Thursday, August 25, 2011

Siapa Orang Gajiku? Bab 4


BAB 4

            Tengku Fauziah memerhati gelagat beberapa orang budak lelaki yang sedang bermain bola sepak di padang Rumah Anak-Anak Yatim Sri Harapan. Dia tersenyum melihat gelagat mereka. Rasa terhibur sedikit.
            “Nenek!” tegur Rina. Dia bersalam dan terus duduk di sebelah Tengku Fauziah.
            “Nenek mengganggu Rin ke?” soal Tengku Fauziah. Kedatangannya ke sini tanpa dirancang. Tiba-tiba saja hatinya berdetik untuk datang ke sini. Dia tahu hujung minggu seperti cucu perempuan tunggalnya akan menghabiskan masanya di sini.
            “Tak adalah. Kenapa ni, nenek? Mesti berkaitan dengan Abang Haikal kan.” Melihat raut wajah Tengku Fauziah, dia sudah tahu apa yang berlaku. Dia pernah cuba bercakap dengan Abang Haikal tetapi Abang Haikal tidak mempedulikan dirinya.
            “Fikiran nenek ni dah buntu, Rina. Nenek tak tahu apa cara yang diperlukan untuk menyedarkan Haikal. Dia terlalu degil dan keras hatin. Nasihat nenek tidak diendahkan malah menyakitkan hati nenek lagi. Nenek tak faham. Special sangat ke Si Sofea tu sehingga Haikal menjadi seperti itu. Sekarang ni Mak Long Rina dah jatuh sakit. Ini semua gara-gara Haikal.”
            “Rina faham perasaan Mak Long. Pasti Mak Long terlalu memikirkan soal Abang Haikal sehingga jatuh sakit. Mungkin masa pengubat segala-galanya.” Rina cuba memujuk hati neneknya.
            “Nenek tak tahulah. Sejak Haikal memperkenalkan Sofea pada nenek, nenek dah tahu perempuan tu tak ikhlas pada Haikal. Di matanya hanya nampak wang dan harta yang bakal diwarisi oleh Haikal. Nenek dah agak perkara ni akan berlaku tetapi Haikal tetap bertugas, cintanya hanya untuk Sofea. Ahhh…sekarang ni mana cinta Sofea untuk dirinya. Tiada.” Marah Tengku Fauziah.
            “Nenek jangan lupa nenek ada darah tinggi. Jangan memikirkan sangat perkara ini. Petang nanti Rina pergi rumah nenek. Rina cuba nasihati abang Haikal lagi. Nenek jangan risau.” Rina memegang erat tangan neneknya. Jika nenek tahu apa yang Sofea buat sekarang ni, aku tak tahu apa yang berlaku. Dia faham apa yang dialami oleh neneknya. Sekarang ni, nenek terpaksa memangku jawatan pengerusi sementara waktu. Mak Long pula sakit. Semua ni memberi beban pada nenek.
            “Cikgu!”  Faizal mendekati mereka berdua.
            “Ya, Faizal. Ada apa?” Rina berpaling. Dia tersenyum lihat budak lelaki yang berumur 10 tahun itu.
            “Puan Jamilah nak jumpa cikgu sekarang.” Beritahu Faizal.
            “Baiklah. Nanti cikgu jumpa Puan Jamilah. Terima kasih, Faizal.”
            “Sama-sama, cikgu.” Balas Faizal sambil tersenyum. Dia segera berlalu dari situ.
            “Nenek tunggu sekejap. Nanti Rina datang balik.” Rina bangun meminta diri.
            ‘Tak apa! Rina selesaikan dulu urusan Rina. Nenek nak ambil angin di sini.”
            Rina menganggukkan kepalanya dan langkah di atur meninggalkan Tengku Fauziah.

                        **********************************************

            Langkah Aina terhenti. Mata memandang ke arah kanak-kanak perempuan yang sedang menangis di kerusi yang terletak di taman mini Orkid. Tangisannya semakin kuat kedengaran. Aina kenal dengan kanak-kanak itu. Itu Salmi. Dia baru seminggu berada di sini. Ibu bapanya meninggal akibat kemalangan jalan raya yang turut sama meragut nyawa kakak dan adik lelakinya.
            “Kenapa ni Salmi?” soal Aina terus duduk di sisi Salmi. Aina melihat air matanya mengalir membasahi pipinya. Sayu hatinya melihat Salmi. Hatinya sebak.
            “Salmi rindu kat mama, papa, kakak dan imran.” Jawab Salmi sambil menangis teresak-esak.
            “Mak cik tahu pasti Salmi sangat rindukan mereka tetapi Salmi tahu kan mereka sudah tiada lagi.”
            “Kenapa mereka tinggalkan Salmi? Salmi ni ikut mereka juga.”
            Aina melihat wajah Salmi. Air mata Salmi dikesatnya dengan perlahan-lahan. “Mereka bukan sengaja nak tinggalkan Salmi Cuma Allah S.W.T lebih sayangkan mereka. Salmi kena tabah. Salmi tahu tak mungkin mereka akan kembali lagi.” Nasihat Aina. Dia tahu Salmi adalah seorang kanak-kanak yang cerdik.
            “Tetapi kena Allah tak ambil Salmi sekali, mak cik?” kata Salmi dengan nada perlahan-lahan. Air matanya masih mengalir. Dia memandang ke arah Aina.
            “Mungkin masa Salmi belum sampai lagi. Mungkin Salmi ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan bagi pihak keluarga Salmi.” Kata Aina.
            Mata Salmi terkebil-kebil memandang Aina. Dia tak faham maksud Aina sebentar tadi.
            “Apa cita-cita Salmi?” soal Aina secara tiba-tiba. Dia merenung wajah Aina dengan lembut.
            “Nak jadi doctor.” Jawab Salmi.
            “Mama dan papa Salmi tahu tak yang Salmi nak jadi doctor.”
            “Tahu!”
            “Itulah tanggungjawab Salmi sekarang ini. Salmi mesti tunaikan janji Salmi pada mama dan papa. Salmi mesti belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang doctor. Mak Cik yakin mama dan papa Salmi akan berasa bangga dengan kejayaan Salmi. Mesti Salmi nak mama dan papa Salmi bangga dengan kejayaan Salmi kan?” soal Aina.Dia cuba membangkitkan semangat Salmi. Melalui cara ni, Salmi akan mempunyai objektif untuk masa depan . Dia perlu ada sebab untuk meneruskan kehidupannya.
            Dengan laju Salmi menganggukkan kepalanya.
            “Jangan menangis lagi. Salmi mesti tahu walau apa yang terjadi, mama, papa, kakak dan imran sentiasa bersama Salmi. Mereka akan sentiasa berada di sini.” Aina menunjukkan ke arah hati Salmi. “Walau di mana jua Salmi berada, mereka akan sentiasa dekat bersama Salmi. Oleh itu, Salmi mesti rajin bersolat dan mengaji. Mesti berdoa pada keluarga Salmi supaya roh mereka dirahmati oleh Allah S.W.T. Jangan sesekali meninggalkan solat. Salmi mesti jadi budak yang baik dan ikut cakap Puan Jamilah dan cikgu di sini.” Aina terus memeluk Salmi. Air matanya menitis tanpa disedari. Dalam usia yang masih muda, Salmi terpaksa menempuhi semua ini. Dugaan yang begitu besar pada Salmi.
            “Salmi perlu ingat bahawa Salmi tidak keseorangan di sini. Salmi masih lagi ada Mak Cik, Puan Jamilah, Cikgu Rina, Cikgu Azlan, Mak Munah, Pak Daud dan kawan-kawan Salmi yang berada di sini. Ingat tu.”
            Salmi memeluk Aina dengan erat. Tangisannya masih kedengaraan.
            Dari jauh, Aina tidak sedar ada sepasang mata yang sedang memerhati dan mendengar perbualan mereka.
            “Nenek! Di rupanya nenek. Puas Rina cari.”
            “Siapa tu?” soal Tengku Fauziah. Hatinya terusik apabila melihat apa yang berlaku.
            “Oooo…Itu Kak Aina. Nenek ingat tak, Rina ada cerita pada nenek tentang senior yang Rina kenal semasa di Switzerland. Yang tolong Rina semasa nak suaikan diri di sana.”
            “Oooo..jadi inilah Aina.”
            “Kak Aina ambil course psikologi di sana. Dia baru saja balik ke sini. Dia kerja sukarelawan di sini. Kak Ainalah idola Rina.” Rina tersengih.
            “Psikologi!” Tengku Fauziah terkejut. Tiba-tiba muncul satu idea dari mindanya. Senyuman terukir di bibirnya. Matanya bercahaya merenung Aina.

                                                ****************************

            “Orang gaji!” kata Aina dan Rina serentak. Mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain.
            “Nenek mahu Kak Aina menjadi orang gaji di rumah nenek?” nada suara Rina bergetar. Betul ke dengan apa yang aku dengar ni?
            “Ya.”
            “tetapi nenek, kak Aina mempunyai master dan PHD dalam bidang psikologi. Kak Aina tak layak menjadi orang gaji. Jauh sama sekali.”
            “Biar nenek terangkan dahulu! Nenek hanya mahu Aina menyamar sebagai orang gaji untuk merawat Haikal.”
            “Kalau nenek mahu Kak Aina merawat Abang Haikal, kenapa mesti Kak Aina menjadi orang gaji? Lebih baik nenek upah Kak Aina menjadi doctor psikologi Abang Haikal.”
            “Nenek tahu tetapi jika nenek mahu Aina menjadi doctor psikologi Haikal, masanya bersama Haikal adalah terhad berbanding masanya sebagai orang gaji. Jika Aina menjadi orang gaji, Aina mempunyai banyak masa bersama Haikal.” Terang Tengku Fauziah. Dia memandang tepat pada Aina.
            Aina hanya mendiamkan diri. Dia mendengar penerangan Tengku Fauziah. Kata-kata nenek Rina ada benarnya.
            “Aina!” Pandangannya dialihkan pada wajah bujur sirih yang hanya mendiamkan diri sejak dari tadi. “Nenek nak minta pertolongan Aina. Nenek yakin Aina dapat membantu nenek. Nenek tahu menjadi orang gaji bukannya mudah tetapi ini saja jalan yang nenek nampak. Beritahu saja apa yang Aina nak, nenek akan tunaikan.” Kata Tengku Fauziah bersungguh-sungguh.
            Rina memerhati Aina. Rancangan nenek di luar dugaannya. Dapatkan Kak Aina bertahan? Perangai Abang Haikal kebelakangan ni lain dari dulu.
            Aina berfikir seketika. Hmmm….Apa saja? Ya, aku boleh ambil peluang ni untuk tolong Puan Jamliah. Jika nak tunggu duit dari atuk, mesti aku kena tunggu lebih lama lagi sedangkan Puan Jamilah memerlukan duit itu secepat mungkin.Aku perlu lakukan demi kanak-kanak di Rumah Anak- Anak Yatim Sri Harapan. “Baiklah! Aina setuju tetapi Aina perlukan RM 100 ribu sebagai pertukaran.”
            “RM 100 ribu!” Bulat mata Rina mendengarnya. Apa Kak Aina nak buat dengan duit sebanyak itu.
            “Baiklah.” Tengku Fauziah bersetuju tanpa berfikir panjang. Untuk Haikal, berapa saja dia sanggup bayar.
            “Sebagai deposit, nenek hanya perlu bayar RM 50 ribu untuk Rumah Anak-Anak Yatim Sri Harapan. Selebihnya selepas tugas Aina selesai. Nenek setuju ke?”
            Tengku Fauziah tersenyum. “Baiklah.”
            Aina hanya mampu tersenyum. Rina menggelengkan kepalanya. Dia tak tahu untuk berkata apa-apa lagi. Keputusan telah dibuat. Dia kagum dengan sikap Kak Aina yang sanggup berkorban hanya untuk anak-anak yatim. Dengan wang yang diperolehi sedikit sebanyak dapat membantu mereka.

                                    *********************************

            Rina meletakkan gelas air sirap di atas meja. Jag air sirap diletakkan disebelah gelas itu. “Jemput minum, Kak Aina.” Rina terus duduk di sofa yang bertentangan dengan Aina.
            “Thank you, Rina.”
            “Kak Aina dah fikir sehabisnya ke? Ini bukan perkara main-main.”
            “Kak dah habis fikir pun. Rina tak mahu ke sepupu Rina kembali sihat?”
            “Tentulah Rina nak lihat Abang Haikal sihat kembali tetapi ini bukan jalannya. Orang Gaji! Itu bukan kerja senang Kak Aina.”
            “Kak suka cabaran. Kak perlu buktikan keupayaan kak selain itu ia akan memberi pengalaman pada kakak. Rina, jangan bimbang! Tahulah bagaimana kak nak jaga diri kak bila di sana nanti.” Aina tersenyum. Dia tahu apa yang bermain di fikiran Rina sekarang ini.
            “Baiklah. Jika Kak Aina memerlukan pertolongan Rina, beritahu saja.”
            “Terima kasih, Rina. Hmmm…tadi nenek Rina beritahu, jika kak nak tahu tentang Haikal, kak hanya perlu tanya Rina saja. Boleh Rina beritahu biodata diri Haikal?” Aina mengeluarkan notepad dan pen dari beg tangannya.
            “Hmm….baiklah! Nama penuh ialah Tengku Haikal Iskandar B. Tengku Abdullah. Berusia 31 tahun. Mempunyai ijazah sarjana muda dari UTM sekudai, Johor. Sekarang ni menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan Hotel Raya. Sudah berkerja selama 7 tahun. Hobi ialah bermain golf dan bowling. Itu saja.” Beritahu Rina. Dia melihat tangan Aina begitu ligat menulis.
            “Personaliti Haikal pula?”
            “Abang Haikal seorang yang baik hati, rajin, peramah, penyayang dan jenis yang setia pada cinta sebab itulah Abang Haikal jadi macam tu.”
            Aina tersenyum mendengar kata-kata terakhir Rina. Dari situ dia sudah tahu, Rina tak suka dengan tunang Haikal.
            “Sofea pula? Latarbelakang dan personalitinya.”
            “Perempuan tu ke?” nada suara Rina terus berubah sambil mencebik bibir. “Hmm….Rina kenal Sofea selepas diperkenal oleh Abang Haikal pada 6 tahun yang lalu. Nama penuh ialah Sofea Hamdi. Kalau tak silap, umurnya 3 tahun lebih muda dari Abang Haikal. Sebelum ni bekerja sebagai pramugari MAS dan kemudian bekerja sebagai model di Agensi Aida. Rasanya tahap pendidikan Sofea tu hanya SPM saja kot. Personaliti dia pula muda, mengada-ada, sombong dan tak tahu menghormati orang tua.”
            “Lain macam saja bunyinya.” Aina tersengih.
            “Rina tak suka Sofea tu sejak dulu lagi. Nenek pun sama. Jika Kak Aina lihat Sofea, Kak Aina sudah dapat teka perangainya macam mana.”
            “Bagaimana dengan hubungan mereka?”
            “Happy and lovely couple. Dah 7 tahun mereka bercinta. Ke mana saja mesti berdua. Dah macam belangkas. Asyik berkepit saja. Jika dilihat mereka memang pasangan bahagia tetapi kesudahannya beginilah.”
            Aina tersengih mendengar kata-kata Rina. Memang jelas wanita yang sedang duduk di hadapannya tidak merestui hubungan Haikal dan Sofea. “Rina, tak baik kita membenci orang! Kita tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Mungkin ada alasannya disebalik apa yang berlaku. Tak mungkin dia melupakan segala kenangan manis bersama Haikal begitu saja.”
            “Alasan apa?” Rina tiba-tiba ketawa mendengar kata-kata Aina. Alasan! Sofea tidak ikhlas mencintai abang Haikal. Jika benar-benar dia mencintai Abang Haikal, dia takkan mengahwini lelaki yang berusia 55 tahun itu. Perempuan mata duitan. “Rina nak sangat tahu alasan dia! Kenapa dia sanggup meninggalkan lelaki yang begitu setia pada cintanya?”
            Aina merenung Rina. Seperti ada maksud tertentu di sebalik kata-kata Rina tadi. Adakah dia mengetahui sesuatu yang tidak diketahui oleh orang lain? Reaksinya berlainan. Dia kelihatan marah seperti dia tahu alasan sebenar Sofea meninggalkan Haikal.
            Rina sedar akan pandangan Aina padanya. “Aaa….jemput la makan buat epal ni, Kak Aina.” Pelawa Rina. Dia faham di sebalik pandangan Aina seperti Aina sedang membaca apa yang bermain di fikirannya. Rina tersengih.
            Aina turut sama tersenyum. Tekaan aku tepat. Rina tahu apa yang berlaku. Dia tahu sebab sebenar Sofea tinggalkan Haikal. Ahhh..itu bukan urusan aku. Urusan rasmi aku adalah untuk merawat Haikal.
            “Kak Aina, Rina rasa kita ada masalah.” Rina menatap wajah Aina.
            “Masalah?”
            “Wajah Kak Aina tak macam orang kampung. Boleh ke Mak Long Fazira percaya?”
            Aina menelan air liurnya. Betul juga kata Rina. Aku ni berdarah kacukan. Aku bukannya melayu sejati. Nenek sebelah mama merupakan orang putih New Zealand yang memeluk islam manakala datuk sebelah papa pula merupakan orang Taiwan yang memeluk islam. Wajah aku ni wajah pan Asia. Hish…macam mana ni? Boleh ke aku teruskan drama ini?

                        **************************************************

            “Apa halnya yang mustahak ni sehingga atuk bawa Aril ke sini?” soal Aril. Dia baru saja pulang dari Dubai. Di saat kakinya ingin melangkah masuk ke rumah tiba-tiba saja atuk menarik dirinya jauh dari rumah agam itu. Aril melabuhkan punggung di kerusi kayu jati yang menghiasi taman itu. Aril menatap wajah atuknya.
            “Aril kena tolong atuk.” Tan Sri Syed Abu Bakar menoleh ke kiri dan kanan. Dia bimbang Mawar mengekori mereka.
            “Tolong apa, atuk? Kenapa dengan atuk ni? Gelisah saja. Atuk ada masalah ke?”
            “Atuk tak ada apa-apa masalah. Mama Aril yang ada masalah.”
            “Kali ni apa mama buat pada atuk?” Aril tersenyum. Baru seminggu aku tiada, dah macam-macam hal berlaku.
            Tan Sri Syed Abu Bakar melepaskan keluhan dengan kuat. “Sejak mama Aril dapat tahu atuk jumpa Aina, mama Aril mengekori ke mana saja atak pergi. Rimas atuk.”
            “Atuk jumpa Aina?” Aril terkejut.
            “Aina perlukan duit. Aril, pergi jumpa Aina dan beri RM80 ribu pada Aina. Aril jumpa Aina bagi pihak atuk ye. Buat masa sekarang atuk tak dapat nak jumpa Aina.” Beritahu Tan Sri Syed Abu Bakar.
            “Mawar dah agak mesti abah dan Aril ada di sini.” Datin Sharifah Mawar berdiri di hadapan mereka berdua dan bercekak pinggang. “Oo…..kali ni apa abah suruh Aril buat?”
            Wajah Tan Sri Syed Abu Bakar dan Aril berubah. Aril menggaru kepalanya yang tidak gatal.
            “Salah ke seorang datuk bercakap dengan cucunya sendiri? Ada ke undang-undang yang menyatakan seorang datuk tak dibenarkan bercakap dengan cucu sendiri?” Tan Sri Syed Abu Bakar bersuara. Macam mana Mawar tahu aku di sini? Dia guna GPS ke?
            “Abah jangan nak mula buat lawak dengan Mawar. Mawar tahu abah merancang sesuatu dengan Aril kan.”
            “Tengok! Asyik buruk sangka pada orang lain. Abah hanya nak tanya pada Aril tentang urusannya di Dubai.”
            “Abah ingat mawar ni budak kecil lagi ke? Senang ditipu.” Mawar masih tidak percaya.
            “Ikut suka hati, Mawar. Abah tak ada apa-apa masalah. Aril, beri telefon Aril pada atuk sekejap.”
            Aril mengeluarkan telefon bimbit Samsung dari poket seluarnya dan dihulurkan pada Tan Sri Syed Abu Bakar. Atuk nak call siapa?
            Tan Sri Syed Abu Bakar mengambil telefon bimbit Aril dan berpura-pura mendail nombor. “Hello! Ini Hospital Tanjung Rambut ke? Ya, saya nak buat laporan. Di rumah saya ada seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri ada masalah mental.”
            “Abah!” jerit Datin Sharifah Mawar. Pasti abah maksudkan aku. Datin Sharifah Mawar gelabah.
            “Ya! Bagus. Masih ada lagi bilik kosong. Saya tempah satu bilik. Ya, namanya Sharifah Mawar. Berumur 60 tahun.” Tan Sri Syed Abu Bakar tidak mempedulikan jeritan anaknya. Dia terus berjalan meninggalkan mereka berdua sambil bercakap dalam telefon.
            ‘Abah!” Datin Sharifah Mawar mengekori ayahnya. Nak hantar aku ke hospital sakit mental. Biar betul abah ni.
            Aril ketawa dengan kuat bila melihat gelagat mereka berdua. Atuk sengaja nak kenakan mama balik. Tiba-tiba Aril berhenti ketawa, dia teringat kata-kata atuk sebentar tadi. “Apa Aina nak buat dengan wang sebanyak tu?” Dahi Aril berkerut.

                                                ***************************

            Aril berhenti sebaik sahaja melintasi meja setiausahanya, Hayati. Dia teringat sesuatu. “Yati, appointment saya dengan Tan Sri Yahya pukul berapa?”
            “Pukul 10.30 pagi, Tuan.” Jawab Hayati sambil tersenyum.
            “Baiklah…” Aril mula melangkah ingin masuk ke dalam biliknya.
            “Tuan, ada beberapa pesanan untuk tuan semasa tuan berada di Dubai.” Beritahu Hayati.
            “dari siapa?” soal Aril.
            “ Cik Dira,  Cik Salwa,  Cik Mira, Cik Tina dan Cik Mimi. Mereka suruh tuan call mereka balik.”
            Aril mengeluh. “Yati, mulai sekarang jika mereka call saya lagi beritahu saja saya tiada ke, outstation ke atau awak beritahu saja saya sudah pindah ke cawangan lain. Oh ya, beritahu juga pada bahagian reception. Saya tak mahu jumpa dengan kelima-lima orang wanita ini. Menyusahkan hidup saya.” Beritahu Aril. Ini semua kerja mama. Bukan sahaja ke rumah, di pejabat juga mereka datang mencari aku. Rimas aku.
            “Baiklah, Tuan.”
            “Satu lagi, jika adik saya, Aina call. Terus sambungkan panggilan itu pada saya.” Beritahu Aril. Sudah beberapa kali dia menelefon Aina tetapi panggilannya tidak dijawab. “Oh ya, Yati! Ada apa-apa lagi?”
            “No.”
            “ Sebelum saya terlupa, awak bawa….” Belum Aril menghabiskan kata-katanya, panggilan telefon di meja Yati mengganggu perbualannya.
            “Ya. Apa! Baiklah.” Kata Hayati apabila menjawab panggilan itu. Panggilan itu dari bahagian reception di lobby. Wajah Hayati berubah memandang majikannya.
            Ada apa, Yati?”
            “Aaa…Tuan, Susan dari bahagian reception call. Dia beritahu Cik Mira dan Cik Tina sedang bergaduh di lobby sekarang ni.” Beritahu Hayati.
            “Apa! Bergaduh lagi. Mereka ingat syarikat saya ni tempat untuk bergaduh ke. Setiap hari ada saja masalah yang timbul. Tak boleh mereka biar saya hidup dengan aman sekejap.”
            “Tuan, nak suruh mereka buat apa?”
            “Call saja polis. Saya malas nak masuk campur lagi. Hal perempuan bergaduh ni buat saya sakit kepala.” Aril terus masuk ke dalam biliknya. Pintu bilik dihempas dengan kuat.
            Hayati menelan air liurnya. Inilah pertama kali dia lihat majikannya naik angin, selalunya dia bersabar dengan apa yang berlaku. Mungkin ini dah tahap kritikal kot! Hayati mendail no telefon bahagian reception. “Susan, you call polis. Ini arahan dari Tuan Aril. Muktamad.” Kata Hayati. Dia menoleh ke arah bilik majikannya.

1 comment:

hani said...

best....baca dari bab 1, nak lg...bagaimana pertemuan aina dan haikal...pastinya aril akan bertemu gan rina...nak lg..smbg cepat2 ye...!!!!

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...