Monday, November 22, 2010

Satu Dua Tiga 23

BAB 23

            Langkah Aleya diatur pantas menuju ke bilik 78. Aleya bimbang jika sesuatu terjadi pada ibunya. Hampir 3 jam dia meninggalkan ibunya di hospital. Dia menjangkakan perjumpaannya dengan Tengku Iskandar tidak memakan masa lebih dari 30 minit namun sebaliknya ia memakan masa hampir 3 jam. Aleya gelisah bila memikirkan ibunya ditinggalkan bersendirian bersama lelaki itu. Aleya tahu niat ibunya hanya melawat tetapi macam-macam boleh berlaku dalam masa 3 jam ini. Bagaimana jika lelaki itu berjaya memujuk ibu? Bagaimana jika ibu membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan lelaki itu? Tidak, aku tak boleh biarkan ianya terjadi. Aleya mempercepatkan langkahnya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi, nama Alisa tertera di skrin telefon bimbit miliknya.
            “What’s up, sis?” Aleya tiba-tiba berhenti.
            “Kami sekarang ni di airport! Angah dan Acu sudah buat keputusan. Kami akan pulang ke Malaysia.” Alisa sedar keputusan yang drastic ini pasti akan memeranjatkan kakaknya.
            “What!” Suara Aleya meninggi.
            “Kami tak boleh biarkan Along dan ibu bersendirian di sana.” Alisa memandang ke arah Alina yang sedang memerhatinya.
            “Tapi di sini bahaya, kami akan balik ke London tidak lama lagi selepas urusan Along selesai. You don’t have to come here.” Aleya bertegas.
            “We’re family, Along! Walauapa yang terjadi, kita tetap bersama. Along, hati kami takkan tenang di sini apabila memikirkan Along dan ibu berada di sana. Jika Angah dan Acu ada, kami boleh jaga ibu apabila Along keluar berjumpa client Along. Kaki dan tangan ibu masih boleh sembuh lagi. Kami risau dengan keadaan ibu lebih-lebih lagi Acu.”pujuk Alisa.
            Aleya mengeluh. Kata adiknya ada juga betulnya, setiap kali dia keluar berjumpa dengan Tengku Iskandar, dia berasa bimbang bila meninggalkan ibunya keseorangan lebih-lebih dengan keadaan ibu sekarang ini. “Baiklah, filght Angan pukul berapa?”
            “Lagi 30 minit lagi, kami akan berlepas. See you, sis! Kirim salam kami pada ibu. Bye!” Alisa tersenyum sebelum menamatkan perbualan mereka berdua.
            Aleya merenung telefon bimbitnya. “Lagi 30 minit nak berlepas, baru beritahu aku! Bertuah punya adik.” Aleya menggelengkan kepalanya beberapa kali.
            “Apa kau buat di sini, hah?”
            Aleya berpaling apabila dirinya tiba-tiba disergah oleh seseorang. Aleya melihat wanita itu dengan pandangan yang pelik. Siapa pulak ni?
            “Hey, aku tanya kau la, Alina! Kau dah pekak ke?”
            Aleya menarik nafas dalam-dalam apabila mendengar kata-kata wanita itu. Siapa pulak la perempuan ni? Suara dia nyaring betul .Aleya melihat di sekelilingnya. Banyak mata sedang memerhati ke arah mereka. “Excuse me!”
            “Kau ni memang menjengkelkan! Hey, kau memang sengaja nak naikkan darah aku kan!Kau sengaja rekakan cerita supaya mama aku percaya yang kau ada rakam pengakuan mama aku supaya kau dan ibu kau bebas melakukan apa saja. Kau ingat kami bodoh.” Marah Suhaila.
            Aleya merenung wanita itu. Ooo..rupa-rupanya ini anak bongsu perempuan itu! Perangai saling tidah tumpah seperti ibu dan kakak dia. Suara mengalahkan pembesar suara. “Hey, perempuan! Kau ingat aku sengaja ke buat cerita semua ni! Kalau ikutkan hati aku dah lama aku beri rakaman itu pada pihak polis. Kalau tidak disebabkan ibu aku, dah lama kau bertiga meringkuk dalam penjara. Jadi mulut tu jaga baik-baik!”
            Suhaila terkejut bila mendengar kata-kata Alina. Patutlah kakak beritahu perempuan ini dah berubah. Sikapnya lebih agresif lebih-lebih lagi kata-katanya berlainan dari Alina yang aku kenali. “Patut la kakak aku beritahu aku yang kau sekarang ni semakin biadap! Berlagak.”
            “Ooo…kakak kau ada cerita tak macam mana rasanya bila kena penampar dari aku?” Aleya tersenyum.
            Suhaila mengetap bibirnya menahan geram. Lidahnya tiba-tiba kelu untuk berkata-kata. Semalaman kakak tidak keluar rumah gara-gara pipinya yang lebam akibat ditampar oleh perempuan ini.
            “Jika kau tak mahu mengalami nasib yang sama seperti kakak kau, baik kau jangan ganggu aku dan ibu aku lagi. Faham!” Aleya masih lagi tersenyum dan kembali mengatur langkah meninggalkan Suhaila.
            “Kau nak pergi jumpa Dr. Nazri ke? Aku dah beri amaran pada kau supaya jangan ganggu kekasih aku .” Suhaila bersuara sebaik saja Aleya memulakan langkahnya.
            Aleya menghentikan langkahnya dan berpaling. “Kau dengar sini baik-baik, aku datang sini sebab nak bawa ibu aku balik dan aku bukannya seperti kau berdua. Muka tembok! Kejar lelaki sana sini. Tak malu ke? Tak berasa kasihan ke pada diri sendiri.”
            “Kau!” Suhaila mengangkat tangannya untuk menampar Aleya tetapi Aleya sempat memegang tangan Suhaila. Dahi Suhaila berkerut menahan sakit.
            Aleya memegang tangan Suhaila dengan erat. “Berapa kali aku perlu cakap supaya kau, ibu kau dan kakak kau jangan cari pasal dengan keluarga aku lagi, hah!” Genggaman Aleya semakin erat.
            Suhaila mengerang kesakitan. Dia cuba menarik tangannya dari gengaman Alina tetapi gagal. Air mata Suhaila mula berlinangan menahan sakit.
            “Alina, apa yang Lina buat itu?” Dr. Nazri segera menghampiri mereka berdua.
            “Abang Nazri, tolong Su!” Air mata Suhaila  semakin deras mengalir apa sedar akan kehadiran Dr. Nazri.
            “Lina, lepaskan Su!”
            Aleya menjeling matanya pada Suhaila. Pandai pula buat muka kasihan  maklumlah kekasih hati sudah datang. Aleya melepaskan tangan Suhaila dengan kasar.
“Sekali lagi, kau ganggu aku dan ibu aku lagi tahulah aku macam mana nak ajar kau!” Aleya menunding jari arah Suhaila sebelum melangkah meninggalkan mereka berdua. Kehadiran Dr. Nazri tidak dipedulikan.
            “Alina!” panggil Dr. Nazri. Dia sedar semakin hari Alina bersikap dingin padanya. Panggilan Dr. Nazri tidak diendahkan oleh
            “Abang Nazri, tengok ni!” Suhaila menunjukkan pergelengan tangannya yang merah akibat digenggam erat oleh Alina. “Sakit!” Suhaila merengek manja untuk mendapat perhatian dari Dr. Nazri.
            Dr. Nazri perlahan-lahan berpaling ke arah Suhaila. Nampaknya terpaksa la aku melayan Si Su ni!



                                    **********************************

Munirah duduk di kerusi yang diletakkan di sebelah katil Kadir. Sejak dia tiba, Kadir masih belum terjaga dari tidur. Wajah suaminya itu direnungnya, walaupun sudah berusia 53 tahun namun suaminya masih juga kacak seperti dahulu Cuma badannya sedikit susut mungkin disebabkan oleh penyakit yang dialaminya sekarang. Dia sering tertanya-tanya kepada dirinya kenapa dia tidak marah pada lelaki ini ataupun berdendam dengan lelaki ini selepas apa yang pernah lelaki ini lakukan pada dirinya sepanjang dia hidup bersama lelaki ini. Mungkinkah aku masih sayang dan cintai lelaki yang amat membenci diriku? Munirah mengeluh.
Munirah melirik ke arah jam dinding yang berada di situ. “Sudah hampir pukul 2.00 petang. Mana Along ni pergi?” Perlahan-lahan Munirah bangun menggunakan tongkatnya. Dia perlu beredar dari situ. Dah lama dia duduk di situ. Munirah bimbang jika terserempak dengan Kartika.
“Munirah, awak nak pergi mana?”
Munirah menoleh ke belakang melihat Kadir sudah sedar. Munirah tersenyum. “Maaf sebab buat awak tersedar.”
“Alina mana?” Matanya melirik ke segenap sudut bilik itu mencari anak tunggalnya.
“Aaa…Lina ada hal, sekejap lagi dia datang.”
Kadir mengeluh sebaik saja mendengar jawapan Munirah. “Kebelakangan ni abang tengok Lina seolah-olah ingin melarikan dari abang. Benci sangat ke Lina kat abang, kalau abang ada buat salah abang minta maaf.” Kadir sedar akan perubahan Alina kebelakangan ini.
“Aaa..Nanti perangai Lina kembali seperti biasa. Awak jangan risau.”
Berkerut dahi Kadir . Apa maksud Munirah?
Munirah perasanan akan perubahan wajah Kadir. “Biasalah perempuan, bila datang bulan saja. Asyik nak marah saja.” Munirah tersenyum. Dia tak mahu Kadir syak sesuatu.
“Tak apa, abang faham! Bila Nazri beritahu abang yang Munirah dan Alina tak jadi balik ke London, abang rasa lega. Abang, Abang takut kalau Munirah dan Alina tinggalkan abang sendirian di sini.”
“Awak masih sakit lagi, jangan fikirkan yang bukan-bukan. Tentang perkara ini kita bincang kemudian. Awak perlu banyak berehat.” Nasihat Munirah. Orang yang menghidap penyakit jantung perlukan banyak berehat dan fikiran mereka mesti tenang.
“Tapi….”
“Kita bercakap perkara ini kemudian.” tegas Munirah.
Perlahan-lahan Kadir menganggukkan kepala sebagai tanda setuju. Matanya tepat merenung wanita pilihan ibu bapanya. Memang dia akui pertama kali berjumpa Munirah, hatinya tertarik pada kecantikan yang dimiliki oleh Munirah tetapi disebabkan keegoannya dia tidak pernah melayan Munirah dengan baik. Pelbagai kata yang kurang enak dilemparkan pada Munirah namun Munirah sabar dengan kerenah dirinya. Kenapa dahulu aku begitu bodoh untuk menghargai wanita ini? Kenapa?
Munirah sedar Kadir sedang memerhati dirinya. Munirah resah. Jantungnya berdengup kencang. Dia tidak berani bertentangan mata dengan Kadir. Tiba-tiba telefon bimbit Munirah berbunyi, pantas Munirah menjawab panggilan itu.
            “Assalamualaikum, ibu! Along  tunggu ibu di luar bilik ye.” Langkah Aleya terhenti sebaik saja tiba di bilik itu. Aleya menyandarkan dirinya pada dinding.
            “Waalaikumussalam. Lina masuk la jumpa abah Lina! Dia tanya pasal Lina saja” pujuk Munirah.
            “Ibu, ini Aleya! Bukan Alina. Ibu faham kan apa maksud Along! Pasti ibu tak mahu kesihatan lelaki itu terganggu kan! It’s better this way. I’ll wait for you outside.” Aleya terus menamatkan panggilan itu.
            Munirah mengeluh. Kenapa la Aleya dan Alisa tidak seperti Alisa? Benci mereka pada Dato’ Kadir begitu mendalam.
            “Kenapa, Munirah?” Kadir sedar air muka Munirah berubah sebaik saja menjawab panggilan itu.
            “Tak ada apa-apa! Aaa…Munirah balik dulu,ya!” Munirah bangun menggunakan tongkatnya.
            “Alina dah sampai ke?” soal Kadir secara tiba-tiba. Dia tahu panggilan tadi adalah dari Alina
            “Dah!”
            “Kenapa dia tak masuk?”
            “Lina ada hal selepas ini. Lain kali dia akan datang melawat awak.” Munirah berbohong. Dia tak mahu Kadir susah hati.
            Kadir hanya tersenyum. Dia tahu bahawa Alina tak mahu berjumpa dengannya. Reaksi Munirah sebentar tadi sudah menjelaskan segala-galanya.
            “Munirah balik dulu, jaga diri baik-baik!” kata Munirah sebelum keluar dari biliknya. Munirah tersenyum. Setiap hari dia berdoa agar kesihatan suaminya itu bertambah baik

                        ****************************************

Tengku Ismail mendekati isterinya yang begitu leka memasak untuk makan malam. Tangan Maria ligat memotong bawang besar untuk dimasukkan ke dalam Tom Yam.
            “Masak Tom Yam ke?” soal Tengku Ismail menyandarkan dirinya pada dinding dapur.
            “Ya!” ringkas jawapan Maria.
            “Abang nak tanya sikit ni, Alina seorang saja ke anak Munirah?”
            Pertanyaan suaminya membuatkan Maria terkejut. Maria berpaling. “Apa maksud abang?” Maria hairan
            “Tak ada apa-apa. Hmm…Arwah ibu Maria dan Arwah Ibu Kadir kembar kan! Kembar seiras kan!”
            “Ya! Abang ni kenapa? Soalan pelik semacam saja. Ada apa-apa ke?” Maria terus memasukkan bahan-bahan untuk dimasukkan ke dalam periuk.
            “Tak ada apa-apa! Cuma….” Tengku Ismail mengeluh. Serba salah dibuatnya. Dia sudah berjanji dengan Aleya supaya menrahsiakan hal ini tetapi dia pernah berjanji dengan isterinya iaitu tiada rahsia antara mereka. Tengku Ismail berfikir.
            “Abang ni kenapa? Ada masalah kat office.”  Maria sudah rimas. Apa la yang suami aku nak cakapkan ni? Teragak-agak pulak tu. “Abang nak kahwin lain ke?”
            “Hish…Maria! Awak ni ke situ pulak. Abang hanya sayang Maria seorang je. Tak ada yang lain.” Tengku Ismail terkejut dengan pertanyaan isterinya.
            Maria ketawa. Dia sengaja nak menduga suaminya. Dia tahu suaminya adalah lelaki yang hanya setia pada yang satu.
            “Pagi tadi, abang jumpa Aleya!”
            “Aleya!” Berkerut dahi Maria. Nama tu macam pernah dengar saja.
            “Aleya, Arkitek dari London yang diupah oleh Iskandar.”
            “Oooo…Arkitek import tu ke?” Iskandar pernah menceritakan padanya tentang wanita bernama Aleya.
            “Awak ni sama saja seperti Iskandar! Nama dia Aleya bukannya Arkitek import.” Tengku Ismail membuat mimic muka.
            “Dah anak abang beri gelaran begitu pada dia, Maria ikut saja.” Maria berjalan ke sinki untuk membasuh ayam. Pisau yang berada di tangannya digunakan untuk membuang kulit ayam itu.
            “Aleya! Dia kakak Alina.” Tengku Ismail berterus-terang.
            Tangan Maria yang begitu ligat membuat kerja tiba-tiba terhenti. Pandangannya dialihkan pada suaminya. “Kakak! Kakak Alina! Alina anak Kak Munirah dan Abang Kadir ke?”
            “Ya!”
            Maria tiba-tiba ketawa. “abang nak kenakan Maria ke? Alina satu-satunya anak Abang Kadir dan Kak Munirah macam mana pulak Aleya tu boleh muncul.” Maria kembali menyambung kerja. Kalau melayan suami aku ni, tak berasap la dapur aku ni.
            “Maria, abang bukannya mereka-reka cerita. Semua ini betul. Semalam Maria beritahu abang, Maria terkejut dengan perubahan Alina yang tiba-tiba menjadi garang kan! Semalam bukan Alina tetapi Aleya.” Tengku Ismail berusaha agar isterinya mempercayai kata-katanya.
            Maria terus menutup paip air yang mengalir dan matanya dialihkan pada suaminya. Itu memang benar. Perangai Alina tiba-tiba berubah.
            “Maria beritahu abang yang Alina yang mula-mula Maria kenal berlainan dengan Alina yang berani bersemuka dengan Kartika semalam kan!” Tengku Ismail tersenyum kerana dia sudah berjaya menarik perhatian isterinya untuk mendengar penjelasaannya.
“Semalam bukan Alina tetapi Aleya. Mereka tukar identity. Alina yang sebenarnya sudah pulang ke London kerana pesakitnya sedang tenat di sana. Jadi dia sudah balik ke London. Orang yang bersama kita semalam adalah Aleya kakak kembar Alina. “
            “Mustahil.” Maria bersuara.
            “Itu kenyataan Maria, arwah ibu Maria dan arwah ibu Kadir kan kembar seiras. Tidak mustahil jika ia berlaku. Lagipun Aleya sendiri yang memberitahu siapa dia yang sebenarnya.”
            “Kembar!” Maria seolah-olah tidak percaya. Jika betul apa yang diberitahu oleh suaminya, kenapa Kak Munirah mesti menyembunyikan perkara ini dari Abang Kadir.
            “Ya, memang kembar. Kembar tiga seiras!”
            “Tiga!” nada suara Maria meninggi. Dia tidak percaya dengan apa yang didengarnya.
            “Abang pun terkejut. Kata Aleya, selepas Alina balik ke London, Alisa yang mengganti tempatnya kemudian baru Aleya. They switch places.”
            “Apa!”
            “Yang abang pelik tu, kenapa Munirah tidak beritahu kita semua yang dia sebenarnya mempunyai 3 orang anak lebih-lebih lagi pada Kadir.”Soalan itu bermain di fikirannya sejak bertemu Aleya.
            “Tiga!” Maria masih tidak percaya. Dia merenung suaminya. “Maksud abang, orang yang kita sangka Alina yang melawan cakap Kartika semalam adalah Aleya.”
            “Ya! Perangai Aleya jauh berbeza dari Munirah.”
            “Sekarang ni Alina dan Alisa berada di London ke?”
            “Rasanya ya!”
            “Bila maria fikir-fikirkan balik, macam mana la Kak Munirah membesarkan anak-anaknya di luar negara. Maksud Maria, ini 3 orang! Kasihan Kak Munirah membesarkan anak-anaknya sendirian. Macam mana keadaan Kak Munirah pada waktu itu?” Hatinya Maria tiba-tiba sebak. Membesarkan 3 orang anak di perantauan bukanlah perkara yang mudah.
            “Munirah tu seorang tabah dan dia telah membesarkan anak-anaknya dengan baik.” Tengku Ismail memegang lembut bahu isterinya.
            “Ini semua salah Abang Kadir! Tak tahu menghargai Kak Munirah. Penting sangat ke harta dan darjat ? Sekarang ni bila si Kartika tu buat perangai, tahu pulak nak berbaik semula dengan Kak Munirah. Geram Maria dibuatnya.”
            “Siapa yang buat Umi geram ni?” Iskandar tiba-tiba muncul di dapur sambil tersengih.
            “Aaa…..” Maria melihat ke arah suaminya.
            “Tentang Auntie Kartika!” jawab Tengku Ismail.
            “Aduh, tiap-tiap hari topic Auntie Kartika! Umi, tak bosan ke? Biarkanlah dia nak buat apa pun asalkan tak mengganggu kita sudahlah.” Iskandar menggaru kepalanya yang tidak gatal.
            Maria menjeling pada Iskandar yang sedang berdiri tidak jauh darinya. “Aiii….Auntie Kartika kan, bakal mak mertua Is! Is kena la ambil tahu.”
            “Hish, Umi! Is rela jadi bujang terlajak dari berkahwin dengan Sofea tu.” Iskandar mencebikkan mukanya.
            Tengku Ismail dan Maria tersenyum. Sejak dari sekolah rendah hinggalah sekarang Sofea masih memburu cinta anak teruna mereka sehingga setiap tahun Iskandar terpaksa tukar ke sekolah lain kerana ingin melarikan diri dari Sofea.
            “Macam mana perbincangan Is dengan Aleya? Abah tengok design untuk hotel 5 bintang yang dibuat oleh Aleya memenuhi criteria yang kita mahu tetapi kenapa Is masih mahu menyuruh Aleya mengubah design bangunan yang dia telah buat. I’ll like it.” Puji Tengku Ismail.
            “Ya tetapi ada sedikit kena touch up, abah! Lagipun Is pelik la dengan perangai Aleya itu. Asyik nak balik London saja, macam la Malaysia ini panas sangat. Kita tahu la yang dia selama ini membesar di London, tetapi dia patut bersyukur Malaysia ini aman damai. Cuaca panas sikit takkan tidak boleh tahan. Minah salleh celup!”
            “Hish, tak elok cakap macam tu! Entah-entah dia ada sebab kenapa dia nak balik ke London!” Tengku Ismail menegur anaknya.
            “Sebab apa lagi, abah! Is tahu mesti dia tak tahan dengan cuaca panas di Malaysia ni sebab itu la dia tergesa-gesa nak balik ke London. Malam ni mesti, dia akan email plan hotel kita yang telah siapa dia ubah.Kesungguhan dan komitment dia pada kerja, Is memang respect Aleya tetapi Aleya ni susah sikit nak bergaul dengan dia seperti ada dinding penghalang padanya. Is cuba bergurau dengan dia malangnya wajah dia serius. Garang pulak itu. Bila Is mengusik dia, terus dia akan mencapai fail yang ada padanya.” Iskandar teringat peristiwa di mana kepalanya diketuk oleh Aleya. Ganas betul Arkitek Import ni.
            “Fail? Fail apa?” Maria hairan.
            “Tak ada apa-apa, umi!” Iskandar tersengih. Kalau abah dan umi tahu, Aleya pernah ketuk kepala aku dengan fail pasti abah dan umi akan mengetawakan aku. Biarlah aku simpan rahsia ini.
            “Hmm….Is pernah tak siasat latar belakang Aleya?”soal Maria secara tiba-tiba.
            Dahi Iskandar berkerut bila mendengar pertanyaan ibu tirinya. Kenapa umi berminat dengan Aleya? “Kenapa Umi nak tahu pasal Aleya?”
            Maria berpaling ke arah suaminya.
            “Aii…Salah ke kalau Umi nak tahu tentang Aleya? Mungkin  umi Is nanti berkenanan dengan Aleya , tup tup jadi menantu umi dan abah!” Tengku Ismail menjawab bagi pihak isterinya.
            “Eeee…tak mahu! Aleya tu garang dan kasar. Kalau Aleya tu jadi isteri Is, alamatnya Is pasti kena buli. Dikurung di dalam rumah 24 jam!”
            Tengku Ismail ketawa kecil. Maria hanya menggelengkan kepalanya. Dari apa yang dicerita oleh Is, Aleya berlainan dari Munirah. Maria teringat kembali Alina yang berani melawan Kartika semalam.Ternyata semalam bukan Alina tetapi Aleya.
            “Hmm….Aleya ada 2 orang adik. Kalau tak silap Is, seorang peguam dan seorang lagi doctor. “ beritahu Iskandar.
            “Peguam!” Tengku Ismail terkejut. Maknanya Alisa seorang peguam.
            “Is pernah tak jumpa adik-adik Aleya?” soal Maria ingin tahu.
            “Kenapa pulak Is nak jumpa adik-adiknya lagipun kami bukannya ada apa-apa pun. Is beri warning awal-awal pada Umi supaya jangan nak jodohkan kami selepas ini,ok!”
            “Tahu! Tahu!” nada suara Maria hampa. Dia ingin melihat ketiga-tiga anak Munirah. Apa reaksi Kartika jika mendapat tahu tentang kewujudan 2 orang lagi anak Abang Kadir? Pasti bergegar rumah itu bila Kartika menjerit nanti. Maria tersenyum seorang diri.
            Iskandar menggaru kepalaya beberapa kali, dia hairan melihat umi tersenyum sendiri. “Abah, umi sihat ke?”
            “Sihat! Biarlah umi kamu dengan dunia dia sendiri. Pergi mandi cepat! Selepas sembahyang maghrib kita makan” Tengku Ismail menepuk bahu anak tunggalnya.
            “Baiklah! Tapi abah jangan biarkan Umi berada dalam dunianya lama-lama, nanti kebuluran la kita malam ni.” Usik Iskandar sebelum berlalu keluar dari dapur.
            “Abang, esok awal-awal pagi Maria nak pergi rumah Kak Munirah!” beritahu Maria secara tiba-tiba selepas beberapa saat Iskandar berlalu pergi.
            Tengku Ismail menggelengkan kepalanya beberapa kali.
           

4 comments:

m@ziEsak@ H@mzAh said...

best!!... ternganga la mulut krtika kalau tau kewujudan 3 kembar seiras ni... :D

epy elina said...

btul2x...
pe la reaksi kartika 2...
x sbr nak thu....

MiszImannur Aisha said...

best sgt....
smbg la lg cpt2....
hehehe

aqilah said...

tak sabar nak tunggu bilamana ke3-3nya, bergabung!!!!!!!! mesti perempuan tua giler tu........meroyan!!!!!!!!!!!hahhaaaaa..over la pulak....................

Post a Comment