Friday, July 5, 2013

Satu Dua Tiga

BAB 20


            Senyuman terukir di bibir Alisa sebaik sahaja pintu rumahnya dibuka. Kehadiran wanita ini menghilangkan sedikit rasa kebimbangan yang berada di hatinya. “Along!”
            “Yeah, it’s me!” kata Aleya terus masuk ke dalam rumah tanpa dipelawa oleh adik. Langkah terus diatur menuju ke sofa yang berada di ruang tamu. Aleya meletakkan beg pakaiannya sebelum duduk di sofa. Akhirnya sampai juga, letih betul!
            “Pandai Along cari rumah! Ingatkan Along dah sesat.” Alisa terus melabuhkan punggungnya di sisi kakak kembarnya. Aleya kelihatan keletihan.
            “Along jumpa kawan Along masa di airport. She send me home.”
            “Who?”
            “Mary!” jawab Aleya sambil matanya melirik ke kiri dan kanan. Mana ibu ni?
            “Mary Lee!” ujar Alisa. Mary Lee merupakan salah seorang teman baik Aleya sewaktu belajar di London.
            “Ya. Mana ibu?”
            “sembahyang!”
            “Ooo…so what’s going on here?” Aleya membetulkan keduduknya. Matanya melihat tepat pada adiknya. Dia ingin tahu kenapa tiba-tiba ibu membuat keputusan untuk pulang sedangkan selama ini ibu bertegas untuk tinggal di sini.
            “She’s try to kill me, Along!” beritahu Alisa.
            Aleya terkejut.”Who? Perempuan tua tu ke?”marah Aleya.
            Perlahan-lahan Alisa menganggukkan kepalanya.
            “Ini sudah melampau! Dia ingat dia siapa nak tentukan hidup mati kita! Sepatutnya tadi Along tampar muka anak dia sampai lebam lepas itu Along cabut rambut dia biar botak.” Marah Aleya mengingatkan insiden pagi tadi. Menyesal pulak tadi!
            “Apa!Along jumpa siapa?” soalnya ingin tahu
            “Anak sulong perempuan tu di Langkawi.”
            “Sofea!”
            “Ya. Mereka anak-beranak tu ada masalah mental ke? Perempuan itu ingat Along ni Acu. Ikut sedap mulut dia saja tuduh Along nak rampas Iskandar dari dia. I think she’s like him.”
            “Iskandar!” berkerut dahi Alisa. Rasanya macam pernah dengar nama itu. Alisa berfikir.
            “Anak Auntie Maria!”
            “ooo….Now I’m remember! Angah belum jumpa Iskandar lagi, handsome tak?” soal Alisa ingin tahu.
            “Huh, handsome memang la handsome tetapi perangai dia menyakitkan hati. Busybody. Apa la yang Si sofea tu nampak pada lelaki itu. Obsess sangat! Dia ingat Along ni suka pada lelaki tu. No way, sis! Sakit hati Along bila dia penampar Along.”
            “Dia tampar Along!” Bulat mata Alisa mendengar kata-kata Aleya tetapi senyuman terukir di bibirnya beberapa saat kemudian. “Berapa kali pula Along penampar dia pula.” Alisa kenal sangat dengan perangai kakaknya.
            “4 kali!” Aleya tersengih.
            Alisa ketawa bila mendengar jawapan kakaknya. “Malam ni pasti Si Sofea tu tak tidur malam.” Ketawa Alisa semakin kuat.
            “Apa yang lucu sangat ini sampai dari dalam bilik lagi ibu dengar kamu berdua ketawa? Siapa pulak yang kamu berdua kenakan ni?” sapa Munirah yang tiba-tiba berada di situ. Senyuman terukir di bibirnya melihat kehadiran anak sulungnya. Aleya pantas bangun dan mendekati ibunya. Dia memeluk ibunya dengan erat untuk melepaskan kerinduan yang menebal di dalam hatinya. Munirah menepuk lembut belakang anaknya. Sebenarnya dia juga sangat rindu pada Aleya. Hanya mereka saudara yang dia ada sekarang. Walauapa yang terjadi, dia akan melindungi anaknya.

                                                ***************************
            “Kau nak balik esok!” Khatijah terkejut. Pen yang dipegang tiba-tiba terhenti. Dia berjalan keluar dari stor makanan. Pada waktu itu dia sedang memeriksa stok makanan. Keputusan Munirah benar-benar di luar jangkaan. “Kau dah berbincang dengan dia ke? Cepatnya! Kenapa? Dia tetap tak nak bercerai dengan kau ke? Kan aku dah cakap, mustahi dia akan ceraikan kau.” Bebel Khatijah dengan panjang lebar.
            “Khaty, aku belum lagi berjumpa dengan dia.” Munirah mencelah.  Aku belum habis cakap lagi.  Dia dah menyampuk.
            “Habis tu, kenapa kau nak balik esok?” Dahi Khatijah bekerut hairan. Ada sesuatu yang berlaku di sana ke? Jika tak, tak mungkin Munirah akan membuat keputusan untuk pulang ke London dengan tergesa-gesa.
            “Perempuan tu …..Kartika! Dia upah orang untuk langgar Alisa.” Terang Munirah. Dia geram.
            “Apa! Memang dah melampau perempuan tu.”
            “Khaty, aku tak kisah apa yang dia buat kat aku tetapi jika perkara ini melibatkan nyawa anak aku. Aku tak boleh biarkan begitu saja.”
            “ Kan senang jika dari dulu kau report kat polis. Ini tidak, kau biarkan sahaja perempuan tu buat apa saja.”
            “Ya, memang salah aku. Sebab itu aku buat keputusan untuk pulang ke London esok. Tentang penceraian aku tu, aku biarkan lawyer aku uruskan. Aku dah suruh dia update kat aku jika ada apa-apa perkembangan.”
            “Baguslah. Sepatutnya dari awal lagi, kau dah balik ke sini. So, suami kau dah tahu kau nak balik ke sini.” Soal Khatijah.
            “Tak tahu! Aku tak beritahu dia pun. Biarlah.” Munirah sudah malas untuk memikirkan tentang suaminya
            “Tapi jika kau balik ke sini, bagaimana pula dengan Leya?” soal Khatijah. Tiba-tiba teringat tentang Aleya. Kan dia baru saja tiba di Malaysia.
            “Leya akan balik kemudian setelah kerjanya di sini selesai. Kemungkinan dia akan balik minggu depan.” Beritahu Munirah.
            “Baguslah kalau macam tu. Lagi cepat kat balik ke sini, lebih baik.” Khatijah menarik nafas lega.
            “Oklah! Esok aku call kau lagi sebelum nak berlepas.”
            “Ok!” Khatijah tersenyum.
           
                        ****************************************************

            Aleya menyiram pokok bunga yang berada di halaman rumah sambil mendengar lagu kegemarannya melalui mp3 player. Aleya tidak sedar ada dua orang lelaki berdiri di luar pintu pagar rumahnya. Sudah beberapa kali salam diberi namun tidak didengari oleh Aleya yang begitu asyik mendengar lagu One Nation Emcees, Apa Aku Kisah.
            “Uncle, kita masuk dulu.” Kata Zahari terus membuka pintu pagar yang tidak berkunci. Dato’ Syed Mohd Kadir hanya mengikuti Zahari. Sebenarnya dia masih belum sembuh sepenuhnya tetapi dia kuatkan juga untuk berjumpa Munirah dan memujuknya untuk tinggal di Malaysia.
            “Alina!’ Zahari terus memegang bahu Aleya.
            Aleya terkejut apabila bahunya dipegang dengan pantas satu tumbukan hinggap di muka Zahari. Zahari jatuh terduduk dan memegang muka yang masih terasa sakit akibat tumbukan dari Alina. Zahari tergamam.
            “Alina!” Dato’ Syed Mohd Kadir terkejut dan terus berada di sisi Zahari.
            Aleya melihat mereka berdua. Siapa mereka ni?
            Zahari bangun sambil dibantu oleh Dato’ Syed Mohd Kadir. “What’s wrong with you, Lina?”
            “Kau yang masuk rumah aku tanpa beri salam selepas itu nak marah aku pulak! Hey, kau tahu tak kau dah ceroboh masuk rumah aku!”
            “Dah banyak kali aku beri salam tapi kau buat tak tahu saja.”
            Aleya terus memasukkan mp3 player ke dalam poket seluarnya. “Ada apa?” Aleya masih berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Siapa mereka ni?
            “Ibu kamu mana, Lina! Abah nak jumpa. Abah nak cakap sesuatu dengan ibu kamu.” Dato’ Syed Mohd Kadir bersuara.
            Abah! Aleya merenung lelaki tua itu. Dia bahasakan dirinya abah, jadi dia sebenarnya…..Paip air yang dipegangnya dibaling dengan kasar. “What  do you want again? You don’t have right to talk to my mother?” marah Aleya.
            Dato’ Syed Mohd Kadir dan Zahari terkejut dengan reaksi Aleya yang tiba-tiba naik angin. 
            “Lina, tujuan abah datang….”
            “Shut up!” jerit Aleya. Tiada langsung perasaan hormatnya pada lelaki itu.
            Dato’ Syed Mohd Kadir tergamam. Nampaknya Alina benar-benar membenci dirinya. Sikap Alina berubah sama sekali.
            “Alina, kau jangan jadi anak kurang ajar. Kau sedar sikit siapa yang berdiri di hadapan kau sekarang ni! Ini ayah kau.” Zahari geram apabila Alina meninggikan suara pada Uncle Kadir. Sikap Alina sudah berubah. Semakin hari, dia semakin kurang ajar dengan Uncle Kadir.
            “Kau orang luar! Baik kau diam. Ayah! Aku tak ada ayah. Aku hanya ada ibu. Sejak aku lahir, hanya ibu yang menjaga aku! Dia tak layak nak mengaku dirinya seorang ayah.” Aleya menunding jarinya ke arah lelaki yang masih mendiamkan diri. Selepas apa yang terjadi pada ibu dan Angah, aku lebih membenci lelaki ini. Dia cuba bersabar tetapi kemarahan yang tersimpan di dalam hatinya tidak dapat ditahan lagi.
            “Alina! Kau sudah melampau!” marah Zahari.
            “Melampau! Kau kata aku melampau! Isteri kesayangan dia lagi melampau. Ibu kemalangan disebabkan dia. Aku hampir dilanggar disebabkan dia. Kalau kami mati, baru kamu semua puas hati kan!Keluar! Aku nak kau berdua berambus dari sini” Kemarahannya semakin membuak-buka.
            “Alina!” Aleya terkejut bila mendengar suara di belakangnya. Aleya menoleh ke belakang. Badannya tiba-tiba menjadi kaku. Ibu!
            Munirah perlahan-lahan berjalan mendekati mereka bertiga .“Alina, ibu tak pernah ajar kamu kurang ajar pada orang tua lebih-lebih lagi pada ayah kamu.”
            “Ibu, Lina takkan lupa apa yang mereka pernah buat kepada kita. Ibu dah lupa kea pa yang lelaki in pernah buat pada ibu. Bagaiman dia melayan ibu  dulu? Kata-kata kesat yang pernah dilemparkan pada ibu? Ibu dah lupa ke semua itu.”
            “Alina, itu kisah lama ibu. Kamu tak ada kena mengena langsung. Ini hal kami.” Munirah tahu Aleya berdendam dengan ayah kandungnya sendiri.
            “I’m your daughter! Sudah pasti Lina ada kena-mengena dalam hal ini.”
            “Lina! Let me talk!” Suara Munirah berubah tegas.
            Aleya terdiam.
            “Ada apa lagi?” Munirah bersuara sebaik sahaja berhadapan dengan Dato’ Syed Mohd Kadir.
            “Betul ke Munirah akan balik ke London esok?” soal Dato’ Syed Mohd Kadir dengan lembut.
            “Ya.” Ujar Munirah dengan ringkas.
            “Why?” soal Dato’ Syed Mohd Kadir masih tidak berpuas hati. Mata wanita itu direnungnya.
            “Awak tahu kan kenapa Munirah kena pergi dari sini.”
            “Munirah, abang janji! Abang takkan benarkan Kartika mengganggu Munirah dan Alina lagi. Abang janji , abang akan lindungi Munirah dan anak kita dengan nyawa abang.” Dato’ Syed Mohd Kadir cuba menyakinkan Munirah. Dia tidak mahu kehilangan Munirah dan Alina sekali lagi. Cukuplah 26 tahun mereka berpisah.
            “Boleh percaya ke?” Aleya mencelah. Munirah memegang tangan Aleya dengan erat. Aleya menoleh apabila tangannya digenggam erat. Aleya faham kenapa ibunya memang tangannya secara tiba-tiba.
            “Lina mesti percaya pada abah! Abah sayangkan ibu Lina dan Lina sepenuh jiwa abah. Abah tak boleh hidup tanpa kamu berdua. Di dunia ini hanya Munirah dan Alina sahaja keluarga abang.”
            Aleya tersenyum sinis. Dia hendak bersuara tetapi niatnya terhalang apabila tangannya digenggam erat oleh ibunya.
            “Awak! Berilah peluang pada Kartika. Mungkin selepas ini dia akan berubah. Sebagai suami, awak sepatutnya membimbing Kartika ke jalan yang benar. Apa sahaja kesalahan dia, awak maafkan sahaja. Kita sebagai manusia di muka bumi ni, tak pernah terlepas dari melakukan kesalahan. Berilah peluang pada Kartika untuk menjadi isteri yang baik dan sempurna.” Nasihat Munirah. Hubungan dia dan Dato’ Syed Mohd Kadir takkan berhasil. Dia sedar siapa dirinya. Dia tidak pernah pun mengimpikan hidup bersama Dato’ Syed Mohd Kadir lagi walaupun dia akui dia masih mencintai lelaki itu selepas apa yang pernah Dato’ Syed Mohd Kadir lakukan pada dirinya.
            “Munirah, kenapa kamu mesti fikirkan pada Kartika? Kenapa? Awak tahu kan hubungan abang dengan Kartika macam mana! Susah sangat ke Munirah beri peluang pada abang untuk tebus semua kesilapan abang selama ini. Munirah kan sudah maafkan abang, kenapa abang tak boleh beri peluang pada abang?”
            “Memang betul Munirah sudah maafkan abang tetapi itu tidak bermaksud Munirah akan terima abang kembali. Hubungan kita sudah berakhir sejak 26 tahun yang lalu. Munirah bukan wanita pilihan awak. 26 tahun yang lalu, awak sudah membuat pilihan. Pilihan awak adalah Kartika bukan Munirah. Apa yang berlaku Munirah terima dengan hati yang terbuka!” ujarnya dengan lembut. Munirah merenung lelaki itu.
            “Awak! Munirah takkan halang awak berjumpa dengan Alina. Munirah nak selesaikan semuanya dengan baik. Selepas kami pulang ke London, peguam Munirah akan selesaikan proses penceraian kita. Perkahwinan kita dahulu adalah kesilapan jika Munirah turut sama membantah rancangan keluarga kita untuk menjodohkan kita pasti semua ini takkan terjadi tetapi semua ini telah berlaku. Kita tidak boleh patah balik lagi. Kita perlu pandang ke hadapan dan meneruskan kehidupan kita tanpa penyesalan dan jadikan ia sebagai pengajaran. Baliklah awak! Balik ke sisi, Kartika. Wanita yang telah awak pilih untuk dijadikan isteri awak seumur hidup awak.” Munirah tersenyum. Aleya melihat ke arah ibunya. Aleya yakin ibunya masih mencintai lelaki ini. Sayu hatinya mendengar kata-kata ibunya.
            “Lina! Jom masuk! Tutup air tu dulu.” Kata Munirah melihat air yang mengalir keluar dari paip air yang digunakan oleh Aleya untuk menyiram pokok bungannya. Perlahan-lahan Munirah melangkah masuk ke dalam rumah. Pantas Aleya menutup paip air mengalir sebelum membantu ibunya masuk ke dalam rumahnya. Dia tidak mempedulikan Dato’ Syed Mohd Kadir dan Zahari yang masih berdiri di situ.
            “Uncle!” Zahari memegang lembut bahu Uncle Kadir. Dia simpati melihat nasib Uncle Kadir. Dia tahu apa yang sedang bermain di fikiran Uncle Kadir.
            Tiada apa-apa reaksi dari Dato’ Syed Mohd Kadir, matanya masih melihat kelibat isteri dan anaknya masuk ke dalam rumah. Dia tahu dia telah lukai hati Munirah sebab itu dia ingin memulakan hidup baru bersama Munirah dan menebus kembali kesalahan yang pernah dia lakukan pada Munirah.

                                    ****************************************

            “Mama!” jerit Sofea sebaik saja masuk ke dalam bilik ibunya. Pintu bilik ditutup dengan kasar. Kartika yang sedang menyikat rambutnya di hadapan meja solek terkejut dengan jeritan Sofea.
            “Kau ni kenapa? Tak boleh ke kalau masuk bilik mama beri salam ke? Ketuk pintu ke? Ini tidak main redah masuk saja.” Bebel kartika.
            “Mama! Mama tengok muka Sofea ini.” Sofea terus mendekati ibunya dan menunjukkan kedua-dua belah pipinya yang lebam akibat ditampar oleh Alina pagi tadi.
            “Kenapa lembam macam ni?”
            “Alina, mama! Alina yang tampar Sofea.” Sofea mengadu. Pasti mama takkan lepas Alina begitu saja.
            “Apa!” Kartika terkejut. Berani anak Munirah penampar muka anak aku!
            “Alina cuba rampas Abang Is dari Sofea, mama!”
            “Apa! Macam mana Sofea tahu Alina cuba rampas Iskandar dari Sofea?” Dahi Kartika berkerut.
            “Sofea dapat tahu Abang Is berjumpa dengan arkitek yang mereka Hotel 5 Bintang di Langkawi. Sofea ikut Abang Is sehingga ke Langkawi, sebaik saja sampai di hotel penginapan Abang Is, Sofea tanya bahagian receptionist , mereka beritahu Abang Is ada di Coffea House yang terletak di seberang jalan. Sofea pergi la dan Sofea terjumpa Alina di luar Coffee House itu. Bila Sofea tanya Abang Is di mana? Dia cakap tak tahu. Itu yang buat Sofea geram dan terus penampar Alina tetapi dia balas balik. Dia tampar Sofea sebanyak 4 kali, mama! Tengok muka Sofea dah jadi macam mana!”
            “Jadi Sofea nampak Alina bersama Iskandar?”
            “Taklah. Sofea yakin sebab apa Alina berada di Langkawi! Dia cuba nak merampas Iskandar dari Sofea selepas dia gagal merampas Dr. Nazri dari Su.”
            Kartika menggelengkan kepalanya beberapa kali. Memang patut pun Sofea ni kena penampar. Buat telahan ikut suka hati dia saja. “Untuk pengetahuan Sofea, Alina tak ada apa-apa hubungan dengan Iskandar sebabnya mereka tidak pernah berjumpa lagi. Macam mana mereka nak menjalinkan hubungan sedangkan mereka belum berjumpa lagi.”
            “Macam mana mama tahu semua ni?” Sofea masih tidak percaya.
            “Mama tahu la. Mama ada sumber mama sendiri. Sofea tak payah kusutkan kepala pasal semua ini.”yakin Kartika.
            “Tapi kenapa Alina ada di Langkawi?”
            Wajah Kartika berubah apabila mendengar pertanyaan anaknya. Ya, kenapa Alina berada Langkawi? Sanggup pula dia tinggalkan ibunya yang sakit. Dahi Kartika berkerut.
            “Tetapi mama, Sofea masih tidak berpuas hati. Sofea tidak boleh biarkan dia tampar Sofea dengan percuma.”
            “Sofea! Dengar sini, esok mereka dua beranak akan balik ke London. Mama tak mahu Sofea gagalkan rancangan mama. Jika mereka berdua balik ke London, Sofea tak payah risau tentang Iskandar. Tiada siapa akan merampas Iskandar dari Sofea.” Kartika tersenyum.
            Sofea menganggukkan kepalanya beberapa kali. Dia tersenyum lebar. Kata-kata ibunya sebentar tadi menggurangkan sedikit gusar di dalam hatinya.

                                                ****************************

            “Angah, masuk dulu! Ibu ada hal nak cakap dengan Along.” Beritahu Munirah. Dia menyuruh Alisa masuk dulu. Alisa hanya menganggukkan kepala.
            “Take care, sis!” Alisa melambai ke arah kakaknya sebelum melangkah masuk ke balai berlepas. Dia akan menunggu ibunya di dalam.
            “Along, ibu nak Along berhati-hati semasa berada di sini. Along faham kan!”
            Aleya menganggukkan kepalanya. Sekejap saja dia berjumpa dengan ibunya, sekarang ini ibunya akan balik ke London. Hatinya sedih.
            “Jaga makan minum baik-baik! Jangan tidur lewat. Selepas urusan di sini selesai, Along mesti pulang segera ke London ye!” kata Munirah. Sebenarnya dia bimbang untuk meninggalkan Aleya seorang diri di sini tetapi jika dia tinggal di sini, keadaan akan bertambah buruk. Dia berharap tiada apa-apa akan terjadi pada anaknya.
            “I know! Don’t worry about me! Bila dah sampai London, ibu call Along ye!” Munirah terus memeluk Aleya dengan erat. Beberapa saat kemudian Munirah melepaskan anaknya dari pelukannya.
            “Munirah!” Serentak mereka berdua berpaling. Munirah dan Aleya terkejut dengan kehadiran Dato’ Syed Mohd Kadir di situ. Dato’ Syed Mohd Kadir melangkah laju menghampiri Munirah dan terus memegang tangan Munirah. Dia menggengam erat tangan Munirah. Munirah tergamam. “Abang merayu Munirah jangan tinggalkan abang. Semalaman puas abang berfikir, abang takkan berpisah dengan Munirah lagi. Abang akan ikut Munirah ke London. Kita mulakan hidup baru di sana.”
            Bulat mata Aleya mendengar keputusan lelaki yang sedang memegang tangan ibunya. Bibir Aleya terketar-ketar menahan geram. Pantas Aleya menepis tangan Dato’ Syed Mohd Kadir yang sedang memegang tangan ibunya. Dato’ Syed Mohd Kadir terkejut dengan tindakan Aleya. Zahari dan Dr. Nazri juga tergamam melihat reaksi Aleya.
            “Ikut ibu pulang ke London! Are you crazy?” marah Aleya. Dia terus berdiri di hadapan ibunya.
            “Lina, abah hanya mahu mulakan hidup baru bersama ibu Lina dan Lina. Itu saja yang abah pinta.”
            “Sudah terlambat!” marah Aleya. Dia merenung lelaki yang berbaju t-shirt biru itu. Bencinya pada lelaki ini semakin menebal. Aku tak boleh biarkan ibu terluka lagi. Cukuplah …
            “Awak! Cuba bertenang! Berfikir secara rasional, jangan ikutkan hati sangat! Antara kita takkan ada apa-apa. Munirah tak kisah jika kita berkawan tetapi untuk hidup bersama, itu takkan berlaku.” Kata Munirah dengan lembut.
            “Munirah, tolonglah! Beri abang peluang. Abang sanggup buat apa saja asalkan Munirah dapat menerima abang dalam hidup Munirah. Abang ingin menjadi sebahagian hidup Munirah. Itu saja. Besar sangat ke permintaan abang ni!” pujuk Dato’ Syed Mohd Kadir lagi. Dia sudah bertekad yang dia akan mengikut Munirah ke London.
            Munirah menggelengkan kepalanya beberapa kali. Kenapa suaminya masih berdegil? “Baliklah! Jangan kusutkan lagi keadaan. Tak puas hati lagi ke awak seksa Munirah selama ini? Apa yang awak mahu lagi? Cukuplah, Dato’ Kadir. Baliklah ke sisi Kartika. Tak guna awak berperangai seperti ini.Antara kita tiada masa depan. Terimalah kenyataan.” Mata Munirah sudah mulai berair namun dia cuba menahannya.
            Dato’ Syed Mohd Kadir tergamam. Badannya kaku. Dia tak sangka niatnya untuk berbaik semula dengan Munirah disalah ertikan. Dia tak pernah berniat untuk menyeksa Munirah. Apa yang dia mahu adalah untuk membahagiakan Munirah. Dato’ Syed Mohd Kadir merenung Munirah. Pandangan Munirah pada dirinya lain. Dia tak mahu Munirah membencinya. Mungkin aku patut lepas Munirah. Dato’ Syed Mohd Kadir menundukkan kepalanya. Hatinya sedih.
            “Ibu masuk dulu!” kata Aleya menoleh ke arah ibunya. Ibunya perlu pergi sekarang sebelum lelaki itu berubah fikiran.
            Munirah tersenyum dan berjalan-jalan perlahan-lahan meninggalkan mereka. Dia menoleh ke belakang melihat Dato’ Syed Mohd Kadir yang masih tercegat di situ tanpa bergerak walau seinci pun. Selamat tinggal, abang!
            Zahari menghampiri Uncle Kadir. Dia memegang bahu Uncle Kadir untuk memberi semangat. Zahari melihat Aleya yang masih merenung mereka berdua. Renungan wanita ini tidak sama seperti wanita yang dijumpainya beberapa hari yang lepas. Semakin hari perangai Alina semakin pelik.
            Dr. Nazri menghampiri Alina. “Jadi awak sudah buat keputusan untuk balik ke London!”
            Dahi Aleya berkerut. Siapa lelaki ini? “Ya!” tegas Aleya. Matanya dialihkan pada ibunya yang sedang berjalan masuk ke balai berlepas. Aku mesti masuk ke balai berlepas jugak jika tidak mereka akan hairan kenapa aku tak ikut ibu pulang ke London tetapi masalahnya sekarang ni aku mana ada tiket. Aleya mula gelabah.
            “Uncle! Uncle!” jerit Zahari apabila Dato’ Syed Mohd Kadir tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri. “Nazri!” panggil Zahari.
            Dr. Nazri  berpaling dan terkejut melihat Dato’ Syed Mohd Kadir yang sudah rebah tidak sedarkan diri. Segera dia mendail no telefon hospitalnya. Pantas dia menghampiri dan memeriksa nadi Dato’ Syed Mohd Kadir. Zahari resah. Aleya tercengang dan dia menoleh ke arah ibunya.

            Langkah Munirah terhenti bila melihat Dato’ Syed Mohd Kadir yang sedang terbaring di lantai. Kakinya tiba-tiba menjadi kaku.

2 comments:

Unknown said...

Best sangat..upload lagi cepat2 yeaa write :)

eija said...

abis lah mesti munirah xjd g ke london...

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...