Tuesday, May 21, 2013

Satu Dua Tiga 2013


BAB 15


            Aleya meletakkan pensil yang dipegangnya Apa yang diceritakan oleh Alisa sebentar tadi mengejutkan dirinya. “What are you gonna do,sis?”
            “Angah tak tahu lagi. Sekarang ni fikiran Angah tengah buntu. Ibu tetap berdegil untuk tinggal di sini sehingga proses penceraian dia selesai.”
            “Orang macam Datin Kartika tu takkan biarkan perkara ni begitu saja. You should be careful.”Aleya risau.
            “I know.”
            “Angah perlu lakukan sesuatu dengan segera. Sebelum dia bertindak, Angah kena bertindak dulu. Jangan ingat dia boleh lakukan sesuka hati terhadap kita.” Tegas Aleya. Dia tak suka jika ada orang cuba membuli keluarganya.
            “I know! Angah rasa angah tahu apa yang perlu Angah lakukan.” Tiba-tiba senyuman terukir di bibir Alisa.
            “Good! Along akan selesaikan semua kerja di sini dengan segera. Along akan ke Malaysia bila semua kerja di sini selesai.”
            “Ok! I have to go. Angah tak nak ibu syak sesuatu.” Kata Alisa melirik ke kiri dan kanan. Dia berdiri di luar bilik ibunya.
            “Ok. Kirim salam kat ibu.”
            “Baiklah!” kata Alisa sebelum menamatkan perbualan mereka berdua. Aleya termenung seketika. Sebenarnya, hatinya bimbang. Bimbang jika sesuatu akan terjadi pada ibu dan adiknya. Pantas dia mendail nombor telefon setiausahanya.
            “Mary! I want all my appoinment this month, change to this week. Next week, i’ll  go back to Malaysia for a month. I want to settle all my work this week. Can you do that?  Thank you, Mary” kata Aleya terus meletakkan telefonnya. Aleya bangun dan berjalan menuju ke tingkap. Dia melihat salji yang sedang turun. Sekarang musim salji sudah tiba, Aleya lihat halaman rumahnya sudah dipenuhi dengan salji. Aleya mengeluh! Walauapa yang terjadi, dia akan bawa ibunya pulang.

                                                **********************************

            Dato’ Syed Mohd Kadir tersenyum sebaik sahaja melihat Munirah keluar dari bilik air. Dia mengatur langkah mendekati Munirah dan ingin membantu.
            “Tak payah! Munirah masih boleh berjalan lagi.” Tegas Munirah.
            Dato’ Syed Mohd Kadir terdiam kaku.
            Munirah duduk di sofa. Munirah membetulkan tangannya yang disimen. Berat! “Bunga-bunga ni ....Munirah harap awak jangan hantar ke sini lagi. Membazir saja.”
            “Tetapi abang ikhlas ....semua bunga ni untuk Munirah.” Dato’ Syed Mohd Kadir terus duduk di sofa yang bertentangan dengan Munirah.
            Munirah melirik anak matanya ke arah lain. Ikhlas! Geli hati aku mendengarnya. Bunga ros ni bukan bunga kesukaan aku. Aku suka orkid. Nampak sangat  ....dia tak tahu apa-apa tentang aku. Tiba-tiba Munirah tersenyum sinis. Tetapi ....kenapa aku masih mencintai lelaki ini? Hati aku ni memang ada masalah.
            “Munirah! Kenapa?” soal Dato’ Syed Mohd Kadir hairan melihat Munirah tiba-tiba tersenyum.
            Senyuman Munirah hilang sebaik sahaja mendengar pertanyaan Dato’ Kadir.
“Dato’ Kadir, kenapa awak masih enggan menunaikan permintaan Munirah. Selepas apa yang terjadi, mustahil hubungan kita akan kembali menjadi suami isteri. Semua itu mustahil. Anggap saja kita tiada jodoh.”
            “Munirah, kenapa hati Munirah begitu keras untuk menerima abang kembali. Abang sedar apa yang pernah abang lakukan pada Munirah begitu kejam sekali. Abang menyesal. Sebab itu abang mahu kita mulakan hidup baru. Hanya kita bertiga. Abang berjanji ...abang tak akan mensia-siakan hidup Munirah. Abang akan jadi Munirah wanita yang paling bahagia. Cinta abang hanya satu. Hanya untuk Munirah.” Ucap Dato’ Syed Mohd Kadir. Dia menatap wajah Munirah. Cintanya pada Munirah adalah ikhlas.
            Munirah berpaling. Wajah Dato’ Syed Mohd Kadir direnung dengan tajam. Amboi ....manisnya mulut apabila bercakap. Dasar playboy. Sebelum ni, kau campak aku dan sekarang ni kau nak kutip aku balik. Tolonglah. “Beginilah, Dato’ Kadir! Tujuan Munirah balik ke sini hanya satu iaitu .....bercerai dengan awak. Keputusaan saya tak berubah.”
            “Munirah!” Nada suara Dato’ Syed Mohd Kadir separuh merayu.
            “Sepatutnya apa yang terjadi di antara kita dahulu, awak jadikan sebagai pengajaran. Awak jangan ulanginya sekali lagi. Awak jangan lakukan perkara yang sama terhadap Kartika.” Nasihat Munirah.
            “Munirah! Selama 26 tahun, kami hidup bersama ...kami tak pernah bahagia. “
            “Tapi ....dulu, Kartika adalah pilihan awak kan! Sekarang ni pula, awak menyesal berkahwin dengan Kartika. Bagi awak, semua ini perkara mudah kan! Awak anggap wanita ni ....barang mainan. Bila dah tak nak, buang saja.” Tegas Munirah.
            “Bukan itu maksud abang .......”
            “Maksudnya tetap sama kan!” Tiba-tiba ada suara yang mencelah. Alisa berdiri memerhati gelagat mereka berdua. Kehadirannya di situ tidak disedari mereka. Alisa merenung tajam ke arah lelaki itu. Tiada secalit senyuman di wajah Alisa.
            “Lina!” Dato’ Syed Mohd Kadir terkejut. Dia sedar pandangan Alina berbeza dari sebelumnya. Kenapa tiba-tba sikap Lina berubah? Dingin! Sikap Lina berubah selepas Munirah kemalangan. Adakah Lina marahkan aku disebabkan kemalangan yang menimpa Munirah?
            Munirah turut sama terkejut. Sejak bila Angah ada di situ? Munirah risau.  
            Alisa berjalan dan duduk di katil Munirah. Dia buat tak tahu sahaja. Dia membelek telefon bimbitnya. Pandangan ibu tidak diendahkan.
            Munirah mengetap bibir menahan geram dengan perangai Alisa. Budak bertuah ni....Dia tak salam pun dengan ayahnya. Apa nak jadi ni? Munirah sedar , pasti Dato’ Kadir berasa hairan dengan sikap Alina.

                                    *************************************

            Dr. Nazri tersenyum melihat Alina yang sedang makan nasi goreng di hadapannya. Dia tak sangka dengan tiba-tiba saja Alina mengajaknya keluar. Hatinya berbunga riang. Sudah lama dia berangan-angan yang satu hari nanti dia akan makan berdua bersama Alina.
            “Actually, Lina nak minta pertolongan!”
            “Pertolongan!” Dr. Nazri terkejut. Matanya merenung mata Alina yang berwarna coklat itu.
            “Yes, i need your help. About my  mother. Lina nak bawa ibu balik hari ini. Lina perlukan kebenaran dari awak untuk bawa ibu saya pulang.” Alisa terus berterus-terang tentang tujuannya mengajak Dr. Nazri makan tengahhari bersama.
            “Apa!” Dr.Nazri terkejut.
            “Lina nak bawa ibu balik.”
            “Tapi keadaan Auntie Munirah belum pulih sepenuhnya. Kenapa Lina nak bawa Auntie Munirah balik? Saya rasa lebih baik  jika Auntie Munirah tinggal lama di hospital, boleh la saya pantau keadaan Auntie Munirah. Dia perlu terima rawatan lagi”
            “Lina tahu tetapi Lina perlu bawa ibu keluar hari ini juga. I hope you understand.”
            “Aaa....Uncle Kadir dah tahu ke tentang hal ini?”
            “Dia tak berhak tentang hal ini. Sebab dia la ibu jadi macam ni.” Alisa tiba-tiba meninggikan suaranya. Hatinya panas bila mendengar nama lelaki itu. Bencinya pada lelaki itu semakin membuak-buak.
            Dr. Nazri tergamam bila Alina tiba-tiba meninggikan suara ke arahnya. Inilah pertama kali dia melihat Alina seperti ini.
            “Aaa...Maaf, tadi Lina terlalu emosi.” Alisa tersedar. Alisa merenung lelaki itu. Walauapa yang terjadi, aku perlu bawa ibu balik hari ini jugak. Alisa mengeluh kuat. “Awak tahu kan keluarga Dato’ Kadir macam mana lebih-lebih lagi Datin Kartika.Kehadiran kami di sini tidak dialukan”
            “Saya faham dengan situasi awak, Lina!”
            “Kalau begitu, awak setuju untuk membenarkan ibu Lina keluar hari ini? Lina janji hujung minggu depan, awak nak bawa Lina tengok wayang ke jalan-jalan ke. Lina ikut saja.” Janji Alisa. Minggu depan Acu balik, nampaknya Acu la yang akan keluar dengan mamat doktor ni. Alisa ketawa kecil di dalam hati.
            “Betul ke?’ Dr. Nazri seolah-olah tidak percaya. Sudah beberapa kali dia mengajak Alina keluar tetapi bermacam alasan Alina berikan tetapi kali ini Alina sendiri yang mengajaknya keluar. Macam bermimpi pula.
            “Ya!” Alisa tersenyum.
            “Hey, perempuan! Kau ni tak ada kerja lain ke? Teman lelaki orang pun kau nak rampas. “ marah Suziela yang tiba-tiba berada di situ. Alisa terkejut akan kehadiran Suhaila. Orang ramai yang berada di cafe memandang ke arah mereka.
            Alisa terus bangun. “Kau ni ada masalah ke? Tak boleh ke bercakap seperti orang bertamadun. Ini tidak, datang sini saja terus menjerit macam orang gila. Kau sedar tak kau sekarang ni berada di mana?”
            “Aku peduli apa? Yang penting sekarang ni, kau cuba rampas Dr. Nazri dari aku! Kau ni memang perempuan tak tahu malu.” Sakit hati Suziela bila melihat mereka berdua sedang makan di cafe seperti pasangan kekasih.
            “Suziela, kita tak ada apa-apa hubungan pun sekadar kawan biasa saja.” Dr. Nazri mencelah . suka-suka saja Suziela mengaku aku ni boyfriend dia. Dr. Nazri bimbang jika Alina salah faham dengan kata-kata Suziela tadi.
            “Abang!” Suziela terkejut. Matanya merenung tepat wajah Dr. Nazri. Pertengkaran mereka menjadi tumpuan orang yang berad a di situ.
            “Sekarang ni siapa perempuan yang tak tahu malu.” Perli Alisa sambil tersenyum kambing.
            “Kau dengan mak kau sama saja! Perampas!”jerit Suziela seolah-olah seperti orang hilang akal.
            Alisa ketawa. Lucu sekali bila mendengar kata-kata Suziela. Perempuan ni memang ada masalah mental. Entah dia sedar ke tak apa yang telah dia cakapkan tadi. Dahi Suziela berkerut melihat Alisa ketawa.
            “Hey, dengar sini ye! Ibu aku isteri pertama, manakala mak kau bini kedua! Sekarang ni cuba kau guna otak kau yang tepu tu untuk berfikir, siapa yang perampas suami orang!” balas Alisa. Matanya bulat merenung kakak tirinya.
            “Kau!” jerit Suziela geram.
            “Jerit la!  Jerit la sekuat hati! Biar bergegar seluruh hospital ni dengar suara kau! Jerit la lagi!” perli Alisa. Langkahnya terus diatur meninggalkan Suziela. Alisa sedar orang ramai yang berada di situ memerhati ke arahnya. Adegen pertengkaran tadi menjadi perhatian orang ramai yang berada di cafe itu. Alisa hanya tersenyum. “Crazy women!” jelas Alisa pada orang ramai yang berada di situ. Mereka hanya tersengih bila mendengar kata-kata Alisa.
            “Suziela, what’s wrong with you? Tak malu ke?” marah Dr. Nazri. Sikap Suziela membuatkan dirinya rimas. Hidupnya tidak pernah aman sejak kehadiran Suziela  dalam hidupnya.
            “Malu! Abang sedar tak apa yang abang cakapkan ni! Perempuan tu yang tak malu! Dia...”
            Belum sempat Suziela menghabiskan ayatnya, Dr. Nazri terus mencelah. “Suziela, boleh tak berhenti berperangai seperti budak-budak! Walaupun kamu berdua adik-beradik tiri, selaku kakak kamu sepatutnya tunjukkan contoh yang baik pada seorang adik.” Marah Dr. Nazri.
            “Dia bukan adik Su! Kami tak ada apa-apa pertalian darah pun. Su tak ingin ada adik macam perempuan tu.” Suziela bengang bila Dr. Nazri menyebelahi Alina.
            “Abang tak tahu nak cakap apa lagi dengan Su!” Satu keluhan dilepaskan. Dr. Nazri sudah malas menasihati Suziela. Macam ni nak jadi girlfriend aku, baik tak payah la. Laju kakinya berjalan meninggalkan Suziela.
            “Abang! Abang Nazri!” jerit Suziela. Kakinya dihentak beberapa kali untuk melepaskan geram. Tergamak Abang Nazri meninggalkan aku seorang diri kat sini. Ini semua gara-gara Alina. Sejak kepulangan Alina dan ibunya, hidup aku dan mama kucar-kacir dibuatnya. Aku takkan biarkan perkara ni begitu saja. Suziela mengetap bibirnya menahan geram.

                                    *******************************************

            Kartika terkejut pintu bilik dibuka dengan kasar. Dato’ Syed Mohd Kadir  melihat Katrika seolah-olah ingin ditelannya hidup-hidup. Pintu bilik ditutup dengan kasar.
            “Apa yang kau dah buat pada Munirah dan Alina, hah?” soal Dato’ Syed Mohd Kadir dengan kasar. Dia terkejut bila Munirah tiada sewaktu dia ingin melawat Munirah di hospital. Sudah beberapa kali dia menelefon Alina dan Munirah namun panggilannya tidak dijawab. Lebih mengejutkkan lagi bila Dr. Nazri memberinya sepucuk surat yang ditinggalkan oleh Munirah kepadanya. Munirah bertekad untuk bercerai dengannya. Ini pasti ada kaitan dengan isteri keduanya.
            “Apa maksud, abang? Tika tak faham.”
            “Kau jangan nak berlakon dengan aku, Kartika. Aku kenal sangat perangai kau yang sebenarnya. Apa yang telah kau buat sehingga Munirah tergesa-gesa keluar dari hospital?”
            “Apa!” Kartika terkejut. Dia dah keluar hospital! Habis rancangan aku kali ni.
            “Kau jangan nak berpura-pura terkejut. Aku nak ingatkan kau sekali lagi, kalau kau berani apa-apa Munirah dan anak aku, tahulah nasib kau nanti.” Dato’ Syed Mohd Kadir  memberi amaran. Perangai Kartika semakin hari menguji kesabarannya.
            “Abang ni memang jenis kacang lupakan kulit. Abang dah lupa ke? Siapa yang berada di sisi abang selama 25 tahun ni? Tika, abang! Tika.” Kartika sudah naik angin.Dia geram bila dirinya dipersalahkan.
            “Ya, memang selama 25 tahun ni kau bersama aku tapi ada kau jalani tanggungjawab kau sebagai isteri! Tiada. Waktu aku jatuh sakit, terlantar kat hospital, kau ingat aku tak tahu apa kau buat di belakang aku! Aku belum buta lagi, Kartika.”
            Pengakuan Dato’ Syed Mohd Kadir mengejutkan dirinya. Jadi selama ini dia tahu apa aku buat di belakangnya selama ini? Tak guna! Kartika mengetap bibirnya menahan geram.
            “Buat kali terakhir aku ingatkan kau, kau jangan sentuh isteri dan anak aku. Kalau kau masih berdegil jugak, aku tahu macam mana nak ajar kau.” Tegas Dato’ Syed Mohd Kadir  Kali ini dia mesti bertegas dengan Kartika. Dia bimbang jika sesuatu terjadi pada Munirah dan Halina.
            “Mama! Su, benci! Benci dengan Alina” jerit Suziela terus meluru masuk ke bilik. Kehadiran Dato’ Syed Mohd Kadir  di dalam bilik itu mengejutkan Suziela.
            “Ini seorang lagi. Nak masuk ke bilik, tak reti ke ketuk pintu dulu. Ini tidak, main redah saja.” Marah Dato’ Syed Mohd Kadir.
            “Papa ni, kenapa tiba-tiba marah Su? Kalau iya pun tengah marahkan mama, jangan lepaskan kemarahan papa tu kat Su. Ini tak adil.” Jawab Suziela dengan kasar. Sekarang ni aku dah la tengah bengang dengan Halina, papa pula tiba-tiba naik angin.
            “Suziela, ini ke cara kamu bercakap dengan orang tua? Tak hormat langsung. Kau sedar tak dengar siapa kau sedang bercakap sekarang ni. Perangai mak dengan anak sama saja! Kurang ajar.” Marah Dato’ Syed Mohd Kadir sebelum mengatur langkah meninggalkan mereka berdua. Pintu dihempas dengan kasar.
            “Mama! Tengok papa tu.” Suziela mendekati ibunya  Dia merengek meminta simpati.
            Mata Kartika masih belum berganjak memerhati pintu biliknya. Kata-kata suaminya itu telah melukai hatinya. Sekarang ni di mata abang, hanya ada perempuan tu saja. Dialah yang terbaik. Aku pula jahat. Tak apa, aku takkan biarkan semua ini begitu saja. Perempuan tu dan anaknya perlu diajar. Kartika sudah bertekad.

4 comments:

NuRuL AdhiLLa (Eunhaediela) said...

bile la aleya nk tunjuk taring dye kat datin kartika nie... br seronok

eija said...

ish keadaan smkin bhaya npk nya..cpt2 lah bw munirah 2 blik...alisa...

Azimah Lily said...

Terima Kasih kerana membaca novel Satu Dua Tiga ...Saya akan cuba menghabiskan novel ini pada tahun ini juga. Terima Kasih ye... Love you!

Unknown said...

Saya suka jalan cita dy.best sgt2~!dan cita dy lain dari yg lain..dan cara kak lily bawak cita ni x membosankan..keep it up! Btw saya dh beli dh novel ni..hehe ~! :D

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...