Saturday, October 12, 2013

Satu Dua TIga 2013

BAB 33

            “Tangan Munirah masih sakit lagi ke?” soal Dato Syed Mohd Kadir merenung wanita yang sedang memasak itu. Walaupun menggunakan sebelah tangan, Munirah masih cekap memasak.
            “Sikit sahaja. Hmm..terima kasih sebab bagi bunga ros tu. Lain kali tak payah susah-susah beri bunga pada Munirah. Membazir sahaja.” Tangannya masih ligat mengacau rebung masak lemak yang dimasaknya.
            “Apa yang susahnya! Selama ini abang tak pernah beri apa-apa pada Munirah. Hanya sekadar bunga sahaja. Munirah suka tak?”
            “Macam mana nak suka? Bunga ros bukan bunga kesukaan ibu. Ibu suka orkid bukannya ros. “ Alisa tiba-tiba menyampuk. Dia terus mengambil lauk untuk dihidangkan di ruang makan. Sakit hatinya melihat ibunya berdua-duaan dengan lelaki itu. Alisa sekilas memberi jelingan pada lelaki itu sebelum beredar meninggalkan mereka berdua.


            “Hish…budak bertuah ni! Awak jangan dengar cakap Alisa tu.” Munirah mengeluh kuat. Semakin hari perangai anak daranya itu memeningkan kepalanya.
            “Abang tak tahu Munirah suka Orkid. Esok abang beri Munirah bunga Orkid ye.” Wajah Dato Syed Mohd Kadir berubah. Dia rasa bersalah. Bunga kesukaan Munirah pun aku tak tahu. Aku main agak sahaja.
            “Awak tak payah beri saya apa-apa pun. Hari Rabu ni Munirah akan balik ke London. Apa-apa pun Munirah tak nak.”tutur Munirah dengan lembut. Matanya masih melihat ke arah periuk yang mengandungi masakan rebung masak lemak itu. Dia tak berani bertentangan mata dengan Dato Syed Mohd Kadir. Dia takut dia akan lemah. Cintanya pada lelaki itu tetap tidak pudar.
            “Boleh tak Munirah tinggal di sini lebih lama lagi? Munirah beritahu sahaja apa yang abang perlu lakukan supaya Munirah dan anak-anak tinggal di sini. Apa sahaja?” rayu Dato Syed Mohd Kadir. Dia masih berharap. Selagi Munirah tidak pulang ke London, dia masih ada masa dan peluang untuk mengubah fikiran Munirah.
            “Awak!Keputusan kami tetap tidak akan berubah. Pemergian kami untuk kebaikan kedua-dua belah pihak. Bermacam-macam masalah akan timbul jika kami masih berada di sini. Munirah tidak ada pernah menghalang awak berjumpa dengan anak-anak. Walauapa yang terjadi mereka tetap anak-anak awak. Awak ayah kandung mereka, Awak berhak.” Munirah cuba tersenyum.
            “Abang nak Munirah dan anak-anak. Itu sahaja yang abang nak.”
            “Topik ni lagi! Tak ada topic lain lagi ke?” Alisa terus menarik kerusi di dapur dengan kasar. Dia tak boleh biarkan ibu berdua dengan lelaki itu. Dia bimbang ibu akan mengubah fikirannya. Lebih teruk jika ibu berubah hati.
            “Angah!”
            “Makanan sudah siap dihidangkan. Ibu, rebung masak lemah dah masak ke belum?” Wajah Alisa serius.
            “Lagi 2 minit akan siap.”
            Dato Syed Mohd Kadir tersenyum melihat gelagat Alisa. Terlalu protective. “Angah, suka makan apa?” soal Dato Syed Mohd Kadir.
            “Western food.” Jawab Alisa acuh tak acuh
            “Alisa ni sebenarnya semua makanan dia makan. Tolak kayu dan batu sahaja dia tak makan. Masakan kampung macam gulai nangka, gulai batang pisang, acar dan macam lagi. Kalau tak ada salad dan sambal belacan, jangan harap dia nak makan.” Beritahu Munirah.

            “Ibu!” Alisa membuat mimic muka. Ibu ni bocor rahsia orang.
            “Suka makanan kampung rupanya. Ingat lidah orang putih.” Zahari mencelah. Dia terus duduk di kerusi yang bersebelahan Alisa.
            Alisa berdehem berberapa kali. “Tiba-tiba saja ada lalat besar di dapur ni! Ibu, mana Shelltox ? Nak sembur lalat ni!”
            “Shelltox! Sekejap!” Zahari bangun dan terus membuka pintu cabinet yang berdekatan dengan peti sejuk. Sebotol Shelltox diambilnya. “Mana lalatnya?” soal Zahari terus menyembur pada kaki Alisa.
            Alisa terkejut dan terus bangun. “You!” Alisa menunding jari ke arah Zahari.
Dia tahu Zahari sengaja menyembur ke arahnya.
            “Yes!” Zahari tersenyum kambing.
            Alisa berjalan mendekati Zahari. Alisa cuba menarik botol Shelltox  dari tangan Zahari. “Aku tahu kau sengaja kan!”
            “Ya.” Jawab Zahari. Tangan Zahari memegang erat botol Shelltox apabila Alisa cuba merampas botol itu darinya.
            “Aku tahu apa agenda kau yang sebenarnya.” Alisa mengetap bibirnya. Nada suaranya separuh berbisik.Dia masih cuba menarik botol itu. Tenaga Zahari memang kuat. Walauapapun aku mesti rampas botol ni, biar aku sembur Shelltox ni pada muka lelaki ni.
            “Aku pun tahu agenda kau yang sebenarnya, Alisa.” Zahari menarik Shelltox itu agar dekat padanya. Dia takkan mengalah pada wanita itu. Zahari menghampiri Alisa. Wajahnya mereka semakin dekat. Masing-masing tak ingin mengaku kalah.
            “Ini Alisa! Aku sanggup guna apa cara sekalipun agar rancangan kau gagal. Faham tak!” Alisa merenung tepat ke arah Zahari. Wajahnya didekatkan lagi pada Zahari.
            “Begitu juga aku. Aku akan pasti Uncle Kadir dan Auntie Munirah bersatu semula.”
            “Kau!” Tangan Alisa bergetar menahan geram. Botol Shelltox masih tidak lepas dipegangnya.
            Munirah dan Dato Syed Mohd Kadir terkebil-kebil merenung mereka berdua. Apa kena dengan budak-budak ni? Berebut botol Shelltox?
            “What’s going on here?” kata Aleya yang tiba-tiba muncul di dapur. Dia merenung Alisa dan Zahari. Dekatnya!
            Alina turut sama ada di situ. “Wah, dekatnya! Kalau nak ehem..ehem…pun, tunggu la kahwin dulu.” Usik Alina. Rasanya jarak muka mereka 3cm kot.
            Alisa terkejut. Dia baru sedar wajahnya begitu dekat dengan wajah Zahari. Dia terus melepaskan botol Shelltox secara tiba-tiba. Jantungnya berdegup kencang apabila dirinya dekat dengan lelaki itu.  “Pervert guy!” jerit Alisa terus berlalu keluar dari dapur. Wajahnya merah.
            Zahari tergamam. Dahinya berkerut. Dia tak faham apa yang berlaku. Pervert guy!
            Aleya hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali. Pandangannya dialihkan pada ibunya. Kenapa la lelaki ni selalu melekat dengan ibu? Teruk la kalau macam ni.
            Alina masih tersenyum merenung Zahari. Nampaknya ada peluang Abang Zahari menjadi abang ipar aku!
            “Ibu, rebung masak lemak dah siap ke belum? Semua lauk dah siap dihidangkan. Kalau sejuk, nanti tak sedap. Dato’ Kadir, saya rasa ini bukan tempat Dato’ kan!”
            “Ehemm….ramai betul bodyguard yang menjaga Munirah.” Dato Syed Mohd Kadir tersenyum dan berlalu pergi. Kadang-kala dia terasa lucu dengan perangai anak-anaknya.
            “Acu tolong ibu!” arah Aleya.
            “Ok!” Alina segera berjalan mendekati ibunya. Mangkuk kosong diambilnya untuk meletakkan rebung masak lemak yang telah dimasak oleh ibunya.
            “En Zahari, lunch sudah sedia.” Aleya merenung lelaki itu.
            “Hmm…Baiklah!” Zahari terus meletakkan botol Shelltox kembali ke tempat asalnya. Langkahnya diatur meninggalkan mereka bertiga. Dia dapat merasakan aura seram dari Aleya. Patut la Alisa dan Alina takut pada Aleya. Auranya boleh buat bulu roma aku berdiri tegak.
            “Tengok tu, ibu! Singa betina sudah menjelma.” Alina tersengih bila melihat Zahari seolah-olah takut pada Aleya.
            “Cepat! Masukkan rebung masak lemak tu dalam mangkuk. Sudah pukul 12.30 tengah hari dah. Jangan buat tetamu tertunggu lama.” Tegas Aleya.
            “Baiklah!” akur Alina. Suara Along dah boleh buat aku kecut perut.

                        *************************************************

            “Ibu duduk di sini!” kata Aleya menarik kerusi supaya ibunya duduk bersebelahan dengannya. Dia tak mahu ibunya duduk di sebelah lelaki itu.
            Munirah melepaskan keluhannya. Kata-kata Aleya diturutkan sahaja.
            Iskandar hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali. Mengawal tak kena gaya. Dato Syed Mohd Kadir hanya memerhati. Jika aku nak ambil hati Munirah, aku kena ambil hati Alisa dan Aleya dahulu. Dia sudah mula memasang strategi.
            Setelah Munirah duduk, Alisa dan Aleya duduk di sebelah ibunya. Alina menggaru kepalanya yang tidak gatal beberapa kali.
            “Tak sangka pula Auntie Munirah ada bodyguard. Agaknya kalau Auntie pergi toilet, mereka ni pasti ikut.” Zahari bersuara.
            “Itu semestinya. Orang kata air yang tenang tidak semestinya tiada buaya. Kita perlu mencegahnya dari berlaku. Betul tak, Along?” Alisa menoleh ke arah Aleya. Aleya yang tersenyum sinis sambil matanya tepat merenung Zahari.
            Zahari menelan air liurnya. Kelat! Dia terus mati kata-kata sebaik sahaj Aleya merenung ke arahnya.
            “Aiii…kenapa kau tiba-tiba diam ni?” soal Iskandar. Hairan.
            “Lidah aku ni tiba-tiba saja jadi keras bila Aleya tengok aku macam tu.” Zahari membisik perlahan.
            Iskandar hanya tersenyum. Dia melihat ke arah Aleya  Sifatnya yang suka mendiamkan diri kadang kala membuat orang rasa gementar.
            “Hmmm…jemput la makan! Jangan malu-malu. Masakan kampung saja.”Munirah bersuara.
            “Banyak betul auntie masak! Memang patut pun Auntie jadi Chef kat London.” Puji Dr. Nazri. Hampir meleleh air liurnya melihat rebung masak lemah yang berada di hadapannya.
            “Biasa-biasa saja. Makan la. Maria, jemputlah makan!” Munirah tersenyum. Hatinya gembira melihat ramai tetamu datang makan tengah hari bersamanya hari ini. Meriah! Selalunya kalau makan mereka berempat sahaja.
            Maria hanya tersenyum. Dah lama dia makan makanan seperti ini. Semasa memasak tadi pun, dia sudah terliur. Baunya saja dah mengetar jiwa.

            Iskandar menggaul nasi yang dipenuhi dengan rebung masak lemak dan ikan goreng yang diambilnya sebentar tadi. Nasi itu disuapkan ke mulut. Air mukanya berubah apabila dia mula mengunyah. Matanya bulat. Masinnya. Jika dia nak buang , apa kata Auntie Munirah nanti. Perlahn-lahan dia menelan nasi tersebut. Iskandar melihat nasi di pinggannya. Garam! Iskandar terus melihat kea rah Aleya yang duduk bertentangan dengannya. Ini mesti kerja Aleya. Aleya hanya membuat muka selamba seolah-olah tiada apa yang berlaku. Iskandar melihat Zahari yang begitu selera makan. Dahi Iskandar berkerut.
            “Kenapa Is?’ soal Zahari.
            “Nasi aku ada garam.” Bisik Iskandar.
            “Garam! Nasi aku tak ada pun.” Jawab Zahari. Dia melihat pinggan miliknya. Tiada apa-apa pun.
            Iskandar menolak pinggannya agar dekat pada Zahari. Bulat mata Zahari melihat timbunan garam pada bawah nasi.


            Zahari terus mencapai gelas sirap di sebelahnya. Sebaik sahaja dia minum, wajahnya berubah. Pandangannya dialihkan kea rah Iskandar.
            Iskandar hairan! “Kenapa?”
            “Manisnya! Ini bukan air sirap tetapi air gula.” Bisik Zahari. Dia merenung gelas yang berisi air sirap. Entah berapa senduk mereka letak air gula di dalam air ini.
            “Pasti mereka kenakan kita.” Kata Iskandar.
            “Zahari! Is! Kenapa tak makan?” soal Maria hairan.
            “Mungkin nasi tak cukup kot. Nak tambah lagi ke?” jawab Aleya secara tiba-tiba. Dia terus menambah nasi ke dalam pinggan Iskandar. Iskandar terkejut. “Jemput la makan! Jangan segan-segan.” Aley tersenyum. Sekarang giliran kau pula makan nasi garam.
            Bibir Iskandar terketar-ketar menahan geram. Ingin marah tetapi apa kata Auntie Munirah dan Uncle Kadir. Perlahan-lahan Iskandar cuba mengukir senyuman. “Terima kasih!”
            “Zahari, air awak nak air lagi ke? Gelas tu kecil pasti tak cukup kan.” Alisa bangun dan terus mengambil mug di sisinya dan diletakkan pada Zahari.
            Zahari tercengang. Besarnya mug! Pasti ini bukan air sirap tetapi air gula lagi. Mereka memang berniat nak kenakan aku dan Is. Ternyata mereka berdua bukannya orang yang normal. Mampus aku nak habis satu mug ni! Tak pasal-pasal aku kena kencing manis nanti. Gula dan Garam!
            Alina melihat telatah kakak kembarnya. Hmm…nampaknya Abang Is dan Abang Zahari dah terkena. Sebaik-baiknya lebih baik jika Abang Is dan Abang Zahari tidak cari pasal dengan Along dan Angah. Mereka berdua ni tidak normal. Entah apa yang Along dan Angah letak dalam nasi dan air mereka berdua. Mungkin garam dan gula. Alina tersenyum sendirian.

                        **********************************************

            Alisa meletakkan sepinggan buah epal dan buah lai di atas meja di ruang tamu. Jika tak kerana ibu, tak ingin aku nak hantar ni.
            “Terima kasih, Angah!” Dato Syed Mohd Kadir tersenyum. Dia cuba untuk memperbaiki hubungannya dengan Alisa dan Aleya.
            “Dato’ pasti ke saya ni Alisa!” kata Alisa secara tiba-tiba.
            Kata-kata Alisa membuatkan Kadir tercengang. Aku tersalah lagi ke? Dia mulai keliru
            “Angah!” tegur Munirah. Dia tahu Alisa sengaja ingin menduga Dato Syed Mohd Kadir.
            “Yang berdiri di hadapan Uncle sekarang ni adalah Alisa. Dia sengaja nak peningkan kepala Uncle. Untuk pengetahuan Uncle, senang saja nak bezakan mereka bertiga. Berdasarkan kepada pemerhatian Zahari, mereka bertiga ni mempunyai style rambut yang berbeza. Alina selalu melepaskan rambutnya malah Alina juga sering memakai cekak di kepalanya. Alisa pula, dia sering menyanggulkan rambutnya. Manakala Aleya, dia selalu mengikat rambutnya. Sekarang ni, yang berdiri di hadapan kita adalah wanita yang menyanggul rambutnya. Ini bermakna dia adalah Alisa, betul kan!”
            Alisa memandang Zahari dengan hati yang panas membara. Lelaki ini memang tak serik lagi ke? Sepatutnya aku letak satu paket gula dalam mug air tadi.
            “oooo…di sini rupanya perempuan tak tahu malu ni menyembunyikan diri.” Kata Kartika apabila kakinya melangkah masuk ke banglo itu malah diiringi 2 orang anak perempuannya. Matanya bulat melihat suaminya yang turut sama berada di situ. “Apa abang buat di sini?” soal Kartika dengan suara yang lantang.
            Dato Syed Mohd Kadir bangun. “Salah ke aku nak melawat isteri dan anak-anak aku? Selama ini aku pergi mana, ada kau peduli?”
            “Kartika, sabar! Jangan salah faham.” Munirah bangun.
            “Kau diam! Kau Memang sengaja jemput suami aku ke sini sebab kau nak jerat dia supaya balik ke pangkuan kau kan! Kau ingat aku tak dapat baca helah kau ke?” jerit Kartika.
            “Kartika, sumpah kakak tak pernah fikir macam tu. Kakak jemput Dato’ Kadir sebab hari Rabu ni, kami akan pulang ke London. Kakak ingat selesaikan segala-galanya sebelum kakak pergi. Kakak takkan rampas apa yang telah menjadi milik Kartika.”
            “Bohong! Kau ingat aku budak-budak lagi ke? Nak percaya cakap kau bulat-bulat.” Marah Kartika.
            “Munirah masih isteri aku! Aku ada hak nak datang ke sini.” Tegas  Dato Syed Mohd Kadir. Perangai Kartika sudah melampau. Macam mana aku boleh mengahwini wanita ini?
            “Abang!”
            “Papa sedar tak tujuan mereka sebenarnya adalah untuk mengikis harta papa? Mereka ni parasit.” Sofea bersuara.
            “Parasit! Hey, siapa yang sebenarnya yang parasit ni? Keluarga kau ke keluarga aku, hah! Selama kami tinggal di sini, satu sen pun duit Dato’ Kadir , kami tak pernah guna jika nak dibandingkan dengan keluarga kau. Entah berapa juta keluarga kau belanja. Keluarga kau tu yang parasit sebenarnya.” Alisa bersuara. Dia geram dengan Sofea yang menuduh keluarganya.
            “Mama, tengok! Dia kata kita parasit, mama!” Sofea mengadu pada ibunya.
            “Macam ini kau didik anak kau? Tak ada budi bahasa langsung.” Kartika merenung wanita berambut sanggul itu.
            “Jangan nak salahkan ibu aku pulak! Anak kau pun apa kurangnya! Kurang ajar! Tak ada budi bahasa langsung. Jika nak bandingkan antara aku dan anak kau, aku lebih baik lagi.” Kata Alisa.
            “Angah! Jaga sikit bahasa tu. Jangan cakap lepas sahaja.” Tegur Munirah.
            Dato Syed Mohd Kadir  merenung Alisa. Dia memang berbeza dari Alina. Jika Alina, dia pasti akan mendiamkan diri. Sifatnya seperti Munirah manakala Alisa lantang bersuara. Apa yang dia tidak puas hati, dia akan suarakannya
            “Ibu, orang macam mereka ini kalau kita buat baik pun, mereka takkan hargai walau sedetik pun. Buang masa sahaja. Betul tak, Acu?” Alisa menoleh kea rah Alina yang baru saja keluar dari dapur.
            Langkah Alina menjadi kaku melihat kehadiran 3 orang tetamu di rumah itu. Dia baru sahaja selesai membasuh pinggan di dapur. Masalah besar ni. Wajahnya pucat.
            “Mama, ada dua orang Alina!” Suziela terkejut.
            Kartika tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Memang benar ada 2 orang Alina.
            “Mama, kan Sofea sudah cakap! Alina ni ada kembar sebenarnya.”  Kata Sofea. Pada mulanya ibu tidak percaya, sekarang bila ada di depan mata baru ibu tahu aku tidak berbohong.
            “I’m Alisa! Kembar Alina.” Alisa tersenyum. Dia mendekati Alina dan meletakkan tangannya di bahu Alina. “Tetapi kau bertiga belum mengenali seorang lagi kembar kami iaitu Aleya! Kakak kembar kami.”
            “Apa!” Kartika terkejut besar. Kakak kembar kami!
            “Ya! I’m Aleya. Kakak kembar Alisa dan Alina. Akhirnya kita dapat berjumpa secara face to face tanpa perlu menggunakan identity Alina.” Aleya keluar dari dapur. Langkahnya diatur kemas mendekati adiknya. Tiada secalit senyuman di bibirnya
            “Mama! Satu! Dua! Tiga! Mereka ada tiga.” Suhaila menunding kea rah mereka bertiga.
            Bibir Kartika terketar-ketar menahan geram. Tiga! Aku bermimpi ke? Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang. Ketiga-ketiga wanita ini memang seiras.
            “Aleya, Alisa dan Alina adalah anak aku dan Munirah. Yang kau kenal selama ini hanyalah Alina tetapi aku pasti kamu bertiga pernah berjumpa dengan Alisa dan Aleya melalui identity sebagai Alina.” Kata Dato Syed Mohd Kadir  dengan bangga. Akhirnya dia dapat memperkenalkan anak-anaknya pada Kartika, Sofea dan Suziela. Kewujudan Aleya, Alisa dan Alina perlu diketahui umum. Mereka berhak dikenali sebagai anak aku. Pewaris harta aku!
            “Hanya kami sahaja yang tidak tahu kewujudan mereka berdua.” Kartika menunding jarinya tepat pada Aleya dan Alisa.
            Aleya mengatur setapak ke hadapannya. “Perlu ke Datin tahu tentang kami? Tentang kami Datin jangan risau. Jika Datin tidak mengacau keluarga kami, kami takkan mengganggu keluarga Datin.”
            “Jadi kau sedang mengugut aku sekarang ni ke?” Kartika merenung tepat pada wanita yang mengikat rambut itu. Wajahnya selamba dan serius.
            “Ini bukan mengugut tetapi sebagai amaran. Peringatan jika lebih tepat lagi. Pasti Datin tak mahu nama Datin atau anak-anak Datin terpampang di dada akhbar lagi.”
            “Maksudnya, hari itu adalah kerja kau kan!”
            “Ya! Saya boleh buat lebih teruk dari itu lagi, Datin. Saya boleh buat Datin kehilangan segala-galanya. Jadi jangan sesekali bermain dengan keluarga kami kerana semua rahsia Datin, saya tahu termasuklah….”  Aleya tersenyum
            Bulat mata Kartika mendengarnya. Apa maksudnya? Adakah dia tahu rahsia yang selama ini hanya aku sahaja yang tahu. Mustahil.
            “Kau!” Sofea terus mendekati Aleya. Dia ingin menampar Aleya tetapi Aleya sempat mengelak. Tangan kanan Sofea dipegang dan dikilas ke belakang.
            “Sakit! Mama, sakit!” jerit Sofea mengerang kesakitan.
            “Kakak!” jerit Suziela melihat air muka Sofea berubah merah.
            “Apa! Tak sakit!” Aleya menarik tangan kanan Sofea dengan kuat. Biar dia rasa.
            Suziela cuba untuk menolong Sofea tetapi dihalang oleh Alisa.
            “Nak ke mana?  Atau kau pun nak turut sama merasai apa yang kakak kau rasa sekarang ni!”
            Suhaila menelan air liurnya perlahan-lahan. Dia melihat ke arah Sofea yang masih mengerang kesakitan.
            “Along! Cukup!” tegas Munirah. Aleya sudah melampau kali ini.
            “Kau dan anak-anak kau memang penghancur kebahagian aku!” marah Kartika. Dia melangkah mendekati Munirah. Hari aku mesti ajar wanita ini supaya dia sedar di mana dia berpijak sekarang ini. Langkah terhenti apabila ada seseorang menghalang perjalanannya.
            “Cukup, Kartika! Jangan buat kecoh di sini! Aku beri amaran pada kau, jangan ganggu Munirah dan anak-anak aku lagi. Jika tidak jangan harap nama kau ada dalam wasiat aku, satu sen pun kau takkan dapat. Kau sepatutnya sedar status kau! Kau hanya isteri kedua aku.”
            Kartika terpana dengan kata-kata suaminya. Hatinya menjadi sebak secara tiba-tiba. Air matanya mula bergelinangan. “Abang sudah lupa ke siapa yang bersama abang selama 26 tahun ini?”
            “Ya, aku tak pernah lupa siapa yang berada di samping aku selama ini. Kau yang bersama aku selama ini tetapi aku takkan pernah lupa apa yang kau pernah buat pada aku selama 26 tahun. Kau tak layak menjadi isteri aku. Kau tak pernah ikhlas mencintai aku, kau hanya mencintai duit, harta dan status aku sahaja. Kau ingat aku tak tahu apa yang telah kau buat di belakang aku. Kau ingat aku buta ke?”
            “Abang!”
            “Balik! Bawa anak-anak kau balik. Sekali lagi aku beri amaran pada kau, jangan ganggu isteri dan anak-anak aku lagi, Jika aku dapat tahu kau dan anak-anak kau masih mengganggu anak-anak aku lagi, kau tunggu dan lihat apa aku akan lakukan pada kau. Aku telah melakukan kesilapan besar apabila aku menjadikan kau sebagai isteri aku. Sekarang ni kau tiada apa-apa makna dalam hidup aku,” Tegas Dato Syed Mohd Kadir. Dia harus melindungi Munirah dan anak-anaknya.
            Aleya melepaskan Sofea dengan kasar. Sofea memegang tangannya yang sakit itu dan terus mendekati ibunya.
            Kartika melihat orang disekelilingnya yang memerhati ke arahnya. Pandangan mereka terhadap Kartika telah memberi jawapan tentang pandangan mereka terhadapanya. Tiada siapa yang menyebelahi dirinya.
            “Mama!”Suziela memegang lengan ibunya yang masih kaku membisu. Air matanya deras mengalir.Ternyata dirinya sudah tiada lagi di hati lelaki itu. Pandanganya dialihkan tepat pada Munirah yang sedang melihat dirinya. Kau ingat kau akan dapat memiliki suami aku kembali ke? Tidak, aku tak benarkan.
            “Auntie, Is rasa lebih baik jika auntie beredar dari sini.” Iskandar bersuara.
            Maria yang turut sama yang berada di situ hanya diam memerhati.
            “Abang Is! Halau kami ke?” Sofea bersuara. Sakit hatinya bila Iskandar menyebelahi mereka.
            “Ini untuk kebaikkan semua pihak.” Jelas Iskandar. Dia menoleh ke arah Aleya yang diam membisu. Iskandar perasaan dahi Aleya berkerut.
            “Mari kita balik! Tetapi kau perlu ingat Munirah, aku takkan mengalah pada orang seperti kau.” Kartika terus menarik tangan anak-anaknya supaya beredar dari situ.
            “Tapi ibu….” Suziela hairan kenapa ibunya ingin pergi begitu sahaja. Mereka berempat ini belum diajar lagi.
            “Balik!” Kartika terus mengheret tangan Suziela supaya mengekorinya.
            “Lelaki! Bila habis manis, sepah terus dibuang.” Aleya bersuara sebaik sahaja melihat kelibat Kartika dan anak-anaknya sudah hilang dari pandangannya. Aleya terus mengorak langkah beredar dari situ. Ya, keadaan ini takkan berakhir lagi! Selagi aku, ibu dan adik-adik aku masih belum menjejakkan kaki di dalam kapal terbang, kami belum lagi selamat. Pasti dendam Datin Kartika pada ibu semakin menebal. Kerana dengki dan cemburu, mereka sanggup buat apa sahaja.
            Dato Syed Mohd Kadir terkejut dengan kata-kata Aleya. Pasti kata-kata tersebut ditujukan pada dirinya.
            Alisa melepaskan keluhan dengan kuat.  Alisa mengekori Aleya.
            “Abah tahu tak, kata Abah tadi telah mengguris perasaan Datin Kartika. Walau seburuk mana pun perangai Datin Kartika, abah adalah suaminya. Abah tak berhak cakap begitu pada Datin Kartika.”  Alina begitu kecewa dengan sikap ayahnya. Dia berjalan meninggalkan mereka semua. Mungkin inilah sebabnya kenapa Along dan Angah tidak membenarkan ibu bersama semula dengan abah. Mereka bimbang ibu akan terluka lagi.
            “Alina!” Dato Syed Mohd Kadir terkejut. Adakah kata-kata aku tadi melampau? Dato Syed Mohd Kadir menoleh pada Munirah.
            “Kata Alina memang benar! Apa yang awak lakukan sekarang ini adalah sepertimana yang awak pernah lakukan pada Munirah dahulu? Munirah  pernah rasa apa yang Kartika rasa sekarang ni. Munirah rasa perkara yang perlu awak lakukan sekarang ini adalah meminta maaf pada Kartika. Dia mesti tengah sedih sekarang ni. Awak pujuklah dia. Bincang elok-elok. Awak ada rumahtangga yang perlu awak selamatkan. Belum terlambat lagi.” Munirah tersenyum. Langkahnya diatur meninggalkan Dato Syed Mohd Kadir yang masih kebingungan.
            Maria mengeluh dengan kuat. “Abang tak pernah berubah. Macam mana Kak Munirah nak percaya pada abang” Maria menggelengkan kepalanya. Dia juga kecewa dengan sikap abang sepupunya itu.



            Hanya Iskandar, Zahari dan Dr. NAzri yang masih berada di sisi Dato Syed Mohd Kadir. Dato’ Syed Mohd Kadir melepaskan keluhan dengan kuat apabila dirinya dipersalahkan. 

2 comments:

eija said...

mslh mkin rumit lah npknya.. apa yg katika akan buat lps nie yek..bhaya btl..

kak..thx utk n3 penat tgu..ari2 dtg jeguk.. selamat hari raya aidiladha...

anis adie said...

sis rase2nye bile novel ni nak dicetak yer...nak sgt tau kesudahan citer ckembar tiga ni... :)

Post a Comment