Monday, August 15, 2011

Siapa Orang Gajiku? Bab 2


BAB 2

            Tengku Fazira mengeluh sebaik sahaja tiba di depan pintu bilik Haikal. Semalaman Haikal tidak keluar dari biliknya malah makanan juga tidak dijamahnya. Jika keadaan ini berterusan, Haikal akan jatuh sakit. Semalaman dia tidak dapat memlelapkan mata apabila memikirkan keadaan Haikal. Hatinya sedih melihat keadaan Haikal sekarang ini. Simbol pintu dipulas tetapi berkunci. Tengku Fazira meletakkan dulang yang berisi nasi lemak dan secawan air Nescafe.
            “Haikal, ni ibu. Buka pintu. Ibu bawa breakfast untuk Haikal. Ibu masak makanan kegemarab Haikal iaitu nasi lemak. Bukalah pintu ni, Haikal. Ibu merayu jangan seksa diri Haikal begini. Haikal!” rayu Tengku Fazira. Pintu diketuk beberapa kali. Masih tiada apa-apa response.
            “Please, open the door! Haikal! Jangan buat ibu macam ni.” Suara Tengku Fazira mula sebak. Air matanya mula membasahi pipinya. “Haikal!” panggil Tengku Fazira lagi. Nada suaranya bergetar. Tengku Fazira mengetuk pintu bilik Haikal dengan lebih kuat lagi.
            “Haikal! Buka pintu ni! Haikal!” jerit Tengku Fazira. Bermacam-macam perkara mula bermain di fikirannya  Adakah sesuatu telah terjadi pada Haikal? Perasaan bimbang mula menguasai dirinya. Adakah Haikal telah melakukan sesuatu di dalam biliknya.
            “Umi! Umi!” panggil Tengku Fazira. Dia mula gelisah dan gelabah.
            “Kenapa, Fazira?” Tengku Fauziah bergegas keluar dari bilik apabila namanya dipanggil lantas dia menghampiri Tengku Fazira yang sedang berdiri di luar bilik Haikal.
            “Umi, Fazira risau. Sejak dair tadi Fazira panggil Haikal tetapi  Haikal tak buka pun pintu. Fazira takut Haikal buat sesuatu di luar dugaan kita.”
            “HIsh….jangan fikir yang bukan-bukan. Umi pergi ambil spare keys di dalam bilik umi. “ Tengku Fauziah bergegas masuk ke dalam biliknya. Beberapa minit kemudian, Tengku Fauziah kembali bersama spare keys yang berada di tangannya.
            Dengan pantas, Tengku Fazira mengambil kunci dari tangan ibunya. Dia membuka pintu bilik Haikal. Simbol pintu dipulas. “Haikal!” panggil Tengku Fazira.
Keadaan di dalam bilik itu gelap gelita.
            “Gelapnya! Apa Haikal buat dalam keadaan gelap ni.” Tengku Fauziah mengekori dari belakang.
            Tengku Fazira menekan suis lampu yang berdekatan dengan pintu itu. Dia terkejut melihat Haikal yang duduk di satu sudut di biliknya. Tengku Fazira segera mendekati anaknya. “Haikal.” Panggil Tengku Fazira lagi. Namun masih tiada apa-apa reaksi dari Haikal. Dia masih lagi duduk kaku. Di sebelah tangannya, terdapat gambar Haikal bersama Sofea.
            Tengku Fauziah menggelengkan kepalanya beberapa kali.
            “Haikal! Haikal! Bangun!” Tengku Fazira menggoncang tubuh anaknya beberapa kali. Masih tiada apa-apa reaksi. Tengku Fazira terduduk. Air matanya mula mengalir. Hatinya sakit. Keadaan Haikal seperti mayat hidup. Kadang kala cinta benar-benar membuat orang merana. Tengku Fazira mengusap rambut anaknya perlahan-lahan. “Haikal, kenapa Haikal buat ibu macam ni? Haikal tak kasihan ke kat ibu?” Tengku Faziran menangis teresak-esak. Pilu hatinya tiada siapa yang tahu.
            Tangkisan  Tengku Fazira tidah dipedulikannya. Haikal mengambil gambar itu dan diletakkan pada dadanya. Dia mengalihkan wajahnya ke arah lain.
            Tengku Fauziah melepaskan keluhan dengan kuat. Keadaan Haikal benar-benar sudah parah. Dia sudah tidak dapat membezakan antara realiti dan fantasi. Dia berada di dunia yang hanya ada kenangan dirinya bersama Sofea. Aku perlu pulihkan keadaan Haikal. Tengku Fauziah merenung anaknya perempuan yang masih menangis. Aku tak boleh biarkan ianya berlanjutan.

                                    ********************************

            “Good morning, atuk!” tegur Aril. Dia meletakkan kot bajunya di kerusi. Perlahan-lahan Aril menarik kerusi yang bersebelahan dengan atuknya dan duduk.
            “Morning, Aril!” Tan Sri Syed Abu Bakar tersenyum apabila ditegur oleh cucunya. Dia melipat kembali suratkhabar yang dibacanya.
            “Atuk, ada nampak handphone Aril tak? Jika tak silap Aril, semalam Aril letak di dalam bilik Aril. Puas Aril cari tapi tak jumpa pun.” Soal Aril. Betul! Balik saja dari berjumpa Aina, aku terus ke bilik. Mustahil aku tertinggal di dalam kereta.
            Tan Sri Syed Abu Bakar mengeluh. “Atuk tak hairan kalau handphone Aril hilang. Di rumah ni kan, ada seorang pencuri professional. Bilik siapa dia tak kisah. Main redah masuk dan ambil saja barang yang dia nak.”
            Aril tersenyum. Dia faham di sebalik kata-kata atuknya tadi.
            “Abah sindir mawar ke?” Datin Sharifah Mawar muncul secara tiba-tiba. Mukanya masam mencuka. Perli aku ler tu? Pencuri professional! Abah ni memang sengaja nak sakitkan hati aku.
            “Aiii….abah tak sebut pun nama. Yang Mawar nak terasa kenapa? Mawar ke yang curi handphone Aril.”
            “Bukan curi tetapi pinjam.” Tegas Datin Sharifah Mawar. Dia mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya dan diletakkan di sebelah Aril.
            “Huh, ada saja jawabnya.” Tan Sri Syed Abu Bakar mencapai kuih keria dan mengunyahnya perlahan-lahan.
            “Aril! Aina ada call Aril tak? Jangan cuba nak tipu mama.”
            “Tak ada, mama! Kan mama dah check handphone Aril.”
            “Mama tak percaya. Mustahil Aina tak call Aril.”
            “Betul, mama! Aril tak tipu.” Aril menggelengkan kepalanya beberapa kali. Kalau mama tahu, aku berbohong. Teruk aku dikerjakan nanti. Hish…mama ni, dah macam pengawas. Asyik nak buat spot check saja.
            “Kalau mama tahu, Aril tipu mama. Kita tengok nanti macam mana.” Datin Sharifah Mawar memberi amaran pada Aril. Hatinya kuat mengatakan mereka berdua saling berhubungan.
            “Hish….Tak habis-habis nak soal-siasat, bagi lagi Aril makan sekejap.” Tegur Tan Sri Syed Abu Bakar.
            “Abah!”
            “Apa! Awal-awal pagi, dah mula berleter. Patut la kedutan di muka semakin ketara.”
            “Abah!” Datin Sharifah mengetap bibirnya menahan marah.
            Aril ketawa kecil melihat gelagat atuk dan ibu. Setiap hari mereka pasti akan bergaduh. Perkara kecil pun boleh dijadikan sebagai modal untuk bergaduh. Aril tahu mereka hanya bergaduh manja saja.
            “Aril! Hari ni lunch dengan mama.”
            “Sorry, mama! Hari ini Aril pergi Langkawi.. Urusan jual beli tanah di Langkawi masih belum selesai lagi. Next time, mama.”
            “Setiap kali mama ajak Aril keluar, berbagai alasan Aril beri. Mama tahu Aril juga nak elakkan diri dari mamam sepertimana Aina lakukan pada mama sekarang ni.” Kata Datin Sharifah dengan nada merajuk. Dia dapat rasakan Aril cuba menggelakkan diri darinya.
            “Mama! Kebelakangan ini, Aril tengok mama cepat sangat terasa. Aril pergi ke Langkawi atas urusan rasmi syarikat. Aril bukannya suka-suka pergi sana.” Ucap Aril dengan lembut. Dia memegang tangan ibunya untuk memujuk.
            “Sekarang ni perangai dah seperti kebudak-budakan. Benda kecil macam ni pun nak terasa. Perangai mama kamu ni semakin menjadi-jadi pulak mengalahkan atuk.” Tan Sri Syed Abu Bakar mencelah lagi.
            “Abah!” Mata Datin Sharifah Mawar merenung ayahnya.
            “Atuk dan mama ni selalu sangat bergaduh. Tak penat ke? Baiklah, Aril dah lewat ni. Aril pergi dulu.” Aril bangun dan terus mencapai kot bajunya. Sebelum beredar dia sempat bersalam dengan atuk dan ibunya.
            “Abah tahu kenapa Mawar ajak Aril lunch hari ini? Nak kenalkan Aril dengan anak perempuan siapa pula kali ini? Mawar tak rasa penat ke dengan semua ini.” Tan Sri Syed Abu Bakar bersuara selepas kelibat Aril hilang dari pandangan mereka.
            “Abah jangan nak masuk campur ye! Aril anak Mawar.”
            “Aril tu juga cucu abah. Mawar kena ingat jika suatu hari nanti Aril tinggalkan rumah ini, jangan nak salahkan abah pulak.” Tan Sri Syed Abu Bakar terus bangun.
            Datin Sharifah Mawar mencebik bibirnya. Dia tahu caranya tidak disenangi oleh ayahnya tetapi dia tahu apa yang dia lakukan sekarang adalah tindakkan yang tepat.

                                                *************************

           
            Aina memandang di sekelilingnya. Rumah yang tersergam indah itu menarik perhatian Aina. Kedengaraan suara kanak-kanak ketawa yang memecahi kesunyian. Senyuman terukir di bibir Aina apabila melihat beberapa orang kanak-kanan berlari di kawasan halaman rumah itu.
            “Kak Aina! Inilah rumah Anak-Anak Yatim Sri Harapan. Setiap hujung minggu Rina selalu datang ke sini sambil tu Rina buat kelas tuisyen untuk mereka. Rina tahu semasa di Switzerland lagi, Kak Aina sering terlibat dalam badan-badan kebajikan yang dianjurkan oleh pihak universiti.”
            “Tak salah kan jika kita menolong orang yang memerlukan bantunan kita? Selagi Kak masih bertenaga, kak akan menolong sesiapa yang kurang bernasib baik. Setiap manusia mempunyai takdir yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. “ Aina tersengih. Dia bersyukar kerana lahir dalam keluarga yang sempurna tetapi itu tidak bermakna dia akan melupakan golongan yang tidak bernasib baik. Selagi terdaya, dia akan menolong apa yang mampu.
            “Kak Aina seorang yang berhati mulia sebab itulah Kak AIna adalah idoa Rina.” Ujarnya lagi. Aina merenung wanita itu yang hanya berpakaian t-shirt hitam berlengan panjang dan seluar panjang jeans Lewis. Jika dilihat dari penampilannya, Kak Aina seperti orang biasa. Mimi iaitu rakan sebiliknya pernah beritahu Kak Aina sebenarnya berasal dari keluarga berada. Datuknya adalah tokoh korparat yang sangat dihormati di Malaysia malah keluarga Kak Aina berasal dari golongan bangsawan. Hakikatnya Kak Aina berlainan dari anak-anak orang kaya yang dikenalinya termasuklah dirinya. Sepanjang mereka berkawan, Kak Aina tak pernah menyebut tentang keluarganya. Adakah Kak Aina menghadapi masalah dengan keluarganya?
            Aina ketawa apabila mendengar kenyataan Rina. “Pandai juga Rina buat lawak. Idola? Eee….Rina dah silap orang la. Kak tak layak menjadi idola Rina. Kak ni pengganggur. Kerja pun tak ada. Rina cari saja orang lain untuk jadikan idola. Kak tak sesuai la.”
            “Di dunia ni tiada sesiapa yang mempunyai hati sesuci dan murni seperti Kak Aina.”
            “Rina, jangan puji kak lebih-lebih nanti terkoyak seluar ni.” Aina ketawa. Ketawanya semakin kuat kedengaraan. Aku berhati murni? Rina ni dah silap makan ubat ke?
            “Kita serius la.” Rina mencebikkan bibirnya apabila Aina memperlekehkan kata-katanya.
            “Ok….Jom kita masuk. Kak nak tengok suasana di sini. Kak nak tahu apa yang kak boleh bantu di sini.” Aina meletakkan tangan kanannya dibahu Rina. “Jom!” ajak Aina lagi.
            Rina hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Dia senang berkawan dengan Aina.

                                    ****************************************

            Tan Sri Syed Abu Bakar berkerut dahinya apabila melihat nombor telefon yang tertera di skrin telefon bimbitnya. “Siapa ni?” Tan Sri Syed Abu Bakar meletakkan cawan yang berada di tangannya di atas meja. Pada waktu begini adalah masanya menikmati minum petang. Segera jarinya menekan punat hijau di telefon bimbitnya.
            “Assalammualaikum, atuk!” jerit Aina apabila panggilannya dijawab.
            Tan Sri Syed Abu Bakar tersenyum apabila mendengar suara itu. Dia kenal dengan pemilik suara itu. “Walaikummussalam. Hmmm…siapa ni?”
            “Atuk ni, buat lawak antarabangsa pula. Mustahil atuk tak kenal suara Aina. Baru 5 tahun Aina di oversea, tak mungkin atuk akan lupa cucu kesayangan atuk ni.” Aina ketawa. Apabila mendengar suara datuknya, terubat juga rindu yang disimpannya selama ini.
            “Perasaan! Mengaku diri sendiri cucu kesayangan atuk.” Tan Sri Syed Abu Bakar turut sama ketawa. Akhirnya dapat juga dia mendengar suara cucunya itu. “Sekarang ni Aina di mana? Aii…main sorok-sorok pulak.”
            “I’m fine. Don’t worry about me, atuk. How are you?’
            “Baik. Alhammdulilah. Bila nak balik rumah, Aina?”
            “Bila Aina dah bersedia nak berkahwin, insya-Allah Aina akan balik.” Jawab Aina.
            “Hmmm….Maksudnya lambat lagi Aina nak balik ke rumah. Berapa tahun pula kali ini?” soal Tan Sri Syed Abu Bakar.
            “Atuk marah ke?” Aina sedar nada suara datuknya yang sudah berubah. Mungkin kurang gemar dengan jawapannya tadi.
            “Aina, atuk tak faham kenapa Aina mesti buat semua ni? Sembunyikan diri dari mama. Jika Aina tak suka mama Aina aturkan jodoh untuk Aina, atuk akan tolong. Atuk akan pastikan mama Aina tak akan memaksa Aina lagi. Baliklah, Aina.” Pujuk Tan Sri Syed Abu Bakar.
            “Aina janji atuk. Aina akan balik satu hari nanti tetapi bukan sekarang. Jika Aina balik sekarang, Aina tahu mama akan kongkong hidup Aina. Berilah Aina masa atuk. Aina tahu atuk seorang yang memahami. Atuk tahu kan Aina seorang yang berpegang teguh pada janji. Aina akan balik. Aina tetap akan balik.” Aina masih bertegas. Dia tahu sebenarnya atuk bimbang pada dirinya yang keseorangan di luar sana.
            Tan Sri Syed Abu Bakar melepaskan keluhannya dengan kuat. Dia sudah mati kata-kata. Jika Aina sudah membuat keputusan, memang sukar untuk mengubahnya. “Baiklah. Atuk hormat keputusan Aina tetapi Aina mesti jumpa atuk hujung minggu ni. Tempat, tarikh dan masa! Aina yang tentukan.”
            “Thank you, atuk! Ini yang buat Aina lebih sayangkan atuk ni. Aina akan sms atuk butiran selanjutnya untuk temujanji kita tetapi jangan beritahu mama ye” Aina gembira mendengarnya.
            “Atuk tahu. Jaga diri baik-baik. Jika ada masalah apa-apa, call atuk atau Aril.”
            “Baiklah, atuk. Aina letak dulu ye! Assalammualaikum.” Kata Aina sebelum menamatkan perbualan mereka.
            “Walaikumussalam.” Jawab Tan Sri Syed Abu Bakar.
            “Siapa yang call abah tadi?” soal Datin Sharifah Mawar yang tiba-tiba berada di situ. Dia berdiri di belakang ayahnya. Dari jauh dia perhatikan, ayahnya ketawa dan tersenyum semasa bercakap dengan telefon. Siapa pemanggil tu?
            “Hish..terkejut abah! Tak boleh ke Mawar menjadi seorang manusia yang normal? Memberi salam dahulu. Ini tidak, main sergah dari belakang.” Tan Sri Syed Abu Bakar mengurut dadanya beberapa kali. Wajahnya pucat lesi. Adakah Mawar telah mendengar perbualannya bersama Aina tadi?
            “Abah tak jawab lagi soalan Mawar? Siapa yang call tadi?”
            “Kawan abah.”
            “Siapa?”
            “Hish…budak ni! Perlu ke abah beritahu Mawar? Setiap kali ada orang call, abah mesti beritahu Mawar! Macam tu ke?” Mata Tan Sri Syed Abu Bakar bulat merenung anak tunggalknya. Perangainya semakin menjadi-jadi.
            “Siapa, abah! Aina kan!”
            “Bukan!”
            “Abah tipu. Mawar tahu, pemanggil tadi  adalah Aina kan.” Datin Sharifah Mawar masih bertegas.
            “Ikut suka hati Mawar samaada nak percaya atau tidak. Abah tak rugi apa-apa. Jika begini sikap Mawar, abah tak hairan lah kalau Aina tak mahu balik rumah selama-lamanya.” Tan Sri Syed Abu Bakar terus bangun. Hilang seleranya untuk minum petang. Dia sudah malas melayan kerenah Mawar.
            “Abah!” Datin Sharifah Mawar tergamam dengan kata-kata yang dilemparkan oleh ayahnya tadi. Tan Sri Syed Abu Bakar sudah jauh meninggalkan Datin Sharifah Mawar yang sedang berdiri di Taman Tropika yang terletak di halaman belakang rumah mereka.

                                                ******************************

            Tengku Fauziah menarik setiap kain langsir di bilik Haikal agar cahaya matahari masuk ke dalam bilik Haikal. “Murni, buka semua tingkap di bilik ini!” arah Tengku Fauziah. Bau hapak bilik itu perlu dihilangkan. Tengku Fauziah melihat Haikal yang masih berselimut di atas katil  Tengku Fauziah menggelengkan kepalanya beberapa kali.
            “Baik, Mak Engku!” Murni menurut perintah majikannya. Setiap tingkap di bilik itu dibukanya. Setelah selesai, Murni berdiri di sebelah majikannya.
            Tengku Fauziah terus menarik selimut yang membaluti tubuh Haikal dengan kasar. “Bangun! Nenek kata bangun.” Jerit Tengku Fauziah. Dia sudah hilang sabar dengan sikap Haikal yang sudah lupa diri.
            Haikal masih tidak bergerak walaupun selimutnya ditarik. Matanya masih terpejam rapat. Jeritan neneknya tidak dipedulikan. Frame gambar dirinya bersama Sofea terletak rapat di dadanya. Kenangannya bersama Sofea akan diabadikan selama-lamanya.
            “Haikal! Kamu dengar tak apa yang nenek cakapkan ni? Kenapa Haikal hanya mementingkan perasaan Haikal sahaja? Perasaan ibu Haikal dan nenek, macam mana? Haikal tahu tak, sekarang ini ibu Haikal jatuh sakit disebabkan Haikal! Haikal tahu tak?” jerit Tengku Fauziah lagi apabila Haikal masih memejamkan matanya. Dia tahu Haikal mendengar setiap kata-katanya.
            “Haikal!” jerit Tengku Fauziah sekali lagi. Perasaan marah dan geram tidak dapat ditahan lagi. Tiba-tiba matanya tetap terhenti pada frame gambar yang dipegang oleh Haikal. Tengku Fauziah menarik frame gambar itu dari Haikal dan memlemparnya ke lantar. Frame gambar itu pecah.
            “Nenek!” Haikal terus bangun. Dia turun dari katil. Matanya melihat ke frame gambar yang dicampak oleh neneknya sebentar tadi. Mattanya merah menyala merenung neneknya yang berdiri di hadapannya.
            “Sepatutnya dari dulu lagi, nenek campak semua gambar Haikal dan Sofea agar Sofea keluar dari hidup Haikal.”
            “Nenek tak ada hak untuk tentukan hidup Haikal?” marah Haikal.
            “Nenek tak ada hak! Haikal dah lupa ke nenek ni siapa, hah? Disebabkan perempuan tu, Haikal sanggup hancurkan hidup Haikal.”
            “Perempuan tu ada nama, nenek! Nama dia Sofea. Dialah wanita yang Haikal cintai selama ini.”
            “Dan perempuan itulah yang tinggalkan Haikal seorang diri pada hari pernikahan Haikal malah Perempuan tu bawa malu dalam keluarga kita. Hidup Haikal hancur disebabkan dia. Haikal sepatutnya lupakan dia dan mulakan hidup baru.”
            “Nenek! Di ruang hati Haikal, hanya ada seorang saja wanita iaitu Sofea.Walau apa yang terjadi, Haikal tetap akan tunggu Sofea. Sofea akan kembali. Haikal yakin. Pasti Sofea ada sebab kenapa tinggalkan Haikal? Dia pasti ada sebab munasabah.”
            “Munasabah!” nada suara Tengku Fauziah meninggi. Kedua-dua tangannnya bergigil menahan gerama. “Haikal, nenek mahu Haikal buka mata Haikal luas-luas? Fikir guna otak bukannya hati. Dah jelas dia tinggalkan Haikal kerana dia sudah tidak mencintai Haikal lagi.”
            “Tiadak. Itu tak benar. Kami berdua saling cintai mencintai. Kami bercinta selama 5 tahun, mustahil Sofea tidak mencintai Haikal lagi. Nenek sengaja nak hasut Haikal untuk melupakan Sofea kan. Itu takkan terjadi.” Haikal masih bertegas. Dia hairan kenapa nenek tidak memahami diri. Dia tahu sejak dari dulu lagi nenek tidak menyukai Sofea kerana latarbelakang yang kompleks.
            “Haikal! Kerana cinta, kamu sudah lupa siapa yang ambil berat terhadap kamu selama ini! Haikal tahu tak, ibu Haikal sedang sakit sekarang ni. Semua ini gara-gara kamu, Haikal. Terlalu pentingkan perasaan sendiri sehingga tidak sedar kamu telah menyakiti perasaan orang yang benar-benar ambil berat tentang diri kamu.” Tengku Fauziah cuba untuk menyedarkan cucunya.
            “Itu masalah Haikal. Nenek dan ibu tak payah risau. Haikal tahu jaga diri Haikal sendiri. Hidup mati Haikal, biar Haikal sendiri yang tentukan” Tegas Haikal. Dia berjalan dan mengambil gambar yang dicampak oleh neneknya tadi.  Langkahnya diatur pantas menuju ke bilik air. Pintu bilik air itu dihempas dengan kuat.
            Tengku Fauziah terkejut dengan kata-kata terakhir Haikal. Dirinya masih tercegat di bilik itu. Tiba-tiba sahaja, kepalanya terasa pening.
            “Mak Engku! Mak Engku!” Murni terus memegang tangan Tengku Fauziah. Wajah majikannya pucat lesi. Pasti Mak Engku terkejut dengan kata-kata Tuan Haikal tadi.
            “Murni, awak bawa saya ke dalam bilik. Tiba-tiba saja kepala saya rasa pening.” Kata Tengku Fauziah mengurut dahinya beberapa kali.
            “Baiklah!” Murni membantu Tengku Fauziah keluar dari situ. Sekali imbas, Murni memandang ke arah pintu bilik air yang tertutup rapat. Kenapa Tuan Haikal berubah seperti ini? Begitu tega Tuan Haikal melayan Mak Engku macam ini?
                       
                        **********************************************

            Aril menolak pintu Restoran Sri Melaka itu dan melangkah masuk. Cermin mata hitamnya ditanggalkanya. Aril melihat jam tangan yang berada di tangan kanannya. Baru pukul 5.30 petang. Kenapa mama nak jumpa aku di sini? Penting katanya. Hal apa yang penting sehingga tak boleh berbincang di rumah? Aril hairan. Matanya meliar mencari kelibat ibunya. Mana mama ni?
            “Aril!” panggil Datin Sharifah Mawar apabila melihat anak lelaki itu berdiri di pintu masuk restoran itu. “Sini!”
            Aril berjalan mendekati ibunya. Aril  melabuhkan punggunya di kerusi tanpa dipelawa oleh ibunya. “Hal apa yang penting ni, mama?” Dahi Aril berkerut.
            “Aril nak minum apa?”
            “Mama!” Aril memandang tepat anak mata ibunya. Wajah Aril berubah. Dia faham disebalik pandangan mata ibunya itu. “Don’t tell me, you try to set me up again.”
Aril bangun secara tiba-tiba. Aku sepatutnya dah agak. Pasti ada udang di sebalik batu. Bukannya sehari dua aku kenal mama.
            “Duduk! Mama cakap duduk.” Datin Sharifah menarik lengan Aril supaya kembali duduk.
            “Maaf, Mawar! Aku terlambat.” Kata Raja Rahimah. Matanya tepat melihat lelaki yang berdiri disebelahnya. “Aril ke ni? Wah, patut la orang cakap anak lelaki Datin Sharifah Mawar kacak orangnya.”
            “Duduklah! Ini ke Mimi, anak kau yang baru balik dari luar negeri tu?” soal Datin Sharifah Mawar. Suaranya kelihatan ceria. Dia melihat wanita tinggi lampai yang berdiri di sebelah Raja Rahimah.
            Aril memejamkan matanya seketika. Aku memang sudah tak boleh larikan diri lagi. Aril duduk dengan kasar. Dia tidak berminat untuk melihat wanita yang ingin diperkenalkan oleh ibunya.
            “Ya! Inilah Mimi.”
            “Jemputlah duduk.” Pelawa Datin Sharifah Mawar. Senyuman tidak lekang dibibirnya.
            Mimi duduk berhadapan dengan Aril. Matanya masih tidak lepas memandang Aril. Dia memandang Aril dari atas ke bawah. Memang kacak! Badan pula tough! 100% memenuhi ciri-ciri lelaki idaman aku. Mini tersenyum menggoda. Dia sudah jatuh cinta pada lelaki ini buat pertama kalinya. Dia bertekad untuk menjadi menantu Datin Sharifah Mawar.
            “Aril! Cakaplah sesuatu.” Datin Sharifah Mawar menampar lengan Aril.
            Aril terkejut apabila ditampar oleh ibunya. “Nice meeting you.” Aril tersenyum tawar.
            “Mimi gembira sebab akhirnya dapat berjumpa dengan Abang Aril. Ibu banyak cerita tentang Abang Aril. Tak sangka Abang Aril ni handsome orangnya.” Kata Mimi berserta dengan lenggok manjanya. Jika Abang Aril menjadi suami aku mesti kawan-kawan aku yang lain cemburu.
            Dahi Aril berkerut apabila mendengar kata-kata dari Mimi. Lain macam saja bunyi perempuan ni. Aril menelan air liurnya. Dia sedar pandangan wanita itu seperti ingin menelan dirinya hidup-hidup. Aril mengalihkan pandangannya ke arah lain. Teruk aku kali. 

2 comments:

aiRiNa_aiNuN said...

cepat kak smbg lagi..
best plak cite nie..
6t si Aina jadi org gaji umah Haikal ke??

Unknown said...

Banyak typo error :-)

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...