Thursday, September 29, 2011

Siapa Orang Gajiku? Bab 8

BAB 8

            Haikal memegang perutnya yang asyik meragam. Dah beberapa kali perutnya berbunyi. Selama ini jika dia lapar, dia akan makan stok makanan yang disembunyikan selama ini. Disebabkan oleh orang gaji baru tu, aku terpaksa berlapar. Aishah! Namanya Aishah. Dengar nama saja, dah buat aku meluat. Sudah dua hari aku tak makan. Ahhh…laparnya. Haikal melihat jam dinding yang menghiasi biliknya. Sudah pukul 8.30 malam. Nenek memang serius. Sudah dua hari, tiada sesiapa datang menghantar makanan padanya.
            “Tuan lapar ke?” tegur Aina yang berdiri di luar bilik Haikal. Dia memegang dulang yang berisi lauk pauk untuk makan malam. Aina tersenyum melihat Haikal yang sedang gelisah. Mesti lapar?
            “Kau peduli apa? Berambus.” Marah Haikal. Dia memandang ke arah lain.
            “Baiklah jika tuan kata begitu tetapi sayang, apa saya nak buat dengan makanan ni? Nak buang sayang. Ada tomyam campur, kalian masak ikan bilis, telur bungkus dan ayam masak merah. Kata Mak Som, semua ini makanan kegemaran tuan. Jika Mak Som tahu Tuan tak makan, mesti Mak Som kecil hati. Selama ini pun Mak Som dah kecil hati pada Tuan.” Aina membuat mimic muka.
            Bau tom yam membuat air liurnya meleleh. Mendengar setiap nama lauk kegemarannya.menggugat nafsu makannya. Sedapnya. Aahhh…tak boleh. Aku ada maruah diri. Aku tak boleh kalah jika tidak dia akan ketawa pada aku. Aku rela berlapar daripada tunduk pada perempuan tu. “Aku tak mahu makan. Tengok muka kau, aku dah hilang selera.”
            “Betul ke tuan tak mahu. Sudah dua hari tuan tak makan. Saya ingat tuan lapar sebab itulah saya bawakan makan malam untuk tuan tanpa pengetahuan Mak Engku. Membazir kalau tak makan.”
            “Aku tak perlukan simpati dari kau! Jika kau nak makan, kau makanlah. Aku tak kisah.”
            “Baiklah jika tuan kata macam tu, saya makan bagi pihak tuan.Saya ada baca dalam suratkhabar, menurut kajian manusia hanya boleh hidup selama 8 minggu tanpa makanan. Selepas itu mereka akan mati akibat kekurangan zat atau kelaparan terutamanya di Somalia. Kasihan kan.”  
            “Aishah, kau minta aku mati cepat ke?’ Nada suaranya ditinggikan. Mata Haikal tepat merenung wanita bertudung hitam itu. Nafasnya turun naik.
            “Tidak, tuan! Nampaknya tuan salah faham. Saya baca apa yang tercatat di dalam suratkhabar tu saja. Saya tak ada niat menyinggung hati sesiapa pun terutamanya tuan. Lagipun tuan baru 2 hari tak makan, masih ada lagi 54 hari.”
            “Aishah!” Haikal mengetap bibirnya. Berani dia perli aku! Siapa Aishah sebenarnya? Tiba-tiba wajah Haikal berubah apabila perutnya berbunyi. Haikal memandang ke arah lain. Kuat bunyinya. Pasti Aishah mendengarnya.
            “Bunyi apa tu, tuan?” Aina tersengih. Orang angkuh beginilah akibatnya. Lapar tetapi tak mahu mengaku.
            “Bunyi apa? Aku tak dengar apa-apa pun.” Bohong Haikal. Dia tak berani bertentangan mata dengan Aina. Maruah dirinya harus dijaga.
            “Yak ke? Mesti telinga saya yang ada masalah.” Aina membuat mimic muka.Dia berpura-pura tidak mendengar. Dia duduk bersila di luar bilik Haikal. Dulang yang mengandungi makan malam diletak di hadapan Aina. Aina menadah tangan dan membaca doa makan.
            “Kau buat apa, hah?”
            “Makan, tuan!”
            “Hey, kalau kau nak makan lebih baik kau makan di dapur. Jangan nak makan di depan pintu bilik aku.”
            “Tak boleh, tuan! Jika saya makan di dapur, Mak Som mesti kecil hati. Iyelah, tuan tak makan lauk yang Mak Som masak untuk tuan. Saya rasa lebih baik saya makan di sini. Tiada siapa nampak.” Aina mengacau mangkuk yang berisi tom yam sehingga baunya meresap di udara. Biar kau terliur, berlagak! Rezeki di depan mata pun tak pernah nak bersyukur. “Sedapnya! Rugi tuan tak makan.”
            Tangan Haikal mengeletar menahan geram. Aku tahu kau sengaja nak menyakitkan hati aku. Bau tom yam itu membuat dirinya tergugat. Perutnya semakin berkeroncong. Haikal menelan air liur bila melihat Aina begitu selera makan di hadapannya seolah-olah dirinya tidak wujud lagi.
            “Betul ke tuan tak nak makan?” soal Aina lagi. Dia sengaja ingin menunjuk. Dia sedar Haikal sedang memerhati.
            “Kau makanlah seorang. Aku dah kenyang.” Jerit Haikal. Dia segera berjalan masuk ke dalam tandas. Pintu tandas ditutup dengan kasar. Jika aku berdiri lama di situ, pasti aku tidak dapat menahan lagi. Aku tak boleh tunjukkan kelemahan aku jika tidak pasti Aishah akan mengejek aku.
            Aina tersenyum lebar melihat reaksi Haikal. “Orang berlagak sombong beginilah jadinya. Aku nak lihat sehingga bila kau dapat menahan lapar. “

                                    ******************************************

            Haikal menoleh ke kiri dan kanan. Langkahnya diatur perlahan dan tidak berbunyi. Dia bimbang jika kehadirannya dihidu oleh penghuni rumah itu. Jam sudah menunjukkan 2.00 pagi. Dapur adalah destinasinya. Dia sudah tidak dapat menahan lagi. Waktu ini adalah sesuai untuk aku mencari makanan di dapur. Pasti di peti sejuk ada makanan. Keadaan gelap menyukarkan Haikal mengatur langkah. Dia bimbang akan terlanggar sesuatu. Setelah memastikan tiada sesiapa, Haikal menggunakan lampu suluh yang dibawanya. Cahaya dari lampu suluh itu sedikit sebanyak membantu Haikal. Dia segera mendekati peti sejuk.
            “Apa ni” Haikal tergamam dan memegang rantai besi yang mengelilingi peti sejuk. Ada mangga lagi. Haikal menggenggam erat lampu suluh. Sakit hatinya. “Ini mesti kerja Aishah.” Perut Haikal berbunyi lagi. Teruklah macam ini. Dia sudah tak tahan lagi.
            Haikal menghala lampu suluh di segenap sudut dapur namun kecewa. Kemas dan bersih. Tiada apa yang boleh dimakan. Almari yang mengandungi makanan turut sama dikunci. “Ini rumah aku! Berani Aishah  melayan aku sebegini.”
            Tiba-tiba matanya terhenti pada tudung salji kecil di atas meja makan di dapur. Mungkinkah makanan. Tanpa membuang masa Haikal membuka tudung salji itu. Matanya terkebil-kebil melihat dua bungkusan biskut. “Ini saja ke?” Dahi Haikal berkerut. Kenyang ke? Haikal menarik sekeping kertas yang diletakkan di bawah bungkusan biskut.
            “Selamat menjamu selera. Bersyukurlah dengan apa yang ada.” Haikal membaca apa yang tertulis di kertas itu. Bibir Haikal bergetar. Kertas itu diramasnya dan dibuang ke dinding. “Kau sengaja nak berperang dengan aku kan!” kata Haikal. Dia cuba mengawal kemarahannya tetapi matanya masih tidak berganjak merenung 2 bungkusan biskut itu.

                        ********************************************

            Tengku Fauziah dan Tengku Fazira berjalan seiringan menuruni anak tangga menuju ke ruang makan untuk bersarapan pagi.
            “Umi, hari ini biarlah Fazira yang berjumpa dengan Puan Sri Zaiton. Umi berehatlah di rumah.”
            “Hmm…baiklah. Jangan pula bertanya pada Puan Sri Zaiton tentang majlis amal tu. Dia nak join ke tak?”
            “Baiklah, Umi.” Langkah Tengku Fazira terhenti. Kehadiran Haikal di ruang makan mengejutkan Tengku Fazira. Dia bergegas menghampiri Haikal yang begitu enak menjamu selera.
            Tengku Fauziah tersenyum. Dia yakin Aina akan berjaya menjalankan tugasnya. Perlahan-lahan Tengku Fauziah melangkah mengikuti jejak anaknya.
            “Haikal! Ibu…Ibu gembira Haikal dah makan. Lega hati ibu.”  Tengku Fazira menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Haikal. Matanya tidak lekang memandang anaknya.
            Haikal mengerling pada neneknya yang hanya diam membisu. Tiada apa-apa reaksi. Sakit hati bila diri tidak dipedulikan.
            “Tuan ini bihun goreng yang tuan minta. Selepas ini tuan nak makan apa lagi? Dah 2 pinggan nasi lemak tuan makan, belum kenyang lagi ke?” kata Aina meletakkan pinggan yang berisi bihun goreng. Dia terkejut apabila melihat Haikal berada di dapur selepas menunaikan sembanhyang subuh. Begitu juga dengan Melati dan Mak Som. Ayat pertama yang keluar di bibir Haikal ialah aku lapar. Akhirnya Haikal mengaku kalah juga.
            “Aishah! Selama ini, beginikah kau bercakap dengan Haikal.” Tengku Fazira meninggikan suaranya. Dia tak suka cara Aishah bercakap dengan anaknya. “Kau dah lupa ke kau tu orang gaji di rumah ini.”
            Haikal tersenyum melihat Aisha dimarahi oleh ibunya. Padan muka.
            “Maaf, puan!” Aina meminta maaf. Aina membetulkan cermin matanya. Dia terkejut apabila ditengking seperti itu.
            “Kau dengar sini baik-baik, apa masalahnya jika Haikal nak makan lagi? Ini rumah dia. Jika Haikal nak makan apa-apa pun, kau kena turuti. Faham! Buat kerja sikit saja, dah mengungkit.” Matanya tepat merenung Aina yang menundukkan kepalanya.
            “Baik, puan!” Aina mengalah. Dia tak mahu mengundang masalah di antara ibu Haikal.
            “Aku nak roti bakar, roti telur dan sandwich. Aku nak sekarang.” Haikal bersuara sambil tersenyum. Hatinya berbunga riang apabila Aishah dimarahi oleh ibunya. Aishah tidak menjawab walaupun dimarahi oleh ibunya. Biar dia tahu langit tinggi ke rendah. Aku siapa dan kau siapa?
            Aina merenung Haikal. Aina bengang. Minta lagi? Habis ke kau makan nanti? Kau sengaja nak menyusahkan aku kan! Aina masih merenung Haikal.
            “Kenapa kau tercegat di situ lagi? Kau tak dengar ke apa Haikal cakap pada kau tadi? Pekak ke?” marah Tengku Fazira.
            Aina terkejut sekali lagi apabila mendengar suara Tengku Fazira. Sejak dari tadi dia tahu Tengku Fazira sengaja mencari salahnya. Aku mesti bersabar. Ingat Aina, tujuan sebenar kau ke sini! RM 100 ribu. “Baiklah!” Aina segera meninggalkan mereka bertiga.
            Haikal ketawa bila melihat gelagat Aishah. Rupa-rupanya dia takut pada ibu. Bagus.
            “Setiap manusia ada hati dan perasaan. Tak kiralah mereka tu orang gaji ke tukang kebun ke? Kita tetap manusia. Kita hidup di bumi yang dipinjam kepada kita oleh Allah S.W.T. Taraf kita sama sahaja.” Tengku Fauziah bersuara. Anak dan mak sama sahaja.
            “Umi masih nak membela budak tu lagi? Umi tak nampak ke cara dia melayan Haikal? Kurang ajar.”
            “Umi tak nampak pun apa masalahnya. Aishah hanya menjalankan tanggungjawabnya. Fazira dan Haikal yang selalu timbulkan masalah bukannya Aishah.”
            “Fazira hairan kenapa Umi selalu berpihak pada Aishah. Apa sebenarnya hubungan umi dan Aishah?” Tengku Fazira mula syak sesuatu.
            “Hubungan apa pulak ni? Fazira sendiri tahu perangai umi kan! Umi tidak akan berdiam diri jika ada orang dilayan secara tidak adil terutamanya sekarang ini. Aaa….Haikal, kamu tak rimas ke dengan keadaan diri Haikal sekarang ini? Kotor! Tak terurus. Dah macam peminta sedekah! Dah berapa hari Haikal tak mandi ni?” Tengku Fauziah mengelengkan kepalanya melihat pakaian Haikal yang selekah. Rambut panjang yang melebih bahu malah kusut. Bau badan Haikal menusuk hidungnya.
            Haikal mendiamkan diri. Pertanyaan neneknya tidak dipeduli. Dia mengambil bihun goreng yang dimasak oleh Aishah dan dimakannya perlahan-lahan. Dia tidak berani bertentang mata dengan neneknya.

                                    *************************************

            Datin Sharifah Mawar membuka kad kecil yang berada di atas bungkusan yang diterimanya sebentar tadi. “Happy Birthday, mama!” Itulah yang tertera di dalam kad itu. Hari ini merupakan hari jadinya. Setiap tahun Aina tidak pernah lupa memberikan hadiah hari jadi padanya. Datin Sharifah Mawar segera membuka bungkusan itu. Ada selendang berwarna merah di dalamnya. Datin Sharifah Mawar tersenyum. Dia gembira dengan pemberian Aina.
            Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi, Datin Sharifah Mawar segera menjawabnya.
            “Happy Birthday, mama!” ucap Aina.
            Senyuman lebar terpampang diwajahnya apabila mendengar suara itu. “Aina! Aina di mana sekarang ini? Beritahu mama, nanti mama pergi ambil Aina?” soal Datin Sharifah Mawar bertubi-tubi. Terubat sedikit kerinduannya pada anak bongsunya itu.
            “Don’t worry mama! I’m fine!”
            “Aina tak sayang mama lagi ke? Kenapa Aina buat mama macam ni? Hari ini birthday mama, Aina balik ye! Kita celebrate sama-sama ye” pujuk Datin Sharifah Mawar.
            “I’m sorry! Satu hari nanti Aina akan pulang tetapi bukan sekarang. Tugas Aina belum selesai lagi. Selepas tugas Aina selesai, Aina janji Aina akan pulang .”
            “Tugas apa, Aina?” soal Datin Sharifah Mawar ingin tahu. Mungkin dengan cara ini dia tahu di mana Aina berada sekarang ini.
            “Hal kerja, mama!” jawab Aina ringkas. Dia tahu agenda di sebalik persoalan itu.
            “Sehingga tak boleh beritahu, mama! Confidential ke ? Hmm….Aina tak rindu mama ke?”
            “Rindu, mama! Siapa yang tak rindu ibu sendiri? Aina harap ibu suka dengan pemberian Aina.” Aina cuba mengubah topic perbualan mereka. Nasib baiklah nombor telefonnya adalah private number. Jika tidak pasti dapat dikesan oleh mama.
            “Mama suka. Aina jangan nak ubah topic perbualan kita. Baliklah ye, sayang.” Datin Sharifah Mawar masih cuba memujuk. Dia berdoa agar anak bongsunya itu mengubah fikiran.
            “I hope you understand, mama! Belum tiba masanya lagi Aina pulang. Percayalah, satu hari nanti Aina akan balik ke rumah. Aina belum bersedia lagi. Mama faham maksud Aina kan!” ujarnya lagi. Aina tahu sebaik sahaja dia menjejakkan kaki di rumah agam itu, sukar untuk dia melepaskan diri lagi.
            “Kenapa Aina dan Aril menyalahtafsirkan niat mama? Mama buat semua ini kerana anak-anak mama.” Mood Datin Sharifah Mawar berubah. Dia tahu apa yang ingin disampaikan oleh Aina. Salah ke aku buat semua ini?
            “Ya, kami tahu semua itu, mama! Tetapi kami belum bersedia menghadapi semua itu. Besar tanggungjawabnya. Perkahwinan bukan untuk sehari dua , mama. Ia untuk selama-lamanya.” Aina menarik nafas sedalam-dalamnya. Mama masih lagi belum faham. Aina terkejut melihat Haikal yang sedang memanggilnya dari balkoni biliknya. Apa pulak dia nak kali ini? Hmmm….Aina terpaksa pergi dulu, mama! Nanti Aina call mama lagi. Assalammualaikum.” Aina terus menamatkan perbualan mereka. Telefon bimbit itu dipadamkan. Dia tahu mahu mama menghubunginya selepas ini.
            “Aina! Aina!” Datin Sharifah Mawar terkejut apabila Aina menamatkan perbualan mereka dengan tergesa-gesa. Dia cuba untuk menghubungi Aina tetapi gagal. Datin Sharifah Mawar berasa pelik dengan kelakuan Aina. Seolah-olah ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Aina.

                                    ***************************************

           
            Aina hairan melihat kelakuan Rina yang asyik termenung.Wajahnya masam mencuka seperti ada sesuatu yang telah terjadi pada dirinya sehingga kehadiran Aina di dalam bilik bacaan Tengku Fauziah tidak disedari oleh Rina.
            “Rina!” tegur Aina.
            Lamuan Rina tersentak mendengar teguran Aina. Rina menoleh dan tersenyum. “Ooo…Kak Aina rupanya.”
            “Rina ada masalah ke? Kak tengok sejak dari tadi Rina termenung saja.” Teka Aina. Sejak dulu lagi, dia sudah menganggap Rina seperti adiknya sendiri. Aina merenung Rina dengan penuh perihatin.
            Rina melepaskan keluhannya dengan kuat. “Semasa Rina on the way ke sini, ada orang langgar belakang kereta Rina di traffic light di Taman Sri Sempurna. Rina geram dengan sikap pemandu kereta yang melanggar kereta Rina. Tak ada budi bahasa langsung. Dahlah tak minta maaf pada Rina selepas itu dia beri kad namanya pada Rina dan terus pergi begitu saja. Rina ni dibuatnya seperti orang bodoh.  Yang paling buat Rina sakit hati apabila Rina cuba menghubungi kad nama yang diberi oleh lelaki itu tetapi talian sudah tamat perkhidmatan. Dasar kaki penipun. Bawa saja kereta mewah tetapi penipu. Aaa…;geram!” Rina meluahkan isi hati yang terbuku. Kalaulah aku jumpa lelaki itu, tahulah nasib kau nanti. Kalau tak nak bayar, beritahulah. Tak payah menggunakan helah.
            “Biasalah,Rina! Ada juga segelentir masyarakat yang hanya tahu menyelamatkan diri mereka sahaja. Hmm..sekarang ini kereta Rina di mana?”
            “Workshop! Seminggu lebih baru siap.”
            “Lamanya. Habis tu, Rina nak ke sekolah naik apa?”
            “Teksi.”
            “Teksi!” Aina terkejut dengan jawapan Rina. “Kak rasa Rina guna sajalah kereta kakak tu. “
            “Eh, tak payahlah. “
            “Lagipun kereta kak tu dah lama tidak bergerak sepanjang kak tinggal di sini. Untuk sementara waktu, Rina bawalah kereta kak tu. Kereta tak elok juga tidak ditinggalkan, sesekali enjin kereta mesti dihidupkan juga. Guna sajalah, ye.” Pujuk Aina.
            “Baiklah! Terima kasih , kak.”
            “Nanti kak berikan kunci kereta pada Rina.” Aina tersenyum. Dia gembira Rina menerima niat baiknya.
            “maaf! Nenek lambat.” Tengku Fauziah menutup pintu dan menghampiri mereka berdua yang sedang menunggu.
            Rina bangun dan bersalaman dengan neneknya.
            “Nenek ada hal tadi. Aaa….Aina, nenek nak ucapkan tahniah kerana Aina telah berjaya menyempurnakan tugas Aina yang pertama.” Ucap Tengku Fauziah selepas melabuhkan punggungnya di sofa.
            Aina tersenyum mendengarnya.
            “Tugas yang kedua ialah Aina perlu memastikan Haikal mandi.”
            ‘Apa! Nenek nak Aina mandikan Haikal ke? Eh, tak boleh nenek! Haram. Kami tak ada apa-apa petalian yang sah. Tak boleh, nenek.” Kata Aina dengan panjang lebar. Dia terkejut dengan tugasan kedua yang diberikan oleh Tengku Fauziah. Hish…minta simpang semua itu. Haikal bukannya budak kecil lagi. Dia boleh jadi bapa budak pun.
            “Bukan itu maksud nenek! Nenek belum habis cakap lagi. Maksud nenek, nenek mahu Haikal mandi dengan sendirinya. Nenek tak kisah apa juga cara yang Aina nak gunakan sebab nenek tahu Aina seorang yang bijak.” Tengku Fauziah tersengih. Geli hatinya melihat wajah Aina yang merah akibat malu.
            “He he he…Miscommunication la pulak.” Aina ketawa sendiri. Dia cuba menutup malu disebabkan oleh dirinya sendiri. Hish…tu la, orang tak abis cakap dah menyampuk tanpa usul periksa. Sekarang ni siapa nak malu, aku jugak. Dia tersenyum sendiri.
            “Tapi kalau Kak Aina nak mandikan Abang Haikal, apa salahnya tetapi sebelum itu Kak Aina dan Abang Haikal kena berkahwin dulu. Betul tak, nenek?” Usik Rina sambil matanya melirik ke arah neneknya. Rina tahu hanya Aina dapat menjinakkan abang sepupunya itu.
            “Betul! Nenek tak kisah kalau Haikal nak kahwin dengan Aina.” Tengku Fauziah juga mengusik Aina. Bagus juga jika itu berlaku sekuranga-kurang ada juga orang yang dapat mengawal Haikal.
            “Hish…tak boleh, nenek! Aina nak ada beribu kekurangan. Tak secocok dengan cucu nenek lagipun Aina ni berada dari golongan biasa saja. Bukannya dari golongan bangsawan.” Kata Aina dengan penuh rendah diri. Menipu lagi, aku ni! Apa nak jadi dengan aku sekarang ni? Kuat menipu. Hakikatnya keluarganya adalah kerabat diraja Sultan Kedah. Bau-bau macang katakan. Tetapi dia tak pernah bangga diri dengan semua itu
            “Suka hati, Aina. Sesiapa yang menjadi pilihan Haikal, nenek terima seandainya wanita itu ikhlas dan jujur dengan cintanya pada Haikal.”
            Aina hanya tersenyum. Dia tak mampu berkata-kata. Dia bimbang kata-katanya itu akan menyingung hati sesetengah pihak. Aku biasalah, bercakap straight to the point, tak payah nak hipokrit. Yang penting Haikal bukan lelaki idaman aku! Minta dijauhkan semua itu. Dia cukup takut dengan istilah perkahwinan.
            “Aaa….satu lagi, Aina juga perlu memastikan Haikal memotong rambutnya. Nampak pandek dan kemas. Janggutnya pun mesti potong. Dah seperti monyet dalam filem Planet Of Apes pun.”
            “Nenek pun tengok filem tu ke?’ Aina terkejut. Memang brutalah nenek ni!
            “Aii…..Aina ingat nenek ni ketinggalan zaman ke? Aina ingat nenek hanya tengok filem P.Ramlee saja ke! Baru-baru ni nenek tengok filem Thor, Transformers dan banyak lagi. Cakap saja! Semua nenek tengok.”
            Rina ketawa bila mendengar kata-kata neneknya. Mengalahkan orang muda. Baru-baru ni nenek ajak aku tengok Final Destination 5. Wah, sikit pun nenek tak takut. Aku ni asyik pejam matanya saja. Takut nak tengkok. Sound effect pun dah buat aku nak luruh jantung tetapi nenek steady saja.
            “Boleh tak Aina buat tugasan kedua ni?” soal Tengku Fauziah secara tiba-tiba.
Dia memerlukan jawapan dari Aina.
            Aina seolah teragak-agak untuk memberi jawapan. Dia merenung anak mata Tengku Fauziah yang mengharap. Hal berat ni! Jika bab mandi, aku boleh terima lagi tetapi bab potong rambut dan janggut ni sensitive sikit. Dah menceroboh hak aksasi manusia ni. Kalau orang sengaja potong rambut aku, aku pun marah. Aku tak dapat membayangkan reaksi Haikal nanti bagaiman? Entah-entah roboh rumah ini dibuatnya. Aina menelan air liurnya. Kelat.
            “Nenek akan tambah RM10 ribu lagi.” Tengku Fauziah bersuara. Dia tahu Aina seperti teragak-agak.
            “Ini bukan berkaitan dengan duit, nenek!” Aina menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Aaa…baiklah, Aina cuba.”
            Tengku Fauziah tersenyum riang mendengar persetujuan Aina. Dia tahu Aina tidak akan menghampakan harapannya. Dia memerhati Aina. Wajah Aina mirip seperti seseorang yang dikenalinya …Siapa?

                                                ******************************

            Aina duduk di buaian yang terletak di belakang dapur. Aina menolak menggunakan kakinya apabila buaian itu hendak berhenti. Dia baru saja selesai menolong Mak Som masak makan malam. Dia sengaja berehat di sini. Ambil lagi. Fikirannya ligat berfikir. Apa tindakan yang seterusnya? Kali ini tugasnya memang berat!
            “Kalau aku suruh dia mandi, potong rambut dan cukur rambut! Memang confirm dia takkan ikut cakap aku! Orang macam Haikal tu, hatinya keras macam batu. Ahh…aku nak buat apa, ye?” Aina resah. Sehingga sekarang, tiada idea muncul di fikirannya. Aina bercakap seorang diri. Sekarang ni Haikal dah rajin makan bersama keluarganya tetapi kemudian dia akan masuk dan duduk terperap di biliknya. Tak bosan ke?
            “Kalau aku berlembut dengan dia, mungkin dia akan berlembut hati dengan aku tapi….mustahilah. Semua itu tak mungkin akan berlaku. Orang sekeras Haikal akan berlembut dengan aku. Dalam mimpi, bolehlah.” Aina melepaskan keluhannya lagi. Dia sudah mati kutu. Dia tak nampak jalan untuk menjayakan misi yang keduanya.
            “Kuatnya Kak Aishah mengeluh. Kak Aishah tengah memikirkan masalah dunia ke?” tegur Murni dan duduk di buaian. Di dapur lagi dia memerhati gerak-geri Kak Aishah seperti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Macam ada masalah besar saja.
            “Ingatkan siapa tadi! Hmm….boleh juga dikategorikan dalam masalah dunia!”
            “Kak Aishah ada masalah ke? Ceritalah jika Murni boleh tolong.”
            “Hmmm….Kak nak pendapat Murni saja.”
            “Mengenai apa, Kak Aishah?”
            “Aaa…..misalnya adik Murni malas nak mandi, apa Murni nak buat?”
            “Hmm…Murni ikat dia dengan tali kemudian Murni simbah dia dengan air.” Jawab Murni dengan penuh gaya lagi.
            Aina tersenyum mendengar jawapan Murni. Itu dah terlebih extream.
            “tak boleh ke, Kak Aishah?” Murni hairan melihat reaksi Aina yang tersenyum. “Aaa…macam nak mandi kambing pulak kan! Main ikat dan simbah pulak.” Murni ketawa. Dia main cakap saja.
            Aina mengganggukan kepalanya sebagai tanda setuju dengan kata-kata Murni AAaa…kambing! Haikal tu memang dah macam kambing. Bau badannnya mengalahkan bau kambing. Setiap kali dia turun makan, bau badan Haikal mencemari bau udara di situ. Busuk menusuk hidung. Ikut hati mahu saja dia ingin menutup hidung tetapi dia tak boleh buat begitu.
            “Aaa….Murni ada idea. Apa kata jika kita simbah dia dengan benda yang dia tak suka, mesti selepas tu dia akan mandi!”
            “Maksud Murni?” kata-kata Murni menarik perhatiannya.
            “Hmm..contohnya jika dia tak suka petai, kita blend petai tu kemudian kita simbah dia  dengan air petai tu. Nak tak nak dia mesti kena mandi jugak kan.”
            Aina tersenyum. Dia memegang tangan Murni. Bergeliga juga otak Murni ni! “Murni dah tolong kak! Terima kasih banyak-banyak! Aaa…Tuan Haikal tak suka apa, ye!” soal Aina secara tiba-tiba.
            “Durian. Tuan Haikal paling benci bau durian. Dia kata busuk. Pelik! Buah durian adalah raja kepada semua buah. Kalau sesiapa tak makan, memang rugi! Betul tak, kak AIshah.” Jawab Murni tanpa berfikir panjang. Murni hairan melihat Aina yang tersenyum seorang diri. Tiba-tiba hati Murni terdetik sesuatu. Takkanlah….”Kak Aina, maksudnya Kak Aina nak gunakan cara ini pada Tuan Haikal ke?”
            Aina mengganggukkan kepalanya dengan laju.
            Murni tergamam. “Tak boleh, Kak Aishah! Jika Kak Aishah guna cara ini, teruk Kak Aishah kena dengan Tuan Haikal. Kak Aishah sendiri tahu bila Tuan Haikal mengamuk mengalahkan Godzilla mengamuk. Runtuh rumah banglo ni dibuatnya.” Murni tak setuju.
            “Sehingga bila kita nak membiarkan Tuan Haikal merosakkan dirinya sendiri? Lagipun kak tak tahan dengan bau busuk dari badan Tuan Haikal itu. Nak termuntah dibuatnya. Kebersihan asas penting pada diri kita. Badan bersih tubuh sihat. Murni nak ke lihat Tuan Haikal sebegitu selama-lamanya.”
            “Tentulah tak mahu, Kak Aishah” jawab Murni. Selama ini dia sudah mengganggap Tuan Haikal seperti abangnya sendiri. Sebelum ini, Tuan Haikal baik padanya tetapi selepas pemergian tunangannya perangai Tuan Haikal berubah seratus peratus.
            “Jadi, malam ini teman Kak Aishah pergi beli buah durian.” Aina tersengih hingga menampakkan barisan giginya yang putih teratur.
            Dari Aina dan Murni tidak sedar,ada sepasang mata memerhati tingkah laku mereka. Mata Tengku Fazira masih tidak bergerak merenung mereka berdua. Dia ingin tahu apa yang dibualkan antara Aishah dan Murni. Dia dapat merasakan ada rahsia antara umi dan Aishah. Tadi dia ternampak Aishah keluar dari bilik bacaan umi bersama Rina, kelihatan Ashah rapat dengan Rina. Apa kaitan Rina dalam hal ini? Dahi Tengku Fazira berkerut.
          

4 comments:

aqilah said...

best.....................
nak lagi.........................

mcna said...

makin best citer ni...x sabar nk baca reaksi haikal kambing kena simbah ngan air durian....mesti kecoh

zazaa said...

best sangat... bila nak upload n3 baru.. :)

NuRuL AdhiLLa (Eunhaediela) said...

nper x sambung lg citer satu,dua tiga???
citer 2 mmg best sgt2... plss yer sambung blek..
citer siapa org gaji ku pun best gak...

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...