Wednesday, November 10, 2010

Satu Dua Tiga 22

BAB 22

            Aleya memberi  segelas susu yang dibancuhnya di dapur pada ibunya yang sedang duduk beristirehat di luar. Langit yang kelihatan mendung menyebabkan Aleya membetulkan baju sejuk yang dipakainya apabila merasakan angin dingin bertiup melaluinya.
            “Terima kasih!” Munirah terus minum sambil matanya melihat langit yang mendung itu. Malam ini tiada bintang yang menghiasinya. Hanya kedinginan malam yang dirasainya. Munirah meletakkan gelas itu di tepi
            “Sejuknya! Nak hujan ke?”
            Munirah tersenyum. “Along masih berasa kekok lagi ke berada di sini?”
            “Tak la! I’ll think living in Malaysia better than London. Home sweet home, right.”
            “Along suka tinggal di sini?”
            “Suka! Ini kampung halaman, Along! Tanah air kita. I love my country.” Aleya tersengih.
            “If I decide to stay in Malaysia, do you approve my decision?” tanya Munirah.
            “I’ve no objection about that as long as you not reconcile with him.” Nada suara berubah tegas pada akhir percakapannya.
            “No! Keputusan ibu takkan berubah. Ini untuk kebaikkan semua pihak. Selepas urusan Along selesai, kita pulang ke London. Urusakan segala-galanya sebelum kita pulang ke sini.”
            Aleya hanya menganggukkan kepalanya. Aleya tahu sebenarnya ibunya rindu akan kampung halamannya. Dia tidak kisah tinggal di Malaysia walaupun sudah 25 tahun dia membesar di London.
            “Angah dah tiba di London ke?” MUnirah tidak teringatkan anak keduanya.
            “Sudah.” Ringkas jawapan Aleya. Dia melihat ke arah ibunya. “Are you still thinking about him?” Aleya tiba-tiba bersuara.
            Munirah terkejut dengan pertanyaan Aleya.
            “Semua ini bukan salah ibu. He’s has heart attack. That’s all.” Aleya berterus-terang. Dia sebenarnya memahami situasi ibunya sekarang.
            “If you want to see him, I take you to hospital tomorrow.”
            Munirah merenung anaknya seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Aku bermimpi ke?
            “Ibu, tak bermimpi la! Along serius.”
            “Along tak kisah ke?” Munirah inginkan kepastian. Pelik pulak dengan perangai anak hari ini.
            “Tak! Asalkan tujuan ibu hanya untuk melawat orang sakit dan bukannya menpunyai agenda tertentu.”
            “Agenda tertentu!” Dahi Munirah berkerut.
            “Mana nak tahu kalau cinta nak bertaut kembali.” Aleya membuat mimic muka.
            “Bertuah budak ni! Ke situ pulak! Ibu hanya nak melawat saja. Melawat.” Tegas Munirah menggelengkan kepalanya Dia tahu walaupun Aleya kelihatan tegas, degil dan kasar namun kadang-kadang Aleya juga seorang bertimbangrasa.
            Aleya hanya tersengih. Tiba-tiba telefon bimbit Aleya berbunyi, pantas menyeluk poket seluarnya dan menjawab panggilan tersebut.
            “Assalamualaikum.”
            “Waalaikumussalam! Ooo…Tengku dah tengok draf yang saya email pada Tengku petang tadi?” jawab Aleya. Dia tahu siapa pemanggilnya. Dia melirik matanya pada arah ibunya yang sedang memerhati.
            “Sudah! Ada beberapa yang perlu diubah. Saya nak jumpa awak esok di Indah Café di Ampang!” beritahu Iskandar sambil berjalan menuju ke balkoni biliknya.
            “Tengku beritahu saya apa yang perlu diubah. Selepas diubah saya akan email pada Tengku “
            “Saya nak jumpa awak. Saya tak selesa bercakap di telefon. Ada banyak perkara yang ingin saya cakapkan dengan awak.”
            “Cakap di telefon boleh.”
            “Saya client awak, jadi awak perlu ikut kehendak saya. Jumpa esok di Indah Café pukul 10.00 pagi.” Iskandar terus meletakkan telefon. Iskandar tersengih. Mesti dia tengah bengang kat aku.
            “Hello….Helloo.” Aleya meninggikan suaranya. Dia mengetap bibir menahan geram bila sedar panggilan itu dimatikan Suka hati dia saja! Aleya menoleh ke arah ibunya. “Ibu, boleh tak Along penumbuk anak Auntie Maria?” kata Aleya secara tiba-tiba.
            Terkebil-kebil mata Munirah melihak anaknya. Apa pulak masalah mereka berdua ni?

                                                *******************************

            Suhaila mendekati ibunya yang kelihatan pelik. Sejak balik tadi ibu asyik kurung dalam bilik sahaja. Makan malam pun belum lagi. Kakak pulak hilang entah ke mana. “Mama!” panggil Suhaila.
            Ada apa? Kan mama beritahu yang mama tak mahu diganggu.” Suara Kartika kasar. Sekarang ni dia mahu tenangkan fikiran.
            “Mama, ada masalah ke?” Soal Suhaila lagi. Amaran ibunya tidak diendahkan. Risau melihat kelakuan ibunya seperti itu.
            “Su tak faham ke? Mama tak mahu diganggu. Keluar! Keluar!” jerit Kartika. Sekarang ni fikirannya tengah kusut memikirkan tentang rakaman yang dikatakan oleh Alina. Runsing.
            “Mama! Kenapa mama marah Su pulak? Su tak buat apa-apa pun kat mama. Kenapa mama nak lepaskan kemarahan mama pada Su? Su susah hati melihat mama macam ni.” Nada suara Suhaila bergetar menahan sebak di dadanya akibat dimarahi oleh ibunya.
            Kartika berpaling ke arah anak bongsunya. “Maaf, fikiran mama tengah kusut ni! Mama tak tahu nak buat apa. Pengorbanan mama selama ini adalah sia-sia.” Kartika mengeluh. Apa yang dirancangnya selama ini tiada hasilnya.
            “Maksud ibu?”  Suhaila hairan.
            “Munirah dan anaknya masih ada di sini.”
            “Apa! Bukan ke mereka sudah balik ke negara asal mereka.” Suhaila meninggikan suaranya.
            “Itu yang buat mama sakit hati ini. Ini semua sebab papa kamu. Sayang sangat dengan isteri dia sehingga lupa mama sebagai isteri dia yang hidup bersama dia selama 25 tahun.”
            “Kita tak boleh biarkan ini terjadi, mama! Kita perlu halang papa berbaik semula dengan perempuan tu.” Suhaila mengetap bibir menahan geram. Kehadiran Alina pasti akan mengganggu hubungannya bersama Abang Nazri.
            “Nak buat apa lagi, Su! Mereka ada bukti untuk heret kita ke balai polis kalau kita ganggu mereka lagi. Mama kena duduk dalam lokap. Mama tak nak!” Wajah Kartika berubah apabila memikirkan perkara itu.
            “Mama nampak ke bukti tu?” tanya Suhaila secara tiba-tiba.
            Kartika terdiam seketika. Dia berfikir dan menggelengkan kepalanya beberapa minit kemudian.
            “Mama tak nampak kan! Kenapa mama nak takut? Entah-entah mereka nak gertak mama saja supaya jangan ganggu mereka.”
            “Tapi…tapi Tengku Ismail mengiyakan cakap Alina pagi tadi. Dia kata salinan rakaman itu ada di tangan dia.”
            “Mama, mereka tu boleh bersubahat. Tengku Ismail kan suami Auntie Maria, ala tak mustahil la kalau mereka bersubahat.  Selagi mama tak nampak bukti tu, mama tak boleh takut.” Ujar Suhaila. Nampaknya mereka sengaja nak kenakan mama. Siap la kau, Alina! Tahu la aku macam mana nak ajar kau!
            Wajah Kartika kembali ceria, senyuman terpancar di bibir Kartika. Kata Su memang betul, mereka sengaja nak gertak aku. Baiklah, aku dah beri amaran banyak kali pada kau tapi kau berdegil jugak, Munirah. Di sini tiada ruang untuk kau, hanya aku! Aku!

                                           ******************************

            “You’re late!” Iskandar bersuara apabila sedar akan kehadiran Aleya di sisinya. Hampir sejam dia menunggu Aleya di situ
            “Of course I’m late! Do you know how long that I need to find this place?” Aleya menarik dengan kasar. Selepas menghantar ibunya ke hospital, dia terus memandu ke sini. Yang malangnya beberapa kali dia sesat kerana dia tak biasa dengan keadaan di sini. Banyak sangat kereta.
            Iskandar terus minum air Orange yang dipesannya apabila mendengar kata-kata Aleya. Dia terlupa yang Aleya baru saja pulang ke sini jadi pasti dia tidak familiar dengan keadaan di sini.
            Aleya mengeluarkan lukisan bangunan yang telah dilukisnya. “So, apa yang Tengku tidak puas hati?”
            “Awak pesan dulu minuman?” kata Iskadanr.
            “No need! Let’s begin.” Aleya terus mengeluarkan pensil dan bersedia untuk mendengar.
            “You need to drink. Nanti ada pulak orang kata saya dera pekerja.”
            Aleya merenung lelaki ini. Aku nak cepat la. Kalau habis cepat boleh la, aku pergi ambil ibu awal. Ee…mendidih darah aku bila dengan lelaki ini. “No! Let’s us proceed, can we?” Aleta mengetap bibirnya.
            “Is!” tegur seseorang. Serentak mereka berdua menoleh. Iskandar bangun apabila melihat ayahnya yang menghampiri mereka berdua.
            Wajah Aleya berubah melihat kehadiran Tengku Ismail. Aleya serba salah.
Habis la aku kali ini. Rahsia aku pasti terbongkar.
            “Abah, apa buat kat sini? Breakfast ke?” Iskandar tersenyum melihat ayahnya.
            “Aaa…ya! Sekejap lagi kawan abah datang.” Pandangannya dialihkan pada wanita yang bersama anaknya. Alina! Iskandar dah berkenalan dengan Alina ke?
            Iskandar sedar ayahnya sedang melihat Aleya. “Abah, Is kenalkan! Aleya, arkitek yang Is import khas dari London untuk projek hotel 5 bintang kita di Langkawi.”
            “Aleya!” Tengku Ismail terkejut. Dia melihat wanita itu. Matanya tidak berkelip. Aleya! Bukan ke ini Alina. Eh, tapi Alina tu doctor. Ini…Arketik. Tengku Ismail kebingungan. Dia ingin bersuara tetapi terasa seolah-olah ada benda melekat di kerongkongnya.
            Tiba-tiba telefon bimbit itu Iskandar berbunyi, Iskandar terus menjawab. “Excuse me!” Iskandar memberi isyarat pada ayahnya yang dia ingin menjawab panggilan itu di luar. Tengku Ismail hanya mengganggukkan kepalanya. Dia melihat ke arah Aleya.
            “Uncle, hodoh betul muka uncle bila terkejut.” Aleya tersengih. Dia nak ketawa bila melihat reaksi Tengku Ismail bila Iskandar memperkenalkan dirinya.
            “Aleya…Eh tidak, Alina! Aduh, Uncle tak faham la apa yang berlaku. Bukan ke Alina seorang doctor ? Macam mana pulak boleh jadi Arkitek pulak ni?” Tengku Ismail terus duduk tanpa dipelawa. Dia perlukan penjelasan.
            “Memang betul Alina seorang doctor. Saya Aleya, seorang Arkitek.”
            “Kamu jangan buat Uncle pening. Uncle tak faham.”
            “Alina adik saya. Saya Aleya. Kembar Alina.” Aleya masih tersenyum.
            “Kembar!” Tengku Ismail tergamam. “Semalam! Semalam, Alina ke?”Tengku Ismail teringat peristiwa semalam.
            “Bukan! Semalam adalah Leya. Alina terpaksa pulang ke London kerana pesakitnya sedang tenat di sana. Sebelum ni Alisa yang ganti tempat Alina.”
            “Alisa?”
            “Adik Leya! Kami triplet! Kembar tiga seiras.”
            “Ti…Tiga!” Bibirnya terketar Tengku Ismail terkejut bila mendengar penjelasan Aleya. Biar betul kembar tiga! Seiras pulak tu. “Jadi tiada siapa tahu yang Alina ada kembar! Maksudnya Kadir juga tak tahu.”
            Aleya hanya mengganggukan kepalanya.
            ‘Kenapa?”
            “Kami ada sebab kami sendiri, uncle! Leya harap Uncle faham. Hmm…Leya ada sedikit permintaan….boleh tak Uncle jangan beritahu sesiapa tentang kami? Kami tak mahu keadaan lebih kusut.” Aleya melihat ke arah Tengku Ismail. Aleya yakin Tengku Ismail orang yang boleh dipercayai.
            “Jika itu permintaan Leya,  Uncle turuti saja.” Tengku Ismail tersengih. Matanya masih tidak lepas merenung Aleya. Tiga orang! Biar betul. Kalau Kartika tahu pasal hal ini, pasti dia pengsan. Senyuman Ismail makin lebar.
            “Kenapa Uncle?” Aleya hairan.
            “Alisa…Alisa kerja apa?”
            “Lawyer!”
            “Lawyer!...” Tengku Ismail menggelengkan kepalanya beberapa kali. “Sikap Alisa seperti Aleya ke?”
            “Sikap kami sama kecuali Alina. Dia terlalu baik hati macam ibu.” Aleya tersengih. Dia faham di sebalik soalan Tengku Ismail tadi.
            “Uncle sebenarnya…sebenarnya masih tidak percaya, macam bermimpi pulak.” Tengku Ismail membetulkan kedudukan cermin mata yang dipakainya.
            “Abah tak percaya apa?” Iskandar tiba-tiba berada di situ. Dia hairan melihat ayahnya dan Aleya rancak berbual secara tiba-tiba. Baru kenal terus dah mesra.
            “Ooo….Abah tak percaya yang Aleya ni 25 tahun membesar di luar negara.” Tengku Ismail berbohong. Tengku Ismail membuat mimic muka pada Aleya. Dia mesti berlagak seperti biasa agar Iskandar tidak mensyaki sesuatu.
            Aleya hanya tersenyum. Sikap Tengku Ismail berlainan dari anaknya. Aleya menjeling ke arah Iskandar bila Iskandar menarik kerusi di sebelah Aleya dan terus duduk. “Jadi abah dah berkenalan dengan Arkitek import dari London ni!”
            “Aleya namanya. Kamu ni tak elok panggil orang macam tu.” Tengku Ismail menegur anaknya bila sedar tiada senyuman di bibir Aleya.
            Iskandar ketawa. “Itu kenyatannya, abah!” Ketawanya semakin kuat. Arkitek import! Akhirnya ada nickname pada Aleya ni. Boleh la aku usik dia nanti.
            Tiba-tiba Aleya memegang fail yang berada di atas meja, Iskandar tiba-tiba diam. Iskandar melihat kea rah Aleya yang sedang merenung tajam ke arahnya. Iskadanr takut diketuk kepala sekali lagi.
Tengku Ismail hairan bila anak tunggalnya itu tiba-tiba terdiam. Tadi bukan main lagi rancak ketawa. Tengku Ismail mengalih pandangannya pada Aleya. Tengku Ismail tersenyum. Aleya bukan sebarangan orang. Akhirnya Kartika sudah bertemu dengan lawannya.
           

3 comments:

hani said...

Best2..ahirnya kembar tiga...
harap2 pas nie n3 makin seronok...!!!
tak sabar nak tau seterusnya..
smbg cepat2 ye...

MiszImannur Aisha said...

best sgt....
smbg la cpt2....
huhu

aiRiNa_aiNuN said...

ye best sngt2...bile la dorg ley jmpe 3 kembar tu skali..mesti terkejutnye..lagi2 kartika...
xsbr tggu new entry...thumbs up writter

Post a Comment