Friday, January 4, 2013

Satu Dua Tiga 2013



“Apa! Esok Ibu nak balik Malaysia!” Alisa terkejut dengan keputusan ibunya secara tiba-tiba.
Aleya terus saja bangun dari sofa bila mendengar kata-kata ibunya.
            “Ibu bukan ke ibu dah berjanji takkan menjejakkan kaki di Malaysia! Why?” Aleya melihat ke arah ibunya. Dia tak puas hati.
            Alina hanya duduk diam membisu di sebelah ibunya. Dia sedar kedua-dua kakaknya pasti tidak bersetuju dengan rancangan ibu untuk pulang ke Malaysia.
            “Abah kamu sakit.”beritahu Munirah. Dia terkejut apabila mendapat panggilan dari Maria semalam. Maria merupakan sepupu suaminya. Katanya kini suaminya berada di wad ICU. Sudah seminggu suaminya berada di situ akibat penyakit jantung malah doktor juga beritahu harapan untuk sedar juga amat tipis. Tujuan Maria menelefon adalah untuk mengajak Munirah pulang dan berjumpa dengan suaminya untuk kali terakhir. Puas semalaman dia berfikir dan akhirnya dia membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia. Dia tahu Aleya dan Alisa takkan setuju dengan keputusannya.
            Aleya dan Alisa terdiam seketika bila mendengar kata-kata ibunya.
            “Abah sakit! Along! Angah! Jom la, kita balik jumpa abah buat kali terakhir. “ pujuk Alina.
            “Buat apa kita nak jumpa dia sedangkan kewujudkan kita pun dia tak tahu. Tak ada faedah pun. Bukannya dia kenal kita pun. Selama ni pun, ibu yang besarkan kita. Dia tak mainkan apa-apa peranan pun.” Aleya bersuara. Dia geram bila Alina begitu senang menerima orang yang menghalau ibu sehelai sepinggang hanya disebabkan ingin berkahwin dengan pelakon terkenal. Kerana pelakon itu, ibu disisihkan. Habis madu sepah di buang.
            “She’s right! Kenapa tiba-tiba saja kita perlu terima dia dalam hidup kita? Selama 26 tahun, kita tinggal di London! Ada tak dia cari ibu? Ada tak? Tak berbaloi kita buat baik dengan orang seperti itu.” Tegas Alisa. Telinga Alisa panas bila mendengar kata adik kembarnya. Walaupun mereka bertiga kembar seiras namun personaliti mereka jauh berbeza.
            “Dia tu....abah kita! Walauapa pun kesalahan abah pada kita dulu, dia tetap abah kita. Ayah kandung kita” ucap Alina lembut. Dia tahu Aleya dan Alisa berdendam dengan ayah mereka sehingga menyebabkan hati mereka keras untuk menerima abah dalam hidup mereka
           



“It’s easy for you to say!” Aleya merenung adiknya. Aleya tak mahu hati ibunya terluka lagi. Kembali ke Malaysia, bukanlah idea yang baik.
            “Kami takkan balik.” Tegas Alisa. Mereka berdua tetap dengan keputusan mereka.
            “Ikut suka hati kamu la! Ibu malas nak cakap lagi.” Munirah tiba-tiba bangun dan berjalan terus masuk ke dalam biliknya. Dia malas nak dengar anak-anaknya berbalah antara satu sama lain. Apa yang penting sekarang ni, sempatkan dia berjumpa dengan suaminya esok?
            “Ibu!” panggil Alina bila ibunya meninggalkan mereka. Alina menoleh ke arah kakaknya. Aleya dan Alisa terus memandang ke arah lain bila Alina memandang ke arah mereka berdua. Alina mengeluh. Degil! Keras hati.
           
                                     ******************************************

            Hati Maria sayu bila melihat sepupunya yang terlantar di katil. Seluruh badan Kadir dipenuhi dengan wayar malah alat bantuan pernafasan juga digunakan untuk bernafas. Sudah hampir seminggu Kadir berada dalam keadaan koma. Dia teringat permintaan Kadir yang terakhir sebelum memasuki bilik pembedahan minggu lepas. Kadir ingin berjumpa dengan Munirah. Dia ingin minta maaf pada Munirah di atas kesalahannya yang lalu. Sebenarnya selama ni dia sering berhubung dengan Munirah tanpa pengetahuan Kadir kerana Munirah menyuruhnya merahsiakan perkara ni. Dia terserempak dengan Munirah sewaktu melancong di London bersama suaminya pada tahun lepas
            “Kak Munirah!” panggil Maria terus memegang tangan wanita yang berada di hadapannya. Wanita yang hilang tanpa berita sejak 25  tahun yang lalu.
            Munirah terkejut dengan kehadiran Maria. Wajahnya berubah. “M...Maria!” Munirah menoleh ke arah Alina yang berada di sebelahnya.
            Maria tersenyum. Sudah lama dia tak berjumpa dengan kak Munirah sejak Kak Munirah dihalau keluar oleh Abang Kadir. Sejak itu mereka terputus hubungan. Maria melihat wanita muda yang berdiri di sebelah Munirah. Wajahnya seiras Kak Munirah. Rambut lurus yang melepasi bahu menambahkan keayuannya. Matanya berwarna coklat seperti Abang Kadir. Pantas Maria menoleh ke arah Munirah dengan pandangan yang penuh tanda tanya.
            Perlahan-lahan Munirah hanya menganggukkan kepalanya. Dia tahu soalan di sebalik pandangan Maria terhadapnya. Dia tahu sesiapa saja yang melihat Aleya, Alisa dan Alina

pasti akan mengaitkan mereka bertiga dengan suaminya kerana mata mereka yang berwarna coklat itu sama seperti suaminya.
            “Abang Kadir tahu tak?” soal Maria.
            “Tak tahu!” lemah jawapan Munirah. Selepas di halau keluar dari rumah, dia baru mendapat tahu yang dirinya kini mengandung 2 bulan. Dia terus membuat keputusan untuk berhijrah ke luar negara. Dia ingin memulakan lebaran baru dan melupakan kisah silamnya yang perit itu. Dia berjanji takkan pulang ke Malaysia lagi malah dia tak ingin bertemu dengan suaminya. “Ini Alina!” Munirah memperkenalkan anak bongsunya.
            Alina terus bersalam dengan Maria.
            “Ini Auntie Maria! Sepupu abah kamu.” Beritahu Munirah.
            “Oooo...Auntie, apa khabar?”
            “Baik! Alhamdulilah. Alina, buat apa sekarang ni?” soal Maria ingin tahu.
            “Sekarang ni Lina....doktor pelatih di Hospital St. Edward.”
            “Doktor rupanya.” Maria tersenyum. Lamunan Maria tiba-tiba terganggu bila mendengar suara Kartika. Maria melihat ke arah pintu.
            “Oooo....kau rupanya! Laki kau tak marah ke kalau tiap-tiap hari asyik datang sini saja.” Kata Kartika sebaik saja masuk ke bilik suaminya.
            “Apasal pulak laki aku nak marah! Aku bukannya pergi berfoya-foya dengan lelaki muda. Aku melawat sepupu aku je.” Balas Maria. Dia menyampah dengan perangai Kartika. Dah tua tapi perasaan diri tu muda.
            Kartika mengetap bibir bila mendengar kata-kata sepupu suaminya. Kata-kata itu memang ditujukan tepat ke mukanya. Kartika malas nak layan dan terus duduk di sofa. Dia membaca majalah yang dibawanya. Bosan betul duduk di sini.
            Maria merenung Kartika. Dia geram dengan perangai Kartika yang tidak langsung menjenguk suaminya sendiri. Isteri apa ni? Abang Kadir memang silap besar bila memilih janda beranak dua ni. Apa kelebihannya pun, aku tak nampak pun. Meluat lagi ada la.
            “Mama!....Mama!” jerit Suhaila bila menglangkah masuk. Dia terus berlari anak-anak menuju ke ibunya. Dia langsung tak pedulikan kehadiran Maria di situ. “Mama.....Jenama Gucci dah keluarkan beg tangan terbaru. Jom la, kita pergi beli cepat sebelum orang lain beli.”
            “Gucci!” Bulat mata Kartika bila mendengar kata-kata anaknya. Majalah yang dibacanya ditutup serta merta.
            “Mama! Cepat la nanti dah habis.” Suhaila merengek seperti budak kecil.


            “Baiklah! Baiklah!” segera Kartika bangun. “Aa....Maria, kau tolong aku jap jaga suami aku ni. Aku keluar sekejap. “kata Kartika sepintas lalu sewaktu meninggalkan bilik itu.
            Maria mengenggam erat beg tangannya berjenama Bonia. Sakit hatinya bila melihat perangai Kartika. Laki dia sendiri, dia suruh aku jaga pulak! Eee...perempuan ni. Tak sampai 5 minit duduk di sini, dah keluar dah. Apa punya isteri? Perangainya jauh berbeza dengan Kak Munirah. Jika Kak Munirah, dia takkan sesekali tinggalkan Abang Kadir. Dia pasti akan sentiasa berada di sisi Abang Kadir. Maria menoleh ke arah Abang Kadir. “Isteri macam ni ke yang Abang Kadir nak?” kata Maria sebelum berlalu pergi. Dia kesal kerana Abang Kadir mensia-siakan Kak Munirah.

                                    ****************************************

            Aleya melangkah masuk ke bilik ibunya. Dia menyandar tubuhnya di dinding bilik apabila melihat ibunya sedang memasukkan baju ke dalam beg.
            “Do you think this is a good idea, ibu?”
            Munirah berpaling. Pandangannya tepat pada anak sulungnya. Keluhan dilepaskan dengan kuat.
            “Walau apa yang terjadi, dia masih suami ibu yang sah. Walaupun kami dah lama berpisah, ibu tetap isterinya. Apa yang pernah terjadi selama ini, ibu dah lupakan.” Kata Munirah dengan lembut.
            Dahi Aleya sedikit berkerut. Suami yang sah ...“Ibu tahu kan, kehadiran ibu di situ tidak dialu-alukan. How about his second wife ?  Tiba-tiba sahaja muncul selepas 20 tahun lebih berlalu dan pada ketika itu pula suaminya sedang nazak. Ibu tahu kan apa orang akan fikir tentang ibu.”
            “Apa sahaja mereka ingin fikirkan tentang ibu, ibu tak kisah. Mereka bebas berfikir apa sahaja. Yang penting, hanya ibu sahaja tahu niat ibu. Ibu tak mahu menyesal di kemudian hari , biarlah ibu melihat dia pada kali terakhir.”Munirah cuba tersenyum
            Aleya menggelengkan kepalanya beberapa kali. Dia hanya mahu melindungi ibunya dari terluka lagi. Dia tak mahu melihat ibunya menderita sekali lagi. Cukuplah sekali ibu menderita disebabkan lelaki yang pernah menjadi suami dalam masa yang singkat.
            “Along, don’t worry about me! Acu bersama ibu. Ibu tak akan paksa Along dan Angah ikut ibu pulang ke Malaysia. Kamu berdua dah besar. Ibu hormati keputusan Along dan Angah.”  Munirah bangun dan berjalan ke arah Aleya.
            “Do you still love him?” tiba-tiba soalan itu keluar di bibir Aleya.
            Langkah Munirah terhenti. Wajahnya pucat. Soalan Aleya membuat jantungnya berdegup kencang.
            “Do you still love him, ibu?” ulang Aleya sekali lagi. Nada suara sedikit tegas.
            Munirah masih terdiam.
            “Thanks sebab ibu telah menjawab pertanyaan Along.” Aleya mula melangkah keluar. Langkahnya terhenti dan Aleya berpaling. “Have a nice trip, ibu.” Aleya terus berlalu pergi.
            Munirah masih kaku berdiri. Dia sendiri keliru. Kelibat Aleya sudah hilang dari pandangannya. Adakah aku masih mencintai lelaki itu? Perlahan-lahan Munirah mengatur langkahnya ke meja solek. Laci meja solek di tarik.  Sebuah kotak berwarna hijau dikeluarkan. Munirah membuka kotak tersebut. Sekeping gambar lama dikeluarkan. Munirah merenung gambar itu. Air matanya mengalir tanpa disedari. Semakin deras air matanya membasahi pipi. Tangisannya semakin kuat.. Dia mendakap erat gambar itu.
            Aleya melihat di sebalik pintu bilik ibunya. Dia masih berdiri di situ memerhati gelagat ibunya. Hatinya sebak. Kenapa ibu masih mencintai lelaki yang tidak pernah menghargai pengorbanan ibu selama ini? Lelaki itu tidak layak mendapatkan cinta dan kasih sayang ibu. Bencinya pada lelaki itu tidak akan pudar walaupun lelaki itu adalah ayah kandungnya sendiri.

3 comments:

EYA said...

ni sinopsis ker apa ni yaa writer? oh yea novel ni bila akan diterbitkan yea?

Azimah Lily said...

Ini bukan sinopsis. Saya ada buat tambahan utk Satu Dua Tiga. Saya akan start update setiap minggu. InsyaAllah ...Rahsia Hati akan diterbitkan x lama lgi.

EYA said...

ooo..cepat la update novel Satu Dua Tiga nii yea Lil, bab saya suka sangat cerita ni..novel rahsia hati ni diterbitkan oleh penulisan2u ker macam novel siapa orang gajiku?

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...