Friday, January 18, 2013

Satu Dua Tiga 2013


Bab 3


            Kartika membaling telefon bimbitnya sebaik saja menerima panggilan telefon dari Maria. Semua barang yang berada di atas meja soleknya dibaling. Pecah.Dia bengang bila mendapat tahu, Syed Kadir sudah sedar dari koma. Angannya untuk memiliki seluruh kekayaan suaminya telah musnah. Kartika menjerit sekuat hati.
            “Kenapa susah sangat kau nak mati, hah?” jerit Kartika. Impiannya hancur lebur. Eee...kan senang kalau kau mati cepat, senang hidup aku. Sakit hatinya bila teringatkan Syed Kadir.
            “Mama! Apa halnya ni?” Sofea terus meluru masuk ke biliknya. Dia terkejut bila mendengar jeritan ibunya sewaktu menaiki tangga. Dia terkejut melihat keadaan bilik ibunya yang berselerak.
            “Orang tua tu tak mampus lagi. Dia dah sedar dari koma.” Beritahu Kartika.
            Sofea tersengih. “Aaa....mama ni, saja buat suspen! Dah sedar dari koma bukannya berertinya dah sembuh. Ala...tak lama lagi dia mampus la.”
            “Sampai bila nak tunggu, hah! Mama dah bosan asyik menjaga orang sakit. Sekarang ni semua angan-angan mama musnah. Satu sen pun tak dapat.” Bebel Kartika.
            “Mama ni gelojoh la! Kalau 25 tahun mama boleh bersabar, takkan sekarang dah tak boleh kot. Ala mama...anak ikan mama tu takkan lari ke mana-mana.” Perli Sofea. Dia kenal sangat dengan perangai ibunya yang suka berfoya-foya. Semua lelaki muda menjadi pilihan ibunya.
            “Sofea perli mama ke? Ni...pakai baju lawa-lawa ni nak pergi mana?” soal Kartika melihat anak sulungnya. Mekap tebal giler. Nak pergi party lagi ke? Tiap-tiap malam asyik berparti saja. Suruh kerja di syarikat, tak nak! Macam-macam alasan.
            “Nak jumpa buah hati la! Kalau mama boleh jumpa buat hati mama, takkan la Sofea tak boleh.”
            “Maksud Sofea, Si Iskandar tu.” Kartika pelik dengan perangai anaknya, di matanya hanya nampak Iskandar saja. Tak ada orang lain. Kenapa la anak tiri Maria tu yang menjadi pilihan. Aku dengan Maria bukannya baik sangat pun.
            “Ya la. Siapa lagi. Hanya yang satu! My love only for Tengku Iskandar.”
            “Mama tak faham dengan perangai Sofea ni! Apa la kelebihan Iskandar tu sampai Sofea tergila-gilakan dia?”

            “Mama ni....Abang Is! Lelaki idaman Sofea. Dia handsome, berpelajaran, berharta dan juga keturunan raja. He’s the perfect one. My prince charming.” Kata Sofea bersungguh-sungguh.
            “Ye la tu...Mama tengok Sofea je yang tergila-gilakan Is Is pulak mama tengok dia bukannya  layan Sofea pun . Mengelak lagi ada la.”
            “Mama ni! Love take time,ok! Satu hari nanti, Abang Is pasti akan jatuh cinta pada Sofea. Mama tengok la.”
            “Huh...Ayat tu dah berpuluh kali mama dengar. Hasilnya tak pernah nampak pun. Angan kosong!”
            “Malas Sofea nak cakap dengan mama! Menyakitkan hati saja.”
            “Eh....Sofea tak nak ikut mama jumpa papa ke?” soal Kartika.
            “Buat apa? Dia bukannya papa Sofea. Sofea pergi dulu.” Sofea terus berlalu pergi. Tak ada guna aku pergi ke sana? Tak ada kaitan dengan aku langsung. Jumpa Abang Is lagi bagus. Sofea tersengih seorang diri bila menuruni anak tangga. Hatinya berbunga riang bila mengenangkan Abang Is.


                                    ****************************************

            “Nazri! Semalam masa uncle sedar, kamu nampak tak ada 2 orang wanita kat bilik ni.” Tanya Dato Syed Mohd Kadir pada doktor yang merawatnya.
            “Tak ada, Uncle! Hanya Auntie Maria saja. Kenapa?” soal Dr. Nazri hairan dengan pertanyaan sahabat karib arwah bapanya.
            “Aaa......” Dato Syed Mohd Kadir terdiam. Aku berkhayal ke hari itu. Tak mungkin. Walaupun sudah 25 tahun aku tak jumpa Munirah tapi wajahnya aku tak pernah lupa. Mata aku takkan menipu. Wanita muda tu....yang pegang tangan aku hari tu! Wajahnya hampir seiras Munirah malah sepasang mata yang dimiliki oleh wanita muda itu....Takkanlah....
            “Uncle!” panggil Dr. Nazri. Dia hairan bila Uncle Kadir tiba-tiba terdiam. Kini keadaan Uncle semakin stabil. It’s a miracale.
            “Ya. Nazri, boleh tak kamu tolong panggilkan Auntie Maria?”
            “Baiklah. Uncle kena banyakkan berehat dan lapangkan fikiran. Jangan fikir sesuatu yang akan mendatangkan stress, ok?” kata Dr. Nazri sebelum berlalu keluar.

            Beberapa minit kemudian, Maria masuk sambil di tangannya ada sebuah bakul yang mengandungi buah-buahan.
            “Abang Kadir! Macam mana keadaan abang hari ni?” soal Maria sambil tersenyum Lega hatinya bila keadaan Abang Kadir sudah stabil. Bakul itu diletakkan di alamari kecil yang berada di sebelah katil itu.
            “Alhamdulilah! Dengan izin-Nya, abang sembuh.”
            “Aaa...Kartika mana? Hari ni dia dah datang ke?” Maria menoleh ke kiri dan kanan menjadi kelibat isteri sepupunya.
            Air muka Dato Syed Mohd Kadir berubah sebaik saja mendengar nama isterinya. “Abang malas nak cakap pasal dia. Dia ada ke tak ada ke, sama saja? Dia lagi suka kalau abang mati.”
            “Abang Kadir tak baik cakap macam tu! Walauapa yang terjadi, dia tetap isteri abang. Buruk baik ke Si Kartika itu, dia masih isteri abang yang sah!” Maria sedar. Selepas beberapa tahun berkahwin dengan Kartika, rumahtangga mereka bergelora. Tak bahagia. Mungkin ia balasan selepas apa yang mereka lakukan pada Kak Munirah.
            Dato Syed Mohd Kadir mengeluh. “Maria! Waktu hari abang sedar hari tu, selain Maria ada tak orang lain datang.” Soal Dato Syed Mohd Kadir ingin tahu. Hatinya kuat mengatakan dia tak berkhayal pun pada hari dia sedar dari koma.
            Kartika terkejut dengan kata-kata abang sepupunya. “Aaaa...Apa maksud Abang Kadir? Mmm...Maria tak faham.”
            Dato Syed Mohd Kadir merenung Maria. Segera Maria melarikan pandangannya.
            “Maria ada sorokkan sesuatu dari abang ke?”
            “Aaa...mana ada!” pantas Maria menjawab. Serba salah Maria jadinya. Dia sudah berjanji pada Kak Munirah takkan beritahu sesiapa pun jika dia mungkir janji  Kak Munirah akan terus pulang ke London dan takkan menjejaki kaki di Malaysia lagi.
            “Maria! Abang dah kenal kamu dah lama. Abang tahu Maria berbohong. Cakap cepat. Hari itu...Hari tu, Munirah kan! Munirah datang kan.” Kata Dato Syed Mohd Kadir bersungguh-sungguh.
            “Abang Kadir! Tolong la faham situasi Maria.”
            “Jadi betul la, Munirah ada datang jumpa abang. Patut la masa abang koma hari itu, abang dengar suara dia.” Senyuman terukir di bibirnya. Dah lama dia mencari Munirah. Dia ingin memohon maaf atas kesalahannya dahulu. Dia benar-benar kesal. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. “Wanita muda yang bersama Munirah hari tu.....Dia...dia.”

            “Anak Kak Munirah.”jawab Maria.
            “Jadi ...dia anak...anak.....” Mata Dato Syed Mohd Kadir bercahaya.
            “Waktu Abang Kadir halau Kak Munirah keluar dari rumah dulu, Kak Munirah mengandung 2 bulan.”
            ‘Apa! Tapi...tapi kenapa dia tak jumpa abang?”
            “Nak jumpa Abang Kadir buat apa? Abang kan dah halau dia. Buat apa Kak Munirah nak jumpa lagi abang lagi. Nak dengar cacian dari abang lagi ke? Lebih baik tak payahlah ... Lagipun waktu tu, kan abang tengah angau dengan Kartika.Kak Munirah pun ada harga diri.” Kata Maria dengan nada keras. Dia teringatkan hal dulu, dia benar-benar geram dengan tindakan Kadir. Pada waktu tu, dia sangat kasihan pada Kak Munirah. Bila dia mendapat tahu Kak Munirah dihalau keluar, dia terkejut besar. Dia ingin membantu tapi waktu itu Kak Munirah telah menghilang tanpa dikesan.
            Dato Syed Mohd Kadir terdiam seketika. Dia sedar, dia sudah banyak berdosa pada Munirah. Jika diikutkan hati, dia malu berdepan dengan Munirah namun dia perlu jumpa dengan wanitu itu untuk menebus segala kesilapannya. “Maria, Abang nak jumpa Munirah dan anak abang.”
            “Buat apa, abang? Abang nak perang dunia ketiga tercetus ke? Kalau Kartika tahu Kak Munirah ada di sini, pasti dia mengamuk. Lagipun Maria tak nak apa-apa terjadi pada Kak Munirah dan Alina. Macam la abang tak kenal dengan perangai isteri abang.”
            “Tapi...Abang ingin sangat berjumpa dengan mereka, Maria. Tolong la abang. Pasal Kartika, kamu jangan bimbang. Tahu la abang uruskan. Tentang Munirah, kita rahsiakan dulu. Maria, abang merayu! Abang nak jumpa Munirah dan anak abang. Tolong la. Maria tak kasihan kat abang ke?” Dato Syed Mohd Kadir merayu.
            Maria mengeluh. “Baiklah tapi....Maria kena tanya Kak Munirah dulu. Sama ada dia setuju atau tak untuk jumpa abang, lepas ni Maria takkan masuk campur.”
            “Baiklah.!” Dato Syed Mohd Kadir tersenyum lebar.

                                                *************************

            “Acu! Dah seminggu Acu dan ibu berada di Malaysia. Bila nak balik ni? Kami berdua ni bosan la , duduk berdua saja. Asyik pandang muka Along saja, jemu Angah dibuatnya.” Kata Alisa sebaik saja panggilan telefonnya dijawab oleh adiknya.
            Alina ketawa bila mendengar kata-kata Alisa. Inilah pertama kali mereka bertiga berpisah. Selama ini mereka bertiga sering bersama sejak dari tadika hinggalah ke universiti. Walaupun mereka meminati bidang yang berbeza namun mereka sangat akrab. Sebenarnya dia juga sangat rindukan kakak kembarnya. “Kalau dah rindu, datang la ke Malaysia!”
            “Buat apa” suara Alisa terus berubah.
            “Datang jenguk abah. Abah dah sedar dari koma.” Beritahu Alina.
            Alisa terdiam bila mendengar kata-kata Alina. Alina hairan bila Alisa terdiam. “Hello....Angah! Angah!”
            “Ya!” jawab Alisa dengan nada lemah. Bila dengar tentang abahnya, terus moodnya hilang.
            “Aaa...Angah!” Alina serba salah. Dia tahu dia telah tersalah cakap tapi kenapa kakaknya begitu membenci abah sedangkan orang patut membenci abah adalah ibu. Jika ibu boleh memaafkan abah, kenapa tidak Along dan Angah juga seperti ibu.
            “Jadi, berapa lama lagi Acu dan ibu tinggal di Malaysia?”
            “Ibu cakap mungkin hari Ahad ni, kami bertolak balik ke London. Ibu kata nak selesaikan sesuatu sebelum balik ke London”
            “Selesaikan apa?”
            “Tak tahu. Acu ada tanya hari tu tapi ibu tak nak jawab.”
            “Hmm....baiklah! Jumpa Ahad nanti. Kirim salam kat ibu.”
            “Ok! Kirim salam kat Along ye! Bye.”
            “Bye!” Alisa terus menamatkan panggilan mereka. Dahi Alisa berkerut. Selesaikan apa?
            “Siapa call, Angah?” Aleya mendekati Alisa. Dia saja pulang dari kerja. Aleya terus duduk di sofa berwarna hijau. Aleya memejamkan matanya. Penat.
            “Acu!”
            Aleya membuka mata. “Bila mereka nak balik?”
            “Hari Ahad ni baru mereka nak balik.” Jawab Alisa.
            “Good.” Aleya kembali memejam mata. Hatinya lega mendengar jawapan Alisa.
            “Tapi ....lelaki itu dah sedar dari koma.”
            Aleya membuka matanya sekali lagi. Pandangannya tertumpu pada Alisa yang masih memegang telefon. “What?”
            “Along rasa ibu akan kembali bersama lelaki tu ke?”
            “Tak mungkin! Mustahil. Bukan ke lelaki itu sangat membenci ibu? Lagipun dia sudah ada isteri muda.....Ibu tiada apa-apa makna dalam hidupnya.”
            “Ya ...Ibu hanya bertepuk sebelah tangan sahaja kan. Jika dia benar-benar ambil berat terhadap ibu, dah tentu dia cari ibu selama ini kan.” Alisa menganggukkan kepalanya.
            Wajah Aleya masih terpancar perasaan risau. Dia bimbang dengan keadaan ibu dan adiknya. Aleya bimbang jika lelaki itu mendapat tahu dia mempunyai anak, pasti dia takkan lepaskan ibu. Perkahwinannya bersama isteri muda tidak mempunyai zuriat.
            “Apa yang menjadi teka-teki sekarang ini ....ialah ....Acu beritahu yang ibu perlu selesaikan sesuatu sebelum pulang ke sini.” Beritahu Alisa.
            ‘Selesaikan apa?”
            “Tak tahu.”
            “Acu?”
            “Acu pun tak tahu apa-apa. Ibu tak beritahu Acu.”
            Dahi Aleya sedikit berkerut.
            “Jika ibu dan Acu masih tidak pulang juga pada hari Ahad ini, Angah akan pergi ke Malaysia dan bawa mereka berdua pulang ke sini. Along, don’t worry.” Alisa dapat membaca apa yang sedang bermain di fikiran kakak kembarnya. Along mesti risau. Aku juga risau.
            Aleya hanya mampu tersenyum.

                                    ***************************************

            Maria memegang tangan Munirah dengan erat. “Tolonglah, kak! Abang Kadir nak sangat jumpa kak! Abang Kadir dah tahu. Alina adalah anak dia.”
            Maria menarik nafas dan menghembusnya perlahan-lahan.
            Alina hanya mampu mendiamkan diri dan memerhati.
            “Maria tahu ...Abang Kadir dah banyak buat salah pada Kak. Abang Kadir mahu berjumpa dengan Kak. Dia ingin minta maaf pada kak. Itu sahaja.” Pujuk Maria.
            “Beritahu dia, kak dah lama maafkan dia. Apa yang berlaku adalah takdir. Kami tiada jodoh. Kak terima semua tu.” Ujarnya dengan lembut.
            “Tetapi Abang Kadir tetap juga nak berjumpa kak dan Alina. Jika memang benarlah, kak dah maafkan Abang Kadir ....kenapa kak enggan berjumpa Abang Kadir?”
            “Maria dah lupa ke?”
            Dahi Maria sedikit berkerut. Apa yang aku dah lupa?
            “Kartika. Kak tak mahu kehadiran kak mengganggu rumah tangga mereka.”
            “Tentang Kartika, kak jangan bimbang. Abang Kadir akan uruskan. Boleh ye?” pujuk Maria.
            Munirah memandang ke arah Alina.
            Alina membalas pandangan ibunya dengan senyuman. Walauapa sahaja keputusan ibu,  Acu akan ikut.
            “Hmm...baiklah! Lagipun kak ada hal nak bincangkan dengan Dato’ Syed Kadir.”
            Dahi Maria berkerut. Bincangkan apa? Wajah Kak Munirah serius semacam sahaja ...

1 comment:

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...