Sunday, August 15, 2010

Satu Dua Tiga 1

Bab 1

“Apa! Esok Ibu nak balik Malaysia!” Alisa terkejut dengan keputusan ibunya secara tiba-tiba. Aleya terus saja bangun dari sofa bila mendengar kata-kata ibunya.
“Ibu bukan ke ibu dah berjanji takkan menjejakkan kaki di Malaysia! Why?” Aleya melihat ke arah ibunya. Dia tak puas hati.
Alina hanya duduk diam membisu di sebelah ibunya. Dia sedar kedua-dua kakaknya pasti tidak bersetuju dengan rancangan ibu untuk pulang ke Malaysia.
“Abah kamu sakit.”beritahu Munirah. Dia terkejut apabila mendapat panggilan dari Maria semalam. Maria merupakan sepupu suaminya. Katanya kini suaminya berada di wad ICU. Sudah seminggu suaminya berada di situ akibat penyakit jantung malah doktor juga beritahu harapan untuk sedar juga amat tipis. Tujuan Maria menelefon adalah untuk mengajak Munirah pulang dan berjumpa dengan suaminya untuk kali terakhir. Puas semalaman dia berfikir dan akhirnya dia membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia. Dia tahu Aleya dan Alisa takkan bersetuju dengan keputusannya.
Aleya dan Alisa terdiam seketika bila mendengar kata-kata ibunya.
“Abah sakit! Along! Angah! Jom la, kita balik jumpa abah buat kali terakhir. “ pujuk Alina.
“Buat apa kita nak jumpa dia sedangkan kewujudkan kita pun dia tak tahu. Tak ada faedah pun. Bukannya dia kenal kita pun. Selama ni pun, ibu yang besarkan kita. Dia tak mainkan apa-apa peranan pun.” Aleya bersuara. Dia geram bila Alina begitu senang menerima orang yang menghalau ibu sehelai sepinggang hanya disebabkan ingin berkahwin dengan pelakon.
“She’s right! Kenapa tiba-tiba saja kita perlu terima dia dalam hidup kita? Selama 25 tahun, kita tinggal di London! Ada tak dia cari ibu? Ada tak? Tak berbaloi kita buat baik dengan orang seperti itu.” Tegas Alisa. Telinga Alisa panas bila mendengar kata adik kembarnya. Walaupun mereka bertiga kembar seiras namun personaliti mereka jauh berbeza.
“Dia tu....abah kita! Walauapa pun kesalahan abah pada kita dulu, dia tetap abah kita. Ayah kandung kita” ucap Alina lembut. Dia tahu Aleya dan Alisa berdendam dengan ayah mereka sehingga menyebabkan hati mereka keras untuk menerima abah dalam hidup mereka
“It’s easy for you to say!” Aleya merenung adiknya.
“Kami takkan balik.” Tegas Alisa. Mereka berdua tetap dengan keputusan mereka.
“Ikut suka hati kamu la! Ibu malas nak cakap lagi.” Munirah tiba-tiba bangun dan berjalan terus masuk ke dalam biliknya. Dia malas nak dengar anak-anaknya berbalah antara satu sama lain. Apa yang penting sekarang ni, sempatkan dia berjumpa dengan suaminya esok?
“Ibu!” panggil Alina bila ibunya meninggalkan mereka. Aline menoleh ke arah kakaknya. Aleya dan Alisa terus memandang ke arah lain bila Alina memandang ke arah mereka berdua. Alina mengeluh. Degil!

******************************************

Hati Maria sayu bila melihat sepupunya yang terlantar di katil. Seluruh badan Kadir dipenuhi dengan wayar malah alat bantuan pernafasan juga digunakan untuk bernafas. Sudah hampir seminggu Kadir berada dalam keadaan koma. Dia teringat permintaan Kadir yang terakhir sebelum memasuki bilik pembedahan minggu lepas. Kadir ingin berjumpa dengan Munirah. Dia ingin minta maaf pada Munirah di atas kesalahannya yang lalu. Sebenarnya selama ni dia sering berhubung dengan Munirah tanpa pengetahuan Kadir kerana Munirah menyuruhnya merahsiakan perkara ni. Dia terserempak dengan Munirah sewaktu melancong di London bersama suaminya pada tahun lepas
“Kak Munirah!” panggil Maria terus memegang tangan wanita yang berada di hadapannya.
Munirah terkejut dengan kehadiran Maria. Wajahnya berubah. “M...Maria!” Munirah menoleh ke arah Alina yang berada di sebelahnya.
Maria tersenyum. Sudah lama dia tak berjumpa dengan kak Munirah sejak Kak Munirah dihalau keluar oleh Abang Kadir 24 tahun yang lalu. Sejak itu mereka terputus hubungan. Maria melihat wanita muda yang berdiri di sebelah Munirah. Wajahnya seiras Kak Munirah. Rambut lurus yang melepasi bahu menambahkan keayuannya. Matanya berwarna coklat seperti Abang Kadir. Pantas Maria menoleh ke arah Munirah dengan pandangan yang penuh tanda tanya.
Perlahan-lahan Munirah hanya menganggukkan kepalanya. Dia tahu soalan di sebalik pandangan Maria terhadapnya. Dia tahu sesiapa saja yang melihat Aleya, Alisa dan Alina pasti akan mengaitkan mereka bertiga dengan suaminya kerana mata mereka yang berwarna coklat itu sama seperti suaminya.
“Abang Kadir tahu tak?” soal Maria.
“Tak tahu!” lemah jawapan Munirah. Selepas di halau keluar dari rumah, dia baru mendapat tahu yang dirinya kini mengandung 2 bulan. Dia terus membuat keputusan untuk berhijrah ke luar negara. Dia ingin memulakan lebaran baru dan melupakan kisah silamnya yang perit itu. Dia berjanji takkan pulang ke Malaysia lagi malah dia tak ingin bertemu dengan suaminya. “Ini Alina!” Munirah memperkenalkan anak bongsunya.
Alina terus bersalam dengan Maria.
“Ini Auntie Maria! Sepupu abah kamu.” Beritahu Munirah.
“Oooo...Auntie, apa khabar?”
“Baik! Alhamdulilah. Alina, buat apa sekarang ni?” soal Maria ingin tahu.
“Sekarang ni Lina....doktor pelatih di Hospital St. Edward.”
“Doktor rupanya.” Maria tersenyum. Lamunan Maria tiba-tiba terganggu bila mendengar suara Kartika. Maria melihat ke arah pintu.
“Oooo....kau rupanya! Laki kau tak marah ke kalau tiap-tiap hari asyik datang sini saja.” Kata Kartika sebaik saja masuk ke bilik suaminya.
“Apasal pulak laki aku nak marah! Aku bukannya pergi berfoya-foya dengan lelaki muda. Aku melawat sepupu aku je.” Balas Maria. Dia menyampah dengan perangai Kartika. Dah tua tapi perasaan diri tu muda.
Kartika mengetap bibir bila mendengar kata-kata sepupu suaminya. Kata-kata itu memang ditujukan tepat ke mukanya. Kartika malas nak layan dan terus duduk di sofa. Dia membaca majalah yang dibawanya. Bosan betul duduk di sini.
Maria merenung Kartika. Dia geram dengan perangai Kartika yang tidak langsung menjenguk suaminya sendiri. Isteri apa ni? Abang Kadir memang silap besar bila memilih janda beranak dua ni. Apa kelebihannya pun, aku tak nampak pun. Meluat lagi ada la.
“Mama!....Mama!” jerit Suhaila bila menglangkah masuk. Dia terus berlari anak-anak menuju ke ibunya. Dia langsung tak pedulikan kehadiran Maria di situ. “Mama.....Jenama Gucci dah keluarkan beg tangan terbaru. Jom la, kita pergi beli cepat sebelum orang lain beli.”
“Gucci!” Bulat mata Kartika bila mendengar kata-kata anaknya. Majalah yang dibacanya ditutup serta merta.
“Mama! Cepat la nanti dah habis.” Suhaila merengek seperti budak kecil.
“Baiklah! Baiklah!” segera Kartika bangun. “Aa....Maria, kau tolong aku jap jaga suami aku ni. Aku keluar sekejap. “kata Kartika sepintas lalu sewaktu meninggalkan bilik itu.
Maria mengenggam erat beg tangannya berjenama Bonia. Sakit hatinya bila melihat perangai Kartika. Laki dia sendiri, dia suruh aku jaga pulak! Eee...perempuan ni. Tak sampai 5 minit duduk di sini, dah keluar dah. Apa punya isteri? Perangainya jauh berbeza dengan Kak Munirah. Jika Kak Munirah, dia takkan sesekali tinggalkan Abang Kadir. Dia pasti akan sentiasa berada di sisi Abang Kadir. Maria menoleh ke arah Abang Kadir. “Isteri macam ni ke yang Abang Kadir nak?” kata Maria sebelum berlalu pergi. Dia kesal kerana Abang Kadir mensia-siakan Kak Munirah.

2 comments:

hani said...

ada citer baru....
permulaan yg nenarik..
tahniah..teruskan

aqilah said...

gempak ni....ada cite baru..........apapun, akak follow...............

Post a Comment