Monday, July 8, 2013

Satu Dua TIga 2013

Bab 21


            Aleya menggengam erat tangan ibunya. Sejuk malah tangan ibunya juga terketar-ketar. Aleya tahu apa yang sedang bermain di fikiran ibunya. Pasti ibu akan menyalahkan dirinya sendiri di atas apa yang berlaku. “He’ll be fine. Don’t worry!” Genggamnya lebih erat. Aleya tersenyum.
            Munirah menganggukkan kepalanya. Dia cuba tersenyum namun kerisauan di hatinya masih lagi belum hilang. Munirah tahu Aleya cuba menyedapkan hatinya. Di dalam hati, dia tidak putus-putus berdoa agar suaminya itu selamat. Sudah 2 jam, suaminya berada di dalam unit kecemasan.
            Maria mendekati Munirah. “Banyakkan bersabar, Kak Munirah! Abang Kadir akan selamat.!” Maria membuat mimic muka apabila melihat Kartika dan Sofea menghampiri mereka.
            Langkah Kartika terhenti bila sedar akan kehadiran Munirah dan Alina di situ. Matanya merenung tepat pada Munirah yang sedang memandangnya. “Apa kau buat di sini, hah? Bukan ke kau dah berambus balik ke London hari ini?” jerit Kartika tanpa mempedulikan di mana dia berada  sekarang ni.
            Aleya terkejut bila wanita itu tiba-tiba bercakap kasar pada ibunya. Pasti ini Datin Kartika. Aleya melihat ke arah Sofea yang berdiri di sebelah ibunya.
            Zahari dan Tengku Ismail hanya memerhati. Raut wajah mereka berubah bila mendengar kata-kata Kartika.
            “Hey, Kartika! Kak Munirah masih isteri Abang Kadir. Jadi dia ada hak berada di sini. Sepatutnya kau sedar diri sikit status kau sebagai isteri kedua.” Maria geram.
            “Ini hal aku dengan madu aku! Kau jangan nak masuk campur. Rumahtangga sendiri pun tak reti nak jaga, ada hati jaga tepi kain rumah tangga orang.”marah Kartika. Sudah lama dia bersabar dengan kerenah Maria yang suka mencari kesalahan dirinya. Kartika mengalih pandangannya pada Munirah.
“Sepatutnya perempuan macam kau, aku tak boleh percaya. Kau memang suka aku bercerai dengan Abang Kadir kan! Kau kata nak balik ke London tetapi semua itu hanya lakonan semata-mata kan! Kau nak rampas Abang Kadir dari aku. Perempuan macam perlu diajar supaya tidak lupa diri.” Kartika mengangkat tangannya untuk menampar Munirah tetapi tangannya dipegang oleh Aleya secara tiba-tiba. Aleya menggenggam erat tangan Datin Kartika.
            Mereka yang berada di situ terkejut dengan tindakbalas Alina yang tiba-tiba memegang tangan Kartika. Dahi Kartika berkerut menahan sakit. Genggaman itu semakin kuat. “Lepaskan!” Kartika meronta agar tangannya dilepaskan.
            Aleya melepaskan tangan Kartika dan menolaknya dengan kasar. Kakinya berundur beberapa langkah akibat ditolak oleh Alina. Kartika melihat pergelangan tangan kanannya yang kemerah-merahan dan sakit akibat dipegang oleh Alina. Kartika tergamam.
            “Sekali lagi kau cuba tampar ibu aku, aku tidak akan teragak-agak patahkan tangan kau!” Aleya memberi amaran. Dia takkan benarkan sesiapa menyentuh ibunya.
            “Berani kau berkasar dengan mama aku!” marah Sofea. Dia terus mendekati Alina dan ingin menampar tetapi langkahnya terhenti bila mengingatkan peristiwa hari itu.
            “Kalau kau nak tampar aku, tamparlah! Kenapa teragak-agak pulak?”
            “Alina!” Munirah memegang tangan anaknya. Dia bimbang jika Aleya bertindak di luar batasan.
            “Dari kau salahkan ibu aku baik kau cermin dulu diri kau! Kau tanya diri kau sendiri kenapa suami kau nak ceraikan kau! Kesalahan sendiri tak nampak, kesalahan orang lain kau nampak!”
            “Anak kau ni memang kurang ajar, Munirah! Tak hormat orang tua langsung.”
Kartika merenung wanita yang rambutnya diikat dan berbaju t-shirt merah.
            “Ooo..sedar diri pun yang diri tu dah tua. Dengar sini baik-baik, orang tua macam kau tidak tersenarai dalam senarai orang tua yang perlu aku hormat.”Aleya merenung mereka berdua.
            “Alina!” tegas Munirah.
            “Ibu, perempuan tua macam ini tidak boleh diberi muka jika tidak dia akan pijak kepala kita. Kita kena ajar dia sikit baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Asyik dia saja betul!” Aleya berpaling kea rah Munirah.
            Munirah terdiam. Aleya menoleh pula pada Kartika.
“Selepas apa yang kau buat pada kami, kau ingat aku akan berdiam diri begitu saja. Sesiapa yang cuba mengapa-apakan keluarga aku, aku takkan lepaskan mereka begitu. Mereka harus terima balasannya.” Aleya menggenggam erat tangannya. Jika ikutkan hati, mahu saja dia penampar perempuan tua itu.
            Maria yang berada di sisi Munirah terkejut melihat Alina. Sewaktu dia mula mengenai Alina, perangai Alina saling tidak tumpah seperti Kak Munirah tetapi yang berdiri di hadapannya sekarang ni berlainan personalitinya.
            “Hey, kau tu budak mentah lagi. Jangan nak berlagak dengan aku!” Kartika mula bengang. Berani budak mentah ini memperlekehkan dirinya.
            “Siapa kata aku berlagak, hah! Jika kau tak mahu meringkuk dalam penjara, baik kau jaga sikit mulut dan perangai kau.Kau mesti ingat pengakuan yang kau pernah buat di hospital sewaktu kau dan anak kau datang berjumpa ibu kan! Untuk pengetahuan kau, pengakuan kau tu aku rakam. Kalau kau tak mahu rakaman itu sampai ke tangan pihak polis, baik kau jaga sikit tingkahlaku kau itu.”
            “Kau bohong! Kau sengaja nak takutkan aku kan!” Kartika mengetap bibir menahan geram. Biar betul, dia rakam percakapan aku hari tu. Itu semua helah dia saja.
            “Itu terpulang pada kau nak percaya atau tidak. Kalau dah teringin sangat nak bermalam di dalam penjara, cubalah.” Aleya tersengih.
            Kartika terdiam.
            “Mama!” Sofea menoleh pada ibunya yang tiba-tiba berdiam diri. Sofea takut.
            Tengku Ismail datang menghampiri mereka. “Alina ada beri aku salinan rakaman itu. Jadi aku nasihatkan kau, jangan ganggu mereka berdua lagi. Jika sesuatu terjadi pada mereka berdua, salinan rakaman itu akan sampai ke tangan pihak polis.”
            Aleya terkejut. Bila pulak aku beri salinan rakaman itu pada Tan Sri Tengku Ismail. Aleya masih berwajah selamba.
            “Kamu semua 2 X 5 saja.” Jerit Kartika sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka. Sofea mengekori ibunya.
            “Abang, betul ke abang ada salinan tu?” soal Maria ingin tahu.
            Tengku Ismail tersenyum. “Abang tipu saja!”
            “Apa!” Maria terkejut. Zahari hanya tersenyum dari jauh.
            “Orang macam Kartika tu, kita kena tipu sikit untuk takutkan dia supaya tidak kacau Munirah dan Alina lagi.” Terang Tengku Ismail. Jika dia tidak masuk campur tadi, pasti keadaan di sini kecoh dibuatnya.
            “Thank you, Uncle!” Aleya tersenyum.
            Tengku Ismail hanya tersenyum. Yang dia pelik, Maria pernah beritahunya yang sikap Alina seperti Munirah tetapi Alina yang berdiri di hadapannya sekarang ni sikapnya bertentangan dari apa yang diceritakan oleh isterinya.
            Pintu bilik kecemasan tiba-tiba terbuka, Dr. Nazri keluar. Zahari segera menghampiri sahabatnya. “Bagaimana dengan keadaan Uncle?”
            “Alhamdulilah, Sekarang ni Uncle sudah stabil.” Dr. Nazri mengalihkan pandangannya pada Alina yang sedang berdiri tidak jauh darinya.
            Dahi Aleya berkerut. Kenapa pulak dengan mamat ni? Asyik pandang aku lain macam saja. Aleya menoleh pada ibunya.
            “Syukur, Alhamdulilah.” Munirah menarik nafas lega. Segala kebimbangan dan kegusaran di hatinya sudah reda.
            “Jom, ibu! Kita balik!” ajak Aleya. Dia bimbang jika ibunya menerima kembali lelaki itu dalam hidupnya. Selepas apa yang berlaku, Aleya yakin ibunya masih mencintai lelaki yang pernah menghina ibunya.
            Perlahan-lahan Munirah menganggukkan kepalanya. Dia sedar tempatnya bukan di sisi Dato’ Kadir. Dia perlu beredar dari sini.

                                                     *******************************
Khatijah melihat jam tangannya beberapa kali. Dia sudah terlambat untuk berjumpa Puan Sri Halimah. Ahhh….dah lambat. Tangannya pantas mencapai beg tangan, telefon bimbit dan kot baju sejuk. Dia bergegas menuruni tangga. Langkahnya terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi.
            “Siapa pula yang telefon ni? Aku dah lewat.” Bebel Khatijah seorang diri tanpa melihat skrin telefon bimbitnya. “Hello!”
            “Assalamualaikum, Khaty?”
            Khatijah terkejut apabila mendengar suara Munirah. “Waalaikumussalam.” Jawab Khatijah. Sekilas pandang, dia melihat skrin telefon bimbit miliknya. Dahi Khatijah berkerut. Kenapa Munirah masih guna no telefon ni lagi? Takkanlah….. “Munirah, kau kat mana skrg ni? Don’t tell me that you still in Malaysia.” Nada suara Khatijah separuh meninggi.
            “Ya. Aku masih lagi di Malaysia.”
            “What!” Khatijah meninggikan suaranya.
            “Semasa aku di airport, dia datang jumpa aku. Kemudian dia tiba-tiba sahaja kena serangan jantung.” Jelas Munirah.
            “So sebab itu kau tak jadi pulang? Kau dah buat keputusan, so kau harus kuatkan hati kau. Never turn back.” nada suara Khatijah tegas. Dia geram dengan sikap Muniah. Terlalu baik hati.
            “Khaty, what do you expect me to do? Leave him like that.” Munirah tahu Khatijah tak akan bersetuju dengan tindakannya.
            Khatijah mengeluh kuat. Dia sudah bingung. Mati akal. Khatijah diam seketika.
            “Khaty, kau jangan risau. Aku tetap akan balik. Hati aku takkan berubah. Aku akan balik kerana kaulah satu-satunya keluarga yang aku ada. Aku hanya ada kau dan anak-anak aku.” Ujur Munirah dengan lembut.
            Khatijah menarik nafas panjang. Hatinya sayu mendengar kata-kata Munirah. “Bila kau akan balik?”
            “Aku akan balik bersama Aleya setelah kerjanya selesai. Aaa…Alisa! Dia balik dulu. Rasanya dia dah sampai kot. Kau tolong tengokkan mereka berdua ye. Maaf kerana menyusahkan kau, Khaty.”
            “Kau ni! No problem. Aku akan tengokkan dua orang anak dara kau tu. Oklah, aku ada appointment ni. Malam ni, aku call kau. Aku masih belum habis cakap lagi dengan kau. Take care!”  Khatijah menjeling kea rah jam tangan guess miliknya. Alamak, dah lewat ni!
            “Baiklah. Assalammualaikum….”
            “Waalaikumussalam.” Jawab Khatijah sebelum menamatkan perbualan mereka berdua. Segera Khatijah mencapai kunci rumah dan bergegas keluar.
            
                                                            ***************************
            Alisa menoleh apabila mendengar pintu rumah ditutup. Segera dia keluar dari biliknya dan berjalan menuju ke ruang tamu.
            “Angah!” Alina gembira melihat kakaknya sudah pulang. Baju sejuk yang dipakainya ditanggalkan. Sekarang ni musim sejuk sudah tiba. Keadaan di luar sangat sejuk sehingga beberapa baju yang dipakainya masih belum lagi dapat menghalang kesejukkan di luar sana.
            “Patient Acu dah stabil ke? Dah sedarkan diri ke?” soal Angah.
            “Sudah! Semakin sihat.” Alina tersenyum. Matanya melirik ke pelbagai sudut di rumahnya mencari kelibat ibunya. Mana ibu? “Angah, ibu mana?”
            “Something happens! Ibu tak dapat balik. Boleh tak kalau apply cuti lagi?”
            “Apa!” Alina terkejut. Nak minta cuti lagi ke? Aku baru sahaja masuk kerja.
            “Kita perlu balik ke Malaysia esok!” beritahu Alisa. Dia perlu selesaikan urusannya di sini sebelum pergi Malaysia.
            “Apa halnya, Angah?” Alina hairan. Kenapa kakaknya tergesa-gesa untuk pulang sedangkan selama ini Alisa berdegil tidak mahu menjejakkan kakinya di Malaysia. Sikap Angah benar-benar pelik.
            “Kita tak boleh tinggalkan ibu dan Along sendirian di sana! Angah tak mahu sesuatu terjadi pada mereka jadi esok kita perlu balik ke Malaysia.” Alisa resah. Semalam dia hairan kenapa ibunya masih belum masuk lagi ke dalam balai lepas sedangkan pesawat akan berlepas tidak lama lagi malah pramugari yang bertugas di situ menyuruhnya masuk kerana pesawat akan berlepas. Kemudian dia menerima sms dari kakaknya yang memberitahu ada sesuatu terjadi dan menyuruhnya menaiki pesawat itu dulu. Katanya lagi, dia akan pulang bersama ibu selepas urusannya selesai. Bila memikirkan ibu dan kakaknya di sana, Alisa resah. Bimbang jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.
            “Angah, do you hiding something from me?” soal Alina. Hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang dirahsiakan
            “Lelaki itu tiba-tiba jatuh sakit sebab itu ibu tidak dapat balik.” Berat mulut Alisa untuk memberitahu Alina apa yang terjadi.
            “Abah sakit!” Alina terkejut. Jantungnya berdegup kencang. “Se..Sekarang ni abah ni macam mana?” soal Alina ingin tahu.
            “Angah tak tahu!” tegas Alisa. Matanya bulat merenung adiknya yang begitu mengambil berat tentang lelaki itu.
            “Angah, dia tetap ayah kandung kita walau apa yang terjadi. Setebal mana benci Angah pada abah, darah yang mengalir dalam diri kita adalah darah abah. Tak boleh ke Along dan Angah memaafkan Abah. Jika ibu boleh memaafkan Abah, kenapa kita sebagai anak tidak boleh memaafkan Abah!”
            “Acu, itu hak Along dan Angah sama ada ingin memaafkan lelaki itu atau tidak. Acu tak payah nak nasihatkan kami. Apa yang penting sekarang ni, nyawa ibu dan Along dalam bahaya.” Alisa merenung Alina.
            “Apa maksud Angah?”
            “Beberapa hari yang lalu, ada orang cuba langgar Angah. Nasib baik Angah sempat mengelak, kalau tidak tak tahulah apa yang terjadi. Acu nak tahu tak siapa yang upah orang untuk langgar Angah? Datin Kartika.” Beritahu Alisa.
            Alina tergamam.
            “Because that we have to go back to Malaysia. Jika dia pernah cuba membunuh ibu dan Angah tidak mustahil jika dia mencuba lagi. Angah tak mahu terjadi apa-apa pada Along dan ibu. We have to hurry.”  
            “Baiklah. Acu call supervisor Acu dulu. Acu try.” Alina terus menelefon Dr. Andrew. Alina mula gelisah. Alina tahu orang seperti Datin Kartika sanggup buat apa sahaja.
                                   
***************************************
            Dato’ Syed Mohd Kadir membuka matanya perlahan-lahan. Pandangannya masih pudar. Dia memejamkan matanya sekali lagi.  Dia membuka matanya sekali lagi.
            “Abang Kadir! Syukur alhamdulilah …” Maria menarik nafas lega sebaik sahaja melihat Dato Syed Mohd Kadir sedar. Maria menggenggam erat tangan abang sepupunya.
            “Maria!” nada suara Dato’ Syed Kadir masih lemah.
            “Syukurlah, kau dah selamat.” Tengku Ismail bersuara. Dia membantu Dato’ syed Mohd Kadir bangun.
            “Di mana aku sekarang ni.” Dato’ Syed Mohd Kadir memegang dadanya yang masih sakit.
            “Hospital, Uncle.” Jawab Iskandar. Sebaik sahaja menerima panggilan dari ayahnya, dia segera datang ke hospital.
            “Munirah! Mana Munirah? Lina …mana Lina? Mereka dah balik ke London ke?” soal Dato Syed Mohd Kadir secara tiba-tiba. Dia mula ingat apa yang terjadi sebelum ini.
            “Tak! Selepas apa yang terjadi, mereka berdua tak jadi balik ke London.” Beritahu Maria.
            Dato’ Syed Mohd Kadir menarik nafas lega selepas mendengarnya. “Tapi mereka di mana sekarang ni?” Dia melihat di setiap sudut bilik namun kelibat Munirah dan Alina tiada di situ.
            Maria mengeluh kuat. “What do you expect? Abang Kadir mahu singa betina tu serang mereka berdua ke?” Maria merenung sepupunya. Selepas apa yang terjadi, perasaan bencinya terhadap Kartika semakin menebal. Ada hati nak tampar Kak Munirah? Apa hak dia? Eee…geramnya aku.
            Tengku Ismail memegang tangan isterinya secara tiba-tiba. Dia menegah Maria bercakap apa yang berlaku tadi.
            “Uncle, Auntie Munirah dan Alina ada di rumah sewa mereka. Esok mereka berdua akan datang melawat Uncle.” Iskandar tiba-tiba mencelah.  Dia tak mahu Uncle Kadir dapat menghidu sesuatu.
            “Tapi …Maria, ada sesuatu yang berlaku ke?” soal Dato’ Syed Mohd Kadir.
            “Tak adalah. Kadir, kau ni macam tak kenal dengan isteri aku ni. Dia kan suka membebel. Ada saja yang tak kena.” Giliran Tengku Ismail mencelah. Dia memegang erat tangan isterinya agar menyatakan sesuatu.
            “Ya.  Abang Kadir berehatlah. Esok kami datang lagi.”
            Maria mengatur langkah meninggalkan mereka bertiga. Dia tak mahu Dato’ Syed Mohd Kadir bertanya lagi. Ikut hati, mahu saja aku ceritakan apa yang berlaku tetapi aku kena juga fikir kesihatan Abang Kadir.
            “Kami balik dulu.” Tengku Ismali tersenyum dan bersalam dengan Dato’ Syed Mohd Kadir sebelum mengekori jejak langkah isterinya.
            “Is balik dulu, Uncle. Esok Is akan datang visit Uncle.”  Giliran Iskandar menghulurkan tangan dan bersalam dengan Dato’ Syed Mohd Kadir.
            “Bawa kereta baik-baik ye.” Pesan Dato Syed Mohd Kadir.
            “Baiklah, Uncle.” Kata Iskandar sebelum melangkah keluar dari bilik itu.
            Dato’ Syed Mohd Kadir melihat di sekelilingnya. Sunyi. Dia memandang sofa yang terletak tidak jauh dari katilnya. Kosong. Sepatutnya ada ahli keluarga aku yang akan menemani aku …tetapi tiada sesiapa di sisi aku. Hatinya tiba-tiba berasa sedih. Nak harapkan Kartika dan anak-anaknya, jangan haraplah. Mereka hanya bersama aku jika aku dalam keadaan senang. Sekarang ni, batang hidung pun aku tak nampak. Ini ke wanita yang aku pilih untuk dijadikan isteri aku. Memang padan muka aku. Dato’ Syed Mohd Kadir mengeluh dengan kuat.
             

****************************************

            “Zahari, apa kena dengan member kita yang seorang ni. Termenung macam baru lepas putus cinta saja.” Iskandar terus menarik kerusi yang bersebelahan dengan Zahari dan duduk tanpa dipelawa oleh sahabatnya itu.
            “Aku pun tak tahu, Is! Dari tadi asyik diam saja, rimas aku.” Zahari merunggut. Tadi beriya-iya sangat ajak dia keluar selepas itu asyik termenung saja.
            “Sekarang ni otak aku tengah bercelaru!”
            “Aii….jadi doctor pun, otak boleh bercelaru! Ini kes berat.” Iskandar bergurau namun tiada apa-apa reaksi daripada kedua-dua sahabatnya itu. Wajah mereka serius. “Aku bergurau saja. Apa masalah kau ni, Nazri?”
            “Perangai Alina dah banyak berubah. Maksud aku, tidak seperti Alina yang aku mula-mula jumpa. Seorang yang lemah-lembut dan berbudi bahasa tetapi Alina sekarang ni lain jauh berbeza. Garang, kasar dan bercakap ikut sedap mulut saja.”Dr. Nazri mengeluh.
            “Nampaknya ciri-ciri wanita idaman pada Alina sudah tiada la.Musnah la harapan kau” Iskandar katwa.
            Zahari menjeling pada Iskandar. Waktu ni jugak la dia buat lawak. Nanti tak pasal-pasal penumbuk hinggap di muka Iskandar.
            “Aku serius, Iskandar. Kalau kau tak percaya kau tanya Zahari!”
            Iskandar menoleh ke arah Zahari. Wajah Zahari serius lebih serius dari Nazri. “Sikap dia berubah 100%. Masa dia bertengkar dengan Auntie Kartika, aku rasa pelik sebab percakapannya yang lantang dan tindakan dia menghalang Auntie Kartika dari menampar Auntie Munirah. “Zahari mengingatkan kembali sewaktu pertama kali berjumpa dengan Alina di KLIA kemudian di hospital. Sikapnya berbeza malah sikap Alina sekarang jauh berbeza dari Alina yang dikenalinya. Kasar. Zahari memegang pipinya yang masih sakit akibat tumbukan Alina hari itu.
            “Memang patut pun Alina tu berubah, sampai bila dia nak biarkan Auntie Kartika buli Auntie Munirah. Kalau orang buat begitu pada ibu kita, mesti kita jugak marah. Mungkin Alina sedar dia tak boleh mendiamkan diri seperti dulu lagi. Jika dia tidak menentang, entah apa lagi Auntie Kartika akan buat. She’s need to be strong.”
            ”Kau belum jumpa Alina lagi jadi kau tak rasa pelik seperti yang kami berdua rasa. Perubahan dia terlalu drastic seolah-olah mereka bukan orang yang sama.”Dr. Nazri meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
            “Maksud kau, kembar! Kau jangan buat lawak, Nazri! Kalau betul la, Alina ada kembar, pasti awal lagi Auntie Munirah dah beritahu. Tak munasabah langsung.” Iskandar menggelengkan kepalanya.
            Zahari mengeluh kuat. Susah betul kalau bercakap dengan Iskandar ni. Zahari menoleh ke arah Dr. Nazri yang membuat mimic muka apabila mendengar kata-kata Iskandar.

                                    **************************************


            

1 comment:

eija said...

uit bhaya nie..jgn lah smp dorg myiasat yg alina nie ada kembar...hebat lah aleya...garang mcm singa..hihihi..

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...