Wednesday, October 6, 2010

Satu Dua Tiga 10

Bab 10


            “Awalnya kau balik, Zahari?” soal Iskandar. Dia terus duduk di sebelah kerusi yang bersebelahan dengan Zahari. Sudah lama dia tak berjumpa dengan sahabatnya itu.
            “Bosan la aku duduk di negera orang lama-lama. Aku tak sabar nak balik ke sini. Negaraku yang tercinta.” Zahari tersengih.
            “Macam mana dengan life kau kat sana?” soal Dr. Nazri. Mereka bertiga berjanji untuk berjumpa di Secret Recipe petang ini.
            “So far, ok la! Sana sejuk! Fuh, nasib baik la kulit aku tebal.” Zahari ketawa.
            “Special ones?” Iskandar cuba untuk mengorek rahsia.
            “None! Semua minah salleh la, bukan taste aku. Jiwa aku masih pada perempuan melayu!”
            “Boleh percaya ke?” Dr. Nazri tersengih bila mendengar kata-kata Zahari.
            “Tentu la! Aku balik cepat-cepat ni sebab aku kasihan kat Linda yang terpaksa uruskan syarikat guaman arwah papa aku seorang diri. Lagipun tahun depan, dia nak kahwin. Mesti dia sibuk nak buat persiapan perkahwinan lagi. ”
            “Tengok! Adik kau pun dah nak kahwin! Kau bila lagi? Takkan la kau tak jumpa lagi wanita idaman kau?” ujar Dr. Nazri.
            “Aku belum ada jodoh lagi lagi. Sebab pasal wanita ni, masa aku kat KLIA pagi tadi. Ada wanita tu duduk kat sebelah aku. Aku tegur la dia sebab waktu tu aku tengok dia macam bengang. Telefon bimbitnya diketuk-ketuk kat kerusi. Aku tegur la dia. Lepas tu dia tiba-tiba naik angin. Dia speaking. Dia suruh aku jangan cakap dengan dia tapi aku cakap jugak.” Zahari mula bercerita. Dia teringat akan peristiwa tadi.
            “Kau memang suka cari pasal.” Sampuk Iskandar. Dia berminat untuk mendengar dengan lebih lanjut.
            “Aku bukannya buat apa-apa pun. Just tegur je. Aku kan peramah!”
            “Sambung-sambung la, aku nak dengar!” kata Dr. Nazri.
            “Dia beri amaran kat aku supaya jangan bercakap dengan dia lagi tapi aku cakap dengan dia jugak,. Tiba-tiba dia bangun dan terus menjerit.....” Zahari menoleh ke kiri dan kanan. Dia perlu pastikan tak ada orang mendengar perbualan mereka bertiga. “Dia jerit kata aku raba punggung dia.” Nada suara Zahari separuh berbisik.
            “Apa!” Dr. Nazri terkejut.
            Iskandar ketawa kuat bila mendengar kata-kata Zahari.
            “Bagi kau memang la lucu, bagi aku pulak ini perkara yang memalukan. Time tu memang aku geram, marah dan malu! Mana tidaknya, semua orang kat sini pandang aku lain macam ja seolah-olah aku orang gila seks. Perempuan tu pulak terus pergi macam tu saja. Kalau la....kalau la, aku jumpa perempuan tu lagi! Siap la! Aku akan balas dendam balik.” Zahari mengetap bibirnya menahan geram.
            “Lain kali, kau tu jangan la jadi peramah sangat. Kan dah kena! Aaaa....betul ke Uncle Kadir dah lantik kau jadi peguam dia?”
            “Ya! Baru tadi, dia call aku! Dia cakap nak jumpa aku esok.”
            “Mesti Uncle Kadir nak tukar wasiat.” Kata Iskandar.
            “Kenapa?” Zahari tak faham.
            “Auntie Munirah dah balik. Rupa-rupanya Uncle Kadir ada anak dengan Auntie Munirah. Selama ni Uncle Kadir tak tahu yang dia mempunyai pewaris.” Terang Dr. Nazri.
            “So maksud kau, tujuan Uncle Kadir nak jumpa aku esok disebabkan wasiat .”
            “Mungkin ya!”
            “Habis  tu macam mana dengan Auntie Kartika, Sofea dan Suhaila. Aku rasa mereka takkan bersetuju pasal hal ni, macam la kau tak kenal dengan perangai Auntie Kartika dan anaknya.”
            Serentak mereka bertiga mengeluh kuat. Mereka tahu apa yang akan berlaku.
            “Aaa....girlfriend kau berdua macam mana? Sihat?”tanya Zahari sambil tersengih.
            “Siapa?” soal Iskandar dan Dr. Nazri serentak.
            “Sofea dan Suhaila”
            “Eh, Zahari! Kau jangan sebut nama mereka berdua, nanti tak pasal-pasal muncul kat sini.” Kata Iskandar. Nama Sofea memang sensitif pada dirinya.
            “Ya lah. Kau ni memang sengaja nak hilangkan mood kami.” Dr. Nazri mencelah. Wajahnya berubah pucat bila nama Suhaila disebut.
            “Penakut! Takkan la kalau aku sebut nama Sofea dan Suhaila, mereka akan muncul kat sini.” Zahari ketawa. Lucu.
            “Hai!” tegur seseorang. Serentak mereka bertiga berpaling.bila mendengar suara wanita menegur mereka. Ketawa Zahari mati secara tiba-tiba bila melihat dua orang wanita yang berada di belakang mereka. Perlahan-lahan matanya dialihkan pada kedua orang sahabatnya yang sedang memerhatinya seolah-olah ingin menelannya hidup-hidup.
            “Happy nampak!Tengah borak pasal apa?” Suhaila bersuara. Matanya tepat merenung ke arah kekasih hatinya.
            “Aaa...Nothing.” jawab Zahari. Dr. Nazri dan Iskandar hanya mendiamkan diri. Maaf, sahabatku! Tak sangka mulut aku ni masin pulak!

                                                **********************************

            Perlahan-lahan Alisa membuka kelopak matanya. Terasa berat. Dia terdengar suara. Alisa mengangkat kepalanya.Matanya dikesat beberapa kali. Dia melihat ke arah ibunya yang masih tidur.
            “Lina, bangun! Kenapa tidur macam ni? Nanti sakit badan!”
            Alisa berpaling. Dahinya berkerut melihat lelaki yang berdiri di sisinya. Siapa dia ni?
            “Lina! Bangun! Lina balik dulu! Pasti Lina penat sebab semalaman menjaga ibu. Biar abah pula yang jaga ibu.” Kadir tersenyum.
            Abah! Mata Alisa bulat sebaik saja mendengar lelaki itu membahasakan dirinya abah. Lelaki ni....lelaki ni! Serentak Alisa bangun dan terlanggar botol air yang berada di atas almari. Botol itu terjatuh dan menyebabkan Munirah terjaga.
            “Lina, kenapa ni?” soal Kadir hairan bila melihat reaksi Alina seolah-olah seperti nampak hantu. “Ni abah ni!”
            Munirah terjaga dan melihat ke arah Alisa. Munirah terkejut bila melihat Kadir juga berada di situ. Munirah sedar akan perubahan wajah Alisa. Pasti Kadir ingat Alisa adalah Alina. “Lina! Lina!” panggil Munirah beberapa kali.
            Alisa berpaling apabila mendengar suara ibunya. Dia terus mendekati ibunya. “Lina, balik dulu!” Munirah memegang erat tangan anaknya. Dia bimbang Alisa akan tiba-tiba naik angin. Dia tahu anaknya masih marah.
            “Tapi ibu....”
            “Balik!” tegas Munirah.
            Alisa mengeluh. “Baiklah!” Alisa mengeluh. Dia tak nak bergaduh dengan ibunya lagipun ibunya pun bukannya sudah sembuh sepenuhnya. Semalam adalah gilirannya untuk menjaga ibu. Malam ni giliran Alina pula. Mereka bergilir-gilir menjaga ibu. Alisa tak nak orang lain tahu akan kewujudan dirinya.
            Alisa terus mencapai beg tangannya dan berlalu keluar dari situ tanpa melihat ke arah Kadir yang sedang memerhati.
            “Lina, marah kat abang ke?” soal Kadir. Dia sedar akan layanan dingin Alina pada dirinya.
            “Tak mungkin la! Mungkin dia masih mengantuk lagi. Semalaman dia jaga Munirah. Aa....macam mana Dato’ Kadir tahu ....”
            “Munirah, kenapa panggil abang Dato’ Kadir? Abang kan masih suami Munirah.” Kadir sedar sejak kali pertama mereka berjumpa Munirah asyik memanggil dirinya Dato’ Kadir.
            “Munirah sedar siapa Munirah yang sebenarnya! Kita tak setaraf. Kita berkahwin pun disebabkan oleh keluarga. Munirah tak layak menjadi isteri awak sebab itu Munirah nak kita bercerai. Munirah tak nak buat dosa lagi. Awak dah ada isteri. Tak elok jika Munirah jadi orang kedua.”
            “Munirah isteri abang! Isteri abang yang sah. Isteri pertama abang!” tegas Kadir.
            “Selama ni kita hidup tak seperti suami isteri. Kita tak bahagia. Kenapa kita perlu hidup seperti suami isteri lagi? Penceraian adalah jalan terbaik untuk kita.”
            “Munirah, tak boleh ke kita mulakan hidup baru bersama-sama? Adakah sukar untuk menerima abang kembali dalam hidup Munirah?” nada suara Kadir terketar-ketar. Dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama Munirah.
            “Dah terlambat!”
            “Masih belum terlambat lagi.Berilah peluang pada abang untuk tebus segala-galanya. Abang janji! Abang akan membahagiakan Munirah.” Rayu Kadir sambil tangannya tiba-tiba memegang lembut tangan Munirah.
            Dengan pantas Munirah menarik tangannya. Munirah menoleh ke arah lain. Dia tak sanggup memandang wajah suaminya lagi. Dia takut jika hatinya akan menjadi lembut. Dia perlu tetap dengan pendiriannya. “Sudahlah, Dato Kadir! Awak balik la ke pangkuan Kartika. Munirah tak nak timbulnya masalah baru lagi.”
            “Munirah!” suara Kadir sayu. Hatinya sakit bila Munirah tidak menerima dirinya. Mungkin ini balasan atas apa yang aku telah lakukan pada Munirah dahulu.  
           
           

No comments:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...