Sunday, November 28, 2010

Satu Dua Tiga 24

BAB 24

Munirah melihat ke arah jam dinding di biliknya. Baru pukul 6.15 pagi! Siapa pulak yang masak awal-awal pagi sebegini. Perlahan-lahan Munirah bangun, bahagian kakinya yang patah masih lagi sakit. Tongkat yang berada disebelahnya di ambil. Kain telekung yang dipakainya sebentar tadi dilipat dan diletakkan di atas katil. Pintu bilik dibuka dan langkahnya diatur satu persatu menuju ke dapur.
            “Awalnya Along bangun pagi ni! Lapar sangat ke?” tegur Munirah. Dia terkejut melihat wanita yang sedang memasak di dapur. “Acu!”
            Alina tersenyum. “Ibu!” jerit Alina terus memeluk ibunya. Hampir dua minggu dia tidak berjumpa dengan ibunya, setiapa hari dia sangat merindui ibunya.
            Munirah tersenyum sambil menepuk perlahan-lahan bahu anak bongsunya. Sejak kecil lagi Alina manja dengannya. Ke mana saja dia pergi, Alina pasti akan menemaninya. “Kenapa tak beritahu ibu yang Lina balik hari ini?”
            Pelukannya terlerai bila mendengar kata-kata ibunya. Alina merenung ibunya. Pelik! “Takkan Along tak beritahu ibu yang kami balik hari ini?”
            “Kami!” Munirah terkejut.
            “Siapa tak kenal dengan perangai Along tu, Along kan workaholic. Bila dapat je satu projek, dia akan menghadap benda tu siang malam. Kalau tidak makan minum seharian pun, Along tak kisah.” Alisa mencelah. Alisa yakin pasti kakaknya terlupa untuk beritahu ibu tentang kedatangan mereka. Dia baru saja keluar dari biliknya. Alisa mendekati ibunya dan terus menghulurkan tangannya untuk bersalam. “We’re back.” Alisa tersengih.
            Munirah tersenyum lebar melihat kedua-dua anak perempuannya. Hatinya lega bila melihat mereka di depan matanya, sepanjang dia berada di Malaysia, dia selalu risau bila memikirkan anak-anaknya yang tinggal di London. Setiapa hari dia sering tertanya-tanaya sama ada anaknya itu ,sudah makan ke belum? Sihat ke tidak?
            “Ibu, abah macam mana? Along beritahu semalam, ibu melawat abah di hospital.” Soal Alina secara tiba-tiba.
            Alisa mengerutkan dahinya. Berdesing telinganya apabila mendengar pertanyaan adiknya. Alisa terus berlalu ke dapur tanpa mempedulikan ibu dan adiknya.
            Munirah menghembuskan nafasnya perlahan-lahan. Matanya melirik ke arah Alisa yang terus meninggalkan mereka berdua sebaik saja nama ayah mereka disebut. Perangai Along dan Angah sama saja.
            “Ibu, biarlah! Satu hari nanti Acu yakin mereka akan memaafkan abah Cuma masa saja yang akan menentukan.” Alina memegang erat tangan ibunya. Dia faham apa yang difikirkan oleh ibunya.
            Munirah hanya tersenyum. Tangan anaknya digenggam erat.

                                                ***************************

            Maria menghentikan keretanya di tepi sebaik saja melihat wanita yang keluar dari kereta Proton Wira berwarna hitam itu. Kartika! Setiap gerak geri Kartika  diperhatikannya. Apa dia buat di sini? Kenapa dia berada di hadapan rumah Kak Munirah? Maria melihat Kartika masuk ke dalam kereta BMW silver miliknya dan berlalu pergi bersama kereta Proton Wira yang mengekorinya dari belakang. Maria mula berasa tidak sedap hati, kehadiran Kartika di sini pasti ada sesuatu yang akan berlaku. Maria mempakirkan keretanya di luar rumah Munirah. Sebaik saja keluar dari keretanya, Munirah bergegas ke rumah Munirah. Dia meluru masuk ke rumah itu tanpa mengetuk pintu rumah itu terlebih dahulu. Apa yang bermain di fikirannya sekarang adalah memberitahu Kak Munirah apa yang telah dilihatnya sebentar tadi. “Kak Munirah! Kita ada masalah besar!”
            Langkah Maria terhenti dan badannya menjadi kaku. Dia tergamam melihat 3 orang wanita yang berada di ruang tamu. Mereka juga turut sama terkejut dengan kehadiran Maria. Mata Maria tidak berkelip malah pandangannya tepat ke arah mereka bertiga. “Satu. Dua, Tiga!” Maria mula mengira.
            “Auntie Maria!” tegur Alina. Aleya dan Alisa berpandangan antara satu sama lain.
            “Maria!” Munirah juga terkejut dengan kehadiran Maria.
            Bibir Maria terketar-ketar untuk menyatakan sesuatu tetapi tidak kedengaran. Aku mimpi ke? Betul-betul kembar seiras! Tiba-tiba saja pandangannya menjadi gelap.
            “Auntie Maria!” jerit Alina. Maria suda terbaring di lantai. Pengsan!Alina mendekati Auntie Maria.
            Munirah tergamam bila melihat Maria tiba-tiba saja pengsan. Perlahan-lahan dia berjalan menggunakan tongkatnya menghampiri Maria.
            Aleya hanya mengeluh dan kepalanya digeleng beberapa kali.
            “Along , kenapa setiap kali orang nampak kita bertiga ada yang pengsan, ada yang kaku dan ada jugak ternganga mulut? Muka kita ni ada masalah ke?” Alisa menoleh ke arah Aleya yang masih berdiri di sisinya.
            “Muka kita tak ada masalah! Hanya pandangan mereka terhadap kita saja yang ada masalah.” Aleya terus mengikat rambutnya.
            “Pelik sangat ke kita ni? Dah namanya kembar seiras memang confirm la muka kita ni  seiras. Datang dari acuan yang sama jadinya hasil pun sama la.” Alisa mula berleter.  
            “Ini semua anugerah Allah S.W.T.  Dah memang suratan takdir, ibu mengandung kita bertiga. Biarlah mereka dengan pandangan mereka sendiri. Janji jangan ganggu kita sudahlah.”  Aleya melihat ke arah Alina yang sedang membantu Auntie Maria. Aleya ingin menolong.
            “Itu Angah tahu, tetapi Angah tak suka cara mereka memandang kita. Macam kita ni dari planet lain? Ada tanduk ke atas kepala kita?”  Alisa masih membebel lagi.
            Aleya mengetap bibir menahan geram. “Angah, zip it!” Aleya menunjukkan isyarat supaya adiknya itu tidak bercakap lagi. Angah kalau bercakap macam keretapi, tak berhenti-henti. Aleya menunding jari pada Auntie Munirah yang sedang berbaring. Mereka sepatutnya menolong Auntie Maria bukannya bercakap kosong.
            Alisa hanya tersengih.
            “Along! Angah! Kenapa tercegat kat situ lagi? Tolong la angkat Auntie Maria! Takkan la nak biarkan Auntie Maria terbaring di sini!”
            “Along! Angah! Tolong Acu!” ujarnya Munirah. Dia berasa resah.
            “Ibu, auntie Maria cuma pengsan! Mungkin dia terkejut sebab nampak Along, Angah dan Acu.” Alina tahu pasti ibunya bimbang melihat Auntie Maria tiba-tiba pengsan.
            Aleya dan Alisa segera menghampiri dan perlahan-lahan mengangkat Auntie Maria menuju ke sofa.

                                    ***********************************

            “Ibu, lamanya Auntie Maria pengsan! Hampir 30 minit, Angah rasa lebih baik jika kita bawa Auntie Maria ke hospital.” Alisa bersuara.
            “Sekejap lagi, ibu rasa Maria akan sedar. Kita tunggu 5 minit lagi. Kalau selepas 5 minit Maria masih belum sedar, kita bawa dia ke hospital.”
            Aleya dan Alina hanya menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju. Tangan Alina pula ligat mengipas Auntie Kartika.
            “Ibu!” Alina tiba-tiba bersuara apabila melihat kelopak mata Auntie Maria mula bergerak. “Auntie Maria! Auntie.” Panggil Alina cuba menyedarkan Auntie Maria.
            Perlahan-lahan Maria membuka matanya. Pandangannya dialihkan pada suara yang sedang memanggilnya. Dia terkejut melihat mereka bertiga. Pantas Maria bangun dan duduk memandang mereka.
            “Maria!” panggil Munirah.
            Maria menoleh ke arah Munirah. Lidahnya kelu untuk berkata. Dia masih lagi terkejut. Pandangannya dialihkan pada mereka bertiga yang sedang memandangnya. Matanya tidak berkelip merenung mereka. “Bukan ke dua daripada kamu sepatutnya berada di London?” Akhirnya Maria bersuara.
            “Baru saja pagi tadi kami sampai,Auntie.” Alina tersenyum.
            Alisa merenung Maria. Pandangannya pelik. “Macam mana Auntie tahu pasal kami berdua?”
            Belum sempat Maria menjawab pertanyaan Alisa, Aleya mencelah.
            “Pasti Uncle Ismail beritahu Auntie kan?”
            “Aleya!” Maria menyebut nama itu. Dia yakin pasti wanita yang mengikat rambut ini adalah Aleya. Tentang perkara ini hanya Aleya yang tahu.
            “Ya!”
            “Aleya, jangan salahkah Uncle Ismail ye! Hanya Auntie dan Uncle saja yang tahu. Iskandar tak tahu apa-apa pun.” Kartika takut Aleya akan salah faham terhadap suaminya.
            “Don’t worry! I’ll understand, Auntie.”
            “Alisa!” Maria memandang ke arah Alina. Dia cuba untuk mengenali mereka.
            “Saya Alina!” Alina tersenyum simpul. Alisa hanya mengangkat tangannya.
            “Oooo….Sorry! Auntie pun tak sangka macam mana Auntie boleh pengsan!Pada hakikatnya ibu Auntie dan nenek kamu pun kembar seiras juga” Maria ketawa kecil dan menunduk malu.
            “Kami dah biasa, Auntie! Lebih teruk dari auntie pun ada.” Alisa bergurau.
            “Maria, kakak minta maaf sebab tidak beritahu  Maria tentang 2 orang lagi anak kakak selain Alina.”
            “Kenapa kakak rahsiakan perkara ini? Abang Kadir tahu tak yang dia ada lagi 2 orang anak?’ Soal Maria bertubi-tubi.
            Munirah mati kata-kata. Perlahan-lahan mata Munirah dialihkan pada Aleya dan Alisa yang sedang memandang ke arahnya. Sebaik saja sedar ibu mereka sedang memandang mereka, serentak pandangan mereka berdua dialihkan ke arah lain.
            Maria berpaling. Maria sedar akan perubahan wajah Munirah apabila soalan itu ditanyakan. Kenapa Kak Munirah melihat ke arah mereka berdua? Dia tiba-tiba teringat kata-kata Kadir semasa dia melawat Kadir di hospital semalam. Kadir mengadu padanya yang Alina tidak menjenguk dirinya malah layanan Alina juga dingin. Mungkinkah mereka berdua ni….?
            “Maria, kakak ada sebab kakak sendiri kenapa kakak tidak beritahu kamu semua tentang Aleya dan Alina. Kakak harap Maria faham.”
            Maria hanya menganggukkan kepalanya. Matanya masih tidak berganjak dari memandang Aleya dan Alisa.
            “Auntie! Selalunya kalau auntie nak datang sini, auntie akan call dulu tetapi hari ini tiba-tiba saja auntie terjah rumah kami, ada apa-apa ke?” Alisa bertanya.
            “Aduh, macam mana pulak aku boleh lupa!” Maria tiba-tiba teringat apa yang dilihatnya sebentar tadi. “Kak Munirah, semasa Maria datang sini, Maria nampak Kartika di luar rumah Kak Munirah. Kelakuan dia pelik. Dia bercakap dengan seorang lelaki yang berada di dalam kereta di hadapan rumah kakak. Selepas beberapa minit, mereka berdua berlalu pergi dengan kereta yang berasingan. Maria risau! Maria pasti dia sedang merancang sesuatu pada kakak sekeluarga. Rumah ini tidak selamat lagi. Maria rasa hari ini kakak dan anak-anak kakak mesti berpindah. Kakak tinggal sahaja di rumah Maria di Puchong.”
            “Along, kenapa Along tak tampar saja perempuan tua tu sepertimana Along pernah tampar Sofea hari itu? Sekarang ni perempuan tua tu, sudah melampau! Apa lagi yang dia nak lagi dari kita, hah!” Alisa berang selepas mendengar kata-kata Maria.
            “Angah! Be careful with your words.” Munirah menegur Alisa. Percakapannya sering melampaui batas.
            Maria terkejut apabila Alisa bersuara. Karekternya benar-benar berbeza dari Alina. Pandangannya beralih pada Aleya yang masih berdiam diri tetapi wajahnya serius seolah-olah dia sedang memikirkan sesuatu. Aleya pernah tampar Sofea! Ini berita sensasi.
            “Kenapa ibu? Kenapa kita mesti baik dengan mereka ? Tujuan ibu balik bukannya bertujuan untuk mengganggu rumahtangga dia tetapi ibu hanya ingin meminta cerai dengan cara baik. Kenapa pulak dia mesti rasa dirinya tergugat selepas 25 tahun? Selama ini suami dia kan sayangkan dia.  Kalau dia ingat kita nak berebut harta suami , dia silap sama sekali.” Tegas Alisa.
            “Angah!” tegur Alina. Dia sedar akan perubahan wajah Auntie Kartika.
            “Angah, zip it!” tegur Aleya pula. Dia merenung adiknya.
            “Along say something!” Alisa geram. Dia merenung kakak kembarnya. Kenapa Along masih lagi tenang? Sakit hatinya bila Aleya menyuruhnya diam.
            “Angah! Hidup ini tidak selalunya indah, kadang kala mimpi buruk sering menjadi kenyataan. Angah nak tahu tak, apa mimpi buruk Datin Kartika selepas ini?”
Aleya tersenyum. Alisa kaku. Apa yang cuba dikatakan oleh Aleya?
            “Kita!” Senyuman Aleya semakin lebar.
            Wajah Alisa yang masam tadi tiba-tiba menjadi ceria. Pasti Along sudah mendapat idea bagaimana untuk ajar Datin Kartika.
            “Along! Angah!” Alina mula susah hati.
            Maria masih berdiam diri. Seram betul bila dengar kata-kata Aleya tadi. Apa yang sedang dirancangkannya?
            “Kamu berdua nak buat apa lagi. Cukuplah! Ibu tak suka kamu berdua berperangai sebegini. Ibu faham kenapa Datin Kartika buat semua ini. Dia hanya cemburu. Itu saja. Selepas penceraian ibu selesai, kita akan segera pulang ke London. Faham! Ibu beri amaran pada kamu berdua jangan buat sesuatu tanpa pengetahuan ibu, faham tak?” Munirah meninggikan suaranya. Kali ini dia mesti bertegas dengan anak-anaknya.
            “Ini….” Alisa tidak puas hati. Kenapa setiap kali, ibu yang perlu bertolak ansur?
            “Zip it!”  Kini giliran Munirah pula menunjukkan isyarat supaya Alisa tidak bersuara lagi.
            Alisa membuat mimic muka dan matanya dilirikan kepada Aleya. Kembarnya juga membuat isyarat seperti ibunya.
            Alina hanya tersenyum. Geli hati bila ibu juga bercakap seperti itu. Angah bila bercakap jangan harap la dia nak mengaku kalah. Kalau dibiarkan, esok pagi pun Angah tidak berhenti bercakap.
            Setelah melihat Alisa tidak bercakap lagi, Munirah menoleh ke arah Maria. “Maaf, Maria! Anak-anak sekarang ni!” Munirah berasa malu dengan kelakuan anak-anaknya.
            “Maria faham!” Maria cuba tersenyum.
            “Kakak nak minta tolong sikit dengan Maria! Sementara waktu ini, boleh tak kalau kakak tinggal di rumah Maria di Puchong dahulu sebelum kami dapat rumah sewa yang baru? Itu pun kalau tidak menyusahkan maria.” Kata Munirah dengan lembut. Sebenarnya dia bimbang dengan keselamatan anak-anaknya. Pilihan terbaik adalah dia dan anak-anak tinggal di tempat lain.
            “Tidak menyusahkan Maria pun. Kakak tidak payah la cari rumah sewa lain. Duduk saja rumah Maria tu. Kami jarang balik ke situ. Kakak tinggal saja di situ sehingga urusan kakak di sini selesai. Membazir saja sewa rumah.” Maria tersenyum.
            “Terim kasih, Maria!” Munirah memegang erat tangan sepupu suaminya itu.
Renungannya masih tepat ke arah Aleya. Hatinya tiba-tiba resah melihat Aleya yang hanya tenang dan berdiam diri. Ini bukan sikap Aleya. Pasti Aleya sedang merancang sesuatu.Dia kenal sangat dengan sikap sebenar anak sulungnya itu. Aleya sedar ibunya sedang memerhati dirinya. Aleya berlagak seperti biasa seolah tiada apa-apa yang akan berlaku.

1 comment:

aqilah said...

bergabung dah.................bila nak meletup?????????????heheheeeeeeeeeeeeee

Post a Comment