Wednesday, October 6, 2010

Satu Dua Tiga 12

BAB 12

            Alina berdiri di hadapan Alisa yang sedang membaca majalah Rapi di sofa. Alisa menutup majalah yang dibacanya bila sedar Alina berdiri di hadapannya. Alisa mendongakkan kepalanya. Wajah Alisa serius. “What’s up?”
            “What’s up? Angah tahu tak apa yang Angah dah buat. Angah ni kalau sehari tak cari pasal dengan orang, tak boleh ke?”
            “Balik-balik terus membebel. Acu dah kena sampuk ke?” Alisa geli hati.
            “Acu serius la, Angah! Acu nak tahu, masa tiba di KLIA! Angah ada kenakan sesiapa tak?”
            “Kenakan siapa?” soal Alisa balik
            “Angah!”jerit Alina geram. Main-main pulak!
            “Ada...Ada! Lelaki mana pun Angah tak tahu. Kenapa?”
            “Lelaki yang Angah kenakan tu anak kawan abah! Peguam abah.”
            “Hmmm...peguam!” Alisa cuba mengingatkan wajah lelaki itu.
            “Ya. Dia ingat Acu ni Angah. Nasib baik la, time tu abah dah masuk jumpa ibu. Kalau tak, terbongkar la rahsia Angah.”
            “Dia cakap apa?” Alisa ingin tahu.
            “Dia tu bernama Zahari! Zahari!”
            “Whatever!”
            “Angah!” Alina geram bila Alisa buat tak endah saja.
            “What do you want to say? He’s pick fight with me first.”
            “Asking a question is wrong for you, sis?”
            “He’s annoying me! Angah dah beri amaran tapi dia degil jugak. Rasakan la.” Alisa masih cuba mempertahankan dirinya.
            Alina menggelengkan kepalanya beberapa kali. Cakap banyak dengan Angah ni memang menyakitkan hati. Dia saja betul, orang lain salah. “Acu dah minta maaf bagi pihak Angah.”
            “What!” Bulat mata Alisa bila mendengar kata-kata adiknya. “Why you do that?”
            “Salah ke minta maaf! Kita tak rugi apa-apa pun kalau minta maaf. Dapat pahala.”
            “I know about that. Tapi Angah tak salah, kenapa Acu minta maaf pula. Perkataan maaf tu seumpama perkataan yang berharga dan mempunyai maruah yang tinggi, Acu tahu tak?” Bagi Alisa, perkataan maaf itu seumpama maruah dirinya. Dia hanya akan minta maaf jika dia benar-benar bersalah. Sebab itu dia jarang meminta maaf pada orang.
            Dahi Alina berkerut mendengar kata-kata Alisa. Susah betul bila bercakap dengan peguam ni. “Suka hati, Angah la.” Alina sudah mengalah. “Hmm....sampai bila Angah nak rahsiakan tentang diri Angah. Abah perlu tahu yang abah ada anak lain selain Acu. Satu hari nanti abah akan tahu jugak.”
            Alisa hanya mendiamkan diri. Dia malas nak dengar perkara yang berkaitan dengan orang yang tak ada kena mengena dengan dirinya.
            “Angah! Dia ayah kita.Walaupun Angah cuba bertegas menafikannya, abah tetap ayah kandung Angah.”
            “Please! I don’t want talk about this. Angah tak nak kita bergaduh pasal perkara ni lagi. It’s my problem.” Tegas Alisa terus bangun dan melangkah masuk ke biliknya. Alina mengeluh. Dia tak tahu bagaimana untuk mencairkan hati kakaknya lagi. Hati mereka benar-benar keras.

                                                ********************************

            “What!” Alisa terus berpaling ke belakang bila mendengar kata-kata Alina. Matanya tepat merenung adiknya yang tersenyum.
            “I’m sure you understand about my job. My patient needs me right now. I’ll have to go back to London. I’ll have to save her. Please pretend to me for a week.”
            “Kerja gila! How can i be like you? Even we are twins, our behavior totally different.” Alisa kurang senang dengan permintaan Alina.
            “Please! Kalau macam tu, Acu rasa lebih baik Angah berterus-terang dengan abah. Tentang kewujudan Angah.”
            “No!” tegas Alisa. Itu bukan cadangan yang baik.
            “So you don’t have a choice, sis!” Alina tersenyum
            Alisa mengeluh. Nampaknya dia sudah tak ada jalan lain lagi. “Ok! ...Ibu tahu tak tentang perkara ni?”
            Alina menganggukkan kepalanya. Dia sudah pun beritahu ibu tentang perkara ni! Ibu setuju.
            “Flight pukup berapa?”
            “8.00pm.”
            Alisa mengeluh kuat. Menjadi seperti Alina bukanlah senang. Kena menjadi lemah lembut dan berbudi bahasa. How can i be like her?
            “Kenapa? Susah hati nampak?” usik Alina. Dia tahu apa yang bermain di fikiran Alisa sekarang ni.
            “Nampaknya Angah kena zip mulut ni la.”
            “Ya! 100% zip! Kalau orang cakap apa-apa, Angah setuju saja. Yang penting, sabar! Angah kena selalu ingat, Angah adalah Acu! Ingat tu.”
            “Leceh la macam tu.”
            “Kalau tak nak, Angah kena berterus-terang.” Alina tersenyum sinis.
            “Ya! Ya. Angah jaga kelakuan Angah!” Alisa membuat mimik muka. Aa....berapa lama la aku boleh zip mulut aku ni? Alisa resah.

                                                ******************************

            “Acu dah bertolak ke?” tanya Munirah apabila anak keduanya itu tiba. Dia perlu berada di hospital selama seminggu sebelum dibenarkan keluar.
            “Dah,Ibu!”
            Munirah tersenyum melihat Alisa. Sekarang ni penampilan Alisa seperti penampilan Alina. Make upnya yang tebal juga sudah tiada lagi. Rambut pula dilepaskan. Selalunya Alisa akan menyanggulkan rambutnya.
            “Kenapa ibu tengok Angah macam tu?”
            “Aii...salah ke ibu tengok anak sendiri?”
            “Bukan la macam tu! Pandangan ibu pelik semacam saja. Ada apa-apa kat muka Angah ke?”
            “Tak ada apa-apa! Kan cantik kalau Angah macam ni! Nampak cantik dan ayu. Tak payah la mekap tebal-tebal. Eyeliner tu jangan la pakai tebal sangat. Takut ibu bila tengok mata Angah!”
            Alisa tersengih. Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Alisa menoleh. Munirah tersenyum bila lihat kedatangan Dr. Nazri.
            “Dr. Nazri tak balik lagi ke? Dah lewat ni!” Sekilas Munirah mengerling matanya ke arah jam dinding di biliknya, Sudah pukul 11.30 malam.
            Dr. Nazri tersenyum bila ada kelibat Alina di situ. Dia dah agak dah mesti Alina ada. Jika tak berjumpa Alina, pasti hatinya resah.
            Alisa membalas senyuman lelaki itu. Lain macam saja senyuman lelaki ni. Nak menggatal ke? Takkan la doktor ni ada hati dengan Acu?
            “sekejap lagi saya balik, auntie. Aaa.....” Dr. Nazri memandang ke arah Alisa.
“Lina, saya nak beritahu awak yang pihak hospital baru saja menerima jantung dari penderma untuk dijadikan kajian. Hari tu awak cakap awak berminat turut serta dalam penyelidikan ini.”
            “JJJJJantung!” nada suara Alisa berketar. Anak matanya tiba-tiba membesar. Seram sejuk bila mendengarnya.
            “Ya....Jantung! Jantung manusia! Saya datang sini sebab nak ajak Lina lihat jantung tu. Lina kan doktor pakar jantung.” Dr. Nazri masih lagi tersenyum
            “Sekarang!” mata Alisa dialihkan pada ibunya. Ibu, tolong! Nak tengok jantung manusia, memang cari nahas. Nanti tak pasal-pasal aku pengsan atau mati terkejut.
            “Pergilah, Lina!” Munirah menyampuk. Dia cuba menahan ketawa. Dia nak lihat apa alasan Alisa. Dia tahu Alisa banyak akal.
            Alisa membuat mimik muka bila mendengar kata-kata ibunya. Ibu.....ni bukannya nak tolong. Mata Alisa meliar ke kiri dan kanan sambil memikirkan alasan. “Aduh....sakit kepala la.” Alisa terus memegang kepalanya. Eksperesi wajahnya bertukar menjadi sakit seolah-olah sedang menahan kesakitan. “Aaa...berdenyut-denyut la pulak!” Perlahan-lahan Alisa berjalan mendekati sofa dan terus duduk di situ.
            “Lina nak ubat ke?” tanya Dr. Nazri risau.
            “Tak apa la! Sikit saja ni. Lepas tidur nanti baik la. Saya rasa next week la saya tengok jantung tu!” Alisa terus menyandarkan kepalanya di sofa. Dia terus memejamkan mata.
            Munirah hanya tersengih. Ada ada saja anak aku ni!
            “Kalau begitu, baiklah. Kalau sakit lagi, minta panadol kat nurse yang sedang bertugas. Lina tidur la. Kalau ada apa-apa beritahu saya.”
            Alisa hanya menganggukkan kepalanya. Ala...cepat la berambus. Balik la. Rimas!
            “Auntie, saya balik dulu! Kalau ada apa-apa beritahu saya!”  Dr. Nazri sempat mengerling ke arah Alina yang tidur. Dia risau untuk meninggalkan Alina dalam keadaan sekarang. Kakinya terasa berat untuk melangkah.
            Munirah hanya menganggukkan kepalanya.
            Sebaik saja mendengar pintu bilik di tutup. Perlahan-lahan Alisa membuka sedikit mata kanannya untuk memastikan lelaki itu sudah pergi.
            “Dr. Nazri dah keluar.”
            Alisa pantas bangun bila mendengar kata-kata ibunya. Dia menghampiri ibunya. “Don’t tell me that guy fall.....”
            “As you can see, yes! What do you think about him?” Munirah suka jika Dr. Nazri menjadi menantunya.
            “Huh....Macam la Acu akan terima cinta dia?”
            “Apa maksud Angah!” Munirah terkejut.
            “Nothing.” Alisa menggaru kepalanya yang tidak gatal. Alamak, aku terlepas cakap pulak. Tiba-tiba telefon bimbit yang berada di dalam poket seluarnya berbunyi, segera Alisa menggeluarkannya. Air mukanya berubah sebaik saja melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbit itu. Telefon bimbit itu adalah milik Alina
            “Kenapa tak angkat?”
            “Ibu jawab!” terus Alisa memberi pada ibunya.
            Munirah pelik dengan kelakuan Alisa. Munirah melihat di skrin telefon bimbit itu. Patut la. “Assalamualaikum.”
            “Walaikumussalam. Aaa....Munirah, Lina mana?” Kadir terkejut bila Munirah yang menjawab panggilannya. Sebenarnya dia ingin bercakap dengan Alina.
            “Lina pergi toilet. Apa halnya?”
            “Aaa...Tak ada apa-apa. Munirah beritahu Lina, esok pagi abang ingin berjumpa dengan Lina. Suruh dia datang rumah.”
            “Baiklah.Nanti Munirah beritahu Lina”
            “Terima kasih! Assalamualikum.” Kata Kadir sebelum menamatkan perbualan mereka.
            “Walaikumussalam.” Jawab Munirah. Matanya tepat merenung anak keduanya. “Dato’ Kadir nak jumpa Angah!”
            “For what?” Alisa terkejut.
            “Ibu tak tahu. Esok pagi kat rumah dia.”
            “No way i’ll go meet him.” Tegas Alisa. Lelaki itu adalah lelaki yang dia tak ingin jumpa sepanjang hidupnya.
            “Angah jangan lupa sekarang ni Angah adalah Alina. Act like Alina.” Munirah cuba mengingatkan anaknya.
            “But!”
            “You have to.”
            “Fine! Angah pergi.” Alisa mengalah.Dia tak ingin bergaduh dengan ibunya. Sekarang ni ibu masih sakit. Dahi Alisa berkerut. Dia resah. Boleh ke aku jadi Alina esok? Mulut aku ni boleh ke aku control? Apa la yang akan jadi esok? Aku kena yakin. Aku boleh menyamar menjadi Alina. Can I? I hope so?

No comments:

Post a Comment