Tuesday, September 17, 2013

Satu Dua Tiga 2013

BAB 31

Deruan enjin kereta menarik perhatian Aleya. Dia berjalan perlahan-lahan mendekati langsir biliknya. Langsir itu diselak sedikit. Aleya melihat kelibat  4 orang lelaki yang keluar dari perut kereta Mercedes berwarna hitam itu.
            “Mereka dah sampai ke, Along?” soal Alisa terus melabuhkan punggungnya di katil Aleya.
            Aleya menutup langsir biliknya dengan kasar. Wajahnya serius dan masam.
            “Sangkaan Along memang tepat. Alien tu pasti takut kita akan berpindah lagi sebab itu dia bawa lelaki itu untuk berjumpa dengan kita malam ni.”
            “Kalau lelaki tu nak sangat jumpa kita, baiklah. Kita akan berjumpa. Face to face” Wajah Aleya serius.
            “Angah tak faham, apa lagi yang dia mahu dari ibu?”
            “Kebahagiaan.” Jawab Aleya.
            “Apa maksud Along?” Dahi Alisa berkerut. Kebahagian?
            “Perkahwinan dia bersama Datin Kartika tidak memberi kebahagian jadi dia berharap ibu akan memberinya kebahagian yang tidak pernah dikecapinya selama ini.”
            “Apa!”
            “Tak semudah itu.” Tegas Aleya terus berjalan keluar meninggalkan biliknya. Nak hidup bahagia bersama ibu, jangan harap.
            “Ooo…jadi ibu adalah pilihan kedua. Hmmm….interesting.” Alisa bangun dan terus mengekori Aleya.
            Alina membuka pintu. Dia terkejut dengan kedatangan 4 orang lelaki yang sedang berdiri memandangnya. “Abah!”
            “Alina ke?” soal Dato Syed Mohd Kadir. Dia takut tersalah.
            “Ya, abah! Abang Is! Abang Zahari! Dr Nazri!”
            “Tak nak jemput kami masuk ke?” soal Zahari sambil tersengih.
            “Masuklah! Terlupa pulak. Sekejap Lina pergi panggil ibu. Jemput la duduk” Alina bergegas berjalan menuju ke bilik ibunya. Teruklah! Apa nak buat ni? Kenapa mereka semua datang ke sini? Alina gelisah. Along dan Angah!
            Mereka berempat berjalan menuju ke sofa di ruang tamu.
            “Wah, ramainya tetamu malam ini. Ada apa-apa event ke?”
            Serentak mereka berempat berpaling apabila mendengar suara itu. Dato Syed Mohd Kadir  terkejut melihat dua orang wanita yang berjalan menuruni tangga. Begitu juga Zahari dan Dr. Nazri. Iskandar hanya merenung.
            “Aleya! Alisa!” Nama itu disebutnya. Senyuman terukir di bibirnya. Mereka memang seiras. Dia bersyukur kepadaNya kerana mengurniakan harta yang tiada nilainya di dalam hidupnya. Aleya, Alisa dan Alina merupakan anugerah yang begitu indah padanya. Dia sangat gembira. Akhirnya dia berjaya berjumpa dengan anaknya
            Zahari merenung mereka berdua. Mana satu Alisa? Hish…susah betul. Tiada perbezaan langsung. Patut la Is selalu merunggut susah untuk membezakan mereka bertiga.
            Dato Syed Mohd Kadir  ingin mendekati mereka berdua.Dia ingin memeluk mereka berdua dengan erat.
            “Stop right there!” Aleya bersuara. Wajahnya serius. Lelaki itu direnungnya dengan tajam. Langkah Dato Syed Mohd Kadir  terhenti.
            “Hmm….What’re you trying to do? Hug us? You must be joking.” Alisa membuat mimic muka.
            “Honestly….. What do you want from us?” soal Aleya dengan nada kasar. Walaupun dia sudah tahu jawapannya namun dia ingin sekali mendengarnya dari bibir Dato Syed Mohd Kadir.
            Air muka Dato Syed Mohd Kadir berubah. Melalui nada suara, dia sudah tahu mereka berdua sangat membenci dirinya. “Abah minta maaf jika kedatangan abah ni tidak disenangi oleh Aleya dan Alisa. Niat abah adalah ikhlas. Abah tahu kamu berdua sudah tahu tujuan abah yang sebenarnya kan.”  Anak matanya masih melihat mereka berdua dengan kasih sayang. Yang mana satu Aleya dan yang mana satu Alisa? Dato Syed Mohd Kadir  keliru.
            “Ooo…Hakikatnya kami nak dengar sendiri dari mulut Dato’ Kadir sendiri.”
            Pilu hatinya apabila anak-anaknya hanya memanggil namanya sahaja. “Abah sedar selama ini abah telah gagal menjadi seorang suami dan ayah yang baik pada kamu dan juga ibu kamu. Abah tak salahkan Aleya dan Alisa jika membenci abah. Abah gagal menjalankan tanggungjawab abah. Abah abaikan kamu berempat. Oleh itu abah berharap Aleya dan Alisa dapat memberi peluang pada abah untuk menebus segala-galanya. Abah akan menebus kembali masa 26 tahun yang telah hilang. Mulai sekarang abah akan sentiasa bersama kamu. Berilah peluang untuk abah buktikan semua ini. Kita buka lebaran baru. Buku baru.” Kata Dato Syed Mohd Kadir  dengan bersungguh-sungguh. Dia berharap dirinya diberi peluang.
            “Lebaran baru! Buku baru.” Alisa ketawa mendengar kata-kata Dato Syed Mohd Kadir. Geli hatinya mendengar semua itu. “Tak payah Dato’ menyusahkan diri untuk semua ini. Kami tidak perlukan lebaran baru ataupun buku baru. Hidup kamu sudah perfect tanpa kehadiran Dato’. Lebih baik Dato’ buka lebaran baru bersama isteri kesayangan Dato’.”
            “Aleya! Berilah peluang pada abah.” Dato Syed Mohd Kadir  merayu. Matanya merenung ke arah wanita yang bersanggul rambutnya.
            “Dato’ pasti ke saya ni Aleya?’ Bulat mata Alisa merenung lelaki itu. Orang macam ni nak jadi ayah aku. Jangan harap la. Dia tak layak.
            Dato Syed Mohd Kadir  tergamam. Dia merenung kedua-dua wanita itu. Aku tersalah ke? “Alisa”
            “Dato’ pasti ke saya ni Alisa?” soal Alisa lagi. Dia sengaja ingin mengelirukan lelaki itu.
            “Alisa! Aleya! Apa yang kamu berdua nak lakukan, hah! Uncle Kadir cuba berbaik. Uncle Kadir ingin menjadi seorang ayah yang baik pada kamu berdua. Salah ke?” Zahari bersuara. Sakit hatinya melihat gelagat mereka berdua.
            “Ayah! Seorang ayah yang tidak kenal anaknya sendiri. Layakkah dia menjadi seorang ayah!”
            Aleya tersenyum sinis.
            Dato Syed Mohd Kadir tercengang. Mereka benar-benar berbeza dari Alina
            “Kamu berdua langsung tidak memberi peluang pada Uncle Kadir. Macam mana Uncle Kadir nak mengenal kamu berdua sedangkan kamu berdua sudah pun membina tembok besar untuk menghalang Uncle Kadir dari menjadi sebahagian dunia kamu berdua. Ini tidak adil.” Iskandar bersuara.
            “Hey, alien! Baik kau diam. Ini bukan urusan kau. Semua yang terjadi adalah salah kau.” Marah Alisa.
            Iskandar tersenyum. Sekarang ini dia sudah tahu yang mana satu Aleya dan yang mana satu Alisa. “Uncle, itu Alisa! Hanya Alisa sahaja yang akan panggil Is, Alien.”
            Alisa mengetap bibirnya menahan geram. Busybody!
            “Aleya!” Dato Syed Mohd Kadir  melihat ke arah wanita yang berbaju biru tua dan seluar jeans hitam. Rambutnya diikat satu.
            Aleya melangkah satu tapak ke hadapan. “Untuk pengetahuan Dato’, kami tidak akan mengalu-alukan Dato menjadi sebahagian dari hidup kami. Untuk kebaikan semua pihak lebih baik Dato’ turuti sahaja permintaan ibu. Bercerai! Jangan pentingkan diri sendiri lagi. Tempat Dato’ bukan di sini. Selama 26 tahun ini, Dato’ telah buang ibu dari hidup Dato’ dan tiba-tiba sahaja Dato’ ingin kutip kembali sampah yang Dato’ telah buang! Dato’ tak berasa malu ke pada diri Dato’ sendiri.”
            “Along!” Alina terus mendekati kakaknya. Ibu masih lagi menunaikan solat Isya’ sebab itu dia terus keluar kerana bimbang sesuatu akan terjadi. Sangkaan dia memang tepat. “Along! Tak baik cakap kat abah macam tu.”
            Kadir, Zahari dan Dr.Nazri terkejut melihat mereka bertiga. Sesuatu yang jarang dapat dilihat dalam seumur hidup. Mereka bertiga benar-benar seiras .
            “Acu! Ini urusan kami berdua. Jangan masuk campur! Selagi kita tak ajar lelaki ini, dia takkan mengerti tindakannya sekarang ini memberi masalah kepada kita. Kehidupan kita tidak tenteram sejak pertama kali kita menjejakkan kaki di sini. Ibu cedera disebabkan dia” marah Alisa. Sakit hatinya bila Alina sering menyebelahi lelaki itu.  
            “Alisa, abah tak bermaksud untuk menyusahkan Munirah dan kamu bertiga. Berilah abah peluang. Abah ikhlas.”
            “Peluang!” nada suara Alisa meninggi. “Semasa ibu berkahwin dengan Dato’, pernah tak Dato’ beri peluang pada diri Dato’ sendiri untuk mengenali ibu. Tak pernah, kan! Kenapa pula kami perlu beri peluang pada Dato’? Dato’ bukan ayah kami. Ibu adalah mak ayah kepada kami selama ini. Kami tak perlukan sesiapa pun. Lebih baik Dato’ ceraikan ibu dan pulang ke pangkuan Datin Kartika. Kembali kepada keadaan asal. Anggap sahaja Dato’ tak pernah tahu tentang kami.”
            Alina terus memegang tangan Alisa. Dia mulai bimbang. “Angah!”
            Mereka semua yang berada di situ terkejut dengan kata-kata Alisa. 
            Wajah Dato Syed Mohd Kadir  bertukar muram. Kata-kata Alisa mengguris hatinya sebagai seorang ayah.
            “Alisa! Jangan kurang ajar. Beginikah cara awak bercakap dengan seorang ayah?” marah Iskandar. Alisa sudah melampau. Pasti hati Uncle Kadir terluka bila mendengar kata-kata Alisa.
            “Ayah! Ayah siapa? Tengku orang luar. Jangan masuk campur hal orang lain. Jaga dulu tepi kain sendiri. Lelaki ni tak layak menjadi ayah kami. Sejak dia buang ibu dari hidupnya, sejak itulah kami juga buang dia dari hidup kami.”
            Iskandar menggelengkan
            “Angah! Bawa mengucap, Angah!” Alina memegang erat tangan Alisa. Alisa berpaling ke arah Aleya. Tiada apa-apa reaksi dari Aleya.
            “Along! Please, say something.” Alina merayu pada Aleya. Hanya Along yang mampu mengawal Angah.
            “What do you want me to say? Apa yang Angah katakan tadi, ada kebenarannya. Dia harus terima semua itu. Walaupun pedih, dia perlu terima semua tu.” Ujur Aleya. Tiada secalit senyuman di wajah Aleya.
            Dr. Nazri dan Zahari tergamam. Mereka berdua memang berbeza dari Alina. Garang! Tegas!
            “Acu! Dengar sini baik-baik, kehadiran lelaki ini akan mengundang bencana dalam hidup kita. Acu faham tak?” Alisa terus memegang tangan Alina dengan kasar.
            “Abah tetap abah kita.Walaupun beribu kali Along dan Angah cuba menggelakkan diri, kebenaran tetap kebenaran. Abah adalah ayah kandung kita yang sah.”  Alina merenung tepat ke arah kedua-dua orang kakaknya.
            “Acu!” jerit Alisa.
            “Itu hak Acu jika Acu ingin mengaku Dato’ ni sebagai ayah Acu tetapi bagi kami lelaki ini bukan ayah kami. Along akan pastikan dia takkan menjadi sebahagian dari keluarga kita, faham tak?” Aleya menjegil kedua-dua matanya pada adiknya. Sikap Alina seperti ibunya. Begitu cepat mengalah dan memaafkan orang lain.
            “Along!” Dahi Alina berkerut.
            “Sudah! Abah tak mahu kamu bertiga bergaduh disebabkan abah!” Melihat mereka bertiga bergaduh, hatinya berasa bersalah.
            Aleya berpaling. Dia mendekati Dato Syed Mohd Kadir. Wajahnya serius. “Jika begitu, jangan muncul lagi dalam hidup kami!”
            “Aleya! Kau hanya pentingkan perasaan kamu sendiri sahaja. Perasaan Uncle Kadir, kau tak pernah pertimbangkan? Kau ni manusia ke?” Iskandar mula naik angin. Layanan mereka terhadap Uncle Kadir sudah melampau batas. Begini caranya mereka melayan seorang ayah?
            “Jika Tengku berada di tempat saya, pasti Tengku akan melakukan perkara yang sama. Sanggup ke Tengku membenarkan lelaki yang pernah kecewakan hati ibu kembali ke sisinya? Tidak kan! Boleh ke dia jamin yang dia tidak akan mengecewakan ibu seperti dahulu? Boleh ke? Saya takkan benarkan ibu merasai apa yang pernah ibu rasakan selama ini. Tidak sama sekali.”
            “Aleya, abah akui abah pernah melayan ibu kamu dengan teruk. Abah kesal dengan sikap abah pada waktu. Abah terlalu ikutkan hati. Jika abah dapat kembali putarkan masa, abah akan pastikan perkara ini akan berlaku.” Kadir masih merayu.
            “Sudah terlambat. Walaupun Dato’ menangis air mata darah sekalipun, keputusan kami tidak akan berubah.” Tegas Alisa.
            “Berilah peluang untuk abah buktikan semua ini. Abah tidak cakap kosong. Abah ingin kita berlima hidup seperti sebuah keluarga. Walauapa yang terjadi, abah akan berusaha untuk memastikan Aleya dan Alisa menerima abah. Abah takkan putus asa.” Tegas Dato Syed Mohd Kadir. Sekarang ini dia sudah tekad, dia akan guna apa cara sekalipun asalkan Aleya dan Alisa dapat menerima dirinya.
            “We will wait and see.” Alisa tersengih. Jangan harap la.
            “Jika macam itu, saya juga akan guna apa cara sekalipun untuk memastikan Dato’ tidak akan menjadi sebahagian dari keluarga kami.” Balas Aleya.
            Kata-kata Aleya membuat lidah Dato Syed Mohd Kadir  kelu untuk berkata-kata. Mungkin ini balasan di atas perbuatannya terhadap Munirah sehingga anak kandungnya sendiri tidak mengaku dirinya sebagai seorang ayah.
            Alina mengalihkan pandangannya ke ayahnya. Pasti abah sedih sekarang ni.
            “Along! Angah! Ibu tak pernah mengajar anak-anak ibu menjadi seorang yang biadap.” Marah Munirah secara tiba-tiba. Dia sudah mendengar segala-galanya. Along dan Angah sudah melampau. Munirah berjalan mendekati mereka berdua.
            “Ibu!” Alina terkejut.
            Kehadiran Munirah menyebabkan Aleya dan Alisa terdiam. Air muka mereka berubah.
            “Ibu mahu Along dan Angah minta maaf pada Dato’ Kadir sekarang! Sekarang.” Tegas Munirah. Kedua-dua anak matanya merenung tepat ke arah Aleya dan Alisa yang sedang berdiri.
            Alisa mengalihkan pandangannya ke arah lain. Kenapa ibu selalu berpihak pada lelaki ini? Pelik! Memang sah ibu masih menyintai lelaki ini.
            Aleya merenung lelaki yang berada di hadapannya. Aku benci lelaki ini.
            Munirah melihat tiada apa-apa reaksi dari mereka berdua. Kata-kata tadi tidak diendahkan oleh Aleya dan Alisa. “Aleya! Alisa!” Munirah meninggikan suaranya. Geram dengan perangai anak-anaknya.
            Alina menoleh. Setiap kali kalau ibu marah pasti ibu akan memanggil nama kami. Along! Angah selalu begini.
            “Munirah! Mereka tak buat apa-apa kesalahan pun. Tak payah la mereka minta maaf.” Dato Syed Mohd Kadir  tidak mahu keruhkan keadaan. Dia tak mahu Aleya dan Alisa lebih membenci dirinya.
            “Munirah tak pernah ajar anak-anak Munirah menjadi seorang yang kurang ajar lebih-lebih lagi terhadap ayah kandungnya sendiri. Aleya! Alisa! Ibu nak kamu berdua minta maaf sekarang jugak. Dengar tak ?” marah Munirah.
            “Ok! Ok! Sorry.” Ucap Alisa dengan nada kasar. Alisa tak ingin bergaduh dengan ibunya. Biarlah dia beralah
            Munirah menggelengkan kepalanya. Apa la yang nak jadi dengan anak aku ni? Munirah tahu Alisa bukannya ikhlas bila mengucapkan maaf sebentar tadi.
            Iskandar melihat ke arah Aleya. Wajahnya serius.
            “Sorry!” Ucap Aleya dengan nada tegas. Matanya tepat merenung Kadir. Bibirnya digerakkan seperti menyatakan sesuatu.
            Dato Syed Mohd Kadir  terkejut. Dia tahu apa yang diucapkan oleh Aleya. I hate you! Itulah ungkapan yang keluar di bibir Aleya. Dato Syed Mohd Kadir  kaku.
            “Ibu, Along nak keluar sekejap. Ambil angin.” Beritahu Aleya dan terus berlalu keluar dari rumah itu. Jika dia berada di sini lebih lama lagi, entah apa yang akan berlaku selepas ini.
            “Angah nak ikut. Hmm….tiba-tiba saja rumah ni berasa panas.” Alisa terus mengekori Aleya keluar.
            Munirah melepas keluhan dengan kuat. Ya Allah, apa kena dengan anak-anak aku ni? Kenapa mereka bersikap begini? Munirah menoleh ke arah Dato Syed Mohd Kadir. Wajahnya sedih. “Awak! Saya minta maaf di atas sikap Aleya dan Alisa. Mereka tidak sebegini sebenarnya.” Munirah rasa bersalah.
            “Tak apa, Munirah! Abang faham kenapa mereka bersikap begitu.” Dato Syed Mohd Kadir  tersenyum kelat.
            Dr. Nazri mendekati Iskandar. “Betul cakap kau, Is! Aleya dan Alisa berbeza dari Dr. Alina.” Bisik Dr. Nazri.
            Iskandar hanya diam membisu. Dia seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
            “Ibu, Acu nak pergi ke dapur. Buatkan air. Abah duduklah.” Alina tersenyum. Di sebaliknya dia risau. Ke mana Along dan Angah pergi tengah-tengah malam begini?

                                    **************************************

            Sofea melihat keadaan di sekelilingnya. Aku di mana ni? Macam mana aku boleh berada di sini? Sofea cuba memikirkan apa yang berlaku. Dahinya berkerut seribu.
            “Aaa…akhirnya bangun juga anak mama ni!” tegur Kartika apabila melihat anaknya yang baru sahaja terjaga. Matanya tepat melihat ke arah kesan lebam di pipi kanan Sofea. “Tadi Datin Zulaikha call mama, dia beritahu Sofea penampar anaknya di party Zahrin semalam. Sakit telinga mama mendengarnya. Setiap kali Sofea pergi party mesti ada masalah. Mana mama nak letak muka mama ni?” Kartika sudah bosan dengan sikit anaknya yang sering memberi masalah padanya.
            Sofea bangun dan tiba-tiba terasa pipinya sakit. “Aduh!” Perlahan-lahan dia mengusap pipinya. Pantas Sofea bangun dan menuju ke meja solek.Dia terkejut melihat pipinya yang lebam. “Mama, macam mana pipi Sofea boleh lebam ni?” soal Sofea separuh menjerit.
            “Mana mama tahu? Bukan ke semalam Sofea bergaduh dengan Tina? Kenapa sudah lupa ke? Dah hilang ingatan ke?”
            “Sofea belum hilang ingatan lagi mama! Sofea masih ingat apa yang berlaku. Memang betul semalam Sofea bergaduh dengan Tina tetapi selepas Sofea tampar Tina, dia menangis dan terus meninggalkan party tu. Itu saja. Dasar anak manja” Sofea sedaya upaya mengingati setiap peristiwa yang berlaku. Ada ke dia kata aku ni perempuan muka tembok? Selepas sengaja reka-reka cerita yang Abang Is ada perempuan lain, memang cari pasal.
            “Hish…tak ada benda lain asyik bergaduh saja lepas tu mabuk. Nasib baik la, Iskandar yang hantar Sofea balik.” Kartika menggelengkan kepalanya beberapa kali.
            “Abang Is!” Sofea terkejut. Dia sudah ingat apa yang berlaku. Matanya bercahaya. “Mama! Alina bukan seorang tetapi dua!” beritahu Sofea secara tiba-tiba.
            “Apa yang Sofea merepek ni?”
            “Mama! Betul. Sofea dah ingat. Pagi tadi, Sofea ikut abang Is. Sejak kebelakangan ni, perangai Abang Is pelik. Sofea rasa seolah-olah Abang Is cuba mengelakkan diri dari Sofea. Hati Sofea mula rasa tak sedap bila Tina beritahu yang Abang Is ada perempuan lain.”
            Kartika ketawa kecil. “Pelik! Sejak dulu lagi Iskandar tu cuba elakkan diri dari Sofea, semua orang nampak. Hanya Sofea saja yang buta. Mama tak hairan la.”
            “Mama! Abang Is first love Sofea. Cinta Sofea hanya untuk Abang Is. Tiada siapa boleh rampas Abang Is dari Sofea.”
            “Cinta!” Kartika hanya mengeluh. Sofea terlalu taksub dengan Iskandar. Dunianya hanya ada Iskandar. Nasihat aku jangan harap la dia nak dengar.
            “Mama, semasa Sofea ekori Abang Is, dia berhenti di rumahnya di puchong. Abang Is berbual dengan seseorang di luar rumahnya. Mama tahu tak siapa? Alina. Maksudnya selama ini mereka dua beranak bersembunyi di rumah Abang Is di Puchong.” Sofea melihat kea rah  ibunya
            Kartika terkejut mendengar kata-kata anaknya.
            “Bukan main mesra lagi mereka berdua tu! Sofea terus keluar dari kereta dan serang Alina tetapi Abang Is halang. Sakit hati Sofea, mama! Masa Sofea nak serang Alina, tiba-tiba saja ada orang tarik rambut Sofea. Perempuan itu wajah seiras Alina, mama!”
            Bulat mata Kartika mendengar cerita Sofea. Wajah seiras Alina! Kartika merenung anaknya dengan pandangan yang pelik.
            “Ada 2 orang Alina. Wajah mereka seiras. Waktu tu, Sofea betul-betul terkejut, mama! Selepas itu ada orang cuit bahu Sofea, Sofea pun toleh la. Sofea tak tahu apa yang berlaku sehinggalah  Sofea sedar.”
            Kartika masih diam membisu. Matanya masih tidah berganjak dari merenung Sofea. Demam ke anak aku ni? Macam mana pulak Alina boleh ada dua? Mustahil! Sah, anak aku ni pasti mabuk pada ketika itu. Merepek yang bukan-bukan
            “Mama! Dengar tak apa yang Sofea cakapkan tadi?” Sofea hairan melihat ibunya hanya mendiamkan diri.
            “Mama rasa sekarang ini lebih baik Sofea masuk ke dalam bilik air dan mandi. Releks! Tenangkan fikiran. Hilangkan kesan mabuk tu. Suka merepek yang bukan-bukan.” Kartika menghampiri Sofea dan menepuk lembut bahu Sofea beberapa kali.
            “Mama! Sofea tak tipu. Sofea nampak dengan mata Sofea sendiri, mama!” kata Sofea dengan penuh yakin.
            “Hmm…..Lain kali saja mama dengar, sekarang ni mama ada temujanji. Bye! Bye!” Kartika tersengih. Kata-kata Sofea tidak diendahkannya. Langkahnya diatur meninggalkan bilik Sofea.
            “Mama! Pentingkan anak ikan dari anak sendiri. Huh, Sofea akan buktikan pada mama. Memang benar ada 2 Alina. Siapa seorang lagi? Esok awal-awal pagi lagi aku akan pergi ke situ.”  Sofea melirikan matanya  kea rah ibunya yang berjalan meninggalkan dirinya.

                                    ***************************************

            Munirah duduk bertentangan dengan Dato’ Syed Mohd Kadir. Munirah gelisah. Macam mana dia boleh tahu tentang Aleya dan Alisa? Siapa yang beritahu? Iskandar? Semasa Alina beritahu tentang kedatangan mereka berempat, dia benar-benar terkejut. Dia masih belum bersedia lagi. Munirah memandang tepat ke arah Iskandar.
            Iskandar menelan air liurnya apabila sedar dirinya menjadi perhatian. Pasti Aunie Munirah ingat aku yang beritahu uncle!
            Dato’ Syed Mohd Kadir tahu disebalik pandangan Munirah pada Iskandar.
            “Bukan Is yang beritahu abang tentang Aleya dan Alisa. Abang yang suruh Zahari siasat tentang kehidupan Munirah dan Alina selama 26 tahun di London.” Jelas Dato Syed Mohd Kadir.
            Siasat! Dahi Munirah sedikit berkedut.
            “Kenapa Munirah tak beritahu abang tentang Aleya dan Alisa? Kenapa Munirah mesti rahsiakannya dari abang?” soal Dato Syed Mohd Kadir.
            Munirah menarik nafas panjang. “Awak dah tengok kan! Bagaimana sikap mereka berdua terhadap awak tadi? Lagipun ini permintaan mereka berdua. Mereka tak mahu berjumpa awak.” Jelas Munirah. Dia mesti berterus-terang.Walaupun pahit itu  untuk diterima tetapi itu kebenarannya.
            “Jadi Aleya dan Alisa membenci abang?” nada suaranya sedikit bergetar. Hatinya sakit. Dia sedih kerana Aleya dan Alisa membenci dirinya.
            Munirah mengeluh. “ Mereka berdua perlukan masa! Awak berikan masa untuk mereka berfikir.” Kata Munirah. Hakikatnya, dia sudah mati akal untuk menasihati Aleya dan Alisa. Masing-masing degil.
            Dato’ Syed Mohd Kadir melepaskan keluhannya.
            Zahari dan Dr. Nazri hanya diam membisu.
            “Boleh tak kalau abang datang ke sini lagi esok?” soal Dato’ Syed Mohd Kadir seperti meminta kebenaran.
            Sekali lagi Munirah mengeluh. “Munirah tak kisah jika awak nak datang esok tapi awak sanggup ke nak berhadapan dengan situasi seperti tadi sekali lagi. Aleya dan Alisa tu……” Dia sudah mati kata.
            “Abang tak kisah. Abang sanggup. Mereka anak-anak abang.” Jawab Dato’ Syed Mohd Kadir dengan yakin.
            Munirah hanya mampu tersenyum.
            “Ini airnya. Air oren!” Alina datang dengan membawa air minuman untuk dijamu pada mereka. Alina tersenyum.

           

                                    *****************************************
           
Alina bangun dari sofa apabila mendengar pintu rumah di buka. Jam di dinding sudah menunjukkan tepat pukul 11 malam. Ke mana Along dan Angah pergi tadi?
            Langkah Aleya dan Alisa terhenti bila sedar Alina sedang menanti mereka berdua di ruang tamu.
            ‘We need to talk!”
            Alisa tersengih dan mengatur langkah menghampiri adiknya. “Tentang Dato’ Kadir lagi ke? Aiii…tak ada topic lain ke kita nak bincang!”
            “Kenapa Along dan Angah terlalu berkeras dengan abah? Along dan Angah tak kasihan ke pada abah. Abah sudah tua! Salah ke kita sebagai orang muda beralah pada orang yang lebih tua dari kita?” marah Alina.
            “Tengok Along! Betul tak cakap Angah! Kita balik nanti confirm kena dengar leteran Acu.”  Alisa berpaling ke arah Aleya.
            “Memang betul jika dipihak Acu, kami yang bersalah tetapi apa yang kami lakukan sekarang adalah untuk kebaikan ibu. Kebaikan untuk semua pihak.” Terang Aleya berjalan menuju ke ruang tamu dan terus duduk di sofa yang empuk itu.
            “Kebaikan apanya? Sehingga Along dan Angah sanggup jadi anak derhaka.”
            “Hish….Acu ni! So, Acu suka la ibu berbaik semula dengan lelaki itu. Acu yakin ke ibu akan bahagia di samping lelaki itu?” soal Alisa. Ikut sedap mulut saja.
            “Abah mencintai ibu malah ibu juga mencintai ibu. Acu yakin mereka akan bahagian. Along dan Angah sepatutnya merestui mereka.” Senyuman terukir di bibir Alina. Dia sering berangan-angan yang satu hari nanti keluarganya menjadi keluarga yang lengkap seperti orang lain.
            “Kenapa la adik Angah ni naïf sangat?” Alisa menggeleng kepalanya beberapa kali.
            Senyuman Alina mati sebaik saja mendengar kata-kata Alisa. Matanya tepat melihat kea rah Alisa. Wajahnya serius.
            “Kenapa Acu yakin sangat yang ibu akan bahagia jika bersama lelaki itu? Acu yakin ke jika hidup bermadu itu, ibu akan bahagia! Berkongsi suami! Berkongsi kasih sayang suami! Berkongsi kebahagian dan kegembiraan dengan orang lain ! Itu boleh menjamin kebahagian ke? Acu nak ibu hidup seperti itu ke?” Alisa tersengih. Begitu cetek permikiran Alina! Acu fikir segala-galanya mudah ke?
            Alina terdiam. Dia tergamam dengan pertanyaan Alisa.
            “Setiap wanita pasti mahu suaminya hanya untuk dirinya sahaja. Kasih sayang dan cinta hanya pada dirinya seorang bukannya dikongsi bersama wanita lain. Acu rasa Datin Kartika dapat ke menerima hakikat yang dirinya dimadukan? Adakah Datin Kartika akan menerimanya dengan hati yang terbuka?” tanya Aleya.
            “Tapi…tapi……” Alina tidak tahu bagaimana untuk menjawab pertanyaan kembarnya.
            “Tapi apa, Acu? Acu kan tahu perangai Datin Kartika bagaimana! Sejak kita balik sini, dia tak berhenti-henti nak menyusahkan ibu. Jika ibu menerima lelaki itu kembali, Datin Kartika pasti tidak akan benarkan ibu mengecapi kebahagiaan walau sesaat pun. Dia akan gunakan apa sahaja cara untuk membuat hidup ibu menderita. Itu ke kehidupan yang Acu nak ibu jalani?” Aleya merenung tepat anak mata adiknya.
            “Sebelum ia berlaku, kita perlu elakkannya! Angah tak nak ibu menderita lagi. Jodoh antara ibu dan lelaki itu sudah berakhir sejak 26 tahun yang lalu. Selama ini lelaki itu sudah mempunyai isteri dan keluarganya sendiri, kita adalah orang luar. Acu perlu sedar semua itu.”
            Perlahan-lahan Alina menganggukkan kepalanya, kata-kata Along dan Angah ada kebenarannya. Berdasarkan kepada sikap Datin Kartika, dia pasti tidak akan membiarkan perkara ini begitu sahaja termasuklah anaknya Sofea dan Suziela. Sebenarnya dia mahu ibu bahagia bersama abah tetapi jika diberi pilihan, dia pasti akan memilih keselamatan ibunya. Dia tak mahu sesuatu berlaku lagi kepada ibu.
            “Baguslah! Beberapa hari lagi kita akan pulang ke London, semua masalah akan selesai selepas kita pulang ke London.” Aleya tersenyum. Dia tahu Alina seorang yang memahami.
            “Satu lagi Angah nak beri amaran pada Acu, jangan sesekali Acu beritahu sesiapa pun yang kita akan menetap di sini selepas kita selesaikan segala urusan di London. Faham tak? Ini untuk kebaikkan dan kegembiraan semua pihak. Jika Angah dapat tahu Acu beritahu sesiapa pasal hal ini, jangan harap la Along dan Angah bercakap dengan Acu lagi! Faham tak?”
            “Angah ingat Acu ni mulut tempayan ke?” Alina membuat mimic muka.
            “Mana nak tahu tiba-tiba tersasul keluar?”
            “Sudah! Jangan bergaduh lagi! Along sudah mengantuk ni. Esok kita akan berdepan seseorang! Jadi kita memerlukan tenaga yang mencukupi.”
            “Siapa?” soal Alisa dan Alina serentak. Siapa yang nak datang lagi?
            “Dah lupa ke? Sofea!” Aleya bangun dan terus berjalan menuju ke tangga.
            “Sofea!” kata Alisa dan Alina serentak. Mereka memandang antara satu sama lain.

                        *********************************************

4 comments:

Amira Mohd Nor said...

best sangat...writer upload laa lagi cite ni yea....

eija said...

fuhyooo..abis lah keras sguh ati aleya n alisa..tp klo sy jd dorg pn kmgknan pkara yg sma sy akn buat.. huhuhu..


sbg lg ye kak lily..sy stiasa tgu n3 dr akak..

NuRul DieLa said...

Best sangat.. Aleya n Alisa mmg hebat sanggup wat ape saju utk melindungi munirah...
Padan muke dato kadir...
Kalu sye pun akan wat bnde yg sama seperti aleya n alisa...
Penakut gak iskandar,zahari n dr nazri ngn aleya..
Xsabar nk tngu Kak lily update citer nie..

zatty abdullah said...

.aleya nan alisa mmg da ta bole na kompromi da nie, btol2 da kras hati dorg bdua nie. .
.nsib baik alina okay lg. .
.klau ta, pning la dato kadir. .
.hehehehe, good job writer. .
.waiting for next n3. .

Post a Comment