Friday, September 9, 2011

Siapa Orang Gajiku? Bab 6

BAB 6

            Aina melihat kunci yang berada di tangannya. Aina cuba memulas symbol pintu bilik. Berkunci! Patutlah Murni beri aku kunci ni. Aina mengetuk pintu bilik itu namun tiada apa-apa tindakbalas pun. Aina mengetuk sekali lagi. “Tuan Haikal, saya ada bawakan sarapan. Tuan bukalah pintu.” Kata Aina. Beberapa minit dia menunggu namun pintu bilik itu masih tertutup rapat. Aina merapatkan dirinya pada pintu itu. Telinganya diletak dekat pada pintu. Tiada apa-apa bunyi pun. Aina meletakkan dulang yang mengandungi sarapan pagi di atas lantai. Dia mengambil keputusan untuk membuka pintu itu dengan kunci yang diberi oleh Murni tadi. Dah buka! Perlahan-lahan Aina membuka pintu itu. Wajah Aina berubah. Hidungnya ditekup dengan tangannya. Bau apa ni? Macam bau kambing saja. Ni bilik manusia ke?
            Aina memasukkan sedikit kepalanya ke dalam bilik itu. Gelap! Tak ada lampu ke? Bau yang kurang enak itu menusuk ke dalam hidung Aina. Sepatutnya aku bawa minyak wangi aku, biar aku spray satu bilik ini. “Tuan, saya masuk ye.” Kata Aina dengan berhati-hati. Masih juga tiada jawapan. Dahi Aina berkerut. Hatinya berdebar-debar sebaik sahaja kakinya melangkah masuk. Keadaan di dalam bilik itu gelap. Tiada satu cahaya pun masuk. Aina menekan suis lampu yang berada di tepi pintu itu. Lampu tak menyala pun. Aina menekan beberapa kali. Lampu rosak ke? Lebih baik aku buka tingkap, hilang sikit bau busuk ni. Aina mengambil dulang itu dan diletakkan di atas meja cermin yang terletak tidak jauh darinya. Aina berjalan ke arah tingkap itu. Tingkap langsir ditarik. Aina menoleh dan terkejut apabila ada seorang lelaki berambut panjang dan berjanggut duduk di sofa sedang merenung ke arahnya.
            “Oh…Mak!” jerit Aina terkejut. Bibirnya terketar-ketar melihat lelaki itu. Siapa? Ini ke Haikal? Dah macam orang purba saja. Rambut panjang dan berjanggut. Selekeh pulak tu. Kata Rina, sepupunya handsome. Ini dah tergolong dalam filem Planet Of Apes.
            “Kenapa kau ingat aku ni hantu ke?”
            “Aaaa……Tak. Tak.” Jawab Aina dengan nada-nada terketar. Dia tidak berani bertentangan mata dengan Haikal.
            “Tutup!”
            “Ya. Tutup? Tutu papa, Tuan?” soal Aina hairan.
            “Siapa suruh kau buka langsir, hah! Ada aku suruh kau buka? Aku mahu kau tutup tingkap tu.” Marah Haikal. Cahaya yang masuk ke dalam biliknya itu menyakitkan matanya. DIa lebih suka hidup dalam keadaan gelap.
            “Tapi tuan, duduk dalam gelap…..”
            “Aku cakap tutup! Tutup! Kau tak faham bahasa ke?” jerkah Haikal. Matanya merah menyala merenung wanita yang berbaju kurung hijau itu.
            “Baikah!” Aina terkejut apabila dijerkah seperti itu. Dengan pantas, dia menarik langsir itu. Bilik itu kembali gelap.
            “Kenapa kau masih tercegat di situ? Berambus!” marah Haikal.
            “Aaa…saya bawakan sarapan untuk tuan. Mak Som kata tuan belum bersarapan lagi.” Aina segera mengambil dulang yang berisi pinggan yang mengandungi beberapa biji karipap, secawan air teh dan segelas air fresh orange dan diletakkan di meja kecil yang terletak di hadapan Haikal. “Jemput la makan,tuan! Saya tahu tuan mesti lapar kan. Sedap karipap ayam yang Mak Som masak ni.”
            “Aku tak mahu makan. Kau bawa makanan ni keluar sekarang juga.”
            “Tapi tuan, biarkan perut kosong, tak baik untuk kesihatan tuan. Kalau tuan sakit, Mak Engku dan Puan mesti susah hati.” Aina cuba memujuk Haikal.
            “Hey, suka hati aku. Aku nak makan ke tak makan ke? Itu hal aku. Keluar.” Jerkah Haikal. Dia bangun.
            Aina mengundur langkahnya beberapa tapak. Suara Haikal hampir sahaja membuat jantungnya tercabut. Garangnya. Kata Rina, Haikal seorang lemah lembut tetapi yang berada di hadapan aku tidak sama dengan apa yang dikatakan oleh Rina.
            “Apa kata Tuan cuba dulu rasa.” Aina masih tidak berputus asa.
            “Keluar.” Haikal mengambil pinggan yang berisi karipap dan dibaling ke arah Aina.
            Dengan pantas Aina mengelak.Pinggan itu tetap terkena dinding dan pecah. Karipap bertaburan di atas lantai. Bulat mata Aina melihat ke arah pinggan itu. Nasib baik aku sempat mengelak. Pandangan Aina dialihkan pada Haikal. Bibir Aina terketar-ketar.
            “Tunggu apa lagi, keluar!” jerit Haikal. Dia mengambil gelas yang berisi air fresh orange dan dihalakan kea rah Aina.
            Aina segera berlari keluar dan menutup pintu itu. Aku perlu selamatkan diri aku. Dia tak dapat membayangkan cawan dan gelas itu berterbangan ke arahnya. Brutal jugak Haikal ni. Nafas Aina turun naik. Dia terdengar bunyi cawan dan gelas yang dilontarkan ke pintu dan pecah. Aina menarik nafas panjang. Nasib baik aku keluar cepat. Aina merenung di pintu itu. “Aku takkan cepat putus asa. Aku akan pastikan misi pertama aku berjaya. Ini Aina.” Aina tersenyum sendirian.

                        ************************************************

            Aina melangkah masuk ke dapur. Mak Som dan Murni begitu sibuk memasak sehingga mereka berdua tak sedar dengan kehadiran dirinya. “Mak Som, Tuan Haikal selalu ke lontar barang kat Mak Som?”
            “Tanya Murni. Dia yang selalu kena.Tugas Mak Som di dapur saja” Jawab Mak Som.
            Murni yang sedang membasuh sayur bayam di sini menoleh ke arah Aina. “Kak Aishah dah kena ke?”
            Aina menganggukkan kepalanya. Nyaris-nyaris aku kena tadi.
            “Sebelum ni perangai Tuan Haikal bukan seperti itu. Selepas Cik Sofea menghilangkan diri, sikap Tuan Haikal berubah. Pemarah dan panas baran.”kata Murni dengan nada sedih.
            “Terus terang Mak Som beritahu Aishah, Mak Som tak suka dengan Cik Sofea tu. Eee…perangainya jauh berbeza dengan Tuan Haikal.”
            “Contohnya?” Aina merenung Mak Som. Nampaknya Sofea tidak disukai ramai.
            Murni menoleh ke kiri dan kanan. “Kalau Kak Aishah nak tahu, perangai Cik Sofea tu plastic. Talam dua muka. Di depan Puan dan Tuan Haikal perangainya memang baik tetapi sebenarnya semua itu lakonan sahaja.”
            “Mak Engku?”
            “Mak Engku pun tak suka pada Cik Sofea tetapi disebabkan oleh Tuan Haikal, Mak Engkau bertolak-ansur.” Jawab Mak Som.
            “Selepas kejadian itu, Cik Sofea ada tak hubungi Tuan Haikal? Maksud Aishah, memberi penjelasan tentang apa yang berlaku?”
            “Setahu Mak Som, tiada. Selepas hari itu, Cik Sofea hilang begitu saja. Keluarga dia pun tak tahu ke mana dia pergi tetapi dia ada juga telefon keluarga untuk minta maaf di atas apa yang berlaku.”
            Dahi Aina berkerut. Selagi Haikal tak tahu apa sebenarnya yang berlaku, sikapnya tak akan berubah. Dah jelas Haikal sedang menanti kepulangan Sofea. Haikal sedang memberontak. “Mak Som, dah berapa hari Tuan Haikal tak makan?” soal Aina secara tiba-tiba.
            “Dah 3 minggu. Mak Som masak banyak lauk kegemaran Tuan Haikal tetapi tidak sentuhnya.”
            “3 minggu!” Aina terkejut. Mustahil! Kenapa dia kelihatan bertenaga? Dah 3 minggu tak makan mesti lemah. Ini tidak, aku tengok sihat saja. Sihat dan bertenaga.Mustahil 3 minggu, dia tak makan. Semasa aku masuk tadi, aku macam familiar dengan bau tu. “Murni, kenapa bau bilik Tuan Haikal macam tu?”
            “Pertama, sejak Tuan Haikal, dia tak pernah mandi atau salin bajunya. Kedua, sebab tingkap tak pernah terbuka dan Ketiga, sebab tak pernah buka pintu. Yang terakhir ialah sisa-sisa makanan yang dibuang oleh Tuan Haikal tidak dapat dibersihkan. Setiap kali Murni nak bersih, Tuan Haikal mesti akan halau Murni. Macam-macam barang Tuan Haikal baling pada Murni jika Murni tak keluar.”
            “Tetapi bau bilik itu macam ada bau kari.” Kata Aina. Dia sedang memikirkan sesuatu.
            “Kari! Seingat Mak Som, Mak Som tak pernah masak kari kerana Tuan Haikal tak suka makan kari.”
            “Yalah, Kak Aishah. Kadang-kadang tu Murni ada juga bau. Macam bau Maggie kari.”
            “Maggie Kari!” Mata Aina bulat dan tiba-tiba senyuman terukir di bibirnya. Rasanya aku dah tahu kenapa Haikal tak lapar. Aina tersenyum sendirian.
            “Kenapa dengan Kak Aishah tu, Mak Som? Tiba-tina tersenyum seorang diri.”
            “Mak Som pun tak tahu.” Mak Som melihat Aina dengan pandangan yang pelik. Dah tak betul ke budak ni?

                        **************************************************

            Aril menutup pintu kereta BMW Z4 miliknya selepas mempakir kereta itu di garaj kereta. Keluhan kuat dilepaskan sebaik sahaja melihat ibunya sedang berjalan menuju ke arahnya. Dia sudah menduga apa yang ingin dikatakan oleh ibunya.
            “Kenapa Aril mesti melayan Mimi dan Tina seperti itu. Mereka juga ada perasaan dan maruah diri.”      
            “Bagaimana pula dengan perasaan dan maruah diri Haikal pula, mama? Mama dah lupa ke siapa sebenarnya anak mama.”
            “Haikal!” Datin Sharifah Mawar terkejut apabila Aril meninggikan suara padanya.
            “Untuk pengetahuan mama, Aril tak pilih sesiapa pun. Mereka berlima tak layak menjadi isteri Aril.”
            “Sebab itu Aril harus mengenali mereka dengan lebih mendalam lagi. Dengan cara itu, Aril dapat mengenali diri mereka yang sebenar. Ini tidak, Aril tak pernah memberi peluang pada mereka. Aril bertindak membuta tuli. Menuduh mereka yang bukan-bukan.”
            “Tak payah, mama! Sekilas pandang, Aril dah tahu sifat sebenar mereka. Perangai mereka berlima, Aril rimas. Bergaduh di lobby syarikat. Mana Aril nak letak muka Aril ni, mama. Sekarang ni Aril menjadi topic panas di kalangan staf  syarikat.” Aril merenung ibunya. Kenapa mama mesti berpihak kepada mereka? Apa kelebihan mereka yang sebenarnya?
            “Bergaduh!” Datin Sharifah Mawar terkejut mendengarnya.
            “So, mereka tak beritahu mama ke tentang perkara itu! Aril dah agak. Mama rasa mereka layak ke menjadi isteri Aril. Syarikat adalah tempat Aril bekerja. Aril adalah ketua syarikat, mama kena ingat tu. Aril tak nak pekerja-pekerja Aril hilang kepercayaan pada Aril hanya disebabkan sikap mereka yang mengada-ada tu. Mama beritahu mereka, jangan menjejakkan kaki di syarikat Aril lagi.” Aril memberi amaran pada ibunya. Tali leher yang dipakainya, dilonggarkan. Panas.
            “Aril mesti faham kenapa mereka bertindak seperti itu. Sebenarnya mereka ingin mengambil hati Aril. Kan normal, seorang wanita bergaduh dengan pesaingnya. Siapa menang, dia dapat.” Ujar Datin Sharifah Mawar. Dia tak kisah semua itu. Asalkan salah seorang dari mereka menjadi isteri Aril, dia terima.
            “Mama!” Bulat mata Aril mendengar kata yang keluar dari bibir ibunya. “Sekarang ini, Aril tak kisah apa pandangan mama. Yang penting sekarang ini ialah  jika mereka menjejakkan kaki lagi di syarikat Aril, Aril tak akan teragak-agak untuk report polis. Biar mereka duduk dalam jail. Biar mereka rasa.”
            “Aril!Mereka tu berasal dari keluarga  kenamaan . Aril tak boleh buat mereka macam tu.” Giliran Datin Sharifah Mawar terkejut dengan kata-kata Aril.
            “I don’t care. Aril akan guna apa cara sekalipun asalkan mereka tak mengganggu hidup Aril lagi. Aril penat, mama. Aril masuk dulu.” Aril terus melangkah menuju ke pintu rumah utama banglo mewah itu. Dia malas untuk bercakap dengan ibunya. Mustahil mama akan faham dan berpihak pada aku. Tindakan Aina memang tepat. Jika tidak, Aina akan menerima nasib yang sama seperti aku. Aril mengeluh. Semakin hari dia dapat merasakan hidupnya semakin gelap.
            “Aaaaa…..” Datin Sharifah Mawar tercengang. Dia tak sangka sikap Aril seperti itu. Selama ini Aril mengikut saja katanya tetapi sebalik pula hari ini.
            “Inilah yang terjadi jika terjolok sarang tebuan.” Sindir Tan Sri Syed Abu Bakar yang kebetulan berada di situ. Mereka tidak sedar akan kehadirannya di situ. Dia mendengar segala-galanya semasa dia sedang menyiram pokok bunga.
            “Abah perli Mawar ke? Kenapa semua orang di rumah ini tak faham apa yang Mawar cuba lakukan?”
            “Kami faham. Masalahnya sekarang ni terletak pada Mawar. Dari reaksi Aril tadi, Mawar sepatutnya dah faham kan .”
            “Faham apa? Yang Aril mahu sumbat mereka berlima ke dalam jail ke?”
            “Sia-sia sahaja Abah hantar Mawar belajar ke luar negara, perkara macam ni pun Mawar masih tak faham. “ Tan Sri Syed Abu Bakar mengetap bibirnya.
            “Abah tak payah nak berkias-kias dengan Mawar. Stright to the point.” Mawar geram kerana setiap kali bercakap ayahnya.
            “Aril tak mahu Mawar masuk campur dalam hidupnya lagi especially tentang isteri. Faham.”  Tan Sri Syed Abu Bakar terus meninggalkan anaknya. Dia kenal sangat dengan anaknya. Mustahil Mawar akan berputus asa. Selagi hasratnya belum tercapai, dia akan berusaha. Kasihan Aril. Kan senang jika Aril ada pilihannya sendiri. Semua ini tak akan timbul.
             Datin Sharifah Mawar masih berdiri di situ. Bibirnya terketar-ketar menahan geram. Apa yang aku buat semuanya salah? Mustahil aku akan berhenti. Tahun ini, Aril mesti berkahwin. Tak kira dengan sesiapa pun. Datin Sharifah Mawar sudah bertekad.

                                                *****************************

            Aina merenung makanan yang terdapat di dalam dulang itu. Pasti makanan ini akan dibazirkan begitu saja. Dia sudah tahu apa yang berlaku. Aina memegang mangkuk yang berisi sup ayam itu. Sejuk! Kenapa sejuk? Mak Som lupa ke? Dahi Aina berkerut. Tak apalah, jika aku suruh Mak Som panaskan pun. Nasib sup ini tetap tak akan berubah. Aina mengalihkan pandangannya pada pintu bilik itu. Aina menarik nafas panjang. Aku mesti berani. Ini Sharifah Aina Aishah. Aku tak takut pada sesiapa pun kecuali Allah S.W.T. Aku ada misi yang perlu dijalankan. Aku mesti cari sampai dapat.
            Aina mengetuk pintu itu beberapa kali. Masih tiada jawapan. Aina mengambil keputusan untuk membuka pinta dengan kunci pendua yang diberi oleh Murni. Aina memulas symbol pintu perlahan-lahan. Pintu terbuka. “Tuan Haikal! Saya bawakan makan malam untuk tuan.” Kata Aina. Gelap. Aina membuka pintu dengan luar agar cahaya lampu luar dapat memasuki ke dalam bilik itu. Mana pulak Haikal ni? Aina memerhati di segenap sudut bilik itu.  Aina cuba untuk menghidu sesuatu. Bau yang dihidunya pagi tadi sudah hilang Yang ada hanya bau hapak. Macam mana dia boleh hidup seperti ini. Bilik berselerak macam kena gempa bumi.
            “Tuan Haikal……” panggil Aina dengan nada suara yang tinggi.
            “Aku di sini. Telinga aku belum pekak lagi. Kau tak payah nak terpekik-pekik macam tarzan.” Akhirnya Haikal bersuara. Apa lagi perempuan ni mahu?
            Aina melihat lelaki itu sedang duduk di kerusi malas yang diperbuat dari rotan. “Aaa..Tuan! Saya bawakan makan malam. Malam ini, Mak Som masak banyak lauk-lauk yang sedap. Ada sup ayam, sambal petai udang dan ikan bakar. Sedap, tuan.” Aina mengatur langkah menghampiri lelaki itu.
            “Aku tak mahu makan.”
            “Tuan tak kasihan ke pada Mak Som. Mak Som masak semua ini untuk tuan. Tuan makan la sedikit.” Pujuk Aina.
            “Aku tak mahu makan! Kau faham tak?” tengking Haikal. Siapa perempuan? Mana Murni? Orang gaji baru ke? Ahh…aku tak peduli semua itu. Aku perlu halau perempuan ini dari bilik aku.
            “Tuan sepatutnya bersyukur dengan apa yang tuan ada sekarang ini. Tak elok membazir makanan, Allah tak suka.”
            “Hey!” tengking Haikal. Dia terus bangun dan menghampiri Aina. Berani dia nak mengajar aku.
            Aina terkejut apabila Haikal dekat dengan dirinya. Aduh, busuknya. Dah macam bau sampah. Aina menahan nafas. Baunya menusuk hidung. Boleh rosak deria bau aku ni!
            “Jangan cuba nak mengajar aku. Kau sepatutnya cermin diri kau dulu. Sedar siapa kau yang sebenarnya. Kau tu orang gaji. Kau sepatutnya tahu batas kau.”marah Haikal.
            Aina ingin bersuara tetapi dia rasa belum tiba masanya lagi. Tahulah aku nak ajar kau nanti. Aina hanya mendiamkan diri.
            Haikal mengambil mangkuk yang mengandungi isi ayam dari dulang  Dia menuang sup itu di atas kepala Aina. Hatinya puas. Dia membaling mangkuk itu ke dinding dan pecah
            Aina mengetap bibirnya menahan sabar. Sabar, Aina! Sabar. Dia pesakit kau. Aina cuba menyejukkan hatinya. Aina mengusap mukanya yang dibasahi oleh sup ayam. Nasib baiklah, sup ayam tu sejuk. Jika panas, habis melecur muka aku.
            “Aku rasa ini belum cukup lagi.”  Haikal tersenyum sinis. Masak sambal petai udang diambil dan dituang di kepala Aina. Tiada belas kasihan di hatinya. Dia perlu ajar perempuan ini.
            Aina meraba di kepalanya. Ada beberapa ekor udang di atas kepala dan tudungnya. Baju dan tudungnya kotor. Aina merenung lelaki. Tak mengapa, kali ini aku beri muka pada kau. Aku kena bersabar.
            Haikal kembali duduk di kerusi malasnya. “Tunggu apa lagi, berambus.” Jerkah Haikal apabila Aina masih berada di dalam bilik itu. Dia kembali memejam matanya. Wajah Sofea muncul di mindanya.

                        **********************************************

            “Kak Aishah!” jerit Murni apabila melihat keadaan Aina. Segera dia mengambil tuala di almari.
            Mak Som berpaling. Tangannya yang begitu ligat membasuh pinggan terhenti. Dia terkejut melihat Aina yang basah.
            “Aishah dah faham kenapa Mak Som tak panaskan sup ayam tu.” Aishah mengambil tuala dari Murni dan mengelap mukanya. Rasa melekit
            “Murni nak beritahu Kak Aishah tadi tapi tiba-tiba saja Kak Aishah dah pergi hantar makanan kat Tuan Haikal.” Murni rasa bersalah. Masa itu dia sedang menghidang makanan di ruang tamu untuk Mak Engku dan Puan. Sebaik sahaja dia kembali ke dapur, Aishah sudah tiada bersama dulang yang berisi makan malam Tuan Haikal.
            “Mak Som tak faham kenapa perangai Tuan Haikal berubah. Lebih baik Aishah mandi dulu, mesti Aishah tak selesa sekarang ini.”
            “Sekejap lagi, Aishah mandi. Mak Som yang jaga Tuan Haikal sejak kecil lagi kan?”
            “Ya.”
            “Masa kecil, jika tuan Haikal sembunyikan sesuatu, pasti Mak Som tahu kan.”
            “Hmmm…bawah sofa.”
            “Bawah sofa.” Dahi Aina berkerut. Aina teringat semasa dia masuk ke dalam bilik itu. Haikal sedang duduk di sofa itu. Aina tersenyum.
            “Kenapa tiba-tiba Aishah nak tahu?”
            “Hmm….Aishah dapat rasakan Tuan Haikal sedang sembunyikan sesuatu dari kita.”
            “Apa dia?” Mak Som terkejut.
            “Tetapi Aishah kena cari bukti dulu. Selepas itu baru Aishah beritahu Mak Som dan Murni.” Aina tersenyum. Yang menjadi masalahnya, macam mana aku nak cari jika Haikal sentiasa berada di dalam bilik itu dan pintu juga sentiasa berkunci. Hmm..aku kena cari jalan juga ini.

                                    ***************************************
            Aina melihat di sekeliling bilik itu. Mana Haikal? Aina berpaling ke arah bilik air. Mungkin dalam toilet kot. Inilah masanya. Aina meletakkan bakul kosong di lantai. Dia sepatutnya mengambil baju-baju yang berselerak di dalam bilik itu. Senyuman terukir di bibirnya. Dia menoleh ke kiri dan kanan kerana bimbang akan kehadiran Haikal. Inilah peluang aku. Langkahnya diatur menghampiri sofa biru itu. Akhirnya dapat juga aku menghampiri  sofa ini. Sudah beberapa kali dia cuba tetapi kehadiran Haikal menyukarkan pencariannya. Selama seminggu dia bersabar, akhirnya membuahkan hasil juga.
            “Kau buat apa, hah?” jerkah Haikal merenung tajam pada Aina.
            Aina terus mengambil baju Haikal yang berada di sofa. “Kutip baju, Tuan! Mak Engku pesan supaya bilik ini dikemaskan. Dah macam sarang tikus.” Jawab Aina dengan segera. Aina mengetap bibirnya. Ahhh…kenapa dia muncul sekarang ni? Sikit lagi. Aina hampa. Usahanya gagal lagi.
            Haikal menghampiri Aina dan menolak Aina ke tepi dengan kasar. Matanya merah menyala. “Bilik aku nak macam sarang tikus ke? Itu hak aku. Bilik aku. Suka hatilah aku nak buat apa pun. Kau jangan cuba nak mengemas bilik aku.” Haikal menunding jari ke arah Aina.
            “Tetapi ini arahan dari Mak Engkau.” Kata Aina lagi. Memang betul tekaan aku. Sofa itu adalah tempat dia menyembunyikan bekalan makanannya. Berdasarkan tindakannya tadi, dia tak mahu aku menghampiri sofa itu. Tak mengapa, aku ada banyak masa lagi.
            “Tetapi ini bilik aku. Keluar. Keluar!” jerit  Haikal. Setiapa hari perangai perempuan ini menyusatkan fikiran aku. Aku buat apa pun. Dia tak takut pun.
            “Saya hanya nak kutip baju ni saja. Salah ke, tuan!”
            “Keluar!” jerit Haikal lagi.
            “Tak sakit tekak ke bila jerit macam tu. Perangai macam budak-budak. Keluar! Keluar!” Aina mengambil bakul kosong itu sambil membebel seorang diri. Aina berjalan menuju ke pintu. Misinya gagal lagi.
            Bulat mata Haikal mendengarnya. Setiap perkataan dari mulut Aina didengarnya. Berani dia mengejek aku. Haikal berjalan mendekati Aina dan menolaknya dari belakang dengan kasar.
            Aina terkejut apabila ditolak dengan kasar keluar dari bilik itu. Aina berpaling. Main kasar ye? Aina merenung Haikal yang berada di sebalik pintu itu.
            Haikal tersenyum sinis dan menghempas pintu dengan kuat.
            Aina tergamam apabila pintu dihempas dengan kuat. Nyaris-nyaris nak terkena mukanya. “Ahhh…..Nasib baik tak terkena muka aku. Aku tahu la kau ada pintu. Kalau tak ada pintu, baru padan muka kau.” Aina menghempas bakul kosong  di tangannya. Tiba-tiba senyuman terukir di bibirnya. Aku tahu macam mana aku nak ajar kau selepas ini. Aku dengan cara lembut tetapi kau tetap berdegil. Kau tunggulah.

2 comments:

hani said...

ha..ha..ha...lawak juga haikal ye..patut tak sakit & lemah rupa2nya ada stok makanan di dalam bilik ye....bagus aina..lucu juga...bila aril jumpa gan rina..??? nak lg

nur nadiah said...

best citer ni... pt2 la smbg... nti mesti aina dgn haikal n rina gn aril

Post a Comment