Saturday, January 5, 2013


Bab 2

            Aleya meletakkan jag air yang berisi jus kiwi. Mata Aleya tepat melihat ke arah kerusi Ibunya dan Alina. Selama ni, mereka berempat sering makan bersama tapi malam ni hanya mereka berdua saja. Tiba-tiba dia terasa kosong. Aleya mengeluh perlahan.
            “Along! Kenapa?” tanya Alisa. Dia dengar keluhan Aleya sebentar tadi.
            “Nampaknya minggu ni,kita berdua je la makan bersama.” Aleya terus duduk dan tangannya mencapai jag air dan menuang air ke dalam 2 biji gelas yang berada di hadapannya.
            “Along rasa ibu dan Acu dah sampai ke?” Mata Alisa tepat melihat ke arah jam dinding di dapur.
            “Agaknya belum lagi kot. Kalau dah sampai pasti Acu dah call.” Kata Aleya.
            “Along rasa ibu marah kat kita tak?” tanya Alisa. Dia risau juga ibu terasa dengan sikap mereka semalam.
            “Tak tahulah.” Kata Aleya. Semasa menghantar Ibu dan Alina ke airport, Ibu tak banyak cakap hanya suruh mereka menjaga diri masing-masing. Itu saja.
            “Aaa...ni dah makan ke belum?” tanya seseorang secara tiba-tiba.
            Aleya dan Alisa terkejut bila ada seseorang menyapa mereka berdua. Mata mereka tepat memandang wanita yang sebaya ibu yang sedang ketawa.
            “Aduh...Auntie Khaty! Kus....semangat Leya! Hampir nak tercabut jantung ni dibuatnya.” Aleya mengurut dadanya beberapa kali akibat terkejut dengan sapaan kawan ibu mereka yang juga merupakan rakan kongsi restoran yang dibuka oleh ibu.
            “Auntie ni guna ilmu apa, masuk ke rumah sampai kami tak sedar!”kata Alisa.
            “Ni berbuih mulut auntie beri salam, siapa pun tak jawab. Bila auntie ketuk pintu, tak ada apa-apa response pun. Itu yang buat auntie risau terus auntie masuk menggunakan kunci rumah yang diberikan oleh ibu kamu sebelum berlepas. Dia pesan suruh auntie jaga kamu berdua sementara dia tak ada.”
            “Ala auntie....kami ni dah besar. Umur pun dah 25 tahun. Tahulah kami jaga diri kami. Auntie tak payah risau la.” Aleya tersengih.
            “Hmm...malam ni masak apa?” tanya Khatijah.
“Nasi goreng!” jawab Alisa menunjukkan pinggan yang dipenuhi nasi goreng yang digorenginya sebentar tadi. Panas lagi.
            “Nasi goreng je!” Khatijah terkejut.
            “Ya la. Abis tu nak masak apa?” soal Aleya hairan.
            “Masak la....lauk apa-apa ke? Eh....kamu berdua ni reti tak memasak?”
            “Eh....Eh.....Auntie Khaty, jangan pandang kami sebelah mata. Kami ni anak chef. Kalau kami tak reti masak, jatuh reputasi ibu. Semua masakan kami reti masak. Auntie cakap je.” Kata Aleya.
            “Auntie, sekarang ni rumah ni ada berapa orang?” soal Alisa
            “Dua orang.” Jawab Khatijah. Dahinya berkerut. Apa kaitannya nasi goreng dengan soalan yang diajukan oleh  Alisa.
            “ Ya, betul! Dua orang. Kalau kami masak pelbagai jenis lauk, siapa nak makan sedangkan kami berdua saja. Jadi kami masak nasi goreng, simple dan tak membazir.” Alisa tersenyum.
            “Gaya kamu cakap ni macam berada dalam court pulak.” Khatijah membuat mimik muka.
            Aleya ketawa kecil bila mendengar kata-kata Auntie Khatijah.
            “Sorry auntie! Terbawa-bawa la pulak.” Alisa bangun dan mengambil pinggan kosong di rak.
            “Mentang-mentang la, kamu ni lawyer. Auntie cakap sepatah, beribu-ribu patah perkataan kamu jawab.” Khatijah menggelengkan kepalanya. Alisa ni memang banyak cakap. Memang sesuai pun kerja peguam.
            “ Dah kebetulan auntie kat sini, apa kata auntie dinner sama-sama dengan kami. Boleh la jugak auntie rasa masakan kami ni. Selalunya auntie rasa masakan ibu saja kan.” Kata Aleya meletakkan pinggan kosong pada Auntie Khatijah yang duduk di sebelahnya.
            “Ok je! Hmm...auntie nak tanya, kenapa kamu berdua tak nak ikut ibu dan Lina balik ke Malaysia jenguk ayah kamu yang sakit tu?” Khatijah merenung kedua-dua pasangan kembar itu. Mereka terus terdiam bila mendengar pertanyaan Khatijah. Betul kata Munirah bila cakap saja pasal ayah mereka, pasti mereka berdua akan berubah sikap. Adakalanya melenting tak tentu pasal bila bercakap pasal ayah mereka, sekarang ni mereka diam membisu seolah-olah berpura-pura tak dengar akan pertanyaan aku. Khatijah mengeluh. Menyesal aku beritahu kisah Munirah dan suami kepada mereka. Kalau la mulut aku ni reti simpan rahsia, pasti mereka berdua ni tak jadi macam ni. Pendendam! Suasana jadi sunyi saja. Aleya dan Alisa tiba-tiba saja menjadi pendiam.
“Aaa....ikut suka hati kamu la....Auntie malas nak cakap apa-apa. Aaa....apa lagi, kenapa la tak letak nasi goreng tu dalam pinggan auntie. Kamu nak auntie makan pinggan kosong ni ke?” kata Khatijah. Dia cuba menukar topik perbualan.
            “aaa....ingatkan auntie dah kenyang....” Aleya bersuara.
            “Kenyang apa bendanya....Bila bercakap dengan kamu berdua ni, hilang abis tenaga auntie ni....Aaa....Lisa, mana airnya?” tanya Khatijah.
            “Sekejap....” Alisa bangun dan mengambil gelas kosong dan diletakkan di hadapan Khatijah. Khatijah tersenyum. Apa nak jadi dengan mereka berdua ni? Degil dan keras hati.Sensitif betul bila isu ayah mereka dikatakan Khatijah melihat telatah anak gadis yang sudah pun berumur 25 tahun. Masa berlalu dengan pantas, Khatijah teringat sewaktu ketiga-tiga mereka dilahirkan. Munirah begitu tabah membesarkan ketiga-tiga anaknya tanpa bantuan orang tersayang di sisinya terutamanya suami dia sendiri.
            “Auntie! Sempat berangan lagi tu...” Usik Alisa.
            Khatijah terkejut bila Alisa menegurnya. Dia tersenyum melihat Alisa dan Aleya yang sedang ketawa. Mereka berdua ni....Hmm....Munirah dah sampai ke belum?

                                                        *********************************

            Maria membuka pintu bilik. Dia hairan bila lihat Munirah masih tercegat berdiri di luar bilik. Dari KLIA, mereka terus bergegas ke hospital untuk melawat Abang Kadir. Alina menoleh ke arah ibunya.
            “Kak....Kak Munirah, kenapa ni?” soal Maria dengan penuh tanda tanya.
            “Aaa.....Tak ada apa-apa!” jawab Munirah. Dia menarik nafas panjang. Sebaik saja, dia tiba di muka pintu, kakinya tiba-tiba menjadi berat. Jantungnya berdebar-debar untuk berjumpa dengan orang yang pernah menghina dan menghalaunya sejak 26 tahun yang lalu. Dia perlukan kekuatan. Melihat suaminya, kisah lampau pasti menghantui dirinya kembali.
            “Ibu! Jangan bimbang. Lina ada di sisi ibu” Alina faham apa yang sedang bermain di fikiran ibunya. Alina memegang erat tangan ibunya. Sejuk!
            “Kak!” panggil Maria lagi.
            Munirah menganggukkan kepalanya. Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke bilik itu. Matanya tepat memandang ke arah lelaki yang sedang terlantar di atas katil. Langkah

Munirah diatur  mendekati katil itu. Air mata Munirah jatuh berlinangan sebaik saja melihat keadaan suaminya yang kaku. Melihat tubuh suaminya yang dikelilingi  wayar dan alat bantuan mesin membuat hatinya sebak.
            Alina mengesat air matanya beberapa kali. Dia tak sangka akan berjumpa dengan ayahnya buat kali pertama dalam keadaan begini. Kurus namun wajahnya masih tidak dimamah usia.
            “Abang Kadir, ada pesan kat Maria. Dia suruh Maria cari kak. Katanya dia ingin mohon maaf pada kak. Dia kesal dengan apa yang telah dia lakukan pada kak. Dia ingin tebus segala kesalahannya.” Beritahu Maria. Dia menyampaikan hasrat sepupunya.
            “Kak tak pernah pun berdendam dengan Abang Kadir. Apa yang berlaku dahulu, kak dah lupa dan dah lama kak maafkan Abang Kadir. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kami tak ada jodoh.” Ucap Munirah dengan lembut. Perlahan-lahan Munirah memegang tangan kanan suaminya. Air matanya masih menitis.
            “Awak! Segala kesalahan awak, dah lama Munirah maafkan. Halalkan makan minum Munirah sepanjang 2 tahun kita bersama. Jika Munirah pernah buat silap kat awak, Munirah minta maaf.” Munirah cuba menahan tangisannya.
            “Ibu!”
            “Lina! Salam abah kamu ni!” arah Munirah.
            Giliran Alina pula memegang tangan ayahnya. “Abah! Ini Alina. Pasti abah terkejut sekarang ni dengan kehadiran Lina secara tiba-tiba dalam hidup abah. Walaupun kita tak sempat untuk mengenali antara satu sama lain namun Lina gembira kerana dapat berjumpa dengan abah akhirnya. Kami maafkan abah.” Alina menangis teresak. Dia memegang erat tangan ayahnya. Alina tiba-tiba teringat akan kakak kembarnya.Alina terkejut bila dia melihat tangan ayahnya bergerak.
            “Ibu!” Alina terus menoleh ke arah ibunya. Munirah dan Maria terperanjat melihat Kadir yang telah membuka mata dan memandang ke arah mereka. Matanya tepat memandang ke arah Munirah. Bibirnya terkumit-kumit seolah-olah ingin menyatakan sesuatu.
            Munirah tergamam.
            “Kak...Saya pergi panggil doktor, sekejap!” kata maria terus bergegas keluar mencari Doktor Nazri.
            “Abah!” Alina masih menangis. Dia memegang tangan ayahnya.
            Kadir mengalirkan pandangannya ke arah wanita muda yang berada di sisinya. Matanya tak berkelip melihat wanita itu. Hampir seiras dengan Munirah. Mata...Mata....Kadir mengalih pandangannya ke arah Munirah pula. Dia ingat menyatakan sesuatu namun suaranya seolah-olah telah disekat.
            Dengan pantas, Munirah memegang tangan Alina dan menarik tangan Alina dari memegang Kadir. “Lina, balik!” tegas Munirah.
            “Tapi....Ibu, abah dah sedar.” Ujar Alina. Dia hairan dengan tindakan ibunya.
            “Balik! Tak guna kita berada di sini. Jom balik! Sini bukan tempat kita.” Munirah terus memegang tangan anaknya dan menariknya keluar dari bilik itu. Alina akur dengan arahan ibunya. Sebelum keluar, dia memandang ayahnya sekilas pandang. Langkahnya diatur mengikut langkah ibunya yang bergegas keluar dari situ.

                        *********************************************************

            Alina menutup pintu kereta Mazda 2 dengan perlahan-lahan. Dia menoleh ke arah ibunya yang duduk di sebelahnya. Wajah ibu pucat lesi.
            “ Ibu tak apa-apa ke?”
            Namun tiada reaksi dari ibunya.
            “Ibu!” Alina memegang tangan ibunya. Sejuk.
            Munirah terkejut apabila Alina memegang tangannya secara tiba-tiba.
            “Ibu! Ibu tak sihat ke?” Alina risau.
            “I’m fine.”
            “Tapi ....”
            “Ibu sihat.” Munirah cuba menyembunyikan kegusaran yang bersarang di dalam hatinya. Dia terkejut apabila Kadir tiba-tiba sedar dari koma. Pandangan Kadir ke arah dirinya membuatkan badannya menggeletar ketakutan. Memori silam mula menghantui diri lagi. Apa yang Kadir pernah buat pada dirinya menyebabkan Munirah berasa tidak selamat. Dia bimbang jika dilayan seperti dahulu.
            “Ibu.” Dahi Alina berkerut. Ibu seperti sedang mengelamun. Wajah ibu serius. “Ibu .....” panggil Alina sekali lagi.
            “Ya.”
            “Betul ke ibu tak apa-apa ni?”
            “Yes.” Tegas Munirah. Munirah menggenggam erat kedua-dua belah tangannya. Dia cuba untuk mendapatkan kembali kekuatannya yang tiba-tiba hilang. Nampaknya aku masih belum kuat lagi untuk berhadapan dengan dia. Aku sangka diriku kuat namun tidak.
            “Ibu .....”
            “Jom kita balik ke hotel.”
            “Tetapi abah .......”
            “Kita akan datang melawat sekali lagi selepas keadaannya stabil. Ibu tak mahu keruhkan lagi keadaan. Ibu penat. Ibu nak berehat di hotel. “ Munirah terus memejam matanya. Dia tak mahu Alina mengajukan soalan lagi.
            “Baiklah.” Alina akur. Enjin kereta di hidupkan. Kereta Mazda 2 bergerak laju meninggalkan perkarangan hospital itu.

                                    ****************************************

            Khatijah meletakkan kunci rumahnya di atas meja kecil kayu jati di sebalik pintu rumahnya. Dia melihat di sekeliling ruang tamu. Sunyi. Pasti suami aku belum balik lagi.  Joe dan Yatt pasti tak balik dari kuliah lagi.
            Tiba-tiba telefon bimbit Khatijah berbunyi, pantas Khatijah mengeluarkan telefon bimbit yang berada di dalam beg tangannya. Tanpa melihat siapa pemanggilnya, panggilan itu dijawab. “Hello!”
            “Assalammualaikum, Khaty”
            “Munirah .......Waalaikummussalam .....” nada suara Khatijah berbunga riang, sebaik sahaja mendengar suara sahabat baiknya.
            “Kau apa khabar?”
            “Sihat saja. Kau pula? Bagaimana dengan keadaan suami kau? Kau dah jumpa dia ke” soal Khatijah bertubi-tubi. Dia berjalan mendekati sofa berwarna merah di ruang tamu. Dia ingin tahu keadaan di sana.
            Munirah mengeluh dengan kuat.
            “Kenapa, Munirah? Suami kau dah meninggal ke?” soal Khatijah apabila mendengar keluhan Munirah. Dahi Khatijah sedikit berkerut.
            “Tak. Dia dah sedar dari koma.” Jawab Munirah dengan nada suara lemah. Selepas ini apa pula yang akan terjadi? Munirah gelisah
            “Syukur alhamdulilah jika begitu ......tetapi nada suara kau seperti tak suka saja suami kau dah sedar.” Khatijah sedar ada sesuatu yang tak kena disebalik nada suara Munirah.
            “Bukan! Aku bersyukur kerana dia sudah sedar .....Cuma aku tak tahu apa yang akan terjadi selepas ini, Khaty. Perasaan takut aku mula menghantui aku. Apa yang dia pernah buat pada aku .....aku takkan lupa.” Munirah menggenggam erat tangan kirinya yang menggeletar secara tiba-tiba.
            “Tetapi dia tak tahu kau dan Lina ada di Malaysia kan .....Kau jangan risau!”
            “Dia nampak aku dan Lina, Khaty. Sekarang ini, pasti dia tahu kewujudan Alina. Aku takut, Khaty! Aku takut jika dia rampas Aleya, Alisa dan Alina dari aku. Aku tiada sesiapa lagi di dunia ni melainkan anak-anak aku, Khaty.” Nada  suara Munirah mula cemas. Air matanya mula berlinangan. Mereka bertiga adalah nyawa aku. Jika dia merampas mereka bertiga dari aku, aku sudah tiada apa-apa lagi. Lebih baik aku mati.
            “Munirah! Cool down! Bertenang. Kau jangan fikir yang bukan-bukan. Tiada sesiapa dapat merampas mereka bertiga dari kau. Kau dah lupa ke, Munirah! Anak-anak kau dah besar. Mereka mampu berfikir sendiri. Mereka tahu siapa yang bersusah payah membesarkan mereka bertiga selama 25 tahun ini. Lagipun, kau tahu perangai Aleya dan Alisa kan! Mereka bertiga takkan tinggalkan kau.” Pujuk Khatijah.
            Munirah menundukkan kepalanya. Kenapa dengan aku ni? “Thanks, Khaty! Aku terlalu emosinal tadi. Kau memang bestfriend aku....Walauapa pun aku mesti teruskan juga hasrat aku, aku mesti hilangkan perasaan takut aku ni sebelum aku berdepan dengan dia.” Munirah sudah membuat keputusan. Semalaman dia berfikir. Inilah adalah keputusan yang terbaik untuk semua pihak.
            “Hasrat apa?” soal Khatijah. Hairan!
            “Aku mahu dia lepaskan aku dengan cara baik. Selama 25 tahun, kami hidup dengan haluan masing-masing. Aku tak sanggup tanggung dosa lagi, Khaty. Lagipun dia sudah family sendiri. Aku ni orang luar. Sejak mula lagi, aku ni orang luar.” Munirah memegang erat telefon bimbit Samsung Ace miliknya. Munirah cuba mengawal sebak di dadanya. Hatinya sakit.
            “Munirah!” Nada suara Khatijah turut sama sayu. Dia dapat merasakan apa yang Munirah rasakan sekarang ini. Cinta Munirah pada suaminya tak mungkin akan pudar walaupun bermacam-macam perkara telah dilakukan oleh suaminya. Pasti Munirah memerlukan kehadiran aku di sana. “Munirah, jika kau mahu aku akan temani kau di sana. Malam ni aku booking flight untuk awal-awal pagi esok.”
            “It’s okey, Kathy. I’m fine. Aku boleh lalui semua ini.”
            “Betul ke?”
            “Betul ......Kalau kau datang sini, siapa nak jaga restaurant kita! Tak payahlah, lagipun aku ada di Malaysia sekejap saja. Sebaik sahaja selesai perkara ini, aku  terus pulang.”
            “Hasrat kau ni .....Aleya, Alisa dan Alina dah tahu ke?” tanya Khatijah
            “Tak. Mereka tak tahu pun. Aku harap kau rahsiakan perkara ni dulu. Aku akan beritahu mereka apabila tiba masanya.”
            “Baiklah! ...Kalau kau ada apa-apa, kau beritahu saja aku. Jangan kau pendam di dalam hati tu, lain pula jadinya. Kau boleh calll aku bila-bila masa! Kau ingat tu....”
            “Terima kasih, Khaty! Kaulah satu-satunya sahabat baik aku. Kau sentiasa bersama aku ..tak kira susah dan senang.”
            “ Itulah namanya kawan sejati. Kau berehatlah. Selepas apa yang terjadi, kau pasti penat kan! Esok aku call kau.”
            “Thanks, Khaty.”
            “You’re welcome ,my friend. Bye!” kata Khatijah sebelum mengakhiri pebualan telefon antara mereka berdua. Khatijah mengetap bibirnya beberapa saat. Kenapa aku tiba-tiba resah? Adakah ada sesuatu yang akan terjadi pada Munirah? Hish ...aku ni fikir yang bukan pula. Tiada apa-apa yang akan terjadi pada Munirah. Khatijah cuba menenangkan dirinya.

1 comment:

NuRul DieLa said...

adekah novel 1,2,3 nie akn dikuar kan???

Post a Comment