Friday, May 3, 2013

Satu Dua Tiga 2013


BAB 13


            Mata Alisa meliar melihat setiap sudut mahligai mewah milik Dato’ Syed Mohd Kadir. Perabot-perabot yang menghiasi ruang rumah itu disusun rapi. Mesti perabot mahal dan berjenama. Orang kaya biasa la. Kalau tak beli barang-barang mahal dan berjenama, jatuh standard mereka pulak nanti. Alisa membuat mimik muka. Aku tak hairan dengan semua ni. Rumah aku kat London walaupun kecil tapi ia penuh dengan kegembiran.
            “Kau apa kau buat di sini?” Alisa menoleh bila ada orang menegurnya. Sofea dan Suziela menghampiri Alisa.
            Alisa hanya mendiamkan diri. Dia malas nak melayan kerenah mereka berdua ni.
            “Aku tanya! Hey, kau bisu ke?” marah Suziela. Dia bengang bila Alina tidak menjawab soalannya.
            “You know why i’m here!”
            “Hey, kau tak boleh ke cakap bahasa Melayu. Kau sedar tak yang kau sekarang berada di Malaysia!” marah Sofea. Dia sedar dia tak faham apa yang dicakapkan oleh Alina.
            “Like I care!” Alisa tersengih. Dia sengaja ingin menyakitkan hati mereka berdua. Awal-awal pagi dah menyalak.
            “Kau!” jerit jerkah Suziela. Wanita ini sengaja menguji kesabarannya.
            “I don’t have time to fight with you guys. Just go!” Alisa mengatur langkah ingin meninggalkan mereka berdua. Lisa, ingat kau sekarang ni Alina. Kau jangan layan mereka ni. Bersabar.
            “Kau dengan mak kau sama saja. Perempuan parasit!”kata Sofea.
            Langkah Alisa terhenti bila mendengar kata-kata mereka. Dia menggenggam erat tangannya.
            “Betul tu, kak! Selepas 26 tahun, tiba-tiba muncul mesti ada sebab. Nakkan harta papa, macam la kita tak tahu. Perempuan tak tahu malu.” Suziela sengaja menyakitkan hati adik tirinya.
            Alisa berpaling. Matanya tepat merenung mereka berdua. Mereka dah melampau. Aku...dah tak boleh nak berdiam diri lagi ni!
            “Cik Alina berhak ke atas semua harta milik Dato’ Syed Mohd Kadir kerana Cik Alina adalah anak kandung Dato’ Syed Mohd Kadir. Ujian DNA sudah membuktikan bahawa Cik


Alina adalah anak kandung Dato’ Syed Mohd Kadir dan pewaris bagi segala harta Dato’ Syed Mohd Kadir termasuklah apa yang dimiliki oleh Cik Sofea dan Cik Suziela sekarang.” Tiba-tiba Zahari mencelah. Dia menghampiri mereka bertiga. Sejak dari tadi dia melihat apa yang berlaku.
            Alisa terkejut melihat kehadiran lelaki itu. Dia ni masa kat airport hari tu. Alamak, kenapa la nasib aku malang hari ni?
            “Orang yang tak ada pertalian tak berhak mendapat satu sen pun dari Dato’ Syed Mohd Kadir.” Zahari tersengih.
            “Kau!” Sofea tiba-tiba menjerit bila mendengar kata-kata Zahari. Sakit hatinya bila Zahari menghina dirinya.
            “Cik Alina, mari! Uncle sedang tunggu kita di bilik bacaan.” Terus mengajak Alisa.
            Sebelum meninggalkan mereka berdua, Alisa sempat menghadiahkan senyuman sinis pada Sofea dan Suziela. Padan muka!

                            ****************************

            Dato’ Syed Mohd Kadir melihat ke arah Alina yang duduk jauh darinya. Sejak masuk dari bilik tadi, Alina hanya mendiamkan diri. Lina, tak tegur aku langsung. Salam pun tidak. Dia dapat rasakan kedinginan antara Alina dan dirinya. “Lina, mari duduk kat sini!” ajak Dato’ Syed Mohd Kadir supaya Alina duduk di sebelahnya
            “It’s ok! Lina lebih suka berdiri.” Jawab Alisa. Matanya tepat melihat ke luar.
            Dato’ Syed Mohd Kadir melihat ke arah Zahari. Dia tak tahu apa yang berlaku seolah-olah Alina marah pada dirinya. Aku dah buat salah ke? Kenapa dia dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan anak tunggalnya hari ni seolah-olah yang berada dengannya sekarang bukan Alina.
            “Lina! Dua hari nanti, ibu Lina akan keluar dari hospital kan!”
            “Yes!”ringkas jawapan Alisa. Alisa malas nak ambil tahu.
            “Abah nak ibu Lina tinggal kat sini. Dia perlukan jagaan.” Beritahu Dato’ Syed Mohd Kadir Dia sudah buat keputusan supaya Munirah tinggal di mahligai ini.
            Alisa tersenyum bila mendengar kata-kata lelaki tu. Hampir saja dia ingin ketawa.
Tiba-tiba saja ambil berat tentang ibu, selama ni tak pernah pun nak ambil tahu tentang ibu.
            “Tak payah susah-susah! Lina dah pun dapat cari rumah kat Bangsar. Duit deposit pun Lina dah bayar.”
            “Apa! Kenapa Lina tak bincang dengan abah dulu tentang perkara ni?”
            “Tak penting pun!”
            Zahari hanya memerhati. Dia dapat rasakan seolah-olah Alina cuba mengelakkan diri dari Uncle Kadir. Renungan dia pada Uncle Kadir berlainan dengan Alina yang dia jumpa beberapa hari yang lalu.
            “Bagi abah penting! Ini rumah Lina dan ibu Lina. Kamu berdua berhak.”
            Alisa mendekati mereka berdua. “Ini rumah Datin Kartika! Dia yang berhak. Selama 25 tahun, dia berada di sini. She’s not agree with this! Betul tak, Datin Kartika! Masuk saja la, tak payah lagi nak curi dengar perbualan kami.” Alisa sedar sejak dari tadi Datin Kartika berada di sebalik pintu.
            Zahari dan Dato’ Syed Mohd Kadir terkejut dan menoleh ke arah pintu. Tanpa berlengah, Datin Kartika terus meluru masuk. Wajahnya merah padam menahan geram. Di sebalik pintu tadi, dia menahan kemarahannya.
            “Abang! Ika tak setuju  bagi mereka berdua tinggal di rumah Ika. Ini rumah Ika!” tegas Kartika.
            “Ini rumah mereka juga. Mereka lebih berhak .”
            Alisa menggelengkan kepalanya. Zahari hanya memerhati.
            “Ika takkan biarkan perempuan tu dan anaknya tinggal di rumah ni. Langkah mayat Ika dulu” Kartika masih berdegil.
            “Kartika!” jerkah Dato’ Syed Mohd Kadir. Wanita ni memang tamak!
            “Stop!” jerit Alisa. Sakit telinga dia mendengar mereka berdua bertengkar. “ Can both of you stop fighting in front of us? Dengar sini baik-baik, Lina dan ibu takkan tinggal di sini! Muktamad. I have to go!” Alisa terus melangkah keluar dari bilik bacaan itu. Dia malas nak masuk campur. Ini bukan masalah aku pun. Tak ada kaitan langsung.
            “Lina! Lina!” panggil Dato’ Syed Mohd Kadir namun panggilan Dato’ Syed Mohd Kadir tidak diendahkan oleh Alina. Kartika tersenyum puas. Mereka tak layak berebut dengan aku!
Dato’ Syed Mohd Kadir merenung isterinya. Dia menyesal kerana beristerikan wanita ini.

                                    *****************************

            Alisa mengeluh bila perjalanannya dihalang. Apa lagi la dua beradik ni nak dengan aku? Apa la yang mereka tak puas hati.
            “Seronok nampak! Nak pergi mana? Nak jelajah seluruh rumah ni ke? Oooo...terlupa pulak! Sekarang ni dah jadi Tuan rumah kan!” perli Sofea.
            Alisa tersenyum. “Nak pergi dapur, takkan salah kot!”
            “Tak salah! Silakan! Lagipun ni rumah kau kan! Kami ni menumpang saja. Aaa....dah alang-alang kau nak ke dapur, tolong buatkan air fresh oren dua untuk kami berdua. Kami kan tetamu. Kau selaku tuan rumah perlu layan tetamu kan.” Suhaila tersengih.Dia sudah ada idea untuk kenakan wanita yang berada di hadapannya itu.
            “Betul tu! Tuan rumah kan kena layan tetamu. Nanti tolong hantarkan kat kolam renang ye!” Sofea tersenyum sinis dan terus berlalu pergi bersama adiknya.
            Alisa mengetap bibirnya. “Macam la aku bodoh sangat!Ingat aku tak tahu agenda kau berdua nak buat aku macam orang gaji kan. Semua rentak kau, aku boleh baca la.” Bebel Alisa seorang diri. Dia mengatur langkah ke dapur. Rumah ni penuh dengan ular. Nak tinggal kat sini bersama mereka bertiga, tak payah la. Sebaik saja, kaki Alisa melangkah di dapur, telefon bimbitnya berbunyi. “Yes! Speaking! I nak you selidik latar belakang bekas suami Datin Kartika. Asal usul dan segalanya.” Arah Alisa pada pemanggil itu sebelum perbualan mereka berdua ditamatkan. Alisa mengetap bibirnya. Kau tak kenal aku siapa! Aku takkan biarkan orang yang cuba bunuh ibu aku begitu saja. Ini Nur Alisa.
            “Lina!”
            Alisa terkejut. Dia melihat ada orang tua sedang menghampirinya. Ini pasti Mak Jah! Sebelum Alina bertolak pulang, dia sudah menerangkan segalanya. “Mak Jah!”
            “Lina, nak air ke? Air apa? Biar Mak Jah buat.” Mak Jah meletakkan cili padi yang diambilnya di belakang rumah.
            “Tak ape, Mak Jah! Aa...buah oren kat mana? Lina nak buat fresh oren.” Ucap Alisa lembut.
            “Ooo...kata dalam peti sejuk tu.” Beritahu Mak Jah.
            “Banyak cili! Mak Jah tanam ke?” Alisa membuka peti sejuk dan mengambil 2 biji oren.
            “Sekarang ni harga cili mahal! Lagipun Mak Jah suka tanam pokok. Kat belakang tu macam-macam pokok Mak Jah tanam. Lina nak ke? Terung, Peria , aa....macam lagi la. Kalau Lina nak, Lina ambil saja kat belakang tu.”
            “Lina suka tanam pokok juga tapi kan London, Lina tanam pokok tomato saja. Itu je yang hidup pun.”
            “Sana sejuk! Cuaca lain. Aa...Mak Jah nak pergi ambil terung jap. Kalau Lina, nak apa-apa panggil Mak Jah kat luar ye.” Kata Mak Jah.
            “Ok, Mak Jah!” Alisa tersengih. Dia senang berbual dengan Mak Jah walaupun baru saja kenal. Ada juga insan yang baik dalam rumah ni. Selepas Mak Jah keluar, Alisa melihat dua biji oren dihadapan tiba-tiba matanya beralih pada cili padi yang diambil oleh Mak Jah sebentar tadi.
            Alisa tiba-tiba ketawa. Aku dah dapat idea. Alisa melihat ke kiri dan kanan. Clear! Tak ada orang. Alisa terus membuang kulit oren itu. Dia memasukkan oren itu ke dalam blender. “Kulit oren ni....letak saja la. Ni resipi baru aku. Fresh Oren London.” Tangan Alisa pantas mengambil cili padi yang berada di atas meja.
Alisa mengira bilangan cili itu. 20 biji! “Mesti pedas! Aaa..tak payah basuh la. Rasa mesti organik” Alisa tersengih seorang diri. Dia terus memasukkan cili padi itu.
“Garam...mana garam?” Alisa membuka satu persatu balang kaca yang ada di dapur. Sebaik saja dia jumpa balang berisi garam pantas dia mengambil senduk sup. “3 senduk!” Alisa meletakkan garam itu ke dalam blender. Alisa tersenyum puas.
            “Tapi ......warna air ni nampak lain la. Kalau mereka lihat warna air ni, mesti mereka tahu aku  campurkan sesuatu di dalam air ni. Cordial Orange mana? Kalau aku letak, pasti warnanya macam air oren.” Pantas Alisa membuka peti sejuk. Dia tersenyum.
            Alisa mengacau air itu. Senyuman semakin lebar di wajahnya.
 “Rasakan! Nak sangat fresh oren kan!”
            Alisa tak sedar sejak dari tadi Zahari memerhati gelagat Alisa. Zahari menelan air liurnya bila melihat ramuan yang diletakkan oleh Alisa di dalam blander itu. Biar betul nak bagi mereka minum. Perempuan ni menakutkan betul. Dahi Zahari berkerut. Apa la rasa fresh orenge tu nanti?

                                  ************************
           
            Kartika menghempas pintu bilik dengan kuat. Hatinya sakit apabila disisihkan. Apa yang berlaku sebentar tadi benar-benar menyakitkan jiwanya. Dirinya rasa dikhanati. “Habis madu sepah dibuang! Semua lelaki sama sahaja” jerit Kartika.
            “Nak ceraikan aku! Jangan harap la. Apa yang sudah menjadi milik aku, aku takkan biarkan ia dirampas. Kau ingat aku ni senang dibuli. Tak! Tak! Aku tak akan biarkannya berlaku. Munirah, aku takkan biarkan kau mengambil segala-galanya dari aku. Aku tak akan benarkan.” Kartika mengetap bibir. Dia cuba mengawal kemarahannya. Aku mesti lakukan sesuatu.
            Kartika melangkah laju ke meja solek. Telefon bimbitnya diambil dengan kasar. Dia menelefon seseorang. “Aku ada kerja untuk kau. Kita jumpa di tempat biasa sekarang.” Kata Kartika dengan nada tegas.
            Senyuman sinis terukir di bibirnya. “Aku pernah gagal sekali tetapi kali ini aku tak akan biarkannya berlaku sekali lagi. Aku nak kau rasa bagaimana jika kau kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup kau, Munirah. Aku pasti hidup kau selepas ini hari kau tak seindah yang kau gambarkan.” Kartika ketawa secara tiba-tiba. Hatinya puas. Puas!

                                        *******************************************
            “Kau ni ...biar betul! Selepas apa yang terjadi, kau masih berani nak tinggal di sana!” Khatijah memulakan syarahan. Khatijah terus menyandarkan dirinya di sofa.  Keputusan Munirah untuk tinggal di Malaysia tidak disetujuinya. “Kau sedar tak, sekarang ni kau berada dekat dengan mulut harimau. Kau ingat dia tak berani nak lakukan perkara yang sama sekali lagi kat kau. Perempuan macam tu ...tak takut apa-apa tau asalkan hasratnya tercapai.”
            “Kau ni, Khaty! Suka sangat takutkan aku! Kau tu suka sangat berfikiran negatif.”
            “Aku tak berfikiran negatif la. Aku nak ingatkan kau sahaja. Beringat dahulu sebelum kena. Lebih-lebih sekarang ni ....suami dia nak ceraikan dia. Lagilah dia hot kat kau. Entah apa yang bermain di fikiran dia sekarang ni, aku tak tahu.”
            “Itu tak akan berlaku. Aku yang mahu diceraikan bukannya Kartika. Suka atau tidak, Dato’ Kadir mesti ceraikan aku juga.”
            “Itu kata kau ....bukannya suami kau! Selepas dia dapat tahu dia ada anak, jangan haraplah dia nak ceraikan kau. Itu satu-satunya zuriat dia ....Eh, aku tersasul pulak. Aku lupa pada Leya dan Lisa pula. Kau jangan lupa .....dua orang anak Dato’ Kadir ni! Aii......nampak gayanya susah la kau nak lepaskan diri jika Dato’ Kadir tahu tentang Leya dan Lisa.”
            Munirah mengeluh. “Aku tahu tetapi hubungan kami sebagai suami isteri dah lama putus sejak 26 tahun yang lalu.”
            “Tetapi kau masih cintaikan Dato’ Kadir kan ...walaupun sudah 26 tahun berlalu.”
            Munirah terdiam. Lidahnya kelu untuk menuturkan kata-kata seterusnya.
            Khatijah turut sama terdiam seketika. Khatijah membetulkan kedudukan telefon bimbit yang dipegangnya. “Munirah, kau tahu kan selama ini aku menyokong apa sahaja keputusan yang kau buat tetapi kali ini aku rasa ........lebih baik kau minta fasak sahaja. Itu saja jalan yang aku nampak sekarang ni. Nak tunggu Dato’ Kadir ceraikan kau ....aku rasa ia akan mengambil masa.”
            “Khaty! Aku berkahwin dengan Dato’ Kadir secara baik dan aku berharap juga kami akan berpisah secara baik.”
            “Tetapi kau tak pernah hidup bahagia dengan dia. Dia tak pernah terima kau sebagai isteri dia. Kenapa pula kau nak menjaga maruah diri dia? Selepas apa yang dia  buat pada kau selama ini, dia tak layak untuk dilayan dengan baik. For once Munirah, please! Think about yourself first.”
            “Aku tahu kau risaukan aku di sini. Believe me! Hal ini akan selesai tak lama lagi.” Munirah cuba yakinkan sahabat baiknya itu. “Hmm..Bagaimana dengan Leya dan Lina di sana?” soal Munirah. Dia cuba mengubah topik perbualan mereka.
            “See.....Kau cuba nak elak kan!” Khatijah menggelengkan kepalanya beberapa kali.
            “Khaty!” Munirah meninggikan suaranya.
            “Fine!” Khatijah mengalah. “Leya dan Lina okey je. Kau jangan risau, mereka berdua dah besar. Dah pandai jaga diri. Aaa....How about Lisa? Macam mana? Lisa tak buat perangai ke?”
            “Lisa! Hmm...aku sendiri tak tahu sehingga bila Lisa boleh bertahan. Bila nampak Dato’ Kadir saja, Lisa akan pandang ke tempat lain.” Munirah mengeluh dengan kuat apa mengenangkan anak keduanya.
            “Kau kena beri mereka berdua masa. Perasaan marah mereka pada ayah mereka masih belum hilang lagi. Lagipun, kurang sedikit perasaan risau aku pada kau.”
            “Kenapa?”
            “Ye..lah! Kau tu! Orang buat apa saja kat kau, kau biarkan sahaja. Tetapi sekarang ni Lisa berada di sisi kau, jangan haraplah perempuan tu dan anak tiri dia buli kau lagi.”
            “Kau ni, Khaty!”
            “Aku cakap perkara benar. Aaa...kalau hujung bulan ni, kau masih tak selesaikan masalah aku .....aku sendiri akan datang ke Malaysia dan bawa kau pulang. Tiada apa-apa alasan lagi. Understand.” Tegas Khatijah. Dia benar-benar akan menjemput Munirah pulang jika Munirah masih berdegil.
            Munirah tergamam. “But ....”
            “Tiada alasan ok! Aku dah buat keputusan. Kau kena ingat. Hmm....aku akan call kau esok. Berehatlah. Assalammualaikum....” ucapnya sebelum menamatkan perbualan.
            “Waalaikumussalam.” Dahi Munirah sedikit berkerut. Aduh, berserabut hidup aku macam ni. Khaty nak datang sini. Munirah menggaru kepalanya yang tak gatal. Dia gelisah. 

3 comments:

lee jee joong said...

best lagi2 tak sabar nak tahu keadaa org yg minum jus oren cili tu hahahha

Unknown said...

Ku tak sabar menanti novel ini dibukukan.... Harap cikpuan pengkarya dpt mempercepatkan prosesnya... Isyyy.... sungguh kurang vitamin kesabaran, kan!

eija said...

gila...apa lah rsa air 2 ek..lisa nie mmg gila...hahaha tp sy skog...biar pdan muka dorg...ank tiri tp xsdar diri...cis..

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...