Saturday, September 21, 2013

Satu Dua Tiga 2013

BAB 32

            Alisa mendekati Alina yang begitu asyik memerhati beberapa jambangan bunga di ruang tamu. Siapa yang hantar bunga awal-awal pagi begini? Haruman bunga ros memenuhi ruang tamu. Wangi! “Acu, siapa yang bagi bunga ros ni? Untuk siapa? Wangi!” Alisa memegang jambangan bunga ros merah yang berada di atas meja. Senyuman terukir di bibirnya. Dia suka bunga ros.
            “Abah! Untuk ibu.” Ringkas jawapan Alina.
            Senyuman Alisa hilang apabila mendengar nama itu. Jambangan bunga yang berada di tangannya diletakkan dengan kasar. “Patut la busuk.”
            “Aiii….bukan ke baru sekejap tapi Angah puji wangi.” Usik Alina.
            “Bila? Mana buktinya? Acu ada rekod ke?” Alisa menjeling kea rah jambangan bunga yang berada di situ. Pasti nak ambil hati ibu? Bunga ros merah bukannya bunga kegemaraan ibu.
            Alina hanya ketawa kecil. Lucu betul Angah ni! Setiap kali bercakap mesti ada perkataan bukti atau rekod. Maklumlah peguam.
            “Hmm…Along mana?”
            “Market! Beli ikan dan sayur.”
            “Ibu?”
            “Dapur!”
            “Sakit mata la bila nampak bunga-bunga ni!” kata Alisa sambil melangkah ke dapur.
            “Sekejap wangi sekejap busuk! Hidung Angah mesti ada masalah. Acu rasa selepas ini Angah kena lakukan medical check up. Deria bau tu penting, Angah!” Alina ketawa besar.
            Alisa membuat mimic muka mendengar usikan Alina. Langkahnya di atur ke dapur untuk membantu ibunya di dapur.
            Alina menyusun jambangan bunga itu dengan penuh berhati-hati. Senyuman tidak lekang di bibirnya. Alina membawa jambangan bunga yang telah diletakkan ke dalam pasu ke meja makan. Kakinya kaku secara tiba-tiba bila melihat wanita yang berdiri di muka pintu. “Kak Sofea!”
            “Ya, aku! Kenapa kau terkejut? Oooo…rupanya di sini kau dan mak kau bersembunyi dari mama aku ye!” Sofea memasuki rumah itu tanpa diundang. Matanya melihat segenap sudut rumah banglo milik Iskandar. Inilah pertama kali dia menjejakkan kaki di sini.
            “Kau ingat bila kau berjaya tinggal di rumah, kau telah berjaya merampas Abang Is dari aku.” Tengking Sofea. Jambangan bunga yang menghiasi rumah itu menaikkan lagi kemarahan Sofea. “Bunga ni Abang Is beri pada kau ke?”
            “Bukan! Kak Sofea sudah salah faham.”
            “Kau ingat aku bodoh ke? Kau ingat aku tak tahu ke agenda kau yang sebenarnya. Kau mahu balas dendam kan! Kau nak rampas Abang Is dari aku sepertimana mama aku pernah rampas ayah kau dari mak kau kan.”
            “Bisingnya!  siapa yang menyalak awal-awal pagi ni!” Alisa tiba-tiba muncul. Suara Sofea dapat didengarnya dari dapur.
            Sofea terkejut melihat wanita yang muncul entah dari mana. Matanya melirik ke arah Alina yang berdiri tidak jauh darinya . Memang betul ada dua  orang Alina. “Siapa kau?”
            “Siapa aku? Takkan kau tak dapat teka siapa aku lagi! Sedap tak fresh orange yang aku buat untuk kau hari tu.” Alisa berjalan sambil tersengih. Kedua-dua belah tangannya diletakkan di belakang .
            “Jadi kaulah orangnya!” Bulat matanya apabila mendengar pengakuan wanita itu. Disebabakan oleh air fresh orange itu, aku dan kakak telah minum bergelen-gelen air untuk menghilangkan pedas. Entah berapa biji cili perempuan ni letak.
            “Aku Alisa. Kakak kembar Alina.” Alisa mendekati Alina dan meletakkan tangannya di bahu Alina.
            “Kembar!” nada suara Sofea meninggi. Mereka berdua memang seiras. Aku tak dapat bezakan yang mana satu Alina. Aku mesti beritahu mama tentang ni. Memang betul ada dua Alina. “Siapa yang buat pipi aku lebam sebegini, hah?” tengking Sofea. Jari telunjuknya ditunjukkan pada pipinya yang lebam. “Siapa?”
            “Secret!”
            “Secret!” Sofea merenung Alisa. Otaknya kosong. Secret tu apa? Perempuan ini sengaja nak naikkan darah aku. Taka pa! Inilah masanyaHutang lama belum dibayar lagi. Tunggu, sekejap lagi kau akan tahu bagaimana aku nak ajar kau dua beradik.
            “Rahsia!”
            “Kau !” Tangan kanannya sudah diangkat untuk menampar Alisa.
            Dengan pantas, Alisa mengeluarkan kuali bertangkal satu di tangan kanannya.
            Sofea tergamam. Tangannya teragak-agak untuk menampar.
            “Tunggu apa lagi! Kalau berani, tampar la.” Alisa merenung wanita yang berambut merah itu.
            “Angah!” Alina terkejut. Pasti Angah bawa kuali tu dari dapur.
            “Tahu pun takut! Kau ingat penampar dapat menyelesaikan masalah ke? Kau dengan mak kau sama sahaja.”
            “Apa maksud kau?”
            “Perangai kau, mak kau dan adik kau sama saja. Pentingkan diri sendiri! Obsess! Hmm…satu perkataan yang sesuai untuk kau bertiga! Gila.” Alisa tersengih. Memang gila pun.
            “Kau!” Sofea menunding jari kea rah Alisa. Berani kata aku gila! Perempuan ni memang dah nak kena dengan aku ni.
            “Aku tak takut dengan kau. Kalau kau datang dengan seangkatan tentera pun, aku tak takut sebab orang macam kau tak layak menjadi musuh aku. Faham tak? Low class!”
            “Hey! Kau tu low class. Orang kampung! Kau patut sedar diri siapa asal usul kau!” marah Sofea. Low Class! Itu perkataan aku faham.
            “Aku terima asal usul aku. Ya, memang aku orang kampung! Ibu  aku orang kampung. Aku bangga dengan asal usul aku. Sekurang-kurangnya aku tahu asal usul aku. Walaupun aku orang kampung, aku pernah tinggal di London selama 25 tahun. Membesar dan bersekolah di sini. Belajar di Universiti Oxford. Diri aku lengkap dengan ilmu pengetahuan. Malah sekarang ni aku seorang peguam dan mempunyai firma guaman sendiri. Jika nak dibandingkan dengan kau, apa yang kau ada! Otak kosong!Poket kosong! Itu pun duit makan minum pakaian minta kat mak lagi. Tak rasa malu ke?”
           
            “Hey, jaga sikit mulut kau!” Tangan Sofea sudah bergetar-getar. Berani dia hina aku!
            “Ini mulut aku! Aku ada hak nak cakap apa yang aku suka. Kau peduli apa?”
            “Kau!”
            “Aku tak faham dengan mak kau! Apa lagi yang dia tak puas hati dengan ibu aku! Dia sudah dapat segala-galanya. Apa yang dia nak dari ibu aku lagi?”
            “Mak kau nak rampas papa dari mama!”
            “Rampas! Apa buktinya ibu aku nak rampas bapak kau, hah? Ibu aku dah pun failkan penceraian dengan Dato’ Kadir. Kenapa pula ibu aku nak rampas Dato’ Kadir dari mak kau. Fikir la, sikit. Jangan asyik guna otak tu untuk bergedik dengan lelaki sahaja.” Alisa membuat mimic muka.
            “Angah! Stop it! Don’t make it more badly than this.” Nasihat Alina. Muka Sofea sudah merah padam menahan marah.
            “Acu! Dengan perempuan macam ni jangan diberi muka sangat, nanti dipijaknya kepala kita.”
            “Kau, adik kau dan ibu kau seumpama parasit. Asyik menumpang kekayaan orang sahaja. Tak ada maruah diri.”
            “Apa buktinya kami ni seumpama parasit. Ada ke kami minta duit dari Dato’ Kadir? Ada ke? Satu sen duit dia, kami tak ingin la. Kalau kau sekeluarga nak sangat harta Dato’ Kadir, kau ambil sahajalah.” Marah Alisa. Matanya tidak berkelip merenung wanita itu. Dia mulai bengang dengan sikap wanita itu.
            “Bukti! Sekarang ni buktinya! Ini rumah Abang Is. Kenapa kau bertiga tinggal di sini? Tak mengaku lagi ke? Perangai macam parasit.  Bukti sudah ada di depan mata. Anak dan mak sama sahaja, Parasit!”
            “Dia memang nak kena ni!” Alisa ingin sahaja menghayun kuali yang berada di tangannya di muka Sofea. Namun sempat di halang oleh Alina.
            “Auntie yang benarkan mereka bertiga tinggal di sini.” Tiba-tiba sahaja ada suara yang menyampuk perbualan mereka. Maria melangkah masuk diekori oleh Dr. Nazri. Maria merenung tepat ke arah anak sulung Kartika. Ibu dan anak sama sahaja. Sering memperlekehkan orang lain.
            “Eloklah auntie ada di sini! Kenapa auntie benarkan mereka tinggal di sini? Auntie tahu kan, perangai mereka yang sebenar macam mana! Suka ambil kesempatan di atas kebaikkan orang lain. Papa dah pun buang mereka sekeluarga, kenapa auntie masih berbuat baik pada mereka. Mereka tiada kaitan dengan auntie!”
            “Ya, memang Abang Kadir sudah buang mereka tetapi hakikatnya mereka berdua masih lagi suami isteri yang sah. Jika mereka sudah bercerai sekalipun, auntie tetapi anggap Kak Munirah dan anak-anak seperti saudara auntie sendiri. Tiada apa yang akan berubah.”
            “Auntie!” jerit Sofea geram. Sakit hatinya bila Auntie Maria menyebelahi musuhnya.
            “Auntie rasa lebih baik Sofea balik sekarang! Balik.” Tegas Maria. Tak hormat orang tua langsung. Menjerit sesuka hati dia sahaja. Rimas! Macam ni nak jadi menantu aku, jangan bermimpi la.
            “Tapi auntie!” Sofea masih tidak berpuas hati. Dia melirik matanya kea rah Alina dan Alisa. Alisa tersenyum kambing.
            “Balik!” Maria meninggikan suaranya. Dia sudah tak tahan lagi melayan kerenah Sofea.
            Sofea menghentak kakinya beberapa kali untuk melepaskan geram. Dia terus berlalu pergi. Kedua-dua belah tangannya digenggam erat menahan marah. Aku takkan mengaku kalah. Aku akan datang lagi.
            “Sikit-sikit hentak kaki! Spesis kuda agaknya.” Alisa bersuara.
            Maria tersenyum apabila mendengar kata-kata wanita yang berambut sanggul itu. Pasti ini adalah Alisa.
            “Angah ni!” Alina menjeling pada Alisa yang sedang ketawa kecil. Alina berjalan mendekati Maria. Dia terus bersalaman dengan Maria. Dia mengalihkan pandangannya pada Dr Nazri dan senyum.
            “Auntie Maria dari mana? Rumah ke?” soal Alisa sebaik saja bersalam dengan Maria.
            “Hospital!Hmm….macam mana Sofea boleh tahu kamu bertiga ada di sini?” soal Maria hairan.
            “Anak auntie!”
            “Iskandar!” Maria terkejut. Apa yang berlaku?
            “Maria ke? Ingatkan siapa yang datang tadi!” tegur Munirah. Senyuman terukir di bibirnya. Dia baru sahaja selesai memasak.
            Maria tersenyum. Fikirannya masih tertumpu pada apa yang dikatakan oleh Alisa tadi. Iskandar!

                                    *********************************

            Alina merenung lelaki yang berdiri di hadapannya. Dia sedang menanti apa yang ingin dikatakan oleh lelaki itu. Mereka berdua sedang berdiri di taman yang terletak di belakang rumah itu. “Dr. Nazri! Tadi Dr. Nazri kata ada hal nak cakap dengan Lina! Apa halnya?”
            “Hmm….dulu Lina pernah berjanji dengan saya, kalau saya benarkan Auntie Munirah keluar awal dari hospital hari tu Lina akan keluar temujanji dengan saya!” Dr. Nazri tersenyum. Dia merenung wajah wanita yang menjadi teman mimpinya selama ini.
            “Apa!” Alina terkejut. Temujanji! Bila masa aku pernah berjanji dengan Dr Nazri.
            “Lina sudah lupa ke?’ Wajah Dr. Nazri berubah.
            “Seingat Lina, Lina tak pernah berjanji apa-apa pun pada Dr. Nazri! Agaknya Dr. Nazri tersilap kot.”
            “Tetapi hari itu, Lina kata kalau saya benarkan Auntie Munirah keluar awal dari hospital, Lina sanggup keluar temujanji dengan saya walau ke mana pun. Lina tak ingat ke?”
            Dahi Alina berkerut. Macam ada sesuatu yang tak kena sahaja? “Bila? Di mana? Tarikhnya?”
            “21 Januari! Di café Hospital. Pukul 3.50 petang.” Beritahu Dr. Nazri secara terperinci.
            Alina mengetap bibir menahan geram. Jika mengikut tarikh yang diberitahu oleh Dr. Nazri, orang yang bersama pada hari itu adalah Angah!
            “Maksud Lina, bukan Lina ke yang bersama saya hari itu!” Dr. Nazri sedar akan perubahan wajah Alina.
            “Ya! Angah, Acu tahu Angah sedang menyorak di belakang pokok. Come out, now!”
            Alisa mengeluarkan kepalanya di sebalik pokok tersebut. Alisa tersengih. Tahu-tahu saja aku sedang mengintip mereka berdua. “Macam mana Acu boleh tahu Angah ada di sini?” soal Alisa.
            “I’m part of you, remember!” Bulat mata Alina merenung kembarnya. Sehari kalau tidak mendatangkan masalah, tak sah!
            Alisa ketawa. Langkahnya diatur mendekati mereka berdua. “So, what’s up?”
            “What’s up? Angah, cuba terangkan kepada Acu apa yang berlaku?”
            “Errrr…sebenarnya waktu tu, Angah tak ada cara lain. Maaf ye!”
            “ Angah! Dr. Nazri, Lina minta maaf la di atas sikap nakal kembar Lina. Dia memang suka buat sesuatu suka hati dia sahaja. Lina minta maaf.”
            “Tak mengapa!” Dr. Nazri tersenyum kelat. Harapanya untuk bertemujanji bersama Alina pudar.
            “Tetapi jika Dr. Nazri tetap ingin bertemujanji dengan Alina, boleh sahaja!” kata Alisa secara tiba-tiba. Dia mengenyitkan matanya pada Alina.
            “Boleh ke?” suara Dr. Nazri kembali ceria.
            “Angah!”
            “Janji tetap janji kan!”
            “Angah yang sepatutnya keluar dengan Dr. Nazri sebab Angah yang memulakan semua ini.”
            “Ya, memang Angah yang memulakan semua ini tetapi janji tetap janji. Kita kena kotakannya. Yang penting sekarang ini ialah siapa yang Dr. Nazri ingin keluar untuk bertemujanji? Siapa Dr Nazri?’ Alisa melihat kea rah Dr. Nazri.
            “Aaaa….Dr. Alina!” jawab Dr. Nazri dengan segera.
            “Acu, dengar tak? Dr. Alina! Angah bukan Dr. Alina. Jika lihat kad pengenalan Angah, nama Angah adalah Alisa bukannya Alina.” Alisa masih sengih. Dia seronok bila mengenakan adiknya. Dia tahu Dr. Nazri sukakan adiknya. Seperti biasa Alina akan mengelakkan dirinya apabila ada lelaki yang ingin mendekatinya.
            Wajah Alina merah menahan geram. Dia tahu apa yang cuba dilakukan oleh Alisa sekarang! “Angah!”
            “Kalau Dr. Alina tak sudi keluar dengan saya, saya tak paksa!” Dr. Nazri bersuara. Dari tingkahlaku Alina, dia sudah dapat menduga yang Dr. Alina tidak ingin keluar dengannya. Mungkinkah Dr. Alina sudah berpunya?
            “Aaa….Bukan begitu, Dr Nazri. Saya sudi. Bila?” Alina rasa bersalah
            “Esok!” nada suara Dr. Nazri kembali ceria apabila mendengar persetujuan Alina. Senyuman lebar di bibirnya. Impiannya menjadi kenyataan.
            “Esok!” Dahi Alina berkerut. Cepatnya. Aku belum bersedia lagi.
            Alisa mendekati Alina. “Good luck!” bisik Alisa.
            Dengan pantas Alina mencubit lengan kanan Alisa, Alina mengetap bibirnya. Inilah peluang untuk menghukum Alisa.
            Alisa mengetap bibirnya rapat. Sakit. Dia cuba menahan kesakitan akibat dicubit oleh Alina. Sakitnya! Berbisa betul tangan Acu ni! Wajah Alisa berubah merah.
            “Alisa, awak tak sihat ke? Kenapa muka awak merah tiba-tiba?” soal Dr. Nazri hairan.
            “Aaaa….I’m fine!” Tanpa membuang masa, Alisa menarik tangannya supaya tidak menjadi mangsa balas dendam dari Alina. Jika dibiarkan, pasti lebam tangan aku ni “Aaa…Along dah balik. Saya nak pergi tolong.” Alisa terus berlalu pergi dari situ. Lebih baik aku beredar dari sini! Bahaya! Kalajengking tengah mengamuk. Langkahnya diatur menuju ke kereta Mazda 2 milik Aleya.
            Alina merenung Alisa. Perangai Alisa seperti kebudak-budakkan. Bila nak matang? Dahi Alina berkerut. Alina lihat Alisa memberitahu sesuatu pada Aleya. Serentak  Aleya berpaling dan tersenyum ke arahnya. Alina faham di sebalik senyuman Aleya. Pasti Angah telah ceritakan segala-galanya pada Along. Mulut tempayan. Alina membuat mimic muka. Keluar temujanji? Di dalam hati, Alina mula susah hati. Ini semua gara-gara Angah. Disebabkan oleh Angah, aku yang jadi mangsanya.

                        **************************************************

            Alisa meletakkan beberapa beg plastic yang mengandungi barang-barang dapur yang dibeli oleh Aleya di atas meja. Banyaknya! “Ibu, banyaknya barang-barang dapur! Ibu nak buat kenduri ke?” Alisa menggeluarkan barang yang dibeli oleh Aleya. Satu persatu dikeluarkan. “Celeri!Germe des Petits Pois (tauge)! Gourde amere (peria)! Radis (lobak)! Piments (cili)! Ail(bawang putih)!Oigpons(bawang besar)! Gingembre(halia)! Pousse de bamboo (rebung)!. Ibu boleh tak kalau ibu masak Rebung masak lemak! Angah teringin nak makan! Masa belajar, Tina selalu cerita tentang rebung masak lemak yang dimasak oleh ibunya setiap kali balik ke Malaysia. Ibu tahu tak masak rebung masak lemak?” soal Alisa. Matanya bercahaya melihat rebung itu.
            “Tentulah ibu tahu!” Munirah tersenyum.
            Maria menolong Munirah memotong bawang. Hari ini Kak Munirah menjemput aku sekeluarga untuk makan tengahhari bersamanya hari ini.
            Tangan Alisa beralih pula pada beg plastik biru yang ada di sinki. Dia mengeluarkan satu persatu. “Poulet (ayam)!Veau( daging)!Crevette (udang)! Crabe (ketam)! Maquereau (ikan kembung)! Wah, banyaknya. Boleh masak macam-macam ni!” kata Alisa. Sekarang ni dia sudah atur pelbagai jenis resipi berdasarkan apa yang ada tadi.
            “Makan! Makan!” bebel Aleya meletakkan baki barang-barang yang telah dibelinya sebentar tadi di atas meja.
            “Kita makan untuk hidup, Along!” jawab Alisa tersengih.
            “Ya, memang kita makan untuk hidup tetapi jika makan melepasi hadnya, itu sebenarnya makan untuk diri sendiri. Tamak!” Alina mencelah. Dia menolong Aleya mengangkat barang yang selebihnya di kereta. Macam mana Along beli semua barang ni seorang diri? Jika aku tahu, aku ikut Along tadi.
            “Selagi kita masih bernyawa di muka bumi ini, kita seharusnya mencuba semua jenis makanan. Kita  seharusnya menikmati semua itu jika tidak kita yang rugi. Betul tak, Along?” Alisa berpaling kea rah Aleya yang sedang mengasingkan barang-barang yang telah dibelinya.
            “Ya!” jawab Aleya endah tak endah. Jika bercakap dengan Alisa, jangan harap la kita boleh menang. Lebih baik iyakan sahaja.
            “Tengok tu, Along pun setuju dengan Angah.”
            “Along setuju sebab Along malas nak melayan kerenah Angah.” Alina mengerling sekilas pada Alisa.
            “Jealous! Ibu, semua barang-barang ini cukup untuk bekalan sebulan. Lagi dua hari kita nak balik ke London! Atau ibu ada jemput orang untuk makan tengahari bersama hari ini?” Alisa dapat menghidu sesuatu. Dia melihat tepat kea rah ibunya yang sedang duduk memotong bawang. Alisa mula berasa pelik.
            Maria melihat kea rah Munirah yang tiba-tiba terdiam apabila mendengar soalan Alisa. Kalau Alisa tahu yang Kak Munirah jemput Abang Kadir makan bersama, pasti bergegar rumah ni.
            “So, memang betul la ibu jemput lelaki itu makan di sini!” tegas Alisa. Matanya dialihkan kea rah Alina.
            Alina berdehem beberapa kali. “Bukan Acu yang jemput abah!” Alina menoleh ke sudut lain.
            “Along, tahu kan! Why did you agree to let him lunch with us?” marah Alisa.
            “Jangan nak salahkan Along, okey! Along dah cakap tetapi ibu tetap jugak nak jemput lelaki itu.”
            “Ibu sedar tak apa yang ibu lakukan sekarang ini mengeruhkan lagi keadaan. Tadi Sofea dah datang, Angah yakin sekejap lagi Datin Kartika pasti akan datang ke sini. Jika dia nampak lelaki itu datang ke sini, Angah tak tahu apa yang akan terjadi.”
            “Angah! Jika Datin Kartika datang ke sini, baguslah! Kita boleh duduk berbincang dan selesaikan segala kekusutan yang terjadi. Selesaikan secara aman!”
            “Aman!” Alisa menggelengkan kepalanya beberapa kali.  “Ibu tahu kan perangai Datin Kartika macam mana?”
            “Angah! Kita mesti cuba. Walauapapun yang terjadi, kita mesti mencuba. Mungkin kita berbincang antara hati ke hati, segala-galanya akan berjalan dengan lancar seperti yang ibu inginkan.” Munirah cuba menyakinkan Alisa.
            “Along, say something!” kata Alisa melihat Aleya mendiamkan diri.
            “What! Ibu takkan dengar cakap kita. Just let it go! Kita lihat apa yang akan terjadi nanti.”
            “Along!” jerit Alisa. Begitu senang Along membiarkan semua ini terjadi.
            “Stop it! Angah, behave yourself. Angah tak malu ke kat Auntie Maria?” Munirah melihat kea rah Maria yang duduk memerhati mereka berempat. Malu!
            Alisa terdiam bila melihat Auntie Maria melihat ke arahnya. Wajahnya masam. Ibu memang degil. Patut la Along malas nak bersuara.
            “Hmmm…..Macam mana dengan rebung masak lemak?” soal Alina secara tiba-tiba.
            “Cancel!” jawab Alisa tanpa teragak-agak. Tak ada mood nak makan! Alisa mengetap bibirnya. Dia masih tidak berpuas hati dengan keputusan ibu.
            Aleya hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya.
            “Macam budak-budak!” Alina ketawa. Maria tersenyum melihat gelagat Alisa.
            “Along! Mana garam dan gula yang ibu suruh beli tadi?”
            Munirah mencari di setiap beg plastic yang dibawa balik oleh Aleya. Tiada pun.
            “Tiada ke?” soal Aleya menolong ibunya mencari.
            “Aaaa…. Rasanya  Along terlupa nak beli.” Aleya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Wajahnya berkerut.
            “Ya Allah, Along! Macam mana ibu nak masak kalau tak ada gula dan garam.” Munirah melihat barang-barang dapur yang telah dibeli
            “Maaf ibu!”
            Alisa menoleh ke arah kakaknya. Tiba-tiba senyuman terukir di bibirnya. Cerdik jugak kakak aku ni! Aku yakin Along sengaja tak beli garam dan gula sebab nak sabotaj makan tengahhari hari ini.
            Aleya sedar Alisa tersenyum lebar ke arahnya. Aleya segera menoleh kea rah lain. Kenapa pulak Angah ni tengok aku? Nanti ibu sedar aku sengaja tak beli garam dan gula. Rosak rancangan aku nanti! Turn  away.
            Dahi Alisa berkerut. Along bukannya seorang yang pelupa! Pasti ada udang di sebalik batu ni. Alisa syak sesuatu. Dia turut sama merenung Aleya.
            “Jangan risau, Auntie Munirah! Masa on the way datang ke sini, Is dah beli garam dan gula.” Iskandar berjalan masuk ke dapur sambil menunjukkan beg plastic yang berisi garam dan gula.
            “Kami rasa pasti garam dan gula auntie dah nak habis. Tak sangka tekaan kami tepat.” Kata Zahari mengekori Iskandar dari belakang. Dia tersenyum. Kata-kata Iskandar memang tepat. Pasti Aleya atau Alisa akan sabatoj lunch hari ini.
            Senyuman Alisa hilang. Dia mengetap bibirnya. Kenapa mamat ni boleh datang? Tak kerja ke?
            Aleya merenung Iskandar seolah-olah ingin ditelannya hidup-hidup. Kau sengaja nak cabar aku!
            Alina tersenyum melihat reaksi Aleya dan Alisa. Hampir nak terkeluar biji mata mereka berdua merenung Iskandar dan Zahari. Pasti Along dan Angah tengah bengang sekarang ni! Mereka dah jumpa lawan mereka sekarang ni.
            “Terima kasih! Is memang penyelamat, auntie!” Munirah tersenyum lebar. Lega hatinya.

            “No problem!” Iskandar menoleh ke arah Aleya dan mengenyitkan sebelah matanya pada Aleya. Pasti darah kau tengah mendidih sekarang ni. Kau ingat aku tak tahu apa rancangan kau, Aleya. Tujuan dia datang awal hari ini ialah untuk memastikan tiada siapa akan merosakkan makan tengahhari hari ini. 

5 comments:

eija said...

hehe..aduii klakar sguh.mis nie myibuk jer.. lina nk dating ngn dr nazri..wahhh gempak..

lee jee joong said...

best hihihihi

Amira Mohd Nor said...

nak lagi....=)

Amira Mohd Nor said...

assalamualaikum. writer bila nak upload lagi cite nii...dah lama tunggu tapi x de pun

eija said...

kak xupdate lg ke??

Post a Comment