Tuesday, July 27, 2010

Rahsia Hati 41

Bab 41

“What’s going on, Ali? Kenapa kakak tiba-tiba pengsan sedangkan tadi dia elok saja.” Tanya Daniel. Dia terkejut sebaik saja mereka tiba di tempat letak kereta tiba-tiba saja kakaknya pengsan. Yang lebih pelik lagi, bila dia nak bawa kakaknya ke hospital Uncle Hazwan, kak Wardina tiba-tiba bertegas untuk bawa kakaknya ke Hospital Sri Pantai. Katanya lagi Hospital Uncle Hazwan tak selamat. Apa maksudnya? Daniel masih menunggu jawapan dari Ali. Dia pasti Ali tahu segalanya, mustahil Ali tak tahu sedangkan tiap-tiap hari Ali sentiasa berkepit dengan kakaknya ke mana saja.
“Saya tak tahu, Tuan Muda. Saya rasa lebih baik Tuan Muda bertanya pada Dr. Wardina kerana dia lebih arif tentang hal ni.”
“What are you trying to say? Kakak saya sakit ke? Ali! Jawab la.”jerit Daniel. Dia geram bila Ali enggan menjawab soalannya.
“Daniel!” Halina memegang tangan Daniel. Dia risau melihat keadaan Daniel sekarang ni.
“Saya tahu kamu tahu sesuatu, Ali! Saya tahu! Kakak sedang rahsiakan sesuatu dari saya. Saya adiknya saya berhak tahu.” Jeritan Daniel semakin kuat. Dia tak peduli di mana dia berada di sekarang.
“Daniel! Bawa bertenang. Sekarang ni kita kat emergency room.” Pujuk Halina.
“No, Lina! I need to know the truth now.” Wajah Daniel merah padam menahan geram. Matanya masih tidak berganjak dari merenung Ali yang berada di hadapannya. Ali masih terdiam.
“Ali!” jerkah Daniel.
“Memang benar, kakak kamu sakit, Daniel!” Tiba-tiba ada suara mencelah. Daniel berpaling ke belakang. Hairi datang menghampiri mereka.
“Abang Hairi! Apa maksudnya?” Bibir Daniel terketar-ketar.
“Your sister is sick, Daniel.” Beritahu Hairi.
“Mustahil! Mustahil!” Daniel tak percaya. Kakak sihat saja selama ni. Adakah aku tersalah dengar?
“She’s sick! Really sick.” Hairi cuba menyakin Daniel.
Daniel menggelengkan kepalanya beberapa kali. Adakah aku sedang bermimpi? Tak mungkin kakak sakit. Daniel menggengam erat tangannya. Halina hanya diam membisu. Dia tak tahu apa yang perlu dilakukan. Semua ni begitu pantas berlaku.
Wardina keluar dari bilik kecemasan. Daniel terus mendekati Wardina. Dia perlukan kebenaran. Hanya Kak Dina saja takkan tipu aku. Abang Hairi sengaja mereka-rekakan cerita
“Kak Dina, kakak tak apa-apa kan!” Kelopak mata Daniel mula berair. Matanya tepat merenung wanita yang berjubah putih itu. Jantungnya berdegup kencang.
Wardina menarik nafas panjang. “Dania sakit. Sekarang ni hati dia sudah tak dapat berfungsi lagi. Dia perlukan hati baru dan bersesuaian dengannya. Jika tak, Dania tak dapat diselamatkan lagi.” Ucap Wardina dengan penuh berhati-hati
Mendengar penjelasan Wardina bagaikan halilintar berada di telinganya. Air mata Daniel sudah mengalir. Kakinya tiba-tiba terasa lembah. Daniel rebah.
“Daniel!” Halina terus mendekati Daniel. Halina risau melihat keadaan Daniel. Dia tahu Daniel amat menyayangi kakaknya.
Ali segera menghampiri Wardina. “Racun tu....Racun tu.....” suara Ali tergagap-gagap. Dia cuba untuk menyatakan sesuatu tetapi suaranya tidak keluar.
Perlahan-lahan Wardina menganggukkan kepalanya. “ Racun tu dah mula merebak ke hati Dania.”
“Macam mana racun tu boleh merebak sedangkan Dania bukannya ambil ubat tu dalam dos yang banyak.” Hairi bersuara.
“Aku tak tahu. Aku nak call kawan aku yang sedang buat kajian tentang racun ni di Brazil. Mungkin ada ubatnya sebelum racun tu merebak ke organ-organ penting. Yang penting sekarang, Dania perlukan penderma hati.” Tegas Wardina.
“Racun! Racun apa?” Bulat mata Daniel mendengarnya. Apa lagi yang aku tak tahu lagi? Daniel terus bangun
“Hairi akan ceritakan segalanya pada Daniel.” Wardina menepuk perlahan bahu Daniel sebelum beredar dari situ.
Mata Daniel tepat merenung Hairi yang sedang berdiri dekat dengan dirinya. Dia inginkan penjelasan dari lelaki itu. Hairi mengeluh perlahan-lahan Berat untuk bibirnya berkata-kata tetapi yang jelas, Daniel perlu tahu kebenarannya.

****************************

Karim melangkah menghampiri majikannya. Wajahnya serius. Tan Sri Daud yang sedang begitu asyik membaca suratkhabar terkejut akan kehadiran ketua pengawal peribadinya pada awal-awal pagi. Perlahan-lahan suratkhabar itu ditutup kemas.
“Tan Sri, saya sudah dapat maklumat tentang Cik Muda. Rahsia yang selama ni Cik Muda sembunyikan dari kita.”
“Apa dia?” Tan Sri Daud ingin tahu.
“Cik Muda sakit, Tan Sri. Cik Muda disahkan menghidap penyakit barah otak setahun yang lalu.”
“Aaaaa....Apa!” Tan Sri Daud terus bangun. Bibirnya terketar-ketar. Wajahnya berubah pucat.
“Cik Muda...Cik Muda....ada masa 2 bulan lagi untuk hidup, Tan Sri!” nada suara Karim sebak. Dia mengenali Cik Muda sejak Cik Muda kecil lagi. Dia tak sangka Cik Muda akan menerima nasib seperti ini.
Tan Sri Daud terus terduduk. Kata-kata Karim sebentar tadi benar-benar mengejutkan dirinya. Jantungnya berdegup pantas.
“Tan Sri...Tan Sri....” Karim menghampiri Tan Sri Daud yang tiba-tiba kaku. Karim bimbang.
“ Mana Dania sekarang? Dania!”
“Sekarang ni Cik Muda dimasukkan ke hospital. Semalam Cik Muda jatuh sakit. Tuan Muda turut ada bersama Cik Muda sekarang.”beritahu Karim.
“Daniel tahu ke tentang perkara ni?”
“Tuan Muda baru dapat tahu perkara ni semalam.”
“Jadi inilah agenda utama Johari untuk mengadakan board meeting.” Tan Sri Daud sudah faham. Kau ingat kau senang nak dapatkan jawatan Dania, selagi aku hidup aku takkan biarkan kau dapat apa yang kau nak, Johari! Perlahan-lahan Tan Sri Daud cuba berdiri. Tiba-tiba saja kakinya menjadi lemah. Dengan pantas, Karim memegang Tan Sri Daud.
“Tan Sri, tak apa-apa ke? Saya panggil doktor.”
“Tak payah! Sediakan kereta, saya nak ke hospital.”tegas Tan Sri Daud. Sekarang ni, dia ingin berjumpa dengan Dania selagi tidak berjumpa Dania hatinya tak tenang.

********************************
Perlahan-lahan Dania membuka matanya, dia terasa tangan kanannya digenggam erat oleh seseorang. Dania menoleh. Dia tersenyum melihat Daniel yang berada di sisinya. Pasti Daniel sudah tahu apa yang berlaku. Waktu itu, pasti Daniel terkejut. Perlahan-lahan Dania mengangkat tangan kirinya dan mengusap lembut rambut adiknya.
Daniel terjaga bila terasa ada orang mengusap kepalanya. “Kakak!” jerit Daniel melihat kakaknya sudah sedar.
“Aduh! Sakit telinga kak ni! Kakak tak pekak lagi la, tak payah nak jerit-jerit.”
“Kakak!” tiba-tiba saja air matanya mengalir tanpa Daniel sedari. Tangan Dania digenggam erat.
“Daniel! Kenapa menangis ni?”
“Sis..I don’t wanna lose you. I need you.”
Dania mengeluh. Dia merenung adik lelakinya itu. “Kematian bukannya ditentukan oleh kita. Hanya Allah S.W.T yang berhak menentukannya. Kita sebagai manusia harus menerimanya. Kakak dah lama terima hakikat ni. Daniel juga perlu seperti kakak. Daniel dah besar. I know someday you won’t need me anymore.”
“Tak! Kakak silap! Daniel perlukan kakak selama-lamanya. Kakak mesti sembuh. Daniel tak kisah, Daniel sanggup lakukan apa saja asalkan kakak sembuh.” Tegas Daniel. Dia tak nak kehilangan satu-satunya saudara yang dia ada.
“Listen here, Daniel! You must has your own life. You don’t need me. Now you have Halina. You don’t need me.” Tegas Dania. Daniel harus terima semua ni.
“No!” jerit Daniel terus bangun. Wajahnya merah menahan marah. “Who say i don’t need you! I need you. You my only sister. Sister who love me, trust me and understand me. That’s you. How coulud I live without you! We grow up together and you like mother and father to me. How you could say like that?”
Dania menggelengkan kepalanya beberapa kali. Dah agak perkara ini akan berlaku. Dia masak benar dengan perangai Daniel. Waktu papa dan mama meninggal dulu, hampir setahun baru Daniel dapat menerima kenyataan bahawa mama dan papa sudah meninggal dunia. Sebab itulah, jika boleh dia tak nak Daniel tahu tentang dirinya. Dia bimbangkan Daniel.
“Now, you don’t have to anything for me but i do everything for you, sis! Kakak takkan ke mana-mana. Kakak akan terima rawatan. Daniel nak kakak jalani pembedahan dengan segera.” Daniel merenung Dania yang diam membisu. Sebenarnya dia ingin menderma hatinya kepada Dania tapi Wardina enggan menerimanya. Katanya dia sudah dapat mencari penderma hati untuk Dania. Apa yang diperlukan sekarang ni adalah persetujuan Dania untuk menjalani pembedahan dengan segera dan menunggu ubat yang dikirim oleh kawannya dari Brazil. Hatinya lega sebaik saja mendengar kata-kata kak wardina tetapi apa-apa saja mungkin akan berlaku. Uncle Johari! Daniel teringat akan musuh keluarganya.
“Daniel!”
“Daniel nak kakak berehat. Daniel nak keluar sekejap.” Daniel terus berlalu keluar. Wajahnya serius. Dania melihat gelagat Daniel yang tergesa-gesa keluar. Hati Dania mula berdebar-debar. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang bakal terjadi.
“Ali! Ali! Ali!” jerit Dania.

********************************

Johari terkejut bila Daniel meluru masuk ke biliknya.Johari bangun.“Ada apa-apa yang uncle boleh tolong?”
Daniel mengetap bibirnya menahan geram. Dia pantas Daniel menghampiri Johari dan menumbuk muka Johari. Johari jatuh terduduk.
“Daniel, kau dah gila ke! Kau dah lupa uncle ni siapa?” marah Johari memegang bibirnya yang sakit dan berdarah. Dah gila ke Si Daniel ni? Apa masalah dia?
“Tentang sekali Daniel ingat siapa uncle! Pembunuh mama dan papa! Dan juga dalang bagi semua cubaan membunuh Daniel dan Kak Dania. Uncle ingat Daniel tak tahu semua tu.” Marah Daniel.
Bulat mata Johari bila mendengar kata-kata Daniel. Pantas Johari bangun dan mendekati Daniel. “Kau jangan nak tuduh Uncle yang bukan-bukan. Parents kau meninggal disebabkan kemalangan. Tak ada kaitan dengan Uncle langsung. Jangan cakap ikut sedap mulut saja.”
Daniel merenung lelaki itu. Telinga berasa panas sebaik saja mendengar pembohongan Johari. “Uncle ingat Daniel akan percaya bulat-bulat dengan kata seorang penipu macam uncle ni. Thanks. Daniel dah besar. Daniel tahu siapa yang cakap benar dan siapa yang cakap bohong. Sekarang ni, Uncle tak payah la nak hipokrit dengan Daniel. I’ll know you.”
“Jadi tujuan kau datang sini sebab nak tuduh aku pembunuh ibu bapa kau la. Suka hati kau la. Kalau la aku yang bunuh ibu bapa kau, dah lama aku meringkuk dalam penjara. Aku takkan berdiri di hadapan kau sekarang ni.Kau tak ada bukti kukuh nak sabitkan aku. Ibu bapa kau mati disebabkan kemalangan. Kau harus terima hakikat tu.”
“Hakikat yang Uncle sebenarnya pembunuh mama dan papa!”
“Hey, kau tak faham bahasa ke! Aku tak bunuh ibu bapa kau! Aku ni sepupu bapa kau. Takkan aku sanggup nak bunuh sepupu aku sendiri.” Marah Johari. Dia sudah hilang sabar dengan lelaki yang berada di hadapannya sekarang ni.
Daniel ketawa. Kata-kata Johari sebentar tadi menggelikan hatinya. “Orang tamak dan kejam macam uncle ni sanggup lakukan apa saja agar hajat Uncle tercapai termasuk la bunuh sepupu sendiri.”
“Kau!” Johari sudah hilang sabar. Tumbukan hinggap di muka Daniel.
Daniel langsung tidak mengelak. Dia biarkan saja Johari menumbuknya. Daniel memegang pipinya yang terasa sakit. Daniel merenung Johari. “Uncle ingat Daniel akan takut dengan tumbukan uncle ni. Daniel tahu uncle la dalang bagi cubaan nak membunuh Daniel di Ireland. You know why! Because i saw you there, watching me. Just watching me.”
Wajah Johari berubah. Bagaimana Daniel boleh nampak aku waktu sedangkan aku berada jauh dari Daniel. Johari resah.
“Now you try to kill my sister. Uncle memang cerdik. Daniel tahu Uncle la yang rancang segala-galanya agar kakak ingat dia menghidapi brain cancer. Kemudian uncle tukarkan kandungan ubat yang kakak makan selama ni kepada racun. Plan uncle berjaya kali ni tapi Daniel takkan ia terjadi lagi. I’ll protect my sister and you ....i’ll do everything to destory you even kill you.”
Johari tercengang. Dia tak faham apa yang Daniel cakapkan sebentar tadi. Racun! Racun apa? Aku cuba racun Dania. Johari hairan. Setahunya dia tak tahu langsung pasal hal ni.
“Starting today, i’ll be your nightmare. Daniel takkan benarkan Uncle apa-apakan kakak lagi.”
“Hey, apa yang kau merepekkan ni! Aku tak faham. Racun apa?”
“Uncle jangan nak berpura-pura tak tahu. Uncle tak dapat nak bunuh kakak secara kasar tapi kali ni Uncle cuba secara halus pulak.” Daniel geram.
“Budak ni! Hey, apa yang kau nak cakap ni, hah!” Johari meninggikan suara. Dia geram bila Daniel menuduh perkara yang dia tak lakukan.
Daniel mengetap bibir. Sakit hatinya bila Johari masih berpura-pura tak tahu apa yang berlaku. Daniel menggengam erat tangannya dan ingin dihayunkan ke muka Johari.
“Daniel, stop!” Hairi tiba muncul.
Daniel terkejut dengan kehadiran Hairi bersama Zamri dan Irfan. Hasratnya untuk menumbuk Johari terbantut.
Hairi mendekati Daniel. “Go back!”
“No. I ‘m not finish talking with him yet!”
“I said go back! Dania worries about you right now.”tegas Hairi. Dia merenung Daniel.
“But...” Daniel masih tak puas hati.
“Balik!” Hairi meninggikan suaranya.
Daniel terkejut bila Hairi meninggikan suara. Sekali imbas, Daniel menjeling ke arah Johari yang hanya diam membisu. Segera Daniel mengatur langkah keluar dari bilik Johari. Irfan segera mengikuti Daniel keluar.
“Uncle tak faham kenapa Hairi masih bersama dengan orang yang hampir mati seperti Dania. She’s don’t have future with you. Cari saja perempuan lain.” Johari tiba-tiba bersuara.
“Cinta Hairi pada Dania tak dapat diukur dengan harta dan wang ringgit. I love her. Hairi sanggup buat apa saja agar Dania cepat sembuh dan selagi Hairi bernyawa, Hairi takkan benarkan Uncle sakiti Dania lagi.” Kata Hairi sebelum beredar dari situ diikuti oleh Zamri.
Johari menggengam erat tangannya. Pantas Johari mencapai telefon bimbitnya dan no telefon Mansur di dail. Dia harus bertanya sesuatu pada Mansur.

****************************

Halina meletakkan sejambak bunga rose merah yang dibelinya ke dalam pasu bunga yang berada di atas meja yang berhampiran dengan Dania. Sekali imbas Halina lihat Dania yang sedang tidur. Hari ni Halina sengaja minta cuti agar dapat menemani Dania. Daniel pula hilang entah ke mana. Sejak pagi tadi keluar masih belum balik lagi. Halina risau. Halina berpaling ke belakang bila mendengar pintu bilik dibuka. Halina terkejut dengan kedatangan Tan Sri Daud.
Tan Sri Daud melangkah perlahan-lahan menghampiri Dania terbaring di atas katil. Sewaktu tiba di hospital tadi, Ali sudah menceritakan segala-galanya apa yang berlaku pada Dania. Tan Sri Daud memegang tangan Dania dengan lembut. Sayu hatinya melihat wajah Dania yang pucat. Air matanya menitis tanpa dia sedari. “Dania! Atuk minta maaf!” Tan Sri Daud tiba-tiba menangis teresak-esak.Genggamannya semakin erat.
Halina hanya diam memerhati. Dia faham perasaan Tan Sri Daud sekarang ni. Kak Dania seorang yang baik, dia tak sangka perkara ini akan menimpa ke atas diri kak Dania. Kenapa mereka begitu kejam? Mereka fikir nyawa manusia adalah mainan ke sehingga sanggup bertindak seperti ini.
“Abang Hairi tak sepatutnya halang Daniel dari ajar lelaki tu!” marah Daniel sebaik saja masuk ke dalam bilik ni. Daniel terkejut bila melihat kehadiran datuknya di situ. Lidahnya menjadi kelu. Daniel menoleh ke arah Hairi yang berdiri di sisinya.
Tan Sri Daud merenung Daniel. Langkahnya di atur menghampiri Daniel. “Daniel jumpa Johari ke?”
Daniel hanya mendiamkan diri. Dia takut. Wajah atuk sekarang ni benar-benar menakutkan seolah-olah ingin menelannya hidup-hidup.
“Jawab” jerit Tan Sri Daud.
Perlahan-lahan Daniel menganggukkan kepalanya. Satu tumbukan hinggap di muka Daniel. Daniel jatuh terduduk.
Halina dan Hairi terkejut dengan apa yang berlaku.
“Kamu ni memang suka bertindak terburu-buru! Tak guna otak langsung. Kalau Johari tu boleh bunuh mak ayah kamu dan cuba membunuh kakak kamu, tak mustahil kalau dia akan terus bunuh kamu pada waktu itu. Orang yang tamak macam Johari tu takkan biarkan orang lain menghancurkan cita-citanya.” Marah Tan Sri Daud. Sebenarnya dia bimbangkan Daniel, jika sesuatu yang terjadi pada Daniel. Dia tak tahu bagaimana ingin meneruskan hidup ini. Hanya Dania dan Daniel lah, satu-satunya harta yang dia ada.
Daniel terkejut dengan kata-kata atuknya. Daniel memegang pipinya. Sakit! Tak sangka walaupun atuk sudah tua tapi tenaganya sangat kuat. Macam nak patah saja tulang pipinya.
“Zamri! Irfan! Mulai sekarang ni, aku nak kau jaga Daniel baik-baik. Jangan biar dia buat tindakan bodoh lagi.”
Irfan dan Zamri hanya menggangukkan kepalanya sebagai tanda faham.
“Atuk, Daniel dah besar. Daniel tak perlukan jagaan sesiapapun.” Marah Daniel.
“Besar! Memang dah besar tapi otak tu tak membesar langsung. Lain kali kalau nak bertindak fikir otak dulu.”
“Atuk!” Daniel terus bangun.
“Pasal Johari biar atuk uruskan! Kamu jaga kakak kamu baik-baik.” Kata Tan Sri Daud sebelum berlalu pergi. Sebaik saja Tan Sri Daud keluar, Daniel terus menumbuk dinding bilik itu beberapa kali. Dia geram bila dilayan seperti itu. Dia bukan budak kecil lagi.
“Daniel!” Halina tergamam. Pantas dia menghampiri Daniel. Tangan Daniel digenggam erat. “Stop it! Calm down. Bertindak seperti ini takkan menyelesaikan apa-apa masalah.”nasihat Halina. Wajah Daniel direnung lembut. Daniel hanya menundukkan kepalanya.
Hairi berjalan menghampiri Dania yang tidak sedar apa yang berlaku. Pasti Dina telah memberi suntikan ubat pada Dania sehingga dia tidur nyenyek. Tangan Dania dipegang lembut. “I’ll always love you, Dania! Whatever happens, i’ll still love you.” Hairi tersenyum. Tangannya semakin erat.

2 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

whoaaaaaaa...
habislahh..
daniel dah pecahkan pasal dania..
but,kalau bukan johari yg racun dania,siape??
ntah2 anak si johari tuh..dye nk balas dendam..

ngaaaaaaaaaa...
nak lgikk..

yanzi_ulum said...

wah
nk lagi gak
x puas...cter ni laen dri yg laen..

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...