Sunday, May 15, 2011

Satu Dua Tiga 39

BAB 39

            Tengku Ismail meletakkan suratkhabar di hadapan anaknya dengan kasar. “Cuba beritahu abah, apa semua ini?” Tengku Ismail memerlukan penjelasan dari anaknya. Dia terkejut membaca artikel mengenai pertunangan anaknya itu.
            “Setahu Umi, hubungan Is dan Aleya macam anjing dan kucing. Belum sesaat saja, dah mula bertekak. Macam ni nak bertunang! Umi tak percaya la, apa yang Is cuba nak lakukan ni?” Maria merenung Iskandar yang masih mendiamkan diri.
            ‘Tell us the truth! Is nak cuba jatuhkan nama baik abah ke?” Tengku Ismail meninggikan suaranya. Darahnya masih meledak menahan marah.
            “Is tak bermaksud macam tu, abah! Honestly, I like her.”
            “Aleya ke?” Dahi Maria berkerut.
            “Ya!” Iskandar mengaku tanpa berselindung lagi.
            “Is, jangan nak main-main dalam hal ini. Ini bukan perkara kecil.” Kata Maria lagi.Dia tidak percaya dengan pengakuan Iskandar.
            “Is serius, Umi! She’s mine! Only mine.”
            “Bagaimana pula dengan Aleya? Dia setuju ke dengan pertunangan ni?” soal Tengku Ismail.
            “Tak!”
            “Tidak!” Maria meninggikan suaranya “Jika Aleya tak setuju, kenapa Is buat statement macam tu! Mana la Umi nak letak muka Umi nie! Bagaimana Umi nak berhadapan dengan Kak Munirah nanti. Suka hati dia buat keputusan sendiri. Tak pernah nak berbincang dengan kita dahulu.” Maria mula membebel.
            “Is dah pun melamar Aleya tetapi dia jual mahal. So Is tak nampak jalan lain lagi selain ini.”
            “Melamar! Bila Is melamar Aleya?” Maria terkejut. Aduh…boleh naik darah tinggi aku macam ni.
            Tengku Ismali menggaru kepalanya yang tidak gatal. Anak tunggalnya ini suka bertindak sesuka hati. “Tindakan Is ni boleh menyebabkan Uncle Kadir marah dengan statement Is.”
            “Abah, Is dah pun minta kebenaraan Uncle Kadir. Uncle Ok je!”
            “OK?” Bulat mata Maria mendengarnya. Apa yang sedang berlaku ni?
            “Uncle Kadir kata dah tiba masanya dia mengotai janjinya pada abah.” Beritahu Iskandar. Dia merenung ayahnya yang terkejut.
            “Janji apa? Janji apa, abang?” soal Maria ingin tahu.
            Tengku Ismail kaku. Janji! Adakah Kadir masih berpegang pada janji itu lagi? Janji yang dibuat sewaktu mereka belajar bersama-sama di London pada 30 tahun yang lalu.
            “Walauapa yang terjadi, Aleya mesti menjadi isteri Is. She’s the one for me.” Iskandar sudah bertekad. Walau Aleya suka atau tidak, Aleya tetap akan mengahwini aku. Setiap saat. Setiap detik. Aku sering memikirkan tentang Aleya. Adakah playboy seperti aku ni sudah jatuh cinta. Iskandar tersenyum sendirian.
            Dahi Maria berkerut melihat Iskandar yang tersenyum sendirian. Apa kena dengan budak ni? Serabut otak aku macam ni! Lirikan matanya dialihkan pada suaminya yang masih mengelamun. Janji apa?

                                    ***************************

            Alisa melihat rumah banglo yang tersergam indah malah terletak di tengah keluasan tanah 15000 kaki persegi. Alisa terpegun dengan keindahan rumah banglo mewah itu. Kalau tak silap aku, rumah banglo ni berkonsepkan gaya rumah Florida.
“Ibu, rumah siapa ni?” soal Alisa hairan. Siapa pemilik rumah ni.
            “Ibu, kenapa kita mesti datang ke rumah ni?” soal Aleya sebaik sahaja mendekati ibunya. Di wajah Aleya terpancar wajah kerisauan. Dia pernah datang ke rumah ini semalam.
            “Along tahu ke ini rumah siapa?” soal Alina.
            Berat mulut Aleya untuk menjawab pertanyaan Alina. Apa alasannya ibu datang kembali ke sini?
            “Rumah siapa Along?” giliran Alisa pula bertanya. Dia hairan apabila Aleya hanya mendiamkan diri.
            “Welcome home!” Kadir tersenyum melihat kedatangan tetamu yang dinantikannya selama ini. Senyuman terukir di bibirnya.
            “Impossible! Are you kidding me?’ Alisa melirik matanya pada Aleya. Dia tidak percaya dengan apa yang berlaku sekarang ni.
            “Abah!” Mata Alina terkebil-kebil melihat Kadir menghampiri mereka.
            “Ibu! What’s going on here?” soal Aleya.Dia ingin tahu apa yang berlaku. Adakah ini bermaksud mereka akan tinggal di sini.
            “Ibu sudah buat keputusan. Mulai hari ini kita akan tinggal di sini.”
            “What!” kata mereka bertiga serentak.
            “Ibu sudah mengambil keputusan untuk berbaik semula dengan ayah kamu bertiga. Ibu nak kita hidup seperti keluarga. Bahagia seperti keluarga lain.” Munirah tersenyum. Dia berjalan mendekati Kadir.
            “Ibu, apa semua ni ibu? Ibu ingat kami akan percaya bulat-bulat cakap ibu. Pagi tadi, ibu cakap ibu tetap akan bercerai dengan lelaki ini. Tiba-tiba sekarang ni pula ibu cakap nak berbaik semula dengan lelaki ni. Tak masuk akal langsung. Kami tak percaya semua itu.”
            ‘Ibu cuba berterus terang pada kami! Kenapa ibu lakukan semua ni?” kata Aleya dengan lembut. Pasti ada sebab kukuh kenapa ibu lakukan semua ini.
            “Adakah ibu lakukan semua ini disebabkan kami? Disebabkan oleh ugutan Datin Kartika, ibu buat semua ni? Tentang ugutan Datin Kartika tu, ibu jangan risau. Negara kita ada undang-udang, dia tak berani bertindak lebih dari itu. Percayalah ibu.” Alisa cuba memujuk ibunya. Dia tak mahu ibu mengorbankan dirinya.
            “Ibu, Acu gembira jika keluarga kita bersatu semula tetapi jika ibu lakukan semua ini semata-mata ingin melindungi kami bertiga. Acu harap ibu lupakan sahaja. Acu tak rela ibu lakukan semua ini tanpa kerelaan ibu. Acu tak sanggup melihat ibu terseksa.” Pujuk Alina.
            Kadir menoleh ke arah Munirah yang berdiri di sebelahnya. Dia tahu sukar untuk menyakinkan mereka bertiga.
            “Kenapa begitu sukar anak-anak ibu nak percaya semua ini? Dah jelas, ibu masih sayangkan suami ibu. Ibu mahu kita mulakan lebaran baru.” Munirah berusaha menyakin anak-anaknya. Dia tahu bukan mudah untuk mereka bertiga mempercayai setiap kata-katanya itu namun dia harus lakukannya juga.
            “Ibu masih cintakan abah ke?” soal Alina secara tiba-tiba.
            Lidah Munirah menjadi kelu mendengar pertanyaan Alina. Tekaknya seolah-olah terlekat sesuatu. Dia tidak pernah menjangka soalan seperti ini yang akan diajukan padanya. Dia sedar anak-anaknya itu sedang menanti jawapannya lantas Munirah memegang tangan Kadir. “Ya” jawab Munirah.
            Kadir tersenyum. Dia menggengam erat tangan Munirah. Aku takkan sia-siakan peluang ini.
            ‘Baiklah kalau macam tu jika ibu nak kami semua yakin dengan semua ini, Angah nak ibu cium lelaki itu untuk membuktikan kata-kata ibu sebentar tadi. Setakat pegang tangan ni kami tak percaya.” Kata Alisa. Dia masih tidak percaya. Nalurinya tetap mengadakan ada sesuatu yang menyebabkan ibunya bertindak seperti ini.
            “Angah!” jerit Aleya dan Alina serentak. Mereka terkejut dengan permintaan Alisa yang tak masuk di akal.
            “What! Angah tahu Along dan Acu tak percaya dengan cakap ibu tadi kan! Inilah masanya untuk membuktikan kata-kata ibu.” Je;as Alisa. Pasti ibu takkan cium lelaki tu sebab ibu membenci lelaki ini.
            Bulat mata Munirah dengan permintaan Alisa. Budak ni! Munirah mengetap bibirnya menahan geram. Munirah serba-salah. Nak cium, biar betul. Sepanjang aku berkahwin dengan Kadir, pegang tangan pun tak pernah inikan pula nak cium.Perlahan-lahan Munirah menoleh ke arah Kadir. Kadir hanya tersenyum. Eee…boleh pulak dia tersenyum. Macam mana ni? Munirah mula gelabah. Kalau aku tak buat, pasti mereka syak sesuatu. Baiklah. Munirah terus mencium pipi Kadir. “Dah puas hati! Jom cepat, masuk.” Kata Munirah terus bergegas meninggalkan mereka. Dia menundukkan kepalanya. Malunya! Mana aku nak letak muka aku ni. Aku perlu cepat pergi dari sini.
            Senyuman Kadir semakin lebar. Dia tak sangka Munirah akan mencium pipinya. Pandangannya dialihkan kepada anak-anaknya yang masih kaku dengan apa yang berlaku. Mereka bertiga saling berpandangan. Dia tahu dia telah mengambil kesempatan ke atas Munirah namun apa yang dia lakukan sekarang ni adalah demi keluarganya sendiri.
            “Along, betul ke dengan apa yang kita nampak tadi?” Mulut Alisa masih lagi melopong. Dia tak sangka ibu benar-benar melakukannya. Tujuannya hanya untuk menguji.
            “Ya! Lain kali, jangan suruh ibu buat perkara yang bukan-bukan! Eeee…” kata Aleya. Dia membuat mimic muka pada Alisa. Angah ni kalau cakap, ikut suka hati dia saja.
            “Angah pun satu, tak ada benda lain nak suruh ibu buat! Eee….Acu tak tahu apa lagi nak cakap dengan Angah ni!” Alina menunding jari kepada Alisa.
            Alisa mengeluh dengan kuat. Sekarang ni, aku pula yang dipersalahkan. Alisa merenung lelaki yang sedang memerhati mereka bertiga. Aku akan siasat hal ini. Alisa sudah bertekad.

                                    *******************************

            Alisa menepuk meja jati yang berada di balkoni rumah banglo mewah milik Dato’ Kadir dengan kuat. “Angah tak percaya dengan semua ni! Dalam sekelip mata saja, ibu ingin berbaik semula dengan lelaki tu. Tak logic! Pasti ada sesuatu yang berlaku.”
            “Kami pun tak percaya, Angah! Tetapi apa kita boleh buat lagi, ibu dah buat keputusan.” Alina bersuara.
            “Ya, memang betul. Seperti ada saja sesuatu yang tak kena tentang ibu. Mustahil ibu akan berbaik semula dengan lelaki itu. Naluri Angah kuat mengatakan ini semua berkaitan dengan ugutan Datin Kartika petang tadi. Tiba-tiba saja ibu masuk bilik kemudian ibu suruh angah packing barang. Pelik! Angah akan cari buktinya? Angah nak tahu sebabnya.” Alisa sudah bertekad. Aku perlu tahu kebenarannya.
            “Dengan cara apa? Angah nak suruh ibu cium lelaki itu lagi ke?’ Akhirnya Aleya bersuara. Dia masih tidak melupakan insiden petang tadi.
            “Ya! Kali ni Angah nak suruh ibu buat apa lagi?” Alina tersengih.
            Alisa membuat mimic muka. “Sorry, ok! Angah hanya nak testing ibu saja, tak sangka ibu buat pulak. Hampir nak luruh jantung Angah dibuatnya.” Alisa mengakui kejadian petang tadi benar-benar di luar dugaannya.
            “So Along, apa kita nak buat sekarang ni! Sebenarnya, Acu gembira sekiranya keluarga kita bersatu tetapi jika ibu melakukannya hanya kerana kita. I don’t like it.”
            “Along pun sama. Buat masa sekarang ni, kita tunggu dan lihat saja. Jika ada sesuatu yang mencurigakan berlaku, baru kita campur tangan. Along tak mahu ada masalah. Walaupun Along tak suka lelaki itu tetapi disebabkan oleh ibu, Along lakukannya demi ibu. Along hormat keputusan ibu” Ujar Aleya. Pandangannya dialihkan pada Alisa yang duduk disebelahnya. “Angah! Don’t do anything stupid, ok!” Aleya memberi amaran. Dia kenal dengan sikap Alisa.
            “Why me?” Dahinya berkerut.
            “Di antara kita bertiga, siapa yang sering menimbulkan masalah jika bukan Angah!” perli Alina. Dia ketawa kecil.
            “Ya! Angah duduk diam saja. Hmm…apa kesnya tentang pertunangan Along dan Alien tu?”
            “Jangan sebut lagi nama lelaki tu lagi! Sakit hati saja! Oh ya, next week birthday ibu! Hmm..kita nak buat apa ye?” Wajah Aleya yang masam tadi bertukar. Senyuman terukir di bibirnya. Dia teringat tentang hari jadi ibu mereka.
            Dari jauh, mereka bertiga tidak sedar ada sepasang telinga yang mendengar setiap perbualan mereka bertiga.
            “Tuan, kenapa tuan berdiri di sini? Kenapa tuan tak pergi berborak bersama mereka?” tegur Mak Munah. Dia terkejut melihat majikannya menyorak di sebalik dinding di balkoni.
            “Saya rasa belum masanya lagi.” Jawab Kadir dengan wajah yang kelat.
            “Kak Munah yakin satu hari nanti mereka akan menerima tuan cuma masa saja yang akan menentukan segala-galanya.” Kata Mak Munah. Dia cuba meringankan beban yang bersarang di hati Dato’ Kadir.
            “Saya akui saya seorang suami dan bapa yang tidak baik. Saya gagal dalam melaksanakan tugas saya sehingga sekarang saya masih tidak dapat membezakan mereka bertiga.” Kadir kecewa dengan dirinya sendiri.
            “Tuan adalah ayah kandung mereka. Mereka bertiga benar mirip. Kak Munah pun tak dapat kenal yang mana satu Aleya, Alisa atau Alina. Jika tuan mengenali mereka dengan lebih mendalam lagi, Insya Allah, tuan akan mengenali mereka.”
            Kadir tersenyum. Dia menoleh apabila mendengar gelak tawa anak-anaknya. Entah apa yang dibincangkan oleh mereka bertiga. Minggu depan hari jadi Munirah! Aku akan sediakan sesuatu yang akan mengejutkan Munirah.
            “Mulai sekarang, rumah ni pasti meriah.” Kata Kak Munah. Hidup majikannya pasti tidak akan sunyi sepi lagi.

                                    *******************************

            Munirah menoleh sebaik saja pintu bilik dibuka. Dia baru saja selesai menunaikan solat Isyak.dia melipat kain telekung dan sejadah yang digunakannya. Kehadiran Kadir tidak diendahkannya. Dia masih marah atas apa yang berlaku. Dia tak sangka pertolongan yang dipintanya pada Kadir harus dibalas dengan sesuatu.
            “Munirah masih marah pada abang ke?”
            “Kalau dah tahu, kenapa bertanya lagi!” jawab Munirah endah tak endah. Selepas kedatangan Kartika di rumahnya, dia terus menelefon Kadir. Dia ingin meminta pertolongan Kadir, dia risau akan keselamatan anak-anaknya. Dia ingat Kadir akan menolongnya tanpa syarat namun disebaliknya yang berlaku. Sebagai balasan, dia perlu kembali semula ke pangkuan Kadir. Dia tak sangka kadir sanggup mengambil kesempatan atas apa yang berlaku.
            “Abang tahu sekarang ni Munirah masih marahkan abang. Abang tak ada jalan lagi. Ini saja cara yang abang nampak untuk keluarga kita bersatu semula.”
            “Dengan cara mengambil kesempatan orang lain! Awak memang seorang yang pentingkan diri sendiri. Sikap awak ni tak akan berubah sehingga bila-bila.”
            Kadir mengeluh. Dia sedar tindakannya ini akan membuat Munirah lebih membenci pada dirinya. “Satu hari nanti, Munirah akan sedar keikhlasan abang pada Munirah dan anak-anak. Abang tunggu.”
            “Munirah malas nak bercakap dengan awak. Suka hati awaklah. Yang pasti, Munirah tak pernah terfikir akan menjadi isteri awak kembali.” Munirah terus meletakkan bantal pada sofa putih di dalam bilik itu. Dia tak mahu bergaduh dengan Kadir. Dia takut pertengkaran mereka di dengar oleh anak-anaknya.
            “Kenapa Munirah tidur di situ?” Kadir terkejut bila melihat Munirah tidur di sofa.
            “Selama ini, sofa ni tempat tidur Munirah. Hmm..Munirah dah mengantuk.”
            Kadir terkejut dengan jawapan Munirah. Dia akui sepanjang 2 tahun Munirah hidup bersamanya, dia tak pernah benarkan Munirah tidur sekatil dengannya. Munirah akan tidur di sofa atau di atas lantai. Hatinya sebak apabila memikirkan bagaimana dia pernah melayan wanita ini. Aku memang kejam.
            “Aaaa…awak dah makan ubat ke belum.” Tiba-tiba Munirah bertanya.
            “Dah. Abang tak sangka Munirah ambil berat tentang kesihatan abang.” Senyuman lebih terukir di bibirnya. Hatinya berbunya riang apabila mendengar pertanyaan Munirah. Ini bermakna Munirah masih menyimpan perasaan terhadap aku.
            Munirah mencebik bibirnya. Ni yang aku malas nak nak tanya. Dia dah perasaan lebih pulak. “Hmm…nanti jangan tutup lampu, Munirah tak suka gelap.” Munirah terus menarik selimut menyelubungi kepalanya. Lebih baik aku tidur! Munirah terus memejamkan matanya. Dia tahu Kadir masih memerhati dirinya. Aku tak tahu sehingga bila aku perlu lalui semua ini lagi.
            Kadir hanya memerhati gelagat Munirah. Dia membetulkan selimut yang menutupi tubuh Munirah. “Good night, sayang!” Kadir mula melangkah menuju ke katil. Sekilas pandang dia menoleh ke arah sofa yang menjadi tempat tidur isterinya. Kenapa tiba-tiba saja Munirah tak boleh tidur dalam keadaan yang gelap? Seingat aku dulu, dia boleh saja tidur. Dahi kadir berkerut. Nampaknya masih banyak perkara aku tak tahu tentang Munirah.

                                    *****************************

            Kartika menutup pintu kereta BMW 5 Series berwarna hitam miliknya. Telefon bimbit Nokia berbunyi, segera Kartika menyelongkar beg tangan bonia yang dipegangnya.
            “Hello! Muaz! Ada apa? Apa!” Nada suaranya tiba-tiba meninggi. Dahinya berkerut. “Tak guna! Aku nak kau perhatikan setiap gerak-gerak mereka dan laporkannya pada aku.” Kartika terus menamatkan panggilan itu. Bibirnya terketar-ketar menahan geram. Kau berani mencabar aku dengan menggunakan cara ini! Dia terkejut apabila mendapat tahu Munirah dan anaknya telah berpindah tinggal bersama Kadir. Kau ingat aku akan biarkan kau bahagia, Munirah! Mustahil semua itu akan berlaku. Aku aka pastikan kau tidak dapat merasa bahagia walau sekecil kuman. Cahaya lampu kereta yang memasuki perkarangan rumah menarik perhatiannya.
            Kereta Honda Civic berwarna kelabu dipakir di belakang kereta Kartika. Enjin kereta dimatikan. Suhaila keluar dari perut kereta miliknya. Wajahnya sugul.
            “Baru balik! Ingatkan dah tak ingat rumah?”
            “Mama! Jangan nak cari pasal dengan Su!” Suhaila menjeling pada ibunya.
            “Dari Su merayau tak tentu hala, apa kata Su tolong mama selesaikan masalah mama!”
            “Masalah apa? Tentang auntie Munirah ke? Itu masalah mama! Tiada kaitan dengan Su. Mama ingat mama seorang saja ada masalah. Su pun ada masalah.” Kata Suhaila. Seharian dia mencari Abang nazri namun gagal. Tiada staff di hospital tahu dia bertukar ke mana. Pasti mereka semua berpakat tidak beritahu aku di mana Abang Nazri bertugas sekarang ni. Taka pa! Aku tak mungkin cepat mengalah.
            “Su, jangan nak pentingkan diri sendiri! Mama ni mak Su! Su sepatutnya menolong mama.” Wajahnya Kartika menjadi serius. Ada anak macam tak ada anak saja.
            “Masalah! Sebenarnya masalah mama dah selesai. Mama dah bercerai dengan papa. Jika papa nak berbaik semula dengan perempuan tu, itu hak papa! Mama dah tak ada apa-apa kaitan dengan mereka lagi. Su rasa lebih baik mama habiskan masa mama berhibur dengan anak-anak ikan mama di luar sana.” Perli Suhaila.
            “Suhaila!” Tiba-tiba tangan kanannya diangkat dan terhenti. Kata-kata yang dilemparkan oleh Suhaila sebentar tadi telah mencalarkan maruah dirinya.
            “Mama, nak tampar Su! Tampar la. Su tak takut.” Jerit Suhaila. Dia sudah tak tahan dengan sikap ibunya. Semakin obsess dengan musuhnya. Suhaila terus melangkah meninggalkan ibunya.
            “Su!Berhenti! mama tak abis cakap lagi.” Jerit Kartika apabila melihat Suhaila memasuki rumah tanya dirinya. Kartika menghentak kaki beberapa kali melepaskan geram. Pandangannya dialihkan pada garaj kereta milik Sofea. Kosong! Tiada kereta. Pasti Sofea tak balik lagi. Mereka berdua ni sama sahaja. Jika aku tahu beginilah jadinya, lebih baik aku tak ada anak. Telefon bimbit yang berada di tangannya digenggam erat.

                                                *****************************

            Sekilas Alina menoleh ke belakang, dahinya berkerut melihat 2 orang lelaki yang sedang mengekorinya. Give me a break, aku lunch kt café pun mereka nak ikut. Rimas macam ni! Tiba-tiba Alina terlanggar seseorang, gelas yang berisi fresh orange yang dipegangnya tercampak pada lelaki yang dilanggarnya. Mata Alina bulat melihat baju lelaki itu yang kotor akibat kecuaian dirinya. “Encik, I’m so sorry!”
            “It’s okey!” kata lelaki. Dia segera mengeluarkan sapu tangan dari seluarnya. Dia terus mengelap bajunya yang kotor itu.
            “Cik, tak apa-apa ke?” soal Amir sebaik saja mendekati Alina.
            “I’m fine!” jawab Alina. Keluhannya amat kuat. Aku tak sangka abah upah bodyguard untuk menjaga keselamatan aku. Aku tak minta semua ni.
            “Alina!”
            Alina berpaling. Matanya bertentangan dengan lelaki yang telah dilanggarnya sebentar tadi. “Dr. Nazri!” Dia tak perasaan lelaki itu adalah Dr. Nazri.
            Dr. Nazri tersenyum. Tak sangka dunia ini begitu kecil. “ What’s you doing here?” Dia tak percaya Alina berada di depan matanya.
            “Lina baru lapor diri hari ini.” Jawab Alina.
            “Really! Bermakna, kita adalah rakan sekerja sekarang ni.”
            “Awak dah bertukar hospital ke?”
            “Ya! Nak timba lebih banyak pengalaman dan pengetahuan.”
            “Lina minta maaf! Lina akan ganti baju awak balik! Rasa bersalah pulak!”
            “Sikit saja. Tak payah la. Cuci nanti hilang la. Aaaa…..” Matanya beralih kea rah dua orang lelaki yang berdiri di belakang Alina.
            Alina menoleh ke belakang.Dia sedar akan perubahan wajah Dr. Nazri. “My bodyguard! Ini Adam dan Amir. Ini pula Dr. Nazri! Doktor pena Dato’ Kadir.” Alina memperkenalkan mereka berdua.
            Adam dan Amir menunduk hormat pada Dr. Nazri.
            “Bodyguard!” Dahinya berkerut. Ada sesuatu yang berlaku ke sehingga Alina perlu ditemani dengan pengawal peribadi? Dr. Nazri mula risau.
            “Long story! Lina cerita lain kali saja.”
            “Baiklah! Nampaknya selepas ini boleh la selalu kita berjumpa.” Senyuman Dr. Nazri semakin lebar. Dia menatap wajah Alina. Lagi cantik selepas bertudung! Dia suka dengan imej terbaru Alina.
            Wajah Alina berubah melihat senyuman Dr. Nazri. Selalu! Apa maksudnya? Seperti ada maksud tersirat saja!

                                                *************************

            Munirah melangkah mendekati Aleya dan Alisa yang begitu leka menyiram pokok bunga. Dua keping surat yang berada di tangannya dipegang erat. Dia tak tahu sama ada mereka berdua akan menerimanya. “Rajin anak-anak ibu ni! Seharian duduk rumah tak bosan ke? Kenapa tak keluar?”
            Alisa berpaling. Dia tersenyum. “Malas ibu! Nanti kena follow, rimas! Lebih baik, tinggal di rumah saja”
            Munirah tersenyum kelat. Dia tahu apa maksud Alisa. Setiap orang anaknya mempunyai 2 orang pengawal peribadi yang akan menjaga keselamatan mereka. Perasaam bimbangnya telah berkurang. Dia tak bimbang lagi jika anak-anaknya pergi ke mana-mana.
            “Kenapa Along dan Angah tak minum petang bersama kami? Banyak kuih-muih Mak Munah buat” soal Munirah.
            “Tak berselera, ibu! Ibu sendiri tahu sebabnya kan.”  Jawab Alisa. Dia malas nak duduk semeja dengan lelaki itu. Alisa meletakkan paip air yang dipegangnya.
            “Sehingga bila Along dan Angah nak layan abah macam tu? Air dicincang takkan putus.” Nasihat Munirah. Dia tak suka anaknya membenci ayah kandung mereka sendiri.
            Alisa terus menutup air yang digunakannya. Dia sudah selesai menyiram pokok bunga di taman itu. “Boleh tak jika kita tak bercakap tentang lelaki itu? Angah tak mahu bergaduh dengan ibu.”
            Penyiram bunga yang dipegangnya diletak perlahan-lahan. Aleya malas ingin menjawab pertanyaan ibunya.
            “Kalau ibu tak bercakap tentang hal ini, masalah antara kamu bertiga takkan selesai.”
            “Along! Say something.” Kata Alisa. Dia melihat Aleya hanya diam membisu. Along sepatutnya berkata sesuatu.
            “Along rasa ini bukan tujuan sebenar ibu datang berjumpa kami kan!” Matanya melihat ke arah dua keping sampul surat yang berada di tangan ibunya.
            Munirah mengeluh. Aleya sengaja cuba mengubah topic perbualan mereka. Dia memberi sampul surat itu pada mereka berdua.
            “Apa ni, ibu!” Alisa mengambil dan membukanya dengan segera. Dia ingin tahu isi kandungan sampul surat itu.
            Aleya mengeluarkan isi kandungan yang terdapat di dalam sampul surat itu. Buku akaun dan credit card. “Untuk apa ni, ibu?”
            Bulat mata Alisa melihat nombor yang tertera pada buku akaun itu. “RM 2 juta!”
            “Abah kamu suruh ibu berikan pada kamu bertiga. Duit dan credit card tu, kamu boleh guna bila-bila masa.” Beritahu Munirah. Dia sudah agak apa reaksi Aleya dan Alisa.
            Dengan pantas Aleya memasukkan kembali buku akaun dan kad kredit itu. “Give this back to him. Along tak perlukan semua ni.” Aleya menghulurkan kembali sampul surat tersebut.
            “Angah pun sama! Dia ingat dengan wang ini dapat membeli kemaafan kami, dia silap. Mustahil kami akan menerima dia sebagai ayah kami.” Sampul surat itu digenggam erat. Sakit hati apabila memikirkan tujuan sebenar lelaki itu memberi semua ini.
            “Ambil saja. Along dan Angah nak guna atau tidak, itu terpulang pada kamu berdua.”
            “Ibu! Kami tak percaya ibu buat semua ini seikhlas hati ibu. Lakonan ibu tidak dapat menyakinkan kami. Kami tak buta. Kami tahu apa yang berlaku. Jika ibu lakukan semua ini semata-mata kerana kami, lebih baik ibu batalkan saja hasrat ibu tu. Kami takkan biarkan jiwa dan hati ibu merana kerana kami.” Tegas Alisa. Walaupun baru sehari berada di rumah ini, dia dapat merasakan seperti setahun tinggal di sini.
            “Angah!”
            “Angah takkan berdiam diri, ibu!” Alisa terus membuang sampul surat itu ke tanah. Dia berjalan meninggalkan mereka berdua. Dia tak mahu bergaduh dengan ibu.
            “Angah!” panggil Munirah. Dia terkejut dengan reaksi Alisa. Degil betul budak ni. Panggilan Munirah tidak dihiraukannya.
            “Don’t worry! I will talk to her later.” Aleya hanya menggelengkan kepala beberapa kali. Sikap Alisa kadang kala memeningkan kepala. Bertindak sesuka hati.
            “Jadi Along pun sependapat dengan Angah ke?” soal Munirah. Dia ingin tahu apa yang bermain di fikiran Aleya.
            “Pada pendapat ibu pula, macam mana?” Aleya tersenyum. Dia tunduk mengambil sampul surat milik Alisa yang dilempar oleh Alisa.
            Munirah merenung Aleya. Dia tahu Aleya juga tidak percaya cuma Aleya hanya akan mendiamkan diri dan memerhati. Sikapnya berlainan dari Alisa.
            “Walauapapun keputusan ibu, Along akan menghormatinya. Jika ibu rasa ini adalah tindakan yang terbaik untuk ibu dan kami, Along akan hormatinya tetapi jika ibu rasa sudah penat dan bosan dengan semua ini. Tell me! Kita akan pergi dari sini bila-bila masa sahaja.” Aleya memegang lembut tangan ibunya. Dia ingin memberi sedikit kekuatan untuk ibunya. Dia tahu apa yang sedang ditempohi oleh ibu sekarang ini. Walaupun ibu tidak mengakuinya namun mata ibu dapat menceritakan segala-galanya. Dia tak mahu membebankan ibunya.
            Munirah tersenyum kelat. Dia mengenggam erat tangan anak sulungnya itu. Dia menunduk kepalanya. Dia cuba menahan air matanya dari menitis. Sayu hatinya mendengar kata-kata Aleya. Adakah apa yang aku lakukan sekarang ini adalah tindakkan yang tepat? Munirah mula meragui keputusan yang telah dibuatnya.

4 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

haihh...
dato kadir oi, cpt mengorat munirah sampai cair.
haha.

next2.

zequest said...

ske aleya ngn is!!!!! wawawawawwawawawawaaaa~~~
cik writer, smbg2... heheh

zequest said...

biler bace byk2 kali, tpikir cmne laa aleya tu nk sangkut ngn is nti??? die daa laa cool~~, hmmm, mgkin is kna jdik lgi agressive... hahahahaaa

nyway, cik writer, luv ur karya!!!

aqilah said...

bezzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
apapun, i followwwwwwwwwwwwwwww

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...