Sunday, March 25, 2012

Siapa Orang Gajiku? Bab 31

BAB 31

            Hampir 5 minit Rina duduk di situ. Orang ramai yang keluar masuk ke cafeteria di Hospital Sri Ampang tidak diendahkannya. Semalam giliran Rina menjaga nenek. Alhamdulilah, keadaan nenek semakin stabil. Rina bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memakbulkan doanya. Nenek dah pun sedar tetapi nenek enggan berjumpa dengan Mak Long dan Abang Haikal. Rina tak tahu mengapa. Apa sebenarnya berlaku? Sebelum pulang Rina perlu makan pagi dahulu. Perutnya dah mula berkeroncong. Hari ini giliran mak pula. Malam pula giliran Kak Long. Rina bangun.
            “Good morning! Sayang nak pergi mana?”
            Rina terkejut melihat Aril. Apa dia buat di sini?
            “Duduklah. Mesti sayang dah penat kan! Abang dah belikan nasi lemak Kampung Baru kegemaran sayang. Mak beritahu sayang suka makan nasi lemak ni. Tengok ni! Masih panas lagi.” Aril mengeluarkan 3 bungkus nasi lemak yang dibelinya tadi. Dia tahu pasti Rina tengah lapar sekarang ini.
            Rina kaku. Dia hanya memerhati. Pada mulanya dia ingin memarahi Aril tetapi tak sampai hati pula.
            “Kenapa berdiri lagi? Duduklah.” Aril menarik lengan Rina dengan lembut. Senyuman masih terukir di bibir Aril.
            “You tak kerja ke hari ini?”
            “Abang masuk lewat sedikit. Sayang cuti hari ni kan?”
            Rina hanya menganggukkan kepala.
            “Oh ya, abang terlupa nak beli air pula. Sayang mesti nak milo panas kan. Tunggu sekejap, abang pergi beli.” Aril terus bangun dan meninggalkan Rina yang masih terpinga-pinga.
            Kenapa? Kenapa tiba-tiba jantung aku berdengup kencang? Hatinya mula goyah. Sedikit-sebanyak keprihatinan Aril mencuri hatinya. Dia tidak pernah dilayan seperti ini. Rina berpaling melihat Aril yang sedang beratur membeli air. Perlukah aku memberi peluang pada dia? Rina kembali merenung sebungkus nasi lemak di hadapannya. Tiba-tiba senyuman terukir di bibirnya.


            ******************************************************************

            Aina menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah. Beg tangan jenama Gucci digenggam erat. Dia sudah lewat. Aina melihat jam tangan Guess berwarna pink yang dihadiahkan oleh abangnya. Dah pukul 8.00 pagi. Pukul 9.00 pagi aku ada meeting di Kota Damansara. Sempat ke?
            “Mak Mah!”
            Aina berjalan menuju ke ruang makan. “Mak Mah ….” Matanya tepat memandang lelaki yang duduk di meja makan sambil tersenyum ke arahnya. Aina tergamam.
            “Good morning, Aina?” tegur Iskandar. Dia baru saja makan nasi lemak yang dimasak oleh Mak Mah. Dia tahu kehadirannya mengejutkan Aina.
            “Good morning!” balas Aina. Aina kurang senang dengan kehadiran sahabat baik abangnya. Perlahan-lahan langkahnya diatur menghampiri lelaki itu.
            “Nak pergi kerja ke? Auntie beritahu Aina dah mula kerja di company.”
            “Ya.” Ringkas jawapan Aina. Ini mesti kerja mama. Tak habis-habis nak jodohkan aku dengan Abang Is. Hatinya mula panas.
            “Bila Abang Iskandar datang ke Malaysia? Kenapa abang tak beritahu apa-apa pun?”
            “Ooo…Abang baru sampai pagi tadi. Tak sempat abang nak jumpa Aril. Kata Mak Mah, awal-awal pagi lagi Aril dah keluar. Entah ke mana dia pergi?” Senyuman masih terukir di bibir Iskandar. Matanya masih tidak puas merenung wajah wanita pujaannya.
            “Oh ya ke?” Dahi Aina sedikit berkerut.  Mana pula abang pergi ni?
            “Abang datang ke Malaysia kerana urusan business. Mungkin seminggu lebih abang ada di sini! Aina tak kisah kan.”
            “Taklah.”
            “Sejak bila Aina memakai tudung?” soal Iskandar secara tiba-tiba. Dia teringat pertemuannya dengan seorang wanita yang seiras Aina beberapa bulan yang lalu.
            “Hmmm…selepas Aina pulang ke Malaysia, dah tiba masanya Aina menunaikan tanggungjawab Aina padaNya.”
            “Baguslah. Aina nampak lebih anggun dengan bertudung.” Puji Iskandar.
            “Thanks.” Jawab Aina. Aina kurang senang dengan renungan mata milik Iskandar. Aina rimas.
            “Memang betul kan! Aina yang abang jumpa beberapa bulan lepas!”
            Aina terkejut. “Jumpa? Apa maksud abang?” soal Aina semula. Nampaknya terpaksa aku berlakon kali ini! “Abang pernah jumpa Aina di mana? Beberapa bulan lepas Aina ada di Perlis. Aina tak ada di KL. Abang jumpa siapa?”
            Dahi Iskandar berlipat empat. Betul ke aku tersalah orang?
            “Aaa….Abang Is, Aina pergi dulu. Dah lewat ni!” Aina melihat jam tangan Gucci miliknya. Itu adalah taktiknya. Inilah masa aku blah. Nanti bermacam-macam soalan Abang Is tanya aku. “Ada meeting sekejap lagi. Bye.” Aina terus melangkah dengan pantas menuju ke luar. Suara Iskandar memanggil namanya tidak diendahkan. Langkah diatur laju. Gerak hatinya kuat mengatakan Iskandar masih mengharap cintanya.

                                    ***************************************

            Panggilan yang diterima dari Rina mengejutkan Aina. Nenek masuk hospital kerana serangan jantung. Aina tahu sejak kebelakangan ini, kesihatan nenek tidak begitu memuaskan. Setelah selesai mesyuarat di kota Damansara, Aina bergegas ke Hospital Sri Ampang. Langkah Aina diatur dengan kemas melalui koridor menuju ke bilik Tengku Fauziah. Walaupun Rina beritahu keadaan nenek semakin stabil, hati Aina tidak akan senang selagi tidak melihat nenek.
            Langkah Aina semakin perlahan apabila melihat Haikal yang turut sama melalui koridor itu. Namun hala tuju mereka bertentangan, Mungkin Haikal dah melawat nenek. Jantung Aina mula berdegup kencang. Aina cuba berlagak seperti biasa. Inilah pertama kali mereka berjumpa selepas apa yang berlaku di SAB Bersatu.
            “Assalammualaikum.” Ucap Aina.
            Haikal hanya berdiri dan memerhati Aina. Haikal tak sangka Aina adalah teman permainannya selama ini. Yang sering membuli dirinya. Mamee Monster. Tiada secalit senyuman di wajah Haikal. Serius!
            “Walaikumussalam.” Akhirnya Haikal menjawab salam.
            “Baru melawat nenek ke?” soal Aina.
            “Ya.” Jawab Haikal. Memang tujuan aku nak melawat nenek tetapi nenek tak mahu berjumpa dengan aku. Nenek masih marah dengan kata- kata ibu hari itu. Dengan aku sekali terkena tempiasnya.
            “Kenapa kau buat semua ini, Aina? Kerana duit ke?” soal Haikal secara tiba-tiba.
            Senyuman masih terukir di bibir Aina. Lekukan lesung pipit menyerlahkan lagi kecomelan Aina. Dah lama aku menanti. Menanti Haikal meluahkan rasa tidak puasan hatinya. “Ya.”
            Bulat mata Haikal mendengar jawapan Aina.
            “Ya. Memang saya buat semua ini kerana wang. Itu kenyataannya. Sebagai balasannya wang nenek akan disalurkan pada Rumah Anak-Anak Yatim  Sri Harapan. Saya tak malu dengan tindakan saya. Saya yakin tindakan saya betul.”
            “Maksud kau, menipu aku dan ibu aku adalah tindakan yang betul juga.” Haikal meninggalkan suaranya. Dia bengang.
            “Memang saya telah menipu awak dan auntie Fazira. Saya tak pernah akui itu adalah tindakan yang betul. Saya ada alasan kenapa saya bertindak semua itu. Saya minta maaf kerana telah menipu awak dan auntie Fazira.”
            “Minta maaf!” Nada suara Haikal sedikit mengejek.
            “Kenapa lucu ke? Bukan ke perkataan itu yang awak tunggu selama ini? Awak nak saya katakana apa lagi. Apa yang awak dan auntie Fazira buat pada saya, saya tak pernah berkira pun.”
            Air muka Haikal berubah.
            “Awak rasa tindakan awak pada waktu itu adalah betul ke? Melihat saja apa yang berlaku di depan mata.” Giliran Aina pula.Wajah Aina serius. Bukan niatnya untuk mengungkit semua itu tetapi gelagat Haikal sebentar tidak membuat Aina sakit hati.
            Haikal kaku.
            “Anyway, I’m sorry. Hmm….Saya dah lewat. Nanti waktu melawat dah habis pula. Please give my best regret to Auntie Fazira”  Aina berjalan meninggalkan  Haikal yang masih kaku berdiri.
            Haikal memusing badannya. Kenapa lidah aku tiba-tiba kelu? Haikal akui . Dia sepatutnya minta maaf pada Aina lebih-lebih layanannya pada Aina selama ini. Haikal melihat kelibat Aina yang sudah hilang dari pandangannya.

                                    ********************************

            Aina berdiri di hadapan pintu lif. Butang lif untuk turun ditekan. Sesekali Aina mendongakkan kepala melihat kedudukan lif itu. Baru tingkat 7. Beberapa minit kemudian pintu lif terbuka. Aina ingin melangkah masuk tetapi terkejut apabila ada tangan memegang tangan kananya. Aina berpaling. Aina terkejut.
            “Abang Is.” Pantas Aina menarik tangannya dari pegangan Iskandar. Tak manis jika orang lihat. Apa dia buat di sini? Jumpa abang ke?
            “Nak balik ke?”
            “Ya.”
            “Abang nak ajak Aina keluar makan malam bersama sebelum balik? Boleh kan.” Ajak Iskandar dengan penuh harapan.
            “Maaf. Aina ada temujanji dengan Rina malam ni.” Jawab Aina. Pintu lif terbuka. Aina mula mengatur langkah masuk ke lif. Tiba-tiba tangannya dipegang lagi, kali ini genggaman Iskandar begitu erat. “Lepas la. Sakit! Kenapa dengan Abang Is ni?” Aina mula meninggikan suara. Tangannya sakit.
            “Kenapa Aina tak pernah beri peluang pada abang? Kenapa Aina selalu melayan abang seperti ini? Aina ingat abang ni tunggul kayu ke. Tak ada perasaan .” Bulat mata Iskandar merenung wajah Aina.
            “Abang Is! Sejak dari dulu lagi, Aina tak pernah ada apa-apa perasaan pada Abang Is. Aina hanya anggap Abang Is seperti abang kandung Aina sendiri. Tak lebih dari itu. Full stop! Please, Abang Is. Tolong fahami isi hati Aina.”
            “Perasaan abang pula macam mana? Aina tak pernah fikir perasaan abang. Abang tahu Aina fobia untuk bercinta selepas apa yang berlaku pada Kamalia. Apa yang berlaku pada Kamalia tiada kena-mengena dengan Aina! Kamalia sendiri ingin tamatkan nyawanya dengan cara terkutuk itu. Orang pendek akal begitulah fikirannya.”
            Aina mengetap bibir. Dia memang tak boleh dengar jika ada orang mengutuk arwah Kamalia. Panas telinganya. Tangannya yang dipegang oleh Iskandar direntap dengan sekuat tenaga.
            Iskandar terkejut dengan tindakkan Aina.
            “Abang Is tiada hak nak mengutuk arwah Kamalia seperti itu.” Aina menuding jari tepat pada muka Iskandar. “Aina tak terima Abang Is sebab Aina tiada perasaan cinta pada Abang Is. Faham tak? “ jerkah Aina. Kali ini Aina tak kisah pekerjanya ditingkat 9 mendengar suaranya. Perasaan marah tidak dapat dibendung lagi.
            “Abang tak faham! Untuk pengetahuan Aina, Abang akan pastikan Aina akan mencintai abang satu hari nanti. Walau ke mana Aina melarikan diri, abang akan tetap mengejar Aina. Abang akan buat Aina tunduk pada cinta abang.” Kata Iskandar dengan penuh yakin.
            Aina tergamam. Dia terkejut dengan perubahan sikap Iskandar. Selama ini Iskandar adalah seorang yang memahami dan menghormati orang lain. Kenapa sikap Abang Is tiba-tiba berubah? Menjadi seorang yang panas baran.
            “Jom, ikut abang pergi makan! Abang tak peduli sama ada Aina suka atau tidak!”  Sekali Iskandar memegang tangan Aina.
            “Lepas! Aina kata lepaskan.” Jerit Aina. Mukanya merona merah menahan marah.
            “Let her go, Iskandar.” Aril tiba-tiba berada di situ. Dia nampak apa yang berlaku.
Dia terkejut apabila melihat adiknya diperlakukan seperti itu.
            Suara Aril membuatkan Iskandar melepaskan tangan Aina. Iskandar menggaru kepalanya beberapa kali. Air mukanya berubah. Iskandar terus berlalu meninggalkan Aina. Dia menggunakan laluan tangga kecemasan untuk melarikan diri.
            “Aina, tak apa-apa ke?” soal Aril. Dia memegang tangan Aina. Aril hairan melihat Iskandar yang melarikan diri sebaik sahaja nampak kelibat dirinya.
            “I’m fine!” jawab Aina.
            “Apa halnya dengan Is tu?” Dahi Aril berkerut. Dia mula tak sedap hati dengan layanan Iskandar pada adiknya.
            “Nothing.”
            “Abang akan bersemuka dengan Is apabila kita balik ke rumah nanti. Kenapa dia layan  Aina seperti itu?” Aril masih tidak berpuas hati.
            Aina memegang lengan Aril yang sasa itu. “Sudahlah! Jom kita balik, dah lewat ni. Jangan beritahu mama dan atuk tentang hal ini. Aina tak mahu panjangkan cerita.”
            “But …..”
            “Not but ….let’s go home. Aina penat.” Aina menarik lengan Aril sebaik sahaja pintu lif terbuka. Mereka berdua melangkah masuk.ke dalam lif. Fikiran Aina masih memikirkan sikap Iskandar sebentar tadi. Tak mungkin ….

                                    *****************************

            Sofea melangkah masuk ke rumah banglo milik Tengku Fauziah. Walau apa terjadi aku mesti berjumpa Haikal. Terangkan segala-galanya. Aku tak dapat bersabar lagi. Haikal perlu mendengar penjelasan aku.
            “Apa Sofea buat di rumah auntie ni?” sergah Tengku Fazira secara tiba-tiba. Dia terkejut kehadiran Sofea di rumahnya. Selepas apa yang berlaku, Sofea masih berani menjejakkan kaki di rumah aku.
            “Auntie!” Bibir Sofea bergetar.
            “Apa Sofea nak lagi dari kami? Tak puas ke Sofea malukan kami? Tipu kami?”
            “Auntie …beri peluang untuk Sofea menjelaskan segala-galanya. Sofea ada sebabnya.”
            “Sebab apa? Sebab kau mahu harta Tan Sri Yahya kan! Sebab harta Tan Sri Yahya lebih banyak jika hendak dibandingkan dengan harta Haikal kan.”
            “Sampai hati auntie berkata seperti itu pada Sofea! Auntie masih belum mendengar cerita Sofea lagi. Auntie tak boleh menilai Sofea hanya kerana kata-kata orang. Mereka semua itu tidak boleh dipercayai. Tujuan mereka hanya untuk menjatuhkan nama baik Sofea.”  Sofea membuat wajah kasihan. Dia berharap Tengku Fazira akan bersimpati padanya.
            “Ooo….jadi ibu Sofea pun terlibat sama ye, untuk menjatuhkan nama baik Sofea. Itu maksud Sofea. Tak payah nak berlakon di depan mata auntie lagi. Ibu Sofea dah ceritakan segala-galanya pada auntie termasuk juga tentang keluarga Sofea yang telah memulaukan Sofea selepas Sofea bernikah dengan Tan Sri Yahya.”
            Air muka Sofea berubah. Sofea yakin Tengku Fazira telah menelefon ibunya.
            “Auntie!” Mata Sofea mula berair.
            “Jangan nak menangis pula di sini, Sofea. Air mata Sofea tak memberi apa-apa erti pada auntie. Simpan saja.” Tengku Fazira mendengus. Sakit mata melihat lakonan Sofea.  “Untuk pengetahuan Sofea, mulai hari ini auntie tak mahu Sofea berjumpa dan hubungi Haikal lagi. Auntie tak mahu Haikal terlibat dalam rumahtangga Sofea. Auntie tak mahu anak auntie dicop sebagai penggangu rumahtangga orang. Sofea dah kecewakan Haikal dan auntie tidak akan benarkan perkara itu berlaku sekali lagi. Cukup.” Tegas Tengku Fazira. Matanya masih tidak berkelip merenung Sofea.
            “Auntie! Jangan buat Sofea macam ni!” Sofea merayu. Air matanya mengalir keluar dengan laju. “Sofea masih mencintai Haikal.”
            “Cinta! Kalau Sofea benar-benar mencintai Haikal, Sofea tak mungkin meninggalkan Haikal seorang diri di hari pernikahan kamu berdua. Sofea buat Haikal seperti tunggul kayu. Sofea tak layak memiliki cinta Haikal. Baliklah. Lupakan Haikal. Jalankan tanggungjawab Sofea sebagai seorang isteri. Tanggungjawab seorang isteri adalah di sisi suami. Jangan tambahkan lagi dosa yang sudah sedia ada.” Nasihat Tengku Fazira. Selama ini aku ingat Sofea adalah soulmate Haikal. Aku silap.
            “Tetapi auntie …..” Sofea masih tidak mengalah. Dia masih cuba untuk memujuk Tengku Fazira.
            “Balik!” Nada suara Tengku Fazira meninggi apabila Sofea masih berdegil.
            Renungan Tengku Fazira begitu mengerunkan. Sofea mengundurkan langkahnya beberapa tapak sebelum berlalu keluar dari rumah banglo itu. Tangannya digenggam erat.

                        **************************************************

            Datin Tengku Fatin memberi segelas air kosong pada Tengku Fauziah. Ubat yang diberi oleh doctor telah dimakan sebentar tadi. Hari ini Tengku Fauziah sudah dibenarkan keluar dari wad namun Tengku Fauziah tak mahu pulang ke rumahnya. Sementara waktu, dia tinggal bersama anak keduanya, Datin Tengku Fatin.
            “Minum, Umi!”
            Tengku Fauziah meneguk air itu sehingga habis. Gelas yang kosong itu dihulurkan semula pada Datin Tengku Fatin.
            “Umi, nak air lagi ke?” soal Datin Tengku Fatin dengan penuh perihatin.
            “Tak nak.”
            Datin Tengku Fatin meletakkan gelas itu di dalam dulang. Dia membetulkan bantal yang disandar oleh ibunya. “Umi, Fatin kasihan pada Kak Long. Umi maafkanlah sikap Kak Long tu. Mulut Kak Long kalau bercakap, dah tak ada brek. Main laju saja.”
            “Fatin, jangan nak memujuk umi bagi pihak dia pula. Selagi Fazira tidak minta maaf pada Aina. Umi tak akan balik.ke rumah. Nak kita ikut telunjuk dia sahaja.”
            Datin Tengku Fatin mengeluh. Teruklah begini jika kedua-dua pihak tak mahu mengalah. Sebenarnya dia telah tahu segala-galanya. Rina telah menceritakan apa yang berlaku. Tentang adik Aril iaitu Aina.
            “Umi nak tidur.” Beritahu Tengku Fauziah. Dia terus tidur. Dia tak mahu dengar anaknya bercakap mengenai anak sulungnya. Menyakitkan hati. Tak pernah buat hidup aku tenang.
            “Baiklah!” Datin Tengku Fatin mengalah. Dia tidak mahu memaksa. Lagipun ibunya baru sembuh dan memerlukan rehat yang lebih. Masih ada masa lagi. “Fatin keluar dulu. Kalau ada apa-apa Umi nak, Umi beritahu pada Rina. Malam ini Rina akan menemani Umi.”
            Tengku Fauziah hanya menganggukkan kepalanya. Kelopak matanya dah mula berasa berat.Tiba-tiba mengantuk, mesti ini berpunca dari ubat yang dimakan sebentar tadi.
            Datin Tengku Fatin memulas syambol pintu. Dia melihat Rina sedang menanti di luar.
            “Macam mana, mak?”
            “Apa? Tak ada maknanya nenek Luna nak berbaik semula dengan Mak Long Luna tu. Selagi dia tidak minta maaf pada Aina, perkara ini tidak akan selesai. Dua-dua pihak sama degil. Tak mahu mengalah langsung.” Datin Tengku Fatin mengeluh. Tak pasal-pasal aku juga terlibat sama.
            “Teruklah jika hal ini berterusan.” Rina menggaru kepalanya beberapa kali. Dia sudah tak tahu apa nak dibuat lagi agar hubungan nenek dan Mak Long seperti dahulu. Kasihan Abang Haikal.
            “Kak Long pun sama. Apa salahnya jika Kak Long ikut saja permintaan Umi tu! Tak ada ruginya pun dengan meminta maaf. Dah buat salah, mesti kena minta maaf. Budak sekolah rendah pun tahu.” Datin Tengku Fatin membuat mimic muka.
            “Apa kita nak buat sekarang, Mak? Jika dibiarkan, hubungan nenek dan Mak Long pasti bertambah keruh.” Rina mula susah hati.
            “Mak rasa Aina juga patut main peranan dalam hal ini kerana apa yang berlaku berpunca dari Aina. Hal ini pasti dapat  diselesaikan oleh Aina. Hanya Aina tahu.”
            “Hmmm…Betul juga kata, mak! Esok awal-awal pagi Luna akan call Kak Aina. Kak Aina pasti tak kisah untuk menolong kita.” Rina tersengih.
            Datin Tengku Fatin turut sama tersenyum.Dia berharap mereka berdua berbaik semula.
            

9 comments:

aqilah said...

akhirnya.........new n3

EYA said...

pendek nya... x puas nak baca laa...pe pun harap2 writer panjangkn bab yg seterus nya dan cepat2 upload

zetty said...

Pendeknya, x puas menghayati setiap watak.....hehheh but terlepas rindu jugak....thank witer doing a good job

beryls gurlz said...

pendeknya...tak puas baca la writer...tq

NurAtiZa said...

Iskandar tu kenape?wat semak je...
Nak Aina dgn Haikal je.,

arai said...

rindu nyer ngan SOG....akhirnya ader gak n3 baru.......
x der FB ker????
snang nk tau kalo SOG dah update.....

mizz acu said...

finally.. tp awat pendek sgt.. huhu..
okies.. suasana tegang,, hermm.. fazira ngan haikal nii..still ketegaq lagi!!
yg is tu..apahal pulakk.. haishh

dyaNZa said...

Akhirnya.. ddpt juga bce smbungannya... best sgt2... x sabaq nk tggu next n3... ;p

ai_resya said...

suka r bab aril n rina..sweet
6t lps ni kasi pnjgkn ckit bab diorg erk..

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...