Tuesday, October 4, 2011

Siapa Orang Gajiku? Bab 9

BAB 9

            Haikal menjeling pada wanita yang berdiri di hadapannya. Apa dia nak lagi? Merosakkan mood aku saja. Haikal menutup kasar majalah yang dibacanya. “Kau nak apa, hah?” soal Haikal dengan kasar. Kehadiran wanita ini sering mengundang kemarahannya. Sakit hati apabila mengingatkan kembali apa yang berlaku.
            “Saya bawa susu untuk tuan.” Jawab Aina sambil menunjukkan segelas susu yang dibawanya pada Haikal. Wajahnya selamba.
            “Susu! Kau ingat aku budak kecil lagi ke?” jerkah Haikal.
            “Ya, saya tahu umur dah 31 tahun! Tapi perangai masih seperti budak kecil. Apa bezanya.” Jawab Aina. Dia sudah agak perkara ini akan berlaku. Puan yang suruh aku hantar susu ini pada anaknya. Katanya selama ini sebelum tidur, Haikal akan minum susu dahulu. Tugasnya sekarang ni ialah sebelum Tuan Haikal tidur, aku mesti membawa aku berterima kasih pada puan. Disebabkan tugas baru ini aku boleh menjayakan rancangan aku. Aku harap Haikal akan minum. Jangan dia buat perangai sudahlah.
            “Apa kau cakap?” Haikal menjegilkan biji matanya. Setiap butiran yang keluar dair bibir Aina didengarnya dengan jelas.
            “Beginilah, tuan! Saya malas nak bergaduh dengan tuan lebih-lebih waktu malam begini. Untuk pengetahuan tuan, ini arahan dari puan! Puan mahu saya hantar susu untuk setiap malam sebelum tidur. Kalau tuan tak mahu, saya tak ada apa-apa masalah. Kurang sikit kerja saya malam ini. Dahlah esok pagi pukul 5 pagi, saya kena bangun awal. Betul ke tuan tak mahu?” kata Aina. Dia menanti reaksi dari Haikal. Minta-mintalah dia termakan dengan perangkap aku. ‘Ok! Baguslah. Bolehlah saya tidur awal malam ini.” Aina berpaling. Dia memulakan langkah untuk berlalu pergi. Itu hanya taktiknya sahaja. Aina berharap Haikal akan menghalang.
            “Aku nak minum. Gaji mahu tetapi bila bab kerja mulalah merunggut.” Haikal bangun dan mendekati Aina. Gelas itu diambil dan diminum sehingga habis. Dia memberi gelas kosong itu pada Aina.
            Aina tersenyum melihat gelas yang diberi oleh Haikal. Senyuman terukir di bibirnya. Yes, berjaya akhirnya. Malam ni, tuan akan tidur nyenyek. Aku harap ubat tidur yang aku letak di dalam susu itu berkesan. Good night. Aina meletakkan gelas itu di atas dulang yang dibawanya.
            “Oh ya, aku nak kau hantar susu kat aku pukul 12.30 tgh malam.”
            “Apa! Tuan, dah lewat tu. Setiap hari kan saya kena bangun awal. Mak Som dan Murni selalu tidur pukul 10.30. Takkanlah saya nak tidur pukul 12 lebih. Kasihanlah saya, tuan.” Aina berpura-pura merayu. Dia tahu Haikal ingin membalas dendam dengan cara ini. Ada aku kisah? Asalkan plan aku berjaya, semua itu tidak penting. Aku bukannya akan bekerja di sini selama-lamanya.
            “Itu masalah kau bukannya masalah saya. Kalau kau tak mahu, aku beritahu ibu aku!” ugut Haikal. Dia puas hati jika dapat mengenakan Aina. Kali ini giliran aku menang.
            “Baiklah.” Jawab Aina dengan lemah. Mukannya masam. Biar Haikal percaya dengan lakonan aku ni. Aina ketawa di dalam hati. “saya keluar dulu, tuan.” Aina meminta diri. Tunggulah malam ni. Tahulah aku bagaimana nak ajar kau. Tahu buli orang sahaja. Sweet dreams! Aina berlalu keluar. Dia tak dapat membayangkan bagaimana reaksi Haikal esok pagi.

                                    ***************************************
            Hayati meletakkan kotak kecil yang mengandungi kad nama majikannya yang baru sahaja dicetak. “Tuan, ini kad nama tuan yang baru dicetak.Maaf tuan sebab terlewat, ada sedikit masalah.”
            Aril terkejut. Apabila melihat kotak kecil itu, dia teringat sesuatu. Segera dia mengeluarkan dompet dari poket seluarnya. Dia mencari kad nama miliknya di dalam dompet. Tiada. Maksudnya aku tersalah bagi kad nama pada wanita itu. Aril mengusap mukannya beberapa kali. Patutlah dia tak call aku sehingga sekarang.
            “Kenapa tuan? Tuan ada masalah ke?”
            “Aaaa…..Tak ada apa-apa. Aaa…Yati, saya nak tanya sesuatu.” Aril kelihatan teragak-agak untuk bertanya. “Aaa….contohnya…contahnya jika perkara ini terjadi pada awak.”
            Hayati mengganggukkan kepalanya dan menanti apa yang Aril cuba sampaikan.
            “Jika ada orang melanggar kereta kamu dan kemudian dia pergi begitu saja. Apa reaksi kamu, Yati?”
            “Tentulah marah, tuan! Sekarang ni nak repair kereta mahal, tau. Kadang-kadang tu mencecah beribu-ribu ringgi. Orang yang langgar kita, takkan pula kita nak guna duit sendiri itu . Itu dah kira menindas. Pengecut. Kalaulah saya jumpa orang tu lagi, saya akan ajar dia cukup-cukup.” Kata Hayati dengan penuh perasaan.
            Aril menelan air liurnya. Mungkinlah juga wanita itu sependapat dengan Hayati. Tetapi aku bukannya sengaja. Pagi itu aku sudah lewat untuk berjumpa dengan Tan Sri Halim. Pasti aku telah beri kad nama orang lain pada wanita itu. Confirm wanita itu marah pada aku.
            Hayati hairan melihat air muka bosnya berubah. “Kenapa tuan? Ada orang langgar tuan ke?”
            “Tak. Tak.” Jawab Aril dengan cepat. Wajahnya pucat lesi. Aku kena cari wanita itu juga. Aku mesti minta maaf dan jelaskan apa yang berlaku. Kos repair kereta dia pun aku mesti bayar. Aril mula rasa bersalah. Kalau aku hafal nombor plat kereta tu, pasti aku dapat cari siapa pemiliknya, Yang aku tahu hanya kereta jenis Myvi merah. Wanita itu pula bertudung dan cantik. Aril tersenyum sendirian.
            “Tuan! Tuan!” Dahi Hayati berkerut melihat Aril tiba-tiba tersenyum. Tuan aku ni tengah berangan ke? Angan-angan Mat Jenin. “Kalau tuan nak berangan pun, tunggulah sampai saya keluar.” Hayati ketawa.
            “Aaaa…..mana ada.” Ketawa Hayati mengejutkan dirinya dari lamunannya. “Aaa…Temujanji saya dengan Tan Sri Halim pukul 11.00 pagi ni kan.”
            “Ya, tuan! Kalau tiada apa-apa lagi, saya keluar dulu.”
            Aril mengganggukkan kepalanya.
            Hayati berlalu keluar apabila menerima isyarat dari majikannya. Pintu bilik itu di tutup dengan rapat.

                                                ****************************

            Haikal menggerakkan hidungnya beberapa kali. Matanya masih tertutup rapat. Bau apa ni? Bau itu semakin kuat. Macam pernah bau saja. Macam bau durian. Durian! Haikal terus membuka matanya. Macam mana bau durian boleh ada di dalam bilik aku. Dia berasa badannya seperti melekit Ada sesuatu di badannya. Haikal terus bangun. Matanya bulat melihat badannya penuh dengan isi durian. Bajunya turut sama berbau durian. Haikal menutup hidungnya. Dia meraba-raba mukanya apabila merasakan sesuatu di mukanya. “Durian!” jerit Haikal. Dia terus berdiri di atas katil. Katilnya turut sama dipenuhi dengan isi durian.
            “Apa semua ni!” jerit Haikal. Dia rasa nak termuntah. Bau durian menusuk ke dalam hidungnya. Semua orang tahu aku tak suka bau durian. Siapa yang berani permainkan aku seperti ini?” Haikal turun dari katilnya. Dia perlu mandi. Dia sudah tidak dapat menahan lagi. Tuala dicapainya.
            Langkahnya terhenti apabila melintasi cermin yang menghiasi bilik tidurnya. Ada sesuatu tak kena. Perlahan-lahan Haikal memusingkan badan dan berhadapan dengan cermin itu. “What!” jerit Haikal dengan kuat. Haikal memegang rambutnya yang pandek sebelah. Rambut di sebelah kanan pandek manakala sebelah kiri pula panjang. Lebih menyakitkan hati lagi bila janggutnya turut sama dicukur pandek. Separuh pandek dan ada separuh panjang. Mata Haikal mula berapi. Nafasnya turun naik. Hanya seorang saja yang berani mempermainkan aku seperti ini iaitu Aishah! Ya, Aishah! “Aishah! Aishah!” jerit Haikal.
            Tengku Fazira dan Tengku Fauziah bergegas masuk ke bilik Haikal sebaik sahaja mendengar jeritan Haikal.
            “Apa yang berlaku ni, Haikal!” soal Tengku Fazira apabila kakinya melangkah masuk ke bilik anak terunanya itu.
            Haikal berpaling.
            Tengku Fauziah dan Tengku Fazira terkejut melihat keadaan diri Haikal.
            “Ya, Allah! Haikal, apa yang terjadi ni?” Tengku Fazira segera mendekati Haikal. Siapa yang buat Haikal seperti ini? Bau durian begitu kuat di dalam bilik tidur Haikal. Tangannya mengusap lembut muka Haikal yang dipenuhi dengan isi durian.
            “Aishah mana? Di mana Aishah sekarang ini?” soal Haikal dengan kasar. Perasaan marah dan geram sukar untuk dibendung lagi. Aku mesti bersemuka dengan perempuan itu.
            “Aishah! Tadi ibu suruh Aishah dan Murni pergi market, beli barang keperluan dapur. Kenapa, Haikal?”
            “Ini….Ini semua kerja Aishah! Hanya Aishah seorang saja berani buat Haikal macam ini. Nenek tahu kan semua ini?” Haikal merenung Tengku Fauziah yang masih tercegat di belakang Tengku Fazira.
            “Ya. Nenek yang suruh.” Tengku Fauziah mengaku. Dia tak ingin berselindung lagi.
            “Umi!” Tengku Fazira terkejut akan pengakuan ibunya.
            “Kenapa nenek? Kenapa nenek sanggup buat Haikal macam ni?”
            “Apa yang nenek dah buat pada Haikal? Cuba Haikal cakap? Salah ke nenek nak lihat cucu nenek berubah. Kembali kepada asal. Ini dah macam orang gila. Tak mandi,! Rambut dan janggut di simpan panjang. Apa nak jadi dengan kamu ni, Haikal? Sehingga bila Haikal nak memberontak? Sehingga nenek mati ke?”
            Haikal dan Tengku Fazira tergamam mendengar kata-kata terakhir Tengku Fauziah.
            “Nenek! Haikal….Haikal…” Nada suara Haikal bergema. Kemarahannya hilang.
            “Dah banyak kali nenek suruh Haikal mandi, potong rambut dan cukur janggut! Ada ke Haikal dengan cakap nenek? Tak kan! Jadi jangan salahkan nenek dan Aishah, salahkan diri kamu sendiri dulu.” Marah Tengku Fauziah. Inilah yang terjadi jika terlalu dimanjakan. Wajahnya serius.
            “Tetapi umi, cara umi ni melampaui batas. Patutkah Haikal dilayan seperti ini?” Tengku Fazira bersuara. DIa kurang setuju dengan cara ibunya.
            “Memang patut pun!” jawab Tengku Fauziah. Sikap Tengku Fazira yang sering menyebelahi anaknya menyebabkan Tengku Fauziah rimas dan geram. “Kalau Fazira nak Haikal macam orang gila seumur hidup, terpulanglah. Umi malas nak masuk campur. Umi dah bosan dengan sikap Fazira dan Haikal yang tak habis-habis memberi masalah pada umi.” Tengku Fauziah berlalu pergi meninggalkan Tengku Fazira dan Haikal yang tercengang dengan sikap Tengku Fauziah.

                        *******************************************

            Aril berjabat tangan dengan Tan Sri Halim. Genggaman mereka erat. Senyum terukir di bibir mereka berdua. “Saya harap projek mega kita berjalan dengan lancar. Saya gembira kerana syarikat kita dapat berkerjasama melalui projek mega ini.Terima kasih kerana Tan Sri memberi kepercayaan kepada syarikat kami”
            “Kamu adalah cucu Tan Sri Syed Abu Bakar. Semua orang tahu kewibawaan kamu dalam menguruskan sesebuah projek. Kamu tak ubah seperti datuk kamu, Aril. Saya yakin projek ini akan siap dalam jangkamasa yang ditetapkan.”
            “Terima kasih, Tan Sri. Saya ingatkan selepas ini saya nak belanja Tan Sri lunch di Hotel Merina tetapi tak sangka pula selepas ini Tan Sri akan pergi ke Itali.”
            “Lain kali, Aril! Selepas saya pulang dari Itali, kita akan makan bersama. Ajak datuk kamu sekali.”
            “Baiklah!”
            “Saya minta diri dulu. Nanti terlepas pula penerbangan.”
            “Selamat Jalan, Tan Sri.” Kata Aril sambil tersenyum lebar. Dia berjalan mengiringi Tan Sri Halim keluar dari bilik mesyuarat.
            Langkah mereka terhenti apabila pintu bilik mesyuarat itu terbuka.
            “Lepaslah! Hey, kau tak faham bahasa ke? Aku ni bakal isteri bos kau, kau tahu tak?” tengking Mimi apabila dihalang oleh Susan. Aku mesti berjumpa Aril. Dia ada meeting ke, aku mesti jumpa dia.
            “Cik Mimi!” kata Susan. Di loby lagi, wanita ini berkeras ingin berjumpa dengan Tuan Aril. Badan Susan kaku apabila melihat beberapa pasang mata sedang memerhati ke arah mereka.
            Mimi berpaling dan tersenyum. “Sayang!” panggil Mimi terus mendekati Aril dan memaut lengan Aril tanpa menghiraukan kehadiran Tan Sri Halim di situ. “Sayang dah habis meeting ke? Kalau dah habis, kita lunch sama-sama ye.” Mimi merenggek manja.
            Aril mengetap bibirnya menahan marah. Wajahnya merah padam. Badannya kaku.
            “Saya pergi dulu. Aril tak payahlah temankan saya. Encik Farhan akan temankan saya turun.” Tan Sri Halim tersenyum melihat gelagat wanita itu. Dia sedar akan perubahan wajah Aril.
            Farhan yang berdiri di sebelah Hayati mengganggukkan kepalanya. Farhan merupakan jurutera yang akan mengendalikan projek mega itu.
            “Maaf, Tan Sri di atas gangguan sebentar tadi. Yati! Susan! Kamu berdua iringi Tan Sri Halim turun.” Aril cuba mengawal perasaannya. Walau apa yang berlaku dia mesti professional.
            “Silakan! Tan Sri!” kata Farhan sambil membuka pintu. Tan Sri Halim berlalu keluar diikuti oleh Farhan, Susan dan Hayati.
            Sebaik saya pintu bilik mesyuarat itu ditutup, Aril menarik lengannya yang dipaut oleh Mimi.
            Mimi tergamam dengan tindakan Aril.
            “Siapa beri kebenaran untuk kau sesuka hati masuk ke syarikat aku, hah? Kau tak nampak ke aku ada tetamu tadi” Aril merenung wanita yang memakai t-shirt tanpa lengan dan seluar jeans pandek separas paha. Dia malu pada Tan Sri Halim. Entah apa tanggapan Tan Sri Halim padanya. Macam mana dia akan berhadapan dengan Tan Sri Halim selepas ini? Ini semua gara-gara perempuan ini.
            “Sayang! Kenapa dengan you ni? Marah I tak tentu pasal. Ini kan syarikat you. I bebas keluar masuk syarikat ini. Lagipun I kan bakal isteri you.”
            “Siapa kata aku nak kahwin dengan kau, hah?” jerkah Aril. Pandail-pandai assume yang aku nak kahwin dengan dia! Dia ingat aku ni terdesak sangat ke nak kahwin. Inilah pertama kali dia bersikap kasar pada kaum wanita. Banteng yang selama ini dibinanya sudah runtuh. Dia tidak dapat membiarkan ia begitu saja.
            Lidah Mimi kelu mendengar kata-kata Aril. Dia tak sangka Aril akan berkata sesuatu yang melukai hatinya. Kelopak matanya mula bergelinangan. Hatinya pedih.
            Aril menundukkan kepalanya apabila melihat Mimi mula menangis. Aril mengusap mukanya beberapa kali. Dia rasa bersalah pula. Tadi dia terlebih kasar.“I’m sorry, ok! Saya rasa lebih baik saya berterus terang di sini, ini semua rancangan mama saya. Tak pernah terlintas di fikiran saya untuk berkahwin dengan sesiapa pun termasuklah awak. Harap awak faham.” Nada suara Aril sudah berubah lembut.
            “Kenapa?” soal Mimi lagi. Air matanya deras mengalir. Pedih bila cinta ditolak.
            “Sebab saya tak suka. Dah jelas kan.Walau apa juga cara yang kau lakukan, aku takkan terima awak. Saya tak mahu awak membazirkan masa untuk saya lagi. Saya harap awak akan berjumpa dengan seseorang yang mencintai awak dengan sepenuh hati” Aril terus berlalu pergi. Pintu bilik mesyuarat itu ditutup dengan kasar.

                                    ***********************************

           
            Aina mengeluarkan beberapa bungkus yang berisi ikan dari bakul ke dalam besen besar. Penat. Macam-macam kena beli berdasarkan senarai yang diberi oleh Tengku Fazira. Dah jelas Tengku Fazira ingin mengena aku. Semua barang yang disuruh beli, semuanya dah ada. Aina mengeluh. Rupa-rupanya susah juga menjadi orang gaji ni lebih-lebih lagi jika bekerja dengan majikan yang cerewat. Nasib baiklah, mama tak layan Mak Mah seperti ini. Tiba-tiba pula aku teringat Mak Mah, wanita yang mengasuh aku sejak kecil lagi. Mak Mah seperti ibu keduanya. Rindu pula dengan masakan yang dimasak oleh Mak Mah.
            “Baru balik.” Tegur Mak Som. Dia membuang selipar yang dipakainya sebelum masuk ke dapur melalui pintu dapur. Terdapat beberapa helai daun pandan ditangan Mak Som.
            “Ya. Aaa…Mak Som, Tuan Haikal dah bangun ke?” soal Murni teragak-agak. Dia ingin tahu apa yang terjadi semasa ketiadaan dia pagi tadi.
            Mak Som mengeluh dahulu sebelum menjawab pertanyaan Murni. “Kecoh rumah ini dibuatnya. Aishah, apa yang Aishah dah buat pada Tuan Haikal?” Pandangannya dialihkan pada Aina.
            Aina hanya tersenyum. “Sekarang Tuan Haikal ada di dalam biliknya ke?”
            “Tak! Dia keluar. Agaknya sekejap lagi dia baliklah.”
            “Hmm..tak apalah.” Aina menyambung kerjanya. Dia mengangkat besen yang berisi beberapa jenis ikan yang di belinya ke sinki. Pisau diambil dan diasah agar tajam untuk memudahkan kerjanya. Seekor ikan terubuk dikeluarkan. Hampir meleleh air liur apabila mengingatkan ikan terubuk bakar yang pernah dimasak oleh Mak Mah sebelum dia berangkat ke Switzerland.  Aina tidak mempedulikan dua pasang mata yang sedang memerhati dirinya.
            “Aishah!” jerit Haikal yang tiba-tiba berada di situ. Langkahnya diatur mendekati Aina. Kemarahannya masih belum reda. Dia baru saja balik dari Salon rambut. Rambutnya perlu dipotong supaya kemas.
            Murni dan Mak Som juga terkejut dengan jeritan Haikal.
            Aina berpaling apabila mendengar namanya dipanggil.
            Langkah Haikal terhenti apabila melihat sebilah pisau yang berada di tangan kanan Aina. Tiba-tiba saja dia teragak-agak untuk menyerang Aina. “Aaaa….Kau letak dulu pisau tu.” Arah Haikal.
            Aina terkebil-kebil merenung lelaki yang memakai topi hitam yang tiba-tiba menyebut namanya. Siapa dia ni? Sebelum ini aku pernah jumpa dia ke“Aaaa…Awak ni siapa?”
            Haikal menanggalkan topinya apabila mendengar pertanyaan Aina. Perempuan ni buat lawak dengan aku ke? Dia yang menyebabkan aku menjadi sebegini. “akulah! Akulah tuan kau.”
            “Tuan Haikal, Kak Aishah.” Bisik Murni. Wajah Tuan Haikal dah kembali kepada asal dan tidak lagi selekeh seperti dulu.
            Mak Som tersenyum melihat perubahan diri anak majikannya.
            “Tuan Haikal!” Aina merenung lelaki itu. Matanya terkebil-kebil memerhati lelaki itu. Jika aku letak balik rambut yang panjang dan janggut, aaaa…..yalah! Haikal. Handsome juga Haikal ni. Patutlah Rina selalu beritahu yang Haikal ni kacak orangnya. Tiba-tiba senyuman terukir di bibir Aina.
            “Hah, dah puas kau scan muka!”
            “Yalah, Tuan Haikal! Sepatutnya dari dulu lagi Tuan perlu potong rambut dan cukur janggut tuan tu. Tuan nampak lain. Handsome.” Puji Aina.
            “Kau jangan nak berdrama di sini. Kau letak dulu pisau kau tu.”
            Aina terus meletakkan pisau yang dipegangnya tanpa banyak soal. Sebaik sahaja Aina meletakkan pisau itu, Haikal terus menarik Aina keluar melalui pintu dapur. Aina terkejut apabila dirinya ditarik dengan kasar. Hampir melayang tubuhnya.
            “Mak Som!” Murni mendekati Mak Som. Wajahnya pucat. Dia takut apabila mengingatkan apa yang terjadi pada  Aina nanti.
            “Apa kita nak buat ni? Mak Engku tiada di rumah.” Mak Som gelabah. Dia takut jika sesuatu yang buruk berlaku.

                                    *********************************

            Sebaik sahaja tiba di halaman belakang, Haikal melepaskan tangan Aina dengan kasar. Aina hampir sahaja terjatuh namun dia sempat mengimbangi badannya.
            “ Kau tahu aku paling benci bau durian tetapi kau buat jugak. Kau rosakkan rambut dan janggut aku. Apa kena dengan kau ni, hah? Aku tak pernah pun masuk campur dalam hal kau. Kenapa kau nak sangat menyibuk dalam hal aku. Aku dah umur 31 tahun. Aku hak untuk tentukan hidup aku sendiri. Aku nak jadi pengemis ke? Orang gila ke? Itu semua aku yang tentukan bukan kau atau nenek!” marah Haikal.
            “Ya, memang umur tuan sudah 31 tahun dan tuan berhak menentukan hala tuju hidup tuan! Tetapi disebabkan tindakan dan sikap tuan, tuan telah menyusahkan orang yang berada di sekeliling tuan. Tuan sedar tak?” ujar Aina. Mendengar kata-kata Haikal, membuatkan hatinya panas membakar. Terlalu pentingkan diri sendiri. Dia tak fikir langsung perasaan nenek dan puan.
            “Aku….”
            “Saya belum habis cakap lagi. Tuan dengar dulu apa yang saya ingin katakan pada tuan.” Aina memintas percakapan Haikal. Dia merenung lelaki itu terkejut dengan sikapnya.
            “Tuan sedar pun yang umur tuan sudah menjangkau 31 tahun tetapi tuan sedar tak sikap tuan ni menyusahkan hati puan dan Mak Engku. Setiap hari mereka bimbang apabila mengingatkan keadaan tuan sekarang ni. Puan jatuh sakit kerana tuan. Tuan tak rasa bersalah ke? Walau sebesar kuman pun, tuan tak rasa bersalah pada ibu tuan ke?” aina meninggikan suaranya.
            “Aku….”
            “Jangan menyampuk, saya belum habis cakap lagi. Jika tuan tak mahu ikan terubuk ni hinggap di muka tuan, baik tuan dengar saya habiskan apa yang saya mahu tuan dengar. .” Marah Aina sambil menunjukkan ikan terubuk yang berada di tangan kirinya. Disebabkan Haikal menariknya secara tiba-tiba, dia tidak sempat meletakkan ikan terubuk di dalam sinki.
            Haikal kaku.
            “Sepatutnya di usia Mak Engkau dan Puan, mereka tak perlu risau tentang tuan. Ini tidak! Setiap detik, setiap saat dan setiap masa, mereka sentiasa risau tentang diri tuan. Tuan tak rasa malu ke? Seharusnya tanggungjawab tuan sebagai anak dan cucu adalah memberi kegembiraan, kebahagiaan dan menceriakan hidup Puan dan Mak Engkau tetapi sebaliknya yang berlaku. Tuan gagal dalam menjalankan tanggungjawab tuan. Tuan tak rasa malu ke setiap kali berhadapan dengan Puan dan Mak Engku. Tuan sepatutnya menjaga mereka.” Tegas Aina. Wajahnya merah padam menahan geram.
            “Putus cinta! Putus tunang! Bercerai! Semua itu lumrah kehidupan. Semua orang pernah alaminya. Ada yang lebih teruk dari tuan pun ada. Sepatutnya tuan menganggap semua ini sebagai dugaan dariNya. Tuan harus tabah dan berani menghadapainya bukan dengan cara ini. Merosakkan diri tuan sendiri. Jika tuan percaya cinta tuan dan Cik Sofea suci dan ikhlas, tuan harus mempertahankannya. Setiap apa yang berlaku ada sebabnya, mungkin Cik Sofea ada sebab kenapa dia bertindak seperti itu. Jika tuan yakin dan percaya Cik Sofea akan kembali, tuan mesti menunggu Cik Sofea dengan sabar. Saya tahu Mak Engku membantah perhubungan tuan dan Cik Sofea tetapi ini bukan jalan penyelesaiannya. Tuan mesti membuktikkan pada Mak Engku yang tanggapannya salah. Tetapi jalan yang tuan pilih adalah memberontak. Memberontak seperti budak kecil. .” Perli Aina. Wajahnya serius.
            Mulut Haikal sedikit ternganga Dia tercengang. Kata-kata Aishah sangat dalam malah tepat mengena dirinya.
            “Tentang apa yang saya telah buat pada Tuan pagi, saya minta maaf. Saya tahu tindakan saya dah melampau tetapi itu sahaja jalan untuk tuan mandi, memotong rambut dan mencukur rambut. Jika saya suruh tuan melakukan semua itu, mustahil tuan akan mematuhinya kan?” Aina memohon maaf. Tetapi jika diikutkan hati mahu saja aku letak tahi lembu ke tahi kambing pada kau. Disebabkan aku ni baik hati, aku tak jadi sebab kasihankan kau.
            “Selepas ini jika tuan nak mengadu pada Puan atau Mak Engku! Saya tak kisah. Saya Cuma nak ingat satu pada tuan! Orang yang boleh pecat saya hanya Mak Engku. Hanya Mak Engku.” Tegas Aina.
            “sekarang giliran tuan pula bercakap. Saya sudah selesai.”
            Aina melihat Haikal yang masih kaku. Dia menanti apa yang ingin dikatakan oleh Haikal tadi. Haikal masih mendiamkan diri.
            Aina melepaskan keluhan dengan kuat.
            “Jika tuan tiada apa-apa nak cakap pada saya, saya pergi dulu. Saya ada banyak kerja nak buat.” Kata Aina terus mengatur langkah meninggalkan Haikal yang masih tidak bergerak. Dah kena sampuk ke? Entah dia dengar ke tak apa yang aku cakapkan tadi? Bebel Aina seorang diri.

                                                **********************

            “Mak Mah” tegur Tan Sri Syed Abu Bakar sebaik sahaja melangkah masuk ke dapur. Dia melihat Mak Mah begitu sibuk membasuh pinggan di dapur.
            Mak Mah berpaling. “Ya, tuan!”
            “Malam ni boleh tak masak Nasi Beriani? Tiba-tiba saja saya teringin nak makan selepas tengok rancangan tv sebentar tadi.”
            “Baik, tuan! Lagipun semua bahan-bahan dah ada.” Jawab Mak Mah sambil tersenyum. Sepanjang dia bekerja di sini, keluarga Tan Sri Syed Abu Bakar melayan dia dan suaminya dengan baik. Sudah 35 tahun, dia berkhidmat dengan keluarga ini.
            “Itulah kerja abah setiap hari! Makan! Makan! Abah sedar tak semua makanan yang abah makan setiap hari mengundang penyakit.” Datin Sharifah Mawar mencelah. Tiba-tiba sahaja dia berada di situ.
            Mak Mah hanya mampu tersenyum. Dah mula dah! Setiap kali berjumpa pasti akan bergaduh. Ada sahaja yang menjadi topic perbalahan. Tetapi jika tiada mereka, sunyi pula rumah besar ini.
            “Habis tu, mawar nak abah makan rumput ke? Ini tak boleh. Itu tak boleh.”
            “Makan sayur-sayuran! Jadi vegetarian.” Beritahu Datin Sharifah Mawar. Kebelakangan ini dia perasaan ayahnya makan ikut suka hati saja. Tak kiralah makanan itu berlemak ke? Lebih karbohidrat ke?
            “Eee…Tak kuasa abah! Mawar nak abah jadi mayat hidup ke? Selagi abah boleh makan, abah nak makan semua.” Tegas Tan Sri Syed Abu Bakar. Dia mencebik bibir.
            “Abah ni memang degil Abah dah lupa ke pesan doctor. Abah nak penyakit darah tinggi abah tu datang balik ke?”
            “Tahulah abah control!”
            “Mama!”
            Serentak Datin Sharifah Mawar dan Tan Sri Syed Abu Bakar berpaling apabila mendengar suara Aril.
            Aril membuka kot baju yang dipakainya. Dia merenung tajam ke arah Datin Sharifah Mawar.
            “Lain macam saja. Mawar ada buat sesuatu pada Aril ke?” Tan Sri Syed Abu Bakar bersuara. Air muka Aril berbeza dari sebelumnya. Masam.
            Datin Sharifah Mawar terdiam.
            Mak Mah hanya memerhati. Keadaan kelihatan tegang. Jarang dia melihat Aril seperti itu. Selalunya sepanjang masa ceria.
            “Mama, dah berapa kali Aril beritahu mama yang Aril tak suka semua bakal calon mama datang mengganggu Aril di syarikat?” Aril menatap wajah ibunya dengan serius.
            Tan Sri Syed Abu Bakar melepaskan keluhan dengan kuat.
            “Ini semua salah Aril jugak. Kalau Aril ajak mereka keluar, mereka takkan cari di syarikat.”
            “Salah Aril!” Aril menunding jari ke arahnya. Dia terkejut dengan kata-kata ibunya. Waktu ini, mama masih salahkan aku. “ Mama, Aril ada maruah diri. Sekarang ni di pejabat, Aril dijadikan bahan ketawa oleh staff Aril. Ini semua gara-gara semua calon menantu pilihan mama. Bergaduh di lobby antara satu sama lain, perempuan macam tu ke mama nak dijadikan menantu? Semasa Aril bermesyuarat dengan Tan Sri Halim, Mimi dengan suka hati sahaja meluru masuk. Dia ingat dia siapa? Aril malu, mama! Mana Aril nak letak muka Aril ni? Apa pandangan Tan Sri Halim terhadap Aril? Mama tahu kan syarikat kita dan syarikat Tan Sri Halim akan berkerjasama dalam projek Taman Tema Air di Selangor.”
            “Sebab itulah Aril kena buat keputusan dengan cepat. Siapa yang menjadi pilihan Aril? Setelah Aril membuat keputusan, mama yakin mereka takkan ganggu Aril lagi.”
            “Baiklah! Jika begitu kata mama, Aril sudah buat keputusan.”
            “Ya ke?’ Datin Sharifah Mawar tersenyum. Akhirnya Aril setuju juga, tercapai juga impian aku. “Siapa yang Aril pilih?”
            “Aril tidak akan pilih sesiapap. Aril sudah buat keputusan Aril takkan kahwin sampai bila-bila.”
            “What!” Datin Sharifah Mawar tercengang.
            Tan Sri Syed Abu Bakar hanya mampu tersenyum. Padan muka!
            “Jika mama masih lagi memaksa Aril untuk berkahwin, Aril akan pindah dari rumah ni. Aril serius kali ini mama! Aril betul-betul akan pindah. Muktamad.” Tegas Aril terus berjalan meninggalkan ibunya.
            “Abah! Macam mana ni?” Datin Sharifah Mawar berpaling pada ayahnya.
            “Inikan salah Mawar sendiri. Abah dah banyak kali beri amaran pada Mawar tetapi Mawar degil. Sekarang ini Mawar tanggunglah akibatnya. Abah tak mahu masuk campur. Jika Aril nak pindah keluar dari sini, abah takkan menghalang. Abah akan sokong 100%.”
            “Abah!” jerit Datin Sharifah Mawar. Datuk dan cucu sama sahaja. Sekepala. Aku sahaja yang disalahkan. Datin Sharifah Mawar mengetap bibirnya. Aku takkan benarkan Aril berpindah dari sini. Hmm..apa aku nak buat selepas ini?
            

3 comments:

Mag said...

Besttt!!!! =)

aiRiNa_aiNuN said...

kak lily nak lagi..
pasni mesti haikal ad smthg ngn aina kan??
wat ksmpulan sdiri.hehe

NuRuL AdhiLLa (Eunhaediela) said...

best giler cter nie...

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...