Wednesday, October 6, 2010

Satu Dua Tiga 11

Bab 11

            Aleya mengetap bibirnya menahan geram bila mendengar cerita dari Alisa tentang apa yang berlaku pada ibu semasa berada di Malaysia. Tentang keengganan Dato’ Syed Kadir yang tak ingin menceraikan ibunya! Tentang Datin Kartika yang cuba membunuh ibunya! Ini yang buat dia marah. Bila mendengar cerita itu, dia ingin segera pergi ke Malaysia tetapi banyak lagi projeknya yang belum diselesaikan. Dia perlu siapkan projek di sini dengan kadar segera agar dia dapat menemani ibunya di sana. Dia bimbang jika sesuatu perkara yang buruk berlaku. Langkah Aleya terhenti sebaik saja melintasi meja setiausahanya. “Mary, I want you arrange back my appointment for next month. Make all next month appointment to be in this month.”
            “Allright, Miss Aleya! Aaa....Jaya Bersatu call again. He’s want to speak with you again but this time it’s not Mr. Rahim but...he said he’s name is.....” Mary melihat ke arah buku catatan yang berada di atas meja. “Iskandar.”
            “Iskandar!” Berkerut dahi Aleya. Aleya mengeluh. Mereka ni memang tak faham bahasa! Aku dah cakap tak nak! Tak nak la. Tiba-tiba telefon di meja Mary berbunyi.
            “I’ll think it’s him!” kata Maru melihat ke arah majikannya.
            “Ok! I’ll talk to him.” Aleya terus masuk ke dalam biliknya. Dia meletakkan beg tangannya di atas meja. Tangannya terus mencapai telefon di mejanya.
            “Hello!”
            “Finally, you pick up my phone!” Iskandar tersenyum bila panggilannya disambungkan. Pagi ni sudah beberapa kali dia menelefon wanita ini. Mata Iskandar melirik ke arah jam dindingnya. Sudah pukul 2 pagi!
            “Yes! Mr. Iskandar, what can i help you?”
            “Tentang tawaran kami! I nak you pertimbangkan lagi.”
            “What should i’ll tell you to make you understand perfectly that i’m not interestend.”
            “Jika mengenai bayaran, I boleh bincang dengan you lagi. Berapa you nak?”
            “it’s not about the money! I have my own reason why i’m not accept you offer.” Tegas Aleya.
            “Apa alasan you? Jika you beri alasan yang munasabah, i akan putus asa tapi jika i rasa alasan you tidak munasabah, i akan pujuk you supaya menerima tawaran I.”
            “It’s my personal problem. “ Aleya sudah mula geram.
            Iskandar tiba-tiba ketawa. Lucu bila mendengar jawapan Aleya.
            “Why’re you laughing? It’s not funny.” Sakit hati Aleya mendengar lelaki itu ketawa. Dia sedang mengejek aku ke?
            “You tolak tawaran I disebabkan masalah peribadi you. I sangka you ni professional nampaknya telahan I salah. You tak tahu nak bezakan hal peribadi dan hal kerja.”
            “You don’t know me! You don’t have right to judge me and tell me how to manage my life.” Aleya sudah naik angin. Ternyata lelaki ini sedang memperlekehkan dirinya.
            “Semua perempuan sama saja! Jika berkaitan dengan hal peribadi, mereka tak tahu bagaimana cara untuk menguruskannya. Hanya fikirkan tentang diri mereka saja. Yang pelik tu, bangsa lain you boleh tolong tapi bangsa sendiri you enggan nak menolong. You tak rasa malu ke pada bangsa awak sendiri.” Iskandar tersenyum.
            “What!” Bulat mata Aleya bila mendengar kata-kata pedas dari lelaki itu.
            “You ni anti –Melayu atau anti Malaysia sehingga tak nak menolong bangsa sendiri. Mentang-mentang la you membesar di luar negara jadi you lupa asal usul you sendiri. Hmm....baiklah, jika you tak nak berkerjasama dengan syarikat I nampaknya you takut pada cabaran I. I silap sebab menaruh harapan tinggi pada you untuk menjayakan projek ni. You bukanlah seperti mana wanita yang I sangka, seorang wanita yang sanggup menerima cabaran. Ternyata I silap! “ Iskandar sengaja cuba menyakiti hati wanita itu.
            “Fine! I accept your offer.” Kata Aleya tanpa berfikira panjang.
            Iskandar tersenyum sebaik saja mendengar persetujuan dari wanita itu. Dia dah agak dah. Wanita ni pantang apabila dirinya dicabar. “Betul ke? Atau you sekadar cakap kosong saja untuk menyedabkan hati I saja.”
            “I’ll never break my promise! I’ll always keep it. I’ll see you next month.” Aleya terus meletakkan gangang telefon itu dengan kasar. Aleya merenung telefon itu. Sedap-sedap saja kata kat aku macam-macam. Kalau la kau ada depan mata aku sekarang ni, dah lama lebam biji mata kau. Aleya berjalan ke arah tingkap. Tiba-tiba Aleya mengeluh kuat. Kepalanya digeleng beberapa kali. “Kenapa la aku terus setuju saja? Biar la dia nak cakap apa pun.” Aleya sedar dia sudah terlanjur kata. Aleya merenung ke luar tingkap. Dia ada sebab kenapa dia enggan bekerjasama dengan syarikat Jaya Bersatu. Ini kerana syarikat itu adalah syarikat Dato’ Kadir. Dia tak nak ada kena mengena dengan syarikat tu dan Dato’ Kadir tetapi nampaknya dia tak dapat larikan diri lagi.

                                                *********************

            Zahari terkejut melihat wanita yang berdiri di hadapannya. Badannya kaku bila wanita itu tersenyum kepadanya.
            “Zahari! Ini uncle kenalkan! Alina! Dr. Alina. Anak uncle.” Kadir memperkenalkan Alina pada anak sahabat karibnya.
            “Just call me, Lina! Nice meeting you.” Alina tersenyum. Alina hairan melihat Zahari sedang merenungnya. Alina rasa pelik.
            “Zahari!” panggil Dato’ Kadir.
            “Aaa...Nice meeting you too.” Zahari terkejut bila Dato’ Kadir memegang bahunya secara tiba-tiba.
            “Zahari anak kawan abah.Dia baru saja balik dari Ireland dua hari lepas. Sekarang ni dia peguam syarikat abah dan juga peguam abah.”
            “Ooo...ya ke? Buat phd ke?” soal Alina.
            “Ya!” Dahi Zahari berkerut. Perempuan ni dah tak ingat aku ke atau berpura-pura tak ingat aku! Mustahil dia lupakan aku begitu saja.
            “Kamu berdua berbual la dulu! Lina, abah nak masuk sekejap berjumpa dengan ibu kamu.”
            “Baik, abah!” Alina tersenyum.
            Sebaik saja Kadir masuk. Zahari mendekati Alina. Alina terkejut dan mengundurkan langkahnya. “Awak dah lupa saya ke?”
            “Dah lupa? Kita...kita pernah jumpa ke?” Suara Alina terketar-ketar.
            “Dua hari lepas, di KLIA. Saya takkan lupa apa yang awak dah buat kat saya?”
            “KLIA?” Alina berfikir seketika. Hmm....KLIA? Dua hari lepas mana aku pergi ke KLIA? Tiba-tiba mata Alina menjadi bulat. Angah! Matanya bertentangan dengan mata Zahari.
            “Jadi awak dah ingat la?”
            “Aaa....Ya!” jawab Alina. Apa la Angah dah buat kali ni? Pasti Zahari ni ingat aku la yang dia jumpa 2 hari lepas.
            “Baguslah! Saya tak sangka kita akan berjumpa lagi. Saya dah agak yang satu hari nanti kita akan berjumpa lagi tapi tak sangka pula secepat ni. Awak tahu tak disebabkan awak , semua orang kat KLIA ingat saya ni pervert. Awak dah jatuhkan maruah diri saya.” Marah Zahari. Bila ingatkan peristiwa hari itu dia betul-betul bengang.
            “Pervert?” Alina mengetap bibirnya. Angah ni kalau tak cari pasal dengan orang tak sah! “Aa....apa yang saya dah buat?” soal Alina ingin tahu.
            “Awak dah tak ingat! Aa....awak jerit kata saya ..saya raba punggung awak.” Mata Zahari meliar melihat ke kiri dan kanan. Dia bimbang jika ada orang terdengar kata-katanya.
            “Apa!” Alina terkejut. Angah ni...
            “Sedangkan saya tak buat apa-apa pun kat awak Cuma bertanya soalan saja. Takkan salah kalau saya bertanya soalan dengan awak.”
            “Aaa.....Maaf! Saya minta maaf banyak-banyak.” Kata Alina memohon maaf bagi pihak kakaknya.
            Zahari terkejut bila Alina meminta maaf. Biar betul perempuan ni minta maaf. Hari tu bukan main sombong lagi. Hari ni perempuan ini berbeza terus saja minta maaf. Tak banyak cakap pulak tu. Pelik.
            “Awak ! Saya benar-benar minta maaf sebab jatuhkan maruah awak hari tu. Saya minta maaf. Saya harap selepas ni kita dapat berkawan.” Alina tersenyum.
            “Aaaa.....Ya! Saya maafkan awak.”
            “Zahari! Kau dah berkenalan dengan Dr. Alina ke?” Langkahnya diatur kemas menghampiri sahabat karibnya.
            “Dah! Yang kau ni tiba-tiba ada kat sini, kau tak kerja ke?” soal Zahari hairan.
            “Kau dah lupa ke? Ni hospital ayah aku la.”
            “Ya tak ya jugak! Aku lupa la.” Zahari ketawa.
            “Hmm....Lina masuk dulu. Kamu berdua berbual la.” Kata Alina sebelum melangkah masuk ke bilik ibunya.
            Zahari memandang Alina dengan pandangan yang pelik.
            “Zahari, kau jangan pandang lebih-lebih. Aku dah cop dulu.” Dr. Nazri tersengih,. Dia sedar sejak tadi Zahari hanya memerhatikan Alina. Sedikit perasaan cemburu terbit di hatinya.
            Zahari hanya menggelengkan kepalanya. “Suhaila, kau nak letak mana?”
            “Shis....kau jangan sebut nama tu. Mulut kau tu masin. Dsebabkan mulut kau hari tu, aku dan Is terpaksa melayan perangai 2 beradik tu.” Matanya meliar melihat ke kiri dan kanan.
            Zahari ketawa bila lihat air muka Dr. Nazri yang berubah selepas saja nama Suhaila disebut.

No comments:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...