Tuesday, October 5, 2010

Satu Dua Tiga 5

Bab 5

            Kartika terkejut melihat wanita bertudung litup yang berada di dalam bilik suaminya. Dia kenal benar dengan wanita itu walaupun sudah 25 tahun mereka tak bertemu. Kartika mengetap bibirnya menahan geram. “Kau....Kau buat apa kat sini, Munirah!” jerit Kartika dan terus mendekati Munirah. Satu tamparan hinggap di pipi Munirah. Semua orang yang berada di situ terkejut dengan tindakan Kartika.
            Munirah memegang pipinya yang terasa sakit akibat tamparan Kartika.
            “Ibu.” Alina terus mendekati ibunya.
            “Kartika, kau ni kenapa?” marah Kadir.
            “Ibu!” Bulat mata Kartika merenung wanita yang berdiri sebelah Munirah. Takkanlah...Bibir Kartika terketar-ketar cuba menyatakan sesuatu.
            “Ini Alina. Anak aku dan Munirah. Satu-satunya anak tunggal aku.” Beritahu Kadir.
            “Apa! Tak mungkin! Mustahil. Kau...Kau saja rekakan cerita kan? Kau tahu suami aku sakit sebab itu kau balik dan bawa perempuan ni mengaku sebagai anak suami aku. Kau ingat aku tak tahu niat kau yang sebenarnya. Kau nak bolot semua harta suami aku kan.” Marah Munirah. Kehadiran madunya menggugat kedudukkannya.
            “Kartika! Alina, anak aku! Aku tahu Alina anak aku. Kau jangan nak buat cerita yang bukan-bukan. Alina anak tunggal aku. Pewaris bagi semua kekayaan aku.”
            “Abang percaya ke cakap perempuan ni.Entah-entah dia saja nak perangkap dan balas dendam kat abang. Entah anak siapa yang dia mengandungkan kemudian dengan senang mengaku anak orang lain sebagai anak abang. 25 tahun, macam-macam boleh berlaku.”
            “Kau tak payah la nak mengapi-apikan aku, Kartika. Aku tak buta lagi. Aku tahu Alina anak kandung aku. Seorang bapa akan mengenali anaknya sendiri. Naluri aku kuat menyatakan Alina anak aku.”
            “Kartika, kak balik sini sebab kak dapat tahu Dato’ Kadir sakit. Itu saja. Kak tak ada niat lain pun.” Ujur Munirah dengan lembut. Dia tak nak keruhkan keadaan.
            “Hey, perempuan! Kau jangan nak tunjuk baik dengan aku. Kau ingat aku tak tahu apa yang bermain di fikiran kau sekarang ni. Kau memang nak balas dendam kat aku kan. Kau tahu suami aku sakit lepas tu kau terus balik ke sini kan. Kau memang cerdik.”
            “Kartika! Aku yang pujuk Kak Munirah balik ke sini datang jumpa Abang Kadir.” Maria mencelah. Maria tak dapat menahan lagi. Perangai Kartika ni memang melampau.
            “Apa! Kau! Kau ni memang suka jaga tepi kan orang kan! Aku tahu dari dulu lagi kau tak sukakan aku. Jadi kau ambil peluang ni untuk sakitkan hati aku kan!”
            “Aku memang tak sukakan kau! Puas hati. Itu yang kau nak dengar kan. Kau sedar diri kau dulu! Siapa yang datang dulu dalam hidup Abang Kadir sebelum kau, hah!”
            “Kau!” Kartika merenung Maria seolah-olah ingin ditelannya.
            Munirah dan Alina hanya terdiam membisu. Apa yang berlaku sekarang ni memang di luar jangkaan.
            “Sudah! Kartika, kau balik. Balik!” jeri Kadir. Dia sudah penat melayan kerenah Kartika.
            “Abang!” Kartika tak puas hati.
            “Aku kata balik. Kau nak aku panggil pengawal ke untuk heret kau keluar.” Kadir memberi amaran.
            Kartika menghentak kakinya beberapa kali. Dia melihat ke arah Munirah. “Hal kita belum berakhir lagi. Kau ingat!” Kartika memberi amaran sebelum berlalu keluar.
            Kadir mengeluh. Pandangannya dialihkan pada Munirah yang hanya diam membisu. Pasti sekarang ni, Munirah akan tetap ingin meminta cerai darinya. Dia faham benar dengan perangai Munirah yang sentiasa beralah dengan orang. Aku takkan ceraikan kau, Munirah. Takkan!
                                     **************************************

            Alina memberi tuala yang telah direndam air suam kepada ibunya untuk diletakkan pada pipi kanan ibunya yang lebam. Munirah tersenyum dan perlahan-lahan Munirah meletakkan tuala itu dipipinya. Dahinya berkerut sedikit.
            “Sakit ke, ibu?”  Alina risau.
            “Sikit je!”
            “Tadi tu..isteri kedua abah ke?”
            “Ya. Namanya Kartika. Datin Kartika.”
            “Tak sangka dia macam tu.” Ucap Alina. Dia terkejut bila wanita itu tiba-tiba menampar ibunya.
            “Biasa la. Itu tindakan yang selalu dilakukan oleh setiap wanita bila dia rasa dirinya terancam lebih-lebih lagi bila ada perempuan dekati suaminya.”
            “Tapi ibu isteri pertama abah! Dia patut hormat ibu sebagai isteri pertama.”
            “Lina, perkahwinan antara ibu dan Dato’ Kadir diatur oleh keluarga bukannya atas dasar cinta. Ibu hanya anak pekebun keluarganya. Ibu tak setaraf. Lagipun dia tak mencintai ibu. Ibu sedar siapa ibu dalam hidup dia.” Munirah cuba tersenyum walaupun terasa pahit bila mengenangkan peristiwa dulu.
            “Ibu cintai abah?” soal Alina ingin tahu.
            Munirah terkejut dengan pertanyaan anak bongsunya. Dia terdiam seketika.
            Alina perasaan akan perubahan wajah ibunya. “Aaa...sekarang ni macam mana, ibu?” Alina cuba mengubah topik.
            “Maksud Acu
            “Auntie Kartika dah tahu ibu balik pasti dia takkan biarkan perkara ni begitu saja. Yang menjadi masalah sekarang ni, kalau kita tak balik minggu depan. Pasti Angah akan datang. Abah pula tak nak ceraikan ibu. Sekarang ni masalah semakin complicated.” Alina risau.
            “Itulah yang merisaukan ibu. Ibu tak nak rumahtangga Dato’ Kadir porak peranda disebabkan ibu. Kalau ikutkan hati, ibu mahu selesaikan perkara ini dengan segera tapi tahap kesihatan Dato’ Kadir sekarang ni, ibu tak boleh bertindak terburu-buru. Acu tak kisah kan, ibu bercerai dengan Dato’ Kadir?”
            “Ibu! Acu tak kisah. Apa yang ibu rasa terbaik, ibu buat saja. Acu sentiasa akan menyokong keputusan ibu.” Alina hanya ingin ibunya bahagia saja.
            Munirah tersenyum. Dia tahu Alina seorang yang bertimbang rasa dan berfikiran terbuka.
            “Ibu! Kalau....kalau....Along dan Angah dapat tahu auntie Kartika tampar ibu pasti, teruk akibatnya kan!” Tiba-tiba teringat kakak kembarnya.
            Munirah hanya menggelengkan kepalanya. “Jadi, Acu kena rahsiakan perkara ni dari mereka! Boleh tak?”
            “Ok!” Alina ketawa kecil. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Alina melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Wajah Alina berubah. Alina teragak-agak untuk menjawab panggilan itu.
            “Siapa?”
            “Along.....” Alina membuat mimik muka. Tahu-tahu saja orang tengah cakap pasal mereka.

                                    *******************************

            Sebaik saja tiba di ruang tamu, Kartika membaling beg tangannya. Dia menjerit sekuat hati. Kartika menumbuk sofa yang berada di hadapannya. Sakit hatinya bila mengingatkan kembali apa yang berlaku. Sanggup suaminya sendiri memalukan dirinya malah menghalau dia keluar. Kartika menjerit sekali.
            “Mama! Eee....terjerit-jerit macam orang gila. Kacau Su nak tidur.” Suhaila mendekati ibunya. Begitu juga Sofea yang berada di belakang adiknya.
            “Jangan cuba nak naikkan darah mama, sekarang ni mama tengah bengang! Bengang!” jerit Kartika lagi.
            “Mama!” Sofea menggaru kepalanya yang tidak gatal. Suaranya ibu menyakitkan telinganya. Dah semalam dia balik pukul 6 pagi. Ingatkan nak tidur lama sikit tapi jerit ibunya mengganggu tidurnya. “Sekarang masalah apa pulak? “ Sofea terus duduk.
            “Dia dah balik. Dah balik.”
            “Siapa?”
            “Munirah!”
            “Siapa Munirah?” soal Suhaila. Berat matanya untuk buka.
            “Isteri pertama papa kau! Kenapa bengap sangat?” marah Kartika.
            “Ooo....Apa yang jadi masalahnya sekarang?” Sofea tak faham kenapa ibunya perlu gelabah seperti ini.
            “Ee.....kenapa la aku ada anak bodoh macam kamu berdua ni?” Kartika terus menolak kepala anak-anaknya yang masih separuh tidur. Dia geram bila anaknya langsung tidak mengambil peduli apa yang berlaku.
            Sofea dan Suhaila terjaga bila ibu mereka menolak kepala mereka dengan kasar. “Mama! Sakit la.” Sofea marah apabila diperlakukan begitu.
            “Dengar sini baik-baik! Sekarang ni papa kau dah ada pewaris. Segala yang dimiliki oleh kita sekarang ni akan diambil oleh anaknya.Jangan harap la kita dapat satu sen pun” Kartika teringat wanita yang berdiri di sebelah Munirah. Sepasang mata yang miliki wanita itu membuat dia yakin wanita itu benar-benar anak suaminya.
            “Apa maksud mama?” Sofea terkejut dengan kata-katanya ibunya. Matanya bulat sebaik saja mendengar perkara yang berkaitan dengan duit.
            “Papa kau dan perempuan ada anak perempuan. Segala harta papa kamu akan jatuh ke tangan perempuan tu.”
            “Ini tak adil mama!” Suhaila bersuara. Dia tak nak kemewahan yang dikecapinya sekarang ni hilang begitu saja hanya disebabkan kemunculan wanita yang tiba-tiba menjadi anak kandung papa.
            “Kita kena buat sesuatu, mama!” kata Sofea mula risau. Dia tak nak hidup miskin.
            “Kau ingat mama akan berdiam diri saja! Takkan. Tahulah macam mana mama nak ajar perempuan tu dan anaknya.” Kartika menggenggam erat tangannya.

           

           


1 comment:

yunie said...

ish... xsdar kan diri 2 tumpang ksenangn org lain... ape2 pun cite nie besh2...

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...