Saturday, June 19, 2010

Rahsia Hati 40

BAB 40


Hairi melihat ke arah balkoni. Sudah 15 minit, Dania berada di situ. Hati Hairi mula risau. Hairi terus bangun dan berjalan ke balkoni. Perlahan-lahan dia menghampiri Dania yang sedang berdiri. Dania hanya mendiamkan diri.
“Dania!” panggil Hairi namun tiada reaksi dari Dania. “Dania!”
“Ada apa?” Dania bersuara.
“Aaa...Nothing! Saja je panggil awak. Bila dah dapat dengar suara awak, lega hati saya.”
Dania buat tak tahu saja. Dia malas nak melayan Hairi. Sekarang ni fikirannya berserabut. Dia cuba kuatkan semangatnya. Apa yang diberitahu oleh Wardina sebentar tadi tidak mengejutkan dirinya langsung. Hanya apa yang bermain di fikirannya sekarang adalah siapa yang ingin membunuhnya. Uncle Johari? Tak mungkin. Ini bukan cara Uncle Johari. Dania memejamkan matanya seketika
“Dania!” panggil Hairi. Dia hairan apabila Dania terdiam.
“Are you ok?” soal Hairi lagi risau.
“Awak nak saya jawab yang saya ok selepas ada orang cuba membunuh saya. Begitu ke jawapan yang awak nak dengar!”
“I know it’s a stupid question. Tapi saya tak tahu perkataan apa yang sesuai untuk saya katakan untuk tenangkan hati awak, legakan hati awak dan pujuk awak selepas apa yang berlaku. Apa yang saya nak awak tahu, saya akan sentiasa berada di sisi awak, Dania. Saya tak nak awak tanggung semua ni seorang diri lagi. Awak ada saya. Saya akan lindungi awak.” Ucap Hairi bersungguh-sungguh.
Dania tergamam bila mendengar kata-kata Hairi. Hatinya tersentuh bila mendengar kata-kata Hairi padanya. Pelbagai cara dia lakukan agar Hairi meninggalkan dirinya namun Hairi masih setia berada di sisinya. Adakah Hairi benar-benar mencintaiku? Adakah cintanya benar-benar ikhlas dan tulus terhadapku? Adakah aku perlu menerima cintanya?
“Hairi! Kehidupan kita jauh berbeza. Saya ada tanggungjawab saya sendiri. Saya tak sama macam awak. Kehidupan saya dikelilingi oleh manusia yang penuh hasad dengki, kepura-puraan dan tamak. Awak nak masuk ke dalam dunia saya ke? Tak payah. Saya dah rasa macam mana kehilangan orang tersayang. Sakit! Perit! Pahit! Sedih! Semua saya pernah rasa. Awak tak faham langsung perasaan saya.” Mata Dania mula berair. Dia teringat kembali sewaktu menerima berita tentang kemalangan yang menimpa papa dan mamanya. Jika diberi pilihan, dia tak ingin memiliki apa yang ada padanya sekarang ni! Apa yang dia mahukan hanyalah mama dan papa sahaja.
“Saya tahu! Saya sedar bahawa saya tak merasai apa yang awak rasa tetapi ini bukannya penghalangnya untuk kita bersama, Dania.” Pujuk Hairi lagi.
Dania menggelengkan kepalanya. “It’s easy for you to say. Masa Daniel ditembak 7 tahun lalu, perasaan saya pada waktu itu tiada siapa yang tahu bagaimana rasanya bila melihat adik sendiri berlumuran darah disebabkan kelalaian saya sendiri. Jika pada waktu itu, saya datang lebih awal! Daniel takkan ditembak. Waktu tu, saya hanya menyalahkan diri sendiri dan berdoa agar Daniel selamat kerana saya tak sanggup lagi kehilangan orang tersayang. Sakit, takut, risau! Semua saya pernah rasa. Awak nak saya merasainya sekali lagi ke? Awak nak saya jadi gila ke? Saya takkan benarkan awak masuk ke dunia saya, Hairi. Lupakan saya.” Air mata Dania menitis sambil matanya tepat merenung Hairi. “Please. Hairi!” Dania terus berlalu meninggalkan Hairi dan melangkah menuju ke biliknya. Pintu bilik ditutup dengan kuat.
Hairi menundukkan kepalanya. Dirinya kecewa apabila mendengar kata-kata Dania. Sukarkah untuk Dania menerima dirinya.
“Cik Muda tak nak kehilangan Tuan Hairi sebab itu dia tak nak terima Tuan Hairi dalan hidupnya.” Murni tiba-tiba mencelah. Sejak dari tadi dia mendengar perbualan antara Cik Muda dengan Tuan Hairi. Dia faham kenapa Cik Muda bertindak sedemikian. Hidup Cik Muda rumit, tidak seperti orang lain. Tujuan dia datang ke sini disebabkan Ali menyuruhnya menjaga Cik Muda kerana Ali dan Zamri mempunyai urusan yang perlu diuruskan.
Hairi terkejut dengan kata-kata dan kehadiran Murni. “Apa maksud awak?”
“Saya rasa Tuan Hairi faham akan kata-kata saya sebentar tadi. Tuan Hairi, baliklah dulu. Saya akan jaga Cik Muda di sini. Tuan Hairi, jangan risau.” Kata Murni sebelum beredar dari situ.
Dahi Hairi berkerut. Mungkinkah Dania juga menyintai aku? Sebab itu dia tak nak terima aku kerana dia takut kehilangan aku seperti mana yang berlaku ke atas keluarganya. Sedikit demi sedikit senyuman terukir di bibir Hairi. Jangan bimbang Dania, aku takkan tinggalkan kau. Takkan ada apa-apa yang akan berlaku pada aku! Aku akan berhati-hati. Aku akan sentiasa bersama kau, Dania! Aku akan lindungi kau. Ini janji aku.

*********************************

“Aku tak faham la, Daud! Apa lagi yang kau tunggu sekarang ni! Kau dah ada bukti dan saksi untuk heret Johari ke muka pengadilan! Kenapa kau nak simpan ular macam Johari tu lagi. Dia dah bunuh anak dan menantu kau.” Marah Dato’ Razali. Dia geram bila sahabatnya itu masih bertolak ansur dalam menangani perkara ni.
“Aku tahu, Zali! Aku ada sebab aku sendiri.”
“Sebab apa? Cuba kau beritahu aku.”
Tan Sri Daud mengeluh. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Dato’ Razali. “Aku nak tahu rahsia Dania.”
“Rahsia Dania!” Dahi Dato’ Razali berkerut.
“Ya! Aku dapat rasakan Dania sedang merahsiakan sesuatu tentang dirinya. Aku rasa Johari tahu tentang perkara ni sebab itu dia beriya-iya untuk mengadakan mesyuarat lembaga pengarah bulan ni.”
“Rahsia apa yang Dania nak sorokkan dari kau?”
“Itu yang aku nak tahu sangat-sangat.”
“kan senang kalau kau tanya sendiri pada Dania.”
“Kau ingat Dania tu senang-senang je nak bukakan rahsia dia. Jangan harap la.” Kata Tan Sri Daud bila mengingatkan tentang perangai cucu sulungnya itu.
“Sebab itu kau biarkan Johari bebas? Kau rasa berbaloi ke?”
Tiba-tiba Tan Sri Daud tersenyum. “Orang macam Johari tu, kalau aku beri gunung emas pun, dia takkan pernah rasa cukup. Tamak! Tak kenang budi. Aku nak dia sendiri masuk ke dalam perangkapnya sendiri.”
“Jadi kau dah ada plan sendiri ke?” tanya Dato’ Razali lagi.
Tan Sri Daud hanya menganggukkan kepalanya.
“Suka hati kau la. Tapi aku tak berapa setuju dengan plan kau ni. Kalau Johari berjaya melarikan diri ke luar negara, teruk la kau nanti.”
“Kau jangan risau!” Tan Sri Daud hanya tersengih. Johari pasti akan masuk ke perangkap aku kali ni. Hati Tan Sri Daud tiba-tiba rasa tak tenang bila mengenangkan tentang Dania. Aku nak tahu rahsia Dania walau apa yang terjadi!

***********************************

“Apa! Semalam lagi dia tak makan!” Wardina meninggikan suaranya sebaik saja tiba di penthouse milik Dania. Hairi menceritakan segalanya pada Wardina. Puas dia dan Murni memujuk Dania keluar bilik untuk makan malam namun tidak dipedulikan oleh Dania. Bila Murni cuba membuka pintu bilik Dania melalui kunci bilik pendua, Dania menjerit supaya membiarkan dirinya sendirian. Kerana bimbang sesuatu akan berlaku, mereka menelefon Wardina awal-awal pagi supaya segera datang ke sini. Hanya Wardina dapar memujuk Dania keluar.
Wardina mengeluh. Dia merenung pintu bilik Dania yang tertutup. Langkahnya di atur kemas menuju ke bilik Dania. Belum sempat Wardina memulas simbol pintu, Dania tiba-tiba membuka pintu terlebih dahulu. Dia terkejut bila melihat kehadiran Wardina.
“Apa halnya kau ni pagi-pagi buta tercegat kat bilik aku ni?” tanya Dania
“Apa!”
“Dia report kat kau ke?” Dania melirikkan matanya ke arah Hairi yang sedang memandangnya. Ada lagi mamat ni, ingatkan dah balik.Dania berjalan ke dapur. Selepas sembahyang subuh tadi, tiba-tiba pula dia rasa lapar.
“Ye la! Siapa tak risau bila semalaman kau tak keluar.” Wardina mengekori Dania ke dapur. Dia melihat Dania mengeluarkan bahan-bahan makanan dari peti sejuk. “Kau nak buat apa?”
“Nasi lemak.” Jawab Dania.
“Nak buat apa?” soal Wardina hairan.
“Masak breakfast la. Kau ingat aku nak mandi ke dengan semua bahan-bahan ni.” Dania menunjukkan sebiji timun di tangannya. Dania tersenyum.
“Engkau ni! Takkan la aku bengap sangat sampai tak tahu semua benda ni nak buat apa”
“Dah tu! Kau yang tanya tadi.” Dania terus mencapai pisau di rak pisau yang tidak jauh darinya.Dia sedar Hairi dan Murni sedang memerhati dan mendengar perbualannya.
“Ini yang aku malas nak tanya kau.” Wardina membuat mimik muka. Dah okey ke Si Dania ni! Kadang-kadang aku sendiri tak faham dengan perangai Dania ni. Berubah ikut angin. Suka hati dia saja.
“Malas sudah! Kau duduk diam. Aku nak masak ni.Aku rasa lebih baik Kau keluar dari sini. Ada kau kat sebelah aku, masak nanti tak berasap pulak. Asyik dengar kau membebel saja.”
Wardina membuat mimik muka sekali lagi bila mendengar kata-kata Dania terhadapnya. Segera dia melangkah keluar dari dapur itu.
“Murni!” panggil Dania secara tiba-tiba. Sebaik saja mendengar namanya dipanggil, pantas Murni berjalan menuju ke dapur.
“Murni, kamu tolong saya blend cili kering ni ye.” Kata Dania dengan lembut.
“Ya, Cik Muda!” Murni akur dengan arahan Dania.
“Dania okey, ke?” soal Hairi pelik.
“Rasanya dah okey! Dia hanya perlukan masa saja untuk terima semua ni. Hmmm...tapi.....” Ada sesuatu yang mengganggu fikiran Wardina.
“Tapi apa?” Hairi menoleh ke arah Wardina yang berdiri di sebelahnya.
“Tak ada apa-apa! Awak jangan bimbang, Hairi. Saya akan jaga Dania. Jika ada apa-apa nanti saya akan beritahu awak.” Wardina tersenyum. Hairi hanya menganggukkan kepalanya. Lega sikit hatinya bila mendengar kata-kata Wardina.
Wardina memerhati gelagat Dania yang sedang memasak di dapur. Apa plan kau selepas ni, Dania? Aku kenal kau. Jika kau setenang begini, pasti kau sudah ada plan sendiri. Kau takkan biarkan perkara ni begitu saja, pasti kau akan cari orang yang cuba bunuh kau sampai dapat. Wardina mula resah.

*********************************************

Melissa melihat ke kiri dan kanan. Dia perlu pastikan tiada siapa di sini sekarang. Sudah pukul 1.15 petang, pasti semua sudah keluar makan tengah hari. Inilah waktu yang sesuai untuk memulakan rancangannya. Halina pula sedang membuat rakaman di tingkat bawah untuk program yang akan diacarakan olehnya. Rakaman itu pasti akan mengambil masa yang lama. Sekali lagi Melissa menoleh ke kiri dan kanan.
“Clear!” Melissa tersenyum dan berjalan menuju ke meja Halina. Pantas dia membuka setiap laci meja Halina. Kali ini rancangannya pasti berjaya. Dia naik meluat melihat kemesraan Halina dan Tuan Muda. Sekarang ni semua orang sudah tahu hubungan mereka berdua. Ini membuat dirinya panas. Di stesen TV, semua orang memuji Tuan Muda dan Halina memang pasangan yang secocok. Aaaahhh...geramnya. Kenapa bukan aku? Rancangan dia untuk memikat Tuan Muda juga gagal bila setiap kali dia cuba hampiri Tuan Muda, setiausaha dan pengawal peribadi Tuan Muda akan menghalang dirinya dari berjumpa Tuan Muda. Ini yang buat dia geram. Bila telefon Tuan Muda pula, macam-macam alasan diberikan oleh Tuan Muda bila diajak keluar. Ini yang buat maruahnya tercabar. Sebelum tiada mana-mana lelaki yang pernah terlepas dari genggamannya tapi kini Tuan Muda telah memperlekehkan dirinya. Dia takkan biarkan Tuan Muda terlepas. Tuan Muda akan jadi miliknya termaksud juga harta dan pangkat Tuan Muda.
Senyuman terukir di bibir Melissa bila lihat telefon bimbit Halina berada. Pantas dia mengeluarkan telefon bimbit yang sama model dengan telefon bimbit Halina. Dia menukarkan telefon bimbit Halina dan meletakkan telefon itu di dalam laci. Melissa terus menutup laci itu. “Kasihan kau, Lina! Anggap saja Tuan Muda jodoh aku, bukannya jodoh kau.” Melissa ketawa kecil sambil mengatur langkah meninggalkan meja Halina. Rancangannya malam ni pasti berjalan dengan lancar.

****************************************

“Hmm....Murni, apa halnya?” soal Dania bila Murni menelefonnya. Dania mengghentikan kereta BMW Z4 miliknya di tepi jalan. Wardina yang berada di sebelahnya hairan.
“Cik Muda, saya dapat rasakan ada sesuatu yang akan berlaku pada Tuan Muda dan Cik Halina!” beritahu Murni.
“Apa!”
“Tadi saya nak jumpa Cik Halina tetapi saya nampak Melissa berada di meja Cik Halina. Kelakuan dia amat mencurigakan. Dia tak sedar yang saya berada di situ. Yang mencurigakan saya bila dia menukarkan telefon Cik Halina dengan telefon bimbtnya yang sama model dengan Cik Halina. Saya dapat rasakan dia sedang plan sesuatu.” Murni resah. Dia tahu perempuan macam Melissa takkan berputus asa begitu saja. Tujuan dia ingin berjumpa Halina adalah untuk memberitahunya supaya berhati-hati dengan Melissa kerana selepas ni dia takkan berada di sisi Tuan Muda lagi untuk menghalang Melissa dari cuba mendekati Tuan Muda. Kini, dia perlu berada di sisi Cik Muda. Dia telah terhutang budi pada Cik Muda jika Cik Muda tak selamatkan dirinya dahulu pasti kini dia menjadi pelacur.
Dania mengeluh. Ingatkan selepas Shiela tiada lagi perempuan macam tu nampaknya terpaksa juga dia campur tangan jugak kali ni. “Hmm....Murni, kamu suruh orang kamu ekori perempuan tu. Tentang Halina dan Daniel biar saya uruskan.”
“Baiklah! Cik Muda, tadi Ali beritahu saya, dia dah fakskan maklumat tentang dua orang pekerja hospital yang mungkin terlibat dalam komplot ni.”
“Hmm....baiklah!”
“Cik Muda dah buat medical check up ke?”soal Murni. Dia sudah menganggap Dania seperti kakak kandungannya sendiri.
“Sudah! Sekarang ni saya on the way balik ke penthouse. Aaa...saya terlupa pulak nak tanya, kamu ada tak beritahu Halina pasal perkara ni?”
“Belum.”
“Jangan beritahu Halina. Perempuan tu biar saya uruskan sendiri.”
“Baiklah, Cik Muda.” Murni terus menamatkan perbualan mereka Dania terus meletakkan telefon bimbitnya di dalam beg tangannya.
“Apa halnya?” soal Wardina.
“Malam ni kau bertugas tak?”
“Tak!”
“Bagus. Kau ikut aku?”
“Buat apa?” tanya Wardina pelik.
“Tolong aku hapuskan seekor pacat!”
“Pacat!” Wardina meninggikan suaranya. Dahi Wardina berkerut. Dah tak betul ke kawan aku ni? Wardina memerhati Dania yang sedang memandu.

************************************

Daniel terkejut bila ada seseorang menarik tangan kanannya. Daniel menoleh. “Kakak!” Daniel terkejut dengan kehadiran Dania di situ.
“Where are you going?”
“Apa kakak buat kat sini?” soal Daniel pula. Dia terkejut akan kehadiran kakaknya di hotel itu.
“Sama seperti Daniel.” Dania menoleh ke arah Wardina yang berada di sisinya
“Kakak ikut Daniel ke?” soal Daniel.
“Tak la. Kebetulan kakak terserempak dengan Daniel di sini. Daniel nak jumpa siapa kat sini?” soal Dania.
“Halina! Lina hantar sms kat Daniel. Dia kata dia ada hal nak jumpa Daniel. Katanya penting.”
“Penting! Hotel ni? Macam mana pula Lina boleh ada kat hotel ni?”
“Kebetulan dia ada rakaman tak juah dari sini. Sebab penat sebab tu dia nak berehat kat hotel ni jap.”
“ Daniel ada call Lina tak?”
“Ada. Tapi Lina tak angkat pun. Ini yang buat Daniel risau ni.” Daniel resah.
“Ya ke? Jom cepat!” Dania terus menarik tangan Daniel.
“Kak! Lina nak jumpa Daniel seorang saje.” Beritahu Daniel. Dia teringat akan sms yang diberikan oleh Halina sebentar tadi.
“Dah, Daniel jangan nak mengada-ada. Cepat! Entah-entah Lina terjatuh ke sakit ke? Cepat.” Dania terus menarik Daniel mengikuti ke lobi hotel. Wardina hanya mengekori mereka berdua. Dia sendiri tak faham apa yang berlaku.

***************************

Melissa melihat dirinya di cermin. Melissa tersenyum lebar. Malam ni Tuan Muda akan menjadi milik aku. Tuan Muda pasti takkan menolak aku. Melissa melihat gaun malam yang berwarna hitam yang dipakainya sangat nipis sehingga menampakkan susuk badannya. Seksi! Dia sengaja menukarkan telefon bimbit Halina supaya dia dapat memperdayakan Tuan Muda datang berjumpa dengannya di sini. Pasti Tuan Muda ingat aku Halina. Dia pasti akan datang berjumpa dengan aku di sini. Sebentar tadi, beberapa kali telefon bimbit Halina berbunyi. Melissa tahu siapa pemanggilnya.Dia sengaja tidak mengangkat panggilan itu. Melissa membetulkan rambutnya.
“Melissa, tiada lelaki yang lebih sesuai untuk kau selain Tengku Daniel Darius. Selepas ni semua orang akan hormati aku. Lina....Lina, nampaknya aku menang lagi. Kau gigit jari lagi la kali ni.” Melissa tersengih. Melissa terkejut bila terdengar suara seseorang. Pasti Tuan Muda sudah datang. Segera Melissa menyorak di dalam bilik tidur.
“Lina! Lina!” panggil Daniel sebaik saja tiba di pintu bilik 302. Pintu bilik itu tidak ditutup rapat. Daniel melihat ke arah kakaknya. Dania membuat mimik muka agar Daniel masuk dahulu. Daniel mengeluh. Daniel menolak pintu bilik itu perlahan-lahan sehingga terbuka luas. “Lina!” panggil Daniel lagi. Senyap saja. Ruang tamu itu pun sunyi. Daniel mula resah. Mana Halina ni?
Daniel melangkah masuk ke dalam bilik tidur. Matanya meliar melihat ke kiri kanan untuk mencari kelibat Halina! Tiada. Daniel terkejut bila tiba-tiba ada orang memeluknya dari belakang. Daniel menoleh ke belakang. Daniel terperanjat dan segera meleraikan pelukan itu.Daniel mengundurkan dirinya beberapa langkah “Melissa!” Daniel merenung wanita itu.
“Akhirnya, Tuan Muda datang juga.” Melissa tersenyum manja.
“Halina! Lina mana?” soal Daniel.
“Lina! Dia tiada di sini.”
“Apa! Tapi dia hantar sms ni jumpa saya di sini?” kata Daniel hairan. Daniel mula berasa tak sedap hati apabila berduaan dengan Melissa di bilik ni.
“Ya ke?”
“Agaknya saya dah tersalah masuk balik. Maaf kerana mengganggu.” Daniel mula melangkah keluar dari bilik itu tetapi tiba-tiba dihalang oleh Melissa. Dengan tiba-tiba Melissa memeluk dirinya. Daniel terkejut dengan tindakkan Melissa.
“I love you!” ucap Melissa. Walauapapun aku kena halang Tuan Muda dari beredar dari sini jika tak habis la plan aku. Lagi 3 minit lagi, orang Jabatan Agama akan datang. Aku tak nak plan aku rosak. Selepas ni, pasti Tuan Muda akan mengahwini aku kerana keluarga Tuan Muda pasti mementingkan reputasi mereka. Suka atau tak Tuan Muda mesti mengahwini aku.
Daniel terkejut. “What!” Suara Daniel meninggi.
“I love you. Sejak pertama kali saya jumpa Tuan Muda, saya sudah fall in love in you. Saya pasti Tuan Muda adalah jodoh saya. Kita berdua pasangan yang secocok. Hanya saya saja sesuai dengan Tuan Muda.” Kata Melissa dengan pandangan yang menggoda.
“Ya ke?” tiba-tiba ada suara mencelah. Melissa terkejut dan terus berpaling ke belakang. Matanya bulat melihat 2 orang wanita yang berdiri di belakangnya. “Cik Muda!” Melissa kenal salah seorang dari wanita itu.
“O....I see, rupanya-rupanya ini la pacat yang kau cakapkan ni, Dania!” Wardina meliha Melissa dari atas dan bawah dengan pandangan yang menjengkelkan.
“Kakak!” Lega hati Daniel bila melihat kehadiran kakaknya bersama kak Wardina. Pantas Daniel mendekati kakaknya.
Melissa tergamam. Dia ingatkan Tuan Muda datang sendirian rupa-rupanya kakaknya juga ada sama. Cis...rosak plan aku!
“Sorry couse intterupt you. Hmm...you dengan adik I sepadan. Siapa kata?” Dania melangkah mendekati wanita itu.
“Aaaa......” Melissa mula gelabah. Dia tak berani bertentang mata dengan wanita yang bertudung litup itu.
“Kalau just opinion you sendiri, siapa pun boleh cakap begitu. Betul tak, Dina?”
“Ya, tepat sekali. Kalau macam tu.....aku dan Daniel pun sepadan! Secocok.”perli Wardina.
Daniel hanya menggelengkan kepalanya melihat gelagat mereka berdua. Siapa tak kenal dengan kakaknya lebih-lebih kalau bergabung dengan Kak Wardina pasti teruk orang itu dikenakannya.
Melissa mengetap bibirnya menahan geram. Mereka berdua ni memang sengaja nak sakitkan hati aku. Matanya melirik ke arah jam dinding. Sudah tepat pukul 11 malam. Kalau orang Jabatang Agama tu datang, mampus la aku. Rosak plan aku!
“I guess you waiting for someone, right?” Dania sedar Melissa sedang melihat ke arah jam dinding di dalam bilik itu. Dia tahu kenapa. Ada hati nak perangkap adik aku. Kau ingat selepas kena tangkap khalwat, dengan senang kau dapat kahwin dengan adik aku. Jangan harap la.
Melissa terkejut denga kata-kata Dania.
“Orang Jabatan Agama yang you call tadi takkan datang sebab I dah call diorang. Sorry sebab I dah rosakkan plan tangkap khalwat you dengan adik I.” Dania tersenyum.
“Apa!” Daniel terkejut mendengar kata-kata kakaknya. Daniel merenung Melissa. Kini dia sudah faham segalanya. Perempuan ni cuba perangkap dirinya.
“Untuk pengetahuan you, spesis perempuan macam you dah banyak I jumpa.”
“Apa maksud, Cik Muda?”
“You ingat selepas plan you berjaya, I akan terima you dalam keluarga I. You ingat you dapat hidup mewah bersama Daniel. Jangan nak berangan-angan la. I akan pastikan setiap hari hidup you merana.” Tegas Dania.
“You!”
“What! You nak lawan dengan I? Sedar diri tu dulu.”
“Salah ke kalau saya sukakan adik Cik Muda. Cinta saya tulus dan ikhlas.” Melissa cuba bersabar. Cool, Lisa! Cool.
“Tulus? Ikhlas? Sebab harta adik I. Itu maksud you kan.”
“What’s wrong with me? Saya sepadan dengan Tuan Muda. Saya cantik dan bijak.”
“Bijak perangkap orang?” perli Wardina yang tiba-tiba mencelah.
Melissa terdiam seketika bila mendengar kata-kata wanita yang sedang berdiri di sebelah Daniel.
“Melissa! I don’t love you. Hanya Halina wanita yang saya cinta.Saya hanya anggap awak sebagai rakan sekerja saja. Tak lebih dari itu.” Tegas Daniel.
“Dengar tu! Orang dah tak suka, faham-faham saja la. Jangan buat muka tak tahu malu pulak! Muka you muka tembok ke” kata Wardina lagi.
“Hey, you all ingat Halina tu baik sangat ke!” Melissa tiba-tiba naik angin bila nama Halina disebut.
Dania masih tersenyum. Akhirnya perempuan ni dah tunjuk belang. “Sebab itu you pun sukakan Daniel kan! Sebab Halina. I tahu history you dan Halina.”
Bibir Melissa terketar-ketar menahan geram. Mereka tahu history aku dan Halina. Maksudnya Cik Muda siasat latarbelakang aku. Maknanya....semua hal aku...dia tahu. Melissa merenung Dania. Wajahnya berubah pucat.
“Melissa, Rizal amat cintai awak.” Kata Daniel dengan lembut.
“I don’t love him. I love you!” kata Melissa. Dia geram bila Daniel berkata begitu padanya. Tiba-tiba satu tamparan hinggap di pipi Melissa. Mereka semua terkejut dengan kehadiran Halina di situ. Melissa memegang pipinya yang masih terasa sakit akibat tamparan Halina. “You” Melissa mengangkat tangannya dan ingin menampar Halina balik. Kau ingat aku bagi kau tampar muka aku dengan free ke! Kau mesti rasa apa yang aku rasa.
Melissa cuba menampar Halina. Dia terkejut bila tangan kanannya dipegang oleh seseorang. Melissa terkejut bila lihat Dania memegang tangannya. Melissa meronta agar dilepaskan tetapi pegangan Dania semakin kuat. Melissa merintih kesakitan.
“You memang patut pun kena penampar.” Dania melepaskan tangan Melissa dengan kasar. Melissa memegang tangannya.
“Melissa! Apa lagi yang tak cukup lagi! Kau nak apa lagi. Abang Rizal cintai kau. Tak cukup lagi ke?” marah Halina. Sebaik saja dia tiba di rumahnya, tiba-tiba saja emaknya beritahu ada seseorang menelefonnya. Bila diangkat rupa-rupanya pemanggil itu adalah Melissa. Melissa menyuruhnya datang ke Hotel Global Bersatu yang terletak di Subang Jaya. Katanya dia ada surprise untuk Halina. Katanya lagi Tuan Muda juga berada di situ dan terus mematikan panggilan itu. Hati Halina berasa tak tenang bila nama Daniel disebut. Tanpa berlengah lagi, dia terus datang ke sini.
“Hey, kalau kau kasihan sangat kat Abang Rizal. Kau ambil la dia. Aku bukannya suka sangat kat Abang Rizal. Setakat kerja produser, aku tak heran la. Gaji pun sikit.”
“Melissa!” jerit Halina. Sakit hatinya bila mendengar kata-kata Melissa. Cinta Abang Rizal seolah-olah tak ada apa-apa makna bagi Melissa.
“Lina! Perempuan macam ni biar kak uruskan!” kata Dania memegang lembut bahu Halina.
Melissa cemburu bila lihat Dania melayan Halina dengan mesra. Kenapa semua orang sukakan Halina? Apa kurangnya aku.
Dania memandang Melissa. “Listen here carefully, Miss Gold Digger. Jangan ganggu hubungan adik I dan Halina lagi jika tak .....I akan bocorkan rahsia you.” Dania memberi amaran.
“Rahsia apa? Cik Muda, jangan cuba nak ugut saya. Selagi Tuan Muda belum kahwin, Tuan Muda berhak memilih wanita yang sesuai untuk dijadikan teman hidupnya. Cik Muda tak layak masuk campur.” Melissa mula bengang.
“Melissa! Sejak dulu lagi, saya dah pilih Halina. Hanya Halina. Awak faham tak?” Daniel terus memegang tangan Halina . Halina terkejut dengan reaksi Daniel. Inilah pertama kali Daniel memegang tangannya.
“See! Adik I dah cakap pun, siapa yang dia cintai. Kalau tak faham-faham lagi, you ni memang tak tahu malu. Irfan!”
Irfan tiba-tiba berada di situ bila namanya dipanggil. “Cik Muda, ni dia.” Irfan memberi sekeping sampul surat pada Dania.
“Thanks, Irfan!”
Melissa hairan. Apa isi kandungan dalam sampul surat itu? Hati Melissa berdebar-debar.
“Roger! Yassin! Faizal! Saiful! Hamid! You rasa pernah dengar tak nama ni? Ada banyak lagi nama, tapi I malas nak sebut. Bazir air liur saja.”
Air muka Melissa berubah. Semua nama yang disebut adalah nama bekas boyfriend dahulu. Bibir Melissa terketar-ketar. Dia cuba untuk bersuara tapi seolah-olah suaranya tidak dapat dikeluarkan.
“Mereka ceritakan perkara yang menarik tentang awak. Siap dengan gambar lagi.” Dania tersenyum sambil mengeluarkan beberapa keping gambar dari sampul surat yang diberikan oleh Irfan. Dania membaling kepingan gambar itu pada Melissa. Gambar itu jatuh bertaburan di lantai. Melissa tergamam melihat gambarnya bersama bekas teman lelaki dengan pelbagai jenis aksi. Pantas Melissa mengutip gambar-gambar itu. Tiada siapa patut tahu tentang masa silamnya.
“Itu hanya copy saja. Film ni ada dalam tangan I. This is my last waring, kalau you cuba rosakkan hubungan Daniel dan Halina, I takkan teragak-agak untuk publish gambar-gambar ni. Think it carefully. I tak rugi tapi you akan rugi. You lost your job, love and pride.” Tegas Dania terus beredar dari situ diekori oleh Wardina membuat mimik muka. Daniel terus menarik tangan Halina mengikutinya keluar dari bilik itu. Halina memerhati Melissa dengan pandangan hening.
Melissa masih mengutip gambar itu sambil air matanya mula mengalir. Gambar itu dikoyakkanya satu persatu. Melissa menjerit. Tangisan Melissa semakin kuat. Dia sedar dengan wujudnya gambar ini akan merosakkan hidup dan kariernya. Melissa mengetap bibir menahan geram.

5 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

woww...
makin mendebarkan..!!
ngaaaaaaaaaaa..

aqilah said...

padan muka melissa....................masih bongkak walaupun diri sendiri penuh dgn kekotoran..................wah!!!!!!!!!!!!! bestnye......................bila hairi nak ajak dania kahwin ni????????????????????

hani said...

bestnya.........cepatlah sambung,
sian melissa... smua plannya tak mnjadi,
tu lah sapa suruh kacau daniel g..??????

aqilah said...

bila nak sambung??????

nanie said...

mungkin dia busy kot..sebab dia tengah praktikal sekrang ni..

Harap Maklum..

tak tahu la dia busy sgt ker x?coz sy berjauhan dr keluarga ni.(T.T)

Post a Comment