Friday, December 2, 2011

Siapa Orang Gajiku? Bab 19

BAB 19

Rina mendongakkan kepalanya perlahan-lahan.Dia tidak percaya dengan apa yang berada di depan matanya. Matanya tidak berkelip-kelip. Dia tergamam dengan rekabentuk banglo mewah itu. Besarnya. Lebih besar dari rumah nenek. Ini dah 5 kali ganda. Rina berpaling. “Betul ke ini rumah you?”
“This is not my house. Ini rumah datuk I.” jawab Aril.
“Kenapa you tak beritahu I?’ Rina membetulkan tudung yang dipakainya. Hatinya berdebar-debar. Aril tak pernah cerita yang keluarganya sekaya ini. Eh…kenapa aku macam ni? Aku hanya berlakon saja. Bukannya betul pun.
Ada ke you tanya I?” balas Aril sambil tersengih.
Rina mengangkat tangannya untuk menampar bahu Aril tetapi gagal apabila seorang lelaki sebaya neneknya muncul menegur mereka berdua. Rina segera menurunkan tanggannya. Dia malu.
Aril ketawa kecil melihat gelagat Rina. Tahu takut!
“Ooo…Ini rupanya bakal isteri Aril.” Tan Sri Syed Abu Bakar tersenyum lebar.
“Luna. Ini datuk abang.” Aril memperkenalkan datuknya. Dia sengaja menggunakan perkataan abang.
Rina sempat memberi jelingan maut pada Aril. Ada hati membahasakan diri sebagai abang. Waek….Nak aku termuntah mendengarnya.
“Jemput la masuk. Buat apa tercegat di situ lagi. Maharani di dalam tu dah lama menunggu. Masuklah.”
Rina tersenyum. Rina mendekati Tan Sri Syed Abu Bakar. “Apa khabar atuk? Saya Rina….Eh…Luna.” Rina tersasul. Dia bersalaman dengan datuk Aril.
“Sihat….Masuklah. Jangan malu. Jika sesuatu terjadi nanti, atuk akan berada di pihak kamu berdua.”
Wajah Rina berubah. Dia terpinga-pinga dengan kata-kata Tan Sri Syed Abu Bakar . Dia tak faham.
“Aaaa…tak ada apa-apa. Atuk suka bergurau. Jom masuk!”  Aril memegang tangan Rina. Aril panic. Dia bimbang jika Rina tahu perkara yang sebenarnya pasti dia tidak akan teragak-agak pergi dari sini.
Rina tercengang dan hanya mengekori Aril yang berada di hadapannya.
“Aii….kata tak ada apa-apa. Ini siap pegang tangan. Mesti ada maksud.” Tan Sri Syed Abu Bakar ketawa kecil. Boleh tahan juga pilihan Aril ni. Kalau jadi betul-betul, aku suka.“Eh, kenapa aku di sini? Tak sabar nak tengok apa yang berlaku.” Tan Sri Syed Abu Bakar bergegas masuk ke rumahnya.

                        ********************************
Rina menelan air liurnya. Kelat. Rasa tersekat. Renungan wanita yang sedang duduk di sofa merah itu benar-benar menyeramkan. Dia tidak berani bertentang mata. Jantung Rina berdegup kencang. Aduh….rasa nak tercabut jantung aku ni. Wajah Rina pucat lesi.
“Mama, kenapa mama renung Luna seperti itu?” Aril sedar renungan ibunya membuat Rina tidak selesa.
“Kenapa ? Salahkah mama merenung pilihan Aril?” Datin Sharifah Mawar bangun. Langkahnya diatur mendekati wanita yang sedang berdiri di sebelah Aril.
Rina bersalam dengan Datin Sharifah Mawar. “Apa khabar, Datin?” Rina cuba beramah mesra. Apa salahnya jika mencuba
“Baik.” Jawab Datin Sharifah Mawar dengan nada dingin.
Sekali lagi Rina menelan air liurnya. Lebih kelat. Tangannya berasa sejuk selepas bersalaman dengan ibu Aril.
“Mama!” tegur Aril. Anak matanya dibesarkan.
Datin Sharifah Mawar hanya membuat mimic muka. Dia faham maksud di sebalik teguran anaknya itu. Belum apa-apa lagi, dah mula berpihak pada girlfriend. Ini belum jadi isteri lagi. Datin Sharifah Mawar berjalan mengeliling Rina. Dia memandang dari atas ke bawah.  Aril yang sedang berdiri di sebelah Rina ditolaknya ke tepi agar memberi laluan padanya.
Aril hanya menggelengkan kepala.
Rina gementar. Dia berasa sukar untuk bernafas.
“Mawar! Kenapa tidak dijemput Luna duduk dahulu? Begini ke cara Mawar melayan tetamu? “ Tan Sri Syed Abu Bakar menegur anak tunggalnya.
Aril mengeluh lega dengan kehadiran atuk.
“Jemputlah duduk, Luna. Jangan dilayan sangat perangai anak atuk ni. Dia memang macam ni sejak azali lagi. Ikut suka hati dia saja. Duduklah.” Tan Sri Syed Abu Bakar mempelawa duduk di sofa fabric.
Rina tersenyum mendengar kata-kata Tan Sri Syed Abu Bakar. Dia berasa senang dengan kehadiran atuk Aril. Dia tidak berasa janggal. Rina duduk di sebelah Aril.
Datin Sharifah Mawar mendengus. Dia terus duduk di sofa yang terletak bertentangan dengan Rina dan Aril. Matanya masih tidak berganjak dari merenung wanita bertudung litup itu.
“Nama penuh?” soal Datin Sharifah Mawar secara tiba-tiba.
“Hish..budak ni! Bagilah Luna bernafas dulu. Gelojoh sangat.”Tan Sri Syed Abu Bakar memuncung bibir.
“Abah! Mawar tidak mahu bazirkan masa yang ada.”
“Biarlah Luna minum dulu. Mawar ada appointment lain ke?”
“Tak ada.”
“Habis tu?”
“Mawar nak selesaikan perkara ini cepat supaya senang Mawar nak buat keputusan.”
“Keputusan apa?” Dahi Tan Sri Syed Abu Bakar berkerut.
“Nak terima dia atau tidak.” Tegas Datin Sharifah Mawar. Tiada secalit senyuman di bibir.
“Mama!” tegur Aril sekali lagi. Dia malu dengan sikap ibunya. Apa kata Rina dengan semua ini?
“Rina Luna Bt Ghazali.” Jawab Rina secara tiba-tiba. Rina sengaja tidak meletakkan perkataan Tengku di hadapannya.
“Umur?”
“28 tahun.”
“Bekerja sebagai apa?”
“Guru.”
“Tahap pendidikan?”
“Degree pendidikan di USM.”
“Anak ke berapa dalam keluarga?”
“Anak bongsu.”
“Ayah masih bekerja atau sudah bersara?”
“Masih bekerja.”
“sebagai apa?”
“Lawyer.”
“Lawyer.” Datin Sharifah Mawar terkejut.
“Ayah Luna peguam!”
Aril pun terkejut. Dia tak tahu apa-apa pun. Dia ada bertanya tetapi Rina beritahu yang ayahnya bekerja biasa sahaja.
Ada firma guaman sendiri ke?”soal Tan Sri Syed Abu Bakar. Dia rasa seperti tengok Rina sebelum ini. Ghazali….Ghazali…Ghazali…. Dia cuba mengingati sesuatu. “Kamu anak Dato’ Tengku Ghazali ke?”
Rina terkejut. Macam mana atuk Aril boleh kenal dengan ayah? Siapa atuk Aril yang sebenarnya?
“Anak Dato’ Tengku Ghazali” Datin Sharifah Mawar berpaling.
Ala….Anak Datin Tengku Fatin dan anak Dato’ Tengku Fatin. Hmm…Luna ni cucu Tengku Fauziah.”
“Cucu auntie Fauziah.” Datin Sharifah Mawar terkejut besar.
“Ya.”
“Siapa atuk?” soal Aril.
“arwah datuk Luna adalah kawan atuk masa sekolah menengah dulu. Ala…masa kecil dulu, atuk selalu bawa Aril dan Aina pergi bermain di rumah Tengku Fauziah. Aaa…Haikal. Aril ingat lagi pada Haikal kan? Budak lelaki yang Aina suka buli tu.”
“Ya…Ya…Haikal.” Aril sudah ingat.
“Luna ni sepupu Haikal. Ibu Luna, Tengku Fatin. Adik pada Tengku Fazira.”
“Tetapi kenapa Aril tak pernah berjumpa dengan Luna sebelum ini?” soal Aril. Ya, setiap kali berkunjung di rumah nenek Fauziah, dia tak pernah terserempak dengan Rina.
“Masa itu keluarga mereka berhijrah di Tokyo. Seingat atuk, mereka menetap di sana selama 8 tahun.”
“Ooooo…..” Aril mengganggukkan kepalanya.
Rina hanya mendengar. Dia tak sangka keluarga mereka saling kenal antara satu sama lain. Susah jika macam ini. Rina sudah mula susah hati.
“Mawar sudah membuat keputusan.” Datin Sharifah Mawar bersuara secara tiba-tiba.
“Aiii…cepatnya buat keputusan.” Tan Sri Syed Abu Bakar membuat mimic muka. Dah kena sampuk ke anak aku ni?
Aril dan Rina memandang tepat ke arah wanita yang memakai baju kurung pahang berwarna merah.
“Kita akan pergi ke rumah Luna hujung bulan ini untuk merisik Luna. Lagi cepat lagi bagus.” Senyuman terukir di bibir Datin Sharifah Mawar.
“Apa!” kata Aril dan Rina serentak. Keputusan Datin Sharifah Mawar mengejutkan semua orang. Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain. Lidah mereka kelu.
Dahi Tan Sri Syed Abu Bakar berkerut. Nampaknya anak aku ni dah lepas bom atom pada Aril. Pasti hidup Luna dan Aril huru-hara selepas ini.

            *********************************************

Sebaik sahaja Rina tiba di kereta Mazda RX8 milik Aril, Rina berpaling. Aril terkejut dengan wajah Rina yang merah padam. Aril menelan air liurnya.
“Sekarang ni nak buat apa? Ibu you dah buat keputusan. Nak datang ke rumah I? You nak parents I pengsan ke? Tiba-tiba saja ada rombongan datang meminang. You kata hanya nak memperkenalkan I sebagai girlfriend you saja. Sekarang ni? Apa dah jadi?” marah Rina.
‘Shis…slow sikit suara tu. Kalau mama I tahu, teruk kita nanti.” Kata Aril dengan nada perlahan. Dia menoleh ke kiri dan kanan.
“Biar mama you tahu! I tak pernah menjangka perkara ini akan sampai sehingga tahap ni. Meminang bukan perkara main-main.”
“I pun tak tahu apa-apa. Jika I tahu semua ini, I tak akan bawa you ke sini tetapi jika you nak kahwin dengan I, I tak kisah.” Aril tersengih.
“What!” Rina meninggikan suaranya. Mata Rina bulat merenung lelaki yang memakai t-shirt biru berlengan pandek berjenama polo.
“I melawak saja. Jangan la you serious sangat.”
“You kata semua ini tak serius. You sedar tak apa yang berlaku sekarang ni?”
“Kenapa you tak beritahu I yang nenek you adalah nenek Fauziah?” soal Aril secara tiba-tiba.
“Ooo…sekarang ni you nak salahkan I pulak!” Rina meletakkan kedua-dua tangan di pinggangnya.
“Asyik nak marah saja. You ni seperti mama I. Patutlah sekali pandang, dia sudah berkenan dengan you. Perangai sama. Garang.”
‘Aril!” Rina mengetap bibir. Ada ke patut dia samakan aku dengan ibunya?Hish….
“Ok…stop fighting! Sekarang ini kita ada masalah besar yang perlu diselesaikan.”
“I mahu you berterus-terang pada mama you tentang diri kita. Lakonan kita hari ini. Semua, faham.”
“Tetapi…..”
“Jika you tak mahu berterus-terang, biar I saja berterus-terang pada mama you. I tak kisah. I nak hentikan semua ini.”
“Baiklah nanti I beritahu perkara sebenar pada mama I.” Aril mengalah. Jika aku berterus-terang pada mama, dah confirm mama suruh aku kahwin dengan Mimi. Ahhhhh…tak nak.
“Bila?”
“Bila tiba masanya nanti.” Jawab Aril.
‘Apa you cakap? Perkara ini tidak boleh ditangguhkan. I mahu you berterus-terang dengan mama you minggu ni jugak. Minggu depan I dah kena pergi Pahang. Ada kursus di sana. I mahu semua ini selesai sebelum I pergi ke Pahang. Dengar tak?”
“dengar! Minggu ni jugak I beritahu mama I.” jawab Aril dengan lemah.
“Bagus.” Rina tersenyum. Beban yang berada di fikirannya semakin kurang. Rina terus masuk ke dalam perut kereta Mazda RX8.
Aril mengeluh dengan kuat.
Dari jauh Datin Sharifah Mawar memerhati gelagat mereka berdua dari balkoni di tingkat tiga. Dia tersenyum.
‘Apa yang Mawar cuba lakukan sekarang ni? Abah tahu. Mawar tahu yang mereka berdua hanya berlakon sahaja di depan Mawar. Kenapa Mawar? Kenapa tiba-tiba saja Mawar nak kita pergi ke rumah Luna hujung bulan ini? Mawar nak anaiya mereka berdua ke?” marah Tan Sri Syed Abu Bakar.
“Abah! Sebagai ibu, tak mungkin Mawar akan anaiya anak mawar sendiri.”
“Semua ni? Apa maksud semua ni?” Tan Sri Syed Abu Bakar sudah tidak tahan lagi dengan sikap anaknya yang sering menimbulkan masalah.
“Mawar hanya nak yang terbaik untuk Aril. Luna sesuai untuk Aril. Dia paling layak menjadi suri hidup Aril. Mawar yakin Luna boleh memberi kebahagian pada Aril.”
“Masalahnya mereka berdua baru kenal antara satu sama lain. Tak mungkin mereka berdua setuju dengan semua ini. Mawar sendiri lihat bagaimana reaksi mereka berdua tadi apabila Mawar beritahu nak hantar rombongan meminang.”
“Tahu. Walauapapun Aril tetap akan kahwin hujung bulan, Aril hanya akan berkahwin dengan Luna. Suka atau tidak, mereka berdua akan berkahwin hujung tahun.”
“Mimi? Bagaimana dengan Mimi? Bukan ke selama ini Mimi adalah menantu pilihan Mawar?.”
“Abah rasa Mimi layak ke menjadi isteri Aril?” kata Datin Sharifah Mawar secara tiba-tiba.
“What do you mean?” Air muka Tan Sri Syed Abu Bakar berubah.
“Itu hanya gimik, abah. Perempuan seperti Mimi tak layak menjadi isteri Aril. Kehidupan sosialnya jauh berbeza dari Aril. Pergi ke pub tak kira siang ke malam. Bergaul tanpa batasan. Abah sendiri tengok cara Mimi berpakaian. Abah rasa Mawar nak ke menantu seperti Mimi. Mawar sengaja nak beri tekanan Aril supaya Aril mencari pilihannya sendiri. Setiap ibu hanya ingin wanita yang baik untuk anaknya. Dia kaya atau miskin. Mawar tak kisah asalkan dia dapat memberi kebahagian pada Aril. Tentang Mimi, abah jangan bimbang tahulah bagaimana Mawar uruskan.”
“Mawar!” Bulat mata Tan Sri Syed Abu Bakar mendengar pengakuan Datin Sharifah Mawar.
“Keputusan Mawar tak akan berubah, abah.” Tegas Datin Sharifah Mawar terus berlalu pergi meninggalkan Tan Sri Syed Abu Bakar.
“Degil. Nasihat kita tak pernah nak dengar. Aduh….sakit kepala aku.” Bebel Tan Sri Syed Abu Bakar seorang diri.

                        *********************************

Aina merenung wanita yang sedang berdiri di hadapannya sekarang ini. Dia memandang dari atas ke bawah. Dia kenal siapa wanita itu. Dia pernah ternampak gambar wanita ini semasa pertama kali memasuki bilik Haikal. Inilah wanita yang dicintai Haikal sepenuh jiwanya. Tinggi lampai seperti model. Gaun berwarna merah separas lutut mengikut bentuk badan menyerlahkan lagi tubuh Sofea yang langsing itu. Memang sesuai dengan Haikal. Secocok. Aina tersenyum
            Sofea sedar dirinya diperhatikan. Sofea menanggalkan cermin mata yang dipakainya. Siapa perempuan ni? Aku tak pernah nampak sebelum ni. Staff baru ke? “Kenapa you pandang I macam tu? Mata you ada masalah ke?” Sofea tersenyum sinis. Dia tahu ramai orang cemburu pada dirinya. Dirinya lengkap dengan semua pakej.
            Senyuman Aina hilang. Dia terkejut dengan kata-kata Sofea. Dah jelas Sofea memerli dirinya tadi.
            “You staff baru di sini ke? Tak pernah nampak sebelum ni.”
            “Ya. Baru beberapa minggu saya bekerja di sini.”
            “Oooo..ya ke?” Sofea membuat mimic muka. “Boleh I beritahu you sesuatu?”
            “Silakan.”
            “Cermin mata you tu, dah lama orang tak pakai. Nenek I pun dah tak pakai cermin mata seperti you. Update la sikit. Tolonglah. You kena sedar , sekarang ni you bekerja di mana? Hotel! Hotel! Penampilan you mesti bersesuaian dengan taraf hotel 5 bintang seperti ini. Sekali pandang dah tahu, perempuan kampung. Change it.” Ujarnya panjang lebar.
            Aina tercengang. Amboi, cantiknya bahasa! Awal-awal lagi dah tunjuk belang pada aku. Patutlah nenek dan Rina tak suka pada Sofea. Mulutnya….hish…tak tahu aku nak cakap.
            Pintu bilik Aril terbuka. Umirah keluar.
            “Jadi I boleh masuk sekarang ni?”
            “Maaf, Cik Sofea. Bos tak mahu berjumpa dengan Cik Sofea.” Beritahu Umirah. Selepas dapat tahu kehadiran Sofea, wajah Haikal berubah. Dia tidak memberi arahan agar tidak membenarkan Sofea masuk.
            “Hmm…baiklah. Esok I datang lagi. I tak akan putus asa. Beritahu Haikal, I akan datang lagi. Walaupun dia cuba untuk mengelakkan diri dari I, I akan pastikan Haikal berjumpa dengan I.” kata Sofea terus berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.
            Aina dan Umirah tergamam.
            “Tengok tu, Kak Aishah! Tak ada perasaan bersalah langsung. Dia dah lupa kea pa yang dia pernah buat pada bos. Seperti tak ada apa-apa berlaku. Macam mana bos boleh suka perempuan macam ni.” Umirah mengetap bibir. Dia bengang dengan sikap Sofea.
            Aina hanya mendiamkan diri. Yang pasti kehadiran Sofea pasti sudah dihidu oleh nenek. 

4 comments:

eija said...

pendek nya n3 kali nie... Xpuas rsa nya.. Cite nie mkin mnrik..sy suka

arai said...

a'ah la pendek sgt x puas.....
hahaha nampak nyer aril kene kawin gak ngan cikgu rina...x sabar nk bc sambungan nyer.....

NieSaa AtieSya said...

Ala...tu je ke.. nak lg....

dyaNZa said...

ala pendek sgt... nk lagi la...

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...