Wednesday, December 8, 2010

Satu Dua Tiga 26

BAB 26

            Sudah hampir 15 minit, Alina berdiri di luar bilik Aleya. Matanya tepat merenung pintu bilik tersebut. Dia perlukan kekuatan untuk berdepan dengan kakaknya. Dia sedar tadi dia sudah melampaui batas. Dia tuduh kakaknya tanpa usul periksa. Alina menarik nafas panjang. Alina memegang symbol pintu.
            “Kenapa tidak masuk? Takut ke?” usik Alisa yang menegur adiknya secara tiba-tiba.
            Alina terkejut dengan kehadiran Alisa di situ. Alisa menghampiri Alina. Senyuman masih tidak lekang di bibir Alisa.
            “Takut!” Alisa membuat mimic muka. Dia tahu pasti Alina takut untuk bersemuka dengan kakaknya. Itulah padahnya bila bertindak tanpa berfikir.
            “Angah!”
            Alisa terus membuka pintu bilik Aleya tanpa mengetuk pintu itu terlebih dahulu. Alina terkejut dengan tindakan Alisa yang tiba-tiba meluru masuk ke bilik Aleya. Dia masih lagi belum bersedia.
            “Along! Ada orang nak minta ampun dengan Along!” Alisa bersuara sebaik saja melangkah masuk ke bilik Aleya. Dia terus melabuhkan punggungnya di katil Aleya.
            Aleya memusingkan kerusinya dan matanya tepat merenung Alina yang masih tercegat di muka pintu. Pensil yang berada di tangannya diletakkan di atas meja. Wajahnya serius.
            “Aaa….Aaa…..” Perlahan-lahan Alina melangkah masuk, jantungnya berdegup kencang lebih-lebih lagi apabila Aleya merenungnya. “Acu minta maaf, Along!”
            “Itu saja!” Alisa mencelah.
            Alina menoleh ke arah Alisa yang sedang mengusiknya. Penyibuk betul Angah ni!
            “I’m so sorry, Along.  Acu janji tidak akan bertindak seperti itu lagi. Maaf, Along!” ucap Alina bersungguh-sungguh. Dia takut jika kakaknya tidak memaafkan dirinya.
            Aleya mengeluh. Senyuman tiba-tiba terukir di bibirnya. “I’m not angry with you.” Akhirnya Aleya bersuara, dia membetulkan kedudukannya di kerusi itu. “Along tidak pernah menghalang ibu dan Acu berjumpa lelaki itu tetapi keadaan sekarang ini tidak seperti dulu. Acu faham kan maksud Along.”
            “Acu faham Along.”
            “Along dan Angah tidak kisah jika ibu dan Acu berjumpa dengan lelaki itu. Jika ibu dan Acu telah memaafkan lelaki itu, kami hormati keputusan ibu dan Acu. But for us, untuk memaafkan lelaki itu, tidak mungkin ia akan terjadi, ok” Alisa bersuara.
            “Along tak mahu Datin Kartika tahu di mana kita berada sekarang ini. Keselamatan ibu lebih penting. You just call him if you miss him.”
            Alina merenung kedua-dua orang kakaknya. Di luar Along dan Angah kelihatan seperti degil dan keras hati tetapi sebenarnya hati mereka lembut.
            “Tetapi jangan sesekali beritahu lelaki itu tentang kami, faham!” Alisa memberi amaran.
            “Baiklah.” Jawab Alina dengan lemah. Pening kepala aku dengan perangai kembar aku ini.
            “Dah settle kan! I have to go now.” Alisa terus memakai cap berwarna hitam di kepalanya. Dia membetulkan rambutnya.
            “Nak pergi mana?” soal Alina.
            “Jumpa Tina! Bye.” Alisa terus bangun dan melambai tangannya sewaktu meninggalkan mereka berdua.
            Pandangannya dialihkan ke arah Aleya. Dia ingin bertanya sesuatu tetapi Alina takut jika pertanyaannya itu membuat Aleya marah.  
            Aleya sedar Alina sedang memerhati dirinya. “Kalau ada sesuatu yang sedang bermain di fikiran, tanya sajalah.”
            “Dulu, Along pernah kata kalau ibu ingin berkahwin lain, Along tidak akan menghalang kan! Kalau ibu mahu berbaik semula dengan abah, adakah Along akan merestui hubungan mereka?”
            “Apa yang membuatkan Acu yakin yang ibu dan lelaki itu akan berbaik semula?” giliran Aleya bertanya pula.
            “Acu yakin ibu masih lagi mencintai abah! Along pun tahu kan. Gambar yang disimpan di dalam dompet ibu, Along tahu siapa kan!”
            Aleya tersenyum kelat. Mengenai hal itu, dia memang lebih arif dari adiknya. “Jadi Acu mahu Along dan Angah restui hubungan mereka berdua ke? Acu dah lupa ke tentang Datin Kartika. Acu rasa Datin Kartika akan merestui hubungan mereka berdua ke?”
            Dahi Alina berkerut dengan kata-kata Aleya.
            “Perkara ini tidak semudah yang Acu fikirkan. Sekarang ini pun, macam-macam perkara sudah terjadi. Wanita seperti Datin Kartika, hatinya tidak seikhlas dan sesuci seperti ibu. Benda yang pernah menjadi hak miliknya akan tetap menjadi miliknya seumur hidup.”
            Alina mengeluh. Apa yang baru saja dikatakan oleh kakaknya ada benarnya. “Along masih lagi belum menjawab soalan Acu sebentar tadi.”
            “We wait and see, sis.”
            Alina menggaru kepalanya yang tidak gatal beberapa kali. Sekejap OK, selepas itu pulak tak OK. Aku tak faham betul dengan sikap Along ni.

                                    ************************************

            Sejak balik dari berjumpa sahabat lamanya sewaktu sekolah menengah dahulu di KLCC, fikirannya terganggu bila memikirkan wanita yang sedang berbual dengan adiknya, Tina. Selepas dia berjumpa dengan Wahid, dia terserempak adiknya berbual dengan seorang wanita. Dia kenal siapa wanita itu. Dia hairan bagaimana adiknya mengenali wanita itu malah mereka kelihatan seolah-olah telah lama berkenalan. Zahari bangun dari sofa. Dia mesti bertanya pada adiknya tentang hal ini. Matanya tepat melihat ke arah pintu pagar rumahnya. Dia sedang menanti adiknya pulang. Jiwanya memberontak ingin tahu hubungan antara Dr. Alina dan adiknya.
            Zahari berpaling ke arah bunyi deruan enjin kereta BMW 5 Series milik adiknya. Beberapa minit kemudian, Tina masuk dan dia terkejut bila melihat abangnya sedang menanti dirinya. “Abang tak tidur lagi ke?”
            “Belum. Abang ada hal nak cakap dengan Tina.”
            “Hal apa?” Tina terus duduk di sofa yang berhadapan dengan abangnya.
            “Dah lama ke Tina kenal dengan Dr. Alina?”
            “Dr. Alina!” Tina terkejut.
Siapa Dr.
Alina?
            “Dr. Alina! Bukan ke tadi abang nampak Tina berbual dengan Dr. Alina di KLCC?” Zahari hairan.
            Tina berfikir seketika. Tadi aku jumpa Alisa , hmm,…siapa pulak Dr. Alina? Abang aku ni tersalah orang ke? Hmm…Dr Alina? Aaa…mungkin abang ingat Alisa adalah Dr. Alina. Tiba-tiba senyuman terukir di bibir Tina, matanya tepat merenung abangnya. “Rasanya abang sudah tersalah orang. Sebenarnya tadi adalah Alisa bukannya Dr. Alina.”
            “Alisa!” Zahari terkejut. Mata aku tak rabun lagi. Aku yakin yang tadi tu Dr. Alina. Siapa pulak Alisa ni?
            “Ya. Alisa tu kakak Dr. Alina.”
            “Kakak!” nada suara Zahari tiba-tiba menjadi kuat. Zahari terkejut.
            “Mereka kembar. Kembar seiras.” Beritahu Tina.
            “Kembar….” Zahari tiba-tiba menjadi gagap. Ini bermakna Uncle Johari sebenarnya mempunyai 2 orang anak.
            “Ya. Kembar. Tina kenal Lisa sewaktu Tina study law di Oxford University tetapi macam mana abang kenal Dr. Alina.”
            Zahari masih lagi kaku. Pertanyaan adiknya tidak dijawab. Bermacam-macam perkara sedang bermain di fikirannya.
            “Abang! Macam mana abang kenal dengan Lina?” soal Tina lagi. Dia hairan dengan kelakuan abangnya. Pelik! Macam mana abang kenal dengan Lina?
            “Jadi Alisa dan Dr. Alina kembar seiras.” Soal Zahari lagi untuk mendapat kepastian.
            “Ya. Hmm…Tina terlupa nak beritahu abang sesuatu, sebenarnya mereka berdua ada seorang lagi kembar. Namanya Aleya. Aleya merupakan kakak kembar mereka”
            Ada lagi kembar!”  Bulat anak mata Zahari bila mendengar penjelasan adiknya. Zahari terus bangun. Zahari menampar mukanya beberapa kali. Aku bermimpi ke? Biar betul! Jadi siapa yang aku jumpa sebenarnya? Kenapa auntie Munirah tidak beritahu Uncle Kadir perkara sebenarnya?
            “Abang!” Tina menggaru kepalanya beberapa kali. Apa kena dengan abang aku ni? Dah kena sampuk ke? “Kalau abang tak percaya, Tina ada gambar mereka bertiga sebagai bukti.” Tina mengambil telefon bimbitnya yang berada di dalam beg tangan. Dia ada simpan gambar mereka bertiga di dalam telefon bimbitnya. Tina memberi telefon bimbit itu pada abangnya.
            Dengan pantas Zahari mengambil telefon bimbit Tina, Zahari menjadi kaku sebaik saja melihat gambar itu. Benar-benar seiras.
            Tina tersenyum bila melihat reaksi abangnya.
            “Jadi sekarang ini Alisa yang berada di Malaysia bukan Dr. Alina.” Soal Zahari lagi.
            “Aaa….Sekarang ni mereka bertiga ada di Malaysia bersama Auntie Munirah. Kata Lisa, dia ada hal keluarga yang perlu diselesaikan di sini.”
            “Ketiga-tiga mereka ada di sini! Jadi Tina pernah jumpa Auntie Munirah  ke?”
            “Ya. Setiap hujung minggu, Auntie Munirah akan jemput Tina datang ke rumahnya untuk makan bersama. She’s nice person, I love her. Abang, soalan Tina abang belum jawab lagi! Kenapa dari tadi Tina je yang jawab soalan abang? Ini tidak adil.”
Tina geram.
            “Tina tahu tak Auntie Munirah sebenarnya isteri Uncle Kadir!”
            “Apa!” Tina tergamam. Arwah ibunya pernah bercerita padanya tentang isteri pertama Uncle Kadir.
            “Kamu tak tahu ke tentang hal ini?” Zahari hairan.
            “Tak. Lina tak tahu apa-apa pun mengenai hal ini. Lisa tak pernah cerita apa-apa pun pasal ayahnya dan untuk pengetahuan abang, Lisa sangat bencikan ayahnya. Begitu juga Aleya. Auntie Khaty pernah beritahu Tina pasal hal ini.”
            “Benci! Aaa…Siapa Auntie Khaty?”
            “Kawan baik dan rakan kongsi Auntie Munirah. Mereka buka restoran makanan Melayu di London.”
            “Alisa seorang peguam . Aleya? Sekarang Aleya bekerja sebagai apa?”
            “Dia seorang arkitek. She’s famous. Hasil seni dan rekaannya benar-benar menggagumkan. Ramai orang berebut-rebut untuk mengupah Leya untuk merekabentuk bangunan mereka.”
            “Arkitek.”
            “Ya. Dia ada buka syarikat arkitek di London bersama rakannya. Walaupun mereka bertiga kembar seiras tetapi sikap mereka berbeza sekali. Macam langit dan bumi. Hmmm….Lina seumpama bunga Lily. Lembut dan suci. Lisa seperti bunga ros. Cantik tetapi berduri manakala Leya pula seumpama Rafflesia. Diam-diam berisi dan bahaya. Kalau abang jumpa mereka bertiga serentak, confirm abang pengsan” Tina ketawa. Tiba-tiba telefon bimbit yang berada pada abangnya berbunyi pantas Tina mengambil telefon bimbit. Tina tahu siapa pemanggilnya.
            “My fiancé!” Tina tersenyum dan terus berlalu meninggalkan abangnya.
            “Kita tahu la dia ada buah hati!” Zahari membuat mimic muka. Zahari kembali melabuhkan badannya di sofa. Kembar tiga! Macam tak percaya. Kembar 2, aku boleh terima lagi. Ini kembar tiga. Fuh! Perlu ke aku beritahu perkara ini pada Uncle Kadir? Hmm…Uncle berhak tahu perkara sebab mereka anak kandung Uncle tetapi sebelum itu aku perlu siasat latarbelakang mereka. Tiba-tiba Zahari teringat sesuatu. Jadi siapa yang kenakan aku semasa di KLIA hari itu?

                                                            ***********************

            “Apa!” jerit Kartika selepas mendengar kata-kata Ismail. Penjelasan Ismail tadi benar-benar membuat dirinya marah. Telefon bimbit miliknya digenggam erat. “Apa maksud kau rumah tu kosong? Bukan ke aku suruh kau perhatikan rumah itu baik-baik.”
            “Saya tak tahu bila mereka pindah, Datin. Semalaman saya perhatikan rumah tu dan bila saya tanya jiran mereka, mereka beritahu mereka berpindah semalam melalui pintu belakang.”
            Kartika mengetap bibirnya menahan geram. Rupanya mereka lebih pandai dari aku. Licik! Aku betul-betul pandang rendah pada Munirah dan Alina tetapi aku takkan lepas mereka begitu saja.
            “Aku nak kau cari mereka sampai dapat. Kalau tidak, jangan harap la kau dapat satu sen pun dari aku.”
            “Masalahnya sekarang ni, saya nak cari mereka di mana? Kuala Lumpur bukannya kecil.” Ismail resah. Teruk aku macam ni!
            “Itu aku tak peduli. Yang penting , aku mahu kau cari mereka sampai dapat. Aku tak mahu dengar apa-apa lagi alasan dari kau, faham!”
            “Baik, Datin!” Ismail terpaksa akur dengan arahan Kartika.
            “Satu lagi, aku rasa aku tahu macam mana kau nak cari mereka!” Kartika tiba-tiba teringat sesuatu. “Mereka pasti akan melawat suami aku di hospital. Kau tunggu mereka di sini sehingga mereka muncul selepas itu kau ekori mereka. Aku nak tahu di mana mereka tinggal.”
            “Baiklah.” Kata Ismail terus menamatkan panggilan tersebut.
            Kartika merenung jauh ke luar tingkap aparment miliknya di Bangsar. Lain yang dirancang lain pula yang terjadi. Kartika mengeluh kuat. Munirah dan anaknya perlu dihapuskan dari muka bumi ini.
            “Sayang! I dah siapkan makan malam. Jom makan.” Ucap Jason dengan manja dan terus memeluk Kartika dari belakang dengan erat.
            Wajah Kartika yang masam terus berubah. Senyuman terukir di bibirnya. Dia memegang tangan Jason yang begitu erat memeluknya. Walaupun umur Jason lebih muda dari anaknya, dia tidak kisah. Asalkan mereka tahu bagaimana untuk menghiburkan hatinya. Dia tahu mereka yang sanggup menjadi anak ikan untuk dirinya hanya memandang kepada duit yang dimilikinya. Dia tidak peduli semua itu dan yang penting hatinya puas.

                                                ****************************

            “Akhirnya, Is balik juga. Penat Umi tunggu Is.” Maria bersuara sebaik saja Iskandar melangkah masuk ke rumah. Jam dinding yang berada di ruang tamu dipandang sekali imbas. Tepat menunjukkan pukul 11 malam. Lewatnya Is balik. Banyak kerja ke di pejabat.
            Ada apa Umi?”
            “Aaa…Umi nak beritahu Is sesuatu mengenai rumah kita di Puchong.”
            “Kenapa?” Iskandar berjalan menghampiri ibunya yang sedang duduk di sofa.
            “Umi suruh orang renovate rumah tu so buat sementara waktu ni Is jangan pergi ke sana ye!” jelas Maria. Dia bimbang jika Iskandar terserempak dengan Munirah dan anak-anaknya.
            “Bukan ke tahun lepas, Umi dah renovate rumah tu. Kali ini Umi renovate bahagian mana?”
            “Aaaa…..semua!” Maria terus menjawab tanpa berfikir. Aduh, aku terlupa la pulak yang aku pernah renovate rumah itu tahun lepas.
            “Semua!” Bulat mata Iskandar mendengarnya. “Semua sekali Umi renovate! Aduh, nampaknya rambut abah tahun ni akan gugur lagi ye.” Iskandar ketawa.
            “Hish…budak ni! Ingat, jangan pergi ke sana!” Maria mengingatkan Iskandar sekali lagi.
            “Yes, madam!”
            “Lagi satu, esok  Is tak boleh bersarapan dengan kami.”
            “Kenapa?” Berkerut dahi Iskandar.
            “Sofea akan datang breakfast esok pagi. Katanya nak breakfast bersama Is awal-awal pagi esok.” Beritahu Maria.
            “Apa!” Air muka Iskandar terus berubah pucat. Aku belum tidur lagi, mimpi ngeri dah muncul.  “Kenapa Umi tak halang dia?”
            “Kalau Umi halang Sofea pun, dia takkan faham apa yang Umi cakapkan.”
            “Ahh…ingatkan balik rumah boleh rileks. Ini tidak, kucar-kacir hidup Is dibuatnya. Umi, malam ini Is tidur di hotel. Kalau abah cari, suruh abah call Is. Umi, Is pergi dulu.” Iskandar terus bersalam dengan Maria  dan melangkah keluar dari rumahnya.
            Maria hanya menggelengkan kepala. “Kasihan anak aku seorang ni!”
           

                                    **************************************

            Iskandar mempakirkan keretanya di halaman rumahnya rumahnya di Puchong. Dia sengaja datang ke sini untuk melihat apa yang diubahsuai oleh ibunya dan kebetulan esok dia ada mesyuarat di Puchong.  Dahinya berkerut melihat rumah itu. Iskandar melihat jam tangannya sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi. Nasib baiklah, dia ada bawa kunci rumah  di Puchong bersamanya.  “Umi kata rumah ini tengah renovate tetapi tiada ada apa-apa pun. Kenapa bilik itu ada cahaya?  Mereka lupa tutup lampu ke?” Iskandar keluar dari keretanya. Langkahnya di atur menuju ke pintu rumah. Dia membuka pintu rumah itu menggunakan kunci yang berada di tangannya. Iskandar memulas symbol pintu perlahan-lahan. Dia terkejut melihat lampu kecil di dinding  ruang tamu di buka. Iskandar mula berasa pelik. Dia terus menekan suis lampu di ruang tamu. Pintu ditutup perlahan-lahan. Dia melihat di sekelilingnya. Bersih dan teratur  seperti ada orang tinggal di sini sahaja. Iskandar teringat bilik yang bercahaya di tingkat atas. Iskandar melangkah perlahan-lahan menuju ke tangga.  Sebaik saja kakinya melangkah anak tangga pertama, Iskandar merasakan ada sesuatu di belakangnya. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang.
            “What are you doing here?” soal Aleya secara tiba-tiba. Tangannya memegang erat mug yang berisi air Nescafe yang dibancuhnya di dapur sebentar tadi. Semasa dia berada di dapur , dia terdengar bunyi kereta di luar. Dari jauh dia memerhati kelibat lelaki yang masuk ke rumahnya, dia kenal benar dengan lelaki itu. Pemilik rumah ini.
            “Mak! Hantu!” jerit Iskandar terkejut bila ada wanita berambut panjang mengurai di belakangnya. Iskandar jatuh terduduk. Jantungnya berdegup kencang. Iskandar terus memejamkan matanya
            Aleya menggelengkan kepalanya beberapa kali melihat reaksi Iskandar. Penakut rupanya. Muka aku ni macam hantu ke?  “Kalau saya ni hantu dah lama saya cekik awak, Tengku Iskandar.”
            Macam aku pernah dengar saja suara itu. Perlahan-lahan Iskandar membuka matanya. “Aleya!”  Nama itu muncul dari mulut Iskandar. Bagaimana wanita ini berada di sini? Aku tersalah rumah ke. Iskandar melihat di sekelilingnya. Sah, ini rumah aku!
Apa dia buat di sini? Iskandar terus bangun.
            “Along! Apa halnya?” Munirah terus keluar dari biliknya. Dia terjaga dari tidur apabila mendengar jeritan. Dia bergegas keluar untuk mengetahui apa yang berlaku walaupun dia perlu berjalan menggunakan tongkat. Dia terkejut melihat kehadiran seorang lelaki di rumahnya.
            “Nothing! Cuma ada tetamu tak diundang di rumah ini. Ibu, ini Tengku Iskandar. Anak Auntie Maria.” Beritahu Aleya.
            “Anak Maria!” Munirah terkejut. Dia memerhati lelaki yang berkemeja biru itu.
            “Tengku, ini ibu saya.” Aleya memperkenalkan ibunya pada Iskandar.
            Iskandar melihat seorang wanita yang sebaya ibunya  berjalan menghampirinya menggunakan tongkat.
            “Oooo…Iskandar rupanya! Mak cik ingatkan siapa tadi.” Munirah tersenyum
            “Tak ada apa-apa, Angah!” Aleya melihat Alisa yang sedang berdiri di anak tangga. Jeritan Iskandar mungkin menyebabkan seluruh penghuni rumah itu terjaga. Tangan Alisa sedang memegang pasu bunga. Mungkin mereka fikir ada pencuri yang menceroboh masuk rumah ini.
            “Siapa Along?” Soal Alina yang berada di belakang Alisa. Matanya terkebil-kebil melihat lelaki yang bersama kakaknya.
            Iskandar menoleh. Bibirnya terketar-ketar melihat 2 orang wanita yang sedang berdiri di anak tangga yang sedang memerhati dirinya. Matanya dilirikan kembali ke arah Aleya yang berada di sisinya. Penglihatan aku ada masalah ke? Pandangannya dialihkan pula pada wanita tadi. Satu! Dua! Tiga! Tiga Aleya. Iskandar menggosak matanya beberapa kali.
            “Penglihatan Tengku tak ada apa-apa masalah. Mereka berdua adik kembar saya.” Kata Aleya terus duduk di sofa dan minum air yang dibuatnya sebentar tadi.
            “Siapa lelaki ini?” soal Alisa lagi sambil menuruni tangga. Pasa bunga yang berada di tangannya dihalakan ke arah Iskandar. Alina mengekori dari belakang.
            “Anak Auntie Maria! Tengku Iskandar.”
            “Ooo..client Along yang cerewet tu ke!” Alisa membuat mimic muka dan dia terus berjalan ke arah ibunya. Alisa membantu ibunya berjalan ke sofa.
            Iskandar hanya memerhati. Lidahnya kelu untuk bersuara.
            “Abang Is, duduk dulu. Lina pergi buat air.” Alina tersenyum.
            Dahi Iskandar berkerut melihat Alina. Tiba-tiba saja cakap lemah-lembut dengan aku, seram aku dibuatnya. Pandangannya dialihkan pada mereka bertiga yang sedang duduk di sofa.
            “Is, mari duduk di sini.” Jemput Munirah. Dia tahu pasti sekarang ni Iskandar masih terkejut.
            “Ibu tak payah susah-susah jemput Tengku Iskandar ni. Ini rumah dia. Pandai-pandai la dia bawa diri.” Alisa bersuara. Dia menjeling pada Iskandar yang sedang menghampiri mereka.
            “Hish…. Jaga sikit mulut tu. Ingat sikit, kita ni menumpang rumah Iskandar. Iskandar tuan rumah, percakapan tu berlapik sikit.” Tegur Munirah.
            Iskandar hanya tersenyum. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Yang mana satu Aleya ini? Yang bercakap tadi ke ?Aduh, parah aku macam ni. Dia terus duduk berhadapan dengan mereka.
            “Auntie! Sebenarnya Is tak faham apa yang berlaku di sini, macam mana Aleya dan Auntie boleh berada di sini? Maksud Is, ini pertama kali kita berjumpa. Is kenal Aleya pun disebabkan urusan kerja.”
            “Ibu saya kawan Datin Maria.” Jawab Aleya.
            “Ooo..ya ke!” Iskandar melihat Munirah. Semua kawan umi aku kenal tetapi mak cik ni aku belum pernah jumpa lagi.
            “Buat sementara waktu ini, kami menumpang tinggal di rumah Is sebelum kami pulang ke London selepas urusan antara Is dan Aleya selesai.”  Munirah masih lagi tersenyum.
            “Oooo..begitu rupanya! Yang peliknya tadi Umi beritahu Is yang rumah ini buat renovation. Dia tak bagi Is datang ke sini.” Iskandar hairan. Kenapa Umi beritahu rumah ini buat renovation tetapi sebenarnya ada tetamu di sini? Pelik.
            Munirah hanya mampu tersenyum.
            “Kalau Auntie Maria tak benarkan Tengku datang ke sini, kenapa Tengku datang ke sini jugak?” Aleya akhirnya bersuara. Aleya mula risau. Sekarang ini sudah ramai orang tahu tentang kewujudan dia dan adiknya.
            “Along!” Munirah menegur lagi.
            “Kebetulan saya lalu di sini, kemudian saya nampak lampu di bilik atas menyala. Saya hanya nak datang check saja, tak sangka pulak ada tetamu.”
            Alina datang menghampiri mereka dan meletakkan cawan yang berisi air teh yang dibancuhnya di dapur.  “Jemput minum, Abang Is.”
            “Ya. Terima kasih….Cik..” Iskandar ingin mengenali wanita itu. Perangainya berbeza dari Aleya dan seorang lagi.
            “Alina! Abang Is panggil saja Lina.” Alina tersenyum.
            “Baiklah, Lina!”  Iskandar turut sama tersenyum.
            “Tengok tu, Along! Depan kita pun, dia boleh jual minyak.” Alisa membuat mimic muka.
            Senyuman Iskandar tiba-tiba hilang sebaik saja mendengar kata-kata Alisa. Bisa betul mulut perempuan ni!
            “Kenapa Is tak balik rumah ? Dah lewat ni. Sebenarnya tadi Is dari mana?” soal Munirah cuba menenangkan keadaan. Alisa kalau bercakap ikut sedap mulut dia saja.
            “Sebenarnya Is tak boleh balik rumah malam ni.”
            “Kenapa?” Munirah hairan.
            “Tentu lari dari rumah.” Alisa tiba-tiba mencelah.
            Aleya ketawa apabila mendengar kata-kata Alisa.
            “Angah ni suka sangat menyampuk orang bercakap. Biar la Abang Is bercakap dulu.”
            “Is jangan pedulikan mereka berdua ni. Buat tak tahu saja.” Munirah menjeling kea rah anaknya.
            “It’s ok! Mak Cik, boleh tak Is bermalam di sini? Esok awal-awal pagi Is ada mesyuarat di Puchong. Takut tak sempat pulak.”
            “Boleh. Tentu sekali boleh. Ini kan rumah Is. Kami yang sepatutnya minta kebenaran Is sebab kami menumpang di sini.”
            “Terima kasih, Mak Cik.” Iskandar tersenyum.
            “Ibu, Tengku ni lelaki. Tak manis jika dia bermalam di sini. Kita semua kan perempuan.” Ujar Aleya. Dia terkejut bila ibunya membenarkan lelaki ini bermalam di situ.
            “Dia kan saudara kita. Lagipun bukannya Along dan Is berdua-duaan di rumah ini. Ibu, Angah dan Acu pun ada. Sudah, jom masuk tidur! Is nak berehat. Esok dia kena bangun awal. Angah, zip it.” Kata Munirah apabila melihat Alisa cuba berkata sesuatu.
            Alisa membuat mimic muka merajuk. Aku ni asyik kena zip it saja.
            “Aleya.” Kata Iskandar terus memandang ke arah Alisa yang disangkanya adalah Aleya.
            “I’m not Aleya.” Tegas Alisa dan terus bangun. Langkahnya diatur menaiki anak tangga menuju ke biliknya.
            Alina hanya mampu menggelengkan kepalanya. Alina bangun dan menolong ibunya berjalan masuk ke bilik.
            Iskandar melihat ke arah wanita yang masih duduk di sofa. Aleya sedang merenung dirinya. “Hmm…kenapa awak tak beritahu saya yang ibu awak dan ibu saya sebenarnya kenal antara satu lain?”
            “Penting ke semua itu?” jawab Aleya dengan dingin.
            “Wow! Saya dapat rasakan mood awak yang tidak baik. No good.” Iskandar tersengih. Namun tiada apa-apa reaksi dari Aleya. “ Hmm…perangai awak berlainan dengan adik awak yang bernama Lina. She’s nice.”
            “why? Tengku berminat pada adik saya ke?”
            “Kenapa awak cemburu ke?” Iskandar mengenyitkan matanya pada Aleya.
            “Jangan bermimpi la.” Aleya terus bangun. Dia malas nak melayan kerenah Iskandar.
            “Awak nak pergi ke mana? Kita belum habis bercakap lagi.”
            Aleya buat tidak tahu dan terus menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Kini fikirannya runsing. Aku perlu selesaikan urusan ini dan kami perlu segera pulang ke London. Sekarang semakin ramai orang mengetahui tentang aku dan adik-adik aku tetapi sebelum aku pulang ke London, aku perlu lakukan sesuatu pada Datin Kartika.
           


8 comments:

hani said...

wow...makin seronok, mula2 zahari now Iskandar pun tau wujudnya kembar 3, best2...smbg cepat2 ye..!!!

Anonymous said...

makin gempakk..citer nyer...makin menyeronokan..truskan..sy setie menanti !! haha
mule2..zahari, lps zahari .. iskandar plak..asenyer lps ni Nazri plak kowt !! haha

keSENGALan teserlah.. said...

ahaaa..
comel iskandar n aleya ni..
haha..
suka2..

cume dr tu je tatw yg dorang kembar 3..
zahari n is dh tahuu..
=)

smbung2

rosse - violet said...

haha3...seronok sy membaca n3 nie....bagus bangat....tp suspent tetap de

MiszImannur Aisha said...

best sgt2....
cptla smbg lg...
hehe

Anor said...

kelakar betullah...semuanya terkejut bila masing-masing dah jumpa 3 kembar seiras yg berlainan perangai. cepatlah sambung ye makin lama makin menarik dan lucu. hehehe

aqilah said...

wah............semakin best!!!!!!!!!!!!!cayalah!!!!!!!!!!

aFaiSh said...

wahahahaa...

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...