas kakak untuk lindungi adiknya sendiri.” Dania terus bangun.
“Kakak!”
“Listen here! Kakak nak Daniel jangan bertindak melulu, tentang Uncle Johari biar kakak uruskan. Daniel jangan masuk campur.”
“Apa maksud, kakak?”
“Tentang Uncle Johari , kakak tak nak Daniel masuk campur! Hanya tunggu dan lihat.” Kata Dania terus keluar dari rumah itu.
Daniel masih tercegat . Lidahnya kelu untuk berkata. Apa maksud kata-kata terakhir kakak tadi? Daniel mula berasa tak sedap hati.Adakah kakaknya telah merancang sesuatu tanpa pengetahuannya.

************************************

Halina merenung Daniel yang masih mendiamkan diri. Sejak mereka tiba di Restoran Mekar, Dania hanya diam membisu dan termenung saja sedangkan semalam Daniel yang beriya-iya mengajak dia keluar lunch bersama. Hari ni kelakuan Daniel berlainan dari biasa selalunya Daniel la yang banyak bercakap tapi sekarang....
”Daniel” panggil Halina dengan lembut. Hatinya risau bila melihat Daniel seperti itu. Ada masalah ke? Namun panggilan Halina tidak didengar oleh Daniel seolah-olah Daniel berasa dalam dimensinya sendiri. ”Daniel!” Halina meninggikan suaranya sambil memegang lembut lengan Daniel.
Daniel terkejut bila Halina memegang lengan lantas dia terus menoleh ke arah Halina yang duduk berhadapannya.
”Are you ok?”
”Aaaa....i’m fine!” Daniel cuba tersenyum.
”Awak ada masalah ke? Dari tadi saya tengok awak asyik termenung saja.”
”Aaa...tak ada apa-apa.” Bohong Daniel. Sebentar tadi, banyak perkara yang sedang bermain di fikirannya. Kata-kata kakaknya semalam benar-benar membuat dia risau. Pasti kakak telah merancang sesuatu. Aku perlu tahu apa rancangan kakak?
Dia risau jika kakaknya bertindak di luar jangkaan. Sekarang dia hanya ada kakak dan atuk saja. Dia tak nak kehilangan kakaknya pula.
“Daniel!” panggil Halina bila melihat Daniel tiba-tiba termenung.
“Ya....Aaa...kita order sekarang ye? Waiter!”
Halina merenung Daniel. Pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran Daniel. Masalah syarikat ke?
”Lina, nak minum apa?” soal Daniel bila pelayan restoran itu datang ke meja mereka.
”Aaa....fresh orange”
”Coffee.” kata Daniel.
”Makan?” soal pelayan itu sambil tersenyum melihat mereka berdua.
”Nasi Ayam.”
”Sama! Nasi Ayam 2.” Daniel mencelah. Pelayan itu menganggukkan kepala sambil tangannya pantas menulis minuman dan makanan yang dipesan oleh Daniel dan Halina. ”Terima kasih.” kata Halina tersenyum. Pelayan itu membalas senyuman Halina dan segera beredar dari situ.
”Lina!” Tiba-tiba ada suara menegur mereka. Serentak mereka berdua menoleh. Air muka Halina berubah melihat pasangan yang berdiri tidak jauh dari mereka.
”Tuan Muda!’ Rizal melihat lelaki yang duduk berhadapan dengan Halina. Dia terkejut bila melihat Daniel bersama Halina apabila masuk ke restoran itu. Dia tak percaya melihat mereka berdua.
Halina melihat ke arah Melissa yang seolah-olah tergamam melihat mereka berdua. Halina hanya tersenyum.
Melissa merenung Halina seperti ingin menelannya hidup-hidup. Macam mana mereka berdua boleh makan bersama? Bermacam-macam soalan bermain di fikirannya. Dia cemburu melihat mereka berdua.
”Aaa...Rizal! Melissa!” Daniel tersenyum.
“Aaa....Tuan Muda....Halina.” Rizal seolah-olah terpinga-pinga.
“Come join us! Boleh kita berbual sama-sama?” ajak Daniel.
”It’s ok!” kata Rizal.
”Come on! Ramai-ramai pasti meriah.” ajak Daniel lagi
“Ala, Abang Rizal jangan la malu-malu.” Halina pula bersuara.
Rizal menoleh ke arah Melissa. Melissa hanya menganggukkan kepalanya. Dia ingin tahu hubungan sebenar antara Tuan Muda dan Halina.
Mereka berdua terus duduk. Rizal tersenyum melihat Daniel dan Halina. ”Aaa...can i ask you guy something?”
”Sure!” jawab Daniel.
”How long you guys know each other?” soal Rizal.
“Dah lama.” Jawab Daniel.
“Dah lama!” Melissa terkejut. Mustahil! Kenapa dia tak tahu pun?
”Actually we meet at Korea. Then we are friends and now….” Daniel menoleh kea rah Halina dan terus memegang tangan Halina. Halina terkejut dengan tindakkan Daniel. ”She’s my girlfriend.”
”Apa!” Bulat mata Melissa bila mendengar pengakuan Daniel. Rizal juga terkejut.
Halina mengetap bibirnya menahan geram. Bila pulak aku setuju nak jadi girlfriend dia? Pandai-pandai saja.
”Soon, we want to get engage.”
Melissa mengenggam erat tangannya bila mendengar kata-kata Daniel. Dia melihat ke arah Halina yang sedang melihat ke arah Daniel. Tak guna! Melissa cuba menahan kemarahan di hatinya. Dia tak sangka Halina mengenali Tuan Muda lebih awal darinya kalau la....aku berjumpa Tuan Muda dahulu.
”Tahniah!“ Rizal hanya tersengih. Pandai Lina merahsiakan perkara ni!
Halina merenung Daniel seolah-olah ingin ditelannya. Bertunang! Eee....Daniel ni memang suka buat keputusan ikut hati dia saja. Halina menoleh ke arah Melissa yang duduk di sebelahnya. Halina berasa tak sedap hati melihat pandangan Melissa terhadapannya. Pasti selepas ni Melissa akan berjumpa dengan aku.

*****************************************

Halina menggelengkan kepalanya bila melihat Melissa sedang menyandarkan dirinya di kereta Halina. Tekaannya memang tepat pasti Melissa akan bersemuka dengannya. Halina berjalan menghampiri Melissa.
”Kau nak apa lagi, Melissa?“
”Kau ni memang pandai berlakon! Kau rupanya lebih hebat dari aku ! Patut la kau tak kisah aku couple dengan Abang Rizal, rupa-rupanya kau dah dapat ikan emas. Kau ni memang hipokrit.” Marah Melissa secara tiba-tiba.
”Hey, Melissa ! Kau jangan nak samakan aku dengan kau. Aku dengan Tuan Muda dah lama kenal. Aku kenali Tuan Muda pun sewaktu di Korea lagipun pada waktu aku tak kenal siapa dia yang sebenarnya. Bila aku kerja di sini baru aku tahu siapa dia yang sebenarnya.”
Melissa ketawa kecil mendengar kata-kata Halina. ” Kau ingat aku budak kecil ke? Senang ditipu! Dengan aku, kau tak payah la nak berpura-pura baik. Tak kenal konon.”
”Kau nak percaya atau tidak, itu terpulang pada kau. Aku peduli apa”
”Hey, Lina! Kau dengar sini baik-baik, kau ingat kau menang sekarang ni. Aku takkan biarkan kau bersama dengan Tuan Muda. Tuan Muda hak aku.” tegas Melissa.
”Kau ni dah gila ke, Melissa. Bukan ke kau dah berbaik semula dengan Abang Rizal? Apa lagi yang kau tak puas hati lagi ni!” Berkerut dahi Halina mendengar kata-kata Melissa.
”Bila masa aku berbaik dengan Abang Rizal, Abang Rizal yang paksa aku lunch dengan dia. Kalau ikutkan hati, tak ingin aku lunch dengan Abang Rizal. Tak ada class langsung.”
”Melissa, kau ni kenapa, hah! Kenapa kau tak nak hargai orang yang mencintai diri kau? Kau ni memang tak reti nak bersyukur.”
”Abang Rizal tu ada apa? Setakat producer, aku tak heran la. Kalau kau nak Abang Rizal balik, kau ambil la. Kau bagi Tuan Muda kat aku.” Melissa geram. Dia fikirannya tadi masih terbayang kemesraan Halina dan Tuan Muda di restoran tengahari tadi.
”Melissa, kau ingat Abang Rizal dan Tuan Muda tu benda ke! Senang-senang kau tolak sana sini. Untuk pengetahuan kau, aku dan Tuan Muda saling mencintai antara satu sama lain. Aku takkan biarkan kau musnahkan hubungan kami!” marah Halina. Dia merenung wanita yang berambut perang itu.
”Kalau aku boleh rampas Abang Rizal dari kau, tak susah bagi aku nak rampas Tuan Muda dari kau! Semua lelaki sama saja. Kau ingat mereka akan tolak wanita yang cantik macam aku! Kau tunggu dan lihat saja la. Aku akan buat kau putih mata. Merana!” Melissa tersenyum kambing.
”Ya, ke? Aku percaya pada Tuan Muda, dia takkan jatuh ke dalam perangkap kau kerana dia tak selemah seperti yang kau sangka.Plus, untuk pengetahuan kau, kakak dan atuk Tuan Muda bukan sebarangan orang. Kau ingat mereka akan terima perempuan pisau cukur macam kau dalam keluarga mereka. Mereka akan siasat latarbelakang kau sehingga ke lubang cacing. Kalau aku, latarbelakang aku tak ada masalah tapi kau! Pasti ada banyak rekod yang kurang sedap dilihat. Hmmm...pasti kau tak pernah lupa berapa orang lelaki yang pernah jadi suami kau, kan!” Halina senyum kambing ke arah Melissa dan terus masuk ke dalam keretanya. Enjin kereta dihidupkan.
Melissa tergamam dengan kata-kata Halina. ”Halina!” jerit Melissa sambil menghentakkan kakaknya. Berani kau ugut aku! Melissa memerhati kereta Halina yang jauh meninggalkan dirinya. Kau tunggu dan lihat, Halina. Semua lelaki sama saja. Aku akan pasti aku menjadi isteri Tengku Daniel Darius. Kekayaan dan pangkat Tuan Muda akan menjadi milik aku.
Halina melihat Melissa melalui side mirror keretanya. Halina tersengih melihat gelagat Melissa. Nah, ambik kau! Melissa, kali ni aku takkan biarkan kau rampas segalanya milik aku!

************************************

”Mak Munah! Bau Tom Yam yang Mak Munah masak ni dari luar lagi dah bau. Dania sekarang ni lapar ...sangat...sangat.” Kata Dania terus melangkah ke dapur. Perutnya sekarang ni sudah berkeroncong lapar. Mak Munah macam tahu saja aku teringin nak makan Tom Yam.Mata Dania tepat merenung lelaki yang sedang masak di dapur.
”Oooo...Bagus la, Dania dah balik. Makan malam dah siap. Semua lauk Hairi masak termasuk Tom Yam kegemaran Dania.” Mak Munah tersenyum bila melihat kehadiran Dania di dapur.
“Apa dia buat kat sini?” Dania menuding jari ke arah Hairi. Eee....sekarang ni rumah aku dah macam rumah dia pulak.Rimas.
“Saya masak dinner kat awak. Special for you.”
”Tak payah. Saya dah kenyang.” kata Dania terus keluar dari dapur.
”Dania!” jerit Hairi terus mengejar Dania.
Langkah Dania terhenti bila melihat Tan Sri Daud berdiri tidak jauh darinya. ”Bagus la, kau dah balik. Atuk dah lapar ni. Sekejap lagi adik kau balik. Ajak Hairi sekali.”
“Jadi atuk la yang undang Hairi datang ke sini?” soal Dania.
“Ya. Salah ke kalau atuk jemput Hairi? Ini rumah atuk. Atuk boleh jemput sesiapa pun atuk nak.”
“Atuk!” Dania meninggikan suaranya.
Langkah Hairi terhenti bila melihat kehadiran Tan Sri Daud. “Atuk” tegur Hairi dengan hormat.
“Hairi! Jom, kita makan sama-sama.” Tan Sri Daud tersengih.
”Atuk makan la. Dania dah kenyang. Dania naik atas dulu.”
“Dania! Mari makan sama-sama. Tak baik layan tetamu macam ni.”
”Dia tetamu atuk bukan tetamu Dania. Dania malas nak layan.”
“Budak ni!” Tan Sri Daud mengetap bibirnya menahan geram.
“Abang Hairi!” tegur Daniel sebaik saja melangkah masuk ke rumah.
“Daniel!” Hairi tersengih melihat Daniel.
”Wah, Abang Daniel dah tukar occupation ke? Siap pakai apron lagi.“ Hairi ketawa kecil melihat penampilan Hairi. Daniel mengalih pandangannya ke arah kakaknya. Masam! Siap jeling lagi kat aku. Mesti tak puas hati kat aku la tu sebab baik dengan Abang Hairi.
”Well, biasa la. Nak ambil hati kakak Daniel yang jual mahal ni.” Hairi mengenyit matanya ke arah Dania.
”Atuk nak Dania makan sama. Daniel pun dah balik.”
”Atuk makan la. Dania dah kenyang.” Tegas Dania.
“Dania! Kamu kenyang ke tak, atuk tak peduli. Kamu kena makan dengan atuk jugak.”
”Atuk!” Dania memberontak apabila dipaksa. Lihat muka Hairi dah hilang selera aku.
”Kalau tak, nanti atuk call tok kadi! Suruh datang malam ni jugak. Atuk nikahkan kamu dengan Hairi malam ni.”
”Atuk!” Dania terkejut dengan kata atuknya.
”Betul ke atuk? Aaa...Dania, awak tak payah la makan. Kita kahwin terus malam ni.” kata Hairi secara tiba-tiba. Dia sengaja nak usik Dania. Pasti Dania gelabah.
”Amboi, Abang Hairi ni. Gelojoh sangat. Dengar nak kawin saja dengan kakak, wajah terus berseri-seri.” Daniel menyampuk.
”Daniel!” jerit Dania. Sakit hatinya bila adik kandungnya sendiri menyebelahi orang luar. Eeee...mereka semua ni dah terkena guna-guna ke? Semuanya berpihak pada Hairi. ”Ok...Ok...Dania makan sekali.” Dania terus berjalan menuju ke rumah makan sambil mulut terkumit-kumit bercakap sesuatu.
Daniel tersengih melihat gelagat kakaknya. ”Jom, atuk! Abang hairi! Kita makan.” Daniel berjalan bersama-sama menuju ke ruang makan.

***********************************

Dania terkejut melihat lampu di penthouse miliknya menyala. Rasa-rasanya hari tu dia dah tutup semua lampu. Wardina dah sampai ke? Semalam dia call, katanya ada hal penting nak beritahu aku. Nak jumpa kat sini? Kenapa? Dania pelik dengan kelakuan Wardina. Kebelakangan ni Dina jarang menghubunginya.
”Dah sampai!” tegur seseorang.
”Awak!” Bulat mata Dania sambil mulutnya terketar-ketar menahan geram bila melihat orang yang menegurnya sebentar tadi. ”Macam mana awak masuk ke sini?” marah Dania bila melihat Hairi yang sedang berdiri tidak jauh darinya.
Hairi hanya tersenyum kambing. Air muka Dania apabila melihat dirinya seolah-olah seperti nampak hantu.
”Macam mana awak tahu saya ada kat sini? And how you get in here?” soal Dania bertubi-tubi. Tiada siapa tahu aku nak jumpa Dina kat sini kecuali….Daniel! Pasti! Ini pasti kerja Daniel. Pasti dia beritahu Hairi. Eee….balik nanti siap la!
“By key!” Hairi mengeluarkan kunci dari poket seluarnya.
Dania mengetap bibirnya menahan geram. Kenapa sekarang ni ke mana saja aku pergi, asyik terjumpa dengan mamat ni saja. Dah macam jadi bayang-bayang aku saja. “Now, get out!”
“Saya baru saja datang.”
“Awak nak kita berdua kena tangkap basah ke?”
“Tangkap basah! Boleh jugak. Kenapa la dari dulu lagi saya tak pernah terfikir cara ni. Cepat sikit kita kahwin.”
“Hairi!” jerit Dania. Dia geram bila Hairi sedang mempermainkan dirinya.
“Dania! Dari luar lagi aku dah dengar suara kau? Apa halnya?” kata Wardina sebaik saja melangkah masuk ke penthouse milik Dania. Ali mengekorinya dari belakang. “Oooo..Hairi, awak pun ada kat sini?” Wardina terkejut dengan kehadiran Hairi.
“Ok! Dina dah sampai! Lebih awak balik sekarang.” arah Dania. Mujurlah Wardina sampai kalau tak tahu la apa nak jadi. Entah-entah roboh bangunan ni dibuatnya.
”Aaa...baguslah, kalau Hairi ada sama!” Wardina terus berjalan menuju ke sofa tanpa dipelawa oleh Dania.
”What!”
”Dina says ok!” Hairi terus mengikut Wardina ke ruang tamu.
”What’s wrong with you guys?” Dania geram bila semua orang menyebelahi Hairi. Hatinya sakit.
“Dania, sit! We need to talk seriously.”
Dania mengeluh. Dia terus mendekati dan duduk di sebelah Wardina.
“Aku nak tanya kau! Sejak kau tak makan ubat, apa kau rasa sekarang ni? Maksud aku, sakit kepala kau teruk x ?”
”Hmm...aku baru nak tanya kau! Sejak aku tak makan ubat tu, sakit kepala aku makin berkurangan dah tak terlalu sakit macam dulu. Yang pelik tu, dah beberapa hari ni aku dah jarang muntah. Kenapa? Aku rasa pelik la. Aku hanya makan vitamin yang kau berikan pada aku hari tu.” Dania perasaan akan perubahan dirinya beberapa hari ini.
”Hmm...” Dahi Wardina berkedut. Aku dah agak dah.
”Aku nak kau berterus-terang dengan aku. Be honest.” Wardina terus mengeluarkan 2 botol ubat milik Dania yang pernah diambilnya beberapa hari lepas. ”Aku nak tahu, kau simpan mana botol-botol ubat yang selebihnya? Aku tahu kau takkan makan ubat ni habis.”
Dania terkejut dengan kata-kata Wardina. Bibirnya terketar-ketar. ”Aaa....botol ubat apa? Semua ubat yang aku ambil kat hospital ari tu aku makan abis la. Kau ni...Kau ingat aku budak-budak lagi. Buat apa aku simpan ubat-ubat tu?’ Dania cuba berdalih. Kalau la Dina tahu, aku tak makan abis ubat-ubat tu ! Pasti pekak telinga aku ni dengar Dina berleter. Dania melarikan anak matanya ke arah lain.
”Tu...Tu....aku kenal kau bukannya sehari dua! Aku dah masak dengan perangai kau, Dania. Tu..Tu...kau bila berbohong, kau pasti tak berani nak bertentang mata dengan aku! Mana kau sorokkan ubat-ubat tu?“ soal Wardina lagi. Alah...macam la aku tak kenal perangai kau, Dania. Kau tu, penakut dengan ubat.
”Dania takut makan ubat, biar betul?“ Hairi ketawa apabila mendengar kata-kata Wardina. Nampak saja berani rupa-rupanya takut makan ubat. Geli hati bila mendengarnya.
”Shut up!” marah Dania apabila Hairi mengejek dirinya.
“Dania! Mana ubat-ubat tu?” tegas Wardina.
“Wait!” Dania mengalah dan bangun menuju ke biliknya. Beberapa minit kemudian, Dania keluar dengan membawa sebuah kotak di tangannya. Berkerut dahi Ali apabila melihat kotak itu. Nampaknya telahan Cik Wardina memang tepat. Maknanya selama ni, Cik Muda tak makan habis ubat yang diberikan oleh Dr. Hazwan.
Wardina menggelengkan kepalanya beberapa kali. Dania! Dania!
Dania meletakkan kotak itu di atas meja kecil yang berada di hadapan mereka.
Pantas Wardina membuka kotak itu. Matanya bulat melihat kandungan dalam kotak itu. Wardina menoleh ke arah Dania. ”Dania!” Wardina meninggikan suaranya.
Dania hanya membuat mimik muka.
Hairi tak percaya melihat kandungan di dalam kotak itu. Banyaknya botol ubat. Penuh satu kotak. Biar betul si Dania ni. Hairi mengalih pandangannya ke arah Dania.
Dania buat tak tahu saja.
Wardina terus mengambil salah satu botol ubat di dalam kotak itu. Botol ubat itu digoncangnya beberapa kali. Banyak lagi! Wardina mengetap bibirnya menahan geram. Aaaa...bagus juga Dania tak makan ubat ni! Kalau dia makan semua ubat ni ikut waktu, pasti keadaan Dania bertambah teruk. ”Baguslah, kau tak makan ubat ni!” Wardina bersuara.
”Apa!” Dania tak percaya dengan apa yang didengarnya.
Hairi dan Ali juga terkejut dengan kata-kata Wardina.
”Dania, kau ingat ari tu aku ada jumpa kau! Lepas tu aku balik tergesa-gesa selepas aku tengok ubat kau!”
”Ingat!Aku baru nak tanya kau pasal hari tu! Kenapa kau tiba-tiba saja nak balik? Muka kau pucat pulak tu.”
”Disebabkan ubat ni!” Wardina menunjukkan botol ubat yang berada di tangannya. ”Ini bukan ubat tapi racun! Ada orang cuba bunuh kau, Dania!”jelas Wardina.
”Apa!” Hairi terkejut dan menoleh ke arah Dania yang tidak menunjukkan reaksi.
Ali juga terkejut.
” ubat yang aku bawa kat kau ari tu dan ubat yang kau makan selama ni, kandungannya berbeza. Aku pelik sebab kawan aku beritahu ubat untuk penyakit barah otak hanya ada 2 jenis saja tapi ubat yang kau makan tu lain. Bila aku bawa ubat tu untuk dianalisa, ternyata ubat itu adalah racun yang akan merosakkan organ dalaman dan mati secara perlahan-lahan.” jelas Wardina lagi. Dia memegang lembut tangan Dania. Dia tak tahu kenapa Dania perlu lalui semua ni.
”What!Maksudnya. ada orang cuba nak bunuh Dania la!” Hairi terus bangun. Dia tak percaya dengan apa yang didengarnya.
”So kau nak aku buat apa sekarang ni?” Dania kelihatan tenang
”Aku nak kau buat medical check up. Aku rasa kau tak ada penyakit barah otak. Ada orang sengaja palsukan rekod perubatan kau supaya kau ingat kau menghadapi penyakit barah otak malah mereka nak kau makan ubat racun ni. Kau buat medical check di klinik kawan aku. Kat hospital tu dah tak selamat. Aku dah tetapkan appointment kau esok pagi. Nanti aku datang jemput kau.”
Dania mengeluh perlahan. “Hmmm….baiklah! I need to take fresh air.” Dania terus bangun dan berjalan meninggalkan mereka dan menuju ke balkoni.
“Cik Muda!” kata Ali dengan nada sayu.
“Hairi! I need your help. Can you stay with Dania? She’s need someone. I know her. Walaupun dia nampak kuat tapi sebenarnya dia lemah. Dengan apa yang terjadi sekarang ni, aku tak tahu berapa lama lagi dia dapat bertahan dengan semua ni. Sejak dulu lagi, dia menanggung seorang diri. Aku harap awak berada di sisinya.” Kata Wardina. Dia tahu hanya Hairi yang boleh menenangkan Dania. Dia risau jika sesuatu terjadi pada Dania.
“I’ll take care of her. Don’t worry!”
Wardina menoleh ke arah Ali. “Ini nama yang mungkin terlibat dalam komplot ni. Aku nak kau siasat latarbelakang dan kewangan mereka. Aku takkan biarkan mereka begitu saja.” Wardina mengeluarkan sekeping kertas dari beg tangannya. Dia memberi kepada Ali.
“saya akan uruskan, Cik Wardina. Aaa....Dr. Hazwan?”
”Dia tak balik lagi. Aku akan beritahu Dr. Hazwan pasal hal ni. Pasti dia tak tahu ada kakitangan hospital terlibat dalam cubaan membunuh Dania. Aku nak kau siasat perkara dengan senyap, aku tak nak mastermind yang cuba bunuh Dania tahu yang kita sudah tahu segala-galanya.”
”Baiklah!” Ali segera beredar dari situ. Aku takkan biarkan sesiapa yang sakiti Cik Muda terlepas begitu saja.
”Please! Take care of her!” kata Wardina dengan lembut.
Hairi menganggukkan kepalanya. Hairi melihat ke arah balkoni. Sayu saja hatinya.

***************************************

”Apa!” Murni terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Ali. Berita ni memang mengejutkan dirinya. Sukar untuk dia percaya yang ada orang cuba bunuh Cik Muda dengan cara ni. ”Baiklah, aku datang segera.” Murni terus menamatkan panggilan Ali.
Dengan tiba-tiba Murni membaling telefon bimbitnya ke dinding, berkecai telefon bimbit itu. Daniel yang kebetulan masuk ke bilik pejabatnya terkejut melihat apa yang berlaku.
”Murni!”
Murni menoleh dan dia terkejut dengan kehadiran Daniel. ”Maaf, Tuan Muda!” Pantas Murni mengutip telefon bimbitnya yang hancur berkecai. Irfan hanya memerhati.
”What’s wrong, Murni?” soal Daniel. Dia pelik dengan kelakuan Murni hari ni.
”Aaa....Tuan Muda, saya nak minta kebenaran Tuan Muda untuk keluar sebentar. Ali ingin berjumpa dengan saya.” kata Murni.
”Ali! Ada apa?” soal Daniel ingin tahu.
“Tak tahu, Tuan Muda!” bohong Murni.
“Hmm...baiklah!”
“Terima kasih, Tuan Muda!” Murni segera beredar dari situ.
”Tuan Muda, tak rasa ke perangai Murni pelik hari ni? Wajah dia pucat semacam saja.”
“Hmm...saya pun rasa begitu.”
“Aaa...Tuan Muda, ada sesuatu yang Tuan Muda perlu tahu.” Beritahu Irfan.
“Apa dia!” Daniel berjalan dan terus duduk di kerusinya.
“Saya dapat tahu kebelakangan ni, Dato’ Johari berjumpa dengan ahli lembaga pengarah. Dia nak mereka bersetuju dengannya untuk mengadakan mesyuarat lembaga pengarah pada hujung bulan ni.” Beritahu Irfan.
“Apa! Uncle Johari ni memang dah hilang akal. Dalam tahun ni saja, mesyuarat lembaga pengarah sudah beberapa kali diadakan. Dia ingat kita semua ni tak ada kerja lain ke. Awak tahu tak agenda utama mesyuarat lembaga pengarah tu.”
”Tentang Cik Muda!”
”Apa! Kakak! Kenapa dengan kakak?” soal Daniel terkejut apabila nama kakaknya disebut.
”Saya tak pasti tentang butiran selanjutnya, Tuan Muda tapi saya sudah suruh orang saya siasat perkara ni.”
Daniel mengeluh. ”Baiklah! Nanti awak beritahu pada saya dengan segera. Saya nak tahu apa rancangan Uncle Johari kali ni. Saya takkan benarkan dia sakiti kakak saya.” Daniel mengetap bibirnya menahan geram. Uncle Johari ni memang sudah melampau. Tak cukup lagi ke selepas apa dia lakukan pada arwah mama dan papa. Dia memang manusia yang tak pernah kenal erti puas.

2 comments:

hani said...

ceta makin menarik..tak sabar nak tahu endingnya
sapa yang dajalkan dania? kejam....

aqilah said...

wahh...............kali ni puas hati sbb byk part hairi dgn dania...............yes!!!!!!!!!!
dania have no reason now.......to avoid hairi....................apapun, akak follow...............

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...