Friday, April 22, 2011

Satu Dua Tiga 37

BAB 37

            “Kesihatan Uncle sekarang ini semakin baik.” Dr. Nazri tersenyum selepas memeriksa tekanan darah Uncle Kadir.
            “Alhamdulilah. Ini semua jasa Nazri! Uncle ikut semua nasihat yang diberikan oleh Zahari.” Kadir membetulkan lengan baju kemejanya. Dalam tempoh 2 bulan ini, tahap kesihatannya semakin baik. Dia ingin sembuh dengan cepat. Dia perlu mencari Munirah dan anak-anaknya yang hilang entah ke mana.
            “Nazri yakin satu hari nanti Uncle akan berjumpa dengan Auntie Munirah. Ini semua hanya bergantung pada takdir.”
            “Uncle tahu!” Kadir cuba tersenyum.
            “Assalammualaikum!” Iskandar tiba-tiba muncul di muka pintu rumah Uncle Kadir. Zahari berada di belakangnya. Mereka berjalan menuju ke ruang tamu.
            “Waalaikumussalam!” jawab Kadir dan Dr. Nazri serentak.
            “Macam mana dengan keadaan Uncle hari ini?” soal Iskandar.
            “Getting better!” jawab Kadir.
            “Zahari, kenapa dengan kaki kau tu?” soal Dr. Nazri melihat cara Zahari berjalan.
            Zahari mengeluh sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di sofa empuk di ruang tamu. Iskandar hanya tersengih. “Ini kerja anak Uncle Kadir, Alisa.”
            “Alisa!” Kadir terkejut apabila nama anaknya disebut.
            “Alisa! Aku tak faham!” kata Dr. Nazri tercengang.
            “Ya,Alisa! Siapa lagi. Aku rasa mereka sekeluarga dah balik ke Malaysia. Kebetulan aku terserempak Tina dan Alisa di restoran. Rupanya selama ini Tina berhubung dengan Alisa. Geramnya. Aku tanya di mana dia tinggal, tup…tup! Ini jawapannya.” Zahari menarik seluar di kaki kananya untuk menunjukkan kesan lebam di kakinya.
            Iskandar ketawa. Dr. Nazri hanya mampu menggelengkan kepalanya. Setiap kali Zahari berjumpa Alisa pasti mereka berdua akan bergaduh. Macam anjing dan kucing.
            “Yang buat aku lebih geram lagi bila Tina tak mahu beritahu aku di mana mereka tinggal sekarang ni. Aku tahu Tina tahu di mana mereka berada sekarang ni! Dia dah lupa ke aku ni abang dia.” Kata Zahari. Dia mengetap bibirnya menahan geram. Puas aku bertanya, Tina tidak mahu beritahu.
            “Kau jangan risau, Zahari! Jika benar mereka berempat ada di KL, kita akan jumpa mereka tak lama lagi.” Iskandar tersenyum. Perkara itu dia sudah uruskan sekarang ni.
            “Uncle, jangan bimbang. Tak lama lagi Uncle akan berjumpa dengan Auntie Munirah, Alina, Aleya dan Alisa.” Dr. Nazri melihat kea rah Uncle Kadir.
            “Kau ke atau Uncle Kadir yang tak sabar jumpa mereka? Macam la kami ni tak tahu apa yang sedang bermain di fikiran kau sekarang ni!” Usik Zahari. Dia mengenyitkan matanya pada Dr. Nazri! Isi hati kau tu aku dah lama tahu. Zahari tersengih.
            Kadir turut sama tersenyum. Hatinya lega selepas mendapat tahu isteri dan anak-anaknya berada di Malaysia. Akhirnya aku dapat bertemu dengan mereka. Kali ini aku akan berusaha agar mereka dapat menerima aku menjadi sebahagian dari keluarganya. Setiap hari selepas menunaikan solat, dia sering berdoa agar hati mereka terbuka untuk menerima dirinya. Keluarganya akan lengkap selepas ini.
            Iskandar turut sama tersenyum melihat reaksi Uncle Kadir. Dia tahu apa yang sedang bermain di fikiran Uncle Kadir sekarang ini. Dia harap kali ini semuanya akan berjalan dengan lancar.

                        *****************************************

            Alisa melabuhkan punggungnya di sofa. Dia melihat kearah Alina yang berada di sebelahnya yang begitu khusyuk menonton drama Lestary Asmara. Setiap hari Selasa pukul 9.00 malam merupakan masa tontonan untuk Alina. Dia sudah angau dengan drama tu. Alisa membuat mimic muka. “Along pergi mana?” soal Alisa. Semasa dia berada di dalam bilik, dia terdengar bunyi enjin kereta.
            “Along keluar dengan ibu!”
            “Ke mana?” soal Alisa.
            “Rumah abah!”
            “Apa!” Suara Alisa tiba-tiba meninggi! Kenapa aku tak tahu pun pasal hal ini? “Kenapa? Kenapa?” soal Alisa lagi.
            “Kenapa? Angah, cuba Angah fikir sampai bila kita nak melarikan diri? Sehingga bila? 5 tahun! 10 tahun! Kita tak buat apa-apa kesalahan pun tetapi kenapa mesti kita yang harus melarikan diri! Kenapa?” soal Alina. Dia juga sudah rimas dengan semua ini. Nak pergi ke mana-mana pun, ada limit!
            Alisa tercengang dengan pertanyaan Alina.
            “Dengan melarikan diri macam ni, perkara ini tetap juga tak selesai. Lebih cepat perkara ini selesai, ia akan menyenangkan kedua-dua belah pihak.” Kata Alina.
            “Acu ingat perkara ini akan selesai dalam sekelip mata saja ke?”
            “Tak! Acu tahu semua ini mengambil masa yang lama tetapi kita mesti berani menghadapinya. Walaubagaimana besar risikonya, kita tetap juga perlu tempuhinya. Along dan ibu juga turut sama berfikir seperti itu. Dah tiba masanya kita keluar dari sini! Semua ini!” tegas Alina.
            “Acu rasa Dato’ Kadir akan menceraikan ibu begitu saja ke?” Alisa merenung adiknya. Dia masih tidak berpuas hati.
            “Tak! Sama ada Dato’ Kadir akan menceraikan ibu atau tidak. Itu semua terletak di tangan abah. Dia yang berhak melafazkan cerai. Acu, tak kisah semua ni! Yang penting bagi Acu sekarang ini ialah perkara ini semua mesti berakhir. Finish! The end!”
            Alisa melepaskan keluhan dengan kuat. “Honestly, Acu! Angah juga bosan dengan semua ini.”
            Alina tersenyum. Dia memegang lembut tangan Alisa. “ Acu tahu!”
            “Angah harap perkara ini dapat diselesaikan.” Alisa hanya mampu tersenyum kelat.

                        ***********************************************

            Kadir yang sedang membaca majalah terkejut melihat Iskandar masuk ke rumahnya bersama sebuah beg di tangannya. Kadir menutup majalah itu dan bangun. “Apa halnya, Is?” Dahi Kadir berkerut. Budak Is ni lari dari rumah ke? Besar betul begnya
            “Uncle, untuk sementara waktu ni boleh tak kalau Is tinggal di rumah uncle? Ada hal kat rumah.” Kata Iskandar meminta kebenaran Uncle Kadir.
            “Sofea ganggu Is lagi ke?”
            “Hmm…” Iskandar hanya menggangukkan kepalanya.Dia sudah malas melayan kerenah Sofea yang setiap hari datang ke rumah dan pejabat.
            “Perangai Sofea tu seperti ibunya! Degil! Keras kepala. Jika kata itu, itulah! Jangan harap nak berubah.”
            Pak Man berjalan mengatur langkah mendekati tuannya. Pak Man adalah suami Mak Munah. Dia sudah lama berkhidmat dengan keluarga Tuan Kadir. “Tuan, ada orang nak jumpa Tuan!”
            “Siapa, Man?” soal Kadir hairan.
            “Munirah!” Tiba-tiba ada suara mencelah. Munirah melihat kea rah Kadir yang terkejut dengan kehadirannya secara tiba-tiba.
            “Munirah!” Sedikit demi sedikit senyuman terukir di bibirnya. Hatinya gembira melihat wanita yang berdiri jauh darinya. Sekian lama dia merindui wanita ini dan akhirnya wanita ini muncul juga. Pandangannya dialihkan pada wanita yang berdiri di sisi Munirah. Siapa? Aleya? Alisa? Alina? Aku masih lagi tidak dapat membezakan mereka bertiga. Wanita itu masih merenung.
            Mata Iskandar masih merenung wanita yang bertudung litup berwarna biru muda itu. Siapa? Mungkinkah Aleya, Alisa atau Alina? Dia melihat wanita itu menjeling ke arahnya dan pandangan dialihkan ke arah lain apabila sedar dirinya diperhatikan. Senyuman perlahan-lahan terukir di bibirnya. Sah, ini Aleya! Jika Alina, dia pasti akan senyum pada aku. Jika Alisa, dia pasti akan panggil aku Alien! Jika Aleya, dia suka menjeling malah dia jarang bercakap.
            “Along! Iskandar! Boleh tak tinggalkan kami bersendirian?”pinta Munirah.
            Aleya hanya menggangukkan kepalanya dan berlalu keluar dari situ.
            “Baiklah, auntie!” Iskandar tersenyum. Langkahnya diatur kemas mengekori Aleya.

                                                ******************************

            Aleya melihat sekelilingnya. Dia terpegun dengan landskap taman bali di situ. Susunan pokok renek dan pokok bunga di taman itu menarik perhatian Aleya. Dia terpegun dengan keindahan taman itu.Nice! Senyuman terukir di bibirnya.  
            “Kenapa awak tak nak dengar perbualan mereka berdua?” soal Iskandar.
            Sebaik saja mendengar suara Iskandar, senyuman Aleya terus hilang. Dia berpaling. “ Itu masalah mereka berdua!”
            “Mustahil awak tak ingin tahu !”
            “Kalau Tengku nak tahu, silakan! Tengku boleh curi dengar perbualan mereka! Saya tak kisah. ” Aleya terus duduk di bangku kayu jati di taman itu.  Kau ingat aku ni macam kau ke? Suka curi dengar perbualan orang lain. Penyibuk!
            “Awak ni! Tetap jugak tak berubah. Saya ingatkan selepas penampilan awak yang terbaru ni, setiap kata-kata awak kurang bisanya. Hmm…nampaknya saya silap.” Iskandar tersengih. Cantik juga bila Aleya bertudung. Sejuk saja mata memandang.
            “Tengku tersinggung ke dengan kata-kata saya sebentar tadi. Saya rasa setiap perkataan yang keluar dari mulut saya adalah tulus dan ikhlas. Saya tak ada niat untuk menyinggung mana-mana pihak.”
            Iskandar menggelengkan kepalanya beberapa kali. Dia melihat wajah Aleya. Tiba-tiba dia mendapat idea, senyuman di bibirnya semakin lebar.
            “Assalamualaikum!”
            Serentak mereka berdua menoleh kea rah wanita yang sedang menghampiri mereka. “Akhirnya, Mak Munah dapat juga berjumpa dengan Lina!”
            Aleya terus bangun. Dia merenung wanita itu. Siapa wanita ini? Dia panggil aku Lina. Pasti dia ingat aku Lina! Aleya terus menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan wanita itu.
            “Mak Munah! Ini bukan Alina tetapi Aleya!” beritahu Iskandar.
            Mak Munah merenung wanita yang berada di hadapannya. DIa memandang dari atas ke bawah. Dahinya berkerut. Mata aku yang bermasalah ke atau mana Is yang ada masalah. Macam la aku dah lupa wajah Lina! “Is nak kenakan Mak Munah ke?”
            “Hish…Mak Munah ni! Is bercakap benar! Ini Aleya, kakak kembar Dr. Alina.”
            “Ya, Mak Munah! Saya Aleya, kakak Alina.” Aleya tersenyum.
            “Apa!” Mak Munah terkejut. Dia tidak percaya. Matanya terkebil-lebil melihat Aleya. “Jadi yang letak cili padi dalam minuman Sofea dan Suhaila adalah…….”
            “Itu bukan Leya tetapi Lisa. “ kata Aleya.
            “Lisa!” kata Mak Munah. Siapa pula Lisa?
            “Lisa adalah kembar Aleya dan Alina. Sebenarnya, mereka bertiga adalak kembar tiga seiras.”
            “Kembar tiga!” Bulat mata Mak Munah apabila mendengarnya. Patutlah hari itu semasa berpindah di rumah banglo ni, tuan suruh aku kemas 3 bilik di tingkat atas malah bilik itu dihias dengan cantik. Rupa-rupanya bilik itu untuk ketiga-tiga anaknya.
            “Kalau Mak Munah nak tahu, muka Sofea yang lembam hari itu disebabkan ditumbuk oleh Aleya.” Iskandar tersenyum. Mak Munah pernah bertanya pasal hal itu padanya.
            “Leya yang tumbuk!” Mak Munah menggelengkan kepalanya beberapa kali. Jika berdasarkan dari apa yang diceritakan oleh Is, Aleya dan Alisa berbeza dari Alina.
            Aleya melihat ke arah Iskandar. Lelaki ni sengaja  nak malukan aku ke? Apa kata Mak Munah nanti? Aleya mengetap bibirnya. Sabar, Aleya! Sabar. Jika ikutkan hati, mahu saja aku tumbuk muka lelaki ni. Kenapa mesti lelaki ini berada di sini malam ini?

                                    **************************************

            “Kenapa awak ceraikan Kartika?” Itu adalah soalan pertama yang diajukan oleh Munirah selepas Aleya dan Iskandar beredar dari situ.
            “Abang dah agak pasti itu adalah soalan pertama yang akan ditanya oleh Munirah. Sepatutnya sejak dari dulu lagi, abang bercerai dengan Kartika. Tindakan abang pada kali ini adalah tepat.”
            “Awak ingat bab bercerai ni, perkara mainan ke?”
            “Abang bercerai dengan Kartika kerana kami sudah tidak sehaluan. Kami tidak mencintai antara satu sama lain.”
            “Jika begitu, ceraikan Munirah sekarang!” tegas Munirah. Dia sudah malas untuk menunggu lagi.
            “Tidak! Itu takkan berlaku.”
            “Kenapa? Kenapa?” nada suara Munirah bergetar menahan geram. Lelaki itu direnungnya.
            “I love you!”
            “You don’t  love me! I know that a long time ago. All this is nonsense.”
            “Macam  mana Munirah tahu yang abang mencintai Munirah dengan sepenuh hati abang jika Munirah tidak memberi peluang pada abang untuk membuktikannya semua itu.” Tegas Kadir.
            “You don’t  have to proof anything! Please, jangan biarkan perkara ini berlarutan lagi. Kenapa awak mesti rumitkan lagi keadaan? Kenapa? Awak tak puas lagi ke sakitkan hati Munirah lagi?” Munirah merenung
            “Itu bukan niat abang! Apa yang abang inginkan ialah sebuah keluarga. Keluarga di mana adanya Munirah, Aleya, Alisa dan Alina. Abang mahu keluarga kita lengkap dan penuh kasih sayang.”
            “Keluarga! Itu semua sudah terlambat, Dato’ Kadir. Kenapa awak tidak boleh menerima kenyataan? Kenapa? Awak suka ke melihat saya terseksa begini? Ini ke yang awak mahu. ” Air mata Munirah mengalir. Dia tidak dapat menahan emosinya lagi.
            Kadir terkejut melihat air mata yang mengalir keluar dari mata Munirah. Dia menghampiri Munirah dan terus memegang tangan wanita itu. Hatinya sakit melihat Munirah menangis.
            “Don’t touch me!” Munirah menepis tangan Kadir dari memegang tanganya. Langkahnya diundur beberapa langkah.
            “Munirah! Abang tak bermaksud untuk menyakiti hati Munirah. Munirah salah faham dengan abang. Apa yang abang lakukan ini adalah untuk mempertahankan keluarga kita. Abang tak mahu keluarga kita berpecah-belah. Abang mahu kita bersatu menjadi sebuah keluarga.” Pujuk Kadir dengan lembut. Dia masih menyimpan harapan agar satu hari nanti hati Munirah akan menjadi lembut dan menerima dirinya.
            “Keluarga!” nada suara Munirah seumpama menyindir.
            “Munirah boleh minta apa saja dari abang kecuali penceraian.”
            “Jika awak fikira Munirah akan kembali ke sisi awak sebagai isteri awak, awak silap! Itu tak akan berlaku. Munirah takkan kembali ke sisi awak lagi. Faham tak? Awak fikir Munirah sudah melupakan apa yang telah awak lakukan pada Munirah selama ini. Munirah takkan lupa. Semua itu masih berada di sini lagi.” Munirah menunjukkan kea rah kepalanya. Mustahil aku akan kembali pada penjara yang pernah aku diami dahulu.
            “Percayalah, Munirah! Abang berjanji abang takkan sakiti hati Munirah lagi.” Rayu Kadir. Dia sedar untuk membuktikan semua itu, Munirah perlu memberi peluang padanya.
            “But you already did it! Awak dah sakiti hati Munirah berulang-kali.” Munirah meninggikan suaranya.
            Kadir tergamam. Inilah pertama kali dia melihat Munirah marah seperti ini. Aku tak sangka perbuatan aku selama ni memberi luka yang mendalam pada Munirah.
            Munirah memejamkan matanya beberapa saat. Apa kena dengan aku ni? Munirah menarik nafas. Aku perlu tenang. “I’m so sorry! Munirah datang ke sini untuk berunding dengan awak secara baik dan rasional. Hal kita perlu diselesaikan dengan segera.”nada suara Munirah kembali seperti biasa. Dia mengesat air matanya.
            “Mustahil untuk abang ceraikan Munirah. Itu takkan terjadi.” Tegas Kadir. Dia sudah nekad.
            “Mustahil juga untuk Munirah kembali di sisi awak. Mustahil. Nampaknya Munirah gagal untuk menyakinkan awak. Hmm….kita akan berbincang lagi tentang hal ini.”
            “Abang akan lakukan apa sahaja agar Munirah kembali ke sisi abang.” Kadir merenung wanita yang sedang berdiri di hadapannya.
            “Dan Munirah juga akan menggunakan apa juga cara agar kita takkan kembali bersama.” Munirah mula melangkah meninggalkan Kadir. Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ni!
            “Abang harap Munirah jangan salahkan abang jika abang bertindak dengan lebih agresif dari ini.”
            Langkah Munirah terhenti. Agresif! Dia berpaling ke belakang. Dahinya berkerut. Dia melihat wajah Kadir seketika. Apa maksudnya? “Ikut suka hati awaklah.” Balas Munirah berlalu pergi meninggalkan Kadir yang terpinga-pinga dengan kata Munirah.
            Majalah yang berada di tangannya dibaling. Kadir menggenggam erat tangannya. Aku takkan mengaku kalah. Aku akan dapatkan kembali apa yang sepatutnya menjadi milik aku.

                                                *************************

            Iskandar menghampiri Aleya sebaik sahaja Mak Munah berlalu pergi meninggalkan mereka. “Saya rasa awak ada terlupa sesuatu!”
            “Lupa!” dahi Aleya berkerut. Perkara apa yang aku terlupa ni?
            “Awak dah lupa ke awak sudah terhutang budi pada saya.” Beritahu Iskandar sambil tersenyum. Di sebalik senyuman itu tersembunyi sesuatu.
            “Saya tahu! Hutang budi dibawa sampai mati kan! Saya sudah ucapkan terima kasih pada Tengku hari itu. Tak cukup lagi ke?”
            Iskandar ketawa kecil. “Nilai perkataan terima kasih itu tidak sama seperti nilai nyawa awak, Aleya!”
            “So what do you want from me?” soal Aleya. Mesti dia nak sesuatu dari aku! Nak tolong orang tak pernah ikhlas. Apa jenis manusia?
            “Simple! Honestly, pada pertama kali saya jumpa awak, naluri saya mengatakan awak ni special. Ada sesuatu pada diri awak yang buat saya tertarik pada awak. Awak tahu kan saya ni jenis yang berterus terang!”
            “Dan juga seorang yang tak ikhlas menolong orang.” Aleya mencelah.
            Iskandar memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam poket seluarnya. “I like you!”
            “And….” Aleya masih menanti apa yang cuba dinyatakan oleh lelaki itu.
            “Saya nak berkahwin dengan awak.” Jelas Iskandar. Matanya tepat melihat kea rah Aleya. Tiada reaksi apa-apa dari Aleya. Dia kelihatan tenang saja. Dia tak dengar ke aku cakap tadi?
            “Why?” hanya perkataan itu yang terkeluar dari bibir Aleya. Apa muslihat lelaki ni, hah? Kau ingat aku ni percaya cakap kau bulat-bulat ke?
            “Kan saya sudah beritahu awak tadi! I like you!”
            Aleya terus bangun. “Tengku nak kahwin dengan saya kerana Tengku sukakan saya! Ini perkara yang luar biasa. Lelaki playboy seperti Tengku ni nak berkahwin. Mustahil.”
            “Awak ingat saya buat lawak ke?” Iskandar merenung Aleya. Dia geram apabila Aleya memperlekehkan dirinya.
            “Tengku sukakan saya! No way.” Aleya tersenyum sinis. “Sukar untuk saya percaya. Hmmm…..Dalam banyak-banyak wanita yang pernah menjadi girlfriend Tengku selama ini, kenapa tengku tak pilih saja mereka. Itu pilihan yang terbaik sebab mereka tahu segala-galanya tentang Tengku. Mereka lebih memahami Tengku dari saya.”
            “Jadi awak tolak lamaran saya ke, Aleya?” Wajah Iskandar berubah merah.
            “Lamaran! Begini ke cara Tengku melamar seorang wanita untuk menjadi pasangan hidup Tengku? Tak romantic langsung.”
            “Apa yang tak kena dengan saya ni, Aleya?Saya ada segala-galanya. Jika awak bertanya pada semua wanita di Malaysia, saya adalah lelaki idaman mereka. Lelaki idaman yang mereka ingin kahwini.”
            “Itu mereka! Saya tak tergolong dalam kelompak wanita yang Tengku cakapkan tadi. Saya ada pendirian sendiri. Tengku dan saya berbeza. Sangat berbeza. Hmmm…saya dapat merasakan ada agenda di sebalik semua ni! Betul kan Tengku?”
            Iskandar terkejut. Apa maksud Aleya? Dia tahu ke aku nak mengahwininya disebabkan oleh Sofea.
            “Tengku ingin mengahwini saya disebabkan oleh Sofea kan! Tengku nak melarikan diri Sofea kan! Tengku hanya ingin menpergunakan saya! Tengku tak ikhlas untuk mengahwini saya! Tengku lakukan semua ini semata-mata hanya kerana kepentingan diri Tengku. Perkahwinan adalah bukan suatu permainan, Tengku! Maaf, nampaknya saya tak dapat memenuhi hasrat Tengku! Tengku cari sajalah orang lain. Jika Tengku nak cakap saya seorang yang tak tahu mengenang budi, itu terserah pada Tengku. Yang penting saya sudah ucapkan terima kasih dengan tulus dan ikhlas pada Tengku. Itu saja.” Aleya tersenyum. Dia sudah menduga semua itu.
            Iskandar tercengang. Matanya tidak berkelip melihat wanita yang bertudung itu. Macam mana dia tahu, hah? Dia boleh baca rentak fikiran aku ke? Ahli nujum ke? Seram aku dibuatnya
            ‘Along! Jom balik!” kata Munirah sebaik sahaja menghampiri Aleya. Dia menoleh ke arah Iskandar. “Is, auntie balik dulu ye!”
            “Ya, auntie!: Iskandar tersenyum.
            Aleya terus mengekori ibunya tanpa banyak soal.
            Iskandar mengeluh. “Rosak plan aku! Macam mana dia tahu, hah! Fuh, kusut otak aku ni!” Iskandar menggaru kepalanya beberapa kali.
           

3 comments:

rosse - violet said...

wahh....bagus aleya.......
suke sgt ngan penyataan dier tu....
pasni buat Is jelous bile dier tgk aleya kuar ngan org lain...biaq dier tau ape perasaan dier yg sebenarnyer

aqilah said...

apalah Is........suddenly aje...............warm-up dulu......dgn candle dinner ke,......flower ke....ni terus propose aje....ada ka..........
apapun akak followwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww

raja nurul ain raja jamam said...

SAYA DAN SEGENAP...
RAKYAT
........................................................ .............
Presiden
.........Wakil Presiden
Menteri Agama
Menteri Badan Usaha Milik Negara
Menteri Pertahanan
Menteri Dalam Negeri
Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia
Menteri Kebudayaan dan kesenian
Menteri Kehutanan
Menteri sumber manusia
Menteri Kelautan dan Perikanan
Menteri Kesihatan
Menteri Kewangan
Menteri Komunikasi
Menteri Koperasi
Menteri Luar Negeri
Menteri Tenaga kerja
Menteri Pembangunan Daerah Desa
Menteri kebudayaan dan kesenian
Menteri Belia Dan Sukan
Menteri Pendidikan
Menteri Perdagangan
Menteri Ekonomi
Kepala Badan Perencanaan Pembangunan Nasional
Menteri Perhubungan
Menteri Perindustrian
Menteri Pertahanan
Menteri Pertanian
Menteri Perumahan Rakyat
Menteri Teknologi
Menteri sastera Negara
Menteri Sosial
Menteri Tenaga
pengetua
guru besar
cikgu kanan
cikgu hem
cikgu seni
cikgu sejarah
cikgu math
cikgu pjk
pembantu kerani
cleaner
mat dispet
mat pet
mat lima suku
mat rempit
mat belia
pemilik facebook
pekerja facebook
chef
tukang basuh pinggan
pelayan
Dokter
nurse
pesakit
pelawat pesakit
kerani hospital
Manager Hotel
Manager Restoran
Manager Sea food
Manager Supermarket
pekerja hotel
pekerja angkat barang hotel
ppembawak lori
encik abu
encik hassan
encik anuar
cik siti
cik joyah
cik minah
abg manan
abg mior
abg sepul
tok mudim
tok ketua
pak imam
bilal
ketua daerah
penjawat awam
penjawat swasta
kaki lepak
budak skola
budak skola perempuan
pekerja mydin pkerja the store
budak emall
budak skim cepat kaya
budak siber
kaki anta virus
kaki cilok cips poker org
orang gila
Pengemis
dan Seluruh Kampung
............
............
............
MENYUKAI ENTRY BLOG ANDA!!!!
´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶
´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´´¶¶¶¶¶´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´´¶¶´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´¶¶´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶
´´´´´´¶´´´¶´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶´´´´´´´´´´´´¶´¶¶´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´¶¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´¶´´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´¶¶
´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...