Wednesday, October 6, 2010

Satu Dua Tiga 9

Bab 9

           
            Alina terus meluru  masuk dan matanya tepat melihat ibunya yang sedang terbaring di katil. Alina mendekati katil sambil hatinya berdebar-debar. Dia terkejut bila mendapat panggilan dari hospital yang mengatakan ibunya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sewaktu dalam perjalanan, Alina tak putus-putus berdoa yang ibunya selamat. Dia tak sanggup jika kehilangan ibunya.
            “Ibu Lina, selamat cuma kaki kiri dan tangan kanan patah. Ada sikit luka-luka di muka dan badan. Berdasarkan pada X-ray, tak ada yang serius cuma ibu Lina perlu banyakkan berehat” kata Dr. Nazri dengan lembut. Dia lihat Alina masih merenung ibunya.
            “Alhamdulilah.” Alina menghembus nafas lega. Perlahan-lahan Alina mendekati ibunya dan memegang lembut tangan ibunya. “Aaa...Abah Lina dah tahu ke tentang perkara ni?”
            “Belum. Kalau Lina nak.....”
            “Tak payah! Lina rasa abah tak perlu tahu, lagipun keadaan abah baru stabil. Jika dia tahu ibu kemalangan pasti kesihatan abah terganggu. Lina tak nak ambil risiko.”
            “Baiklah jika Lina dah cakap seperti itu. Saya akan rahsiakan hal ni.”
            “Aaa...boleh tak, Lina nak tengok rekod perubatan ibu Lina. Just for checking.” Kata Alina.
            “Boleh! Tak ada masalah. Lina boleh datang ke bilik saya.”
            “Terima kasih...nanti....” belum sempat Alina menghabiskan ayatnya. Telefon bimbitnya berbunyi. Dahi Alina berkerut apabila melihat no telefon yang tertera di skrin telefon. Siapa call ni? Tak kenal pun. Dia perasaan no telefon inilah yang telah menelefonnya beberapa kali tetapi pada waktu dia telah silent telefon bimbitnya. Nasib baiklah sewaktu pihak hospital telefon, dia sedang memegang telefon bimbitnya. “Hello!”
            “Finally, you pick up the phone! Where are you? Dah banyak kali Angah call tapi Acu tak jawab pun. Ibu mana? Ibu pun tak jawab call Angah.”  Kata Alisa sebaik saja mendengar suara adiknya.
            “Aaaa....Angah!” suara Alina separuh berbisik apabila mendengar suara kakaknya. Alina berpaling ke belakang. Dia lihat Dr. Nazri sedang melihat ke arahnya.
            “Aaa...Lina, saya keluar dulu.” Dr. Nazri sedar Alina berasa kurang selesa bercakap dalam telefon apabila kehadirannya mengganggu Alina.
            “Ok, sekejap lagi Lina datang.” Alina tersenyum. Sebaik saja memastikan Dr. Nazri terus keluar , Alina berjalan menuju ke bilik air.
            “Acu, what’s going on?” Alisa dapat merasakan sesuatu yang tak kena.
            “Aa....nothing.” Nada suara Alina terketar-ketar.
            Alisa mengeluh. “Are you liaring to me?” Alisa syak sesuatu. Sejak dulu lagi, Alina tak pandai berbohong jika dia berbohong nada suaranya akan terketar-ketar.
            “Tak ada apa-apa!”
            “Really!” Alisa tak percaya.
            “Ok! Make sure you not liaring to me because i’m here. Now, i’m in Malaysia to pick up you all back to London.”
            “What!” bulat mata Alina bila mendengar kata-kata kakaknya.
            “So, tell me what’s going on?”
            Alina mengeluh kalau tak beritahu pasti Angah akan marah padanya lagipun Angah dah ada di sini. “Ibu kemalangan! Sekarang ni kat hospital.”
            “What!” jerit Alisa bila mendengar kata-kata adiknya. Jantungnya berdengup kencang. Bibirnya terketar-ketar. Wajah ibunya mula terbayang. “Where are you right now? Tell me”

                                    ************************************

            “Ibu! Ibu tak apa-apa ke?” soal Alisa sebaik saja melihat ibunya sedang terbaring. Air matanya mengalir bila lihat kaki dan tangan ibunya disimen.
            “Ibu tak apa-apa! Jangan risau, sikit je.”
            “Sikit ibu cakap! Ni ...kaki dan tangan patah. Ini Ibu kata sikit. It’s take time to recover.”
            Alina hanya memerhati kakaknya. Dia berasa lega akan kehadiran kakaknya pada waktu ini. Selalunya jika terjadi sesuatu mereka bertiga akan bersama. Kehadiran Alisa sedikit sebanyak mengurangkan kerisauan di hatinya.
            “Dah tengok rekod perubatan ibu?”
            “Dah! Tak ada yang serius.”
            “Betul ke? Angah rasa kita perlu bawa ibu pulang ke London, terima rawatan di sana.”
            “Angah! Tak payah susah-susah. Kan sini pun, dah elok. Mereka layan ibu dengan baik.”ujar Munirah dengan lembut.
            “But....teknologi perubatan di London lebih maju dari sini. Angah rasa ibu perlu terima rawatan di sana. Buat medical check up lagi.” Pujuk Alisa. Dia bimbang jika ada perkara yang tak diingin berlaku lagi.
            “Teknologi perubatan di sini pun dah bertambah maju. Lagipun di sini, yang menjaga ibu adalah bangsa kita sendiri. Angah jangan bimbang.” Tegas Munirah. Dia tahu Alisa bimbang akan kesihatannya.
            “tapi ibu....”
            “Angah! Doktor suruh ibu banyakkan berehat. Nanti kita bincang perkara ni lagi.” Alina mencelah. Jika dibiarkan pasti keadaan menjadi keruh.
            “Baiklah!” Alisa mengalah.
            “Acu nak ke bilik air jap. Nak basuh buah epal ni.” Alina mengambil 2 biji buah epal yang dibelinya sebentar tadi. Dia masuk ke dalam bilik air.
            Alisa duduk di kerusi yang berdekatan dengan katil ibunya. Alisa hanya tesenyum. Tangannya erat memegang tangan kiri ibunya. Munirah hanya tersenyum. Mereka berdua terkejut bila pintu bilik dibuka dengan kasar. Bulat mata Munirah bila melihat kehadiran mereka bertiga.
            “Impressive!” ucap Kartika sambil menepuk tangannya bila melihat musuhnya terlantar di atas katil. Liat betul nyawa perempuan ni nak mati. Dia tak sangka rancangannya gagal. Dia dah upah orang supaya rosakkan brek kereta Munirah tapi kejayaan tidak berpihak padanya. Munirah hanya cedera saja. Ini yang membuatkan dia geram. “Aku ingat kau dah mati!”
            Alisa terkejut bila mendengar kata-kata wanita itu. Alisa terus bangun tapi Munirah sempat memegang tangan Alisa. Alisa berpaling ke arah ibunya. Munirah menggelengkan kepalanya. Dia tak nak Alisa bertindak terburu-buru.  Alisa kembali merenung 3 orang wanita yang berada tidak jauh darinya. Dia sedar 2 orang wanita muda yang berdiri di sisi wanita itu tersenyum sinis ke arahnya.
            “Kartika! Kak tak faham! Apa yang Kartika tak puas hati lagi? Kak akan bercerai dengan Dato’ Kadir tak lama lagi. Selepas ni keadaan akan kembali seperti biasa.”
            Alisa menoleh ke arah ibunya. Bercerai! Inikah urusan yang dikatakan oleh ibu? Tujuan ibu pulang ke Malaysia sebab ingin bercerai dengan lelaki tu.
            “Kau jangan nak bodohkan aku! Aku dengar sendiri suami aku beritahu anak kau yang dia takkan ceraikan kau tapi dia nak ceraikan aku. Kau ingat aku akan berdiam diri saja tengok kau belot semua harta suami aku.” Marah Kartika.
            “Ya, Allah! Kartika, kak tetap akan ceraikan Dato’ Kadir walauapa yang terjadi.Dia setuju atau tak, kak tetap akan ceraikan dia.”
            “Kau ingat aku akan percaya cakap kau lagi. Jangan harap la. Aku beri amaran kalau kau sayangkan nyawa kau dan anak kau, baik kau balik ke tempat asal kau. Di sini bukan tempat kau jika tak aku tak jamin keselamatan kau dan anak kau. Kau ingat tu.” Tegas Kartika.
            “It’s mean it’s a thread, right.” Alisa bersuara.
            Dahi mereka bertiga berkerut bila mendengar kata-kata Alisa.
            “Hey, cakap bahasa melayu la. Kau cakap apa tadi!” Sofea bersuara. Dia bukannya faham sangat dengan bahasa Inggeris begitu juga adik dan ibunya. Setakat you and I, mereka faham  la. Mereka bertiga bersekolah pun setakat SPM saja.
            Alisa tersenyum sinis. “Poor english! Hmm....Jadi ini satu ugutan.”
            “Ya!” Kartika merenung wanita yang rambutnya bersanggul. Penampilan Alina berbeza pada hari ni.
            Perlahan-lahan Alisa menganggukkan kepalanya. Dia sudah faham sekarang ni. “Ini bermakna you la yang upah orang untuk rosakkan brek kereta ibu?”
            “Ya dan aku takkan teragak-agak untuk lakukannya sekali lagi.”
            “Ooo....I see! Ibu, she’s don’t know that her statement wil make her in trouble. This can be prove to put her in jail. Stupid women” Alisa menunjukkan alat perakam yang berada ditangannya. Alisa tersenyum ke arah ibunya. Walau ke mana saja dia pergi, dia akan sentiasa membawa perakam suara sebagai persediaan. Munirah terkejut.
            “Kau cakap apa, hah!” Suhaila bengang. Dia tahu pasti perempuan tu sedang mengutuk mereka.
            “Tak ada apa-apa la!” jawab Alisa dengan wajah selamba.
            “Kau ingat! Aku nak kau cepat berambus dari sini. Aku tak nak tengok muka kau lagi.” Kata Munirah terus keluar dari situ. Sofea dan Suhaila terus mengikut ibunya. Sebaik saja mereka bertiga keluar, Alina keluar dari bilik air. Dia sudah mendengar segala-segalanya. Kemalangan yang dialami oleh ibu adalah rancangan auntie Kartika. Alina menghampiri kakaknya.
            “Don’t tell me that they’re.....” Alisa menuding jarinya ke arah pintu manakala matanya tepat melihat ibunya. Takkan la telahannya tepat.
            “Your stepmother and stepsisters.” Jawab Munirah.
            Alisa mengetap bibirnya menahan geram. Perangai mereka memang melampau. Macam mana ibu boeh bersabar? Dah jelas perempuan tu ingin membunuh ibu. “Angah takkan biarkan perkara ni! Angah akan buat police report! Bukti dah ada dalam tangan kita.”
            “Angah! Ibu tak nak Angah buat laporan polis. Ibu tak nak perkara ni diperbesarkan.”
            “What! Ibu, kita tak boleh biar mereka pijak kepala kita. Lepas ni entah apa lagi dia akan lakukan. Kita perlu buat laporan polis. She’s try to kill you.” Tegas Alisa.
            “Angah! Kalau Angah masih sayang dan hormatkan ibu, ikut saja apa yang ibu cakap!” tegas Munirah. Dia tahu anak keduanya itu memang degil.
            Alisa tergamam. Lidahnya kelu berkata-kata. Pandangannya diarahkan pada Alina. Alina membuat mimik muka agar Alisa mengalah dan setuju dengan permintaan ibu.
            “Ok!” Alisa mengalah dan terus berlalu keluar dari bilik itu. Alina hanya memerhati kelibat Alisa keluar dari situ. Pasti sekarang ni Angah tak puas hati.
           

No comments:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...