Tuesday, October 5, 2010

Satu Dua Tiga 7

Bab 7

            “Maaf, Is! Aku terlambat!”  Dr. Nazri terus duduk di kerusi yang berhadapan dengan Iskandar di Coffee Bean Cafe
            “Tak apa! Aku baru saja sampai. Ni aku dah order minuman kegemaran kau.” Iskandar tersengih.
            “Thanks, my friend.”
            ”Aaa....tadi Zahari ada call aku, minggu depan kalau tak ada-apa hal dia akan balik ke Malaysia.” Beritahu Iskandar.
            “Wah, dah lama kita tak jumpa dia. Rasa-rasanya dah setahun lebih kita tak jumpa dia selepas dia sambung belajar PHD kat London.” Dr. Nazri teringat akan sahabat karib mereka sejak kecil lagi. Keluarga mereka bertiga sangat rapat seolah-olah seperti keluarga sendiri. Kebetulan pula mereka bertiga sebaya.
            “Ya! Aaa...dah lama kita tak lepak bertiga. Baru meriah.”
            “Itu la!  Aku tak sabar-sabar ni tunggu Zahari balik.”
            “Kenapa?” soal Iskandar hairan.
            “Aku nak kenalkan kau berdua dengan wanita yang telah berjaya mencairkan hati aku yang keras ni.” Dr. Nazri tersenyum bila mengingatkan tentang Alina.
            “Siapa? Suhaila!”
            Lamunan Dr. Nazri terhenti bila mendengar nama Suhaila. “Kau ni memang sengaja nak hilangkan mood aku.”
            Iskandar ketawa bila mendengar kata-kata sahabatnya. “Kau ni memang sensitif betul bila dengar nama Suhaila.”
            “Ooo...suka ye! Sofea! Kau nak aku call Sofea ke?”
            Ketawa Iskandar mati sebaik saja Dr. Nazri menyebut nama Sofea. “Eh, Nazri! Kau jangan cari pasal! Kalau Sofea tu tiba-tiba muncul, mampus aku.”
            Giliran Dr. Nazri pula yang ketawa. “Takut juga kau ni!”
            “Bukan takut, seram!”
            “Oklah...jangan kita sebut nama mereka berdua lagi. Isu sensitif.”
            “Betul tu....” Iskandar setuju dengan pendapat Dr. Nazri.
            ” Ni masalah kau, dah selesai ke belum?”
            “Masalah aku? Oooo....pasal hotel kat Langkawi tu ke?”
            “Ya la....Masalah kau dengan arkitek tu dah settle ke belum?”
            “Belum. Ini yang buat aku bengang giler ni. Dah lama ia tertangguh disebabkan oleh arkitek yang berlagak tu.”
            “Dah tahu dia berlagak. Kenapa kau masih lagi nak dia rekabentuk hotel kau tu?”
            “Kau tak tahu! Hasil kerja dia kreatif . Hotel Hilton kat Hawai menjadi salah satu hotel bertaraf lima bintang yang terkemuka di dunia adalah hasil rekaan dia. Aku nak dia.” Tegas Iskandar.
            “Kau ni memang degil. Kenapa dia tak nak berkerjasama dengan kau?”
            “Dia kata dia tak berminat!”
            “Apa” Dr. Nazri terkejut.
            “Ya! Itu yang buat aku geram sangat-sangat ni. Macam-macam tawaran aku buat untuk dia berkerjasama dengan syarikat aku. Tapi jawapannya tetap sama, tak berminat!”
            “Kau pernah cakap dengan dia ke?”
            “Tak pernah! Selama ni staff aku yang berhubung dengan dia. Kali ni aku rasa aku perlu cakap dengan dia jugak.”
            Dr. Nazri mengeluh. “Apa yang nak dihairankan, Is! Bangsa dia....mesti la dia tolong bangsa orang putih dia dulu.”
            “Dia tu orang Malaysia! Malaysia! Melayu lagi.”
            “Apa! Melayu? Apa nama dia?”
            “Nur Aleya!” jawab Iskandar.
            “Perempuan!” Bulat mata Dr. Nazri bila mendengar nama Arkitek itu.
            “Ya. Perempuan! Aku sakit hati bila dia sanggup tolong bangsa lain dari bangsanya sendiri.” Iskandar menggenggam erat tangannya bila mengingatkan tentang perkara itu.
            “Ala. Kau nak hairan apa? Kerja dengan orang putih lebih baik dari kita. Duit masuk banyak.”
            “Aku takkan putus asa. Aku pasti akan buat dia setuju berkerjasama dengan projek aku, Kau tunggu dan lihat.”
            “Suka hati kau la, Is! Kau tu kepala batu! Malas aku nak layan! Rasanya hingga tahun depan projek kau tak berjalan. Semoga berjaya la.” Sindir Dr. Nazri. Dia faham benar dengan perangai Iskandar.
            “Kau ni bukannya nak fikirkan cara untuk selesaikan masalah aku, kau menyumpah lagi ada la.”
            Dr. Nazri hanya tersengih bila mendengar kata-kata Iskandar. Tiba-tiba serentak telefon bimbit mereka berbunyi. Segera mereka melihat nama yang tertera di skrin telefon masing.-masing. Wajahnya mereka berubah sebaik saja tahu siapa pemanggil itu. Mereka berpandangan antara satu sama lain.
            “Sofea!” kata Dr. Nazri pada Iskandar.
            “Suhaila!” kata Iskandar pula. Perlahan-lahan Dr. Nazri menganggukkan kepalanya. Tanpa berlengah lagi mereka terus mematikan telefon bimbit. Mereka berdua mengeluh lega.

                                    ***************************************

            Sebaik saja pintu dibuka, Kartika dan anaknya terus saja masuk. Alina terkejut dengan kehadiran mereka bertiga.
            “Ibu kau mana?”soal Kartika dengan kasar.
            “Ooo.....Kartika!” tegur Munirah sebaik saja lihat akan kehadiran wanita itu. Dia baru saja selesai menunaikan solah Zohor.
            “Bagus la, kau ada di sini! Aku tak nak buang masa aku kat sini.”
            Sofea dan Suhaila memandang ke arah mereka berdua dengan pandangan yang menjijikkan. Mereka membuat mimik muka.
            “Berapa kau nak? Beritahu aku! 1 juta? 2 Juta?” kata Kartika.
            “Kak tak faham!”
            “Kau ni memang pandai berpura-pura! Berapa yang kau nak supaya kau berambus dari sini,hah! Aku tak nak kau ganggu suami aku lagi.” Marah Kartika.
            Munirah dan Alina terkejut mendengar kata-kata Kartika.
            “Berapa? Aku boleh bagi asalkan kau jangan jejakkan kaki di Malaysia lagi! Berapa?”
            “Ya, Allah! Kartika, kak balik ke sini bukannya untuk keruhkan lagi keadaa. Niat kak hanya untuk melawat suami Kartika saja.”
            “Ya, Auntie! Selepas semua hal selesai, kami akan balik ke London.” Alina mencelah.
            Tiba-tiba satu penampar hinggap di muka Alina. Alina tergamam. Dia memegang pipinya yang masih terasa pedih .
            “Hey, kau ni memang tak ada adab sopan langsung. Orang tua-tua bercakap, kau menyampuk pulak!” marah Suhaila. Dia berasa puas bila dapat menampar wanita yang cuba merampas Dr. Nazri darinya.
            Alina terdiam. Munirah berdiri di hadapan mereka. “Kartika, tujuan kak balik ni bukannya nak berebut harta dengan Kartika. Tujuan sebenar kak balik adalah untuk bercerai dengan Dato’ Syed  Kadir.” Tegas Munirah.
            Kartika terkejut dengan kata-kata Munirah.
            “Ya! Kak dah pun beritahu Dato’ Kadir tentang perkara ni. Hanya tunggu persetujuan dari Dato’ Kadir saja. Selepas semua ni selesai kak akan segera pulang ke London. Lagipun dia sini bukannya tempat kakak!”
            Kartika diam seketika. Bagus! Kalau mereka bercerai, seluruh harta akan menjadi milik aku seorang. Aku tak perlu berkongsi dengan sesiapa pun. “Baiklah! Aku percaya cakap kau kali ni. Tapi aku bagi tempoh hingga hujung bulan ni, kalau aku dapat tahu kau tipu aku, siap la kau!” Kartika memberi amaran sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka berdua. Sofea dan Suhaila hanya mengekori ibu mereka keluar.
            “Lina, sakit tak?” soal Munirah. Dia melihat pipi kiri Alina yang kemerahan.
            “Sakit sikit je.”Alina tersenyum.
            Munirah mengeluh. “Lina, boleh tak kalau Lina jumpa Dato’ Kadir? Pujuk dia supaya setuju dengan permintaan ibu. Ibu dah penat dengan semua ni!”
            “Baiklah, ibu! Esok pagi Lina pergi.” Alina memegang erat tangan ibunya. Dia faham apa yang difikirkan oleh ibunya sekarang.

                                    *************************************

            “Assalamualaikum....Ibu!” kata Aleya sebaik saja panggilan telefonnya dijawab.
            “Waalaikummusalam. Along!”
            “Ibu sihat?”
            “Sihat. Alhamdulilah. Along dan Angah sihat?”
            “Sihat, ibu. Bila ibu nak pulang ke Malaysia?” soal Aleya secara tiba-tiba.
            Munirah mengeluh. Dia sudah agak tujuan anak sulungnya itu menelefonnya awal pagi ni. “Selepas urusan ibu selesai, ibu akan segera pulang.”
            “Urusan apa, ibu!” tanya Aleya ingin tahu.
            “Urusan ibu dan abah along.”
            “Urusan apa lagi yang belum selesai lagi, ibu!” nada suara Aleya sudah lain.
            “Ada la.”
            “Ibu, Along tak faham la kenapa ibu masih lagi boleh baik dengan dia tu! Ibu dah lupa ke apa yang dia telah buat kat ibu. Ibu tak serik lagi ke?”
            “Along! Kenapa dengan Along ni? Along kena jaga sikit bahasa Along tu. Dia yang Along maksudkan adalah ayah kandung Along sendiri. Ibu tak pernah ajar anak ibu menjadi seorang yang kurang ajar. Apa yang berlaku antara ibu dan abah Along, ia adalah antara kami berdua. Along dan Angah tak ada kena mengena langsung.”
            “Ibu!”
            “sudah! Ibu tak nak dengar lagi. Ibu tahu apa yang ibu buat sekarang ni. Selepas urusan ibu selesai, ibu dan Acu akan pulang ke London. Ini muktamad. Ibu ada hal sekejap. Malam nanti ibu call Along lagi.Jaga diri baik-baik. Kirim salam kat Angah.” Kata Munirah terus menamatkan perbualan mereka. Jika perkara ini berurusan pasti dia dan anaknya akan bergaduh besar. Munirah mengeluh. Dia sudah tak tahu nak buat apa lagi supaya anaknya menerima kehadiran ayah kandung mereka sendiri.

           

2 comments:

yunie said...

makin menarik... nmpak sgt saya nie ketinggalan... huhu... malunyer...

Dhia Insyirah said...

saya pun suka cerita ni. best!

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...