Tuesday, October 22, 2013

Satu Dua Tiga 2013

BAB 34 (Part 1)

            Iskandar melihat cermin belakang dengan sekilas pandang. Selepas beredar dari rumah Auntie Munirah. Uncle Kadir hanya mendiamkan diri dan wajahnya murum. Pasti memikirkan apa yang telah terjadi. “Uncle, jangan risau. Tiada apa-apa yang berlaku. Uncle bukannya sengaja cuma terlepas kata sahaja. Sesiapa pun akan terlepas cakap jika dalam keadaan marah. Kita manusia tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan.”Iskandar cuba memujuk Dato Syed Mohd Kadir

            “Betul, Uncle! Esok pasti kemarahan mereka reda. Don’t worry, Uncle. Auntie Munirah bukannya seorang yang pendendam. Dia mesti faham.” Zahari menoleh ke belakang. Dia duduk bersebelahan Iskandar yang sedang memandu.

            “Uncle telah musnahkan satu-satu peluang untuk mendapat kepercayaan Munirah dan anak-anak. Kenapa Uncle begitu bodoh? Kenapa Uncle boleh cakap begitu? Uncle sendiri tak faham kenapa Uncle boleh terlepas cakap. Entah apa pandangan Aleya dan Alisa selepas ini? Pasti sukar untuk mereka menerima Uncle selepas ini tetapi yang paling menyakitkan hati adalah pandangan Alina terhadap Uncle pada waktu.” Dato Syed Mohd Kadir teringat pandangan yang dilemparkan ke arahnya. Alina seolah-olah kecewa dengan sikapnya.

            “Alina seorang yang memahami. Dia akan faham.” Pujuk Dr. Nazri. Dia risau melihat keadaan Uncle Kadir. Dia bimbang jika penyakit jantung akan menyerang secara tiba-tiba.

            “Uncle, ada sesuatu yang Is perlu beritahu Uncle?”

            “Apa dia, Is?” soal Dato Syed Mohd Kadir secara tiba-tiba. Zahari dan Dr. Nazri turut sama melihat ke arah Iskandar.

            “Tadi PI Is di London call, dia beritahu Aleya telah meletak jawatan. ”

            “Apa!” Wajah Dato Syed Mohd Kadir berubah.

            “Aleya juga telah menjual saham syarikatnya. ”

            “Kenapa Aleya meletak jawatan secara tiba-tiba?” soal Zahari.

            “Yang peliknya,  Aleya telah membeli tanah di Johor Bharu baru-baru ini.”

            “Apa!” Dr. Nazri terkejut.

            “Jika benar mereka tidak ingin lagi menjejakkan kaki di Malaysia, kenapa Aleya beli tanah di Malaysia?” Dahi Dr. Nazri berkerut.

            “Itu yang buat Is pelik, Uncle tetapi Uncle jangan bimbang Is akan suruh PI siasat perkara ini dengan lebih teliti. Setiap perkembangan, Is akan laporkan pada Uncle.” Kata Iskandar. Dahinya berkerut. Apa sebenarnya yang kau sedang rancangkan, Aleya. Gerak hatinya kuat mengatakan Aleya merancang sesuatu. Adakah Auntie Munirah dan anak-anaknya membuat keputusan untuk balik ke Malaysia?
           
                                                *************************\

            Dr. Nazri merenung wanita yang duduk di hadapannya. Alina sangat cantik hari ini. Kalaulah setiap hari aku bersama Alina, pasti hidup aku bercahaya. Senyuman di bibir Dr Nazri semakin lebar. Dia selalu berangan-angan jika satu hari nanti dia akan bertemujanji dengan Alina. Hanya kami berdua. Tak sangka impiannya termakbul.

            “Dr. Nazri, are you okey?” Alina melihat Dr. Nazri dengan pandangan yang pelik. Sejak dari tadi Dr Nazri asyik tersenyum sahaja. Makanan di hadapannya tidak disentuh langsung.

            “I’m fine!” Dr. Nazri tersedar dari lamunannya. Dia malu melihat Alina memerhati dirinya. “Jemput la makan.”
            Alina hanya menganggukkan kepalanya. Di dalam hatinya, dia berhenti-henti menyumpah Alisa! Eee…suka-suka sahaja mengatur. Bukannya aku tak suka Dr. Nazri tetapi aku tak mahu Dr. Nazri menaruh harapan pada aku. Dia tahu Dr. Nazri menaruh perasaan padanya.

            “Hmm….Macam mana dengan cerita tadi?”

            “Hmm….ok!” jawab Alina. Dia terus makan.

            “Lina tak suka ke keluar dengan saya?” soal Dr. Nazri. Dia sedar sejak dari tadi Alina kurang bercakap. Adakah dia tidak selesa keluar bersama aku?

            “Tak lah!” jawab Alina dengan segera. Dia tidak ingin melukai hati Dr. Nazri. Dia tahu Dr. Nazri seorang lelaki yang baik.

            “Habis tu kenapa sejak dari tadi Lina hanya mendiamkan diri? Lina ada masalah ke? Beritahu saya, mungkin saya boleh tolong.”

            “Macam mana dengan keadaan abah semalam?” soal Alina secara tiba-tiba. Dia ingin mengubah topic perbualan.

            “Jika Lina ingin tahu keadaan Uncle Kadir, kenapa Lina tak call sahaja? Uncle pasti gembira bila mendapat panggilan Lina.”

            “Lina tak tahu nak cakap apa dengan abah. Lina tak marah pada awak Cuma kecewa dengan sikap abah.”

            “Pada waktu itu Uncle Kadir dalam keadaan marah, dia tak sengaja. Kadang kala apabila kita marah, kita tidak sedar apa yang kita telah katakan. Betul tak?”

            Alina tersenyum. “Hmmm…abah sudah berjumpa dengan Datin Kartika ke?”

            “Belum! Sekarang ni Uncle Kadir tinggal di rumah Iskandar untuk sementara waktu.”

            “Apa! Kenapa abah tidak selesaikan kemelut yang telah berlaku dengan segera? Kenapa mesti tangguhkan lagi?” Bulat mata Alina mendengarnya.

            “Lina, kena faham semua ini bukan mudah untuk Uncle Kadir! Dia perlukan masa untuk tenangkan fikirannya. Berhadapan dengan Auntie Kartika bukannya mudah. Lina sendiri tahu bagaimana sikap Auntie Kartika kan!” Dr. Nazri merenung Alina. Dia ingin bertanya sesuatu mengenai apa yang diberitahu oleh Iskandar semalam. Benarkan mereka ingin melarikan diri ? Benarkan mereka ingin memutuskan hubungan dengan Uncle Kadir? Jika benar, mungkin ini adalah kali terakhir aku berjumpa dengan Alina.

Alina hanya mampu mengeluh. Tiba-tiba dia terhidu sesuatu! Macam pernah bau sahaja bau ni? Dahi Alina berkerut. Baunya sama seperti perfume Angah. Alina menoleh ke kiri dan kanan. Baunya kuat. Mesti mereka ada di sini. Patutlah sejak melangkah di komplek membeli-belah ni, dia dapat rasa sesuatu seperti ada orang  mengekori mereka. Matanya terhenti melihat dua orang wanita yang sedang makan tidak jauh darinya. Alina mengetap bibirnya menahan geram. “Excuse me!” Alina terus bangun.

            Dr. Nazri hairan dengan kelakuan Alina secara tiba-tiba. Dia melihat Alina berjalan menghampiri dua orang wanita yang duduk tidak jauh darinya. Kawan Alina ke? Dia melihat Alina menegur mereka.

            “What are you doing here?” Alina merenung dua orang wanita yang sedang makan. “Along! Angah! Jangan nak berlakon lagi. Perfume yang Angah pakai sekarang ni, satu restaurant ni bau tahu tak?”

            “Along dah cakap, lain kali jangan sembur perfume tu banyak sangat. Now, we get caught.”

            “Ops!” Alisa tersengih.

            “Ni apa ni!” Alina terus menarik topi yang dipakai oleh Aleya dan Alisa. Dahi Alina berkerut. “Tiada orang pakai topi koboi macam ni lagi! Lebih-lebih lagi di shopping compleks. “

            “Ouch, be gentle okey!” Alisa membetulkan rambutnya. Cermin mata hitam ditanggalkan.
            ‘Sekarang dah jadi paparazzi ke?”

            “Kami hanya nak melihat sahaja. Macam mana orang bercinta dating bersama.That’s all.” Aleya tersenyum.
            “Oh, really! Apa kata Along dan Angah replace tempat Acu sekarang ni?”

            “Hish…mana boleh? Dr. Nazri tak suka kami. Di dalam hatinya hanya terukir nama Alina sahaja.” Alisa mengusik.

            “He looks like Mr. Nice guy.” Nasihat Aleya. Jika Alina bercinta dengan Dr. Nazri, dia takkan menghalang.

            “Apa kata kalau Abang Is dan Abang Zahari juga Mr. Nice guy!” Giliran Alina pula tersenyum. Matanya merenung kembarnya.

            Serentak Aleya dan Alisa menjuihkan bibir mereka sebaik sahaja mendengar nama lelaki itu.

            “Stop talking about them again! Acu ni spoil mood kami sahaja.” Alisa membuat mimic muka. Mendengar nama Zahari sahaja, sudah gatal telinganya.

            “Kalau Along dan Angah ada di sini, siapa yang menjaga ibu?” Alina baru sedar. Siapa yang jaga ibu sekarang ini? Takkan la Along dan Angah membiarkan ibu seorang diri di rumah.

            “Sekarang ni ibu berada di rumah Auntie Maria! Biar ibu berborak lama dengan Auntie Maria. Esok kita sudah nak balik.” Jawab Aleya.

            “Auntie Maria!” Alina terkejut. “Waktu hantar ibu ke rumah Auntie Maria, Along dan Angah tak jumpa abah ke? Buat sementara waktu ini, abah tinggal di rumah Auntie Maria.” Beritahu Alina.

            ‘Apa!” Aleya tiba-tiba bangun. Air muka berubah serius.

            “Along! Kita telah letak ibu di kandang buaya.” Berkerut dahi Alisa. Dia mula risau.

            “Jom balik!” kata Aleya tanpa berfikir panjang.

            Alisa bangun.

            “Hai, ladies!” Dr. Nazri menghampiri mereka bertiga. Senyuman terukir di bibir Dr. Nazri.

            “Hai!” balas Alisa sambil mengangkat tangannya.

            “Apa kamu berdua buat di sini?” soal Dr. Nazri..

            “Makan! Lunch! Tak sangka ye kita makan di kedai yang sama!” Alisa berpura-pura. Dia hanya mampu tersenyum.

            “Sorry Dr. Nazri! We need to go right now. Have a nice day.” Kata Aleya. Langkahnya diatur meninggalkan mereka. Macam mana aku boleh lakukan kesilapan besar seperti ini? Macam mana dengan keadaan ibu sekarang ini? Aleya mulai panic.
Alisa melambai tangannya pada Alina.

            “Aaa…Dr. Nazri! I need to go right now. I’m sorry! Thanks for the movie and lunch. I’m so sorry. I need to go with my sisters.” Kata Alina terus meninggalkan Dr. Nazri. Dia perlu balik bersama kembarnya. Dia bimbang jika terjadi sesuatu.

            Dr. Nazri melihat Alina berlari mengejar kakaknya. Hatinya berasa sebak. Beginikah temujanjinya berakhir. Dr. Nazri kecewa. Mungkinkah Dr. Alina sudah berpunya? Dr. Nazri melepaskan keluhan perlahan-lahan.


                                    *********************************

2 comments:

Amira Mohd Nor said...

pendeknyaaa...x puas laa..nak lagi leh tak???..harap cepat2 la upload bab seterusnya =)

eija said...

aiii xsgka aleya pn kaki pgtip sma naik dgn alisa...haha.. adui cianplk kt dr nazri.. msti dia sedih kn..

kak tq..penat tgu n3.. igat akak dh lupa kt kami yg mnti.. hihi.. have a nice day kak..

Post a Comment