Saturday, October 26, 2013

Satu Dua Tiga 2013

 Bab 34 (Part 2)

            “Sedap betul ikan siakap tiga rasa yang maria masak. boleh tak beri resipi pada akak.”

            “Hish….Kak Munirah ni, masakan Maria tidak standing dengan kakak. Masakan kakak lagi sedap dari ini. 5 Star!” Maria tersenyum. Dia berasa senang setiap kali berbual dengan Kak Munirah.

            “Tak adalah! Akak baling saja bahan-bahan yang ada. Kalau sedap tu, kira nasib baik saja la.” Munirah melawak. Maria ketawa mendengar kata-kata Munirah.

            “Aaa…masa Aleya dan Alisa hantar kakak tadi, mereka nampak macam tergesa-gesa sahaja. Ada masalah ke?” soal Maria. Semasa Munirah datang tadi dia sedang memasak, dia tak sempat bertanya.

            “Mereka berdua tu bukannya boleh duduk diam. Ada saja kerjanya.” Munirah tersenyum. Dia tahu pasti sekarang ni mereka berdua mengintip temujanji antara Alina dan Dr. Nazri. Macam la aku tak kenal perangai anak-anak aku tu.

            “Penerangan kakak pukul berapa ?” soal Maria.

            “10.00 pagi!” jawab Munirah.

            “Jadi kakak sudah bertekad untuk pergi ke?” soal Maria. Dia merenung wanita yang bertudung litup itu.

            “Maria sendiri tahu kan sebab apa kakak perlu pergi kan!”

            “Kakak tak buat apa-apa kesalahan pun! Ini tak adil.”

            “Adil atau tidak! Itu bukan persoalannya, Maria. Sejak Dato’ Kadir halau akak pada 26 tahun yang lalu, akak sudah sedar. Akak perlu undur diri. Semua ini bukan milik akak.” Munirah memegang lembut tangan Maria. “Pemergian akak bukannya bermaksud akak akan memutuskan hubungan akak dan Maria. Hubungan kita tetapi sama. Maria boleh hubungi atau melawat akak di sana bila-bila masa”

            “Abang Kadir memang bodoh. Kerana ego, dia memilih perempuan macam Kartika! Hah, sekarang ni memang padan muka Abang Kadir. Balasan dia.” Maria sengaja meninggikan suaranya. Dia tahu Abang Kadir sedang mendengar perbualan mereka. Disebabkan persitiwa semalam, Abang Kadir malu untuk berdepan dengan Kak Munirah.

            “Perkara yang dah berlalu, kita lupakan sahaja, Maria! Kami berkahwin disebabkan oleh orang tua kami. Akak reda dengan semua ini. Tiada secalit benci pun pada Dato’ Kadir. “

            “Jika kakak tidak membenci Abang Kadir, kenapa kakak tidak dapat menerima Abang Kadir kembali.”

            “Ya, memang akak tidak membenci Dato’ Kadir tetapi akak tidak dapat lupa apa yang pernah dia buat terhadap akak. Akak tak sanggup tempohi semua itu lagi. Biarlah hubungan suami isteri kami setakat ini sahaja. Akak tak mahu dia lakukan perkara yang sama pada Kartika. Biarlah akak seorang yang merasai segala keperitan itu. Insya-Allah, Kartika akan berubah satu hari nanti. Percayalah.” Munirah cuba menyakinkan Maria. Dia sedar niat Maria baik malah tujuannya adalah untuk menyatukan keluarga Dato Syed Mohd Kadir.

            “Kakak!” Maria menggenggam erat tangan Munirah. Hatinya terasa berat untuk melepaskan Kak Munirah pergi.

            Deruan enjin kereta di halaman rumah mengejutkan mereka berdua. Matanya mereka tepat melihat ke arah pintu. Siapa yang datang? Pintu dibuka. Alisa, Aleya dan Alina meluru masuk.

            “Ibu, mana dia? Mana lelaki tu?” soal Alisa. Dia melihat ke arah ibunya. Matanya meliar melihat ke kiri dan kanan. Segenap sudut ruang tamu itu diperhatikannya. Tiada sesiapa pun! Hanya ibu dan Auntie Maria sahaja.

            “Siapa dia yang kamu cari ni, Angah!” Dahi Munirah berkerut. Dia merenung mereka dengan penuh persoalan.

            Maria melihat wanita yang berbaju kemeja berbelang  merah putih. Alisa! Adalah dia yang Alisa maksudkan adalah Abang Kadir.
         
   “Aaaa…..” Alisa mulai tergagap-gagap. Anak matanya dilirik perlahan-lahan pada Aleya.

            “Nobody, ibu!” Aleya menjawab pada pihak Alisa.

            “Ya ke? Kamu bertiga jangan nak tipu ibu! Siapa yang Angah maksudkan tadi? Seperkara lagi, kenapa tadi masuk macam pencuri sahaja. Beri salam pun tidak! Apa nak jadi dengan kamu bertiga ni?” Munirah menggelengkan kepalanya. Dia malu pada Maria dengan sikap anak-anaknya yang semakin hari ,semakin melampau perangai mereka.

            “Kami minta maaf, Auntie Maria!” kata Aleya dengan segera. Matanya masih lagi mencari. Dia yakin Dato Syed Mohd Kadir ada di sini.

            Maria hanya tersenyum.

            “Eh, Acu! Bukan ke tadi Acu keluar dating dengan Dr. Nazri tetapi macam mana pulak Acu boleh bersama dengan Along dan Angah?” soal Munirah hairan.

            “Ibu ni! Acu bukannya keluar dating dengan Dr. Nazri . Acu hanya teman Dr. Nazri keluar sahaja.” Tegas Alina. Ibu sama seperti Along dan Angah.

            “Terpulanglah!” Munirah mengeluh. Mereka bertiga ni ada bermacam-macam kerenah. Dia tahu Dr. Nazri ada hati pada Alina. Sikap Alina memang pelik Setiap lelaki yang akan mendekatinya pada dia akan mula menjauhkan diri sama seperti Aleya dan Alisa. Kenapa mereka bersikap begitu? Dahinya berkerut bila melihat gelagat Aleya dan Alisa yang seolah-olah sedang mencari sesuatu. “Apa lagi yang kamu berdua cari ni?” Munirah meninggikan suaranya.

            “Tak ada apa-apa, ibu!” ringkas jawapan Alisa. Dia tersengih.

            “Ibu, Along rasa kita perlu balik sekarang. Banyak barang yang barang yang belum pack lagi.”


            “Sekarang! Awal lagi. Biar ibu berborak dengan Maria sekejap lagi.” Kata Munirah.

            “Tak boleh, ibu! Tak sempat kalau pack malam nanti.” Alisa bersuara. Alina hanya mendiamkan diri. Dia hanya menjadi pemerhati.

            “Hish…budak-budak ni! Pagi tadi, kamu berdua beriya-iya sangat nak hantar ibu ke rumah Auntie Maria. Sekarang ni pulak, kamu berdua beriya-iya mengajak ibu balik. Apa kena dengan kamu berdua ni?” Munirah geram dengan perangai Aleya dan Alisa. Pagi tadi suruh aku berbual panjang dengan Maria. Apa kena dengan anak-anak aku ni?

“Kalau Along dan Angah nak balik, kamu bertiga balik dulu. Petang nanti ambil ibu balik.”

            “Tak boleh!” jawab Aleya dan Alina serentak. Ibu tak boleh berada di sini. Tidak sama sekali

            Munirah terus bangun. Dia tidak dapat menahan lagi. “Ya, Allah! Budak-budak ni! Cuba Along dan Angah beritahu ibu, kenapa ibu tak boleh duduk di sini? Beritahu ibu sekarang.” Muka Munirah sudah merah kerana menahan geram.

            “Sebab abang!” Dato Syed Mohd Kadir terus keluar dari tempat persembunyiannya. Munirah berpaling dan terkejut. Aleya dan Alisa hanya merenung lelaki yang menghampiri mereka yang berada di ruang tamu.

            “Rasanya mereka tahu abang berada di sini!” Dato Syed Mohd Kadir tersenyum ke arah mereka bertiga. Dia masih belum dapat membezakan mereka bertiga lagi. Hanya seorang dari mereka yang membalas senyumannya. Itu pasti Alina. Manakala 2 orang wanita yang merenungnya seolah-olah dia telah melakukan kesalahan besar.

            Munirah menoleh ke arah Aleya dan Alisa. “Jadi, inilah sebab kenapa Along dan Angah menyuruh ibu balik!”

            Aleya dan Alisa hanya mendiamkan diri. Pasti ibu tengah marah sekarang ini.

            Melihat kedua-dua orang anaknya itu mendiamkan diri, Munirah hanya mampu melepaskan keluhannya perlahan-lahan. “Baguslah! Awak ada di sini! Ada perkara yang Munirah ingin bincangkan! Malam ni selepas sembahyang isyak, awak jemput saya di rumah. Kita keluar makan.” Beritahu Munirah.

            “Apa!” jerit Aleya dan Alisa serentak. Suara mereka berdua begitu kuat .Kata-kata ibu mereka sebentar tadi mengejutkan semua orang. Alina, Maria dan Dato Syed Mohd Kadir turut sama tercengang.

            “Ya!” kata Munirah.

            “Kenapa ibu nak keluar dengan lelaki ni? Ibu nak berbaik semula dengan lelaki ni ke? Ibu demam ke?’ soal Alisa bertubi-tubi. Dia tidak berpuas hati.

            “Ibu ada sebab kenapa ibu perlu keluar dengan ayah kamu. Ini hal ibu. Ibu ada hak untuk buat apa saja yang ibu mahu.”

            “Kami takkan benarkan! Ibu sedar tak apa yang ibu hendak lakukan sekarang ini.” Aleya bersuara.

            “Ini malapetaka!” Alisa menyampuk.

            “Ibu ada sebab kenapa ibu nak keluar dengan ayah kamu. Kamu berdua tak berhak nak menghalang ibu.” Munirah merenung Aleya dan Alisa.

            Dahi Alina berkerut melihat mereka bertiga. It’s not good.

            “Kami tetap akan menghalang ibu dengan apa cara sekalipun agar ibu tidak akan keluar dengan lelaki tu.” Tegas Alisa

            “Kamu berdua tetap tak mahu beri muka pada ibu ke?” Munirah sudah tidak dapat menahan kesabarannya. Munirah bangun dan menghampiri Aleya dan Alisa

            “Ya!” jawab Aleya dan Alisa serentak.
            “Baiklah! Kalau macam tu, ini yang kamu berdua nak kan!” Munirah mengetap bibirnya. Tanpa melengahkan masa, dia terus menarik telinga Aleya. “Kamu berdua tak pernah dengar cakap ibu.”

            “Sakit! Sakit!” jerit Aleya apabila telingan kanannya ditarik oleh ibunya. Sakit!

            Munirah melepaskan telinga Aleya. Kini giliran Alisa pula. 
.
            Alisa cuba mengelak tetapi tangan Munirah begitu pantas menarik telinga kiri Alisa

            “Ibu! Aduh, sakit Ibu!” Alisa memegang tangan ibunya yang  menarik telinga kirinya.

            “Kamu berdua ni degil!” kata Munirah lagi.

            Alina menutup mulutnya menahan ketawa. Sudah lama dia tak melihat scene ini! Rasanya sudah 8 tahun, itulah kali terakhir ibu menarik telinga Along dan Angah. Mungkin kelakuan Along dan Angah hari ini membuat ibu hilang sabar.

            Mata Maria tidak berkelip melihat apa yang berlaku. Selama ini Kak Munirah seorang lemah-lembut, tenang dan jarang melihat dia memarahi orang. Sekarang ini wanita itu lain dari wanita yang dikenalinya dahulu.

            “Munirah! Lepaskanlah! Abang, kasihan Alisa.” Dato Syed Mohd Kadir risau. Wajah Alisa sudah berubah merah.

            “Abah, jangan risau!Along dan Angah sudah biasa dengan semua ini.” Alina ketawa. Itu la tak nak dengar cakap ibu, kan dah kena!

            “Awak! Kita jumpa malam ini. Maria, akak minta maaf sebab tidak dapat berborak panjang dengan Maria hari ini. Akak minta maaf atas apa yang berlaku.” Bibir Munirah muncung kea rah Aleya dan Alisa. Telinganya masih belum melepaskan telinga Aleya dan Alisa. “Jom balik!” Munirah melepaskan telinga Aleya dan Alisa.

            Alisa dan Aleya akur dengan kata-kata ibunya. Mereka memegang telinga mereka yang masih sakit. Muka mereka muram. Aleya menjeling ke arah Dato Syed Mohd Kadir sebelum melangkah keluar dari rumah itu.

            Alina terus menghampiri Auntie Maria dan Dato Syed Mohd Kadir. Dia bersalaman dengan mereka berdua. “Auntie, Lina balik dulu. Esok kita jumpa kat airport ye.” Pandangannya dialihkan pada ayahnya. “Abah jangan risau. Perkara ni normal bagi Along dan Angah.” Alina tersengih. Dia melangkah laju meninggalkan mereka. Dia bimbang Aleya akan meninggalkannya.

            Maria memandang ke arah Dato Syed Mohd Kadir. Dia tiba-tiba ketawa. “Family abang lucu la.” Bila teringatkan peristiwa tadi, dia tidak menahan diri dari ketawa. Ingatkan selama ini tiada siapa yang dapat menjinakkan Aleya dan Alisa. Rupanya dalam diam, kak munirah ni berisi jugak.


            Dato Syed Mohd Kadir hanya tersenyum. Dia menyesal kerana telah mensia-siakan masa selama 25 tahun tanpa mengenali mereka bertiga. Bagaimana wajah mereka ketika berusia 1 bulan, setahun, 10 tahun dan 13 tahun. Dia sudah terlepas semua itu. Hatinya sebak bila mengingatkan mereka berempat akan meninggalkan dirinya. Dia teringat kata-kata Munirah. Mesti Munirah ingin membincangkan tentang penceraian kami! Dato Syed Mohd Kadir mula susah hati.

2 comments:

eija said...

hahaha pdan muka aleya n alisa... fuhyoo kak gak ibu nie..igat jnis lembut.. agak2 apa yg ibu nk bcgkn dgn dato kadir.. cian gak kt dato kdir..tp iye lah kalo ati dh terluka kn..

Unknown said...

Rasanya cerita ni digarap semula sebab pernah baca sebelum ni tapi terhenti lama, apa agaknya kesudahan cerita ni, adakah Munirah dan Dato' Kadir berbaik semula. Adakah rahsia Datin Kartika terbuka? Saya juga tertanya adakah kedua-dua anak Datin Kartika adalah anak Dato' Kadir sebab perangai mereka tidak matang dan tidak menghormati ayahnya.

Post a Comment

DIA MENARIK PERHATIAN KU - BAB 5

  Bab 5             SELESAI saja kerja di kebun pisang, Atan dan Wafiy pergi ke homestay pula. Mereka berdua bekerja di situ sehingga pet...